Anda di halaman 1dari 4

PESTA PANTUN 2015

PERTANDINGAN PERINGKAT AWAL (1)


Pusingan 1
Tema : Akhlak mulia
Jong Perlak melabuh sauh,
Sahaya rebah tidak terpunggah;
andai akhlak dibuang jauh,
apa musibah datang menyinggah?
Tema : Modal Insan
Cengal di laman tegak berdiri
bawa ke titi penghias karangan
Modal insan citra bestari
Terjamin kualiti apa acuan?
Tema : Pendidikan Cemerlang
Di pekan tamu membeli ambal
Indah gemilang tampak pesona
Ledakan ilmu bercorak global
Pelajar cemerlang bagaimana dijana?
Pusingan 2
Tema : Pemikiran Kritis
Dara mencari si buah keranji
Embun menitis di hujung sena
Alasan dicari bukti dikaji
Pemikiran kritis bernasnya di mana?
Malaysia Cergas
Berlagu unggas di hujung dedalu
Tinggi berdiri pohon tembusu
Malaysia Cergas dicanang selalu
Mengapa diri sentiasa lesu?
Permainan Tradisional
batu intan selisih permata
batu delima letak di dupa
Congkak seremban permainan kita
Warisan lama mengapa dilupa?

Pertandingan Peringkat Awal (2)


Pusingan 1
Tema : Ibu Mithali
Harum sedupa si bunga melati
Disepit bambu di tepi perigi
Kasihnya bapa bawa ke mati
Kasihnya ibu ke mana pergi?
Tema : Faedah Kokurikulum
Bunga ros banyak berduri,
Hendak dipetik anak cik puan,
Kokurikulum layak membina diri,
mengapa akademik menjadi tumpuan?
Tema : Gaya Hidup Sihat
Kepingan getah di atas para
Ditoreh kaca berkelar-kelar
Bersenam sudah tidak terkira
Apakah punca penyakit menular?
Pusingan 2
Tema : Pakaian Tradisional
Gadis ayu menyarung kebaya
Memetik pakis tepian telipuk
Sarung Melayu simbolik budaya
Kian terhakis bila nak pupuk?
Tema : Jati Diri
Pohon nan lebat tumbuh meredup
Runduk di kali disapa pawana
Budaya barat acuan hidup
Jati diri hilang ke mana?
Tema : Satu Malaysia
Bunga dahlia indah tersemat
Digubah rapi jadikan hantaran
Satu Malaysia ungkapan azimat

Apakah bukti rakyat didahulukan?


PERTANDINGAN PERINGKAT SEPARUH AKHIR
Pusingan 1
Tema : Sepakat membawa berkat
Pohonan selasih menyirna siantan,
Melayang puspa patah berkurang;
Sepakat kasih pembina kekuatan,
Dibayang apa berpatah arang?
Tema : Pengguna Bijak
Ikan kaci si ikan gelama
Tidak kan sama si ikan kelisa
Jual beli keuntungan bersama,
Mengapa pengguna menjadi mangsa?
Tema : Belia Jaya
Di Bukit Raya bersarang penyengat
Pohon kelapa tinggi menjulang
belia jaya penguat semangat
diinspirasi apa belia gemilang?
Pusingan 2
Tema : Makanan Tradisional
Gadis ayu berjalan malam
Memetik pakis tepian telipuk
Kuih Melayu warisan silam
Kian terhakis bagaimana nak pupuk?
Tema : Perpaduan Bangsa
Patah berderap pohon angsana
Jatuh menimpa si mawar merah
Perpaduan diterap harmoni suasana
Berpaling muka mengapa tak sudah?
Tema : hutan simpan
tumbuh kantan di tanah rata
sayang cendana ditimpa dahan
hutan simpan warisan kita
cara mana dapat bertahan?

PERTANDINGAN PERINGKAT AKHIR


Pusingan 1
Tema : Malaysiaku Gemilang
Tema :Fikiran terbuka
Tema : Budaya Keusahawanan
Pusingan 2
Tema : Kepentingan teknologi
Berjalan musang di kala malam
Patah kakinya tertimpa dahan
Pencawang dipasang segenap alam
Mengapa talian masih perlahan?
Tema : Pemimpin Mithali
Tema : Kecemerlangan sukan Negara
Tema : Malaysiaku Indah
Tema : Permata Negara
Tema : Industri Tani
Tema : Keselamatan di jalan raya
Memetik lada di hujung paya
Hujung sedepa bersarang lebah
Jalan raya tempat berbahaya
Peranan siapa hindar musibah?
Tema : Kepimpinan melalui teladan
Tema : Integriti