Anda di halaman 1dari 3

Asnaf Zakat

Skop agihan zakat Lembaga Zakat Selangor (MAIS) berdasarkan yang telah ditetapkan oleh
syara. Asnaf tersebut seperti mana yang dijelaskan dalam surah At-Taubah ayat 60:

Sesungguhnya zakat-zakat itu, hanyalah untuk orang-orang fakir, orang-orang miskin,


pengurus-pengurus zakat, para muallaf yang dipujuk hatinya, untuk (memerdekakan) budak,
orang-orang yang berhutang, untuk jalan Allah dan orang-orang yang sedang dalam perjalanan,
sebagai sesuatu ketetapan yang diwajibkan Allah; dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha
Bijaksana
Ada 8 asnaf zakat iaitu:

Asnaf Fakir
Asnaf Fakir ialah orang Islam yang tiada harta atau pendapatan, atau ada harta atau
pendapatan tetapi tidak mencapai 50 peratus daripada had kifayah dirinya dan
tanggungannya.

Asnaf Miskin
Asnaf miskin ialah orang Islam yang mempunyai harta atau pendapatan yang hanya boleh
menampung lebih 50 peratus keperluan dirinya dan tanggungannya tetapi masih belum
mencukupi had kifayah.
[ Klik untuk lihat penerangan tentang Asnaf Fakir & Miskin dengan lebih lanjut ]

Asnaf Amil
`Amil ialah pihak yang dilantik oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) bagi
mewakili DYMM Sultan untuk menjalankan tugas-tugas pengurusan zakat meliputi
pungutan dan agihan.

Asnaf Muallaf
Muallaf adalah seseorang yang baru memeluk Islam atau seseorang yang dijinakkan
hatinya dalam kalangan mereka yang belum memeluk agama Islam atau yang perlu
ditarik simpatinya kepada Islam atau diharap dapat membela orang Islam atau yang perlu
diamankan kejahatannya terhadap orang Islam.
[ Klik untuk lihat penerangan tentang Asnaf Muallaf dengan lebih lanjut ]

Asnaf Riqab
Riqab ialah seseorang yang terbelenggu di bawah suatu kuasa atau keadaan yang menjadi
hambatan kepada dirinya bagi menjalani kehidupan yang lebih baik.
[ Klik untuk lihat penerangan tentang Asnaf Riqab dengan lebih lanjut ]

Asnaf Gharimin
Gharimin ialah orang Islam yang berhutang untuk memenuhi keperluan asas diri dan
tanggungannya atau kepentingan masyarakat dan tiada keupayaan untuk membayarnya.
[ Klik untuk lihat penerangan tentang Asnaf Gharimin dengan lebih lanjut ]
Orang Islam yang berhutang untuk memenuhi keperluan asasi bagi permasalahan diri
atau keluarga tanggungannya atau orang yang berhutang untuk menyelesaikan masalah
masyarakat dan memerlukan:
o Orang yang berhutang itu tidak mampu menjelaskan hutangnya.
o Hutang itu hendaklah dalam perkara taat yang diharuskan syarak.
o Hutang telah sampai tempoh untuk dijelaskan.

Asnaf Fisabilillah
[ Klik untuk lihat penerangan tentang Asnaf Fisabilillah dengan lebih lanjut ]
Fisabilillah ialah perjuangan, usaha dan aktiviti yang bertujuan untuk menegakkan dan
mempertahankan agama Allah.

Asnaf Ibnu Sabil


Ibnu Sabil ialah orang Islam yang kehabisan belanja semasa memulakan perjalanan atau
dalam perjalanan yang mendatangkan manfaat serta sesuai dengan hukum Syarak dengan
syarat:

o Putus bekalan dalam perjalanannya.


o Tidak dapat memanfaatkan hartanya untuk meneruskan perjalanan.
o Memerlukan kemudahan asas dalam masalah perjalanan.
o Ditinggalkan dalam perjalanan.

Objektif Agihan LZS (MAIS)

Menunaikan hak dan tanggungjawab kepada asnaf di negeri Selangor sebagaimana yang
difardhukan oleh Allah.

Menyalurkan agihan zakat dengan lebih efisyen

Membangunkan taraf kehidupan golongan asnaf khususnya di negeri Selangor yang


merangkumi sosial, ekonomi, pendidikan, dan kerohanian.

Membantu melaksanakan usaha-usaha meninggikan agama Islam.

Mempertahan dan mempertingkatkan martabat ummah.

Melaksanakan agihan secara zat dan manfaat.

Anda mungkin juga menyukai