Anda di halaman 1dari 17

1.

Pengenalan

Teknologi Maklumat dan Komunikasi atau ICT (Information and Communication


Technology) merupakan teknologi yang diperlukan untuk pemprosesan data. Ruang
lingkup tajuknya sangat luas. Ia boleh berkenaan denagan segala aspek dalam
pengurusan dan pemprosesan maklumat. Secara tepat dan mudahnya adalah
penggunaan komputer dan perisian untuk mengubah, menyimpan, melindungi,
memproses, memindah, melihat, dan mendapatkan maklumat tanpa mengira tempat
dan waktu.

2.0

Fungsi-fungsi Teknologi Maklumat dan Komunikasi

Teknologi ini wujud sebagai satu perantaraan untuk mengedarkan pelbagai jenis
maklumat untuk tujuan yang berlainan. Contohnya bagi pendidikan, pengiklanan,
pemberitahuan, telekomunikasi dan sebagainya untuk memperoleh maklumat,
menyimpan maklumat, mengambil semula maklumat, memproses maklumat dan
menyebarkan maklumat.
Teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dapat membantu pengurus
pendidikan dalam membuat keputusan, menyesuaikan diri dengan perubahan dan
selanjutnya dapat meningkatkan komunikasi dalam organisasinya. Hakikatnya ICT
sangat membantu dan menolong mereka (pengurus sekolah) untuk berfungsi dengan
lebih cekap, berkesan, mudah, cepat dan membuat keputusan yang baik yang
melibatkan maklumat, proses dan kerja seperti pendaftaran pelajar, pelbagai rekod,
kawalan inventori, jadual waktu, opsyen guru, bilangan waktu mengajar, hal yang
berkaitan peperiksaan, pembelian stok dan sebagainya. Ini bersesuaian dengan
pendapat Laudon dan Laudon ( 1997 ) yang menyatakan sistem maklumat dan
komunikasi adalah komponen-komponen yang bersepadu yang mengumpul dan
menyimpan maklumat bagi membantu organisasi membuat keputusan, merancang,
mengawal dan menganalis.
Guru-guru juga boleh memperolehi maklumat daripada pelbagai sumber
melalui ICT untuk tujuan pembelajaran dan pengajaran ( P & P ) dan tahu
menggunakan teknologi komunikasi seperti CD Rom, cakera padat, video, komputer,
komputer bimbit, dan perisian-perisian aplikasi komputer seperti e-mail, pengkalan
data, pemprosesan perkataan, hamparan eletronik, internet, perisian persembahan
dan lain-lainnya.Menurut Stair dan Reynolds ( 1999 ), tujuan utama sistem maklumat

dan komunikasi adalah untuk membantu organisasi mencapai matlamat-matlamatnya


dengan membekalkan pengurus-pengurus dengan insight ke atas operasi
organisasi supaya mereka dapat mengawal, mengelola dan merancang dengan lebih
berkesan dan lebih cekap.
Pendidikan jarak jauh dibolehkan dengan wujudnya rangkaian pendidikan
yang lengkap. Tren semasa semakin menampakkan masa depan pengajaran dengan
cara jarak jauh tetapi ini tidak bermakna pendidikan konvensional perlu dihapuskan
sama sekali. Sesetengah daripadanya perlu dikekalkan bagi membolehkan pelajar
membelajari kemahiran tertentu yang tidak boleh diperolehi melalui teknologi
maklumat. Contohnya cara persembahan menggunakan komputer amat berbeza
dengan cara konvensional. Namun kita tidak harus bergantung sepenuhnya kepada
komputer dan melahirkan golongan yang tidak mampu berinteraksi tanpa komputer.
Masa kini, semakin banyak bahan-bahan ditukarkan kepada bit-bit dalam
komputer. Penukaran ini akan mencetuskan perubahan yang besar dalam
penggunaan ruang di bandar. Misalnya penduduk bandar tidak perlu berada di
sesuatu lokasi tetapi dapat merasai situasi tersebut melalui internet. Kes yang sama
berlaku terhadap perpustakaan, apabila lebih banyak teks ditukarkan dalam bentuk
bit. Pelajar atau penduduk tidak perlu sampai ke perpustakaan untuk mendapatkan
bahan rujukan tersebut.
Perdagangan elektronik ditakrifkan sebagai penggunaan telekomunikasi atau
rangkaian yang luas untuk melaksanakan pemindahan kewangan. Dengan
berkembangnya perkhidmatan sedemikian pada masa depan, pengguna tidak perlu
melangkah keluar dari rumah untuk membeli-belah. Di samping itu, mereka boleh
membeli-belah 24 jam sehari tanpa gangguan kesesakan, cuaca dan jurujual yang
membosankan. Selain itu, lokasi juga tidak menjadi masalah kerana perkhidmatan
yang dibekalkan akan menjamin pembelian tersebut dijalankan dengan senang.
Halangan yang wujud cumalah kos penghantaran yang mahal bagi lokasi yang jauh.
Dengan adanya rangkaian teknologi maklumat juga membolehkan aktiviti
perbankan dan pasaran dijalankan. Ini akan memberi pengaruh yang besar ke atas
guna tanah kawasan perdagangan pusat. Aktiviti tersebut sentiasa berkait dengan
kesesakan di lokasi perletakan bank atau bursa saham. Namun dengan adanya
rangkaian maklumat yang membolehkan aktiviti tersebut dijalankan dengan selamat
maka penduduk bandar dengan sukarela akan memilih rangkaian tersebut
berbanding dengan cara konvensional yang tidak berkesan serta membazirkan masa
dan tenaga.

3.0

Keperluan Menggunakan Teknologi Maklumat

Penguasaan bahasa lain selain daripada bahasa ibunda adalah amat digalakkan.
Pelajar yang mampu menguasai bahasa lain akan mendapat menafaat yang besar
daripadanya. Lebih-lebih lagi penggunaan teknologi maklumat sebagai alat
pembelajaran

dan

pengajaran

komunikasi

mampu

merealisasikan

hasrat

kementerian pendidikan agar penguasaan Bahasa Inggeris boleh dipertingkatkan.


Sebagai seorang pendidik adalah merupakan tanggungjawab mereka untuk
menyahut seruan kerajaan bagi peningkatan dalam bidan pendidikan.
Para guru tahu bahawa penggunaan Teknologi Maklumat secara bijak, dapat
memperkayakan

persekitaran pembelajaran dan membolehkan murid mencapai

kemahiran yang dapat digunakan dalam alam perkerjaan mereka. Oleh itu, golongan
pendidik perlu membuat pertimbangan tentang potensi teknologi maklumat untuk
pengajaran dan pembelajaran dan menggunakannya dengan cara yang baik.
Penekanan terhadap penggunaan Teknologi Maklumat dalam pengajaran dan
pembelajaran di Malaysia dapat dilihat dari aspek pendedahan yang dijalankan
dalam kursus-kursus yang dijalankan oleh instutusi-instutusi pendidikan guru seluruh
negara. Selain menjadi

sebahagian matapelajaran teras kepada kursus asas

perguruan di maktab-maktab perguruan.


Kementerian Pelajaran turut mengadakan kursus-kursus dalam perkhidmatan
seperti kursus KSPK Satu Tahun Teknologi Maklumat, Kursus 14 minggu Teknologi
Maklumat Dalam Pendidikan , kursus satu minggu Aplikasi ICT dalam pengajaran
dan Pembelajaran, kursus satu minggu Multimedia Dalam Pendidikan dan kursus
Latihan Guru Sekolah Bestari, yang semuanya adalah menjurus kepada peningkatan
keupayaan guru menggunakan Teknologi Maklumat dalam pengajaran dan
pembelajaran.

4.0

Sejarah Penggunaan ICT Dalam Pendidikan

Dekad 1959 mencatatkan sejarah penggunaan teknologi maklumat pertama di


sekolah dengan penggunaan perisian IBM 650, pada pertengahan 1970an terdapat
pergerakan yang menjurus ke arah computer-based instruction (CBI) yang juga
dikenali sebagai computer-assisted instruction (CAI). Pengenalan bahasa komputer
Coursewriter yang mengkhusus kepada pembinaan perisian kursus atau perisian
pengajaran.

Penggunaan

teknologi

maklumat

ini

ialah

untuk

menyokong

pembelajaran masteri melalui sistem Computer-Managed Instruction (CMI).


Pada tahun 1977 diperkenalkan Komputer Mikro pertama di sekolah. Sumber
berasaskan komputer tidak lagi bergantung kepada bahan luar sekolah seperti
pejabat pendidikan daerah dan syarikat swasta. Guru berupaya menentukan apa
yang mereka buat dengan komputer justeru membolehkan pengurusan pendidikan
berasakan sekolah menjadi lebih mudah. Perisian komputer mikro diperkenalkan
dekad 1980an, ini merupakan sebahagian daripada penggunaan teknologi maklumat,
pembangunan alat pengarangan untuk pembangunan perisian kursus (courseware
authoring tools) diperkenalkan. Namun kesedaran betapa sukar bagi guru
meluangkan masa menggunakan alat pengerangan untuk membangunkan perisian
kursus menyebabkan kecenderungan terhadap pembangunan kursus menjadi
semakin pudar menjelang akhir 1980an.
Penekanan terhadap penilaian kursus meningkat apabila guru menganggap
adalah lebih mudah membeli perisian kursus berbanding membangunkannya sendiri.
Pergerakan ke arah literasi komputer bermula dengan penekanan kepada kemahiran
menggunakan proses kata dan pengaturcaraan. Perkembangan ini memuncak pada
tahun 1985 dan menimbulkan anggapan bahawa murid yang tidak mempunyai
literasi komputer yang tinggi akan ketinggalan.
Pada tahun 1990an literasi komputer disisih kerana para pendidik
menganggap bahawa literasi komputer tidak dapat dihubungkan kepada mana-mana
kemahiran mata pelajaran yang khusus. Menjelang 1990 peningkatan penggunaan
sistem pembelajaran bersepadu (ILS) melalui peningkatan penggunaan sistem
rangkaian serta pembangunan dan pembangunan multimedia. Dekad 1990an
mencatat sejarah penting apabila penggunaan secara meluas internet, minat
terhadap keupayaan menggunakan teknologi maklumat untuk berkomunikasi di

kalangan pendidik meningkat dan telah dapat mencetus penekanan terhadap literasi
teknologi bagi meningkatkan kualiti pendidikan. Justeru pada tahun 2000 sistem
berasaskan simulasi, robotics dan situasi virtual (virtual reality) diberi penekanan
dalam mencetus kreativiti pelajar di sekolah.

5.0

Pandangan Penggunaan TeknologiI Pendidikan Dalam Pendidikan

Media dan perhubungan audio visual, Menurut Saettler pada tahun 1990
penggunaan teknologi pendidikan pada awalnya adalah tertumpu kepada media
audio visual. Namun pada tahun 1988 Association for Communications and
Tecnology mula mengambil kira penggunaan telekomunikasi dan teknologi maklumat
berasaskan computer sebagai media pengajaran dalam pendidikan.
Sistem reka bentuk pengajaran, penghujung tahun 1970 terdapat pandangan
bahawa teknologi pendidikan harus dilihat bukan sahaja sebagai media perhubungan
untuk menyampaikan maklumat pengajaran tetapi sebaliknya sebagai satu
pendekatan sistematik ke arah mereka bentuk, membangunkan dan menyampaikan
pengajaran yang sesuai dengan keperluan yang khusus.
Alat Latihan kemahiran, keperluan terhadap kemahiran penggunaan computer
dalam latihan vokasional di sekolah-sekolah terhadap keperluan ini telah membawa
kepada pandangan bahawa penggunaan teknologi berkaitan dengan computer dan
komunikasi secara praktikal adalah satu cara yang sesuai untuk mempelajari
cabang-cabang mata pelajaran asas teknologi seperti robotic, sistem pembuatan dan
mereka bentuk berbantukan computer.
Teknologi yang berkaitan dengan komputer, pandangan terhadap perluasan
penggunaan computer dalam pendidikan telah membentuk satu cabang baru
teknologi pendidikan iaitu Educational Computing yang merangkumi sistem
pengajaran dan sistem sokongan teknologi berasaskan computer dalam bentuk
aplikasi dan peralatan.
Dengan perluasan pandangan yang merangkumi pelbagai sumber teknologi
termasuk media, system pengajaran dan bahan sokongan, yang berasaskan
computer, Educational Computing dikenali sebagai Teknologi Pendidikan. Pandangan
ini didokongi International Society For Technology in Education (ISTE).

6.0

Justifikasi Penggunaan Teknologi Maklumat Dalam P&P

Penggunaan Teknologi Maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran adalah


diperlukan untuk tujuan berikut:

(a)

Motivasi
Usaha

untuk

memotivasikan

murid

untuk

belajar,

menikmati

pembelajaran dan meningkatkan kehendak untuk terus belajar adalah


semakin penting bagi mengelakkan keciciran kerana keciciran didapati telah
meningkatkan masalah social. Teknologi boleh memainkan peranan penting
ke arah itu. Antara usaha memotivasikan murid melalui pendekatan teknologi
termasuklah :

i.

Dapat menarik perhatian murid.


Kesan visual dan interaktif sumber berasaskan Teknologi
Maklumat dapat membantu murid menumpukan perhatian dan
mengalakkkan mereka bertindak lebih lama terhadap tugasan
pembelajaran.

ii.

Melibatkan Murid melalui kerja-kerja penghasilan.


Guru

melibatkan

murid

dalam

penghasilan

kerja

yang

berasaskan teknologi termasuk pemproses kata, hypermedia,


grafik computer dan telekomunikasi. Murid didapati menyukai
aktiviti

berkenaan

kerana dapat

meningkatkan

kreativiti,

ekspresi kendiri dan kebanggaan melihat hasilan yang


kelihatan professional.

iii.

Meningkatkan

anggapan

murid

sendiri

yang

mengawal

pembelajaran
Apabila murid beranggapan bahawa mereka dapat mengawal
pembelajaran, mereka dimotivasikan secara intrinsic hasil
kesedaran bahawa mereka sedang belajar.

(b)

Menyokong Pendekatan baru dalam pengajaran dan pembelajaran.


Antara pendekatan pengajaran baru yang dapat memanfaatkan
Teknologi Maklumat termasuklah :

i.

Pembelajaran Koperatif
Pembelajaran dalam kumpulan kecil yang berasaskan tindakan
koperatif
multimedia,

dapat
serta

dipertingkatkan
penghasilan

melalui

projek

kecil

penggunaan
hypermedia,

penyelidikan dan interaksi on-line.

ii.

Memudahkan penyelesaian masalah.


Murid dapat berinteraksi melalui Teknologi Maklumat untuk
melaksanakan Higer Order Thinking Skills (HOTS) dan
menyelesaikan masalah.

iii.

Intellectual Partnership
Perkongsian hasil intelek melalui penggunaan Teknologi
Maklumat dipercayai dapat mempertingkatkan kualiti produk
dan mungkin mengubah matlamat pendidikan sejagat.

(c)

Meningkatkan Produktiviti guru


Teknologi Maklumat dapat membantu guru mengatasi masalah
bebanan pengurusan yang meningkat. Adalah menjadi pengetahuan
umum

bahawa

jika

guru

dapat

mengurangkan

masa

bagi

penyimpanan rekod dan persediaan, mereka dapat menumpu lebih


kepada menganalisa kehendak pembelajaran murid berinteraksi
dengan murid. Produktiviti guru dapat dipertingkatkan dengan adanya
kemahiran melalui latihan dalam menggunakan pemproses kata,
hamparan kerja, persembahan elektronok, pengkalan data, penerbitan
atas meja, komunikasi internet dan e-mail.

(d)

Keupayaan pengurusan pembelajaran murid.


Teknologi

maklumat

menghubungkan

murid

dapat

kepada

membantu

sumber

guru

dalam,

pembelajaran

melalui

penggunaan rangkaian dan laman web internet. Kedua membina


bahan

media

permasalaan

bagi
yang

membolehkan
perlu

murid

diselesaikan

mendapat
serta

gambaran

menunjuk

cara

penyelesaian masalah.

(e)

Merupakan kemahiran yang diperlukan untuk era maklumat.


Murid perlu mempelajari kemahiran belajar yang dapat menyediakan
mereka untuk menjadi pelajar sepanjang hayat dalam masyarakat
berinformasi. Antara kompetensi yang perlu untuk tujuan tersebut
termasuklah :
i.

Literasi tentang teknologi


Ini dinyatakan melalui piawaian National Education Tecnology
Standards for Students.

ii.

Literasi Maklumat
Johnson dan Eeisenberg (1996) menyenaraikan enam
kemahiran

maklumat

yang

perlu

dikuasai

murid,

iaitu

keupayaan mendefinisikan tugasan, strategi mencari maklumat,

kemahiran lokasi dan mengakses maklumat,


menggunakan

maklumat,

kemahiran

kemahiran

mensintesis

dan

kemahiran menilai maklumat.


iii.

Literasi visual
Masyarakat

kini

semakin

banyak

menggunakan

perwakilan visual untuk menyampaikan maklumat. Sehubungan


dengan itu guru perlu menyedari keperluan murid mempunyai
literasi visual yang lebih baik.

7.0

Kesan Penggunaan Teknologi Maklumat


Terdapat kajian yang menunjukkan penggunaan Teknologi Maklumat secara

berkesan boleh meningkatkan pencapaian murid. Projek Apple Classrooms of


Tomorrow (ACOT) (1995) mendapati pelajar yang menggunakan Teknologi Maklumat
secara intensif semasa persekolahan mempunyai cirri-ciri berikut:
a)

boleh meneroka dan menyampaikan secara dinamik dalam pelbagai bentuk

b) lebih tinggi keyakinan diri dan kemahiran sosial


c)

boleh berkomunikasi secara berkesan mengenai perkara-perkara yang kompleks

d)

mempunyai kemahiran akses kendiri dan terarah kendiri

e)

mengetahui kebolehan masing-masing dan boleh berkongsi dengan orang lain

f)

boleh berkerja secara kolaboratif dan

g)

lebih bersedia untuk menghadapi masa depan.

8.0

Mod Penggunaan ICT dalam P&P


Dalam konteks penggunaan Teknologi Maklumat dalam pengajaran dan

pembelajaran, tidak ada satu cara yang boleh dikatakan sebagai terbaik atau yang
mesti digunakan. Pendekatan yang terbaik sebenarnya adalah apabila penggunaan
Teknologi Maklumat itu dapat mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran dari
aspek kandungan, kemahiran dan sikap berkesan, dengan mengambil kira tempoh
masa, guna tenaga dan kos.

a) Merancang P&P berasaskan mod penggunaan Teknologi Maklumat


Sebelum menggunakan mana-mana mod, guru harus

membuat

perancangan yang teliti supaya penggunaan Teknologi Maklumat berkaitan


dapat memberikan kesan yang terbaik kepada

proses pengajaran dan

pembelajaran.

i.

Keupayaan Guru
Pengetahuan tentang Teknologi Maklumat yang hendak diguna.
Pengetahuan tentang strategi pengajaran dan pembelajaran
yang

bersesuaian

penggunaan

dan

teori

sesuatu strategi.

pembelajaran
Kemahiran

di

sebalik

mengandalikan

sistem dan sistem menilai guru termasuk apresiasi terhadap


teknologi, pandangan tentang hakcipta intelek.

ii.

Keupayaan murid
Pengetahuan murid tentang teknologi yang hendak diguna,
kemahiran mengandalikan alatan dan sistem nilai murid
termasuk classroom dynamics, apresiasi terhadap teknologi,
dan pandangan tentang hakcipta intelek.

iii.

Prasarana persekitaran

Infarastruktur termasuk lokasi, sambungan elektrik, kewujudan


sistem rangkaian setempat. Jenis bilangan dan alatan yang ada
dan boleh digunakan. Jenis perisian dan bahan yang ada dan
boleh digunakan
kesesuaian

termasuklah kualiiti, Bilangan salinan dan

dengan

kandungan

pelajaran

yang

hendak

dipelajari oleh murid.

9.0

KategoriI Mod Pengajaran dan Pembelajaran


Pusat

perkembangan

Kurikulum,

kementerian

Pelajaran

telah

mengkategorikan penggunaan Teknologi Maklumat dalam pengajaran dan


pembelajaran kepada empat Mod, iaitu ;

a) Mod Tutorial
Dalam mod tutorial, Teknologi Maklumat dan Komunikasi digunakan
untuk menyampaikan kandungan pelajaran berdasarkan urutan yang telah
ditetapkan

dan

merangkumi

pendedahan

kandungan

(pembelajaran

ekspositori), tunjuk cara sesuatu fenomena dengan kawalan sistem, latihan


atau latih tubi yang disampaikan dan dikawal oleh sistem.
Contoh teknologi yang boleh digunakan dalam mod tutorial termasuk
system computer yang standalone atau yang dirangkaikan, perisian
pendidikan dalam bentuk courseware yang disimpan samada pada harddisk,
cdrom, atau berbentuk laman web, sistem kawalan berbentuk computer-aided
instruction (CAI) yang menjalankan pengarahan proses pengajaran dan
seliaan proses pembelajaran.
Situasi yang sesuai bagi menggunakan mod tutorial ialah kelas yang
ramai murid, kelas yang mempunyai murid yang berkeupayaan berbeza,
pembelajaran kendiri apabila guru bertugas di luar, pemulihan untuk murid
yang menghadapi kesukaran belajar, pengayaan untuk murid yang cerdik dan
pendekatan pembelajaran direktif.
Kebaikan mod tutorial dapat meningkatkan motivasi pelajar untuk
belajar, di samping dapat mengindividukan pembelajaran, pelajar boleh
belajar dengan seliaan guru yang minimum, dan pelajar boleh belajar

mengikut kemampuan sendiri, namun dalam intergrasi ini kelemahan yang


ketara ialah apabila ianya boleh mengakibatkan peningkatan tempoh masa
yang diperlukan pelejar untuk mempelajari sesuatu kandungan pelajaran dan
secara tidak langsung akan mengakibatkan pembaziran masa dan tenaga.

b) Mod Penerokaan
Dalam Mod penerokaan, Teknologi Maklumat digunakan sebagai
medium untuk mencari dan mengakses maklumat secara penerokaan
daripada bahan sumber seperti CDROM, portal maklumat dan internet. Dalam
hal ini pelajar akan mempelajari dan mengkaji sesuatu fenomena secara
simulasi di bawah kawalan system, melalui mod penerokaan pelajar dapat
menetukan dan mengawal maklumat yang diterima berbanding mod tutorial
iaitu pelajar hanya menerima bahan pembelajaran yang ditentukan dan
dikawal system.
Tujuan utama mod penerokaan bukannya untuk mencari jawapan
tetapi memfokus kepada penglibatan pelajar dalam membentuk konsep atau
kefahaman tentang sesuatu perkara. Contoh teknologi yang boleh digunakan
dalam mod penerokaan termasuk akses kepada sumber yang pelbagai di
internet melalui enjin gelintar, perisian kursus berkonsepkan pelbagai pilihan,
penerokaan dan permainan berbentuk simulasi.
Situasi yang sesuai menggunakan mod ini ialah pembelajaran
berbentuk

inkuiri

penemuan,

pembelajaran

yang

menjurus

kepada

penyelesaian masalah, pembelajaran berbentuk simulasi, dan strategi


pembelajaran kajian masa depan terutama dalam mata pelajaran Geografi
ataupun Kajian Tempatan.
Kebaikan mod penerokaan ialah dapat memupuk pemikiran kritis dan
penyelesaian masalah bagi menangani masalah sebenar, memberi peluang
kepada pelajar menentukan haluan dan kemajuan pembelajaran mereka, di
samping mendorong penglibatan pelajar yang lebih mendalam terhadap
kandungan pelajaran, lantaran membuka peluang kepada guru menerapkan
strategi-strategi
constructivism.

pembelajaran

yang

berasaskan

teori

pembelajaran

Namun

tidak

dapat

dinafikan

kelemahan

dapat

dilihat

pada

kemungkinan berlaku situasi pelajar akan tersasar daripada matlamat utama


penerokaan, dan pendedahan kepada terlalu banyak pilihan mungkin
menyebabkan pelajar tidak dapat memfokus kepada objektif sebenar
pembelajaran,

bahkan

kemungkinan

besar

berlaku

situasi

pelajar

akan lemas dalam proses penerokaan, hasil penumpuan yang terlalu


mendalam pada satu-satu peringkat penerokaan, menyebabkan proses
pembelajaran menjadi terlalu lama.

c) Mod Aplikasi
Dalam mod aplikasi, Teknologi Maklumat digunakan sebagai medium
untuk

membantu

murid

melaksanakan

tugasan

pembelajaran

dan

menyal;urkan maklumat kepada orang lain, berbanding mod tutorial dan


penerokaan di mana Teknologi Maklumat hanya digunakan sebagai
mekanisma untuk penyaluran maklumat dari sumber kepada murid.
Contoh teknologi yang boleh digunakan dalam mod ini termasuk
pemproses kata untuk menghasilkan karangan, hamparan elektronik untuk
memaparkan carta, editor grafik, editor bunyi, editor movie, perisian
persembahan elektronik dan editor laman web untuk menyampaikan
persembahan, dan juga perisian mereka untuk berbantukan komputer bagi
mencipta reka bentuk bahan.
Situasi yang sesuai ialah memproses data kerja lapangan dengan
cepat dan memindahkan dapatan kajian lapangan kepada bentuk yang lebih
mudah diinterpretasi, contohnya memudahkan proses membina graf supaya
tumpuan boleh diberikan kepada mengkaji kesan pembolehubah dalam
eksperimen, mempercepatkan proses membuat pengkelasan atau mengisi
data dengan tujuan menumpukan pembelajaran kepada trenda pada data dan
hasil, serta mempersembahnkan dapatan dalam bentuk multimedia.
Kebaikan mod aplikasi dapat dilihat melalui pelajar dapat memberikan
tumpuan

kepada

aktiviti

pembelajaran

sebenar

kerana

kerja-kerja

pemprosesan data telah dipermudahkan, selain itu dapat meningkatkan


kemahiran

menggunakan

pelbagai

aplikasi

penggunaan komputer di alam pekerjaan.

komputer

sesuai

dengan

Dalam hal ini guru perlu memastikan pelajar mempunyai kemahiran


menggunakan sesuatu aplikasi sebelum tumpuan pembelajaran dapat
dijuruskan ke arah pembelajaran tentang kandungan mata pelajaran.
Gangguan terhadap pembelajaran yang autentik tentang kandungan mata
pelajaran mungkin berlaku apabila tumpuan pelajar beralih kepada usaha
untuk mempertingkatkan kemahiran menggunakan sesuatu aplikasi komputer,
dan masalah-masalah teknikal semasa menggunakan aplikasi (seperti lesen
tamat tempoh, ruang penyimpanan data dan memori tidak mencukupi,
terputus bekalan elektrik) boleh mengganggu proses penghasilan produk
pembelajaran.

d) Mod Komunikasi
Dalam mod komunikasi, Teknologi Maklumat digunakan sebagai
medium perhubungan oleh guru dan murid di lokasi yang berbeza
menghantar dan menerima maklumat anatara mereka. Perkongsian maklumat
boleh berlaku melalui bentuk teks, grafik, audio, vedio atau pelbagai
kombinasi.
Contoh teknologi yang boleh digunakan dalam mod ini termasuk chat,
email, audio conference, video conference, pembinaan laman web untuk
akses melalui internet. Situasi yang sesuai menggunakan mod ini termasuk
pembelajaran berbentuk kolaboratif, pertukaran maklumat berhubung budaya,
menganalisis dan membuat perbandingan, dan usaha untuk membuka minda
pelajar.
Melalui mod komunikasi dapat memupuk interaksi antara pelajar
melalui aktiviti pembelajaran koperatif dan kolaboratif, memupuk budaya
berkerjasama pelajar dengan orang luar dalam proses pembelajaran, selain
itu boleh melibatkan kepakaran orang luar dalam proses pembelajaran di
samping capaian kepada maklumat yang terkini.
Namun begitu kelemahan juga ketara melalui kemungkinan berlaku
situasi iaitu pelajar akan tersasar dari matlamat utama komunikasi iaitu untuk
mempelajari kandungan pelajaran, di samping pendedahan kepada budaya
luar yang memungkinkan mempunyai kesan buruk kepada sistem nilai pada
pelajar itu sendiri, tambahan lagi kos yang tinggi untuk terus berkomunikasi.

8.0

Kesimpulan

Penggunaan Teknologi Maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran dari aspek sejarah,
peranan guru, justifikasi mengapa Teknologi Maklumat diperlukan dan kesan penggunaan
Teknologi Maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran, iaitu mod tutorial, mod
penerokaan, mod aplikasi dan mod komunikasi.
Setiap mod dibincang dari aspek contoh teknologi berkaitan, situasi di mana mod berkenaan
sesuai digunakan dan kebaikan serta kelemahan setiap mod. Penekanan juga diberikan
kepada faktor-faktor yang perlu diambil kira semasa merancang pengajaran dan
pembelajaran berdasarkan mana-mana mod.

BIBLIOGRAFI
Apple Classrooms of Tomorrow (ACOT)(1995). A Report on 10 Years Of ACOT Research.
Cupertino, CA: Apple Computers Inc.

Christopherson, J (1997). The Growing Need For Visual Literacy At The University.
Proceedings Of The International Visual Literacy Association 1996 Annual Meeting,
Cyeyenne, WY (ERIC document reproduction NO.ED 408963).

DfEE (1998). Teaching: high status, high standards. Requirements for courses of initial
teacher training. Circular 4/98.

Internatinol Society For Tecnology in Education (1998) National Education Technology


Standards for Students. Eugene, Oregon:ISTE.

Leask, M & Pachler, N (1999), Learning To Teach Using ICT In The Secondary School.
London: Routledge.

Pusat perkembangan Kurikulum (2001). Pemggunaan Teknologi Maklumat dan


Komunikasi (ICT) dalam pengajaran Dan pembelajaran. Malaysia: Pusat
Perkembangan Kurikulum.

Norhashim Abu Samah, Mazlan Youp & Rosalinda alias.1996. Pengajaran berbantukan
Komputer. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Roblyer, M & Edwards, J (2000). Integgrating Educational Technology Into Teaching. 2nd
ed. New Jersey Ohio: Prentice Hall.

Shaifol Bahary Sulaiman. 2004. Get Logik. (atas talian)www.geocites. com/shaifol16900

Saettler, P. (1990). The Evolution Of American Education Technology. Englewood, CO:


Libararies Unlimited.

Summer, J (1990-1991). Effectof Interactivity Upon Student Achievement, Completion


Intervals and Effective Perceptions. Journal Of Educational Technology Systems
19(1).