Anda di halaman 1dari 20

1.

Pengenalan
Perkembangan yang dinamik dalam dunia sastera hari ini memperlihatkan kehadiran

penulis daripada berbagai multidisiplin atau pelbagai bidang. Kehadiran penulis ini telah
menambah rencah dan warna-warni dalam karya kreatif. Dahulu, kehadiran penulis dari luar
bidang sastera dianggap suatu yang asing. Mereka ini pernah dikatakan telah
menjungkirbalikkan sastera dan turut dilabelkan sebagai penulis yang suka bereksperimen
dalam karya. Namun, kelainan mereka ini membuatkan nama mereka cepat mendapat
tempat meskipun keluhan-keluhan daripada pengamal sastera yang tulen menyatakan
bahawa penulis ini menghasilkan karya yang sukar dihadam oleh pembaca.
Pengarang generasi baharu adalah pengarang yang aktif berkarya, serta hadir
dengan gaya dan teknik yang berbeza dalam mengangkat sesuatu subjek dalam karyanya.
Pangarang ini dikatakan tidak lagi terkongkong di bawah panji realisme sebaliknya
melakukan transformasi dan aliran lain seperti surealisme, absurdisme dan neutrealisme.
Melihat kepada cerpen dan novel penulis mutakhir ini, karya mereka kental dengan
penggunaan ilmu bantu bagi memperkukuhkan muatan karya. Mereka dilihat tidak lagi
membicarakan tema-tema yang klise tetapi lebih yakin membicarakan isu-isu global. Selain
itu, mereka begitu lancar menggunakan teknologi maklumat, ekologi, geografi, falsafah,
undang-undang, politik antarabangsa, perubatan, dan pelbagai ilmu luar sastera sebagai
landasan pengkaryaan mereka.
Sekarang ini ramai pengarang dari pelbagai golongan seperti doktor perubatan,
peguam, dan ahli agama. Contohnya Dr.Farhan Hadi, Ustaz Hasrizal Abdul Jamil dan Siti
Rosmizah.

Penulis-penulis ini mempunyai sumbangan yang tertentu dalam masyarakat

kerana setiap manusia mempunyai peranan dan tanggungjawab masing-masing terhadap


masyarakatnya. Seni sastera juga wujud dalam diri setiap manusia, terpulang kepada insan
tersebut sama ada mahu mengeksplotasi semaksimum ataupun seminimum mungkin. Saya
memang peminat novel. Antara novelis yang saya minati adalah Norhayati Berahim. Saya
memilih Novel Norhayati Berahim berjodol Hati seorang wanita untuk dikaitkan dengan teori
yang telah diberikan kepada saya iaitu teori feminisme.
Definisi teori feminisme adalah perjuangan wanita untuk mendapatkan tempat yang
sedarjat

dengan

lelaki

dan

memperjuangkan

hak,

kedudukan,

martabat

dengan

memperkasakan kuasa feminis. Teori feminisme bertitik tolak daripada tanggapan kaum
wanita selama ini telah dipinggirkan, dibelenggun dan ditindas oleh kaum lelaki. Ia berpunca
daripada andaian kaum wanita itu secara biologinya lemah dan telah dieksplotasi sejak
zaman-berzaman. Justeru kritikan feminisme cuba dedahkan, membantah dan menentang
kezaliman lelaki disamping memperjuangkan hak dan martabat melalui idelogi feminis.
1

Kritikan ini bukan saja berminat dengan isu kejantinaan dalam karya, malah berusaha untuk
memartabatkannya. Tegasnya, gerakan kesusasteraan dan kritikan sastera harus berusaha
untuk merobohkan dominasi kaum lelaki.

Teori kritikan feminisme menggunakan istilah

koda atau kod atau disebut aspek dalam analisis-analisisnya. Kod merupakan konsep
tentang sesuatu yang telah dipersetuju akan keciriannya. Kod ini bersedia untuk ditokoktambah dan ditukar ganti mengikut persesuaian tempat, zaman dan keperluan. Kod-kod
yang diterima sebagai prinsip kritkan ialah kod biologi, kod pengalaman, kod psikologi dan
kod sosial.

Menurut Elaine Showalter, pengkritik- pengkritik feminis seharusnya berfikir

perbezaan biologi dan hubungannya dengan penulisan tentang watak wanita. Ini
bermaksud, apabila membincangkan mengenai biologi, ianya tidak perlu hanya tertumpu
kepada tubuh wanita tetapi perlu berfikir lebih jauh daripada itu. Contohnya: Fungsi biologi
wanita sendiri, tugas mereka sebagai ibu, isteri, kakak dan lain-lain.
Prinsip kritkan pengalaman pula mesti mempunyai kaitan yang erat dengan aspek
biologi iaitu perkembangan tubuh badan wanita yang merupakan satu pengalaman sejak
meraka dilahirkan sehingga mereka tua. Contohnya, pengalaman melahirkan anak dan
pengalaman yang dialami kaum wanita amat berbeza dengan kaum lelaki. Pengetahuan
ilmu psikologi penting kerana ia menjadi alat dan dasar kajian untuk menghayati watakwatak dalam genre sastera.
Wilbur Scott (1962) menyatakan bahawa disiplin psikologi dapat diaplikasikan dalam
karya sastera bagi menerangkan aksi atau reaksi seseorang watak yang sukar diramal.
Terdapat dua cabang psikologi dalam bidang kesusasteraan iaitu psikologi pengarang dan
Ppsikologi watak-watak. Golongan feminis menitikberatkan psikologi dalam karya melalui
psikologi watak- watak

dalam sesuatu karya.

Antaranya, pemikiran watak, imaginasi,

keinginan watak, cita rasa, tekanan perasaannya, jiwa dan segala sesuatu yang lahir dari
hati dan kata-kata watak. Terdapat perbezaan antara sosial kaum lelaki dengan sosial kaum
wanita apabila dicerminkan dalam karya. Antara aspek sosial wanita yang dikenal pasti
boleh digarap dalam karya ialah proses sosialisasi iaitu soal didikan daripada keluarga,
pendidikan di institusi tertentu, pekerjaan dan pergaulan. Sementara tugas sosial pula ialah
tentang perwatakan anak gadis, dara, ibu, isteri dan nenek. Kelas sosial watak wanita
samada kelas bawahan, menengah atau atasan.
Kemunculan kritikan feminisme memberikan perspektif yang berbeza dalam meneliti
dan mengkaji karya kesusasteraan. Hal ini kerana kritikan feminisme menumpukan
perhatian pada citra wanita serta wanita sebagai pembaca dan pengguna. Pengkritiknya
pula membuat anlisis dengan berdasarkan ideologi

feminisme dan fenomena sastera.

Antara kepentingan kritikan feminisme dalam kajian sastera ialah perkaitaan rapat antara
2

aspek seksual dengan karya yang dianalisis, mendedahkan mekanisme bela diri yang
digunakan oleh kaum lelaki yang mengambarkan watak wanita stereotaip dan seolah-olah
tiada kompleksiti

jiwa. Ianya dapat menyorot usaha pengkritik sastera dalam

mengemukakan ciri-ciri salah anggap kritikan tentang wanita dan mengesan pengarang
wanita yang tidak dimasukkan dalam sejarah.
Kritikan sastera juga turut menganalisa wanita yang dieksplotasi dan dimanipulasi,
dianggap lemah dan penuh daya berahi. Kritakan sastera ini juga dapat mendorong penulis
wanita menghasilkan karya-karya baharu, yakin diri dan membawa semangat baharu dalam
karya. Misalnya mengambarkan watak wanita yang mempunyai perwatakan dan perjuangan
yang dapat merobohkan penguasaan lelaki.
Novel Hati seorang wanita karya Norhayati Berahim ini memperlihatkan seorang
wanita yang yakin diri dan mempunyai perwatakan dan perjuangan yang dapat merobohkan
penguasaan lelaki. Nurain telah berjaya membantu dan menaikkan semula semangat Datuk
Badrul untuk menghadapi krisis ekonomi yang teruk dan berjaya dan dapat memastikan
kilang itu terus beroperasi. Nurain berusaha dengan
pelanggan untuk kilangnya. Seterusnya Nurain

bersungguh-sungguh

mencari

berjaya memacu kilang Datuk Badrul

menjadi antara kilang yang mampu menghasilkan pengeluaran yang tinggi dan bermutu.
Nurain juga berjaya mengubah sikap Zarul yang suka berfoya-foya, malas bekerja dan tidak
taat kepada perintah Allah bertukar menjadi lelaki yang baik dan amanah.
Nurain juga berjaya mengubah sikap tidak amanah adiknya Nizam yang banyak
menggelapkan harta bapa mereka. Nurain juga berjaya mengubah nasib kaum sejenisnya
iaitu kakak iparnya yang padanya mulanya sombong dan bongkak. Anis menjadi sedih dan
tertekan kerana dihukum penjara kerana menikam Rahayu perempuan yang merebut
suaminya. Anis berjaya membuka kilang membuat uniform dengan dorongan Nurain.
Nurain juga berjaya mengubah perangai adiknya Nazuha yang suka pulang ke rumah pada
lewat malam dan melakukan perkara-perkara yang ditegah emak dan bapanya. Nurain
berjaya menjadi sahabat dan memberi nasihat, galakan dan motivasi kepada watak-watak
seperti Datuk Badrul, Zarul, Nizam dan Nazuha. Bagi saya Novel Hati seorang seorang
wanita ini adalah sebuah novel yang sesuai untuk kritikan sastera menggunakan teori
feminisme.
2.0

Sinopsis Novel

Hati seorang wanita karya Norhayati Berahim ini mengisahkan tentang Nurain
yang dilahirkan sebagai seorang anak luar nikah kepada Abdul Bakri dan Puan
Mariam. Semenjak kecil Nurain dibela oleh datuk dan neneknya di Segamat,
3

Johor. Nurain merasa dirinya dipinggirkan oleh kedua-dua orang tuanya kerana
tidak dibawa untuk tinggal bersama ibu bapanya di Sabah, sedangkan ketigatiga adik-beradiknya yang lain dibela oleh emak dan ayahnya. Kasih sayang
datuk dan neneknya membuatkan Nurain terlupa akan nasib dirinya. Nurain
beranggapan dirinya adalah anak angkat sahaja kepada kepada ibu bapanya.
Nurain tidak menjangkakan dirinya anak luar nikah. Semasa Nurain berusia 18
tahun semua rahsia terbongkar. Nurain merasa sedih dan rasa terhina kerana
dilahirkan sebagai anak luar nikah. Hati Nurain lebih terluka dengan sikap ibu
bapanya

yang seperti malu mempunyai anak luar nikah seperti dirinya lalu

enggan untuk membela dirinya. Nurain merasakan dirinya tidak bersalah dan
berdosa, yang membuatkan dirinya menjadi sebegitu rupa adalah ibu bapanya
sendiri. Mereka yang bersalah dan berdosa.
Namun khabar buruk tentang hal berkaitan anak luar nikah itu sedikitpun
tidak melunturkan semangat Nurain untuk Berjaya melanjutkan pelajaran ke
menara gading.

Nurain ingin membuktikan kepada ibu bapanya dia boleh

berjaya walaupun tanpa sokongan kedua-dua ibu dan bapanya. Nurain mula
berdikari

dengan

memohon

biasiswa

walaupun

ayahnya

sanggup

untuk

membiayainya kerana dia adalah ahli koparat yang berjaya di Sabah. Hasrat
ayahnya untuk

menghantarnya belajar

ke Luar Negara di tolaknya mentah-

mentah dengan alas an Nurain tidak sanggup berjauhan dengan datuk dan
neneknya.
Nurain berjaya mendapatkan Master of Electrical Engineering daripada
Univesrsiti Teknologi Malaysia

dan berjaya menggondol Anugerah Dekan dan

merupakan pelajar First Class. Selepas tamat belajar Nurain tidak memilih
untuk bekerja dengan ayahnya yang mempunyai perusahaan sendiri di Sabah.
Sebaliknya Nurain telah memilih untuk bekerja dengan Syarikat Datuk Badrul di
sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. Nurain menunjukkan karisma dan dedikasi
yang tinggi di kilang kepunyaan Datuk Badrul. Nurain telah menjawat jawatan
Ketua Jurutera Pengurus Operasi yang tegas dan berdisplin. Nurain yang sopansantun dan merendah diri serta berjaya mengendalikan dua buah Syarikat Datuk
Badrul membuatkan Datuk Badrul jatuh sayang dan ingin menjadikannya
menantu.
Datuk Badrul meminta anak lelakinya yang telah dua belas tahun tinggal
di Paris Perancis untuk pulang ke Malaysia bagi memulakan hidup baru kerana
anaknya ini telah tersesat jauh dari norma-norma kehidupan seorang Islam.
4

Minum arak dan perempuan adalah kehidupan normal Zarul di Perancis. Datuk
Badrul mahu Zarul

menghentikan semua itu dan balik ke Malaysia untuk

berkahwin. Datuk Badrul mahu Zarul memikat Nurain untuk dijadikan isteri.
Datuk Badrul mengharapkan Nurain yang beragama, tegas, bijak, lemah lembut
dan sopan santun itu

dapat mendidik Zarul untuk kembali ke pangkal jalan.

Nurain menolak cara lembut dengan lamaran Zarul dan mencari helah dengan
permintaan Datuk Badrul untuk berkahwin dengan Zarul. Nurain tidak yakin
dirinya yang dianggap kotor itu akan diterima oleh Datuk Badrul sekiranya Datuk
tahu asal- usulnya yang merupakan anak luar nikah. Nurain tidak bimbang
dengan latar belakangnya kerana dia juga dari golongan berada. Zarul mencuba
berbagai cara untuk memikat Nurain tetapi tidak berjaya. Pujukan Datuk Badrul
juga tidak

dapat

melembutkan hati Nurain yang bimbang maruahnya akan

dipijak-pijak dan dipandang rendah apabila asal keturunannya di ketahui umum.


Nurain rela untuk tidak berkahwin daripada rahsia dirinya itu terbongkar.
Kedatangan ayah dan emaknya ke Kuala Lumpur untuk melawatnya
mengubah semua rencana yang telah Nurain susun. Selama ini Nurain jarang
pulang ke rumah ibu bapa di Sabah. Semejak kematian datuk dan neneknya
Nurain juga liat untuk pulang bertemu ibu bapanya walaupun di musim
perayaan. Sudahnya kedua ibu bapanya yang mengalah dengan pulang ke
Segamat pada

hari raya kedua setiap tahun. Walaupun luaran Nurain kelihat

lembut tetapi hati Nurain agak keras juga. Nurain tidak bencikan kedua-dua ibu
bapanya, Nurain akan melayan ibu bapanya dengan baik jika

berkumpul

bersama tetapi hati Nurain masih tercalar dengan peristiwa lama. Payah untuk
Nurain padamkan segalanya dengan mudah walaupun telah Nurain

cuba

melakukannya. Nurain tidak membenci mereka tetapi sekadar merasa sedikit


canggung berada di tengah-tengah keluarganya di Sabah itu.
Nurain tidak rapat dengan ibu bapanya dan adik-beradiknya. Nurain sering
berhubung dengan Nazri yang belajar di Australia melalui e-mel dan juga telefon.
Datuk Badrul mengambil peluang perjumpaan dengan ibu bapa Nurain itu untuk
menyatukan Zarul dan Nurain.

Abdul Bakri telah berlaku jujur dengan Datuk

Badrul. Kisah kejadian Nurain sebelum mereka bernikah diberitahu sejelasjelasnya. Abdul Bakri dan Puan Mariam mengakui kekhilafan mereka semasa di
usia muda. Mereka tidak mahu Datuk Badrul memandang rendah kepada
anaknya. Semuanya salah dirinya suami isteri yang hanyut dengan syurga dunia.
Datuk Badrul dapat menerimanya semuanya dengan tenang. Perkahwinan
Nurain dan Zarul berlaku di pejabat Kadi untuk mengelakkan fitnah. Kakak Zarul
5

iaitu Anis tidak dapat menerima Nurain sebagai adik iparnya yang dianggap
kotor. Anis selalu menyindir Nurain yang tinggal serumah dengan bapanya itu.
Nurain tetap membalas segala keburukan Anis dengan kebaikan. Nurain tidak
mampu untuk membalas kata-kata Anis itu.

Nurain tetap menghormati Anis

sebagai kakak iparnya yang perlu dihormati. Nurain reda segalanya adalah ujian
Allah untuk dirinya.
Sikap Anis yang sombang daan bongkak itu akhirnya memakan driinya
sendiri. Suaminya Fuad telah bermain kayu tiga dengan Rahayu yang bekerja
sebagai pembantu kedai. Rahayu mengetahui Fuad sudah beristeri tetapi demi
untuk menumpang kekayaan yang dimiliki Fuad Rahayu

gelap mata. Rahayu

tidak mengetahui kemewahan yang dimiliki Fuad semuanya adalah milik


isterinya Anis yang merupakan anak orang kaya. Kemelut rumah tangga Anis
dan Fuad sampai ke kemuncaknya apabila Anis menikam Rahayu yang sedang
bermadu kasih bersama Faud di atas katil di rumahnya. Atas kesalahan itu Anis
telah dihukum penjara selama dua tahun. Nurainlah tempat Anis melepaskan
segala

kekesalan dan ketakutannya sepanjang berada di penjara. Nurain

memainkan peranan dengan baik dengan sentiasa memberi semangat dan


dorongan kepada Anis. Anis begitu terharu orang selalu dicacinya itu tidak
menyimpan dendam dan menjadi musuh sebaliknya menjadi sahabat semasa
susahnya. Nurain tetap datang melawat Anis walaupun dia bukan lagi menjadi
adik ipar Anis setelah diceraikan oleh Zarul. Sementara Suzie sahabatnya yang
selalu melaporkan kegiatan suaminya

dan menghasutnya supaya bertindak

tegas terhadap Fuad langsung tidak menunjukkan mukanya sepanjang dia di


penjara.
Nurain diuji lagi apabila kedua-dua ibu bapanya meninggal dunia kerana
kemalangan jalan raya. Keluarga Nurain bergolak hebat apabila Nizam adiknya
tidak dapat menerima hakikat bapanya telah mewasiatkan semua harta ayahnya
kepada Nurain. Nurain dilantik menjadi Pengarah kepada semua anak syarikat
milik Abdul Bakri. Nizam mahu membawa kes pembahagian harta itu ke
mahkamah kerana tidak puas hati dengan wasiat ayahnya itu. Nizam ingin
meminta

pihak mahkamah supaya membatalkan wasiat itu kerana Nurain

adalah anak luar nikah ayahnya. Dengan kebijaksaan Nurain yang mengetahui
kelemahan adiknya yang mempunyai

sepuluh kesalahan yang melibatkan

mahkamah telah berjaya memujuk Nizam supaya tidak membawa kes mereka
ke mahkamah kerana akan mendatangkan aib kepada ibu bapanya yang telah
meninggal dunia. Nurain berjanji jika Nizam berjaya mengubah perangai dan
6

bertanggung jawab

Nurain akan menyerahkan perniagaan keluarga kepada

ketiga-tiga adiknya itu iaitu Nazuha, Nazri dan Nizam. Nurain yang baik hati,
bijak, suka menolong orang dan pemaaf telah berjaya membantu Anis untuk
membuka kilang pakaian seragam dengan menggunakan tenaga kerja banduan
yang menjadi kawan-kawan Anis semasa di penjara.
Sementara itu Zarul akhirnya diterima semula oleh Nurain

menjadi

suaminya. Zarul berjaya berubah dan insaf setelah kehilangan Nurain dan Anis
yang disangka telah meninggal dunia kerana kapal terbang yang dinaiki telah
terhempas semasa pulang dari mengerjakan umrah di Mekah, dan lawatan di
Turki dan Greek. Kehidupan Nurain yang penuh ranjau dan duri telah berakhir
dengan gembira apabila telah dikurniakan dua orang anak hasil perkahwinannya
dengan Zarul. Zarul juga telah berubah menjadi suami yang beriman,
penyayang, rajin bekerja dan tidak lagi berfoya-foya.
3.0
3.1

Watak dan perwatakan


Watak Utama ( Nurain)

Nurain

digambar

lemah

lembut

oleh pengarang sebagai seorang


dan

mudah

mesra

dan

manja

gadis

yang baik, bijak,

dengan

orang-orang

di

sekelilingnya semasa kecil. Dia dijaga oleh datuk dan neneknya di kampung
Segamat Johor. Emak dan ayahnya telah meninggalkan Nurain bersama datuk
dan neneknya semenjak masih bayi lagi. Datuk dan neneknya menjaganya
dengan penuh kasih sayang. Nurain terasa tersisih kerana ibu dan bapanya tidak
menjaganya seperti ketiga-tiga adik-beradiknya yang lain. Ibu bapa Nurain yang
menetap di Sabah jarang-jarang datang melawatnya di kampung. Nurain
merasakan dirinya terbuang dan tidak diperlukan. Nurain dapat merasakan
kehadirannya di dunia ini tidak diperlukan dan merasakan ada satu

rahsia

tersembunyi mengenai kelahiran dirinya itu.


Nurain menyangka dirinya adalah anak angkat yang diambil oleh ibu dan
ayahnya. Oleh kerana itu dia kurang disayangi oleh kedua-dua ibu dan bapanya.
Nurain rasa amat sedih dan kecewa apabila mengetahui dirinya disisihkan
kerana

dia

adalah

anak

luar

nikah.

Nurain

bertekad

dalam

diri

ingin

membuktikan kepada ibu dan bapanya bahawa dia boleh berdikari untuk
meneruskan hidup tanpa perlu meminta bantuan kedua ibu dan bapanya yang
kaya raya. Nurain mendapatkan biasiswa untuk melanjutkan pelajaran di
Universiti Teknologi Malaysia.
membiayainya

di

Universiti

Nurain menolak pelawaan ayahnya untuk


Teknologi
7

Malaysia.

Tawaran

ayahnya

untuk

menghantar Nurain melanjutkan pelajaran ke luar negara juga ditolaknya dengan


baik. Nurain berjaya mendapatkan Master
Universiti Teknologi

Malaysia

of Electrical Engineering daripada

dan berjaya menggondol Anugerah Dekan dan

merupakan pelajar First Class.


Semua itu dilakukan untuk meluahkan rasa terhinanya kerana disisihkan
oleh ibu dan bapanya kerana dirinya seorang anak luar nikah. Nurain bertekad
akan memacu dirinya menjadi yang terbaik tanpa mengharapkan belas ihsan
daripada kedua-dua ibu bapanya yang kaya. Nurain membina kejayaan di dalam
kerjaya bersama dengan kilang Technotech milik Datuk Badrul. Nurain tidak
menunjukkan penat dan berputus asa dan sering mempunyai idea baru untuk
memajukan kilang Datuk Badrul. Di saat-saat kilang Datuk Badrul mengalami
masalah untuk dipulihkan semasa kegawatan ekonomi telah membuatkan Datuk
Badrul hampir putus asa dan mahu menutup kilang tersebut. Dengan
kebijaksanaan dan kesungguhan Nurain mencari pelanggan membuatkan kilang
itu mampu bertahan dan telah menunjukkkan prestasi yang memberangsangkan
dan mampu berdaya saing di dalam kepesatan ekonomi di masa itu.
Nurain juga digambarkan penulis seorang wanita yang mempunyai tarikan
karisma di dalam kepimpinan, tegas, pandai menghurai dan menyelesaikan
masalah, seorang pendengar yang baik, rakan yang setia dan mampu
memotivasikan rakan-rakan yang telah luntur semangatnya. Nurain juga
merupakan seorang menantu yang baik dan isteri yang penyayang. Nurain
menjaga segala keperluan suami dan bapa mertuanya. Nurain tetap meneruskan
hubungan yang erat dengan Datuk Badrul dan Anis serta Zarul walaupun setelah
diceraikan. Nurain tidak menyimpan dendam kepada keluarga bekas mertuanya.
Cuma Nurain tidak mahu untuk berkahwin semula dengan Zarul kerana tidak
mahu maruah dirinya dpijak-pijak lagi oleh Zarul. Nurain tidak berdendam tetapi
mahu melindungi dirinya supaya tidak disakiti lagi oleh Zarul

yang mengajar

dirinya erti kasih sayang. Nurain juga digambarkan sebagai seorang wanita yang
pandai memasak. Disamping itu Nurain digambarkan pengarang sebagai
seorang wanita yang masih mengamalkan sikap lemah-lembut dan merendah
diri.
3.2
Watak sampingan: Zarul
Zarul digambarkan pengarang seorang lelaki yang mempunyai kelulusan yang
tinggi dan bekerja di Paris Perancis selama dua belas tahun. Zarul seorang lelaki
yang memandang hidup ini senang dan dirinya perlu menikmati kenikmatan
dunia dan perlu lepas bebas seperti burung yang terbang melayang. Zarul suka
8

berfoya-foya kerana Zarul ingin bergembira setelah penat bekerja. Zarul


mengamalkan hidup lepas bebas tanpa sekatan. Zarul tidak mahu dirinya
dikongkong oleh sesiapa sahaja.

Hidup Zarul dikelilingi wanita dan minuman

keras. Zarul merasakan perkara itu adalah biasa dan merupakan cara kehidupan
yang perlu dinikmati

di dalam masyarakat Perancis. Zarul meneruskan hidup

dengan cara bersekedudukan dengan wanita Perancis tanpa ikatan yang sah.
Zarul merasakan ikatan perkahwinan tidak diperlukan. Tanpa ikatan perkahwinan
pun dia mampu mendapatkan nikmat seks yang memang menjadi pegangan
utama seorang lelaki seperti Zarul.
Ajakan ayahnya untuk pulang ke

Malaysia dipandang sepi oleh

Zarul

pada awalnya. Zarul merasakan dirinya tidak betah untuk tinggal di Malaysia. Di
Malaysia semua tingkah lakunya perlu terkawal kerana ayahnya amat dikenali.
Umpan yang

digunakan

ialah berkahwin dengan seorang wanita yang

digambarkan begitu hebat

oleh ayahnya. Zarul teruja untuk mencuba. Zarul

telah berjanji dengan ayahnya dia akan pulang semula ke Perancis jika dia tidak
berjaya menyesuaikan dirinya dengan cara kehidupan di Malaysia.
Zarul kagum dengan wanita pilihan ayahnya itu. Sikap wanita itu iaitu
Nurain yang seperti tidak memberi respon kepada dirinya seperti wanita lain
yang mudah terpikat

dengan ketampanan dirinya. Nurain

begitu mencabar

keegoaan diri Zarul sebagai seorang lelaki. Selama ini Zarul tidak pernah kalah
dengan mana-mana wanita. Zarul

cuba mengoda

dan berbaik-baik dengan

Nurain dengan pelbagai cara tapi tidak membuahkan hasil. Nurain wanita yang
jinak-jinak merpati. Zarul mengakui Nurain adalah wanita yang sukar dijinakkan
walaupun ditabur dengan kilauan emas dan barangan mewah. Nurain tidak
terpikat dengan semua itu. Mat romeo ini betul-betul tercabar. Dengan
pertolongan ayahnya yang bertemu dengan ayah Nurain, Abdul Bakri secara
tidak sengaja telah membuka ruang dan peluang untuk Zarul mendapatkan
Nurain yang begitu sukar untuk mendapatkan kasihnya.
Peluang yang diberikan Nurain yang sanggup untuk berkahwin dengan
Zarul walaupun tanpa cinta disia-siakan oleh Zarul. Zarul masih meneruskan
tabiat lamanya iaitu suka berfoya-foya dengan wanita pekerja kilangnya. Zarul
sentiasa bertukar-tukar pasangan. Zarul juga tidak menunjukkan kesungguhan
untuk mempelajari urusan di kilang itu walaupun dia adalah pengarahnya. Zarul
tahu dia masih mampu mengharapkan Nurain isterinya yang amat berwibawa
itu. Klimaks hubungan suami isteri itu telah tiba dipenghujungnya apabila Zarul
9

telah melepaskan talak

secara tidak sengaja kepada Nurain. Zarul begitu

tertekan dengan tuduhan Nurain. Nurain yang hilang sabar kerana dapat
mengesan tindakan Zarul
pekerja kilang itu.

yang telah menghamilkan seorang perempuan

Nurain mendesak Zarul bertanggungjawab. Zarul tidak

melakukan hal itu kerana dia telah lama meninggalkan wanita itu. Selama ini
Zarul berhati-hati ketika membuat hubungan intim dengan wanita. Zarul akan
menggunakan suntikan, kondom dan sebagainya bagi memastikan hubungan
intim tidak akan menghasilkan zuriat dan tidak dihinggapi penyakit Aids.
Zarul sekali lagi menjadi pemburu cinta kepada bekas isterinya itu. Zarul
dan Nurain tetap berkawan walaupun mereka telah bercerai. Akhirnya Zarul insaf
apabila mengetahui Nurain yang dicintainya itu meninggal dunia kerana
kemalangan kapal terbang. Nurain dipercayai menaiki pesawat yang terhempas
itu semasa pulang dari mengerjakan umrah dan lawatan ke beberapa buah
tempat seperti Turki dan Greek. Zarul

sujud semula kepada Allah dan

menunaikan segala suruhan Allah dan meninggalkan perkara yang dilarang.


Zarul berjaya memujuk Nurain untuk menjadi isterinya

semula. Zarul benar-

benar yakin Nurain mampu menjadi penunjuk jalannya untuk menjadi lebih baik
dalam semua segi.
4.0
4.1

Latar dalam Novel Hati seorang wanita


Latar masa

Semua peristiwa yang digambarkan dalam novel ini berlaku pada zaman sekarang iaitu
dalam era globalisasi. Hal ini terbukti dengan adanya penggunaan telefon bimbit, kereta ,emel, ATM ( mesin pengeluaran wang automatik ) dan kewujudan Lapangan Terbang
antarabangsa Kuala Lumpur.
Tempoh masa keseluruhan cerita dalam novel ini adalah lebih kurang 35 tahun iaitu dari
Nurain kecil, dewasa, berkahwin dan bercerai dengan Zarul dan kembali bahagia bersama
Zarul.

Peristiwa-peristiwa dalam novel ini berlaku pada waktu-waktu tertentu seperti

kehidupan manusia biasa iaitu pagi, petang dan malam.


4.2
Latar tempat
Latar tempat merujuk kepada tempat berlakunya peristiwa dalam sesebuah cereka itu.
Biasanya, pengarang menggambarkan latar tempat ini secara umum sahaja, contohnya
pengarang menggambarkan tempat-tempat seperti di kampung, di rumah, di bandar, di
warung , di kaki lima, di klinik, di sekolah, di dalam kereta, di surau dan sebagainya.

10

Dalam novel ini pengarang menyatakan nama-nama tempat yang khusus seperti di
Kundasang Sabah, Mekah, Greek, Turki , Gunung Kinabalu, Kota Kinabalu, Balakong
( muka surat 482- 496 ) dan Kilang Technotech. ( Muka surat 14)
4.3

Latar Masyarakat

Masyarakat yang digambarkan oleh pengarang dalam novel ini merujuk kepada masyarakat
Melayu di semenanjung dan Sabah ( iaitu Segamat Johor, Kuala Lumpur dan Kota Kinabalu.
Selain itu, pengarang juga menggambarkan masyarakat yang tinggal di kampung,
masyarakat yang bekerja sebagai petani iaitu Pak Zali, pakcik yang dipercayai Nurain untuk
menjaga rumah arwah datuk dan neneknya serta kebun buah-buahan datuk dan neneknya.
Pengarang juga menggambarkan tentang masyarakat yang menjadi ahli perniagaan iaitu
Datuk Badrul dan Abdul Bakri. Pengarang juga menggambarkan masyarakat yang
mengamalkan nilai-nilai dan budaya murni dalam kehidupan.
5.0

Plot

Plot bermaksud jalinan cerita atau peristiwa dalam sesebuah cereka. Jalinan tersebut
berkembang berdasarkan hukum sebab dan akibat. Peristiwa atau cerita itu selalunya dijalin
secara kronologi atau tidak secara kronologi. Jika peristiwa dijalin secara kronologi
bermaksud peristiwanya disusun mengikut urutan masa. Sementara itu, jika peristiwa tidak
dijalin secara kronologi, bermaksud peristiwanya tidak disusun mengikut urutan masa.
Biasanya plot sesebuah novel terbahagi kepada dua iaitu binaan plot dan teknik plot.
Novel Hati seorang wanita disusun secara kronologi dan ada sedikit imbasan
kenangan yang dilakukan Nurain yang mengingati kisah hidupnya semasa kecil bersama
datuk dan neneknya dalam suasana gembira dan bahagia. Nurain juga teringatkan masakan
dan layanan neneknya semasa mereka menikmati pecuk jantung pisang yang amat disukai
olehnya semasa kecil. Imbasan kenangan juga dibuat Nurain semasa dia mendapat khabar
tentang dirinya seorang anak luar nikah dari neneknya. Nurain juga mengingati semula
saat-saat kemesraan Nurain bersama Zarul semasa berbulan madu di Turki.
5.1

Binaan Plot

Binaan plot bermaksud plot cerita terbina daripada beberapa bahagian penting.
Kebiasaannya, binaan plot terdiri daripada lima bahagian, iaitu permulaan (eksposisi),
perkembangan, perumitan, puncak (klimaks), dan peleraian. Bahagian permulaan atau
eksposisi merupakan bahagian yang memperkenalkan watak-watak. Watak-watak akan
diperkenalkan dari segi fizikal, emosi serta berkaitan dengan persekitaran dan watak-watak
lain. Kemudian watak-watak itu akan berkembang dan berinteraksi pada bahagian
11

perkembangan cerita. Seterusnya, perhubungan antara watak itu akan menimbulkan konflik
yang kemudiannya menjadi rumit pada bahagian perumitan. Pada peringkat tersebut
selalunya konflik akan berterusan dan menjadi bertambah rumit.
Plot akan terus bergerak ke bahagian puncak atau klimaks cerita. Pada peringkat ini,
keadaan menjadi semakin mendebarkan, kritikal, ngeri dan cemas akibat konflik atau
pertentangan antara watak. Selanjutnya, bahagian puncak itu akan mencapai ke satu tahap,
iaitu tahap penyelesaian. Akhirnya, plot bergerak terus ke tahap peleraian, iaitu semua
konflik dan pertentangan akan diselesaikan atau terlerai.
5.1.1 Permulaan (Eksposisi)
Pada peringkat ini pembaca diperkenalkan dengan watak utama novel ini iaitu Nurain.
Selain itu, pengarang juga memperkenalkan watak-watak sampingan lain seperti Datuk
Badrul pengarah Syarikat tempat Nurain bekerja, Hanum atau angah yang merupakan
sahabat dan rakan sekerja yang bekerja dibahagian pentadbiran, Abdul Bakri iaitu ayah
Nurain, Puan Mariam dan datuk dan neneknya yang tidak diperkenalkan nama. Perkara ini
dibuktikan dalam bahagian-bahagian awal novel ini. Sebagai contohnya, dalam bahagian
awal novel ini, pengarang menceritakan tentang kerajinan dan komitednya Nurain bekerja
sehingga Nurain tidak meraikan kehadiran anak Datuk Badrul iaitu Zarul di hari pertamanya
bekerja di Kilang mereka.
Rupa-rupanya Nurain telah dihubungi oleh pelanggan kilangnya pada pukul 6.00
pagi tentang masalah dua puluh enam board yang sudah diload tetapi tidak dimasukkan
ke dalam oven. Nurain telah bergegas ke kilang itu pada pukul 7.00 pagi. Nurain telah
berjaya menangai masalah itu dengan memastikan masalah itu terjadi kerana kecuaian
pelanggan mereka yang lambat menguji

selama tiga jam iaitu sejak 51 jam sejak

dikeluarkan dari oven. Penghantaran oleh pihak Nurain dilakukan dalam masa yang tepat.
Nurain telah berjaya mencari fakta untuk menutup kesilapan yang telah berlaku.( Muka surat
13 dan 14 ) . Contoh kritikan feminisme di gunakan di dalam situasi di atas juga dibuktikan
di dalam ayat berikut:
Zarul diam seolah-olah memikirkan sesuatu. Nurain leka mengemaskan

kertas-

kertas yang berterabur di atas meja direnung Zarul. Dia Yakin Nurain banyak tahu tentang
hal syarikat. Melihatkan kecekapan Nurain mengendalikan mesyuarat, dia dapat merasakan
mengapa Nurain menjadi orang kepercayaan ayahnya, tempat ayahnya bergantung harap.
Ayat ini jelas menunjukkan karisma yang ada pada seorang wanita bernama Nurain dalam
melaksanakan tugas yang diamanahkan kepadanya dengan cekap.

12

5.1.2

Perkembangan
Dalam bahagian ini, pengarang memaparkan perkembangan cerita, iaitu Nurain

seorang Ketua Jurutera Pengurus Operasi dengan yakinnya memberi perhatian


kepada setiap bahaian kilang yang menjalankan operasi. Contoh kritikan
feminisme dalam bentuk sosial dan psikologi berlaku semasa perkembangan ini.
Mana

board 33G Kuhan? Nurain mencari-cari sesuatu di rak besar

dihadapannya. Kuhan yang sedang memasang board merenung Nurain. Ini dia
Cik Nurain mereka salah letak. Minta diagram, Kuhan saya nak check specnya
15V+ 15V- dengan 5+. Oven yang boleh dipakai..Nurain menggumam
sendirian.ada product baru ke Cik Nurain? Ahhh..ada tender baru dari Syarikat
Koyota.Dia hendak suruh kita bakar chipnya. Saya dah tengok diagramnya, 15V+
15V- dengan 5+. Rasanya banyak banyak board yang boleh dipakai
termasuklah board 33G.
Pengarang mengembangkan cerita seterusnya dengan memperkenalkan watak
Zarul yang miang

dan

suka mencari kesempatan untuk mendekati Nurain. Zarul

menggunakan alasan untuk belajar mengenai syarikat daripada Nurain orang kepercayaan
ayahnya itu. Zarul yang baru dilantik menjadi pengarah itu menggunakan peluang itu
dengan sebaik-baik.

Zarul menggoda Nurain dengan memegang tangan Nurain dan

memeluk pinggang Nurain. Nurain bersabar dengan perangai Zarul kerana Zarul adalah
anak bosnya. Nurain tetap bertindak tegas apabila dia merasakan Zarul telah melampaui
batas. Contoh kritikan Feminisme

dari segi biologi dan sosial diterangkan dalam ayat

berikut:
Nurain berjalan beriringan dengan Zarul. Dia melihat Zarul memasuki kawasan production
tanpa memakai uniform.
Kenapa tak pakai uniform? Pantas mulutnya bertanya. Zarul ketawa. Tidak ada sesiapa
yang berani menegurnya di situ kecuali Nurain. Gadis itu amat tegas. Itu yang menambah
daya tarikannya.
Ini kilang Zarul..Zarul punya sukalah, gurau Zarul. Nurain mengeluh perlahan.
Kalau tidak mahu menunjukkan contoh, jangan jadi ketua. Tenang kata-kata Nurain
membuatkan Zarul ketawa besar.
Nurain seorang yang tegas walaupun dia berkata-kata dalam nada suara yang
lembut. Manusia cepat mengikut arahan jika ditegur dengan lembut dalam keadaan yang
tidak menimbulkan kemarahan.
13

5.1.3 Perumitan
Nurain merasa dirinya tidak layak untuk berkahwin kerana statusnya anak luar nikah.
Nurain takut dirinya dipandang jijik oleh masyarakat sekeliling jika statusnya diketahui
umum. Lamaran daripada Zarul, Nurain tidak endahkan. Tetapi apabila Datuk Badrul masuk
campur hubungannya dengan Zarul dan meminta Nurain memberikan peluang untuk Zarul
menjadi suaminya Nurain mula gelisah. Nurain tidak mampu untuk menghampakan
permintaan Datuk Badrul yang telah dianggap ayah oleh Nurain. Nurain sukar untuk
membuat keputusan lantaran status dirinya yang bergelar anak luar nikah. Nurain ada harga
diri. Kalau ibu bapanya sendiri enggan untuk menjaganya kerana dia anak luar nikah inikan
orang lain. Nurain pasti dirinya akan dihina dan ditertawakan jika statusnya itu

diketahui

umum. Akhirnya Nurain terpaksa menerima Zarul setelah campur tangan ayahnya Abdul
Bakri dan Datuk Badrul yang bertemu secara tidak sengaja.
Kehadiran Nurain tidak diterima oleh Anis kakak Zarul yang malu dengan status
Nurain sebagai anak luar nikah. Anis bimbang ayahnya Datuk Badrul seorang yang dikenali
akan dipandang rendah

oleh pelanggan dan kawan-kawannya

yang terdiri daripada

orang-orang ternama. Anis sering kali menyindir dan melarang Nurain dari memegang
anaknya Afnan.
Nurain juga menghadapi masalah dengan Zarul yang masih meneruskan hidup
yang suka berfoya-foya. Zarul memikat gadis-gadis pekerja di kilangnya semasa sebelum
berkahwin dan selepas berkahwin. Zarul sering keluar bersama dengan wanita-wanita itu
sehingga membuatkan wanita-wanita itu

bergaduh berebutkan Zarul. Contoh kritikan

feminisme dari segi psikologi adalah Tak salah saya keluar dengan Encik Zarul tu Alah
itu baru khabar angin aje. Entah betul entah tidak. Saya tak percayalah Encik Zarul tu
hendakkan Cik Nurain yang sombong tu Nurain terpaksa memedam perasaan dengan
sikap Zarul yang buaya itu.

14

Contoh kritikan feminisme dari segi psikologi yang lain ialah seperti petikan ayat
berikut:
Zarul yang duduk semeja dengan Datuk Badrul tanpa segan silu meminta pelayan
hotel menyediakan minuman keras untuknya. Nurain memedam rasa melihat Zarul dengan
hati yang sebal. Sakit hatinya tetapi terpaksa ditahan. Datuk Badrul hanya merenung
wajah Nurain yang merah padam kerana menahan marah.
5.1.4

Puncak (Klimaks)
Pada bahagian ini Nurain terpaksa bersabar apabila dia diceraikan oleh Zarul

kerana Nurain menasihatkan Zarul supaya bertanggungjawab dengan kandungan pekerja


nya bernama Rosiah. Nurain yang kesedihan kerana diceraikan itu tidak terus rebah dengan
kejadian itu. Nurain masih bersikap seperti biasa dan masih berbaik-baik dengan keluarga
bekas mertuanya. Masalah muncul lagi apabila kakak iparnya yang telah dihukum penjara
selama dua tahun kerana menikam kekasih suaminya yang sedang berasmara di atas katil
di rumahnya. Anis seperti jatuh ditimpa tangga.

Perasaan Anis tertekan .Nurain rapat

dengan Anis. Nurain memberikan semangat kepada Anis. Bagi Nurain setiap yang berlaku
itu ada hikmahnya yang terselindung. Sebagai seorang manusia Nurain menasihati Anis
supaya

bersabar dan memohon doa kepada Allah supaya dikuatkan iman, hati dan

perasaan untuk menghadapi dugaan hidup itu. Contoh kritikan feminisme psikologi atara
Nurain dan Anis ialah:
Kak..walau apapun berlaku, Nurain berjanji akan tetap berada di belakang akak. Akak
jangan bimbang. Nurain tetap menyokong akak
Genggaman tangan Anis begitu kukuh. Nurain dapat merasakan ketakutan Anis.
Nurain juga telah diduga apabila emak dan ayahnya di Sabah telah meninggal dunia
kerana kemalangan kereta. Nurain telah menerima wasiat bahawa dia perlu menjadi
pengarah di semua syarikat milik

ayahnya

Abdul Bakri. Nurain ditentang hebat oleh

adiknya Nizam yang tidak berpuas hati. Nizam mahu membawa kes itu ke mahkamah
dengan menggunakan alasan wasiat itu tidak sah kerana Nurain adalah anak luar nikah.
Nurain dengan kebijaksanaannya menyelesaikan masalah itu. Contoh kritikan feminisme
psikologi ialah:

15

Saya tidak mahu Nizam tersingkir. Mungkin dia masih marahkan saya tapi ini sahaja
caranya untuk membuat dia rasa dihargai. Cuma saya mahu pakcik menjadi penasihat
mereka dan segala keputusan hendaklah dirujuk kepada pakcik.
Nurain cuba menggunakan pendekatan psikologi

untuk melembut hati adiknya

Nizam yang marah kerana tidak diberi kuasa untuk mengendalikan Syarikat milik bapanya
itu.
Contoh kritikan feminisme psikologi yang lain ialah:
Nurain menunjukkan fail di tangannya.
terlalu banyak yang akak boleh gunakan untuk menjatuhkan Nizam. Nizam mahu maruah
Nizam tercemar. Nizam mahu melihat diri Nizam jatuh terduduk hanya kerana sakit hati
itu? Akak bukan tamak, suatu hari nanti harta itu akan menjadi milik Nizam juga. Akak tidak
mahukannya. Cuma akak mahu adik-beradik akak bersatu. Akak tidak perlukan harta ini
Nizam. Akak cuma perlukan penghormatan dan kasih sayang dari adik beradik akak. Akak
tidak kisah Nizam menyaman akak.
mengaibkan

Tetapi tak malukah Nizam menghancurkan dan

adik-beradik sendiri. Sekiranya Nizam mengatakan akak anak luar nikah

sekaligus akan memalukan ayah yang sudah tiada. Bukan ayah sahaja..bahkan Nizam juga
memalukan emak kerana kesilapan mereka berdualah akak mendapat status tersebut.
Sanggupkah Nizam membalas tuba pada emak dan ayah yang telah membesarkan Nizam
dan memberikan

Nizam kemewahan dan kasih sayang? Mahukah Nizam mengaibkan

nama ayah yang telah tiada? Ayah dihormati oleh masyarakat selama hidupnya.
Nurain berjaya melembutkan hati adiknya

Nizam dan mereka telah berdamai.

Nizam telah bekerjasama dengan Nurain memajukan syarikat peninggalan bapanya itu.
5.1.5

Peleraian

Nurain telah

membantu Anis untuk mempromosikan kilang uniform

dengan kerjasama

wartawan yang diperkenalkan oleh adiknya Nazuha. Anis dapat banyak tender daripada
syarikat besar yang mahukan uniform untuk syarikat mereka. Anis telah berjaya. Contoh
kritikan feminisme psikologi yang ada di sini ialah:
Alah akak..jangan sedihlah. Nurain nak tengok akak berjaya okey. Itu harapan Nurain.
Sebab itu Nurain selalu memikirkan jalan yan terbaik untuk akak nmendapatkan projek dan
Nurain rasa inilah peluangnya. Nurain yakin rancangan ini akan berjaya seratus peratus.
Nurain adalah seorang wanita yang sentiasa memandang ke depan dan suka
membantu orang bagi memudahkan mereka menyelesaikan masalah. Nurain tidak lokek
16

dengan ilmu dan tenaga untuk membantu orang lain yang memerlukan pertolongan. Nurain
juga telah sanggup menerima semula Zarul sebagai suami setelah melihat kesungguhan
Zarul untuk berubah. Nurain sanggup melupakan segala perbuatan Zarul kepada dirinya
selama ini. Zarul amat memerlukan sokongan dan bimbingan Nurain untuk membantu
dirinya berubah menjadi insan yang lebih baik. Kehiduapan mereka bersinar bahagia
dengan dikurniakan dua orang anak iaitu Nazrah dan Nazrul. Zarul juga menunjukan
prestasi yang baik sebagai seorang pengarah di Kilang milik ayahnya yang telahpun diwarisi
dirinya itu. Contoh kritikan feminisme biologi

yang melambangkan sikap Nurain yang

diperakui oleh Zarul ialah:


Bukan mudah membaca isi hati seorang wanita seperti Nurain namun dia tahu selama ini
tindakan dan ucapan dibibir isterinya sama seiring. Walaupun Nurain nampak begitu tegas,
namun hatinya selembut sutera. Kini dia mula mengerti betapa ukuran kasih sayang
seorang isteri tidak ternilai harganya.
6.0 Kesimpulan
Novel ini digarap dengan baik. Plotnya jelas dan penulis banyak menggunakan kosa
kata yang mudah difahami. Walaupun watak utama sentiasa diuji dalam kerjaya, rumah
tangga dan keluarga mertua dan keluarganya sendiri bersama masalah perebutan harta
arwah ayahnya dengan adik-beradiknya namun dirungkai dengan baik oleh Nurain.
Banyak pengajaran yang telah diterapkan oleh pengarang dalam novel ini, Antaranya
kita hendaklah tabah menghadapi dugaan hidup serta menerima takdir dengan penuh
keimanan. Selain itu, janganlah berprasangka dan cemburu terhadap seseorang serta
memberikan pertolongan dengan ikhlas kepada orang yang memerlukannya.
Persoalan pokok dalam novel Hati seorang wanita adalah harga diri, kesilapan diri
dan sanggup untuk bangun semula bersama tekad di hati. Nurain disingkir oleh emak dan
ayahnya kerana dia anak luar nikah, diuji dengan perangai suami yang suka berpeleseran
dan tidak serius di dalam melaksanakan pekerjaan dan kemudiannya diceraikan. Nurain
juga menjadi mendorong untuk kakak iparnya yang tertekan dan menghadapi hukuman
penjara

selama dua tahun kerana menikam kekasih suaminya sehingga hampir mati.

Nurain adalah dahan tempat Anis berpaut untuk meluahkan segala masalah yang terbuku
dihati. Nurain juga diuji dengan masalah berkaitan adiknya Nizam yang tidak puas hati
dengan wasiat harta peninggalan ayahnya yang diberikan kepada Nurain untuk diuruskan.
Nurain diuji dengan seribu permasalahan tetapi jiwa tidak mati. Nurain tetap
berusaha mencari jalan penyelesaian kepada setiap permasalahan yang dihadapinya itu.

17

Nurain tetap berusaha dengan sehabis daya untuk memastikan dirinya tetap

bahagia,

dihormati dan dihargai oleh kakak iparnya, ayah mertuanya, bekas suaminya dan adikadiknya. Nurain mahu melupuskan segala gelodak yang melanda hidupnya selamanya ini
kerana berstatuskan anak luar nikah. Nurain percaya pasti esok masih ada buatnya dan
masih ada sinar bahagia yang menantinya. Dapat dikatakan bahawa tidak satu inci
ruangpun dalam novel ini yang tidak memaparkan persoalan ketabahan Nurain, dan kerana
ketabahan

jugalah timbul kegigihan, kesunguhan dan keikhlasan watak utama dan

sampingan untuk mencari harga dirinya yang roboh kerana statusnya sebagai anak luar
nikah dan juga bekas banduan. Nurain mendapat kekuatan jiwa kerana

dia reda dan

sentiasa berserah dan bersangka baik dengan Allah. Nurain percaya setiap sesuatu itu
terjadi mesti ada sebab dan musababnya. Kita hanya perlu berdoa semoga Allah
mempermudahkan segala penyelesaian kepada cubaan yang diberikan oleh Allah itu.

Refleksi Kritikan Sastera


Syukur saya dapat menyiapkan kerja kursus Kritikan Sastera ini. Sepanjang saya membuat
kertas kerja selama 3 semester saya belajar ini membuat kertas kerja Kritikan sastera paling
sukar. Bagi mencari isi-isi bagi ditulis di dalam powerpun sukar. Bahasa bahan yang saya
dapat juga agak tinggi. Saya membaca bahan modul dan buku Bahasa Melayu II keluaran
Oxford Fajar sahaja bahasanya lebih mudah. Saya mencari- cari bahan di internet. Ada juga
yang dapat membantu saya untuk membuat power point. Saya membuat power point
sendirian. Lebih kurang dua minggu juga saya mengubah suaikannya. Apabila saya berjaya
menyiapkan setiap slide saya meminta seorang guru yang lebih muda daripada saya untuk
membuat kritikan hasil kerja saya.
Katanya saya menggunakan bentuk-bentuk yang kaku dan tertumpu bentuk segi
empat. Saya mengubah semula reka bentuk power point saya. Saya menukar warna banyak
kali untuk mencari kesesuainya. Sehinggakan waktu saya mahu mencetak power point
saya masih mengubah warnanya. Saya juga risau dengan warna yang saya pilih. Saya
mahu power point saya cantik dan menarik untuk dibaca bahan saya ini.
Bagi membuatkan kritkan sastera bahagian B juga saya menghadapi kesukaran. Saya
tiada contoh untuk membuat kertas kerja ini. Saya semak Modul Kritikan Sastera. Saya
18

tetap tidak faham. Saya terlepas nota daripada kawan-kawan saya sesama kuliah.
Kemudian saya meminta kawan saya Azizah untuk mengeposkan nota itu untuk saya. Saya
mendapat contoh daripada kawan-kawan guru yang terlebih dahulu belajar daripada saya.
Walaupun contoh itu lain daripda tajuk yang saya perlu buat tetapi saya bersyukur kerana
saya masih boleh menggunakannya sebagai panduan. Saya tidak tahu perkara-perkara
yang perlu saya masukkan di dalam Kritikan Sastera saya ini.
Kefahaman saya novel yang boleh digunakan adalah novel sastera. Saya ingatkan
saya perlukan novel yang telah menangi anugerah. Saya telah membeli cerpen Dr. Anwar
Ridhwan Sasterawan Negara. Saya kurang faham dan kebanyakkan cerpennya itu tidak
begitu sesuai dengan teori feminisme. Saya mahu membuat kerja ini tetapi saya tidak
mendapat novel yang sesuai. Saya teringatkan sebuah novel Ranjau sepanjang jalan yang
ada di kelas Pendidikan Khas, saya cuba mencarinya tetapi tidak ada lagi di rak buku
Pendidikan Khas. Pembantu murid di kelas khas telah mengemas rak itu dan tidak ingat lagi
buku itu disimpan di tempat yang mana. Saya kebingungan. Kalau mahu mencari buku itu
di kedai buku pasti tidak ada lagi kerana buku itu keluaran lama. Saya cuba mencari buku
Badai semalam. Buku ini juga sukar untuk didapati. Saya menacari novel di internet. Semua
novel disediakan sekadar sebahagian sahaja buku. Saya rimas dengan keadaan ini.
Saya menelefon semula rakan guru yang pernah membuat kerja kursus ini pada tahun
lepas. Saya memberitahu masalah yang saya hadapi. Menurut penerangannya buku yang
ada di pasaran sekarang juga boleh digunakan jika sesuai dengan teori yang kita mahu
dihuraikan. Dia memberi contoh buku Ombak rindu. Saya sungguh gembira. Saya ada
banyak novel di rumah saya. Saya memang suka membaca novel. Saya memilih novel
Norhayati Berahim yang bertajuk Hati seorang wanita yang saya fikir amat sesuai dengan
teori feminisme yang saya perlu huraikan. Saya mula membuat rangka kerja saya. Saya
lihat beberapa contoh yang saya dapati di internet. Saya membaca novel itu semula. Saya
telah lama membeli novel ini. Saya telah lupa jalan ceritanya Saya bertekad untuk
menghabiskan dalam jangka masa yang singkat. Apabila perlu membuat sesuatu dengan
perasaan yang kurang seronok, terpaksa serta kandungannya agak tebal, tulisannya juga
agak halus bagi mata saya yang telah mula dihambat usia, maka saya rasa

amat

mengantuk. Saya terpaksa bangun dan tidaur beberapa kali untuk menghabiskan
pembacaan saya. Saya perlu habiskan juga. Banyak lagi kertas kerja yang lain yang perlu
saya siapkan. Semuanya perlu dihantar pada interaksi ketiga. Saya paling risau tentang
kerja kursus Pengajaran Bahasa Melayu di dalam ICT. Saya bimbang takut saya tidak
mampu menyiapkannya. Saya bertungkus-lumus membuat kertas kerja yang lebih mudah
terlebih dahulu. Saya perlu menumpukan masa untuk menyiapkan kertas kerja itu. Saya
perlu belajar daripada guru muda di sekolah saya yang lebih celik teknologi maklumat
daripada saya. Saya rasa saya belum terlambat untuk mempelajarinya.
19

Saya pilih rangka-rangka yang saya rasa patut saya masukkan dalam kerja kursus
saya ini. Saya menaipnya mulai selepas sembahyang subuh. Saya memulakan dengan
membuat sinopsis. Saya memang suka bahagian ini. Saya suka menghayati ayat-ayat
dalam novel berbanding dengan menonton wayang ataupun menonton telefilem di dalam
televisyen. Saya terpaksa berhenti untuk sementara kerana kewajiban sebagai ibu yang
perlus saya laksanakan. Saya perlu memasak sarapan pagi untuk anak dan suami. Inikan
juga salah satu daripada prinsip kritikan feminisme yang perlu saya saya karang sekarang.
Peranan wanita dari sudut biologi yang perlu ditonjolkan iaitu pandai memasak. Ciri-ciri
yang perlu ada kepada seorang wanita yang menjadi dambaan lelaki.
Saya teruskan usaha saya setelah selesai menguruskan rumah tangga. Masa berlalu
begitu cepat apabila kita mahu menggunakannya. Saya belum mampu untuk menyudahkan
kerja saya. Saya berjanji akan menyambungnya semula. Saya perlu berjaga malam ini.
Saya perlu menyiapkan refleksi saya. saya perlu tidur,

juga takut mengantuk untuk

mengajar anak didik saya esok hari. Kerja-kerja di sekolah juga menimbun. Saya belum
alagi bertemu dengan Guru Besar untuk menandatangi kertas kerja Unit beruniform
pengakap yang akan dibuat oleh kami guru Pendidikan Khas pada 19.4. 2013 nanti. Saya
tidak pandai untuk menaip dengan begitu laju seperti kawan-kawan saya yang masih muda
itu. Mereka menyoal mereka mengapa mereka begitu cekap menaip? Kata mereka, mereka
telah dilatih semasa bekerja di pejabat insuran dahulu. Semua kerja perlu dihantar mengikut
dateline.
Kalau saya mampu menaip seperti itu dan kurang kesalahan mesti kerja saya akan
siap dengan lebih cepat. Akhirnya saya dapat

menyudahkan kerja kursus saya dan

mencetak kerja kursus saya dan menyemak ayat-ayat

yang saya bina. Saya perlu

menyusun bibliografi saya terlebih dahulu. Saya perlu membuat kerja itu kemudian kerana
tangan dan bahu saya telah lenguh kerana menaip. Saya perlu tidur. Saya perlu bangun
awal pagi untuk menyiapkan keperluan anak saya. Teori feminsme betul-betul membuka
mata saya tentang peranan wanita yang perlu diiktiraf oleh kaum lelaki. Saya harap refleksi
saya ini

diterima oleh pensyarah yang mengajar saya iaitu Puan Faziah binti Ibrahim.

Segala yang baik itu datangnya daripada Allah dan yang buruk itu datangnya daripada diri
saya sendiri. Terima kasih.

20

Anda mungkin juga menyukai