Anda di halaman 1dari 3

YAP CHEE YONG BCN 3 201152360145

Cabaran Guru sekolah dalam Abad ke-21


Guru-guru khasnya dan profesion amnya, adalah tidak terkecuali daripada terlibat
dengan keadaan perubahan akibat daripada internationalisme dan globalisasi (Ibrahim
Abu Shah, 2002; Rohaty Majzub, 2000; Wan Liz Ozman, 2000; Kim, 1995). Ini
memandangkan guru adalah agen perubahan.
Cabaran globalisasi
Naisbitt (1982) pula menegaskan dalam abad ke-21, salah satu aliran mega di peringkat
global ialah kepakaran pendidikan secara global (global educational experties) selain
daripada hubungan dalam bentuk rangkaian (networking). Bagi Rohaty Majzub (2000),
ini dianggap sebagai sifat antarabangsa(international character) yang perlu ada pada
guru kerana ini adalah avenue baru yang perlu diteroka dan diperkembangkan.
Pelaksanaan pengajaran dalam bahasa Inggeris adalah selari dengan arus
globalisasi. Guru-guru perlu menyahut cabaran ini kerana generasi yang hidup pada
abad ke-21 ini perlu mempunyai kemahiran berkomunikasi hingga ke peringkat
antarabangsa. Selain itu, kebanyakan sumber maklumat adalah berasaskan kepada
bahasa antarabangsa iaitu bahasa Inggeris.
Wan Liz Ozman, (2000); Hasan Langgulung, (1997); dan Ghazali Basri, (1984)
melihat guru adalah sebagai penyampai ilmu (mualim), pendidik (murabbi), pembentuk
adab (muaddib),pembentuk ciri kepimpinan (mursyid) dan pemberi
kemahiran (mudarris). Oleh yang demikian kriteria guru adalah dilihat dari segi
pengetahuannya, kemahirannya serta nilai dan keperibadiannya.
Cabaran dalam masyarakat
Profesion perguruan adalah berkait dengan kemasyarakatan. Semakin masyarakat dan
negara bertambah maju dan bersifat global semakin meningkat taraf hidup dan status
sosio ekonomi rakyat, semakin besar gelombang cabaran di hadapan guru-guru
(Ramlan, 2002).
Guru adalah agen perubahan yang membawa kemajuan kepada masyarakat
(Wan Liz Ozman, 2000; Atan Long, 1980). Menurut Boyer (1994), dalam abad ke-21,
cabaran dalam bidang pendidikan adalah tidak terhad kepada penemuan-penemuan
baru sahaja. Namun ia termasuk juga penyesuaian penemuan-penemuan tersebut
kepada perspektif yang lebih luas dan seterusnya dapat dimanfaatkan oleh masyarakat.
Oleh yang demikian, kaum guru perlulah mempunyai kesediaan menerima sebarang
penemuan baru seterusnya berkemampuan untuk mengaplikasikan penemuan baru
tersebut di dalam profesion bagi kepentingan masyarakat.
Kepada masyarakat, guru adalah sumber maklumat dan pengetahuan, kemahiran
dan keterampilan; sumber kebudayaan dan ilmu; sumber pemupukan kepercayaan dan
sistem nilai; penyediaan tenaga manusia untuk alam pekerjaan; dan penjagaan belia,
remaja dan kanak-kanak (Wan Liz Ozman, 2000; Kementerian Pendidikan, 1996; Sufean
Hussin, 1996; Wan Mohd. Zahid, 1994).
Cabaran dalam sistem pendidikan
Misi Kementerian Pendidikan Malaysia ualah membangunkan sistem pendidikan
berkualiti bertaraf dunia bagi memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan
memenuhi aspirasi negara Malaysia.

YAP CHEE YONG BCN 3 201152360145

Kurikulum terus mengalami perkembangan dari semasa ke semasa. Perubahanperubahan yang seperti ini tentunya mengubah harapan dan keperluan semua pihak ke
atas kecekapan dan keterampilan guru-guru agar impian sebagai yang diwawarkan
menjadi kenyataan. Contohnya pengenalan mata pelajaran vokasional (MPV).
Cabaran di sekolah
Persidangan Pendidikan ke-5 dalam tahun 1997 merumuskan bahawa cabaran besar
dalam abad ke-21 selain daripada ledakan ilmu yang berbentuk global ialah masalah
sosial yang perlu ditangani dan diatasi kearah membentuk masyarakat madani
(Mohamad, 1998). Perdana Menteri Malaysia menegaskan bahawa kepentingan sistem
pendidikan menyediakan generasi kedua atau generasi wawasan memerlukan
piawaian baru termasuk mengurangkan masalah gejala sosial pelajar seperti ponteng
sekolah dan lepak serta salah laku yang lain (Wan Mohd. Zahid, 1997).
Walau bagaimanapun permasalahan ini masih terus meningkat kerana kadar
pertambahan bilangan pelajar yang terus meningkat untuk tempoh dari tahun 1990
hingga 2000, didapati tingkatan 1 mengalami pertambahan 34.0%, tingkatan 2
mengalami pertambahan 47.5%, tingkatan 3 mengalami pertambahan 44.2%, tingkatan 4
mengalami pertambahan 90.1% dan tingkatan 5 mengalami pertambahan 96.0%
(Kementerian Pendidikan Malaysia, 2001). Berdasarkan analisis ini, pertambahan
bilangan pelajar akan terus meningkat pada kadar 8.9% sehingga tahun 2010. Ini
menjadi cabaran kepada sekolah dan guru-guru kerana masalah kemudahan prasarana
adalah tidak mencukupi.
Sehingga tahun 2000, terdapat 40,021 bilik darjah bagi sekolah menengah yang
menampung 57, 581 kelas yang bermakna setiap bilik darjah adalah untuk 1.4 buah
kelas (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2001). Dengan kata lain masih wujud kelas
terapung. Ini jelas tidak mencukupi dan boleh mendatangkan masalah lain seperti
masalah disiplin, masalah sosial dan lain-lain selain daripada masalah pembelajaran.
Jumlah pelajar yang terlibat dengan kes disiplin semakin hari semakin meningkat
(Shahril @ Charil & Habib, 1999). Pada tahun 1993 sebanyak 36.7% daripada
keseluruhan pelajar dikenakan tindakan amaran; 15.66% diberi nasihat; 16.8% dirotan
sekali; 8.18% dirotan dua kali; 2.27% dirotan tiga kali; 0.90% dirotan lebih tiga kali;
gantung sekolah 2.90%; buang sekolah 0.51% (Wan Mohd. Zahid, 1997). Mungkin dari
segi angka peratus adalah kecil tetapi dari segi bilangan pelajar yang terlibat
keseluruhannya adalah pada angka yang besar . keadaan ini adalah sangat mencabar
dan membimbangkan.
Selain daripada kemudahan-kemudahan yang masih belum lengkap sepenuhnya,
sebagai contoh daripada 1645 buah sekolah menengah yang ada pada tahun 2000,
hanya 1340 sekolah yang ada makmal komputer; hanya 1406 sekolah yang ada bilik
ekonomi rumah tangga; hanya 1452 sekolah yang ada bilik kaunseling; hanya 1463
sekolah yang ada pusat sumber dan hanya 1258 sekolah yang ada dewan perhimpunan
(Kementerian Pendidikan Malaysia, 2001). Statistik ini menunjukkan perlunya kreativiti
dan keterampilan guru di dalam menyerap segala kekurangan tersebut.
Menurut Reighlath dalam Ornstein & Hunkins (1993), pihak pengurusan dan
pentadbiran sekolah di zaman kepesatan teknologi banyak mengalami perubahan
selaras dengan pada masa kini. Ini memberi cabaran kepada guru di dalam mengikuti
perkembangan terkini. Guru-guru perlu mahir dengan sistem teknologi yang ada (Shahril
@ Charil & Habib, 1999).
Cabaran dalam bilik darjah

YAP CHEE YONG BCN 3 201152360145

Menurut Wan Mohd. Zahid (1993), pada abad ke-21, para pelajar perlu dikembangkan
potensinya yang ada di hemisfera otak kanan dan di hemisfera otak kirinya secara
seimbang.
Dari sudut proses pengajaran dan pembelajaran pula, dalam abad ke-21 para
pelajar akan mendapat pelbagai kemudahan, termasuk kemudahan ICT sebagai yang
dirancang untuk membantu mereka dalam proses pembelajaran bestari.
Dalam proses penilaian pelajar pula, penilaian kemajuan berasaskan sekolah
(PKBS); penilaian hasil pembelajaran (learning outcomes); perlaksanaan penanda aras
(bench marking); dan ujian atau peperiksaan secara talian terus (online) akan menjadi
perkara biasa untuk dilaksanakan dalam abad ke-21. Menurut Wise (1999) Increasingly,
technology is poised to revolutionize teaching, learning and assessment.