Anda di halaman 1dari 33

PENGLIBATAN IBU BAPA DALAM PENDIDIKAN PRASEKOLAH

1.0.

Pendahuluan
Isnstict atau naluri adalah suatu anugerah kepada hidupan seperti manusia dan haiwan. Hubungan
manusia sesame manusia yang juga dipanggil hablumminnanas terjalin sejak zaman Nabi Adam lagi.
Begitu juga hubungan yang terjalin antara ibu dan anak yang mempunyai talian sangat rapat. Keadaan ini
menjadikan ibu dan anak mempunyai satu naluri atau perasaan yang sukar dirungkaikan. Perkara ini juga
dikenali sebagai sangkutan.

Terdapat banyak definisi yang menerangkan konsep sangkutan. Berikut adalah beberapa pendapat
tokoh yang memberi definisi sangkutan:

Kajian Lorenz ini pula telah diteruskan oleh John Bowlby. Bowlby yang terkenal dengan kajian ethologi
berpendapat bahawa sangkutan adalah:

Terdapat beberapa teori lain yang melambangkan hubungan anak dan ibu bapa iaitu Ainsworth. Beliau
berpendapat bahawa :

Saya juga menemui satu fakta hebat iaitu kaitan proses sangkutan pada alam prasekolah. Hasil
pembacaan saya, (Laibel & Thompson,2000) menyatakan:

Jadi di sini saya dapat membuat infrens tentang konsep sangkutan adalah mengenai hubungan
ibu dan anak sejak dari kandungan lagi. Hubungan yang melibatkan sentuhan, emosi, mental yang
membangkitkan naluri antara ibu dan anak akan membentuk kasih sayang. Satu kajian di Eropah
membuktikan kesan sangkutan antara orang-orang tua dan bayi pramatang menunjukkan kuasa
sentuhan. Dalam kajian ini, orang-orang tua digalakkan membelai dan mengusap bayi pramatang.
Didapati bayi pramatang tersebut cepat melalui proses pematangan kulit bayi dan pengurangan kedutan
di kulit orang-orang tua ini. Kedua-dua pihak mendapat kelebihan daripada proses sangkutan.
Dalam tugasan ini, saya akan menghuraikan bagaimana sangkutan boleh berlaku antara ibu bapa,
kanak-kanak(murid prasekolah) dan guru prasekolah. Pendekatan pengurangandan ketakutan dan
pendekatan atau hubungan guru dan ibu bapa.

2.0.

Rumusan tentang pengurusan pendekatan pengurangan ketakutan dan pendekatan guru dan ibu
bapa.

Pengurusan pendekatan pengurangan ketakutan lebih berfokus kepada cara untuk mengurangkan
ketakutan dalam kalangan kanak-kanak. Kanak-kanak terdedah dengan pelbagai perkara baharu dan
orang ramai serta persekitaran yang bervariasi. Mereka memerlukan keyakinan dan keberanian untuk
menghadapi hari-hari seterusnya. Justeru,peranan ibu bapa dan guru adalah sangat besar dalam
membantu mereka menghadapi hari dewasa dengan baik dan sempurna.
Ibu bapa adalah insan yang paling hampir dengan kanak-kanak. Ibu pula adalah insan yang
lebih hampir daripada bapa. Dari sejak dalam kandungan lagi, ibu memberikan ransangan kepada
bayinya untuk memupuk pengetahuan awal perkembangan bayi. Sehinggalah bayi itu lahir, ikatan ibu
bapa dan anak akan terus berkembang. Aktiviti menukar lampin, menyusu anak, mengurut anak dan
sebagainya adalah antara contoh attachment yang memberi kesan kepada kedua-dua pihak ini.
Kelebihan dan kekurangan sangkutan atau attachment akan memberi kesan kepada anak umumnya.
Antara kesan kelebihan sangkutan adalah ketakutan yang bermaksud kanak-kanak akan menghadapi
satu fenomena enggan berjauhan dengan ibu bapa. Kekurangan sangkutan juga akan menyebabkan
kanak-kanak tidak yakin kepada diri sendiri serta self-esteem yang rendah.
Hasil pembacaan dari internet dan buku saya ingin merumuskan di sini bahawa, terdapat
beberapa pendekatan yang dapat mengurangkan ketakutan kanak-kanak dan pendekatan atau

hubungan guru dengan ibu bapa. Orang dewasa boleh mengurangkan ketakutan kanak-kanak dengan
cara menyentuhnya mereka dengan cara lembut di samping menyelami perasaan mereka. Orang
dewasa umumnya ibu dan bapa haruslah mengeluarkan tutur kata yang baik serta nada yang lembut. Ibu
bapa dan guru boleh menyentuh bahagian bahu, kepala(mengusap) sambil mengeluarkan kata-kata
semangat. Berikan keyakinan kepada mereka agar sentiasa berfikiran positif.
Aktiviti rutin kanak-kanak hendaklah dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya. Aktiviti rutin yang
dimaksudkan adalah seperti makan, mandi, bermain dan tidur. Ramai ibu bapa yang berpendapat bahwa
waktu adalah waktu untuk ibu bapa berehat daripada melayan kerenah anak-anak. Ini bermakna ibu bapa
telah melepaskan peluang mendekati anak pada waktu ini. Ibu bapa perlu menemani anak seblum tidur
dengan cerita tauladan, sirah Nabi dan penerapan nilai-nilai murni. Jangan sesekali menceritakan
sesuatu perkara yang boleh membuatkan mereka takut seperti cerita hantu dan tahyul. Kesannya mereka
akan takut untuk tidur seorang, takut gelap, tidak yakin dengan diri sendiri dan ada yang sehingga
menyebakan kencing malam kerana takut ke tandas.
Bercerita sebelum anak tidur dapat mendekatkan diri anda dengan anak serta mengurangkan
rasa takut. Jangan memarahi anak dengan suara yang lantang dan memekik kerana ini hanya akan
menambah rasa takut mereka kepada sesuatu benda. Peluklah anak jika mereka sedih, bimbang dan
takut. Mereka akan lebih merasa dekat dan selamat dengan orang dewasa jika dipeluk erat dan mesra.
Kanak-kanak juga dahagakan pujian dan perhatian. Pujilah mereka dengan kejayaan yang mereka
lakukan. Berilah semangat seperti kamu boleh,Aiman. Cikgu percaya kamu boleh melakukannya. Ini
dapat meningkatkan self esteem mereka daripada mengeluarkan kata-kata seperti ini Takkan lah benda
senang macam ini tak boleh buat. Bodoh betul Aiman ni!. Kata-kata seperti ini hanya merendahkan
harga diri mereka serta menyebabkan mereka takut untuk melakukan sesuatu meskipun perkara yang
betul. Mereka akan takut dimarahi atau ditertawakan. Selain itu, ibu bapa dan guru haruslah menyelami
fikiran dan perasaan kanak-kanak ini. Cungkillah sebanyak mana masalah dan perasaan yang dialami
dengan cara bertanya, menilai hasil kerja dan melihat interaksi sosial mereka melalui bermain contohnya.
Jangan memaksa mereka menceritakan tentang apa yang ditakuti oleh mereka. Sebaliknya gunalah cara
yang lebih halus seperti memberi mereka kertas dan pensil untuk menconteng. Di sinilah mereka akan
bercerita melalui lukisan. Dan kemudian minta mereka bercerita teantang lukisan tersebut. Berilah pujian
tentang lukisan itu dan berilah mereka ganjaran seperti masak makanan kegemarannya atau membawa
mereka berjalan-jalan. Selain itu, aktiviti senaman dan pergerakan fizikal dapat memberikan keyakinan
kepada kanak-kanak. Saya pernah menonton rancangan Nona yang mengupas aktiviti renang dan
pemainan kasut roda untuk kanak-kanak.

Permainan ini adalah untuk membina semangat dan

keberanian mereka terhadap perkara yang mereka takuti seperti jatuh. Begitu juga aktiviti air yang
dikenali sebagai water confident. Aktiviti ini adalah aktiviti lanjutan selepas kanak-kanak diajak untuk
masuk ke dalam air dan menyelam. Orang dewasa dan jurulatih khas akan mengajar dan mengawasi
pergerakan mereka. Kanak-kanak trauma dan takut dengan air mungkin disebabkan pengalaman lemas
dan sebagainya. Mereka akan dibawa bermain air, mandi, meyelam dan membuat water confident

dengan bimbingan orang dewasa. Ini dapat menyakinkan kepada mereka tentang sesuatu yang tidak
sepatutnya mereka takut.
Di rumah, aktiviti bermain boleh mengeratkan hubungan keluarga dengan anak. Bermain dapat
mengurangkan tekanan, kebimbangan dan keresahan. Proses bermain dapat membantu mewujudkan
ketenangan, membina harga diri serta sikap positif. Ibu bapa berperanan sebagai pembimbing dengan
memberikan pelbagai soalan yang dapat meransang pengetahuan anak. Ibu bapa yang mesra dan
menyeronokkan akan menambah rasa selesa dan senang dalam hati kanak-kanak. Menurut Vygotsky,
(1966), main merupakan satu cara kanak- kanak belajar apa yang tidak boleh diajar oleh orang lain. Di
prasekolah pula guru berperanan penting menyediakan aktiviti yang dapat membina keyakinan dan
keberanian murid. Belajar sambil bermain adalah pendekatan utama yang dapat membina interaksi sosial
dalam kemahiran komunikasi seharian. Murid akan bermain secara koperatif dan kolaboratif. Di sini
mereka akan belajar berkawan dan seterusnya dapat bercerita tentang pengalaman mereka. Melalaui
aktiviti berkawan, mereka dapat berkongsi cerita dan perasaan serta semangat yang positif. Contohnya
Amira adalah seorang yang takut pada ketinggian (gayat). Dalam situasi permainan gelongsor, rakannya
Lily akan memujuk Amira untuk bermain bersama. Secara tidak langsung Amira akan cuba bermain demi
untuk berkawan dengan Lily. Lily akan memimpin Amira dan menggelongsor bersama-sama. Jika
keadaan ini berlaku, Amira akan kurang berasa takut bermain gelongsor yang tinggi. Aktiviti ini
seterusnya akan diaplikasikan dengan situasi aktiviti yang lain dalam kehidupan harian. Aktiviti sukaneka
juga dapat mengeratkan hubungan ibu bapa, sekolah dan murid. Ibu bapa akan dijemput bersama-sama
menyertai permainan sukaneka. Aktiviti sukaneka ibu bapa dan anak dapat menyemai rasa kasih sayang
serta kerjasama dalam sesuatu pasukan. Anak akan berasa ibu bapalah kawan terbaik mereka. Waktu
inilah mereka berbangga kerana memiliki ibu bapa yang hebat dan berbakat. Secara tidak langsung
harga diri seorang anak akan tinggi dan berasa disayangi. Hari kreativiti juga boleh dilaksanakan di
sekolah. Perkongsian idea dan kolaborasi antara anak dengan ibu bapa akan menghasilkan satu karya
kebanggaan mereka. Karya-karya ini akan dijadikan hiasan di rumah sebagai kenangan dan tanda kasih
sayang hasil penglibatan ibu bapa dan anak. Prasekolah juga boleh mengadakan Hari Bakat. Muridmurid akan dilatih mempersembahkan drama, nyanyian atau puisi di sekolah. Ibu bapa yang datang ke
Hari Bakat semestinya teruja dan gembira melihat bakat dan kebolehan anak mereka yang tidak pernah
ditonjolkan di rumah. Murid akan berasa dihargai atas keadiran dan tepukan semangat daripada ibu bapa
mereka. Hari Ibu juga dapat disambut bersama-sama sekolah. Guru boleh menganjurkan Hari Ibu Ratu
Hatiku di sekolah dengan aktiviti menyolek ibu dan dedikasi khas untuk Ibu serta nyanyian lagu untuk Ibu
masing-masing. Pemenang akan dikalungkan kain selempang dan hadiah seperti Miss World. Pasti ini
akan menjadi sejarah kepada pasangan ibu dan anak di samping menyulam kasih antara keluarga.
Banyak lagi aktiviti yang dapat dijalankan antara kerjasama ibu bapa, murid dan guru seperti
bengkel penyediaan makanan berkhasiat, lawatan, konvokesyen, kebun sains, gotong-royong, sambutan
Hari Jadi, Mari Membaca dan tautan kasih.

Perkara yang amat penting ingin ditekankan di sini adalah hubungan kanak-kanak, ibu bapa dan
guru sangat penting dalam membina jati diri kanak-kanak itu sendiri. Ketiga-tiga pihak mesti bekerjasama
dalam usaha menjadikan kanak-kanak seimbang dari segi JERIS bagi membina insan yang syumul
kelak.
Kesimpulannya, semakin tinggi bonding yang diberikan kepada kanak-kanak semakin tinggilah
attachment yang ada pada kanak-kanak. Attachment akan membina kanak-kanak yang mempunyai
harga diri yang tinggi, merasa diterima keluarga, merasa diterima oleh rakan sebaya dan merasa diterima
oleh masyarakat. Ini semua akan memberikan kesan seumur hidup kepada kanak-kanak.

3.0.

KERTAS KERJA
KLINIK CEPAT MEMBACA ANAKKU
PERSEDIAAN PRASEKOLAH KE TAHUN SATU
PRASEKOLAH SK PULAU GAJAH

1.0.

PENGENALAN / LATAR BELAKANG

Program pemulihan kemahiran membaca murid prasekolah Pulau Gajah ini diusulkan oleh guru pelatih
PISMP Prasekolah Semester 6 dengan kerjasama Guru Prasekolah SK Pulau Gajah bagi melahirkan
kanak-kanak prasekolah yang dapat menguasai kemahiran asas membaca sebelum masuk ke tahun
satu. Program ini merupakan satu program yang wajib kami laksanakan kerana ianya terdapat dalam
sukatan matapelajaran major kami iaitu PRA 3110. Program ini penting untuk dilaksanakan di sekolah ini
memandangkan tahap penguasaan kemahiran membaca yang masih lemah meskipun telah masuk
penggal kedua persekolahan.

2.0.

MATLAMAT

2.1 Membentuk dan melahirkan murid-murid yang dapat membaca dan menulis dengan baik.
2.2 Melahirkan murid-murid yang boleh menggarap pembelajaran
sepanjang hayat melalui program pembudayaan ilmu.
2.3 Melahirkan murid-murid yang dapat mengadaptasi pengalaman
kehidupan dalam pelbagai konteks melalui pembelajaran secara
menyeluruh.
2.4 Menyediakan murid yang mantap dalam kemahiran bacaan
sebelum masuk ke tahun satu.

3.0.

OBJEKTIF

2.4 Mengeratkan hubungan antara komuniti guru SK Pulau Gajah dengan Ibu bapa murid prasekolah.
2.5 Menyemaikan sikap semangat cintakan ilmu dalam diri muridmurid dari peringkat awal lagi.
2.6 Melahirkan murid-murid yang kreatif dan berdaya saing.
2.7 Program ini bertepatan dengan sukatan pembelajaran murid-murid
prasekolah seperti yang telah ditetapkan oleh Kurikulum Standard
Prasekolah (Lampiran A).

4.0.

JANGKA MASA PROGRAM

3 bulan setengah,bermula pada pertengahan bulan 8 ini dan berakhir pada bulan 11. Namun usaha ini
bergantung kepada kesungguhan pihak-pihak yang terlibat.
Tarikh
Hari
Masa
Tempat

5.0.

: 11 Ogos 2011
: Khamis
: 7.45-9.45 pagi.
: Prasekolah SK Pulau Gajah

SASARAN

5.1. 18 orang murid Prasekolah SK Pulau Gajah berumur 6 tahun. (Senarai nama murid-murid
prasekolah rujuk lampiran B)

6.0.
6.1.
6.1.1.
6.1.2.
6.1.3.

AKTIVITI
Ujian diagnostik kepada setiap murid.
Ujian ini bertujuan untuk menguji tahap kebolehan murid dalam aspek bacaan.
Contoh borang diagnostik (rujuk lampiran C)
Bahan bacaan digunakan untuk menguji tahap penguasaan murid.(rujuk lampiran D)

6.2. Program Budaya Didik Diri.


6.2.1. Ibu bapa akan menanda buku catatan yang akan dibekalkan setiap kali selepas mengajar anak mereka
membaca.
6.2.2. Contoh buku catatan. (sila rujuk lampiran E).

6.3. Kelas Anjung


6.3.1. Kelas Anjung merupakan kelas lanjutan yang diberikan kepada murid yang belum menguasai sesuatu
kemahiran pada tahap sepatutnya.
6.3.2. Pelaksanaannya dilakukan oleh guru Prasekolah dan Pembantu Prasekolah selepas waktu persekolahan
7.0.

tamat. Ia mengambil masa 5-10 minit sahaja.


Tentatif Program Kilinik Cepat Membaca
7.45 pagi- pendaftaran ibu bapa
8.15 pagi-ibu bapa mengambil tempat
8.20 pagi-ucapan alu-aluan oleh Tuan Guru Besar
8.30 pagi- Ucapan wakil pensyarah dari IPG
8.45 pagi -oleh guru Prasekolah
8.50 pagi-Persembahan Slide show Program.
9.00 pagi- pagi-Program Klinik Cepat Membaca
dijalankan.
9.30 pagi- Penyerahan bahan bacaan mengajar
kepada ibu bapa (disampaikan oleh Puan Hasinah)

9.45 pagi- Majlis bersurai

8.0.

KOS PERBELANJAAN
1 murid = RM 1
25 murid x RM1 = RM 25

9.0.

JANGKA MASA PENCAPAIAN


4 bulan selepas melancarkan aktiviti yang disarankan.

10.0.

PENUTUP
Program yang telah disarankan ini diharapkan dapat dilaksanakan seperti dirancangkan. Berdasarkan
kepada pengalaman kami, program sebegini berjaya menyediakan murid yang menguasai kemahiran
membaca dengan cepat dengan bantuan yang telah diberikan oleh ibu bapa murid sekali. Akhir sekali,
kami berharap program ini mendapat perhatian dan pertimbangan serta kelulusan dari pihak tuan.
Semoga projek ini akan berjalan dengan jayanya seperti yang dirancang serta mencapai matlamat dan
objektif yang telah digariskan. Segala jasa baik dan sokongan yang diberikan amatlah dihargai dan
didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian.
Disediakan oleh:

......................
(PUTRI BALKISH BTE MOHD YUSOFF)
(MOHD HISYAMUDDIN BIN NASIR)
Guru Praktikum,
IPG Kampus Kota Bharu.

Disemak oleh:

............................................
(PN.HASINAH BT CHE AMAT)
Guru Prasekolah,
SK Pulau Gajah,Pengkalan Chepa,Kota Bharu.

Diluluskan oleh :

--------------------------------------(EN.YUSUF BIN YAACOB)


Guru Besar,
SK Pulau Gajah,Pengkalan Chepa,Kota Bharu.

Lampiran A
KURIKULUM STANDARD PRASEKOLAH KEBANGSAAN

REKABENTUK KURIKULUM
Ciri utama Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan:
1. Kurikulum berasaskan standard
2. Kurikulum berbentuk modular

Kurikulum Berasaskan Standard


Tujuannya adalah untuk ekuiti dan kualiti. Di mana ekuiti bermaksud semua murid diberi pendidikan yang
sama dan kualiti merujuk kepada bahawa semua murid perlu diberi pendidikan yang berkualiti. Standard
Kandungan merupakan pernyataan spesifik tentang perkara yang patut murid tahu dan boleh lakukan
dalam suatu tempoh persekolahan. Ia merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai. Standard
Pembelajaran pula merupakan satu penetapan kriteria @ indikator pencapaian dalam bentuk objektif
tingkahlaku (behavioural) untuk memastikan pencapaian setiap standard kandungan.

Kurikulum Berbentuk Modular


Merupakan satu kurikulum yang kandungannya diorganisasikan dan seterusnya disampaikan dalam
bentuk bahagian atau unit (dinamakan modul). 2 jenis modul diwujudkan iaitu:
1. Modul Asas - terdiri dari komponen bahasa (BM/BI/BC/BT), Pendidikan Islam, Pendidikan Moral,
Permainan Luar dan Matematik.
2.Modul Bertema - iaitu modul bersepadu yang merangkumi unsur-unsur dalam keenam-enam Tunjang
dan juga unsur kreatif, kritis dan inovatif. (modul ini dibina menggunakan isu kehidupan seharian kanakkanak)

TUNJANG PEMBELAJARAN dalam KSPK :

Tunjang Komunikasi

Tunjang Kerohanian, Sikap dan Nilai

Tunjang Kemanusiaan

Tunjang Sains dan Teknologi

Tunjang Perkembangan Fizikal dan Estetika

Tunjang Ketrampilan Diri

Penekanan

dalam

Kurikulum

menguasai 4M bukan lagi 3M:

Membaca

Menulis

Mengira

Menaakul

Standard

ini

adalah

supaya

murid-murid

prasekolah

dapat

Lampiran B

Lampiran C

LAMPIRAN D dan E

POKET SINI

4.0.

LAPORAN PROGRAM KLINIK CEPAT MEMBACA ANAKKU

NAMA PELAKSANA

: PUTRI BALKISH BINTI MOHD YUSOFF

NAMA PROGRAM

: KLINIK CEPAT MEMBACA ANAKKU

NAMA PRASEKOLAH

: SK PULAU GAJAH

TARIKH

:11 OGOS 2011

MASA

:09.45-9.45 PAGI

Latar belakang program


Saya telah sepakat dengan rakan seperjuangan, Mohd Hisyamuddin Nasir untuk melaksanakan program
ini. Sebenarnya program ini adalah program serampang dua mata. Kami mahu meneruskan usaha kami
pada praktikum fasa 1 iaitu program membaca sempena masuk ke Tahun Satu. Program semester lepas
mendapat maklum balas yang positif dan pujian dari pihak pentadbiran, khususnya PK1 dan Guru Besar.
Kami telah mengahsilkan kertas kerja dan modul pelaksanaan. Idea dan kerja kami ini dirancangkan akan
diteruskan di prasekolah meskipun sudah ketiadaan kami. Apa yang menyedihkan, PK1 telah berpindah
ke Gua Musang beberapa bulan selepas itu. Ini menyebabkan program tersebut tidak dapat dilaksanakan
memandangkan kehilangan orang kuat sekolah.
Kerja kursus PRA 3110 ini menghendaki saya melaksanakan program prasekolah yang
melibatkan kerjasama ibu dan bapa. Pada mulanya guru prasekolah saya merancang membuat satu

majlis Hari Jadi. Kertas kerja telah saya buat, namun ada beberapa kekangan seperti cuti mengejut pada
hari Khamis dan menghampiri bulan puasa telah menyebabkan program ini dibatalkan.
Saya mengambil keputusan berbincang dengan guru prasekolah untuk melaksanakan program
membaca untuk murid-murid yang lemah. Beliau bersetuju dan menyokong usaha kami .saya mencari
seberapa banyak bahan di internet mengenai program membaca kanak-kanak prasekolah. Ternyata
bahan yang sangat membantu adalah terhad. Saya bertekad untuk membuat modul sendiri bersamasama Hisyam. Saya telah memperbaiki kertas kerja lama untuk disesuaikan dengan program baru ini.

Perbincangan dan kolaborasi

Saya dan Syam telah berbincang dengan Guru Prasekolah, Guru Besar, Jurulatih Utama Prasekolah iaitu
Pn.Siti Mariam dan Pn.Norsiah ketika pemantauan prasekolah berbintang. Perbincangan dengan Guru
Besar sememangnya memberikan banyak motivasi kami. Guru Besar sangat berbangga dengan usaha
yang ingin kami laksanakan ini dan telah memberi sedikit sebanyak idea beliau dalam proses
penambahbaikan kerja. Perbincangan bersama JU dan Guru Prasekolah juga banyak mendapat tindak
balas positif. Pn.Norsiah sangat bersetuju dengan kertas kerja kami dan telah menyemak bahan-bahan
serta instrumen diagnostik yang telah kami lakukan. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar dan
mendapat respons yang jauh lebih baik daripada jangkaan kami.
Persediaan program
Membukukan buku modul
Kami terlalu sibuk pada minggu ini. Setelah saya berhempas pulas menyiapkan kertas kerja dan telah
mendapat kelulusan, saya memperbaiki buku modul yang akan diserahkan kepada ibu bapa nanti. Buku
modul ini telah disalin cetak dan dibukukan.

Susun atur tempat


Kelas

disusun

kesesuaian

atur
program.

mengikut
Kami

menempatkan ibu bapa dan murid


duduk

di

atas

karpet

untuk

keselesaan. Manakala Guru Besar serta barisan guru duduk di atas kerusi sesuai dengan majlis formal.

Papan layar dan projektor

Kami telah membuat surat permohonan pinjaman papan layar dan projektor. Percubaan sistem telah
dilakukan sehari sebelum program.
(Rujuk Lampiran)

Surat jemputan ibu bapa


Surat jemputan kepada ibu bapa telah dikirim melalaui anak mereka sendiri.
(Rujuk Lampiran)

Pembikinan slide dan video


Saya mengambil tugasan menyiapkan persembahan slide untuk hari esok. Selain mempermudahkan
taklimat,ini juga penting bagi menarik perhatian audiens dalam sesi taklimat nanti.

Semasa program
Berikut adalah tentatif program :
7.45 pagi- pendaftaran ibu bapa
8.15 pagi-ibu bapa mengambil tempat

8.20 pagi-ucapan alu-aluan oleh Tuan Guru Besar


8.30 pagi- Ucapan wakil pensyarah dari IPG
8.45 pagi -oleh guru Prasekolah
8.50 pagi-Persembahan Slide show Program.
9.00 pagi- pagi-Program Klinik Cepat Membaca dijalankan.
9.30 pagi- Penyerahan bahan bacaan mengajar kepada ibu bapa (disampaikan oleh Puan Hasinah)
9.45 pagi- Majlis bersurai
Saya menyediakan keperluan-keperluan pada pagi ini iaitu memastikan projektor beraksi dengan
baik dan lancar. Susun atur dipantau agar kelihatan lebih sempurna. Kehadiran ibu bapa disambut
dengan salam dan senyuman daripada pihak kami. 07.45 pagi adalah masa untuk ibu bapa mendaftar.
Keadaan jelas menunjukkan hanya para ibu yang datang. Terdapat dua orang ibu bapa murid tidak dapat
hadir kerana masalah kesihatan. Namun kehadiran ibu bapa lebih baik daripada yang dijangkakan.
Pada hari itu, saya memegang dua tugas pada satu masa iaitu sebagai pengerusi majlis dan
juruteknikal. Boleh dikatakan saya agak terkejar-kejar tetapi saya dapat mengatasinya. Rasa gementar
tetap ada ketika mengacarakan majlis. Sesi mempengerusikan majlis tetap berjalan lancar meskipun
tanpa teks MC.

Ucapan alu-aluan Guru Besar membuka gerbang program ini. Banyak ilmu yang diselitkan dalam
ucapan alu-aluannya termasuklah serba sedikit menganai program ini. Alhamdulillah,respons yang baik
jelas tergambar daripada riak wajah ibu-ibu ini. Terlihat dari senyuman mereka menggambarkan betapa
besarnya harapan mereka ingin mendapatkan sesuatu dalam program ini.
Ucapan diteruskan dengan ucapan Guru Prasekolah selaku tuan rumah yang mengizinkan kami
melaksanakan program ini di prasekolah jagaannya. Beliau yang merupakan anak jati kampung ini sedikit
banyak dapat membantu kami membina hubungan dengan masyarakat di sini khususnya ibu bapa murid.
Kepercayaan masyarakat kampung terhadap beliau telah sedia terbina dan ini memudahkan kami untuk
melaksanakan program bersama masyarakat. Di sinilah saya dapat melihat rupa ibu yang persis anak
mereka. Bak kata pepatah mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Jika anak ini kelihatan kemas ke
sekolah, begitu juga si ibu kelihatan rapi. Senyuman mereka juga seiras manisnya. Sebaliknya 2 orang
murid bernama Adam Firdaus dan Adam Haris tidak dapat hadir bersama ibunya kerana masalah yang
tidak dapat dielakkan. Kedua-dua murid ini bukan sahaja tidak dapat mengenal huruf tetapi salah seorang
daripadanya tidak mahu membuka mulut apabila ditanya. Saya terasa agak terkilan dengan
ketidakhadiran mereka pada program hari ini.

Penerangan
seterusnya
oleh

Mohd

Hisyamuddin
bin Nasir. Sifat
mesra

dan

peramahnya
telah menarik
perhatian
audiens pada masa itu. Tambahan pula kelebihannya bercakap dialek kelantan dapat memonopoli
program itu sepenuhnya. Secara keseluruhannya para ibu mendengar penerangan ini dengan baik.
Penerangan berbantukan LCD projektor juga dapat memberi pengalaman baru pada masyarakat
kampung Pulau Gajah ini. Taklimat tentang peranan ibu bapa juga ditekankan di sini kerana program ini
adalah melibatkan 70% penglibatan ibu bapa dan murid berbanding hanya 20% peranan kami dan guru
prasekolah dan selebihnya adalah peranan PK1 dan Guru Besar sebagai pemantau projek. Di sini kami

telah tekankan kepentingan peranan ibu bapa dalam memndidik anak mereka adalah lebih berkesan
daripada orang lain yang mendidik.
Beberapa teori dan kajian telah dijelaskan kepada ibu bapa ini mengenai penglibatan ibu bapa
dalam kejayaan anak mereka. Teori Arnold (2008) dan Izzo et al. (1999) menunjukkan bahawa
penglibatan ibu bapa yang lebih tinggi menentukan pecapaian akademik kanak-kanak yang tinggi.
Manakala Conway (2003) menyatakan penglibatan ibu bapa perlu lagi digalakkan kerana memberi kesan
yang mendalam terhadap perkembangan sosial dan kejayaan akademik kanak-kanak. Ini telah
membuktikan bahawa penglibatan ibu bapa dalam menetukan kejayaan anak adalah besar. Satu lagi
dapatan Marcon (1999) juga menyatakan bahawa penglibatan ibu bapa yang lebih tinggi dan jenis
penglibatan yang lebih aktif berkaitan dengan kemahiran berbahasa kanak-kanak yang lebih baik,
perkembangan sosial, motor, dan adaptif yang lebih baik. Ini sudah cukup membuktikan kepentingan
penglibatan ibu bapa dalam akademik anak mereka adalah sangat penting.
Kami menerangkan teori ini kerana kami yakin bahawa ada ibu bapa yang terdetik untuk
mempersoalkan peranan guru sebagai pendidik. Kami bersedia untuk mendengar soalan seperti ini
Apa guru lakukan di sekolah? Padahal kami menghantar anak kami ke sekolah untuk belajar membaca.
Tetapi mengapa kami perlu terlibat sama?
Ini adalah soalan yang saya jangkakan akan ada. Jangkaan meleset apabila mendapati para ibu
tidak bertanyakan sebarang soalan. Kami menganggap mereka telah faham tentang apa yang telah
disampaikan.
Dalam penerangan ini juga diterangkan konsep prasekolah seperti apa itu prasekolah, pendekatan
yang digunakan, penempatan murid mengikut umur dan tunjang-tunjang yang diajar di prasekolah. Ini
penting bagi memberi pendedahan kepada ibu bapa tentang kepentingan prasekolah. Selain itu ibu bapa
difahamkan tentang kepentingan bermain, berlakon, menyanyi dan melukis. Ibu bapa khususnya
masyarakat kampung perlu mengetahui bahawa proses pembelajaran kanak-kanak adalah selaras
dengan KSPK iaitu Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan yang mempunyai enam tunjang utama.
Dan tunjang-tunjang inilah yang diserapkan kepada kanak-kanak prasekolah melalui pendekatan
bermain, projek, inkuiri dan lain-lain. Perkara yang lebih menarik lagi, kanak-kanak prasekolah telah
diminta menyanyi lagu di sini senang,di sana senang beramai-ramai. Walaupun mungkin ibu bapa
mengaggap menyanyi adalah perkara yang kecil dalam pendidikan, namun kami menekankan bahawa
menyanyi adalah sebahagian cara kanak-kanak belajar.
Penerangan buku Klinik Cepat Membaca Anakku

Ibu

bapa

diedarkan
sebuah
buku
modul.
Tunjuk
cara

penggunaan buku modul juga diterangkan secara berperingkat. Kami menekankan kaedah membaca
konvensional iaitu kaedah abjad yang telah digunakan sekian lama. Para ibu juga diingatkan agar tidak
melangkau bahan bacaan ini melainkan telah menguasai kemahiran sebelumnya. Kaedah masteri
digunakan dalam modul kami agar kanak-kanak belajar daripada mudah ke sukar. Selain itu dapat
mengaitkan pengetahuan sedia ada dengan yang baharu. Sebagai contoh aktiviti membunyikan suku
kata tertutup. Murid perlu menguasai suku kata terbuka dahulu barulah mempelajari suku kata tertutup.
Seperti ba ( suku kata terbuka),bas(suku kata tertutup).
Dalam buku modul ini juga terdapat gambar kartun dan dialog yang memberi kata-kata semangat
seperti Tahniah,anda telah menguasai ABC. Ini dapat memotivasikan anak mereka di samping memberi
peringatan kepada ibu bapa agar tidak kedekut memuji anak mereka. Saya juga menggunakan nama
murid yang sudah pandai membaca sebagai bahan bacaan buku ini. Sebanyak 10 kekerapan bacaan
yang perlu ditanda dalam buku ini. Ibu bapa hendaklah menanda (X) pada ruangan 10 kali baca. Ini
bermaksud kanak-kanak hendaklah mengulang sesuatu bahan bacaan sebanyak 10 kali berturut-turut.
Pembelajaran dikira berjaya setelah anak dapat membaca dan mengulangi benda yang sama sebanyak
10 kali. Idea ini telah diberikan oleh Tuan Guru Besar yang baik hati dan tidak lokek berkongsi idea. Ibu
bapa juga diterangkan bahawa mereka perlu perlu menyerahkan buku tersebut kepada Guru Prasekolah
setiap hari Khamis untuk semakan dan komen.
Selepas sesi taklimat tamat, sesi soal jawab dibuka kepada ibu bapa yang ingin mengajukan
soalan. Namun tiada sebarang soalan diajukan. Kami hanya menggalakkan ibu bapa tidak segan untuk
mengadu dan bertanya kepada guru di sekolah jika terdapat masalah. Majlis diakhiri dengan dan

penyerahan cenderahati kepada Guru Besar, Guru Prasekolah dan Ibu bapa yang sudi hadir pada hari
itu. Tirai majlis ditutup dengan surah Al-Ikhlas dan sesi bergambar. Para ibu nampak senang dalam
aktiviti bergambar dan sememangnya program ini dapat mengeratkan lagi hubungan guru, ibu bapa dan
murid.

Selepas
Kami sibuk mengemas semula barang-barang yang dipinjam dan mengatur semula kelas ke
keadaan asal. Perasaan penat berbaur dengan rasa gembira dan lega. Saya berasa program ini lebih
bermakna daripada program Hari Jadi yang dibatalkan tempoh hari. Menjelang hari Ahad, awal
persekolahan minggu depan iaitu bersamaan 14.07.2011, saya mendapati murid bernama Airil Zuprie
telah dapat membatangkan suku kata terbuka dengan lancar. Hal ini membuatkan saya berpaling
beberapa kali ke arahnya untuk mendapatkan kepastian. Apabila saya bertanya kepada murid ini siapa
yang mengajar menyebut suku kata, dia menyebut ibu dan abangnya mengajar di rumah. Sudah pasti
hubungan anak-beranak lebih bermakna jika sesuatu perkara dilakukan bersama-sama.
Beberapa murid lain mjenunjukkan perubahan positif yang agak perlahan. Namun saya yakin jika
penglibatan ibu bapa berterusan akan memberi kesan yang positif kepada anak mereka.
Daripada tugas sebagai pembina modul berpindah kepada tugas seorang pelajar. Saya masih
mengumpul bahan untuk dijadikan bahan bacaan yang membantu saya mengajar kanak-kanak lebih
cepat membaca. Teknik KUMON yang berasal dari luar negara telah mula bertapak di Malaysia. KUMON
yang lebih tertumpu kepada pembelajaran masteri sama seperti bahan yang telah saya rancangkan
dalam modul ini.
Usaha menyiapkan laporan kerja kursus dilakukan lebih mudah memandangkan saya hanya perlu
mengingat dan merangka isi laporan. Pemprosesan maklumat dilakukan dengan kadar agak cepat
memandangkan semua bahan telah ada. Namun kekangan masa tetap memaksa saya melakukannya
secara cepat dan sempurna.

Keperluan program
Program ini dijalankan bertujuan mengeratkan hubungan guru, ibu bapa dan murid dalam akademik
murid itu sendiri. Program ini penting memandangkan murid enam tahun bakal ke tahun satu pada tahun

hadapan. Kesedaran daripada tahap kemahiran mambaca yang lemah dalam kalangan murid ini
menyebabkan saya melaksanakan program ini. Saya percaya tidak ramai rakan-rakan lain yang memilih
untuk melakukan projek seperti ini. Namun saya merasakan ini adalah pelaburan masa panjang. Dan
sudah pasti Guru Besar serta Guru Prasekolah bersetuju dengan program yang kami jalankan ini. Tujuan
utama program ini adalah menyediakan murid yang boleh membaca sebelum masuk ke Tahun Satu.
Penglibatan ibu bapa juga adalah satu penyelesaian yang difikirkan sesuai dengan matlamat program ini.
Sekurang-kurangnya ibu bapa mereka tahu tentang kelemahan anak mereka dalam membaca. Dan
mungkin ada yang dapat menyelami perasaan guru yang mengajar membaca dan berfikir bukan mudah
mengajar membaca kepada anak. Di samping melayan drama Melayu di kaca televisyen, ibu boleh
mengajar anak mereka membaca. Walaupun sekejap namun ibu bapa harus menjadikan masa keluarga
itu berkualiti dan harus diisi dengan aktiviti yang berfaedah. Secara tidak langsung dapat memupuk
budaya membaca dalam komuniti keluarga.

Kelebihan program
Banyak kelebihan yang diperolehi daripada program ini. Saya dapat mengenali para ibu murid dengan
lebih dekat serta membaca personaliti mereka. Program ini juga memupuk nilai kasih sayang bukan
sahaja antara ibu bapa dan murid, tetapi juga warga sekolah SKPG. Program ini dapat melahirkan murid
yang boleh membaca seperti Aiman dan Daniel(murid yang sudah menguasai membaca). Program ini
juga dapat melibatkan hubungan ibu bapa, murid dan guru secara berpanjangan berbanding dengan
Majlis Sambutan Hari Jadi atau Hari Bakat atau Kebun sains. Ini kerana tiada satu pun ibu bapa yang
sanggup melihat anaknya tidak pandai membaca. Jadi ibu bapa akan berusaha mengambil masa untuk
mengajar anak mereka walaupun tidak lama. Hubungan ibu dan anak yang semakin akrab akan
menambah rasa harga diri. Tambahan pula jika ibu bapa memberi pujian dan ganjaran kepada anak
mereka apabila berjaya menguasai sesuatu unit modul. Si anak juga lebih merasa diberi perhatian jika
ibu bapa mengajar mereka dengan kasih sayang. Kekuatan program ini juga terletak kepada sesi
penerangan yang dijalankan oleh Syam yang begitu menyakinkan para ibu dan murid. Boleh dikatakan

semua ibu senang dengan cara beliau. Kawalan murid prasekolah juga sentiasa dipantau dari masa ke
masa agar tidak menganggu majlis. Penggunaan bahan elektronik sebagai bahan persembahan dapat
menarik tumpuan audiens. Mungkin ini adalah perkara baharu bagi masyarakat Pulau Gajah dan
mungkin tidak. Namun animasi serta warna yang menarik dapat menarik perhatian audiens. Gambar
anak-anak mereka semasa proses pengajaran dan pembelajaran juga dipersembahkan. Semua ibu yang
hadir serta tetamu VIP dihadiahi buah tangan kurma eklusif habatus sauda yang ditaja oleh pembantu
prasekolah yang dermawan. Bukti kekuatan program ini adalah ada antara ibu yang sudah berani datang
ke prasekolah mendekati anaknya semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Ini
menunjukkan kesedaran didalam diri ibu bapa bahawa pentingnya penglibatan ibu bapa dalam
mencorakkan kejayaan anak- anak.

Kelemahan
Mungkin rupa buku ini tidak menarik kerana difotostat. Penggunaan unit juga tidak jelas iaitu saya tidak
mengasingkan satu unit dengan satu unit yang lain dalam muka surat yang berasingan. Saya juga berasa
agak kurang bersedia ketika menjadi pengerusi majlis dan menjadikan majlis ini santai dan bersahaja.
Saya tidak menyelitkan pantun pada setiap agenda baru. Sebaliknya hanya kata alu-aluan yang biasa
digunakan dalam majlis. Majlis juga dilakukan secara ringkas sahaja memandangkan audiens yang
kurang 30 orang. Murid yang berada di kawasan hadapan V.I.P agak menganggu program. Kadang-kala
mereka tidak dapat duduk diam dan mengusik antara satu sama lain. Ini menyebabkan mereka bising
dan hilang kawalan. Saya berasa agak kecewa apabila video yang saya hasilkan tidak dapat dimainkan
semula dalam format mediafile. Sepatutnya video ini akan dimainkan esok. Saya tidak dapat menukar
format video ini kerana terlalu banyak kerenah teknologi yang memeningkan.

Penambahabaikan
Mungkin saya boleh meminta sponsor daripada pihak sekolah ingin mencetak buku ini berwarna bagi
tujuan daya penarik. Pembantu prasekolah juga sebaik-baiknya duduk bersama murid-murid bagi
memudahkan kawalan murid. Saya juga telah menggantikan video dengan gambar-gambar murid
prasekolah yang diselitkan di persembahan power point. Sebagai penambahbaikan pada masa akan
datang, saya akan membuat modul ini lebih sistematik dengan meletakkan nombor unit pada setiap
kemahiran yang perlu dikuasai. Pada masa akan datang juga saya harus menyelitkan pantun pemanis
ayat untuk menyerikan lagi sesuatu majlis. Saya juga harus lebih bersedia dan cekap mengandalikan
majlis formal supaya kelihatan lebih yakin dan mengurangkan kesilapan dalam mengacarakan sesuatu
majlis.

5.0.

Refleksi kendiri
Penerimaan tugas pada sebulan lepas menggambarkan kesibukan saya semakin bertambah.
Komitmen terhadap persiapan fail dan praktikum semakin dibebankan dengan tugasan yang agak rumit
apabila tugasan menghendaki saya mengadakan satu program prasekolah bersama penglibatan ibu
bapa. Hati berasa lega apabila guru prasekolah ingin merancang majlis Hari Jadi di Taman Perbandaran
Tengku Anis. Namun rancangan ini telah dibatalkan setelah saya menyiapkan kertas kerja yang lengkap
kerana cuti mengejut pada hari program dan menghampiri bulan puasa. Setelah kecewa dengan kejadian
tersebut, saya dan rakan seperjuangan, Mohd Hisyamuddin telah berbincang dan bersepakat untuk
mengadakan program yang lebih baik. Nasihat dan pendapat yang diberikan oleh Pensyarah
Pembimbing yang mengatakan bahawa lakukan program yang luar daripada kebiasaan membuatkan
saya tiba-tiba berfikir mengenai program membaca. Pada semester lepas, di sekolah yang sama;saya
telah menghasilkan kertas kerja mengenai program persiapan ke Tahun Satu. Dalam kertas kerja ini saya
mengusulkan beberapa cadangan kepada sekolah untuk mengadakan kelas Anjung, program
Buddi(Budaya Didik Diri) dan anak angkat bagi usaha mewujudkan murid prasekolah yang boleh
membaca. Ini adalah tugasan yang diberikan oleh Guru PK1,Tuan Said. Hari praktikum terakhir pada
semester lepas, Guru Besar dan PK1 telah membuat satu jamuan untuk semua guru. Alangkah
terkejutnya saya apabila kertas kerja ini dijadikan salah satu agenda jamuan pada hari itu. Ini
menunjukkan betapa besarnya penghargaan pihak pentadbiran terhadap usaha saya.
Saya telah mengedit semula kertas kerja yang sedia ada untuk disesuaikan dengan program
baru ini. Saya sangat bersemangat dalam melaksanakan tugasan ini, namun terlalu banyak tugasan yang
saya pikul baik belakang dan depan tabir. Secara jujurnya saya banyak melakukan kerja-kerja belakang
tabir seperti penyediaan bahan modul, pencarian kaedah sesuai membaca, membuat diagnosis, kertas
kerja yang perlu diperbaiki beberapa kali dan persembahan slide power point dan video. Saya tersepit
dengan dengan tugasan Buku Rancangan Mengajar yang memerlukan komitmen yang tinggi juga. Jadi,
saya terpaksa bersengkang mata sehingga lewat malam. Saya merasakan Ramadhan tahun ini menuntut
banyak kesabaran. Sehinggakan saya tidak larat melakukan sunat Tarawikh pada setiap hari. Namun ada
kalanya saya gagahkan diri merebut peluang Ramadhan yang datang hanya setahun sekali sahaja.
Badan terasa sungguh lesu dan sakit sehinggakan terpaksa menahan diri daripada minum minuman
sejuk untuk mengelakkan kemudaratan. Dengan keadaan yang sakit belakang akibat membuat RPH dan
kerja-kerja menaip, saya terpaksa meneruskan juga usaha itu. Saya sudah tiada masa lagi untuk
melengahkan masa. Namun saya ada sesekali keluar bersama rakan-rakan untuk menghilangkan bosan
dengan tekanan kerja. Saya percaya akan lebih segar dan bertenaga setelah berehat beberapa jam
tanpa mengusik kerja. Dan kemudian meneruskan semula kerja-kerja tertangguh. Kesannya saya lebih
banyak idea untuk menulis dan memperbaiki kelemahan tugasan. Di sini saya dapat mengurus tekanan

dengan lebih baik dan positif. Begitu juga dalam dunia guru yang sebenar, pasti lebih banyak rintangan
yang perlu diharungi. Saya perlu lebih bijak dalam menjadikan suatu cabaran dan masalah menjadi
peluang dan idea.
Pencarian bahan pada awal-awal mendapat tugasan boleh dikatakan sukar. Tetapi saya tidak
berputus asa mencarinya pada hari-hari berikutnya. Alhamdulillah, saya memperolehi bahan yang saya
cari. Namun tidak semua bahan dapat membantu sepenuhnya. Saya perlu bijak mengambil serba sedikit
point dan mix kesemua bahan ini. Banyak bahan yang diperolehi dalam Bahasa Inggeris termasuk buku
rujukan Pendidikan Awal Kanak-kanak. Saya hanya menterjemah keseluruhan ayat bagi memudahkan
kerja dan tidak terlalu terikat dengan ayat yang skema. Saya akui kerja mengalih bahasa bukan satu
perkara yang digemari oleh guru pelatih seperti saya. Namun, bahan bacaan dalam Bahasa Melayu
sangat terhad. Ini memaksa saya lebih proaktif dan menjadikan masalah ini sebagai satu peluang untuk
saya lebih jinak dengan bahasa asing. Tambahan pula, Bahasa Inggeris sangat penting selepas Bahasa
Kebangsaan dan perlu dikuasai oleh setiap pelajar. Saya memasang cita-cita untuk melanjutkan
pengajian ke tahap lebih tinggi. Dan saya percaya bahawa saya akan menghadapi masalah pada masa
akan datang jika tidak membiasakan diri dengan Bahasa Inggeris dari sekarang.
Dua hari sebelum pelaksanaan program, pemantauan prasekolah berbitang telah dilakukan
oleh JU QIT Pengakalan Chepa. Pn.Norsiah masih mengenali wajah saya walaupun hanya berjumpa
sekali di sekolah beliau pada Program Bina Insan Guru Semester ini. Saya menggunakan peluang ini
untuk berbincang dan bertukar pendapat bersama beliau serta rakannya, Pn.Siti Mariam. Keadaan
menjadi kecoh dengan kemesraan dan sikap bersahaja yang dirujukkan oleh mereka. Saya begitu
senang dengan cara kerja dan idea yang diberikan oleh mereka. Kertas kerja kami mendapat pujian
daripada mereka. Beliau juga mencadangkan agar kami memilih tajuk ini sebagai tajuk tesis pada masa
akan datang. Sebenarnya saya sudah merancang dari awal lagi untuk menjadikan tajuk tugasan sebagai
kajian lanjutan untuk pada masa akan datang. Oleh itu,ini adalah tapak permulaan saya bagi meneruskan
langkah seterusnya. Ini juga adalah satu eksperimen untuk saya melihat keberkesanan program ini
kepada kanak-kanak yang belum mengenali huruf dan membatangkan suku kata. Saya juga merancang
ingin melakukan program ini di prasekolah yang bakal saya praktikum pada tahun hadapan.
Pada hari saya mempengerusikan majlis, saya tidak merasakan penggunaan teks pengacaraan
majlis itu sangat penting. Saya hanya mencatat senarai pemberi ucapan dan tentatif program yang
penting sahaja di kertas kecil. Walaupun pada hakikatnya saya gementar dan takut melakukan kesilapan.
Saya hanya berfikir bahawa audiens hanya ingin mendengar saya bercakap dan bukannya mencari
kesalahan saya. Itulah kata-kata En.Aminuddin (jabatan Bahasa Melayu) sewaktu sesi kuliah di
semester 2 tahun persediaan yang masih tersemat segar di ingatan. Mungkin saya boleh memperbaiki
kemahiran berucap dengan menyelitkan pantun sebagai pemanis kata pada masa yang lain.
Masalah teknikal juga berlaku pada awal-awal pagi di saat saya sedang menyambungkan peralatan
di laptop. Masalah berlaku apabila imej yang dipancarkan di papan layar tiada item button. Guru IT yang

berusaha mulai temui jalan buntu,manakala saya bertekad untuk tidak menggunakan persembahan slide
sebagai tanda kecewa. Namun beberapa saat kemudian, keadaan menjadi baik. Saya telah melakukan
setting pada control pannel dan mencuba semua butang fungsi. Dengan bangganya saya berjaya
melakukan perkara yang tidak diketahui oleh Guru IT. Adakalanya kita tidak boleh berdiam diri walaupun
sesukar manapun masalah itu. Ini mengajar saya untuk melakukan sedaya upaya usaha menyelesaikan
masalah. Hati saya mulai lega dan fokus terhadap perjalanan program seterusnya.
Dalam usaha menyiapkan kerja kurusus ini pula, saya dikejutkan dengan berita pecah rumah yang
terletak selang sebuah rumah saya. Saya sebenarnya sudah merasakan sesuatu pada malam itu. Saya
berusaha tidak mahu tidur kerana risau dengan keselamatan saya dan harta saya. Tambahan pula,saya
keseorangan di rumah. Rakan serumah saya semuanya junior semester 4 dan telah pulang ke kampung
minggu lepas kerana tugasan SBE. Alhamdulillah,saya dalam keadaan baik dan saya percaya Allah ada
untuk melindungi saya. Saya buang semua masalah itu untuk fokus kepada tugasan tetapi masih ada
sisa-sisa kebimbangan itu. Saya mengambil keputusan untuk bermalam di rumah Wani yang terletak
agak jauh. Mungkin ada hikmah semua ini. Mungkin dengan cara ini, saya akan dapat berkongsi idea dan
bahan dengan mereka semua dalam melaksanakan tugasan. Serba sedikit dapat mengurangkan rasa
bimbang terhadap keselamatan saya. Saya membawa barang-barang berharga di dalam kereta juga
sebagai langkah persediaan. Fikiran saya agak terganggu dengan keadaan yang terjadi. Namun saya
hanya berusaha dan bertawakal kepada Allah. Mungkin inilah perkara yang saya perlu hadapi pada masa
akan datang. Bukan ini yang saya minta,tetapi maklumlah ramai guru yang dihantar ke kampungkampung pedalaman dan duduk seorang diri. Tambahan pula, ada yang anak dara menambah rasa risau
dalam diri keluarga dan tuan diri. Saya perlu bersedia dengan keadaan ini semua jika takdir tertulis
begitu.
Banyak perkara yang saya pelajari daripada pelaksanaan tugasan ini. Kerjasama dengan ramai
orang sangat baik. Proses percambahan minda hasil kolaborasi daripada pihak-pihak yang
berpengalaman semestinya menjadikan saya sebagai seorang yang matang. Saya juga banyak
bekerjasama dengan rakan seperjuangan saya, Mohd Hisyamuddin. Saya akui banyak percanggahan
pendapat dan selisih faham antara kami berlaku. Tetapi kami selalu berbincang dan meluahkan perasaan
tidak puas hati antara satu sama lain. Kami cuba mencari jalan penyelesaian terbaik. Kami mempunyai
kelebihan masing-masing. Alhamdulillah,kami dapat bersatu dengan saling melengkapi kekurangan
masing-masing. Dalam kerja kumpulan, persamaan bukanlah perkara terpenting dalam menjayakan
sebuah tugas. Tetapi apa yang penting bagi saya bagaimana proses penyerapan dan penambahbaikan
itu berlaku sehingga menghasilkan tugasan terbaik. Saya banyak belajar mengawal perasaan tertekan
dan kecewa sejak kebelakangan ini. Saya sedari bahawa perasaan marah hanya akan membawa
masalah lain yang lebih buruk. Jadi, saya akan bertenang dan berfikir secara relevan.
Setelah melaksanakan tugasan ini,kepercayaan saya kepada kelebihan penglibatan ibu bapa
dalam menghasilkan anak yang berpotensi lebih mendalam. Baru sahaja 3 hari melaksanakan tugasan
ini, Airil Zupri yang sebelum ini belum menguasai kemahiran huruf, telah dapat membaca suku kata

seperti ca,ci,co,cu dan ce. Inilah bukti bahawa penglibatan ibu bapa dalam perkembangan anak
sangat penting. Saya merasakan program ini telah berjaya kesan daripada kebolehan membaca ini.
Perasaan gembira dan terharu tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Inilah perasaan seorang guru
yang mula bercambah dalam jiwa saya. Saya yakin banyak lagi peluang untuk saya curahkan idea dan
tenaga kepada anak didik pada masa akan datang. Saya berharap saya akan terus bersemangat
menghadapi dunia guru pada masa akan datang.

Faedah Melibatkan
Komuniti
Faedah Melibatkan Komuniti dalam P & P

Faedah kepada murid-murid


1. Memberi peluang kepada murid-murid melihat peranan komuniti.
Murid-murid berpeluang melihat peranan komuniti dengan
lebih dekat apabila prasekolah sering mengadakan pelbagai
aktiviti dengan komuniti. Aktiviti yang melibatkan
peranan komuniti adalah seperti Jabatan Penerangan yang
menyebarkan maklumat kepada masyarakat serta muridmurid
melalui filem-filem dokumentari dan pameranpameran
serta risalah-risalah bagi tajuk-tajuk tertentu.
Sebagai contoh Jabatan Penerangan mengadakan kempen
anti dadah melalui gambar-gambar dan tayangan video
mengenai bahayanya penyalahgunaan dadah. Program
seumpama ini boleh dijalankan pada hari terbuka di
sekolah seperti Hari Kokurikulum.
2. Memberi peluang kepada murid-murid memperoleh
pelbagai pengetahuan dan pengalaman.
Penglibatan komuniti dengan prasekolah memberi peluang
kepada murid-murid mempelbagaikan pengetahuan
serta pengalaman mereka. Salah satu agensi kerajaan
yang merealisasikan hasrat ini adalah perkhidmatan
perpustakaan. Sebagai contoh khidmat perpustakaan yang
selalu diadakan dengan prasekolah adalah perkhidmatan
perpustakaan bergerak.
Perkhidmatan perpustakaan menyediakan pelbagai jenis
bahan bacaan di dalam bas bagi murid-murid meneroka
serta memupuk minat membaca dalam kalangan mereka.
Selain itu, perkhidmatan perpustakaan yang ditubuhkan
di bandar dan luar bandar banyak memberi kemudahan
bahan bacaan yang bermutu dan terkini kepada muridmurid
prasekolah.

3. Murid-murid mendapat lebih perhatian.


Murid-murid adalah insan yang perlu dihargai dan mendapat
perhatian yang lebih dalam proses perkembangan
mereka. Seharusnya, setiap aktiviti yang dijalankan
oleh guru membolehkan murid-murid merasa senang,
riang dan mendapat perhatian apabila bersama dengan
komuniti.
Memandangkan murid-murid adalah pelajar yang aktif,
guru perlu merancang aktiviti bersama-sama dengan
komuniti yang boleh menimbulkan rasa senang dan riang.
Hal ini kerana pembelajaran yang menggembirakan berkesan
pada proses perkembangan murid-murid.
Sebagai contoh lawatan ke pusat perindustrian seperti
kilang membuat kertas. Lawatan ini mendedahkan muridmurid
kepada persekitaran pekerjaan di tempat perindustrian
dan proses penghasilan kertas.
Faedah kepada guru
1. Guru dapat membentuk perhubungan yang mesra
dengan komuniti.
Perhubungan yang mesra dengan komuniti dapat dibentuk
apabila adanya hubungan dua hala antara guru
dan komuniti. Perhubungan dua hala ini dapat diwujudkan
melalui program seperti mengadakan majlis keagamaan.
Jawatankuasa masjid misalnya boleh dijemput oleh
guru ke prasekolah bagi mengajar tentang wuduk ataupun
menceritakan kisah-kisah Nabi. Sedikit sebanyak
aktiviti seperti ini membolehkan guru dan murid-murid
prasekolah terlibat sama dalam aktiviti yang dianjurkan.
2. Komuniti dapat memberi bantuan kepada guru.
Guru mendapat sokongan dan bantuan daripada komuniti
bagi menjalankan aktiviti yang dirancang terutamanya
yang melibatkan tenaga serta bantuan kewangan.
Contohnya guru boleh memohon bantuan dari wakil
rakyat ataupun orang kaya setempat. Bantuan kewangan
ini boleh dimohon apabila guru prasekolah hendak mengadakan
aktiviti seperti lawatan sambil belajar melalui
prosedur tertentu terutamanya melalui surat yang dihantar
secara rasmi.

3. Guru berpeluang memperoleh cadangan dan pendapat


daripada komuniti.
Pendapat daripada komuniti seperti Pusat Kesihatan mengenai
pemakanan murid-murid prasekolah berguna
kepada guru. Pusat kesihatan dapat membantsu guru
dalam penyediaan menu makanan seimbang yang sesuai
dengan tahap perkembangan, tumbesaran dan umur
kanak- kanak. Pemakanan yang berkhasiat dapat menjana
tenaga secukupnya bagi proses pembelajaran murid-murid
serta menjamin kesihatan dan kecergasan mereka. Hal ini
kerana keperluan pemakanan kanak-kanak tidak sama
dengan orang dewasa