Anda di halaman 1dari 11

Sulit

1 Jam
Pendidikan Sivik Dan
Kewarganegaraan

LEMBAGA PEPERIKSAAN
SMK ABDUL RAHIM, KUDAT
SEMESTER 1
2009
PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN
TINGKATAN DUA
1 JAM

Arahan : JANGAN BUKA KERTAS SOALAN SEHINGGA DIBERITAHU


1. Kertas soalan ini mengandungi DUA bahagian iaitu bahagian A dan bahagian B
2. Jawab semua soalan

Nama: _____________________________________________________________
Nama: _____________________________________________________________
Tingkatan: __________________________________________________________
Tingkatan: __________________________________________________________

Disediakan oleh:

Disemak oleh

disahkan oleh:

___________________

______________________

______________________

( JUANAH ENTIGANG )
Guru mata pelajaran
Pendidikan Sivik
dan Kewarganegaraan

( MISIAH BINTI AJIK )


Ketua Panitia Sivik &
Kewarganegaraan
SMK Abdul Rahim

( KUA CHU GAN )


Ketua Bidang Kemanusiaan
SMK Abdul Rahim

Bahagian A: Soalan Objektif (40 Markah)


Pilih dan bulatkan jawapan yang paling tepat bagi soalan-soalan berikut.
1. Kecemerlangan diri boleh ditakrifkan sebagai:
A. Tingkah laku positif seseorang individu.
B. Usaha berterusan untuk meraih kejayaan.
C. Objektif yang nyata dalam tempoh tertentu.
D. Kejayaan tertinggi yang dicapai oleh seseorang individu
2. Yang mana satukah bukan ciri-ciri kecemerlangan diri?
A. Mengamalkan pendidikan sepanjang hayat.
B. Bertanggungjawab.
C. Sentiasa berusaha memajukan diri.
D. Suka menangguhkan masa.
3. Apakah yang wajar dilakukan oleh seseorang setelah dirinya diberi label negatif oleh orang
lain?
A. Menegur sikap orang tersebut.
B. Mempertahankan maruahnya.
C. Membuat refleksi diri.
D. Mencipta kecemerlangan.
4. Ali bertekad untuk memperbaiki kelemahan dirinya agar dapat meningkatkan
kecemerlangan dirinya. Langkah pertama yang dilakukannya ialah membuat refleksi diri.
Ali telah menyenaraikan beberapa ciri-ciri dirinya yang cemerlang dan kurang cemerlang.
Antara ciri-ciri berikut, manakah yang kurang cemerlang?
A. Tidak menepati masa.
B. Suka membaca.
C. Peramah.
D. Suka menolong orang.
5. Apakah kebaikan berfikir secara optimis?
A. Dapat mengenal pasti masalah yang dihadapi.
B. Tidak mudah dipengaruhi oleh unsur negatif.
C. Dapat bersaing dengan orang lain.
D. Dapat bertindak dan berfikir secara agresif.
6. Komunikasi boleh berlaku dalam tiga bentuk. Antara berikut yang manakah merupakan
komunikasi bukan menggunakan simbol?
A. Lampu isyarat trafik.
B. Pernyataan Dilarang Merokok.
C. Papan tanda had laju di lebuh raya.
D. Isyarat jari tangan di bibir supaya senyap semasa di perpustakaan.
7. Pernyataan di bawah merupakan komunikasi yang berkesan kecuali..
2

A. Memahami maklumat tersirat daripada pernyataan tersurat yang disampaikan


dengan meneliti perasaan yang mengiringi pernyataan tersebut.
B. Menanyakan soalan untuk mendapatkan penerangan yang lebih jelas.
C. Mengelak daripada membuat rumusan atau andaian sebelum mendengar penjelasan
yang diberikan terlebih dahulu.
D. Membuat kerja lain ketika orang sedang bercakap.
8. Kita boleh bercakap secara terus-terang tanpa menggores hati atau perasaan seseorang
dengan menggunakan teknik..
A. Lisan atau verbal.
B. Komunikasi yang berkesan.
C. Bahasa badan atau non-verbal.
D. Simbol.
9. Setiap pekerjaan tidak akan berjaya hanya berbekalkan semangat tanpa disertai
A. Sikap sambil lewa.
B. Usaha dan kerajinan.
C. Sumber kewangan yang kukuh.
D. Bantuan daripada orang lain.
10. Sanjana berminat dalam bidang rekaan fesyen. Dia bercita-cita untuk menjadi seorang
pereka fesyen yang terkenal. Apakah nilai yang perlu diamalkan oleh Sanjana untuk
mencapai cita-citanya.
A. Yakin diri
B. Putus asa
C. Hemah tinggi
D. Lemah semangat
11. Berikut merupakan cara-cara untuk meningkatkan perpaduan dalam keluarga kecuali
A. Sentiasa mengambil berat dan bertimbang rasa.
B. Menunjukkan penghargaan dan perasaan kasih sayang.
C. Bergaduh sesama sendiri dengan anggota keluarga.
D. Bersama-sama memikul tanggungjawab dengan baik.
12. Antara berikut, yang manakah bukan tanggungjawab ibu bapa?
A. Menjaga kebajikan ahli keluarga.
B. Memberi didikan yang secukupnya.
C. Menyediakan sepenuh kebebasan kepada anak-anak.
D. Meluangkan masa bersama anak-anak.
13. Carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga. Peribahasa ini menggambarkan
A. Segala suka duka dan cabaran hidup akan dikongsi bersama-sama.
B. Perselisihan antara anggota keluarga biasanya tidak akan bertahan lama dan akan
berbaik semula.
C. Segala konflik dalam keluarga akan dikongsi bersama-sama.
D. Setiap anggota keluarga akan berusaha untuk mengelakkan konflik.
3

14. Adik anda telah dimarahi oleh ibu bapa anda kerana mendapat keputusan peperiksaan yang
kurang memuaskan. Apakah tindakan anda?
A. Menyindirnya kerana tidak mendapat keputusan yang bagus.
B. Memarahinya dan mengungkit perkara yang lalu.
C. Memujuk dan memberi kata-kata perangsang.
D. Mengejek dan mentertawakan dirinya.
15. Antara berikut, yang manakah bukan tugas dan tanggungjawab anak-anak?
A. Mengikut nasihat ibu bapa
B. Mematuhi peraturan keluarga
C. Menyediakan kediaman untuk keluarga.
D. Saling membantu sesama keluarga.
16. Hari ulang tahun perkahwinan ibu bapa anda bakal tiba. Apakah tindakan anda dan ahli
keluarga yang lain?
A. Tidak mempedulikan tarikh tersebut.
B. Mengadakan majlis untuk meraikan mereka.
C. Meminta ibu bapa membelanja ahli keluarga.
D. Berpura-pura tidak mengingati tarikh tersebut.
17. Perlakuan yang manakah menunjukkan sikap sayang akan keluarga?
A. Mementingkan rakan-rakan daripada anggota keluarga.
B. Menceritakan masalah keluarga kepada orang lain.
C. Malu untuk bercerita tentang keluarga kepada rakan-rakan.
D. Tidak berkira dan sentiasa membantu anggota keluarga.
18. Keluarga anda ingin berkelah pada hujung minggu. Apakah reaksi anda?
A. Lebih suka berada bersama-sama rakan.
B. Menyertai perkelahan tersebut.
C. Memberi pelbagai alasan untuk tidak turut serta.
D. Memilih untuk tinggal di rumah sahaja.
19. Apakah langkah yang perlu diambil sekiranya salah seorang daripada ahli keluarga anda
ditimpa malang?
A. Membiarkannya menyelesaikan masalah tersebut seorang diri.
B. Berbincang dan cuba mencari jalan penyelesaian.
C. Menghindarkan diri daripada bertemu dengannya.
D. Mengejek-ejek dan mempersendakan dirinya.
20. Bukti yang jelas bagi menggambarkan amalan hidup bermasyarakat di Malaysia ialah
A. Semua anggota masyarakat tidak takut untuk keluar dari rumah.
B. Masyarakat bebas menjalani kehidupan seharian tanpa gangguan.
C. Semua anggota masyarakat boleh hidup bersama tanpa mengira perbezaan latar
belakang.
4

D. Masyarakat masih boleh bertegur sapa dengan jiran tetangga yang berbeza latar

belakang.
21. Apabila kita menyuarakan sesuatu pendapat tentang sesuatu isu dan pendapat kita tidak
dipersetujui, kita perlulah
A. Mempertahankan pendapat kita sehingga diterima.
B. Mengemukakan bukti-bukti yang menunjukkan bahawa pendapat kita adalah
pendapat yang paling bernas.
C. Bersedia mendengar pendapat orang lain kerana tidak semestinya semua pendapat
kita adalah betul.
D. Bermasam muka kerana pendapat kita tidak diterima.

Amy berbakat besar dalam bidang nyanyian. Dia sering memenangi


pertandingan nyanyian yand disertainya. Anda tidak pandai bernyanyi
seperti Amy tetapi sangat berminat untuk menjadi seperti Amy. Anda
hanya pandai melukis.

22. Berdasarkan pernyataan di atas, apakah tindakan yang tidak harus anda lakukan?
I.
Menghargai dan mengasah bakat yang anda miliki.
II.
Menerima hakikat bahawa setiap orang mempunyai bakat dan kebolehan yang
berbeza
III.
Berusaha belajar bernyanyi daripada Amy supaya anda dapat menjadi sepertinya
IV. Berasa rendah diri kerana anda tidak pandai bernyanyi dan melupakan bakat
melukis yang anda miliki.
A.
B.
C.
D.

I dan II saja
I dan IV saja
II dan III saja
III dan IV saja

23. Bagaimanakah cara kita menghormati hak orang lain ketika bermesyuarat.
A. Menunggu sehingga semua hadir.
B. Meminta semua orang memberikan pendapat.
C. Memberi peluang kepada orang lain mengemukakan pendapat dan komen.
D. Menangguh untuk membuat keputusan kerana tidak cukup korum.

24. Antara contoh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Malaysia termasuklah:


I.
Yayasan SALAM
II.
Jabatan Kebajikan Masyarakat
III.
Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM)
IV. St. John Ambulans.
A. I, II dan III sahaja.
B. II, III dan IV sahaja.
C. I, III dan IV sahaja.
5

D. I, II, III dan IV


Sebulan sudah berlalu tragedi tsunami berlaku, iaitu
pada 26 Disember 2004. Namun penderitaan mangsanya
masih hangat terasa oleh sesiapa jua beribu-ribu jauh
batu walau di mana mereka berada.

25. Sebagai rakyat Malaysia yang prihatin, apakah tindakan yang tidak wajar anda lakukan
terhadap pernyataan di atas.
A. Menderma wang ringgit
B. Memberi bantuan pakaian dan makanan
C. Menghulurkan bantuan berupa buku-buku
D. Hanya bersimpati dengan mereka tanpa berbuat apa-apa.
26. Kampung Harmoni telah menganjurkan kerja gotong-royong dalam membasmi pembiakan
nyamuk aedas. Sebagai salah seorang penduduk kampung tersebut, apakah tindakan yang
wajar anda lakukan?
A. Tidak dapat menghadirkan diri kerana terlalu sibuk dengan kerja anda.
B. Beranggapan bahawa tugas membasmi pembiakan nyamuk aedas wajar dilakukan
oleh pihak berkuasa sahaja.
C. Melibatkan diri dalam kegiatan gotong-royong tersebut untuk kesejahteraan
bersama.
D. Hanya mendiamkan diri.
27. Pilih pernyataan yang benar.
A. Individu yang mengamalkan semangat kekitaan berusaha menonjolkan kebolehan
masing-masing.
B. Amalan bertegur sapa sesama jiran dapat menjalinkan hubungan yang erat dan
mesra.
C. Aktiviti gotong-royong perlu dilakukan ketika waktu kecemasan sahaja.
D. Sikap individu yang gemar mengambil tahu hal peribadi boleh merenggangkan
ikatan tali persaudaraan.
28. Apakah kelebihan mempunyai jiran yang sepakat?
A. Mengetahui hal-hal peribadi jiran.
B. Menambahkan kekayaan yang dimiliki.
C. Menumpang kesenangan yang diperoleh jiran.
D. Menjamin keselamatan setempat daripada kegiatan jenayah.
29. Pilih individu yang sepatutnya melibatkan diri dalam aktiviti kesukarelawanan
I. Ali, 14 tahun, pelajar sebuah sekolah menengah di kawasan pedalaman.
II. Mei Mei, 19 tahun, operator telefon yang cacat penglihatan.
III. Wawa, 25 tahun, suri rumah yang memiliki tiga orang anak.
IV. Datuk Yee, 39 tahun, usahawan yang memiliki beberapa buah syarikat.
A. I dan II saja
B. II dan IV saja
6

C. I, II dan IV saja
D. I, II, III dan IV
30. Antara berikut merupakan tarian yang terdapat di Malaysia kecuali
I. Sumazau
II. Pua
III. Kuda Kepang
IV. Sape
A.
B.
C.
D.

I dan II saja
I dan III saja
II dan IV saja
III dan IV saja

31. Pernyataan yang berikut benar tentang tarian sumazau, kecuali


A. Kedatangan pengunjung akan diraikan dengan tarian sumazau.
B. Penari-penari tarian sumazau terdiri daripada lelaki dan wanita.
C. Pakaian para penari tarian sumazau berwana serba hitam.
D. Tarian sumazau biasanya dipersembahkan semasa Pesta Menuai.
32. Mengapakah kita harus berbangga dan menghormati warisan kesenian pelbagai kaum
Negara kita?
I. Warisan kesenian amat popular.
II. Warisan kesenian melambangkan identiti sesuatu Negara.
III. Warisan kesenian ialah khazanah Negara yang tidak ternilai.
IV. Warisan kesenian boleh menambahkan pendapatan.
A.
B.
C.
D.

I dan IV
I dan III
II dan IV
II dan III

33. Mimi adalah seorang ahli jawatankuasa sambutan Minggu Kebudayaan di sekolahnya. Dia
dan beberapa orang rakannya dikehendaki menyediakan rencana tentang beberapa seni
muzik tradisional Malaysia. Berikut merupakan rencana yang boleh ditulis oleh Mimi dan
rakan-rakannya kecuali..
A. Ghazal
B. Boria
C. Kolam
D. Opera Cina
34. Rebab merupakan sejenis alat muzik tradisional bertali kaum Melayu. Rebab dimainkan
dengan cara digesek. Oleh itu, ketika memainkan rebab, alat yang diperlukan ialah..
A. Busur
B. Pemetik
C. Tetali
7

D. Penggeser
Rumah Melayu tradisi
Kuil Kek Lok, Pulau Pinang
Masjid Tengkera, Melaka
Kuil Sri Mahamariamman, Kuala Lumpur
Istana Seri Menanti, Negeri Sembilan

35. Di atas merupakan beberapa contoh pelbagai warisan seni bina yang terdapat di Malaysia.
Warisan seni bina ini.
A. Merupakan tarikan pelancong dalam Negara mahupun pelancong asing
B. Melambangkan kekayaan sejarah serta budaya penduduk yang berbilang bangsa dan
agama.
C. Mempamerkan seni bina yang cantik pada masa dahulu.
D. Merupakan tempat bercuti penduduk Malaysia.
36. Lukisan yang dilukis pelukis terkenal tanah air merupakan salah satu warisan kesenian
pelbagai kaum di Malaysia. Antara berikut merupakan lukisan yang dihasilkan oleh pelukis
tempatan kecuali
A. Kelambu Dzulkifli Buyong (1964)
B. Crossing A Stream Khaw Sia (1951)
C. Amun Atai Igintam Said Himran Sairan (2004)
D. Ke Makam Bonda Usman Awang
37. Antara yang berikut, yang manakah bukan permainan rakyat?
A. Wau
B. Lompat galah
C. Gasing
D. Dam
38. Batik merupakan salah satu daripada kraf tangan tradisional yang sentiasa mendapat tempat
dalam masyarakat Malaysia. Antara pernyataan berikut, yang manakah benar bagi batik.
I. Batik merupakan seni menghias corak kain dengan motif hiasan dan bahan pewarna
khusus.
II. Batik dihasilkan daripada teknik mencorakkan tekstil melalui proses penerapan lilin
dan pencelupan benang.
III. Batik berasal daripada kata Jawa ambatik yang bermaksud kain bercorak titik-titik
kecil.
IV. Batik banyak dihasilkan di pantai timur Semenanjung, terutamanya di Terengganu
dan Kelantan.
A. I, II dan IV.
B. I, II dan III
C. II, III dan IV
8

D. I, II, III dan IV


39. Pua digunakan oleh kaum Iban untuk menghasilkan
I. Kain selimut
II. Kain sarung pendek
III. Kain cawat panjang
IV. Kain basahan
A.
B.
C.
D.

I dan III saja


I, II dan III saja
I, III dan IV saja
I, II, III dan IV

40. Apakah sumbangan warisan kesenian pelbagai kaum terhadap Negara?


A. Meningkatkan imej Negara di kalangan pelancong.
B. Memperlihatkan keunikan budaya masyarakat pelbagai kaum.
C. Merapatkan jurang antara pelbagai kaum.
D. Membezakan antara suatu kaum dengan kaum yang lain.

Bahagian B : Soalan Struktur (10 Markah).


Jawab semua soalan dan tulis jawapan di ruang yang disediakan.
1. Pada pendapat anda, mengapakah sikap positif penting untuk mencapai kecemerlangan
diri?
9

a. __________________________________________________________________
b. __________________________________________________________________
2. Selain ibu bapa, anak-anak juga mempunyai tanggungjawab kearah pembentukan sebuah
keluarga yang bahagia. Berdasarkan pernyataan yang diberi, senaraikan tanggungjawab
tersebut.
a. __________________________________________________________________
b. __________________________________________________________________
3. Nyatakan perkara-perkara yang perlu dipertimbangkan sebelum seseorang individu
menyuarakan pendapat.
a. ___________________________________________________________________
b. ___________________________________________________________________
4. Senaraikan kepentingan sikap mengutamakan keharmonian hidup tanpa mengira agama,
bangsa, dan budaya.
a. ___________________________________________________________________
b. ___________________________________________________________________
5. Bagaimanakah cara kita menunjukkan rasa bangga terhadap kepelbagaian dan kekayaan
kesenian budaya di Malaysia?
a. ___________________________________________________________________
b. ___________________________________________________________________

SKEMA JAWAPAN

SOALAN OBJEKTIF
1. A
2. D

3. C
4. A
10

5. B
6. B
7. D
8. B
9. B
10. A
11. C
12. C
13. B
14. C
15. C
16. B
17. D
18. B
19. B
20. C
21. C
22. D
23. C
24. C
25. D
26. C
27. B
28. D
29. D
30. C
31. A
32. D
33. C
34. D
35. B
36. D
37. B
38. D
39. B
40. B
SOALAN STRUKTUR

d) dapat mewujudkan Negara dan masyarakat yang


harmoni.
2)
a) mematuhi peraturan keluarga.
b) saling membantu dalam keluarga
c) berusaha memajukan diri dan keluarga.
d) berkomunikasi dengan baik dan sopan dengan
ahli keluarga.
3)
a) tidak bercakap perkara yang boleh menimbulkan
perasaan buruk sangka.
b) bercakap tentang perkara yang dibenarkan sahaja.
c) pendapat tersebut berdasarkan nilai-nilai moral
yang sesuai.
d) tidak menyuarakan pendapat yang bersifat
perkauman.
4)
a) membentuk Negara yang aman dan harmoni
b) mengeratkan hubungan di kalangan masyarakat.
c) merapatkan jurang perbezaan kaum.
d) melancarkan proses pembangunan Negara.
5)
a) melibatkan diri dalam usaha mempertahankan
warisan kesenian pelbagai kaum.
b) membuat demonstrasi tentang kesenian pelbagai
kaum di luar Negara.
c) mewujudkan laman wen, buku, dan sebagainya
tentang kesenian pelbagai kaum.
d) menyedarkan generasi muda tentang kekayaan
budaya kesenian pelbagai kaum.

1)
a) dapat memperoleh kejayaan yang cemerlang.
b) dapat melahirkan individu yang berketerampilan
dan berkebolehan.
c) dapat melahirkan individu yang tabah menerima
cabaran.

11

Anda mungkin juga menyukai