Anda di halaman 1dari 23

Tokoh Keluarga

Pengenalan
Institusi kekeluargaan merupakan ejen sosialisasi yang penting dalam kehidupan
seseorang. Individu perlu memainkan peranan penting bagi memastikan pembentukan keluarga
tergolong dalam keluarga yang bahagia dan melahirkan insan yang beraklah mulia dan bermoral.
Hal ini kerana keluarga bukan sahaja bertanggungjawab dalam menyediakan segala keperluan
yang diperlukan oleh anak-anak, malahan mereka juga bertanggungjawab dalam mendidik anakanak melalui keteladanan keluarga yang bermoral.
Oleh itu, tokoh moral dan juga model dalam keluarga yang mempunyai ketokohan dalam
membentuk keluarganya supaya mempunyai akhlak, budi pekerti, kelakuan dan perangai yang
baik ialah ayah saya. Hal ini kerana ayah telah membentuk keluarga kami untuk menjaga
maruah diri dari melakukan perkara-perkara yang negatif. Ayah bertanggungjawab dalam
memberi didikan kepada saya dan juga adik-beradik yang lain serta memberikan asuhan moral
yang baik. Walaupun ayah tidak berpendidikan tinggi, namun didikan dan asuhan moral terhadap
keluarga tidak pernah diabaikan. Ayah seorang yang bersifat tegas dalam mendidik anak-anak
agar kami adik beradik menjadi insan yang berjaya dalam hidup dunia dan akhirat.
Seperti yang kita sedia maklum, terdapat pelbagai faktor yang boleh memincangkan
akhlak seseorang individu. Faktor-faktor ini boleh dibahagikan kepada faktor persekitaran dan
mungkin juga faktor dari dalam individu itu sendiri. Sebagai tokoh moral dan juga ketua keluarga,
ayah senantiasa mengawasi supaya kami tidak terlalu terpengaruh dalam unsur-unsur negatif
dan tidak baik yang boleh merosakkan akhlak kami sekeluarga.

Norhafizah Renlei

Tokoh Keluarga

1.1 Diri Saya dan Keluarga


Nama saya Norhafizah bt Renlei. Saya mempunyai sebuah keluarga yang
bahagia. Keluarga saya terdiri daripada ibu, ayah dan empat orang lagi adik-beradik.
Saya merupakan anak kedua dalam keluarga. Saya telah berkahwin dengan
Mohamad Bin Hashim pada tanggal 15 September 2001 dan dikurniakan seorang
anak lelaki iaitu Muhammad Afif Izzuddin yang kini berusia lapan tahun. Suami saya
juga bertugas sebagai seorang guru.
Nama ayah saya ialah Renlei bin Ithnin. Ayah saya berumur 60 tahun. Ayah
saya bekerja sebagai petani. Ayah saya seorang yang bersifat tegas dan
penyayang. Ayah mempunyai sepuluh orang adik beradik dan merupakan anak
sulung dalam keluarga. Nama ibu saya ialah Roshayah bt Isam. Ibu saya berumur
58 tahun dan dilahirkan tanggal 17 April 1956. Ibu saya seorang suri rumah. Ibu
saya seorang yang prihatin dan penyayang. Ibu saya juga mempunyai sepuluh
orang adik beradik dan merupakan anak sulung dalam keluarga.
Saya juga mempunyai seorang abang dan tiga orang adik iaitu dua lelaki dan
seorang perempuan. Nama abang saya ialah Mohamad Nizam. Abang saya
berumur 36 tahun. Abang saya telah dikurniakan 4 orang cahaya mata hasil
perkahwinannya dengan Cik Rofidah bt Hashim. Abang saya bekerja sebagai
Supervisor IndahWater di Seremban. Nama adik lelaki saya ialah Mohamad
Radzuan. Berumur 30 tahun. Beliau juga telah berkahwin dengan pasangannya
Nasha. Adik saya atau panggilan dalam keluarga Uda bertugas sebagai Juruteknik
Gas Dipartment Centre Petronas di Terengganu.
Adik saya yang keempat ialah Noraisah. Nama timangan dalam keluarga
kakak telah kembali kerahmatullah pada 8 November 2011. Kakak merupakan
pelajar tahun akhir dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Bahasa Melayu
Profesionalisme UITM Shah Alam, Selangor. Pemergian kakak merupakan satu
kehilangan yang tidak disangka oleh kami sekeluarga. Kakak merupakan adik yang
sangat periang dan sangat mementingkan kebersihan rumah. Pemergian kakak ke
Rahmatullah disebabkan demam denggi tahap 4 iaitu sejenis virus denggi yang
melumpuhkan organ dalamannya. Manakala adik bongsu saya iaitu Mohamad
Safwan kini pelajar siswa IPG Kampus Pulau Pinang dalam Jurusan Matematik.

Norhafizah Renlei

Tokoh Keluarga

MNR
OSN
RHAE
AAHB
SMABN
AFTI
IHDIN
(RZNMS
(lAZF
aDHA)W
hZ(MA
uUS(N
mAal(
aNyn
)(ag
d)
)

T
S
m IA

OE
H L
Y I
HI I
I

I
A

A
A
U

I
A

b
h r

N
A
y

u
)
l

hn
)
a

KELUARGA EN. RENLEI BIN ITHNIN

Gambar 1 : KELUARGA EN. RENLEI BIN ITHNIN

Norhafizah Renlei

Tokoh Keluarga

Gambar 2 : Keluarga sebelah ayah

1.2 Biodata Tokoh


Norhafizah Renlei

Tokoh Keluarga

Nama

: Renlei bin Ithnin

Tarikh Lahir

: 9 JUN 1954

Tempat Lahir : Parit Bisu, Semerah, Batu Pahat


Adik beradik

: Anak pertama daripada 10 orang adik beradik

Isteri

: Roshayah bt. Isam

Bil Anak

: 5 orang (3 lelaki dan 2 perempuan)

Pendidikan

: Darjah 3

Pekerjaan

: Petani

Moto Hidup

: Berusaha hingga Berjaya

Makanan K

: Soto

Minuman K

: Laici-Kang

Norhafizah Renlei

Tokoh Keluarga

1.3 Tokoh Moral dalam Keluarga


Saya
Tokoh Moral yang paling saya hormati dan kagumi di dalam keluarga saya adalah ayah saya
sendiri iaitu En. Renlei bin Ithnin. Ayah dilahirkan pada tanggal 9 Jun 1954 di Kampung Parit Bisu,
Semerah Batu Pahat, Johor. Ayah merupakan anak sulung daripada sepuluh orang adik-beradik.
Disebabkan kesempitan hidup, ayah hanya mendapat pendidikan sehingga darjah tiga. Ayah
terpaksa berhenti sekolah bagi membantu datuk dan nenek mencari rezeki dan membesarkan
sembilan orang adik beradik yang lain.
Pada tahun 1969 iaitu ketika berumur 15 tahun, datuk dan nenek telah merantau ke
Kampung Tenang Labis dan bekerja sebagai buruh ladang. Ayah mengikut datuk bekerja di
ladang kelapa sawit Felcra Peta Temalik. Pada usia semuda itu, ayah telah memikul beban kerja
yang berat yang kebiasaannya hanya dilakukan oleh orang dewasa. Kehidupan zaman kanakkanak dan remaja yang gembira bermain tidak pernah dilaluinya. Dengan sikap datuk yang
sangat garang dan pemarah menyebabkan ayah sentiasa dimarahi dan diberi hukuman yang
berat. Walaupun kesalahan tersebut bukan dilakukan oleh ayah sendiri. Ayah merupakan anak
yang baik dan taat kepada kedua ibu bapa dan ayah juga redha dengan ketentuan buat dirinya.
Pada tanggal 27 Julai 1977, ayah telah dijodohkan dengan ibu saya iaitu Roshayah bt
Isam. Ibu saya menetap di Kampung Parit Kuda, Semerah Batu Pahat Johor. Ibu merupakan jiran
lama ayah sebelum ayah merantau ke Labis. Berbeza dengan ayah, kehidupan ibu jauh lebih
baik dari ayah. Ibu dilahirkan dari keluarga yang agak senang. Ibu juga merupakan anak sulung
daripada sepuluh orang adik - beradik. Walau bagaimanapun, ibu tidak pernah merungut dan
mengeluh untuk hidup bahagia bersama suami tercinta. Kesenangan dan kesusahan dikongsi
bersama. Rumah tangga yang dibina telah dikurniakan lima orang cahaya mata iaitu tiga orang
lelaki dan dua orang perempuan.
Setelah mendirikan rumah tangga, ayah mula mengusahakan warung makan.
Alhamdulillah perniagaan ayah sangat maju. Berdasarkan pengalaman diri sejak kecil bekerja
sebagai buruh ladang, ayah telah melibatkan diri dalam bidang pertanian. Manakala ibu pula
meneruskan perniagaan warung makan seorang diri. Ayah telah meneroka hutan untuk pertanian
getah dan koko. Hari bersilih ganti, bulan bersilih tahun, pertanian yang diusahakan ayah juga
menjadi. Selepas kelahiran anak ketiga, ibu tidak lagi mengusahakan warung makan kerana
Norhafizah Renlei

Tokoh Keluarga
mahu menumpukan perhatian kepada anak-anak bagi memastikan anak - anak membesar
dengan penuh kasih sayang.

1.4 Kejayaan Tokoh dalam Bidang


Pekerjaan
Ayah saya bertugas sebagai petani. Bermula dari usianya 15 tahun, ayah telah mula
melibatkan diri dalam bidang pertanian iaitu sebagai pekerja ladang. Setelah mendidikan rumah
tangga ayah mula mengambil upah penanaman padi sawah. Penglibatan ayah pada
penanaman padi sawah sekitar lima tahun
sahaja. Ia disebabkan faktor semulajadi iaitu
banjir

besar

melanda

kampung

kami

menyebabkan empangan pecah. Penanaman


padi

oleh

penduduk

kampung

terpaksa

dihentikan kerana tiada sumber air lagi. Ayah


mula mengusahakan kebun sendiri dengan
penanaman koko dan getah.
Pada awal 80-an, ayah hanya memiliki kebun
seluar tiga ekar sahaja. Memandangkan harga getah sangat rendah iaitu RM0.50 per kilogram,
ayah mula memikirkan tanaman lain yang boleh meningkatkan ekonomi keluarga. Dalam tempoh
sama, ayah juga ada mengusahakan tanaman dusun buah-buahan. Ayah telah menanam
pelbagai jenis buah durian. Dusun ayah sentiasa menjadi tumpuan peraih dan masyakat luar
daerah kerana durian yang dikeluarkan dari dusun ayah bermutu tinggi.
Ayah mengambil keputusan untuk beralih kepada penanaman kelapa sawit. Dengan
bermodalkan hasil jualan warung makan yang diusahakan oleh ibu, ayah juga telah mengambil
upah seperti meracun dan menebas di kebung orang lain. pada ketika itu, kehidupan ayah sangat
susah kerana tiada pendapatan tetap diperolehi. Bagi menampung perbelajaan persekolahan
adik beradik dan anak sendiri, pelbagai tugas dilakukan oleh ayah. Segala keperitan hidup,
senang susah dikongsi bersama isteri tercinta. Pada awal tahun 2000 harga sawit dikatakan stabil
dipasaran dan mencapai harga tertinggi dalam sejarah tempatan iaitu RM600 RM700 / tan.
Pendapatan ayah pada ketika itu mencecah RM8000 hingga RM10000 sebulan.
Memandangkan harga yang tinggi dipasaran dan jumlah pendapatan yang lumayan, ayah telah
membeli beberapa ekar lagi kebun untuk penanaman kelapa sawit. Kini ayah memiliki seluas 15
Norhafizah Renlei

Tokoh Keluarga
ekar kebun kelapa sawit dan tiga ekar dusun buah-buahan. Disamping mengusahakan kelapa
sawit, ayah juga telah memelihara beberapa ekor lembu sebagai ternakan sambilan.
Pada tahun 2007, dengan nasihat dari pejabat haiwan dan bantuan pinjaman sebanyak
RM100 000 daripada Agro Bank, ayah telah menceburkan diri dalam penternakan lembu secara
komersial. Pelbagai kursus telah dihadiri oleh ayah yang dianjurkan oleh pejabat pertanian,
peladang, Risda dan Pejabat Haiwan. Alhamdulillah, walaupun ayah tidak
berpeluang bersekolah dan berpendidikan tinggi, namun saya amat berbangga
dengan kejayaan ayah miliki sekarang. Kini ayah bergelar petani dan penternak
yang berjaya dengan memiliki kebun sawit seluas 15 ekar dan ternakan lembu yang
mencecah 50 ekor dengan keluasan ladang
ternakan iaitu 30 ekar. Pada awal tahun 2014
ayah telah dicalonkan oleh pejabat pertanian
sebagai Petani Berjaya. Semoga gelaran
Petani Berjaya 2014 dirangkul oleh ayah.
Amin...........

Gambar 4

Gambar 5

Gambar 6

Gambar 7

Norhafizah Renlei

Tokoh Keluarga
Gambar 4,5,6,7 : Ladang Ternakan Lembu En. Renlei

Gambar 8 : Rumah Lama

Gambar 9 : Rumah Sekarang

Gambar 10 : Kereta Ayah

Norhafizah Renlei

Tokoh Keluarga

1.5 Kebajikan dan Sumbangan Tokoh


kepada Keluarga dan Masyarakat
Ayah merupakan seorang yang bertanggungjawab. Banyak sumbangan ayah kepada
kami sekeluarga dan masyarakat. Antara sumbangan ayah kepada keluarga adalah membesar,
memberi pendidikan yang sempurna serta melansungkan perkahwinan adik-beradiknya. Beban
dan tanggungjawab ini dipikul oleh ayah setelah pemergian datuk ke Rahmatullah pada tahun
1987. Ketika itu ayah berumur 33 tahun. Dalam masa yang sama juga ayah sudah mempunyai
keluarga sendiri iaitu ibu, abang, saya dan adik yang ketiga. Semua urusan dilakukan oleh ayah
seorang diri. Adakalanya ayah tidak dapat tidur lena dengan pelbagai kerenah adik-beradik yang
perlu diselesaikan. Walau bagaimanapun, ibu merupakan insan yang sangat membantu dan
menyokong segala tindakan yang diambil oleh ayah serta memberikan semangat tatkala ayah
ditimpa masalah dari segi kewangan. Berkat kesabaran dan rasa kebertanggung jawaban,
semua perkara dapat ayah lalui dengan tenang.
Dalam kesibukan mencari rezeki dan menguruskan hal yang lain-lain, ayah tidak pernah
mengabaikan tanggungjawabnya kepada pendidikan anak-anak. Ayah bergiat aktif dalam
Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG). Ayah telah dipertanggungjawabkan memegang jawatan
Naib Yang Dipertua PIBG di SK Kampong Tenang iaitu dari tahun 1990 hingga 1996. Selepas itu
dilantik menjadi Pemeriksa Kira-kira di SMK Kamarul Ariffn pada tahun 2003 hingga 2006.
Sepanjang ayah menjadi ahli jawatankuasa PIBG sekolah, banyak sumbangan yang diberikan
dari segi wang ringgit, tenaga dan buah fikiran bagi kecemerlangan sekolah. Alhamdulillah, berkat
keikhlasannya, kini semua anak-anak ayah berjaya kemenara gading.
Hampir setiap tahun ayah akan menyumbang seekor lembu pada majlis kesyukuran
sekolah atau Sambutan Maulidur Rasul peringkat kampung iaitu gabungan sekolah agama,
sekolah kebangsaan dan masjid Kampong Tenang.
Sejak dari muda lagi ayah telah pandai memasak. Ayah mula pandai memasak sejak
membantu ibu menguruskan warung makan. Masakan yang paling diminati penduduk kampung
ialah Nasi Beriani, Kurma Daging dan Kari Kambing. Ayah sering diminta oleh penduduk
kampung untuk mengetuai kumpulan masakan bagi majlis keraian seperti kenduri-kendara,
Sambutan Maulidur Rasul dan apa jua majlis yang berlangsung. Kepantasan, kecekapan dan
rasa yang enak menyebabkan ayah tidak menang tangan menerima tempahan masakan
daripenduduk kampung serta masayarakat luar daerah.

Norhafizah Renlei

10

Tokoh Keluarga
Selain itu, ayah juga dilantik oleh Kementerian kesihatan sebagai Ahli Sukarela Rawatan
Kesihatan Primer (PHC) dari tahun 1993 hingga kini. Tugas yang di amanahkan kepada ayah
ialah sebagai pembantu pelaksana untuk menagihkan pil bagi pekebun-pekebun yang akan
memasuki hutan untuk tempoh masa yang tertentu. Hal ini bertujuan untuk mengelak dari
pekebun-pekebun tersebut terkena demam malaria. Tugas ini sentiasa dipantau oleh petugas
Kesihatan Daerah Segamat dalam tempoh tiga bulan sekali.
Sebagai penduduk yang prihatin dan bertanggungjawab, tatkala berlaku kematian ayah
akan mengambil tugas menggali kubur. Tugas tersebut dilakukan dengan kerelaan sendiri tanpa
sebarang bayaran dikenakan. Ayah juga akan membersihkan perkarangan perkuburan Islam
Kampung Tenang seperti meracun, menebas dan membersihkan anak-anak kayu. Walau
bagaimanapun, dengan usia ayah yang telah mencecah 60 tahun, tugas menggali kubur
diserahkan kepada golongan belia yang masih kuat dan bertenaga.

Gambar 12, 13 : Aktiviti Gotong royong bersama penduduk kampung

Gambar 14 dan 15 : Juara Rakyat Bersama Menteri Besar Johor (Abd Ghani Othman

Norhafizah Renlei

11

Tokoh Keluarga

1.6 Anugerah / Pingat / Pengiktirafan


yang
Dikurniakan Kepada Tokoh
1. Ahli Sukarela Rawatan Kesihatan Primer (PHC)
2. Ahli Persatuan Kebangsaan Pekebub-pekebun Kecil Malaysia
3. Pengerusi Tabika Kemas Kg Tenang
4. Ahli Rela
5. Panel Penasihat Kesihatan Klinik Kesihatan Pekan Air Panas
6. Sijil Tamat Latihan Kursus Pengendalian Makanan
7. Kursus Motivasi dan Keusahawanan Program Satu Mukim
Satu Industri.
8. Kursus Rela Wilayah Selatan
9. Naib Dipertua PIBG Sk. Kampong Tenang
10. Pemeriksa Kira-kira SMK Kamarul Ariffin
11. Pengerusi Kebajikan dan Keceriaan Masjid Al-Hidayah Kg
Tenang

1.7 Sifat-sifat Istimewa Tokoh


Norhafizah Renlei

12

Tokoh Keluarga

1.7.1 Gigih berusaha


Ayah merupakan orang yang sangat gigih berusaha untuk mencapai sesuatu yang
diimpikan. Tidak mustahil tanpa pendidikan yang tinggi ayah mampu hidup senang berbanding
rakan-rakan yang seusia dengannya. Biar susah dahulu, senang kemudian merupakan moto
hidup ayah. Ayah seringkali memberi nasihat kepada kami adik-beradik agar bersusah dahulu
bersenang kemudian. Ayah sering menasihati kami agar belajar bersungguh-sungguh untuk
memperoleh kejayaan yang cemerlang di masa hadapan. Moga apabila dewasa nanti kami adikberadik mempunyai pekerjayaan yang baik dan seterusnya menikmati kehidupan yang lebih
selesa, sempurna dan bahagia.
Sikap gigih ayah mengusahakan kebun dengan tulang empat kerat dan dikurniakan oleh
Allah S.W.T kesihatan yang baik, ayah berjaya mengusahakan tanah pertanian tanpa mengupah
mana-mana pihak. Semua kejayaan yang dimiliki kini adalah atas penat lelah ayah sendiri.
Pernah suatu ketika dahulu, tanaman kelapa sawit ayah dimusnahkan oleh gajah liar. Luluh hati
tidak terkira, air mata mengalir membasahi pipi mengenangkan nasib yang menimpa. Mana
tidaknya segala usaha, penat-lelah dan modal yang banyak telah digunakan tetapi hilang sekelip
mata.
Ayah mengadu nasib dengan penciptanya. Alhamdulillah Allah memberikan ketenangan
dalam diri ayah. Ayah mengusahakan semula penanaman sawit. Hari demi hari, minggu bertemu
bulan, bulan bersilih tahun akhirnya tanaman ayah telah mencecah umur lima tahun. Hasil mula
dituai dan memperoleh rezeki untuk anak dan isteri. Kegigihan dan keperitan ayah selama ini
dibalas oleh Allah dengan hasil yang lumayan.

1.7.2Berdisiplin
Ayah terkenal dikalangan penduduk kampung dengan sikap berdisiplin dalam
mendidik anak dan melakukan semua tugas harian. Sejak dari kecil lagi kami adikberadik telah dididik bangun awal pagi. Setiap dari kami telah ada tugas khas
diberikan bagi membantu ibu mengurus rumah dan membantu ayah dikebun. Tidak
kira kecil atau besar, lelaki atau perempuan semua akan membuat kerja yang
diaturkan. Ayah melatih kami agar dewasa nanti menjadi insan yang lebih berdisiplin
dan bertanggungjawab. Kami adik-beradik diajar tentang pengurusan diri seperti
membasuh, menjemur, melipat dan menggosok pakaian serta menyimpan dalam
almari. Selain itu kerja-kerja rumah lain seperti mencuci pinggan mangkuk, menyapu

Norhafizah Renlei

13

Tokoh Keluarga
rumah dan mengemas rumah juga
dilatih sejak kecil lagi. Apabila ayah
pulang dari kebun, ayah mahu
rumah

sentiasa

berada

dalam

keadaan kemas dan teratur.


Waktu makan kami juga mestilah
bersama.

Tidak

seorang

pun

dibenarkan oleh ibu untuk makan


selagi ayah belum pulang. Hal ini
kerana bagi menghormati ayah sebagai ketua keluarga. Disaat ini jugalah ayah akan
mengambil kesempatan bertanya
hal anak-anak dan memberikan
beberapa nasihat kepada kami
adik-beradik.

Manakala

bermain

kami

sesudah

semua

waktu

hanya

diberi

kerja

rumah

selesai dilakukan dan juga selepas


solat asar dilaksanakan. Sebelum
pukul enam petang kami perlu
bersedia untuk pergi mengaji di rumah jiran. Walaupun pendidikan agama ayah tidak
tinggi, tetapi tidak pernah sekalipun ayah mengabaikan tanggung jawab memberikan
pendidikan agama kepada anak-anak. Harapan ayah agar anak-anak dapat
membesar dengan mempunyai ilmu dunia dan akhirat yang mencukupi.
Pada sebelah malamnya pula, kami perlu menyaiapkan kerja sekolah yang
diberikan atau mengulangkaji pelajaran. Apabila ayah tidak mempunyai urusan, ayah
akan menceritakan kisah silamnya kepada kami. Ayah sentiasa memantau bahanbahan bacaan dan juga rancangan-rancangan televisyen yang sering kami tontoni.
Hal ini bagi memastikan kami tidak terlalu terpengaruh dengan bahan-bahan hiburan
yang merosakkan akhlak. Tambahan pula, kami juga diberikan penjelasan mengapa
ada sesetengah perkara tidak dapat kami ikuti dan dijadikan amalan dalam
kehidupan harian. Kami juga diberikan penjelasan akan akibat yang bakal kami
perolehi jika menjadikan perkara-perkara negatif itu sebagai amalan hidup kami.

Norhafizah Renlei

14

Tokoh Keluarga
Tambahan pula, ayah sentiasa menggunakan kemahiran berkomunikasi yang
sangat baik dalam menasihati kami adik - beradik. Komunikasi yang kurang lancar
dapat menimbulkan ketegangan dalam keluarga. Oleh itu, ayah telah menggunakan
kemahiran komunikasi yang baik bagi mengelakkan kegagalan berkomunikasi yang
mungkin akan menyekat pembentukan moral dalam sesebuah keluarga. Ayah juga
telah menyediakan suasana yang harmonis dalam keluarga kami. Sebagi contoh
ayah menegur kami jika kami melakukan perbuatan yang kurang baik dengan nada
yang sopan dan tidak menggunakan kekerasan. Ayah juga senantiasa memberikan
nasihat dan semangat kepada kami untuk belajar bersungguh-sungguh. Pendek
kata, rutin harian kami tersusun dari bangun tidur hingga malam berlabuh. Kami
dididik seperti mereka yang tinggal di asrama.
Walaupun hidup kami berjadual, kami adik-beradik tidak sedikit pun mengeluh
malah kami berbangga kerana dikurniakan ayah dan ibu yang berdisiplin, penyayang
dan bertanggungjawab. Kami sedar semua yang dilakukan oleh ibu dan ayah adalah
bertujuan mendidik kami agar lebih bertanggung jawab serta bijak mengurus masa
apabila dewasa nanti. Disiplin diri yang dibentuk oleh ayah menyebabkan kami adikberadik sentiasa mendapat pujian dari jiran sekeliling.

1.7.3 Bersederhana
Ayah seorang yang bersederhana dalam semua perkara. Ayah mengajar kami
supaya bersifat sederhana dan bersyukur dengan apa-apa sahaja yang ada di
rumah. Hal ini amat penting untuk mendidik kami adik-beradik supaya

sentiasa

bersyukur dengan apa yang dimiliki. Dengan latar belakang hidup ayah yang susah,
ayah tidak mahu kami hidup sepertinya. Kesenangan yang dimiliki masa kini tidak
dipersiakan. Ayah juga menerapkan nilai kesederhanaan dalam diri agar kami
semua dapat menjadi insan yang sentiasa berjimat cermat dan tidak boros dalam
berbelanja. Wang saku yang diberi oleh ayah tidak pernah kami habiskan.
Sebaliknya kami di ajar untuk menabung untuk kegunaan di masa hadapan. Anakanak yang diterapkan dengan gaya hidup yang sederhana akan membesar sebagai
seorang yang sederhana sikapnya, tidak sombong dan tidak berlebihan dalam
sesuatu perkara. Anak-anak juga akan melakukan sesuatu perkara dengan penuh
keikhlasan tanpa mengharapkan apa-apa balasan. Hal ini penting bagi memastikan
dewasa nanti kami hidup dikalangan generasi yang berpandangan jauh. .
Norhafizah Renlei

15

Tokoh Keluarga

SAJAK BUAT AYAH


Ayah.
Dirimu ibarat sang awan
Yang memayungi kehidupan kami
Yang senantiasa memerlukan dirimu
Saat sang suria memanaskan sinarnya
Ayah..
Tidak akan hilang di benak kami
Tidak akan pudar dari pandangan kami
Betapa mulia hatimu
Betapa besar jiwamu
Menepis ranjau dan duri itu
Untuk mencari sesuap nasi buat kami
Ayah.
Kesabaran juga tetap terbatas
Meski diuji dan dicabar
Oleh karenah kami
Yang adakalanya nakal
Yang adakalanya tidak mahu mendengar katamu
Ayah
Pengorbanan mu tetap abadi dijiwa kami.
Terima kasih ayah..
Semoga Allah memberkati umur dan amalanmu.
Norhafizah Renlei

16

Tokoh Keluarga

Norhafizah Renlei

17

Tokoh Keluarga

Penutup
Institusi kekeluargaan merupakan ejen sosialisasi yang penting dalam
kehidupan. Seseorang individu perlu memainkan peranan yang penting bagi
memastikan isu-isu moral dapat dibendung dengan segera. Hal ini kerana keluarga
bukan sahaja bertanggungjawab dalam menyediakan segala keperluan yang
diperlukan oleh anak-anak, malahan mereka juga bertanggungjawab dalam
mendidik anak-anak melalui keteladanan keluarga.
Dalam laporan saya akan menceritakan mengenai tokoh moral keluarga saya
dari segi sumbangannya dalam membentuk moral dan juga model tokoh keluarga.
Moral membawa erti akhlak, budi pekerti, kelakuan, tabiat watak dan perangai.
Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, moral ialah ajaran atau pegangan
bukan buruk baik sesuatu perbuatan (kelakuan, akhlak, kewajipan dan lain-lain)
yang berkaitan dengan apa yang betul atau adil. Oleh itu, tokoh moral dan juga
model tokoh keluarga merupakan individu yang mempunyai ketokohan dalam
membentuk keluarganya supaya mempunyai akhlak, budi pekerti, kelakuan dan
perangai yang baik. Dalam keluarga saya yang menjadi tokoh moral ialah ayah
saya.
Hal ini kerana ayah telah membentuk keluarga kami untuk menjaga diri dari
melakukan perkara-perkara yang negatif. Ayah jugalah yang menjadi role-model
dalam keluarga kami. Ayah bertanggungjawab dalam memberikan didikan kepada
saya dan juga adik-beradik yang lain serta memberikan asuhan moral yang baik.
Walaupun ayah sibuk dalam urusan kerjanya, namun didikan dan asuhan moral
terhadap kami sekeluarga tidak pernah diabaikan. Ayah sentiasa mempunyai masa
untuk mendidik kami adik beradik dan sentiasa mempunyai lapangan dalam
mengawal serta memberikan pendidikan moral kepada setiap ahli keluarga dalam
usaha pembentukan moral.
Seperti yang kita sedia maklum, terdapat pelbagai faktor yang boleh
memincangkan akhlak seseorang individu. Faktor-faktor ini boleh dibahagikan
kepada faktor persekitaran dan mungkin juga faktor dari dalam individu itu sendiri.
Sebagai tokoh moral dan juga ketua dalam keluarga, ayah saya sentiasa mengawasi
kami agar tidak terlalu terpengaruh dalam unsur-unsur negatif dan tidak baik yang
Norhafizah Renlei

18

Tokoh Keluarga
terdapat dalam faktor-faktor tersebut. Sebagai contoh, perkembangan dalam
tekonologi merupakan salah satu faktor yang boleh mempengaruhi pembentukan
moral ahli keluarga. Hal ini disebabkan kerana terdapat banyak bahan-bahan sama
ada melalui media elektronik dan juga media cetak yang boleh merosakkan akhlak.
Secara kesimpulannya, tokoh moral keluarga saya ialah ayah saya yang juga
turut dibantu oleh ibu saya. Hal ini bagi memastikan pembentukan moral dapat
dilaksanakan dengan jayanya dan keruntuhan moral dapat dielakkan. Gejala
keruntuhan moral bukan sahaja meninggalkan kesan negatif kepada diri sendiri
malahan juga kepada keluarga. Oleh itu, pembentukan moral dalam sesebuah
keluarga adalah sangat penting dan setiap ahli keluarga haruslah berganding bahu
dan berusah dalam pembentukan moral.

Norhafizah Renlei

19

Tokoh Keluarga

Refleksi
Terlebih dahulu saya panjatkan rasa syukur kehadrat Ilahi kerana dengan izin dan
rahmatnya dapat saya menyiapkan tugasan ELM3104 tepat pada masa yang
diberikan. Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada pensyarah Pendidikan Moral
saya iaitu En. Asrar bin Sidon di atas bimbingan beliau kepada saya untuk
menyiapkan tugasan pada kali ini.
Pada semester ini, saya mempelajari satu lagi ilmu baharu dalam pendidikan
moral iaitu ELM3104 Isu-isu moral dan cabaran penghayatan nilai-nilai murni. Tajuk
kali ini memfokuskan kepada masalah-masalah moral yang dihadapi di sekolah, isuisu moral tempatan dan isu-isu moral diperingkat global, sosialisasi dan apreasisasi
moral serta elemen-elemen yang mencabar penghayatan dan amalan nilai-nilai
murni.
Sebelum - Pada hari pertama tutorial seperti kebiasaannya, En. Asrar akan
memberikan gambaran umum berkaitan tajuk-tajuk yang dipelajari sepanjang
semester

ini.

Beliau

juga

meminta

kami

membuat

cabutan

untuk

tajuk

pembentangan. Cara ini tampak lebih adil dan saksama kerana setiap daripada kami
akan memilih sendiri tajuk yang ingin dihuraikan semasa pembentangan nanti. Encik
Asrar juga menerangkan tugasan yang seterusnya seperti laporan tokoh moral
dalam keluarga serta refleksi diri berkaitan penguasaan ilmu yang diperoleh
sepanjang tugasan diberikan.
Semasa Dapatan daripada undian yang dibuat, saya telah memperoleh
tajuk 13 iaitu UNESCO. Langkah pertama yang diambil oleh saya adalah meneliti
bahan modul ELM3104. Hasil bacaan daripada modul yang dibekalkan sangat
umum dan terhad. Oleh itu saya mula mencari bahan daripada pelbagai bahan.
Dengan kecanggihan teknologi masa kini, semua maklumat di hujung jari. Tanpa
berlengah saya memulakan pencarian di yahoo dan google. Memandangkan beban
tugas yang banyak disamping melaksanakan tugas sebagai pendidik, pelajar, isteri
dan ibu, saya telah mengumpul semua bahan dapatan daripada internet dalam satu
folder. Pada cuti hujung minggu barulah maklumat yang diperolehi disaring dan
Norhafizah Renlei

20

Tokoh Keluarga
diambil mana yang penting. Hampir kesemua dapatan carian mempunyai isi yang
sama.
Sama sekali saya tidak berpuas hati dengan dapatan yang diperolehi. Saya
mengambil keputusan untuk mencari daripada pelbagai buku rujukan yang ada.
Alhamdulillah, setelah berpuas hati dengan maklumat yang diperolehi saya mula
merangka kerja dengan menjawab soalan 4W1H. Hasil kerja dipersembahkan di
dalam bentuk power-point dengan menyertakan pautan internet, hiperlink dengan
fail tertentu, gambar serta muat turun video yang berkaitan.
Tiba pada hari pembentangan iaitu tutorial ketiga, saya membentangkan tajuk
dihadapan pensyarah dan rakan-rakan. Memandangkan kesuntukan masa, powerpoint tidak dapat dibentangkan secara menyeluruh dan video juga tidak ditayangkan
kepada semua. Walau bagaimanapun, setiap dari kita tidak semestinya sempurna.
Teguran daripada En. Asrar iaitu tiada kesimpulan di akhir pembentangan. Sebagai
insan yang lemah, saya amat mengakui kekurangan diri dan mengambil tindakan
terhadap teguran En. Asrar sebagai tindakan selanjutnya. Penambahbaikan
dilakukan selepas pulang ke rumah.
Bagi tugasan kedua pula, saya telah memilih ayah sebagai Tokoh moral
dalam keluarga saya. Tugasan yang kedua tidak memerlukan saya mencari
maklumat dari mana-mana carian, sebaliknya melihat kelebihan pada diri ayah
sebagai isi yang perlu dihuraikan. Ayah merupakan insan yang paling istimewa dan
sesuai dipilih dalam keluarga kerana sumbangannya kepada diri saya, keluarga dan
masyarakat terlalu banyak untuk dibicarakan. Keperibadian yang ada pada diri ayah
patut dikongsi bersama dan dijadikan contoh kepada saya dan yang lain.
Walau bagaimanapun, saya menghadapi beberapa masalah untuk tugasan
ini. Hal ini kerana bukti bergambar tidak dapat ditunjukkan disebabkan bencana
alam yang menimpa kami pada tanggal 21/12/2006 iaitu banjir besar melanda
tempat tinggal kami. Pelbagai kenangan, bahan bukti tokoh rosak akibat banjir. Oleh
yang demikian hanya bukti terkini sahaja dapat ditunjukkan. Oleh itu, saya perlu
bijak mengolah agar pembaca yang menilai dapat menjiwai sikap sebenar tokoh
yang dipilih.

Norhafizah Renlei

21

Tokoh Keluarga
Kesimpulan dapatan hasil tugasan pada kali ini, sebagai insan dan guru yang
bermarol mestilah bijak menangani sesuatu isu moral diperingkat tempatan dan
global yang boleh menyebabkan berlakunya keruntuhan akhlak. Tugasan ini juga
mengkehendaki kita menghayati dan menghargai pengobanan dan sumbangan
setiap insan kepada kita untuk membentuk insane yang berjaya.

Norhafizah Renlei

22

Tokoh Keluarga

Lampiran Sijil Tokoh

Norhafizah Renlei

23

Anda mungkin juga menyukai