Anda di halaman 1dari 25

PENDAHULUAN

Profesion guru dan pendidik terutamanya dalam zaman-zaman mencabar ini


bukanlah semudah yang disangka . Sebagai arkitek sosial, guru mempunyai tanggungjawab
yang amat besar, bukan sekadar memberi pendidikan dan menyampaikan ilmu. Gurulah
insan yang dipertanggungjawabkan untuk merealisasikan transformasi pendidikan yang
dicita-citakan oleh negara. Justeru kegagalan sesebuah masyarakat untuk berfungsi dengan
sempurna kerap dikaitkan dengan kegagalan sistem pendidikan sesebuah negara.
Lebih daripada itu, guru juga perlu menjadi model utama kepada anak didiknya. Oleh itu
mereka perlu berjiwa besar. Hanya mereka yang luhur jiwa dan kental semangatnya yang
sanggup mencurahkan bakti untuk menjadi guru. Selain itu, guru sering dikaitkan sebagai
agen perubahan dalam agenda sosial, politik dan ekonomi. Perubahan-perubahan yang
dikehendaki oleh kerajaan selalunya disalurkan melalui falsafah dan matlamat ( juga
merupakan input ) yang perlu diterjemahkan oleh guru sekolah dalam aktiviti kurikulum dan
kokurikulum.
Oleh hal demikian, guru perlu patuh kepada kod etika guru seta sentiasa
memantapkan lagi kemahiran serta pengetahuan yang ada agar dapat mengharungi
perubahan yang sentiasa berlaku dari semasa ke semasa. Seorang guru juga hendaklah
menjaga nama baik dan tidak mencemarkan sifat profesionnya yang mana menyebabkan
kurang kepercayaan orang ramai terhadap profesion perguruan. Justeru itu, kerja kursus
EDU3108 ini akan membincangkan dengan lebih lanjut mengenai isu-isu pelanggaran kod
etika guru, langkah-langkah yang dapat dijalankan oleh seorang guru untuk terus
meningkatkan pengetahuan dan kemahiran bagi meningkatkan profesion serta bagaimana
seorang guru itu mengharungi perubahan sistem pendidikan masa kini berdasarkan teori
pendidikan.

1.0 ISU PELANGGARAN ETIKA GURU

Dalam era globalisasi masa kini, kejayaan seseorang individu perlulah berlandas
kepada tanggungjawab dan disiplin diri. Kepatuhan seseorang individu kepada perkara yang
mengawal tingkah lakunya daripada berkelakuan di luar norma disebut sebagai etika. Istilah
Etika atau ethic adalah berasal daripada perkata greek ethos yang bermaksud perwatakan
atau keperibadian. Mengikut pengertian Kamus Dewan (1995) terbitan Dewan Bahasa Dan
Pustaka pula etika bermaksud satu sistem dasar akhlak, adat atau tingkah laku atau
kesusilaan. Menurut sarjana barat J.L. Mackie beliau mendefinisikan etika sebagai disiplin
yang dapat menerangkan nilai baik dan buruk sesuatu perbuatan serta menyediakan garisgaris perbezaan antara kebaikan dan keburukan seseorang. Manakala A.R. Licey dan W.L.
Reese pula mereka mendefinasikan etika sebagai kegiatan aktiviti praktikal yang melibatkan
tingkah laku, adat dan cara hidup serta aspek niat dan kecenderungan seseorang atau
masyarakat dalam melakukan sesuatu aktiviti..
Oleh itu, etika di sini dapat disimpulkan sebagai prinsip-prinsip tingkah laku yang
bertanggungjawab yang menentukan tindakan individu yang boleh di terima dari segi moral.
Setiap individu haruslah mempunyai etika yang dapat diterima oleh pihak masyarakat.
.

Etika kerja adalah nilai-nilai penting yang perlu dilaksanakan dalam sesebuah

organisasi. Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) juga tidak terkecuali mempunyai Etika
kerja sendiri. Takrif yang diberikan oleh KPM tentang Etika Kerja Perguruaan ialah panduan
tingkah laku yang menjadi pegangan setiap warga KPM berlandaskan nilai-nilai ahklak
yang mulia. Kod etika ini adalah satu landasan kepada guru yang menyenaraikan peraturanperaturan dan akauntabiliti seseorang guru. Bagi seorang guru pula, adalah satu perkara
yang perlu untuk patuh kepada kod etika perguruan yang telah termaktub.
Namun, oleh kerana terdapat segelintir guru-guru yang menyalahi etika perguruan,
guru-guru yang lain terkenan tempiasnya ibarat kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.
Justeru, isu-isu yang melibatkan pelanggaran etika guru ini, telah menyebabkan profesion
guru hari ini dilihat semakin goyah dari masa ke semasa. Kini, isu etika guru sering dilihat
melalui media eletkronik seperti televisyen ataupun di dada-dada akhbar. Sekiranya
masalah ini tidak dibendung oleh kementerian yang berwajib, tidak mustahil sekiranya lama
kelamaan profesion perguruan tidak dilihat sebagai satu profesion yang mulia.

1.1 ISU GURU MEMBELASAH MURID


Salah satu isu etika guru yang sering mendapat liputan meluas di dada-dada akhbar
ialah isu guru membelasah murid. Sememangnya isu ini merupakan isu yang sangat serius
tambahan pula sekiranya kes tersebut memberikan kemudaratan kepada murid atau
mangsa. Kejadian penderaan fizikal yang dilakukan oleh guru yang semakin berleluasa ini
merupakan kejadian yang bukan berlaku di tempat kerja mahupun di tempat awam tetapi
ianya berlaku di institusi sekolah yang dianggap sebagai tempat yang paling selamat oleh
semua pihak. Kejadian penderaan ini semakin menular di sekolah di mana mangsanya ialah
murid-murid yang dikategorikan sebagai kanak-kanak atau golongan yang lemah jika
dibandingkan dengan guru. Penderaan fizikal yang dilakukan oleh para guru ini
menunjukkan mereka tidak bertanggungjawab dalam melindungi anak murid di bawah
jagaan mereka. Seringkali kita dengar bahawa terdapat tingkah laku negatif yang dilakukan
oleh guru tidak kira guru itu muda atau tua. Ini memberikan gambaran bahawa sekolah
bukan lagi institusi yang selamat dari masalah ini jika hal ini dilakukan sendiri oleh guru.
Artikel yang telah dipilih berkaitan dengan isu guru mendera murid ini ialah artikel
yang bertajuk Murid dibelasah guru akhirnya meninggal.

Kes yang berlaku di sebuah

sekolah agama persendirian di Arau ini adalah satu isu yang dangat serius kerana telah
melanggar etika profesionalisme seorang guru. Tambahan pula, ia melibatkan kes kematian.
Mangsa iaitu adik Syaiful Syazani Saiful Sopfidee merupakan murid tahun satu di sekolah
tersebut. Laporan akhbar menyatakan bahawa punca mangsa dibelasah dengan teruk
adalah kerana didakwa mencuri wang RM7 milik rakan sekelas. Tindakan ini telah
menimbulkan kemarahan gurunya dan dibelasah dengan kejam oleh gurunya dengan
kedua-dua tangannya diikat pada tingkap asrama. Mangsa dikatakan dapat melarikan diri.
Mangsa dikatakan berjaya membuka ikatan tangannya untuk melarikan diri hingga
menimbulkan kemarahan guru berkenaan yang memukulnya tanpa belas kasihan. Selepas
memukul kepala, suspek dikatakan naik minyak dan menggoncang badan mangsa serta
menolaknya dengan kuat ke dinding yang dipercayai punca utama mangsa mengalami
masalah pendarahan dalam kepala dan komplikasi jantung. Ekoran daripada kejadian itu,
mangsa telah koma pada jam 7 malam hari kejadian dan menghembuskan nafas terakhir
pada jam 8.30 pagi hari berikutnya di Hospital Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar.
Walaubagaimnapaun, guru terbabit menyerah diri di Balai Polis Arau, selepas bapa
mangsa, Saiful Sopfidee Marzuki, 34, membuat laporan di Balai Polis Alor Setar, pada jam 8
malam hari kejadian. Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Mohd Nadzri Hussain, ketika
mengesahkan perkara itu berkata, murid terbabit disahkan meninggal dunia dan kes kini
disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh yang boleh membawa
hukuman mati jika sabit kesalahan.
3

Pandangan saya berkaitan isu ini ialah sekiranya dilihat dari perspektif guru,
sememangnya seorang guru tidak boleh lari daripada menghadapi masalah dalam
kehidupannya kerana guru adalah manusia biasa Bagaimanapun guru seboleh-bolehnya
perlu mengelakkan diri daripada membawa masalah peribadi semasa mengajar di dalam
kelas. Emosi guru perlu sentiasa dalam keadaan tenang, stabil, bersyukur dan sederhana
semasa mengajar. Pendekatan yang digunakan oleh guru semasa mengendalikan muridmurid yang bermasalah berdisiplin mestilah tegas tetapi tanpa emosi. Guru perlu bersifat
sabar, bertimbang rasa, tidak menghukum pelajar dengan hukuman terlalu berat,
menghukum mereka tanpa usul periksa dan lebih banyak memberi ganjaran daripada
mengenakan hukuman. Sifat memaafkan perlu ada dalam diri setiap manusia. Walaupun
sesuatu yang dilakukan adalah salah dan kadangkala keterlaluan, namun, guru perlulah
bijak mengadili kesalahan tersebut dengan memberikan hukuman yang setimpal dan dapat
memberikan kesan kepada murid. Hukuman yang diberikan juga perlulah bersesuaian
dengan melihat banyak aspek. Tambahan pula, dalam kejadian tersebut mangsa berada
dalam tahun 1. Oleh itu, sememangnya bukan tindakan yang betul sekiranya dihukum
sekejam itu. Banyak lagi cara yang boleh dilakukan untuk menghukum. Cara memukul
murid bukanlah satu jalan penyelesaian tambahan pula sekiranya guru dalam keadaan
marah yang melampau. Sikap guru yang memberikan hukuman yang berat kepada murid
tersebut juga bukanlah langkah yang bijak supaya murid tersebut berubah sikap menjadi
seorang murid yang berdisiplin. Mungkin juga murid tersebut akan menjadi lebih teruk lagi
jika ditakdirkan umurnya masih panjang kerana tidak mustahil murid tersebut ingin
membalas dendam terhadap kekasaran yang dilakukan oleh guru tersebut terhadap dirinya.
Oleh itu, perhatian yang diberikan kepada setiap tingkah laku murid berkenaan, akan
menjadikan murid sedar bahawa guru sedang mengambil berat dan memberikan kasih
sayang supaya mereka tidak lagi mewujudkan masalah yang tidak diingini.
Jika dilihat daripada perspektif murid pula, perbuatan mencuri adalah satu perbuatan
yang salah dan tidak patut dilakukan oleh murid walau apa alasan sekalipun. Oleh itu, murid
perlulah tahu dan mengelakkan diri daripada mencuri. Mengikut kes ini, perbuatan mencuri
telah membuatkan gurunya marah dan memarahinya. Oleh itu, seorang murid perlulah
sentiasa menjaga tingkah laku dan bertanggungajawab sekiranya melakukan kesalahan
agra tidak menimbulkan kemarahan mana-mana pihak dan akhirnya menjadikan kes
bertambah serius. Walaubagaimanapun, artikel yang saya analisis ini mempunyai banyak
persepsi atau cerita di sebaliknya. Mungkin ada pertambahan dari pihak media massa atau
parti politik yang kita tidak tahu kebenarannya. Walau apapun, saya berharap kes ini dapat
diadili dengan sebaik mungkin sekiranya benar guru tersebut sememangnya tidak bersalah
dalam hal ini.

Pada pandangan saya lagi, terdapat beberapa punca yang mengakibatkan


berlakunya kejadian ini. Pertama ialah bebanan tanggungjawab yang dipikul oleh guru.
Sebagaimana yang kita sedia maklum, guru memikul tanggungjawab yang sangat berat di
sekolah. Tuntutan kerja disekolah yang merangkumi kerenah murid, tuntutan pentadbiran
serta peranan yang dipikul menyebabkan tekanan emosi dalam kalangan guru. Maka,
sekiranya terdapat isu yang berlaku di bawah tanggungjawabnya, guru akan cepat
melenting dan berkelakuan di luar kotak fikiran. Sebagai contoh dalam kes yang kes yang
dikaji ini, mangsa telah memberikan tekanan kepada guru dengan tingkah laku mencuri
yang dilakukannya. Oleh itu, guru berasa tertekan dan menghamburkan kemarahannya
dengan cara memukul murid tersebut. Tekanan emosi dan ditambah dengan rasa marah
telah menyebabkan guru tersebut memukul mangsa sehingga mati. Ini semua adalah di luar
kemahuan guru itu sendiri. Oleh itu, guru perlulah bijak mengawal kemarahan apabila
berhadapan dengan kes-kes yang memerlukannya mengadili sesuatu perkara. Dengan cara
ini, keputusan yang diambil akan lebih adil dan rasional.
Faktor kedua yang menyebabkan kes ini berlaku ialah kurang memahami etika
perguruan. Etika perguruan penting untuk dijadikan satu landasan atau panduan kepada
guru-guru dalam mengawal setiap tindak tanduk agar tidak berlaku perkara yang tidak
sepatutnya. Laporan Suruhanjaya Diraja Mengenai Perkhidmatan Perguruan Malaysia Barat
(Laporan Aziz, 1971), mencadangkan supaya diadakan Etika Profesion Perguruan bagi
pembentukan tatasusila guru. Etika perguruan ini akan menjadi satu panduan kepada guru
dalam melaksanakan tugasan harian sebagai guru. Berdasarkan kod etika perguruan yang
telah ditetapkan, sepatutnya setiap ahli profesion iaitu guru sedia maklum tentang perkara
yang boleh dilakukan serta perkara yang tidak boleh dilakukan sebagai seorang guru.
Tetapi, apa yang berlaku di dalam kes ini adalah sebaliknya. Sekiranya seseorang guru
tersebut memahami dan patuh kepada kod etika guru yang telah termaktub, sudah tentu dia
tidak akan tergamak untuk melakukan apa-apa yang telah termaktub dalam kod etika.
Sekiranya seseorang guru melakukan sesuatu yang dilarang, ia menunjukkan bahawa guru
tersebut belum benar-benar memahami kod etika yang digariskan. Hal ini bukan sahaja
akan memberikan iak negative kepada diri sendiri malah kepada profesion perguruan.
Kesimpulannya, pandangan saya, isu guru agama memukul anak muridnya sehingga
menyebabkan kematian ini adalah tidak wajar berlaku. Hal ini kerana tugas guru adalah
sebagai seorang pendidik dan pembimbing dan bukan sebagai pengancam keselamatan
murid-murid. Lebih-lebih lagi mangsa hanya berumur 7 tahun. Sekiranya memang benar
bahawa murid tersebut melakukan kesalahan mencuri, tindakan membelasah murid
berkenaan secara melulu bukanlah jalan yang terbaik dalam menyelesaikan sesuatu
masalah. Banyak lagi cara yang boleh dilakukan selain memukul.
5

1.2 ISU GURU MENCABUL MURID


Selain daripada isu membelasah murid, satu lagi isu yang sering diperkatakan oleh
masyarakat sekeliling sehingga memberikan persepsi yang buruk kepada profesion
perguruan ialah isu guru mencabul murid. Kejadian gangguan seksual semakin berleluasa
dan agak merungsingkan semua pihak. Gangguan seksual ini bukan sahaja berlaku di
tempat kerja dan tempat awam malah isu ini telah menular di sekolah-sekolah. Tidak kira
sekolah menengah mahupun sekolah rendah. Gangguan seksual yang dilakukan oleh para
pendidik ini menunjukkan mereka tidak bertanggungjawab dalam melindungi anak murid
dibawah jagaan mereka. Sering kali kita dengar terdapat tingkah laku yang negatif yang
dilakukan oleh guru tidak kira guru itu muda atau tua. Ini memberikan gambaran bahawa
sekolah bukan lagi institusi yang selamat dari masalah ini jika hal ini dilakukan sendiri oleh
guru. Profesion perguruan adalah satu profesion yang mulia. Sekiranya terdapat isu
sebegini belaku di sekolah, sudah tentu masyarakat akan mmandang jijik kepada profesion
perguruan.
Berdasarkan kes yang dipetik daripada artikel Harian Metro yang bertajuk Cabul
Sebelum Rotan iaitu kes seorang guru yang mencabul 12 orang pelajarnya telah
memberikan tamparan hebat kepada profesion perguruan. Menurut kes yang dikupas
daripada akhbar tersebut, gara-gara mahu menjadi doktor, seorang guru disiplin sebuah
sekolah menengah di Ampang, telah diberkas polis selepas didakwa mencabul 12 pelajar
perempuan, sekolahnya. Difahamkan, guru lelaki berusia lewat 30-an itu mahu melakukan
pemeriksaan mengenai tahap kesihatan semua pelajar terbabit terlebih dahulu sebelum
merotan mereka kerana gagal hadir ke perhimpunan sekolah. Biarpun semua pelajar cuba
menjelaskan keadaan sebenar, guru terbabit tidak mempedulikan alasan itu, sebaliknya
memberitahu akan melakukan pemeriksaan kesihatan terhadap semua mereka sebelum
mengambil

tindakan

kerana

bimbang

tahap

kesihatan

pelajar

berkenaan

akan

menyebabkan mereka pengsan atau mengalami masalah jika dirotan membuta tuli.
Disebabkan ketakutan, semua pelajar terbabit akur dengan tindakan guru terbabit. Guru
disiplin terbabit bagaimanapun sekali lagi melakukan tindakan keji apabila dia mendakwa
tidak berpuas hati dengan pemeriksaan kali. Kali ini, dia didakwa memasukkan tangan ke
dalam baju semua pelajar perempuan terbabit. Selepas berpuas hati, guru disiplin itu
merotan tangan semua pelajar dan meninggalkan kelas berkenaan. Ekoran daripada itu,
sebaik pulang ke rumah, pelajar perempuan berkenaan mengadu perbuatan guru terbabit
kepada waris. Waris yang mendapatkan khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun)
kawasan berkenaan tampil membuat laporan di Balai Polis Pandan Indah.

Pandangan saya mengenai kes ini ialah sekiranya dilihat daripada perspektif guru,
sememangnya kes ini merupakan kes yang sangat memalukan profesion perguruan. Saya
juga tidak menyalahkan guru seratus peratus kerana mungkin ia berupa fitnah daripada
pihak tertentu yang ingin membalas dendam terhadap guru tersebut dan sekaligus
menjatuhkan profesion perguruan. Ini kerana kita tidak tahu kebenarannya, Namun,
sekiranya berita ini adalah benar, memang sewajarnya guru tersebut dikenakan hukuman
yang setimpal dengan kesalahan yang dilakukan. Tanggungjawab seorang guru adalah
mendidik dan menanam nilai-nilai murni dalam diri setiap anak muridnya. Nilai-nilai yang
inguin dipupuk ini pula perlulah dizahirkan melalui tingkah laku guru itu sendiri terlebih
dahulu. Ini kerana, guru adalah role model kepada anak-didiknya. Sekiranya guru tidak
berkelakuan seperti yang diajar, sudah tentu anak murid tidak akan menghormati dan tidak
hairan sekiranya murid mencontohi tindak tanduk guru tersebut. Seperti dalam kes yang
berlaku, guru tersebut sememangnya tidak mempunyai kuasa untuk membuat pemeriksaan
jantung ke atas murid dan apakah rasionalnya guru tersebut berbuat demikian. Sekiranya
hendak memberikan hukuman, cukuplah sekadar memberikan pengajaran yang setimpal
dengan kesalahan contohnya memanggil murid murid tersebut ke tapak perhimpunan dan
menyatakan kesalahan yang telah dilakukan di dihadapan murid lain. Ini secara tidak
langsung akan dapat dijadikan iktibar kepada murid yang membuat kesalahan dan muridmurid lain. Tambahan pula, kes ini telah melanggar kod etika perguruan yang melarang guru
lelaki untuk menyentuh murid perempuannya.
Jika dilihat daripada perspektif pelajar pula, adalah menjadi tanggungjawab pelajar
untuk patuh kepada undang-undang sekolah. Kesalahan pelajar yang menyiapkan kerja
sekolah semasa perhimpunan dijalankan sememangnya satu kesalahan kerana terlah
melanggar peraturan yang ditetapkan dan adalah wajar untuk pelajar tersebut dikenakan
tindakan. Tiambahan pula, pelajar yang membuat kesalahan adalah ramai iaitu kira-kira 11
orang pelajar. Oleh itu, pelajar diingatkan agar patuh kepada peraturan sekolah sekiranya
tidak mahu perkara yang tidak diingini berlaku. Persoalan kedua pula ialah daripada 11
orang pelajar yang menjadi mangsa, mengapa seorang pun tidak berani membangkang
tindakan guru sedangkan mereka ramai berbanding seorang sahaja guru ketika itu. Salah
satu daripada mereka sepatutnya boleh membuat aduan mengenai kes tersebut sebelum
ianya menjadi lebih teruk. Tambahan pula, mereka terdiri daripada pelajar tingkatan tiga
yang sudah boleh berfikir secara rasional. Sekiranya mereka bijak menangani masalah ini,
sudah pasti perkara ini tidak akan berlaku. Oleh itu, jika dilihat dari sisi ini, pelajar juga boleh
dipersalahkan.

Antara punca tingkah laku negatif yang dilakukan guru bagi kes gangguan seksual
(mencabul) pertamanya ialah kurang memahami etika keguruan. Semasa di sekolah, guru
haruslah bertugas sebagai pengganti ibu bapa dalam usaha membentuk tingkah laku murid
ke arah matlamat yang diterima oleh masyarakat, guru tidaklah harus menyatakan atau
membuat sesuatu yang boleh mengurangkan keyakinan diri murid dan ibu bapa
terhadapnya serta guru tidaklah harus mengajar sesuatu yang boleh merosakkan
kepentingan murid, masyarakat atau negara. Guru yang memahami etika perguruan tidak
akan tergamak melakukan perkara sedemikian terhadap anak muridnya sendiri. Ini berbeza
pula dengan guru tersebut kerana telah melanggar kod etika guru yang telah digariskan. Ini
menunjukkan bahawa guru tersebut tidak mengerti dan memahami apa yang terkandung
dalam kod etika guru. Sebagai seorang guru kita sepatutnya sedia maklum tentang perkara
yang boleh dilakukan dan yang tidak boleh dilakukan. Tetapi dalam kes ini yang terjadi
adalah sebaliknya. Guru lelaki tidak menjaga batas-batas pergaulan di antara guru lelaki
dengan murid perempuan.
Masalah keluarga juga merupakan salah satu punca berlakunya tingkah laku negatif
di kalangan guru ini. Guru yang mengalami masalah keluarga contohnya penceraian dan
kurang kasih sayang akan mengalami tekanan dan emosi yang tidak stabil. Hal ini
menyebabkan guru tersebut mengambil jalan mudah dengan melakukan gangguan seksual
kepada anak muridnya sendiri bagi melepaskan tekanan yang dihadapi oleh mereka. Ini
menunjukkan bahawa, masalah rumah tangga seperti penceraian menyebabkan keperluan
seksual tidak dapat dipenuhi menyebabkan guru terbabit menjadikan murid sebagai tempat
untuk melepaskan tuntutan seksual mereka
Faktor lain yang menyebabkan masalah ini timbul ialah pengaruh negatif yang
timbul melalui media elektronik seperti penggunaan internet, telefon bimbit dan sebagainya.
Mengikut kajian yang dilakukan pengaruh media elektronik lebih banyak dari media massa
kerana media elektronik mudah didapati dengan meluas tanpa sekatan. Hal ini kerana, guru
boleh memperolehi bahan-bahan lucah dengan mudah dengan hanya melayari internet
berbanding medium yang lain. Ini menyebabkan guru tersebut mudah mendapatkan bahan
bagi tujuan sedemikian. Pengaruh ini akhirnya mendorong guru tersebut melakukan perkara
seumpama ini terhadap anak muridnya.
Kesimpulannya, sekiranya berita yang dipaparkan di dada akhbar tersebut adalah
benar, maka adalah tidak wajar guru tersebut bertindak demikian. Ini bukan sahaja akan
menjatuhkan maruah diri malah akan menjejaskan nama baik keluarga, agama, bangsa dan

negara. Lebih menyedihkan lagi ialah guru tersebut telah mencemarkan profesion
perguruan
2.0 SIKAP BELAJAR UNTUK MENGAJAR SEBAGAI PROSES PEMBELAJARAN
SEPANJANG HAYAT

Menuntut ilmu merupakan suatu keperluan asas yang wajib bagi setiap individu
tanpa mengira kaum dan agama. Ilmu pengetahuan merupaakn nadi bagi setiap manusia
kerana hanya ilmu sahaja yang dapat mengubah kehidupan seseorang. Sebagai seorang
guru yang mula berkhidmat di sekolah, biarpun kita diamanahkan untuk mendidik dan
mencurah ilmu kepada anak bangsa, namun ini tidak bermakna waktu menerima ilmu juga
telah berakhir selepas menerima pengajaran formal daripada institusi yang tertentu untuk
mendapat gelaran sebagai guru. Sebaliknya, sejajar dengan era globalisasi yang penuh
dengan persaingan ini, setiap guru dituntut untuk menguasai ilmu dan kemahiran dalam
bidang teknologi maklumat di samping tidak mengabaikan unsure-unsur insaniah yang
menjurus ke arah nilai-nilai kemanusiaan dan kekuatan spiritual bagi mengimbangi
kehidupan manusia. Untuk itu, kita perlulah mempunyai semangat yang kuat untuk terus
belajar bagi menambah ilmu pengetahuan dan kemahiran yang sedia ada agar diri kita tidak
ketinggalan zaman dan memastikan perkembangan serta peningkatan profesionalisme guru
sejajar dengan perubahan dan cabaran yang dihadapi. Justeru itu. Seorang guru perlu
sentiasa berpegang kepada prinsip belajar untuk mengajar dalam hidup sebagai proses
pembelajaran sepanjang hayat dengan cara menyediakan pelan pembelajaran kendiri untuk
merebut peluang yang ada bagi meningkatkan ilmu dan kemahiran.

Pembelajaran Sepanjang Hayat ataupun pembelajaran sepanjang umur bermaksud


aktiviti pelajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan sepanjang hayat khususnya orang
dewasa. Konsep ini merangkumi proses pendemokrasian pendidikan yang memberi peluang
pendidikan seluas-luasnya kepada setiap individu tanpa mengira kelas sosial, kaum, umur
dan juga jantina. Peluang pendidikan yang diberikan adalah bagi meningkatkan
pengetahuan, kemahiran dan kompetensi seseorang. Menurut Noriati A. Rashid (2010),
Pembelajaran Sepanjang hayat bermaksud motivasi kendiri ke arah pencarian ilmu secara
sukarela berdasarkan keperluan personal atau professional. Ringkasnya, pembelajaran
sepanjang hayat ialah suatu proses pembelajaran yang berterusan bagi tujuan meningkat
pengetahuan dan kemahiran seseorang. Pembelajaran Sepanjang Hayat dianggap

bermanfaat kepada individu kerana ia dapat membaiki kehidupan seseorang menerusi


peningkatan kemahiran kerja, pembaikan sahsiah diri dan juga penambahan ilmu
pengetahuan. Ia boleh dilakukan sama ada secara formal seperti di sekolah, instituti
pengajian dan pusat latihan vokasional untuk mendapatkan pengiktirafan seperti ijazah
sarjana muda, sarjana dan PHD ataupun secara tidak formal iaitu berdasarkan pengamalan
dan latihan di tempat kerja masing-masing. Cara pendekatan pembelajaran sepanjang hayat
ini boleh dipelbagaikan supaya mudah diakses oleh pelajar seperti melalui pembelajaran
ataupun kursus secara pos. Sebagai seorang guru, banyak saluran yang boleh digunakan
untuk memperkayakan diri dengan pelbagai ilmu. Antaranya termasuklah membuat Pelan
Pembelajaran Peribadi kerana guru merupakan role modal kepada murid untuk melihat guru
sebagai teladan melalui tindakan dan perlakuan guru sendiri. Guru boleh membuat
pembelajaran di rumah melalui pengawasan sesuatu pihak sebagai tutor yang menyediakan
kurikulum yang telah diluluskan. Program pendidikan yang boleh berlangsung di rumah
termasuklah melalui talian untuk membolehkan seseorang meneruskan pengajian tanpa
perlu berada di kolej atau universiti untuk berinteraksi secara bersemuka dengan guru atau
pensyarah. Dengan adanya ilmu baharu yang diperolehi ini, adalah lebih baik sekiranya guru
dapat mengaplikasikannya di sekolah. Misalnya guru boleh melaksanakan pengajaran dan
pembelajaran secara mata dengan anak muridnya berhubung matapelajaran yang diajar.
Dengan cara ini, ia bukan sahaja akan membantu meningkatkan prestasi malah
perkembangan murid boleh dipantau pada bila-bila masa termasuk cuti sekolah. Ini
menunjukkan bahawa ilmu yang dipelajari sangat memberi manfaat kaedah pengajaran
guru itu sendiri.

Pendidikan Dewasa yang berupa proses pembelajaran dalam kalangan dewasa


melalui kursus - kursus atau program-program pengajian lanjutan sama ada di kolej atau di
universiti juga boleh guru sertai untuk meningkatkan tahap kecekapan dan kompetensi
dalam kerjaya. Misalnya menghadiri kelas komputer agar diri kita celik IT. Pendidikan
Berterusan yang memberi peluang untuk pencapaian pendidikan yang lebih tinggi bertumpu
kepada usaha seseorang untuk menyambung pengajiannya di sesebuah kolej atau universiti
untuk memperoleh sijil, diploma atau ijazah lanjutan sama ada secara sepenuh masa atau
sambilan juga amat digalakkan bagi guru untuk mengikutinya. Sekiranya menghadapi
masalah untuk mengikuti kursus secara sepenuh masa boleh meneruskan pengajian secara
sambilan pada hujung minggu yang lazimnya bermula petang Jumaat hingga hari Ahad.

10

Guru juga boleh memilih Pembelajaran Jarak Jauh (PJJ) dengan bantuan rakaman
video dan bahan-bahan pengisian CD Rom, program broadcasting, pembelajaran atas talian
(OLL), internet serta kursus interaktif atas talian. Guru juga boleh mengambil Pembelajaran
Pengetahuan Pekerja yang berfokus kepada peningkatan profesional dan latihan kerjaya.
Pembelajaran ini dapat membantu guru menjadi guru yang mampu menganalisis, mereka
bentuk

dan

membangunkan

bidang

keguruan.

Contohnya

menguasai

kemahiran

menjalankan kajian untuk mengenal pasti masalah mengenai pengetahuan pedagogi,


kandungan mata pelajaran, psikologi murid dan perkara yang melibatkan pengurusan bilik
darjah seterusnya mengemukakan cadangan mengatasi masalah agar membantu sekolah
menjadi lebih berkualiti dan mampu mencapai matlamat. Ini membolehkan guru mendalami
profesion perguruan sehingga mampu memperkenalkan teknik dan kaedah terkini dalam
melonjakkan sistem pendidikan negara.

Guru juga boleh mengikuti Persekitaran Pembelajaran Kendiri (PPK) yang


memerlukan guru mengurus dan mengawal pembelajaran sendiri. Guru perlu memahami
dan menentukan matlamat pembelajaran, mengurus matlamat pembelajaran sendiri dan
bersedia berinteraksi dengan pihak lain dalam memastikan proses pembelajaran mencapai
matlamat. Ini dapat melatih guru untuk memiliki kemahiran bersosial agar mereka boleh
berhubung dengan pihak lain dalam usaha perkongsian ilmu dan merentas sempadan
institusi untuk memperoleh banyak sumber. Proses pembelajaran yang dilaksanakan oleh
guru ini juga boleh diaplikasikan dalam kalangan murid. Misalnya guru boleh memupuk
budaya belajar yang baik contohnya seperti pembelajaran koperatif yang memerlukan
mereka bekerjasama atau inkuiri penemuan yang memerlukan mereka berfikir bagi
menyelesaikan sesuatu masalah. Ini secara tidak langsung akan melatih mereka tentang
cara belajar yang sebenar.

Guru sendiri haruslah lebih membaca, termasuk buku-buku perpustakaan yang


mungkin dibaca oleh murid. Sudah tentu buku-buku lain yang boleh meningkatkan
keupayaan guru mengajar perlu dibaca. Dengan ini, murid akan kagum terhadap
pengetahuan guru dan mereka akan lebih menghormati guru. Ini akan memudahkan proses
pemindahan ilmu dari guru kepada murid. Mantan Perdana Menteri Malaysia iaitu Tun
Mahathir Muhamad menyeru guru-guru mengamalkan budaya membaca agar mereka
sentiasa mengemaskinikan ilmu pengetahuan mereka yang berperanan sebagai pendidik
dan rol model kepada murid. Apabila guru mempraktikkan amalan membaca dalam hidup
11

mereka, mereka mampu membincangkan pelbagai isu dan perkara tanpa teragak-agak
malah mampu melontarkan idea, mengupas isu serta menganalisis sesuatu permasalahan
dengan baik. Amanaln membaca ini juga perlu diperlihatkan kepada murid agar mereka
dapat mencontohi tingkah laku guru yang amat dituntut ini.

Guru boleh banyakkan membaca jurnal-jurnal penyelidikan agar pemikiran menjadi


berkembang dan mampu meningkatkan kualiti pengajaran dan pengurusan kerjaya. Selain
itu, menurut Noriati A. Rashid (2010), penyelidikan merupakan salah satu aktiviti yang
sangat berkesan dalam Pembelajaran Sepanjang Hayat memandangkan menerusi
penyelidikan kita mula berfikir, merancang, melakukan tinjauan dengan membaca pelbagai
bahan terutamanya hasil dapatan kajian pihak lain, menyediakan item-item soalan,
menganalisis dan menulias laporan. Membuat penyelidikan mampu menggalakkan
pembangunan profesionalisme guru di samping mendorong pemikiran yang lebih tinggi dan
melatih guru menjadi lebih peka dan berpemikiran kritis. Di samping itu, penyelidikan
membolehkan guru mencungkil pelbagai perkara baharu yang membolehkan guru mengenal
pasti isu dan masalah berkaitan dengan pengurusan pengajaran dan pembelajaran, disiplin
dan sikap murid, kepimpinan dan pengurusan sekolah serta perkara-perkara lain mengenai
sistem pendidikan malah mencadangkan sesuatu yang lebih terkini dan sesuai. Malah
penyelidikan mendorong budaya reflektif yang membentuk diri berpemikiran dan bersikap
terbuka, mampu menerima dan mengaku kelemahan dan bersedia memperbaiki rancangan
tindakan dan berubah, malahan menambah baik kualiti tindakan serta menambah baik
amalan-amalan kendiri guru. Setiap usaha yang dijalankan dalam penyelidikan menemukan
pendekatan dan strategi terkini serta memperbaharu pelbagai elemen dalam pengurusan
pengajaran dan pembelajaran untuk penambahbaikan. Bukan itu sahaja, hasil dariapda
penyelidikan yang dijalankan mungkin boleh diaplikasi dalam institusi persekolahan dan
akhirnya menyumbang kepada kemajuan dan kecemerlangan sekolah.

Amalan reflekstif juga akan guru praktikkan sekiranya dia mengamalkan sikap
belajar untuk mengajar. Berfikiran reflektif merupakan usaha bermakna untuk berfikir
secara rasional atau merenung kembali sesuatu pengalaman yang dialami dan menyedari
implikasinya terhadap diri kita serta membentuk kefahaman yang baharu lalu membawa
penambahbaikan di dalam bilik darjah bagi mendorong sesuatu perubahan daripada
kelaziman kepada sesuatu yang luar biasa. Ini dapat berlaku dengan cara penulisan jurnal
refleksi atau pengurusan portfolio. Amalan reflektif mampu membantu guru mengimbangi
12

kepercayaan kita dengan keperluan murid dan menjadikan guru lebih sedar dan kritis
mengenai amalannya untuk dinilai kemampuan dan keupayaan mereka mengaplikasikan
teori atau pengetahuan yang dipelajari lalu mempertingkatkan kualiti, kaedah atau strategi
pengajarannya dan keupayaan mengurus bilik darjah. Amalan reflektif menjadikan guru
sentiasa menyemak semula perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran dan menilai
amalan dan tanggapan mereka terhadap perlaksanaan aktiviti yang dijalankan. Melalui
amalan ini, guru akan menjadi lebih rihatin dan berhati-hati dalam segala tindakan yang
diambil, cuba memperbaiki nilai diri serta mengubah persepsi terhadap sesuatu amalan
malah mengubahsuai situasi dalam bilik darjah. Ini secara tidak langsung dapat menjadikan
pemikiran guru lebih terbuka dan matang.

Kolaborasi dan musyawarah dengan pihak lain dalam perlaksanaan tugas dan
tanggungjawab yang mempunyai matlamat yang sama untuk dicapai juga merupakan satu
amalan yang baik dalam mempraktikkan sikap belajar untuk mengajar. Kolaborasi dapat
meningkatkan kejayaan sekiranya pihak yang terlibat berkolaborasi sama-sama berkongsi
pengetahuan dan mencapai kata sepakat apabila mengatasi suatu masalah. Ini memerlukan
musyawarah yang mencapai kata sepakat atau persetujuan terhadap sesuatu tindakan yang
diambil melalui rundingan demi membuat keputusan yang cemerlang. Percambahan
pemikiran

dan

perkembangan

idea

melalui

kolaborasi

dan

musyawarah

mampu

meningkatkan kualiti diri seorang guru. Melalui kolaborasi dan musyawarah guru dapat
memeprkembangkan ilmu pengetahuan, kefahaman dan kemahiran dalam dimensi
professional agar dapat meningkatkan kualiti pembelajaran murid. Guru juga berpeluang
untuk memperbaharui,

menambah dan meningkatkan ilmu dan kemahiran serta

memperbaiki kecekapan mereka terutamanya dalam pengurusan pembestarian sekolah,


sains dan teknologi, teknologi maklumat dan komunikasi, pengurusan kokurikulum,
transformasi kurikulum, pentaksiran dan penilaian di samping latihan-latihan berhubung
pedagogi terkini dan mastery learning melalui Latihan Dalam Perkhidmatan, lalu membawa
lanjakan paradigm ke dalam diri guru terhadap isu-isu pendidikan. Guru yang menghadiri
Latihan Dalam Perkhidmatan dapat menerima input terkini berhubung dasar-dasar
pendidikan dan kerajaan, maklumat yang memenuhi tuntutan semasa dan keperluan negara
serta melengkapkan diri dengan daya kepimpinan yang tinggi, motivasi diri.

LDP memberi peluang kepada peserta untuk mendengar pengalaman daripada


penceramah, berkongsi pengalaman dalam sesi perbengkelan dan pembentangan, saling
13

menggalak untuk peningkatan profesional dan saling membantu untuk menyelesaikan


masalah yang dihadapi semasa mengajar. Ini membolehkan guru menghadapi dan
mengatasi cabaran-cabaran yang wujud dalam bidang pendidikan terutamanya cara
meningkatkan kualiti pengajaran dan mencipta persekitaran pembelajaran yang berkesan.
Selain itu, guru-guru yang menjadi penceramah atau pembentang hasil bengkel berperluang
untuk

meningkatkan

kemahiran

membentang,

menyediakan

bahan-bahan

seperti

PowerPoint dan multimedia masing-masing. Guru yang mengamalkan sikap belajar untuk
mengajar boleh mengakses maklumat daripada pelbagai sumber untuk memperlengkapkan
diri dengan maklumat terkini bagi menjamin keberkesanan peranan guru sebagai fasilitator
dalam bilik darjah memandang peranan guru sebagai sumber maklumat dan pengetahuan
kepada murid semakin mengecil sejajar dengan perkembangan pesat Teknologi Maklumat
dan Komunikasi.

Kesimpulannya, sikap belajar untuk mengajar perlulah dipupuk dalam jiwa setiap
pendidik ddi negara kita agar dpat melahirkan guru yang unggul yakni mempunyai ilmu
pengetahuan, berdaya saing dan sentiasa bersedia menerima perubahan. Ini penting demi
merealisasikan hasrat kerajaan iaitu emalhirkan generasi yang berminda kelas pertama
sekaligus mampu bersaing di peringkat antarabangsa.
3.0 CIRI-CIRI KEPIMPINAN YANG SESUAI DIMILIKI OLEH KEPIMPINAN SEKOLAH
DAN GURU DALAM MENGHADAPI ISU DAN CABARAN PENDIDIKAN SEMASA
3.1 CIRI-CIRI KEPIMPINAN GURU DALAM MENGHADAPI ISU KSSR DI
SEKOLAH
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) merupakan satu Kurikulum Baru yang
meggantikan KBSR dan diperkenalkan bermula tahun 2011 sebagai usaha menyusun
semula dan menambah baik kurikulum sedia ada bagi memastikan murid dibekalkan
dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai relevan untuk memenuhi keperluan semasa serta
menghadapi cabaran abad ke-21. KSSR telah mula diperkenalkan dan diterapkan kepada
murid tahun satu bermula tahu 2011 kerana kesesuaian murid tersebut yang baru
menduduki alam persekolahan atau peringkat awal pendidikan mereka. Penerapan dari
peringkat awal akan membantu memudahkan perjalanan serta pembelajaran murid-murid
tersebut yang akan melangkah ke tahun-tahun seterusnya sejajar dengan perubahan umur.
KSSR membahagikan mata pelajaran kepada tiga modul iaitu Modul Asas Teras, Modul
Asas Tema dan Modul Asas Elektif. Tahap satu sekolah rendah (tahun 1 hingga 3) akan
tertumpu kepada penguasaan 4M (membaca, menulis, mengira dan menaakul) serta
14

kemahiran asas teknologi komunikasi dan maklumat (ICT), perkembangan sosioemosi,


kerohanian, fizikal, kognitif, sikap dan nilai. Sementara tahap dua sekolah rendah (tahun 4
hingga 6) akan tertumpu kepada pengukuhan dan aplikasi 4M, kemahiran asas ICT,
perkembangan sosioemosi, kerohanian, fizikal, sikap dan nilai. Bagi menjadikan proses
Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) lebih menyeronokkan dan tidak terlalu berorientasikan
peperiksaan, kaedah pentaksiran akan dilaksanakan berasaskan sekolah. Pelbagai kaedah
akan digunakan supaya penilaian bersifat lebih autentik dan holistik. Pentaksiran akan lebih
berbentuk formatif, dilaksanakan secara berterusan bagi mengesan perkembangan dan
pencapaian murid. Aktiviti pemulihan, pengukuhan dan pengayaan akan dilaksanakan
mengikut keperluan murid supaya murid mencapai standard yang ditetapkan. Oleh itu, guru
perlulah sentiasa bersedia mengharungi program yang baru diperkenalkan ini dengan
kemahiran dan ciri-ciri kepimpinan agar dapat dikongsi dan disampaikan kepada muridmurid dengan berkesan. Dengan cara ini, matlamat yang ingin dicapai oleh sistem
pendidikan negara kita akan dapat direalisasi.
Sekiranya dilihat daripada teori situasi, elemen pertama yang dititkberatkan ialah
hubungan pemimpin dan ahli. Ini menggambarkan bagaimana seorang pemimpin itu
mengendalikan ahlinya agar dapat menghasilkan satu output yang baik yang akhirnya akan
menjadikan dirinya dihormati dan diinspirasikan oleh ahli untuk memimpin agar dapat
membuat lebih banyak perubahan. Kepimpinan merupakan ciri yang sangat penting yang
perlu ada pada setiap guru. Guru yang sentiasa menambah baik ciri kepimpinan dalam
dirinya merupakan seorang guru yang sangat dinamik dan bersedia memikul tanggungjawab
serta berani mengambil risiko. Pelaksanaan KSSR di sekolah adalah satu program yang
baharu diperkenalkan dan rata-rata di antara guru masih tidak benar-benar memahami
program yang dilaksanakan ini. Oleh itu, guru perlulah sentiasa mewujudkan satu situasi
yang menggalakkan murid untuk sama-sama menjayakan program bagi mencapai satu
standard yang diinginkan. Pemimpin guru ialah guru biasa tetapi mampu membimbing atau
mendorong guru lain untuk sama-sama berusaha meningkatkan amalan profesional dan
peringkat-peringkat pelajar. Pemimpin guru yang baik dan mengetahui tanggungjawabnya
demi anak murid tidak akan menunggu arahan daripada pihak atasan untuk melaksanakan
sesuatu inovasi pengajaran tetapi bijak menggunakan peluang yang ada untuk mempergiat
aktiviti pengajaran dan pembelajaran dan seterusnya mendapatkan perhatian dan sokongan
pihak berkuasa. Ciri - ciri kepimpinan seperti ini amat penting lebih-lebih lagi apabila sesuatu
program baharu diperkenalkan. Guru yang mempunyai rasa tanggungjawab terhadap anak
muridnya akan sentiasa memperkasakan pengetahuan dan kemahiran dalam diri dengan
maklumat baharu agar dapat diaplikasi dalam pengajaran dan pembelajarannya. Ini secara
tidak langsung akan menjadikan anak murid yang sentiasa lengkap dengan ilmu
pengetahuan baharu selaras dengan tuntutan cabaran semasa.
15

Elemen kedua pula ialah struktur tugasan. Struktur tugasan ini merujuk kepada
kejelasan tugas dan kejelasan peranan ahli dalam melaksanakan tugas tersebut. Apabila
tugas adalah rutin dan dapat didefinisikan secara jelas, ahli mengetahui bidang tugasnya
maka situasi akan menyokong proses kepimpinan. Dalam melaksanakan program KSSR
yang baru diperkenalkan ini, guru perlu mengetahui bidang tugas yang perlu dilaksanakan
agar dapat melaksanakan sebaik mungkin selaras dengan standard yang digariskan. Ini
bermakna, guru tersebut perlulah sentiasa meneroka dan mengetahui terlebih dahulu
tentang intipati sesuatu program tersebut. Setelah sesuatu program itu dapat diketahui
dengan mendalam, maka guru bertanggungjawab untuk berkongsi pengetahuan dengan
murid tentang apa yang perlu dilakukan oleh mereka agar mereka dapat menerima
perubahan yang baharu ini. Ini secara tidak langsung akan membantu guru dalam
mengendalikan program tersebut. Sebagaimana yang kita ketahui, pentaksiran dalam KSSR
adalah berbentuk formatif, dilaksanakan secara berterusan bagi mengesan perkembangan
dan pencapaian murid. Ini bermakna mereka akan dinilai semasa sesi pengajaran dan
pembelajaran meliputi beberapa aspek yang digariskan. Justeru itu, sekiranya guru
berupaya menjelaskan tentang pelaksanaan program KSSR kepada murid, sudah tentu ia
akan memudahkan pelaksanaan aktiviti dalam pengajaran dan pembelajaran kerana
mereka tahu di mana mereka akan dinilai dan sebagainya.
Menyentuh elemen ketiga dalam teori situasi iaitu kedudukan kuasa, seorang guru
perlulah mempunyai kuasa yang kuat untuk mengendali dan mendisiplinkan anak didiknya.
Maka, secara tidak langsung ia akan menyokong proses kepimpinan yang dilakukannya.
Guru yang mempunyai ciri-ciri pemimpin yang baik menurut teori situasi perlulah
mempunyai satu kedudukan kuasa yang berupaya menggerakkan anak murid atau
mengubah sesuatu institusi ke arah yang lebih baik demi mencapai cita-cita yang diimpikan.
Ini bermakna, guru perlulah berupaya menggerakkan anak murid untuk sama-sama
merelisasikan hasrat yang diimpikan oleh kerajaan dan sekaligus dalam program KSSR
yang diperkenalkan. Kuasa guru dalam menggerak murid ini boleh dilaksanakan melalui
dorongan, tunjuk ajar dan perkongsian ilmu dari apa yang telah dipelajari. Selain itu, guru
yang sentiasa menambah ilmu pengetahuan juga seharusnya mempraktikkan ilmu tersebut
dalam bilik darjah misalnya pengaplikasian teknik baharu, pendekatan yang menyeronokkan
dan sebagainya. Kuasa yang ada pada seorang guru ini akan menentukan bagaimana anaanak muridnya dibentuk. Secara tidak langsung juga usaha ini akan meningkatkan lagi
prestasi murid itu sendiri. Misalnya dalam pelaksanaan KSSR, satu kuasa besar telah
dipertanggungjawabkan ke atas guru bagi merealisasaikan hasrat kerajaan dalam
melahirkan modal insan yang berminda kelas pertama. Justeru itu, dengan kuasa yang
diberikan, guru perlulah memainkan peranan penting dalam memastikan pencapaian

16

muridnya meningkatke arah yang lebih membanggakan. Dari sini, dapat dilihat bagaimana
seorang guru menguruskan kuasa yang telah diberikan sebagai seorang pemimpin.
Manakala elemen yang terakhir yang terangkum dalam Teori situasi ini pula ialah
setiap pemimpin guru harus bersifat dinamik serta mampu menyesuaikan diri dengan
kemahiran untuk menguruskan perubahan dan inovasi yang berlaku dari semasa ke
semasa. Contohnya perubahan sistem pendidikan yang di alami kini. Saban hari, banyak
program yang diperkenalkan oleh Kementerian dalam usaha memperkasakan lagi sistem
pendidikan di Malaysia. Program-program ini hanya akan berjaya sekiranya terdapat
komitmen yang padu daripada guru-guru. Oleh itu, guru perlulah sentiasa bersedia
menerima perubahan demi perubahan yang berlaku dan tidak hanya berpaksikan kepada
cara yang lama. KSSR adalah salah satu contoh yang perlu diambil perhatian oleh para
guru. Hal ini kerana kurikulum baharu ini akan sering diperbaharui agar lebih seiring dengan
penanda arasnya iaitu di peringkat antarabangsa. Menurut Kementerian, Semakan
Semula (KSSR) akan dilaksanakan mulai 2016 dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah
(KSSM) pada 2017 dalam usaha melonjak sistem pendidikan negara.
Kesimpulanya, dalam menjayakan perubahan dalam sistem pendidikan, seorang
guru perlulah melengkapkan diri dengan ciri-ciri kepimpinan yang berkualiti agar dapat
menjadi agen perubahan dan dalam masa yang sama dapat memacu ke arah kemajuan
sistem pendidikan negara. Guru juga perlu berpegang kepada prinsip pemimpin yang baik
tidak memerintah, tetapi mengajak orang-orang bawahnya membuat sesuatu demi
kepentingan bersama.

3.2 CIRI-CIRI

KEPIMPINAN SEKOLAH DALAM

MENGHADAPI

ISU PBS DI

SEKOLAH

Pada tahun 2011, telah bermulanya satu era baru dalam pentaksiran prestasi murid
sekolah rendah di Malaysia apabila Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) mula
dilaksanakan secara rasmi di semua sekolah rendah yang melibatkan semua murid tahun 1.
Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) adalah merupakan satu pentaksiran yang bersifat
holistik di mana murid dinilai dari aspek kognitif (intelek), afektif (emosi dan rohani) dan
psikomotor (jasmani). Ini adalah selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang bertujuan memperkembangkan lagi
potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang
17

dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. PBS mula dilaksanakan di
Sekolah Rendah pada tahun 2011 dan diperkenalkan di peringkat Sekolah Menengah pada
tahun 2012. Justeru pada tahun 2016 murid-murid sekolah rendah akan menduduki UPSR
yang telah ditambahbaik. Pada tahun 2014 pula PMR akan dilaksanakan sepenuhnya dalam
bentuk PBS. Pelaksanaan PBS dalam UPSR iaitu 60 peratus Pentaksiran Berasaskan
Sekolah dan 40 peratus Berdasarkan Peperiksaan akan dilancarkan mulai Tahun 2016.
Pengurangan peperiksaan dapat memberi peluang kepada guru dan murid untuk memberi
tumpuan kepada peningkatan kemahiran dan kreativiti. Kementerian Pelajaran Malaysia
telah membangunkan sistem pengurusan pentaksiran PBS bagi komponen dari segi
akdemik dan bukan akademik. Ia digunakan oleh kepimpinan di sekolah untuk merekod dan
menyimpan maklumat penguasaan murid dalam PBS serta melaporkannya apabila
diperlukan. SPPBS juga dibangunkan dengan persekitaran teknologi web-based. Semua
kepimpinan yang terlibat bertanggungjawab menjamin kualiti dan mutu pentaksiran yang
dikendalikan.

Menyentuh kepemimpinan sekolah dalam menghadapi PBS di sekolah mengikut


Teori Transformasi, pemimpin transformasi mampu merangsang anggotanya bersama-sama
menghayati dan menerima ideologi dan visi ke arah menjayakan sesuatu. Dalam
perlaksanaan PBS, pihak sekolah, iaitu Guru Besar dan barisan kepimpinan sekolah boleh
mengadakan mesyuarat pengurusan sekolah. Melalui mesyuarat ini, pihak kepimpinan perlu
mengambil inisiatif dengan mengadakan mesyuarat kali pertama dengan semua guru
walaupun segelintir guru tidak terlibat secara langsung dalam PBS bagi memaklumkan dan
menetapkan hala tuju, matlamat dan menyediakan jadual aktiviti sistem pengurusan
pentaksiran berasaskan sekolah yang akan dilaksanakan. Ia bertujuan untuk merangsang
guru-guru agar bersama-sama memahami PBS dengan sedalamnya serta bekerjasama
menjayakan pentaksiran ini. Melibatkan guru yang tidak berlibat dalam PBS untuk
menghadiri taklimat bertujuan untuk membudayakan PBS di sekolah. Ia tidak akan menjadi
masalah jika semua guru telah mengetahui akan PBS yang dijalankan. Guru yang terlibat
juga perlu diberi taklimat di peringkat daerah melalui latihan dalaman bagi membolehkan
semua guru-guru sekolah memahami dengan lebih jelas akan Pentaksiran Berasaskan
Sekolah (PBS) kerana ianya melibatkan ramai guru mata pelajaran. Barisan kepimpinan
perlu membahagikan Pentaksiran Berasaskan Sekolah kepada sub topik yang lebih kecil
iaitu Pentaksiran Sekolah, Pentaksiran Pusat, Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan
Kokurikulum (PAJSK) dan Pentaksiran Psikometrik dan ia perlu dibentangkan oleh guru
yang telah menghadiri kursus kepada guru-guru yang lain. Satu majlis juga perlu diaturkan
untuk memberi taklimat kepada ibu bapa murid-murid yang bakal terlibat. Penerangan ini
18

penting untuk ibu bapa memahami konsep Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang
akan dijalankan supaya tidak timbul kecelaruan dengan membuat tanggapan negatif
terhadap sistem yang diperkenalkan ini. Dengan ini, secara tidak langsung, semua guruguru dan ibu bapa yang terlibat serta faham akan Sistem Pengurusan Pentaksiran
Berasaskan Sekolah (SPPBS) ini serta memperoleh faedah melalui pentaksiran yang
dilancarkan ini.

Menurut

teori

Transformasi

lagi,

pemimpin

transformasi

perlu

menjana

permuafakatan, menggalakkan kerja kolabolatif, memperjelaskan kepentingan kerja


berpasukan sehingga anggota berjaya menghasilkan sesuatu yang membawa hasil. Guru
Besar sebagai seorang ketua kepimpinan di sekolah perlu membina jawatankuasa PBS di
peringkat sekolah yang dipengerusikan oleh beliau sendiri. Naib pengerusi pula disandang
oleh semua guru penolong kanan di sekolah dan setiausaha perlulah merupakan setiausaha
peperiksaan sekolah. Ahli jawatankuasa yang dilantik adalah terdiri daripada ketua panitia di
bahagian latihan, penyelarasan, pementoran, pemantauan, Petaksiran Sekolah dan
Pentaksiran Pusat. Selain daripada itu, ahli jawatankuasa juga adalah terdiri daripada guru
cemerlang, guru bimbingan dan kaunseling. Pasukan ini adalah untuk memastikan PBS
yang dijalankan di sekolah mengikut garis panduan yang telah ditetapkan. Untuk itu, Guru
Besar perlu memberi penerangan terperinci kepada setiap jawatankuasa dan mengadakan
mesyuarat bersama-sama dengan setiap jawatankuasa yang dilantik agar PBS dapat
berjalan dengan baik. Di sini, Guru Besar memainkan peranan yang sangat penting sebagai
ketua kepimpinan di sekolah dalam membina pasukan agar setiap ahli jawatankuasa dapat
mengetahui kepentingan kerja berpasukan dan dapat berkerjasama di antara satu dengan
yang lain agar PBS yang dijalankan mampu mendatangkan hasil seperti yang diharapkan.
Mesyuarat sebanyak empat kali perlu Guru Besar adakan dalam masa setahun. Selepas
penetapan hala tuju pada mesyuarat pertama, mesyuarat kedua diadakan untuk mengkaji
suku tahun pertama. Begitu juga dengan mesyuarat kali ketiga diadalah adalah untuk
mengkaji suku tahun kedua. Bagi mesyuarat kali keempat, guru-guru yang berkenaan perlu
membentangkan pengoperasian yang telah dijalankan untuk melihat sama ada ia telah
mencapai matlamat yang telah ditetapkan. Peranan Guru Besar adalah menegur dan
memperbaiki jika terdapat kekurangan yang telah berlaku semasa Pentaksiran Berasaskan
Sekolah dijalankan. Dangan kata lain, post mortem pelaksanaan PBS yang diketuai oleh
Guru Besar perlu dilaksanakan dalam mesyuarat kali keempat. Dalam perlaksanaan PBS,
mesyuarat diadakan untuk ahli jawatankuasa dan guru besar bersama barisan kepimpinan
bagi membuat perbincangan agar dapat membuat keputusan yang terbaik. PBS
memerlukan satu jawatankuasa yang kuat dan berani membuat keputusan. Dalam teori
19

Transformasi, pemimpin transformasi menonjolkan imej pemimpin yang dapat menjadi


sumber inspirasi kepada orang bawahannya untuk dijadikan ikutan. Selepas guru menilai
murid sepanjang tahun, barisan kepimpinan dan jawatankuasa akan membuat keputusan
tentang prestasi murid-murid. Apabila mendapati sebarang kekurangan dalam prestasi
murid, barisan kepimpinan akan mencari jalan untuk menambah baik agar target dapat
dicapai.

Elemen

seterusnya

dalam

teori

transformasi

ialah,

pemimpin

transformasi

merupakan pemangkin kepada perubahan, mencabar daya berfikir dalam kalangan


pengikutnya agar melihat sesuatu masalah dari pelbagai perspektif, berunding sebelum
bertindak serta meningkatkan kesedaran dan keprihatinan pengikut terhadap kepentingan
dan nilai matlamat organisasi. Sebagai ketua kepimpinan di sekolah, guru besar merupakan
individu yang bertanggungjawab dalam memutuskan keputusan bagi Penilaian Berasaskan
Sekolah setelah membuat perbincangan dengan barisan kepimpinan berdasarkan cadangan
penyelesaian dari pelbagai aspek yang disumbangkan supaya masalah tersebut dapat
diselesaikan. Menurut teori Transformasi, pemimpin transformasi perlu bijak menggunakan
kuasa dan pengaruhnya untuk memujuk pengikutnya supaya membawa perubahan dalam
organisasi. Dengan ini, Guru Besar perlu memastikan keputusan yang dibuat adalah yang
bijak, terbaik dan guru adalah hormat terhadap keputusan tersebut malah guru bersedia
bertindak membuat penambahbaikan terhadap persoalan yang timbul mengikut keputusan
yang dibuat itu. Sememangnya setiap sesuatu yang baharu pasti akan adanya kesilapan.
Justeru itu, barisan kepimpinan perlulah sentiasa memberi dorongan dan memberi tunjuk
ajar agar guru dapat membuat penambahbaikan dari semasa ke semasa dan bukannya
menegur sehingga menyebabkan kehilangan motivasi.

Seterusnya berdasarkan teori Transformasi, pemimpin transformasi menetapkan


harapan memperoleh pencapaian yang tinggi kepada guru-guru melalui kata-kata motivasi,
amalan hidup pemimpin itu sendiri dan bimbingan yang berterusan.

Dengan adanya

harapan ini, maka sasaran akan dapat dilihat dengan jelas. Secara tidak langsung ia akan
membantu guru bagi menuju kepada sasaran tersebut. Secara tidak lansung, guru akan
sentiasa dipandu ke jalan yang betul. Guru besar perlu menyakinkan semua guru bahawa
beliau akan berusaha untuk membantu guru menyelesaikan masalah sekiranya sebarang
kesulitan wujud dalam perlaksanan PBS. Oleh itu, guru besar perlu meminta setiap guru
yang terlibat untuk memaklumkan masalah yang timbul dalam setiap mesyuarat yang
20

diadakan seterusnya memberikan kata-kata nasihat kepada guru agar tidak mudah putus
asa ketika berhadapan dengan apa juga masalah. Pemimpin transformasi menggerakkan
pengikut-pengikutnya untuk bertindak mencapai matlamat tertentu berdasarkan nilai dan
motivasi, keperluan dan kehendak, aspirasi dan jangkaan kedua-dua pihak, iaitu pemimpin
dan pengikut. Setiap ahli jawatankuasa PBS perlu tahu bahawa mereka bertanggungjawab
atas apa yang dilaksanakan dan berperanan penting dalam mencapai matlamat yang
ditentukan. Oleh itu, setiap permasalahan mesti dilaporkan kepada Guru Besar supaya
beliau dapat selesaikannya dengan secepat mungkin melalui mesyuarat tertutup yang
dijalankan bagi membincangkan jalan penyelesaian kepada masalah yang timbul. Guru
Besar juga perlu sentiasa memantau perlaksanan PBS dari semasa ke semasa untuk
memastikan segala permasalahan telah diselesaikan. Dengan ini, pastinya PBS dapat
dilaksanakan dengan jayanya.

Kesimpulannya, barisan kepimpinan dan semua guru di sekolah yang terlibat secara
langsung atau tidak langsung dalam melaksanakan PBS perlu bekerjasama antara satu
sama lain agar kelancaran perlaksanaan PBS terjamin mengikut seperti apa yang diarahkan
oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia.

RUMUSAN

21

Daripada kerja kursus ini, dapatlah disimpulkan bahawa profesion keguruan


merupakan satu profesion yang besar tanggungjawabnya terhadap bangsa, agama dan
negara.

Justeru

itu,

guru

perlulah

sentiasa

melengkapkan

diri

dengan

ciri-ciri

profesionalisme bagi memartabatkan lagi profeson keguruan. Ciri-ciri profesionalisme ini


dapat dilihat melalui kepatuhan terhadap etika keguruan, ilmu pengetahuan yang sentiasa
dipertingkatkan serta kepimpinan

yang unggul. Menjadi seorang guru bukanlah mudah

seperti yang diperkatakan. Tambahan pula di era permodenan yang serba canggih ini, guru
peru sentiasa mempersiapkan diri dalam menerima perubahan demi perubahan. Guru yang
berkualiti

adalah

guru

yang

sentiasa

proaktif

dan

dinamik

dalam

memikul

tanggungjawabnya.
Selain itu, akauntabiliti guru perlulah sentiasa dijaga kerana ia amat berkait rapat
dnegan profesionalisme guru itu sendiri. Dengan memahami prinsip akauntabiliti , guru
dapat memahami tanggungjawabnya yang sebenar. Penghayatan akauntabiliti haruslah di
hayati sepenuhnya kerana akan dapat meningkatkan tahap profesionalisme keguruan. Ini
kerana penghayatan tersebut membolehkan semua guru dapat menjalankan tanggungjawab
dan tugas-tugasnya dengan penuh komited dan dedikasi. Akauntabiliti atau tanggungjawab
seorang guru merangkumi akuntabilitinya terhadap sekolah, diri sendiri , murid-murid dan
profesion keguruan akan dapat ditingkatkan sekiranya seseorang guru itu benar-benar
menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang pendidik dengan berkesan. Peningkatan
dalam bidang tersebut melambangkan tingginya kualiti seseorang guru yang juga akan
meningkatkan taraf profesionalisme keguruan. Selain itu guru juga dapat melaksanakan
tugas itu dengan bersungguh-sungguh dan penuh dedikasi sekiranya guru tahu
tanggungjawabnya terhadap kerjayanya. Kesedaran kepada akauntabiliti akan menjadikan
seseorang

guru

itu

lebih

bertanggungjawab

terhadap

tanggungjawab

yang

di

laksanakannya. Oleh yang demikian, akauntabiliti perlulah dihayati oleh semua guru di
Malaysia.

PENULISAN REFLEKTIF

22

Syukur kehadrat Ilahi dengan limpah kurnia-Nya dapat juga saya menyiapkan kerja
kursus ini. Alhamdulillah dengan tempoh yang diberikan amat mencukupi untuk saya
menyiapkan tugasan ini dengan semampu mungkin
Dalam tugasan EDU 3108 iaitu Asas Kepimpinan dan Perkembangan Profesional ini,
memerlukan saya membuat pembacaan yang lebih mendalam mengenai satu isu yang
berkaitan dengan etika keguruan serta aspek profesionalisme keguruan. Bagi soalan
pertama, tugasan mengkehendaki saya untuk mengupas dua isu pelanggaran etika dalam
kalangan guru. Justeru itu, saya telah memilih isu guru membelasah murid serta guru
mencabul sebelum merotan. Faktor utama yang menyebabkan saya memilih isu ini ialah
kerana ingin mengetahui sendiri punca serta pandangan mengenai isu ini dari pelbagai
perspektif iaitu dari pihak guru dan ibu bapa. Tambahan pula, apa yang lebih membuatkan
saya tertarik untuk mengkaji mengenai isu ialah kenyataan yang diceritakan di dada akhbar
sangat memalukan profesion perguruan. Oleh itu, saya ingin mengetahui lebih lanjut akan
kebenarannya
Selain itu, saya juga turut memperoleh pengetahuan atau input yang bermakna
untuk saya aplikasikan ketika bergelar guru kelak. Sebagaimana yang kita ketahui, sikap
belajar untuk mengajar perlulah ada dalam setiap guru di mana guru perlulah sentiasa
menambah dan meningkatkan ilmu pengetahuan serta kemahiran demi kemajuan muridmurid. Oleh hal demikian, kerja kursus ini telah memberi satu panduan kepada saya tentang
bagaimana seorang guru itu bertindak untuk membentuk sikap belajar sambil mengajar.
Bagi soalan ketiga pula iaitu membahasakan ciri-ciri kepimpinan yang bersesuaian dimiliki
oleh kepimpinan sekolah dan kepimpinan guru pada masa kini berdasarkan teori-teori
kepimpinan, saya merasakan bahawa teori-teori yang digariskan amat bersesuaia untuk
diguna pakai oleh kita sebagai seorang pendidik. Teori kepimpinan yang dikaji iaitu teori
situasi dan transformasi telah memberikan saya satu pandangan baru tentang bagaimana
guru perlu bertindak berdasarkan prinsip yang digariskan dalam teori bagi menyelesaikan
tanggungjawab di sekolah, Teori yang digasrikan amat menyeluruh dan menyentuh pelbagai
aspek. Oleh itu, sekiranya seorang guru berpegang kepada prinsip yang digariskan, sudah
tentu akan melahirkan seorang guru atau pemimpin yang unggul di sekolah kelak.
Oleh hal demkian, dalam menganalisis dengan lebih mendalam, saya perlulah
membuat pembacaan daripada beberapa sumber laman sesawang dan sebagainya untuk
mengetahui dengan lebih lanjut punca permasalahan daripada pelbagai perspektif. Dalam
usaha mencari bahan-bahan untuk dijadikan sumber, sememangnya saya tidak menghadapi
sebarang masalah kerana terdapat pelbagai artikel yang berkaitan dengan isu yang dikaji.
Artikel yang diperolehi telah dibaca dan dibuat analisis untuk dimuatkan dalam penulisan
esei. Begitu juga dengan soalan tugasan kedua dan ketiga yang memerlukan saya
23

menghubungkaitkan profesionalisme keguruan dalam mengharungi arus pemodenan yang


sentiasa mencabar. Dalam soalan kedua dan ketiga ini, saya dikehendaki memberikan
justifikasi mengikut pemahaman dan juga cadangan dalam memantapkan profesion
keguruan. Oleh itu, pembacaan secara mendalam juga dijalankan untuk dianalisis dan
dirumuskan
Apa yang saya perolehi dalam penulisan kerja kursus ini ialah melalui isu yang dikaji.
Sebagaimana yang kita sedia maklum, bahawa masalah-masalah yang berkaitan dengan
pelanggaran etika guru adalah isu yang sering diperkatakan pada masa kini. Oleh itu,
dengan adanya kajian terhadap isu yang dipilih, saya dapat mengetahui dengan lebih lanjut
mengenai isu-isu yang kerap berlaku di dalam profesion keguruan untuk saya jadikan iktibar
dan teladan ketika bergelar guru kelak. Daripada maklumat yang saya perolehi juga, saya
dapat mengaitkannya dengan konteks cabaran profesion keguruan pada masa kini. Ini
secara tidak langsung telah memberikan kemahiran kontekstual kepada saya dan akhirnya
dapat

membuat

kritikan mengikut

pandangan mata saya mengenai cara untuk

meningkatkan profesion perguruan.


Selain itu, melalui kerja kursus ini juga, ia bukan sahaja memberikan pengetahuan
kepada saya malah kesedaran yang lebih berbentuk nilai-nilai murni yang perlu diterapkan
dalam diri setiap guru. Guru bukan sahaja bertanggungjawab menanam nilai murni dalam
kalangan murid sahaja malah guru perlu menjadi role model dengan mempamerkan nilainilai murni yang layak dicontohi oleh murid-murid. Sekiranya seorang guru tidak
mengamalkan nilai murni dalam segala tindak tanduk, tidak hairanlah sekiranya kes yang
berkaitan dengan pelanggaran etika terus berlaku
Setiap perkara pasti ada kekangan dalam melaksanakannya. Antara kekangan yang
perlu saya tempuhi dalam menyiapkan tugasan ini ialah saya seringkali keliru dengan
pemilihan bahan saya untuk dijadikan sumber dalam tugasan. Bahan-bahan yang
sememangnya banyak diperolehi menyukarkan saya untuk membuat pemilihan yang tepat
dalam menjawab soalan tugasan. Adakalanya saya merasakan semuanya penting namun
saya tahu saya perlu memilih yang benar-benar tepat dan merumuskannya mengikut
pemahaman saya. Hal ini demikian kerana, saya perlu memastikan bahawa bahan yang
saya pilih bertepatan untuk menjamin kualiti penulisan esei. Perkara inilah yang seringkali
membuatkan saya buntu dan sukar melaksanakan tugasan. Selain itu, saya juga sering
menghadapi masalah ketika membuat justifikasi berhubung dengan isu yang dikaji. Ini
kerana isu tersebut dirujuk daripada media massa yang kita tidak tahu kebenarannya.
Namun, Walaupun sukar, syukur ke Hadrat Ilahi berkat usaha dan pertolongan dari
pensyarah dan rakan-rakan, keja kursus ini dapat disiapkan dengan jayanya.

24

Apa yang saya perolehi daripada penghasilan kerja kursus ini pula ialah isu yang
telah saya kaji tersebut telah menyedarkan saya bahawa betapa pentingnya bagi seseorang
guru untuk sentiasa patuh kepda etika keguruan bagi memartabatkan profesionalisme
keguruan. Selain itu, guru juga perlu sentiasa meningkatkan ilmu pengetahuan bagi
mengharungi cabaran dalam sistem pendidikan yang sentiasa mengalami perubahan dari
semasa ke semasa. Oleh itu, guru hendaklah kompeten dan sentiasa berfikir ke hadapan
untuk

mengubah

diri

sendiri

dan

sekaligus

memartabatkan

profesion

keguruan.

Kesimpulannya, kerja kursus EDU 3108 ini telah memberikan pengetahuan baharu,
kesedaran serta tauladan

kepada saya sebagai bakal guru. Akhir sekali, diharap kerja

kursus ini dapat dijadikan panduan untuk semua.

25