Anda di halaman 1dari 2

Lampiran 8

Jawapan Pelajar C
Apakah yang dimaksudkan dengan pembelajaran melalui kaedah penemuan? Bincangkan
sejauh manakah kaedah penemuan boleh diaplikasikan di dalam bilik darjah di Malaysia.
Pembelajaran penemuan juga dikenali sebagai pembelajaran inkuiri. Bruner menganggap
bahawa belajar melalui penemuan sesuai dengan pencarian pengetahuan secara aktif oleh
manusia. Proses pembelajaran dan pengajaran merupakan satu proses pembelajaran inkuiri
iaitu di mana pelajar memperoleh sesuatu ilmu melalui perasaan ingin tahunya sendiri dan
mengembangkannya menjadi satu ilmu. Ketika proses pengajaran dan pembelajaran
berlangsung, pelajar akan diberi kesempatan mencari atau menemukan sendiri makna segala
sesuatu yang dipelajarinya.
Di Malaysia, situasi di dalam bilik darjah tidak begitu menggalakkan untuk penggunaan
kaedah penemuan. Nisbah guru dengan murid adalah sangat tinggi. Bilangan murid yang
ramai di dalam sesebuah kelas, antara 35 hingga 50 orang murid, terutamanya di bandar,
menyukarkan pengaplikasian kaedah penemuan di dalam bilik darjah. Bilangan murid yang
ramai itu menyukarkan guru menjadi pemudah cara dan pembimbing murid. Selain itu, saiz
fizikal bilik darjah juga kecil dibandingkan dengan bilangan murid. Implikasinya, kerusi
meja terpaksa disusun mengikut cara tradisional, iaitu baris demi baris. Susunan sedemikian,
termasuk ruang yang sempit di dalam bilik darjah kurang sesuai untuk menjalankan pelbagai
aktiviti kaedah penemuan. Pergerakan murid terhad untuk menjalankan aktiviti dan hal ini
menjejaskan kejayaan kaedah penemuan.
Pada hari ini, walau pun kerajaan telah banyak berbelanja untuk melengkapkan sekolah
dengan pelbagai infrastruktur, masih terdapat banyak sekolah terutamanya di luar bandar dan
pedalaman yang masih kekurangan kemudahan fizikal dan sumber pembelajaran seperti
komputer, perpustakaan yang kondusif, pusat akeses kendiri, perabot dan bilik simulasi.
Kemudahan dan peralatan sedemikian diperlukan untuk menjalankan aktiviti kaedah
penemuan. Kekurangan kemudahan sedemikian dapat menjejaskan implementasi kaedah
penemuan di dalam bilik darjah di Malaysia.
Selain itu, kaedah penemuan mengambil masa yang lama. Contohnya, untuk membantu
muridnya menemukan formula bagi luas segiempat iaitu Luas = Panjang x Lebar, seorang
guru perlu menyediakan lembaran kerja. Di dalam lembaran kerja itu, akan dilukis beberapa
segiempat yang berlainan dimensi. Contohnya,

Murid dikehendaki mengira bilangan petak 1 cm per segi untuk mencari luas bentuk-bentuk
tersebut. Kemudian murid perlu mengisi jadual dan daripada jadual, guru perlu membimbing
murid menemui formula; sering kali proses ini mengambil masa yang lama kerana murid
menghadapi masalah dalam melakukan aktiviti yang akan membawa kepada penemuan; dan

walau pun jika murid berjaya melakukan aktiviti, sering kali mereka terpaksa menggunakan
masa yang lama sebelum dapat menemui apa yang ingin ditemui. Oleh kerana ia memakan
masa yang lama maka kaedah penemuan mungkin tidak sesuai untuk diaplikasi di dalam
bilik darjah di Malaysia. Ini kerana sistem pendidikan Malaysia adalah sangat
berorientasikan peperiksaan dan sukatannya padat dengan isi kandungan. Seseorang guru tak
mungkin dapat meluangkan banayak masa untuk setiap sub-tajuk yang kecil.
Namun pengaplikasian kaedah penemuan boleh berjaya jika kerajaan mengambil langkah
untuk memperbaiki situasi di sekolah. Sejak April tahun lepas, kerajaan telah mengambil
beberapa tindakan seperti menyiapkan dan melengkapkan lebih kurang 90% daripada
makmal komputer di seluruh Malaysia. Projek yang tergendala sekarang sudah mendapat
nafas baru dan kerajaan telah memperuntukkan lebih kewangan untuk menaik taraf
kemudahan yang sedia ada. Selain itu, sembilan buah sekolah baru yang lengkap dengan
kemudahan TMK telah dibina. Kerajaan juga telah mengambil langkah untuk mengurangkan
penekanan terhadap peperiksaan selain mengurangkan nisbah guru-murid di sekolah. Jika
usaha sedemikian berterusan, hasrat untuk mengimplementasikan kaedah penemuan di dalam
bilik darjah boleh dicapai.

Anda mungkin juga menyukai