Anda di halaman 1dari 2
PENDIDIKAN ole ie ough Glad Gud Gt PEJABAT .ERAH JEMPOL & JELEBU q 72120 Bandar Seri Jempol i 4 Negeri Sembilan Darul Khusus a Tel: 06503500 Be" Fax: 06-4569676, Ruj JPNS.PPDJJ.UB 700-1/2/1( 12 )ld.2 TTarkh 23 Januari 2015 Tuan, JEMPUTAN MENYERTAl PAMERAN SEMPENA PESTA BUKU DAERAH JEMPOL DAN JELEBU TAHUN 2015, Dengan segala hormatnya, perkara di atas dirujuk. 2. Sukacita dimaklumkan bahawa Pejabat Pendidikan Daerah Jempol dan Jelebu dengan kerjasama Cerdik Publications Sdn. Bhd. akan mengadakan Pesta Buku Daerah Jempol dan Jelebu Tahun 2015 seperti ketetapan yang berikut : Tarikh: 25 Mac 2015 hingga 30 Mac 2015, Masa: 8.00 pagi hingga 10.30 malam, Tempat: Kompleks Rakan Muda Daerah Jempol, Jalan Kasih, Bandar Seri Jempol. 3. Untuk makluman pihak tuan, Pesta Buku ini akan dihadiri oleh guru-guru dan murid-murid prasekolah, sekolan rendah, sekolan menengah dan terbuka kepada orang awam. Pelbagai acara seperti jualan buku, pemeriksaan kesihatan secara percuma dan program derma darah. 4, Sehubungan dengan itu, Cerdik Publications selaku Urus Setia Pesta Buku Daerah Jempol dan Jelebu Tahun 2015 ingin menjemput pihak tuan untuk menyertai pameran dan jualan buku-buku yang bersesuaian. Pihak kami menyediakan 32 ruang pameran di dalam dan 4 ruang pameran di luar dewan. Tempahan dan agihan ruang pameran adalah berdasarkan “siapa cepat dia dapat’. Bersama-sama ini dilampirkan borang jawapan penyertaan pameran dan syarat- syarat penyertaan. Borang yang telah lengkap hendakiah difaks atau email pada atau selewat- lewatnya 16 Mac 2015 kepada urus setia : Urus Setia Pesta Buku Daerah Jempol dan Jelebu 2015 dla Cerdik Publications Sdn. Bhd. 39, Jalan Nilam 1/2, Subang Square, Subang Hi-Tech, 40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. (Tel : 03-56379044, Faks : 03-56379042) 4. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan berkaitan maklumat dan tempahan, sila hubungi urus setia pameran di Cerdik Publications Sdn Bhd, Puan Intan melalui talian 012-5058305, Puan Sariy Zakiah melalui talian 017-7637895 atau Puan Rodziah melalui talian 017-2354602. Penyertaan pihak tuan adalah sangat dialu-alukan dalam usaha menjayakan Pesta Buku Daerah Jempol dan Jelebu Kerjasama dan keprihatinan daripada pihak tuan amat dihargai dan disanjung tinggi Sekian, terima kasih “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya yang menurut perintah, (HAJAH Rt BINTI MOHD JAN) Pegawai Pendidikan Daerah, Jempol dan Jelebu. *Terbilang Dalam Kalangan Terbaik” | >

Anda mungkin juga menyukai