Anda di halaman 1dari 15

1.

0 Konsep Kompetensi Kecerdasan Emosi

1.1 Pengenalan
➢ Manusia adalah makhluk ciptaan Allah S.W.T yang sempurna dan yang
membezakannya dengan makhluk-makhluk lain di muka bumi ini adalah
pengurniaan akal dan fikiran yang baik. Melalui akal fikiran inilah, berkembangnya
emosi manusia seiring denganperedaran masa.
➢ Perasaan dan emosi seperti sedih ,ketawa ,takut mencorakkan warna
kehidupan ,membentuk sikap dan personaliti seseorang. Perkataan ini berasal
daripada perkataan Greek “emovere” yang bermaksud “untuk keluar”. Maka untuk
itu, emosi akan ditonjolkan keluar sebagai satu bentuk bagi memenuhi kepuasan
seseorang
➢ Kebolehan untuk mengecam perasaan orang lain serta memotivasikan
diri untuk mengurus emosi diri serta perhubungan kita dengan orang lain
dengan baik dipanggil Kompetensi Kecerdasan Emosi
➢ Kecerdasan emosi didefinisikan juga sebagai sejenis kecerdasan sosial
yang melibatkan kemahiran untuk memantau serta membuat diskriminasi di
antara emosi sendiri atau emosi orang lain dan seterusnya,manfaatkan
maklumat ini sebagai panduan pemikiran dan tindakan orang itu.(Young ,1996)

DANIEL GOLEMAN MENYATAKAN…….

➢ Kecerdasan Emosi adalah banyak dibelajar sepanjang hidup kita dan


kompetensi kita dalamnya boleh berkembang sepanjang hidup .Kecerdasan Emosi
ini dipanggil EQ (Emotional Quotient).Mengikut Danial Goleman (1995) ,EQ adalah
prasyarat untuk keberkesanan IQ.Maksudnya ,IQ kita tidak akan berfungsi dengan
baik sekiranya bahagian otak kita rosak daripada kecacatan emosi.
➢ Menyatakan penilaian seseorang individu bukan sahaja diasaskan kepada
kecerdasan intelektual (IQ) tetapi yang lebih penting ialah kecerdasan
emosi(EQ).EQ meninggalkan kesan yang mendalam dalam keseluruhan aspek
dalam kehidupan seseorang individu ,termasuk aspek kesihatan dan sosial.
(‘Working with Emotional Intelligence’:Goleman ,D .1998)
➢ Berpendapat bahawa IQ bersifat relative tetap ,sementara EQ bersifat boleh
berubah sehingga dapat dibentuk dan dipelajari.
➢ Dalam pekerjaaan menurutnya “……people of high IQ flounder and those of
moderate IQ do surprisingly well…lack of emotional intelligence can sabotage the
intellect and ruin career…”Ini bermaksud kejayaan diri dalam pekerjaan perlu
seimbang dengan aspek emosi.
➢ Kecerdasan emosi boleh dikembangkan seumur hidup melalui proses
pembelajaran. Kecerdasan emosi lahir seiring dengan pertumbuhan seseorang
individu sejak lahir sehinggalah beliau meninggal dunia. Pertumbuhan kecerdasan
emosi dipengaruhi oleh keluarga, lingkungan persekitaran dan contoh-contoh
pengalaman yang diperolehi seseorang sejak lahir dari kedua ibu bapanya.
Kecerdasan emosi mempunyai kaitan dengan pelbagai aspek yang dirasakan
semakin sukar dilihat dalam kehidupan manusia yang semakin moden dan maju kini.
Antara aspek kecerdasan emosi yang semakin sukar dilihat dalam kehidupan
manusia kini adalah seperti berikut:-
• Empati iaitu memahami orang lain secara mendalam
• Mengungkapkan dan memahami perasaan
• Mengendalikan amarah
• Kemandirian iaitu berdiri dengan sendiri atau berdikari
• Kemampuan untuk menyesuaikan diri
• Disukai oleh orang lain
• Kemampuan untuk memecahkan atau menghilangkan masalah antara
mereka yang berada di sekeliling
• Semangat setiakawan
• Keramahan
• Sikap hormat-menghormati

jukkan bahawa masalah emosi kanak-kanak adalah dipengaruhi daripada didikan ibubapa
an kenyataan di atas ,bincangkan beberapa kesan didikan ibubapa ke atas emosi kanak-kanak setelah mer

2.0 Faktor-Faktor Yang Boleh Menjejaskan Masalah Emosi Individu


Masalah emosi merupakan sesuatu yang tidak asing bagi seseorang yang
mempunyai masalah. Tekanan emosi boleh dialami oleh sesiapa sahaja tanpa
mengira usia. Emosi yang tergolong dalam kategori emosi yang positif adalah seperti
rasa gembira, seronok, ghairah, dan bersemangat. Emosi yang negatif pula adalah
terdiri daripada emosi yang mempunyai nada yang negatif seperti
cemas,marah,sedih,rasa bersalah,dan sebagainya. Antara faktor-faktor yang
menjejaskan masalah emosi individu ialah:
Faktor peristiwa dalam hidup
• Peristiwa dalam hidup selalunya melibatkan perubahan yang besar dan
penyesuaian dalam hidup. Peristiwa dalam hidup mungkin bersifat positif atau
negatif dan melibatkan diri sendiri atau orang yang tersayang. Contoh peristiwa
hidup yang negatif adalah penderaan,perceraian, kemalangan, kematian, muflis atau
hilang pekerjaan, di penjara, penyalahgunaan bahan terlarang, krisis kewangan dan
lain-lain. Manakala peristiwa hidup yang positif termasuk perkahwinan,
mengandung, kenaikan pangkat dan berpindah ke rumah baru.
• Peristiwa dalam hidup memberi kesan ke atas masalah emosi
seseorang.Peristiwa dalam hidup yang tertekan selalunya berkait rapat dengan
tindak balas fizikal, emosi dan tingkah laku seseorang. Dari segi emosi, manusia
akan merasa susah hati,murung , sedih, marah, tidak tentu arah, resah dan lain-lain.
Emosi tersebut boleh menyebabkan demam, selesema, sakit kepala, susah tidur
dan loya. Dari segi tingkah laku, manusia bertindak berlainan di antara satu dengan
lain. Setengah menjadi kaku, manakala yang lain tidak menunjuk sebarang emosi,
dan yang lain meluahkan emosi mereka..

Faktor Pengaruh Keluarga


• Kehidupan kanak-kanak ditentukan oleh ibu bapanya. Keluarga yang sering
bertengkar, bergaduh dan kurang mesra, tidak menaruh minat terhadap anak-anak,
bercerai, terdapat kematian dan perpisahan akan membawa keadaan emosi dan
penyesuaian kanak-kanak yang tidak stabil.
• Keluarga dan ahli keluarga yang mesra, demokratik dan ibu bapa yang
memenuhi keperluan kanak-kanak akan meningkatkan penyesuaian kanak-kanak
tersebut. Kanak-kanak yang yang melihat dirinya diterima oleh ibu bapannya akan
menunjukkan aspirasi ego yang lebih tinggi, ketabahan dan ketekunan.

Faktor Pengaruh Rakan Sebaya


• Pada peringkat ini,hubungan sosial bukan sahaja melibatkan ibu bapa tetapi
juga rakan sebaya.Peringkat kanak-kanak rakan sebaya mempunyai pengaruh yang
sikit bebanding dengan zaman remaja yang mempunyai peranan yang penting.Minat
mereka lebih mirip kepada minat rakan daripada ibu bapa.
• Perihal popular atau tidak popularnya seseorang itu mengikut pandangan
rakan-rakannya sangat penting dalam perkembangan personalitinya.Remaja yang
kadang-kadang memegang kedudukan pimpinan di dalam pimpinannya akan
mebentuk sifat-sifat keyakinan kendiri dan sifat tenang.Suka membantu,bijak
bertoleransi dan melibatkan diri dengan merancang dan memulakan aktiviti
kumpulan yang menarik dan menyeronokkan. Remaja seperti ini bersikap ceria,
bersemangat, baik hati, boleh berjenaka, mempunyai daya usaha, dorongan dan
idea yang baik.
• Remaja yang tidak disanjung dan disingkirkan oleh rakan-rakan mempunyai
ciri-ciri yang bertentangan dengan mereka yang popular. Remaja ini merasa kurang
yakin pada diri sendiri, penakut dan cuba menjauhkan diri dari rakan sebaya.
Remaja yang bersikap agresif, sombong dan terlalu mendesak akan tidak disukai
dan kemungkinan ditolak rakan sebaya.Remaja yang tidak disukai oleh kawan-
kawannya akan merasa inferior, rasa iri hati, benci muram dan marah terhadap
kawan-kawan yang tidak menghiraukannya.

Faktor Pengaruh Sekolah


• Guru memainkan peranan penting dalam personaliti kanak-kanak.Secara
langsung ,guru akan mempengaruhi perasaan kanak-kanak terhadap diri mereka.
dengan cara guru membetulkan tingkahlakunya. Mereka mula
melihat diri mereka daripada sudut pandangan guru seperti ia merupakan
‘pengacau’,‘pengancam’, ‘kesayangan guru’, ‘si bodoh dan sebagainya’.
• Guru yang bersifat mesra dan menerima muridnya akan menggerakkan
mereka membuat kerja sekolah dengan lebih baik. Seorang guru yang negatif atau
tidak mepedulikan murid akan memusnahkan motivasi anak muridnya dan mereka
merasa tersingkir.
• Personaliti guru yang tidak disukai juga dapat mempengaruhi personaliti
murid. Gred, markah dan kad laporan menambahkan perasaan serba kekurangan ,
tidak memadai, bimbang dan tekanan emosi. Kanak-kanak yang mendapat gred
yang baik dan menerima pengakuan sosial dengan cara menerima hadiah dan
penghargaan lain serta mempunyai konsep diri yang lebih baik. Markah menentukan
sama ada seseorang murid itu menganggap dirinya sebagai berjaya, pandai atau
sebagai gagal, bodoh dan tidak berguna.

Faktor Di Tempat Kerja


• Misalnya pekerja pejabat yang perlu menyiapkan tugas -tugasnya dalam
tempoh masa yang ditetapkan mungkin akan menghadapi tekanan emosi jika dia
gagal berbuat demikian.
• Cabaran kerja seperti pertukaran kerja tanggungjawab kerja yang baru
,kenaikan pangkat dan kerja yang banyak mengakibatkan rasa tidak selamat ,hilang
keyakinan menyebabkan masalah emosi yang serius
• Fungsi kerja dan matlamt yang kurang jelas dari pihak atasan membuat
seseorang merasa ragu-ragu apa yang perlu dibuat.Maka ,berlakunya,kekecewaan
dan kehampaan.
• Suasana kerja yang tidak teratur dan tidak kondusif seperti kebisingan,
kurang pengudaraan, pencahayaan, rekaan tempat kerja yang buruk dan lain-lain,
memberi kesan ke atas keupayaan individu untuk memberi tumpuan dan
mendedahkan kepada kemalangan dan kesilapan.

3.0 Menghubungkaitkan Cara Didikan Ibu Bapa Yang Dapat Melahirkan Emosi-
Emosi Tertentu Ke Atas Anak-Anak

3.1 Peranan dan tanggungjawab ibu bapa dalam mendidik anak pada zaman
kini

Ibu bapa seharusnya boleh memainkan pelbagai peranan dalam membentuk


disiplin dan peribadi anak-anak. Kecuaian ibu bapa untuk memahami peranannya
yang sebenar menjadikan anak-anak hilang panduan dan keliru dalam menjalani
hidupnya, maka jangan salahkan anak-anak apabila mereka memilih orang lain
untuk di contohi. Peranan berkesan yang dimainkan oleh ibu bapa di rumah dengan
melakukan sesuatu yang positif untuk keharmonian kekeluargaan akan membawa
keharmonian ini ke tempat kerja. Jika keharmonian ini dapat disalurkan ke tempat
kerja sudah tentunya kelangsungan keharmonian ini dapat diwujudkan dalam
masyarakat. Ibu bapa seharusnya dapat menyeimbangkan peranan mereka sama
ada di rumah, tempat kerja dan dalam masyarakat. Keseimbangan ini amat perlu
supaya segala tekanan akan dapat diatasi. Hubungan antara tingkah laku dan
personaliti remaja adalah dipengaruhi oleh cara didikan ibu bapa mereka. Baumrind
(1968) telah mengenal pasti lima kategori gaya keibubapaan seperti berikut:

Ibu bapa authoritarian (keluarga kuasa)


Cara didikan kategori ini adalah mengawal dan menilai tingkah laku remaja dengan
menggunakan standard mutlak atau kawalan ketat. Tidak ada tolak ansur tetapi
remaja kena patuh segala arahan mereka. Ibu bapa beranggapan bahawa mereka
tahu apa yang baik dan buruk dan perlu patuh tanpa menyoal. Dari sini remaja akan
berpegang teguh kepada nilai-nilai tradisional dan terus akur dengan kehendak ibu
bapa walaupun ada di kalangan remaja yang marah dan menyimpannya di dalam
hati mereka.
Individu yang dibesarkan dengan cara ini lebih cenderung untuk mematuhi perintah
dan akur kepada pihak berkuasa, mempunyai pemikiran yang konkrit, idea yang
konvensional dan menyimpan rasa marah yang terkawal.

Ibu bapa yang mengabaikan anak-anak (keluarga kacau)


Ibu bapa yang mengabaikan anak-anak tidak begitu keras dari segi kawalan dan
disiplin anak-anak serta tidak tekal dalam amalan mereka. Mereka tidak
menerangkan kepada anak-anak mengapa tindakan tersebut dilakukan apabila
menghukum atau mendenda dan biasanya ia lebih mengikut mood dan perasaan
mereka. Remaja akan tidak dapat membendung rasa marah dan melepaskannya
dalam bentuk tingkah laku anti-sosial.

Individu yang dibesarkan dengan cara ini akan bertindak melanggar undang-undang
dan tidak mematuhi norma masyarakat. Kajian menunjukkan sebilangan besar
remaja delinkuen telah dididik dalam keadaan terabai yang akan bertindak secara
agresif dan tidak mempunyai kawalan diri seperti ibu bapa mereka.
Ibu bapa yang amat melindungi (keluarga simbiotis)

Ibu bapa sukar melepaskan anak-anak mereka melakukan sesuatu dengan sendiri
dan sedaya upaya akan menentukan apa yang perlu dilakukan oleh anak-anak dan
bila patut buat. Mereka menggalakkan tingkah laku bergantung dan pasif serta
mendisiplinkan mereka dengan cara tidak memberikan kasih sayang sekiranya
anak-anak tidak mengikut arahan mereka.
Individu yang dibesarkan dengan cara ini akan cenderung untuk menjadi
bergantung, pasif, bersopan dan akur. Remaja juga akan menjadi penakut, malu dan
kurang keyakinan diri serta sukar untuk memjadi pemimpin dan melakukan aktiviti
bersama rakan sebaya.

Ibu bapa permisif (keluarga protektif)


Ibu bapa membenarkan remaja menggunakan diri mereka sebagai sumber serta
mengikut kehendak remaja tanpa mendesak mengikut keinginan mereka. Ibu bapa
bukan sebagai orang yang bertanggungjawab dalam membentuk tingkah laku
remaja. Remaja yang menerima didikan seperti ini mempunyai tingkah laku agresif
dan tidak bertanggungjawab terutamanya remaja lelaki akan menunjukkan tingkah
laku buli dan mementingkan diri sendiri.

Ibu bapa autoritatif (keluarga seimbang)


Ibu bapa autoritatif ialah mereka bertanggungjawab dan dapat dipercayai .Mereka
juga menggunakan budi bicara mereka dalam mengawal dan mendisiplin anak-anak
supaya dapat disesuaikan dengan keperluan mereka. Ibu bapa menerangkan sebab
atas segala tindakan dan sentiasa menjelaskan tentang harapan dan permintaan
mereka yang perlu difahami oleh kanak-kanak tetapi boleh bertolak ansur dalam hal
demikian itu. Di samping itu ibu bapa juga sentiasa memberi pertimbangan kepada
pendapat atau maklum balas daripada anak-anak.

Ibubapa autoritatif mahu anak-anak mereka hidup bahagia dan mengawal hidup
mereka sendiri dan sebagai ibu bapa mereka membantu dari segi persediaan
menjadi dewasa yang mempunyai kebebasan. Bersedia mendengar dan mendidik
anak-anak dengan tegas supaya anak-anak mereka mempunyai kekuatan ego dan
berdisiplin.

Didikan seperti ini akan menjadikan remaja cenderung menjadi egen sosial yang
aktif dan mempunyai daya usaha, boleh berdikari, disiplin yang tinggi,
bertanggungjawab, boleh berfikir untuk diri sendiri dan berpegang teguh kepada nilai
dan prinsip hidup

4.0 Implikasi Daripada Masalah Emosi Kanak-Kanak Ke Atas Perkembangan


Masa Depan Mereka.

Pengaruh ibu bapa dalam tingkah laku dan ciri-ciri personaliti remaja boleh
dipengaruhi oleh cara didikan semenjak dari kecil lagi. Walaubagaimanapun
seringkali timbul masalah antara ibu bapa dan remaja. Perbezaan pemahaman dan
pengalaman merupakan masalah yang ketara dan ini dinamakan sebagai jurang
generasi. Jurang generasi merupakan salah satu punca konflik antara remaja dan
ibu bapa. Ianya adalah perbezaan yang terdapat dalam nilai, sikap dan tingkah laku
antara generasi tua dengan generasi yang lebih muda iaitu remaja. Ibu bapa selalu
memarahi anak remaja mereka yang dianggap tidak mematuhi kehendak dan
peraturan mereka. Perhubungan antara remaja dan ibu bapa akan baik sekiranya
mereka berjauhan seperti anak remaja melanjutkan pelajaran ataupun bekerja di
tempat lain.
=Implikasi didikan ibubapa pada masalah emosi kanak-kanak ke atas
perkembangan masa depan mereka ialah:

Ibu bapa authoritarian (keluarga kuasa)


Ibu bapa juga enggan mengerti perasaan anak-anak mereka dan tidak akan
memaafkan anak-anak sekiranaya mereka melakukan perbuatan yang diingini.
Anak-anak yang belasan tahun sering melawan ibubapa dan akan melakukan
kelakuan yang tidak murni sehingga menjadi remaja yang bermasalah. Konflik akan
berlaku di antara anak-anak dengan ibubapa kerana kurang persetujuan dan
kompromi. Walaubagaimanapun keluarga kuasa memberikan motivasi yang positif
kepada anak-anak yang selama ini telah melahirkan keyakinan secara semula-jadi
dan mereka dapat menyelesaikan masalah dengan keupayaan dan kemampuan
sendiri. Mereka dapat membuat keputusan dengan diri sendiri dan dapat
membuktikan kebolehan melakukan sesuatu perkara dengan baik kerana selama ini
mereka tidak diberi pimpinan dan nasihat daripada ibubapa.

Ibu bapa yang mengabaikan anak-anak (keluarga kacau)

• Remaja akan berasa terancam dan tidak disayangi.Mereka juga berasa tidak
dinginkan dalam keluarga.Ini menyebabkan perasaan dendam ,marah dan
benci.Apabila di sekolah,mereka sukar dikendalikan .Pantangan sosial seperti
merokok ,minum ,judi dialami lebih awal. Mereka cepat marah,menentang,menghina
dan sebagainya.
• Selain itu,mereka juga biasanya meninggalkan keluarga kacau sebelum
waktunya dngan konflik kebencian kepada keluarga .Kadang-kadang mereka pergi
jauh ,mengandung,melakukan kejahatan supaya dapat keluar rumah.Selain
itu,mereka tidak percaya pada orang lain dan tidak tahu bagaimana ada
perhubungan baik dengan orang lain kerana tidak mempunyai model keluarga asal
yang baik untuk dicontohi. Maka, ketika mereka kecewa dengan anggota keluarga,
mereka mengambil jalan menyerang, yang hanya akan lebih menjauhkan tali
persaudaraan.. Mereka kasar dan membuat orang lain tidak senang.
Ibu bapa yang amat melindungi (keluarga simbiotis)

• Anak –anak daripada didikan sebegini terlalu banyak menghabiskan waktu


untuk fikirkan apa yang diingini oleh orang tua sehingga dapat
memenuhinya.Implikasinya,anak-anak tidak suka berperasaan jelik,dan mereka
sering terapkan kaedah yang sama terhadap teman-teman,pekerja dan suami/isteri
mereka.
• Mereka tidak membantah keputusan ibu bapa ,kerana mereka tidak mahu
rasa serba salah terhadap ibu bapa.Selain itu ,mereka mudah mengalah dan hilang
keyakian diri dari pelbagai aspek.

Ibu bapa permisif (keluarga protektif)

• Anak-anak dalam keluarga protektif ini menerima banyak perhatian dan


dorongan.Mereka biasanya dididik dengan didikan yang
sempurna.Kesannya,.mereka menunjukkan hormat terhadap orang lain.Selain
itu,sebagai remaja belasan tahun,mereka mudah menjadi sasaran tekanan daripada
kawan-kawan.Ini kerana ,mereka sering diterima oleh ibu bapa dan mungkin tidak
tahu bagaimana menghadapi kurang penerimaan dalam suatu kelompok kawan.
Apabila mereka ditolak oleh kelompok kawan-kawan,maka ,mereka akan berasa
harga diri hilang.
• Mereka juga akan bertengkar dengan ibu bapanya sekiranya segala
permintaan mereka dibantah.Mereka juga akan menuduh orang tuanya tidak
mempedulikannya dan menggunakan kesalahan dan kasihan diri untuk mendpatkan
apa yang dikehendaki.Jikalau menghadapi kesulitan ,mereka menyandarkan diri
pada ibu dan ayah untuk mebantu mereka.

Ibu bapa autoritatif (keluarga seimbang)


• Perhubungan di antara mereka dengan anak-anak amat erat dan mesra
kerana anak-anak merasa mereka diberi ruangan yang agak luas untuk meluangkan
perasaan yang bebas dan jujur. Mereka merasa sentiasa dihormati oleh ibubapa dan
dapat mengembangkan keyakinan diri untuk berinteraksi dengan orang luar pada
bila-bila masa.
• Perhubungan di antara setiap ahli keluarga seimbang adalah secara dinamis.
Mereka dapat memaafkan perbuatan yang tidak sengaja dilakukan oleh ahli
keluarga dengan nilaian yang manasabah dan relevan.

5.0 Rumusan/Cadangan

Keluarga merupakan sebuah institusi yang dinamik. Dalam masyarakat tradisi


peranan keluarga dalam semua aspek menjadi lebih ketara, dan kedudukan
keluarga sebagai sebuah institusi lebih penting.Keluarga bertindak sebagai
pendorong dan pembantu kepada anak-anak dalam proses pencapaian
pengetahuan atau sesuatu kemahiran. Ibu bapa lebih gigih untuk melengkapkan
anak-anak dengan pengetahuan dan ilmu secukupnya agar anak-anak tersebut
dapat merancang masa depan mereka dengan lebih yakin.
Masalah emosi boleh dialami oleh sesiapa sahaja termasuk kanak-kanak
tanpa mengira usia.Ibu bapa juga perlu memahami dan mengenali ciri-ciri masalah
emosi di kalangan kanak-kanak.Maka didikan daripada ibu bapa sangat penting di
mana ibu bapa perlu mempunyai sikap dan amalan positif serta pengetahuan yang
boleh membantu mempengaruhi perkembangan anak mereka . Dengan ini , ciri -ciri
positif yang dimiliki oleh anak mereka dapat di pupuk dan dirangsang untuk
mencapai kecemerlangan.
.Untuk melahirkan anak yang baik personalitinya maka ibu bapa harus
memberi perhatian dan ,mendengar masalah anak dengan teliti dan membantu
menyelesaikan masalah itu.Perlu juga menjelaskan mengenai tindakan yang
dilakukan kepada anak-anak.Misalnya,kenapa sesuatu hukuman harus dikenakan
terhadap tindakan yang salah oleh anak-anak. Ibu bapa perlu memberi latihan anak-
anak dengan kemahiran sosial supaya dia dapat berinteraksi dengan kawan-kawan
atau gurunya dengan berkesan.
Selain itu ibu bapa juga harus memberi dorongan kepada anak-anak serta
mengatasi kelemahannya untuk membolehkan anak-anak berjaya mencapai cita-cita
yang diharapkan.Pendedahan kepada pelbagai bidang yang mungkin diminati oleh
anak-anak juga harus ibu bapa ambil peduli.Ibu bapa harus sentiasa melakukan hal-
hal yang positif yang akan dijadikan teladan kepada anak-anak. Ibu bapa harus
sentiasa mempamerkan kasih sayang agar anak-anak berasa selamat dan dikasihi..
Ibu bapa harus memupuk kasih sayang dan sikap bertolak ansur di antara anak-
anak supaya mereka dapat berkongsi fikiran dan melahirkan sikap bantu membantu
di antara adik-beradik.Oleh itu, kehebatan personaliti anak mencerminkan
kehebatan personaliti ibu bapa yang mendidiknya ,begitu juga sebaliknya

Jelaskan kepentingan guru mengawal emosi di bilik darjah agar mewujudkan


suasana pengajaran dan pembelajaran ydalam bilik darjah yang kondusif.

Memang tidak dinafikan bahawa seorang pelajar memenuhi kebanyakan


masa menuntutnya di bangku sekolah.Jadi ,suasana bilik darjah merupakan
suasana penting dalam memupuk kompetensi –kompetensi kecerdasan emosi
selain daripada suasana keluarga di rumah.Jadi peranan guru dan pihak sekolah
menjadi penting dalam menyusun aktiviti kurikulum untuk menyemaikan kompetensi-
kompetensi tersebut.
Suasana emosi di bilik darjah merujuk kepada perasaan murid-murid
terhadap guru mereka. Suasana emosi ini akan menimulkan jenis-jenis tingkah laku
murid yang di tentukan oleh sifat guru dan gaya mengajarnya. Mengikut kajian,
suasana emosi bilik darjah yang kondusif biasanya di timbulkan oleh guru yang
mempunyai sifat-sifat seperti penyayang, bertimbang rasa, peramah dan lucu, serta
menjalankan tugas dengan bertanggungjawab dan adil, mengamalkan sikap
demokrasi dan tidak memilih kasih (Mok Soon Sang, 2008).

Faktor emosi juga dapat di lihat melalui kepimpinan guru dalam proses pengajaran
dan pembelajaran. Antara jenis kepimpinan guru ialah;
➢ Gaya Kepimpinan Aautokratik iaitu mengawal murid melalui ganjaran dan
hukuman sehingga mewujudkan suasana yang tertekan dan tidak menarik
serta tidak kondusif.
➢ Gaya Kepimpinan Demokratik iaitu berkongsi tanggungjawab dengan murid
dengan memberikan galakan bukannya dengan desakan bagi menghasilkan
aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang lebih menarik dan menyeronokan.
➢ Gaya kepimpinan Laissez-Faire iaitu kebebasan sepenuhnya dalam apa jua
aktiviti pembelajaran sehingga menjadikan bilik darjah tidak terurus, kucar
kucir, dan perhubungan antara guru dan murid menjadi tidak akrab dan
mesra.

Kepentingan guru mengawal emosi

Mewujudkan Keadaan yang ceria dan kondusif


Keadaan yang ceria dan kondusif mempengaruhi mood dan minat serta kecergasan
murid dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.Dari segi emosi perasaan seperti
marah,bersaing untuk sumber yang terhad,dengki,memfitnah dan lain-lain akan
dikurangkan sekiranya pelajar menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran
dalam suasana kondusif dan emosi terkawal.

Membantu Pelajar Rasa Dirinya Sebahagian daripada Bilik Darjah


Pakar psikologi pernah rnengatakan bahawa hasrat hati rnanusia adalah rnenjadi
sebahagian daripada alam sosial dan perasaan intelektual, Oleh itu, guru perIu
rnenggerakkan keinginan pelajar rnelibatkan diri dalam suasana bilik darjah
rnengikut hasrat hati sernulajadi. Mereka mengharapkan peranan rnereka dipuji dan
diperhatikan. Interaksi sekurang-kurangnya dua hala adalah amat diperlukan dalam
sesuatu pengajaran dan pernbelajaran

Berpeluang menekankan nilai-nilai murni


Guru juga berpeluang menekankan nilai-nilai murni yang merupakan kompetensi
personal dan sosial.Contohnya,melayani kepelbagaian pelajar melalui layan
saksama terhadap pelajar lemah,miskin atau kurang upaya.Selain itu,apabila emosi
terkawal maka,kedua-dua pihak iaitu guru dan pelajar berpeluang berbual-bual
tentang perasaan mereka.

Memperkembangkan pengalaman pelajar


Guru berpeluang menggunakan alat bantu mengajar yang sesuai mengikut
kehendak kurikulum dan ciri-ciri pelajar; Mereka boleh memberi penjelasan serta
memperIuas bahan-bahan bantuan dengan tujuan memperkayakan kurikulum.

Penerangan yang jelas dan terperinci


Apabila guru dapat kawal emosi maka,guru dapat menjelaskan apa yang perIu
dipelajari, bagaimana maklumat itu berkaitan dengan pengetahuan sedia ada pada
pelajar dan apa yang akan dipelajari pada masa akan datang.Oleh itu pelajar juga
dapat menerima ilmu dengan mudah.

Wujud kerjasama guru dan pelajar.

Pentingnya guru mengawal emosi bilik darjah kerana pelajar berpeluang


berkomunikasi dengan guru .Perhubungan antara guru dengan pelajar di dalam bilik
darjah perlu diwujudkan supaya pembelajaran berkesan dapat dipraktikkan. Situasi
ini akan mendorong seseorang guru mengamalkan tingkah Iaku yang efektif dan
berkualiti. Fenomena ini memerIukan kemahiran, keupayaan dan komitmen yang
tinggi. Selain dari itu, terdapat percubaan guru untuk memasuki dunia peIajar
dengan hasrat mempengaruhi dan memimpin mereka. Kejayaan memasuki dunia
peIajar dapat menghasilkan persefahaman dengan pelajar khususnya pada tarat
emosi yang mesra. Akhirnya, dua pihak yang terlibat akan saling bersedia dalam hal
berkongsi pengalaman dan saling bekerjasama.

KESIMPULAN
Kejayaan seseorang guru sebagai pengurus di bilik darjah tidak semata-mata dinilai
daripada aspek kemahiran dan teknik pengajaran dan pembelajaran semata-mata,
malah kawalan emosi bilik darjah perlu di ambil kira serta kualiti peribadi dan
sahsiah diri juga menjadi tarikan kepada murid-murid. Selain itu,kehebatan
pengajaran guru juga bergantung pada beberapa aspek seperti,kejelasan
suara,gaya pengajaran yang menarik ,tidak membosankan
,inovasi,kreatif,pengurusan masa yang berkesan,pendekatan yang sentiasa
digunakan untuk membaiki kelemahan murid dan penglibatan murid.