Anda di halaman 1dari 5

SEKOLAH KEBANGSAAN PAYA KEMUNTING

KERTAS CADANGAN

PROGRAM KECEMERLANGAN
PRASEKOLAH
DI BAWAH SUB NKRA PRASEKOLAH
PERINGKAT PKG HOSBA
DAERAH KUBANG PASU
TAHUN 2013

Tarikh
05 September 2013
(Khamis)

1.0

MATLAMAT
Pendidikan prasekolah di Malaysia bertujuan memperkembangkan potensi
murid-murid prasekolah secara menyeluruh dan bersepadu dalam aspek
jasmani, emosi dan rohani, intelek dan sosial melalui aktiviti yang
menyeronokkan dan pembelajaran yang bermakna dalam persekitaran yang
selamat. Ini adalah untuk meningkatkan kemahiran, menanam keyakinan dan
membentuk konsep kendiri yang positif pada diri kanak-kanak sebagai
persediaan untuk mereka menangani cabaran dan tanggungjawab di sekolah
rendah khususnya dan masa hadapan amnya.

2.0

RASIONAL
Aktiviti ini dapat mencungkil dan mengasah bakat serta potensi murid-murid
di dalam semua bidang selaras dengan tunjang-tunjang yang terdapat di
dalam Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK). Selain itu juga
sebagai menghargai kebolehan dan kemahiran generasi baru yang
mempunyai potensi berbeza-beza yang perlu dibimbing ke arah
kecemerlangan.

3.0

OBJEKTIF
3.1

Objektif umum
3.1.1 Melihat keberkesanan proses pendidikan di kelas prasekolah.
3.1.2 Memberi peluang kepada murid terlibat dalam aktiviti koakademik di luar premis pendidikan.
3.1.3 Menggalakkan penyertaan murid semua kaum melalui konsep
1Malaysia
3.1.4 Membina konsep kendiri yang positif dan jati diri melalui
kebolehan, kemahiran dan bakat yang ditonjolkan.
3.1.5 Mengukuhkan kemahiran komunikasi, sikap bekerjasama,
semangat berpasukan dan meningkatkan keyakinan diri serta
disiplin di kalangan murid-murid prasekolah.
3.1.6 Memberikan pengalaman yang bermakna melalui pendedahan
murid-murid kepada dunia kehidupan yang lebih luas dan
mencabar serta persaingan yang sihat.
3.1.7 Meningkatkan motivasi serta menyiapkan diri murid prasekolah
dari segi fizikal dan mental untuk ke tahap pembelajaran
seterusnya secara formal di Tahun satu.
3.1.8 Mengukuhkan perkembangan seimbang dalam aspek rohani,
jasmani, emosi dan fizikal murid-murid prasekolah.

3.2

Objektif khusus
3.2.1 Menyediakan murid yang berkualiti untuk mewakili PKG ke
pertandingan peringkat Daerah Kubang Pasu, peringkat Negeri
Kedah seterusnya peringkat kebangsaan.

4.0

KUMPULAN PENGLIBATAN.
Semua murid dari semua sekolah di Daerah Kubang Pasu di bawah KPM.
4.1. Senarai nama murid SK. Paya Kemunting

4.2.Senarai Guru yang terlibat

5.0

BUTIRAN PROGRAM
Program Kecemerlangan Prasekolah akan melibatkan aktiviti-aktiviti berikut :
5.1

Gerak Tari Prasekolah 1 Malaysia


Tarikh
Tempat
Jam

5.2

: 01 Oktober 2013 (Selasa)


: Taman Tema Bandar Darul Aman, Jitra, Keda
: 8.00 pagi hingga 11.00 pagi

Pertandingan akan diadakan seperti ketetapan berikut :


Tarikh :
Tempat
Aktiviti

05 September 2013 (Khamis)


:
akan ditentukan
:
1. Tarian Rampai (10 orang)
2. Nyanyian dan Gerakan dalam Bahasa Inggeris (11

orang)
3. Aktiviti Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris (8 orang)
4. Nyanyian solo (1 orang)
6.0

KEWANGAN
Anggaran perbelanjaan
Sumber :
Wang Ko-kurikulum dan
Per Kapita Prasekolah
Perbelanjaan :
Sewaan tempat
Pengangkutan
Hadiah
Makanan

7.0

JAWATANKUASA
7.1

Jawatankuasa Induk
Penasihat
:

RM100.00

Pengerusi
Setiausaha
Bendahari
AJK
7.2

8.0

:
:
:
:

Jawatankuasa
Jawatankuasa
Jawatankuasa
Jawatankuasa
Jawatankuasa
Jawatankuasa
Jawatankuasa
Jawatankuasa
Jawatankuasa
Jawatankuasa
Jawatankuasa
Jawatankuasa
Jawatankuasa
Jawatankuasa
Jawatankuasa
Jawatankuasa
Jawatankuasa

Kerja
Tempat dan Perasmian
Jemputan / Sambutan / Protokol
Buku Program
Sijil Hadiah / Cenderahati
Jamuan
Publisiti dan Promosi
Keselamatan dan Kecemasan
Pendaftaran
Dokumentasi
Teknik Pertandingan / Penghakiman
Pertandingan
Pengacara
Bahan Pertandingan
Pengurus Pasukan
Rakaman dan Siaraya
Bacaan Doa

PENUTUP
Kualiti pendidikan prasekolah tidak dapat diukur melalui pencapaian intelek
murid semata-mata kerana ia adalah asas persediaan seorang kanak-kanak
ke pendidikan formal. Aktiviti yang menggabungkan elemen jasmani, emosi,
rohani dan intelek adalah amat sesuai bagi menggambarkan kualiti
prasekolah. Justeru itu, pelaksanaan aktiviti ko-akademik di peringkat perlu
dijalankan di peringkat PKG adalah perlu dilaksanakan bagi memberi peluang
kepada semua murid serta dapat menonjolkan kepada masyarakat umum
setempat berkenaan kualiti pendidikan prasekolah yang dilaksanakan oleh
kerajaan.
Diharap agar pembentangan cadangan kertas kerja Program kecemerlangan
Prasekolah ini mendapat perhatian yang sewajar dari pihak tuan supaya
program ini dapat dijalankan dengan lancar. Program ini juga di harap akan
dapat mencapai objektif sepertimana yang diharap bagi kecemerlangan
murid-murid prasekolah dan menjadi titik permulaan kepada mereka untuk
meneruskan pembelajaran di peringkat yang lebih tinggi.
Kerjasama dari pihak tuan didahului dengan ucapan terima kasih.
Disediakan oleh

Diluluskan oleh

________________________

_________________________

(YASMIN BINTI MOHD HASHIM)


Guru Prasekolah

(KHALIL BIN YUSOF)


Guru besar

Sekolah Kebangsaan Paya Kemunting


Kemuntign

Sekolah Kebangsaan Paya