Anda di halaman 1dari 4

Peranan Guru Pada Abad Ke-21

Bagi setiap negara yang sudah mencapai kemerdekaan, salah satu aspek penting
yang amat dititikberatkan dalam usaha untuk menuju ke arah negara yang maju
dan membangun dari aspek politik, ekonomi dan sosial ialah penekanan terhadap
perlaksanaan sistem pendidikan negara. Sistem pendidikan yang dilaksanakan di
dalam sesebuah negara adalah penting bukan hanya kerana fungsi kebajikan dan
sosialisasinya iaitu di mana kanakkanak dididik untuk menjadi insan yang berjaya
dan mengenali budaya serta alam sekeliling, tetapi juga boleh digunakan sebagai
wadah untuk menyampaikan ideologi kebangsaan kepada masyarakat iaitu melalui
penerapan tentang kefahaman serta nilainilai positif untuk perpaduan kaum di
kalangan para pelajar.

Di Malaysia, dasar pendidikan mempunyai peranan yang amat penting dalam


menentukan hala tuju sistem pendidikan negara yang mana dasar ini dikenali
sebagai Dasar Pendidikan Kebangsaan. Dasar Pendidikan Kebangsaan mula
dilaksanakan di negara ini dalam tahun 1957. Umumnya, terdapat tiga tujuan utama
yang terkandung dalam dasar pendidikan kebangsaan ini. Pertama, tujuan dasar
pendidikan diadakan adalah untuk mewujudkan satu sistem pelajaran yang dapat
memenuhi keperluan negara dan menggalakkan perkembangan kebudayaan, sosial,
ekonomi dan politik. Kedua, untuk menghasilkan pelajar yang berdisiplin serta
mematuhi dan menghormati kedua-dua ibu bapa mereka di mana prinsip ini sejajar
dengan dasar dan polisi pendidikan untuk mengadakan proses pengajaran dan
pembelajaran yang cekap dan efisien dengan keperluan untuk mengelakkan
perbelanjaan awam yang tidak tersusun. Yang ketiga pula, ianya untuk memastikan
agar dasar ini dapat dilaksanakan dengan berkesan khususnya dalam menentukan
perkembangan sistem pendidikan yang progresif dan bahasa kebangsaan dijadikan
sebagai bahasa pengantar yang utama.

Sehubungan itu, pelbagai dasar dan pembaharuan pendidikan dilaksanakan


kerajaan bertujuan memantapkan proses pembelajaran dan pengajaran di sekolah.
Matlamat akhirnya sudah tentu untuk menghasilkan anak didik yang mampu
memberi sumbangan kepada agama, bangsa dan negara. Tanggungjawab guru
untuk melakukan transformasi atau perubahan dalam pendidikan negara sangat
besar. Ia bermula daripada cara guru mengaplikasikan Dasar Pendidikan Negara
secara berkesan. Mereka mesti memahami agenda transformasi yang dilaksanakan.
Justeru, jati diri guru mestilah tinggi supaya mampu mengikuti rentak dirancang
kerajaan dalam bidang pendidikan. Guru perlu mempunyai rasa
pertanggungjawaban dan akauntabiliti terhadap keberhasilan operasi institusi
masing-masing.

Oleh itu guru pada abad ke-21 perlu memiliki kemampuan dalam semua aspek
perguruan sejajar dengan kehendak negara kerana daripada peringkat pemilihan
calon guru, latihan, fasa induksi, pembangunan profesionalisme berterusan
sehingga ke peringkat penilaian serta pengurusan prestasi guru itu sendiri,
dipastikan sentiasa berada pada tahap tinggi.

Menurut dokumen Standard Guru Malaysia (SGM) adalah rujukan dan panduan untuk
memperkasa dan melestarikan guru berkualiti. SGM menggariskan kompetensi
profesional perguruan atau piawaian yang patut dicapai oleh guru dan keperluan
yang patut disediakan agensi dan institusi latihan perguruan bagi membantu para
guru mencapai tahap kompetensi ditetapkan. Secara ringkasnya, ada tiga peranan
utama seorang guru. Pertama, guru hendaklah menyampaikan ilmu pengetahuan
kepada anak murid. Kedua adalah mengajar kemahiran dan ketiga adalah
menerapkan nilai serta akhlak mulia dalam diri pelajar.

Tugas guru abad ke-21 dipandang tinggi dan diiktiraf bukan saja sebagai penyampai
ilmu, jurutera sosial, penyubur perpaduan, pencorak minda, pembangun sahsiah
malah sebagai ejen perubahan. Selain digelar pendidik, pensyarah serta tutor, guru
juga bergelar fasilitator, mentor, murabbi, mursyid, muaddid, musyrif, mudarris dan
mualim. Dalam menjana transformasi pendidikan, tugas guru bukan hanya sekadar
menyampaikan ilmu pengetahuan, tetapi juga berperanan membentuk bangsa
supaya menjadi insan yang berakidah, dinamik dan berkualiti di dunia dan akhirat.

Antara cabaran terbesar dihadapi oleh guru pada abad ke-21 ialah perkembangan
teknologi maklumat dan komunikasi. Tidak dinafikan perkembangan semasa
memberi kesan kepada proses sahsiah, terutama pelajar. Kebanyakan pelajar sudah
mahir komputer bahkan pemahaman dan keupayaan mereka kadangkala melebihi
guru. Disebabkan itulah guru perlu sentiasa meningkatkan kemahiran dan
pengetahuan, selain memahami tanggungjawab serta memberikan komitmen
dengan melaksanakan pendekatan baru ke arah meningkatkan kualiti pendidikan.

Transformasi perlu seiring dengan semangat 1Malaysia yang mementingkan


perpaduan. Guru daripada pelbagai latar belakang, anutan agama atau bangsa
haruslah melibatkan diri dalam proses membentuk perpaduan, sekali gus menjalin
hubungan dan kerjasama yang kukuh serta berkekalan. Maka, dalam menjayakan
harapan tinggi bagi menjana transformasi sistem pendidikan negara, guru perlulah
banyak berkorban, bekerja kuat dan ikhlas serta bersedia menempuh pelbagai
cabaran dan dugaan termasuk perubahan dalam sistem penyampaian serta
maklumat supaya selari kehendak diperlukan bagi mencapai aspirasi negara.

Oleh itu peranan guru pada abad ke-21 sangat besar kerana perlu melahirkan
pelajar yang kaya maklumat (termasuk sains dan teknologi), mempunyai kekuatan
minda (kreatif dan proaktif), nilai-nilai luhur dan harmoni, semangat jati diri, jaya
diri, keusahawanan dan mempunyai keterampilan diri yang baik. Bagi melahirkan
pelajar seperti ini, maka para pendidik dan guru-guru pelatih perlulah dilengkapkan
dengan pelbagai ilmu pembelajaran abad ke-21. Antara ciri-cirinya adalah guru
tersebut perlu menguasai subjek (kandungan kurikulum), mahir dan
berketrampilan dalam pedagogi (pengajaran dan pembelajaran). Selain itu, guru itu
juga perlu memahami perkembangan murid-murid dan menyayangi mereka. Para
guru juga perlu memahami psikologi pembelajaran (cognitive psychology) serta
memiliki kemahiran kaunseling. Guru abad ke-21 perlu mahir menggunakan
teknologi terkini supaya dapat mengaplikasikannya di dalam pengajaran.

Bagi mencapai hasrat negara untuk membangunkan generasi yang mempunyai


kemahiran abad-21, seseorang guru atau pendidik itu perlu komited dan menguasai
dalam pelbagai bidang. Ini kerana penting bagi seseorang pendidik untuk sentiasa
bersedia menguasai ilmu bagi menjadikan diri mereka relevan dan sesuai dengan
perubahan yang berlaku. Ini kerana guru yang mempunyai kombinasi beberapa ilmu
pelajaran lebih baik berbanding dengan guru yang cuma menjurus kepada satu
bidang sahaja. Dalam konteks pengajaran Pendidikan Islam, seseorang guru itu
perlu berani mencuba sesuatu yang baru seperti menggabungkan pengetahuan
Sains Komputer dengan Pendidikan Islam Pendekatan Bersepadu. Bagi memastikan
seseorang pendidik itu mampu menguasai pelbagai bidang, guru hendaklah
mengamalkan pembelajaran berterusan supaya guru sentiasa mengikuti perubahan
yang berlaku dan menjadikan diri sentiasa bersedia menghadapi pelbagai cabaran.

Selain itu, guru abad ke-21 juga perlu mengikuti perkembangan tentang Dasar
dan Isu Pendidikan. Seseorang guru yang berpengetahuan akan sentiasa mengikuti
perkembangan yang berlaku khususnya perkembangan tentang dasar serta isu-isu
berkaitan dengan pendidikan yang akan memberi impak kepada profesion
perguruan serta perjalanan proses pengajaran dan pembelajaran. Dasar-dasar
seperti dasar sains dan teknologi sekolah berasaskan ICT perlu diteliti dan difahami
bagi membentuk guru yang berwibawa sekali gus membantu kepada melahirkan
generasi yang berkualiti dan berkemahiran.

Perkara yang paling penting seorang guru juga perlu mahir dalam pedagogi
pengajaran dan pembelajaran. Kekuatan profesion perguruan dalam memastikan
hasrat melahirkan generasi berkemahiran abad-21 juga bergantung kepada
kecekapan seseorang guru itu menguasai pengetahuan pedagogi. Pengetahuan
pedagogi ini bukanlah berdasarkan kepada pengalaman atau pengetahuan
tradisional yang mana sistem P&P diamalkan hanya berpusatkan kepada guru
(teachers-centred). Bagi melahirkan modal insan yang mempunyai kemahiran abad21 ini, seseorang guru itu wajib mencuba untuk mangadaptasikan pedagogi inovasi

teknologi di dalam P&P contohnya pembelajaran berbantukan komputer. Ini kerana


pengetahuan dan kebolehan guru mengadaptasikan kaedah P&P yang inovatif akan
memberikan kesan positif kepada perkembangan dan pencapaian pelajar.

Guru pada abad ini juga perlu mahir menggunakan Teknologi Terkini.
Seseorang guru itu seharusnya mengorak langkah dan mengambil peluang untuk
melengkapkan diri dengan ilmu berasaskan teknologi serta bersedia menjurus
kepada penguasaan dan penggunaan teknologi maklumat dalam pelbagai bidang.
Penggunaan teknologi itu bukan sahaja dijadikan sebagai satu mekanisme di dalam
pengajaran dan pembelajaran tetapi juga bagi menyelesaikan urusan harian. Selain
itu guru abad ke-21 juga perlu menerapkan nilai-nilai murni iaitu para pelajar
mempunyai akhlak yang baik. Beretika merupakan satu elemen sangat penting
dalam usaha pembudayaan masyarakat yang dapat mewujudkan kesejahteraan dan
keharmonian negara. Selain daripada mendapat pendedahan kepada teknologi,
seseorang guru itu juga harus menitikberatkan perlakuan baik, peradaban dan
tatasusila di dalam hubungannya sesama manusia terutamanya pelajar, rakan
sekerja serta masyarakat.

Anda mungkin juga menyukai