Anda di halaman 1dari 15

ETIKA DAN ADAB-ADAB MASJID

Rencana Khas oleh ibn Sultan

ABSTRAK

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.


Selawat dan salam diucapkan untuk Rasul junjungan dan juga untuk
sekelian keluarga dan sahabat baginda.

Tujuan rencana ini ditulis untuk mengenalkan cara-cara atau adab-adab


Masjid yang mana umat Islam khususnya di Singapura kurang ambil berat
tentang adab-adab dan etika di dalam Masjid.

Islam adalah agama sejahtera. Ajaran Islam tidak membenarkan


umatnya sama sekali melakukan sesuatu hingga boleh menimbulkan
perkara- perkara yang tidak disenangi oleh orang lain. Sikap sesetengah
mereka yang pergi ke Masjid dan berbuat sama ada perkara baik atau
tidak sehingga mengganggu orang lain yang ingin beribadah di dalamnya
adalah dilarang.

Dari rencana ini mudah-mudahan kita dapat belajar sedikit sebanyak


tentang menjaga keharmonian Masjid dan kesuciannya, serta menjaga
adab-adabnya dan etika apabila berada didalam Masjid. Oleh kerana itu
kita sepatutnya mengembalikan peranan Masjid secara utuh ke arah satu
paradigma baru iaitu sebagai tempat ibadah dan muamalat yang
berasaskan kepada al- Quran dan as-Sunnah. Dengan itu segala unsur-
unsur negatif (tidak elok) yang boleh menjejaskan nama baik masjid
tertolak dengan sendirinya.

Wassalam
Hafidus Sultan

KANDUNGAN

1. Abstrak

2. Muqaddimah

3. Masjid

4. Keutamaan Membangunkan Masjid

5. Adab Berangkat Ke Masjid


6. Adab Masuk Ke Masjid

7. Adab Dalam Masjid

9. Adab Ketika Mendengar Azan

10. Adab Keluar Masjid

11. Wanita Di Masjid

12. Kecemaran Di Dalam Masjid

13. Kesimpulan

14. Rujukan

MUQADDIMAH

Masjid adalah merupakan sebuah institusi umat Islam yang unggul. Ia


adalah menjadi lambang kepada syiar Islam pusat bagi mengembangkan
ajaran Islam, pusat perhubungan dan penyelarasan, pusat penerangan,
tempat sumber maklumat, tempat mendapat pertolongan dan
sebagainya. Memandangkan betapa pentingnya masjid dalam Islam maka
justeru itu usaha yang mula-mula sekali dibuat oleh baginda Rasulullah
s.a.w semasa berhijrah ke Madinah ialah mendirikan masjid Quba'.
Begitulah jejak langkah ini dituruti oleh sahabat-sahabat Rasulullah
dimana sahaja mereka berada.

Oleh kerana kedudukan masjid yang sangat istimewa dalam Islam dan
peranannya yang cukup besar maka amat wajar masjid-masjid dipelihara
dan dihormati dengan sebaik-baiknya. Ini adalah sebagai usaha untuk
menjadikan masjid itu benar-benar berperanan sebagai institusi Islam
yang unggul dalam masyarakat. Apabila masjid dipelihara dari segi
pengurusan, perhubungan awam, keselamatan dan kenikmatan berada di
dalamnya maka barulah masjid itu akan berfungsi dengan sebenarnya.
Setelah jelas bahawa masjid mempunyai kedudukan yang istimewa dan
terpenting dalam Islam kerana peranannya yang luas terhadap
perkembangan syiar dan dakwah Islam maka semestinya masjid itu
dipelihara dan dihormati. Dengan itu, menjadi tanggungjawab setiap para
jemaah yang mengunjungi masjid memelihara adab-adab atau tatacara
yang telah digariskan oleh Islam. Firman Allah SWT yang berbunyi :-
Yang bermaksud :-
"Sesungguhnya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu
ialah mereka yang beriman kepada dan hari Akhirat serta mendirikan sembahyang
dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah (dengan adanya
sifat-sifat yang tersebut) maka adalah diharapkan mereka menjadi dari golongan
yang mendapat petunjuk." (surah at - Taubah :18)

Kembali ke Senarai Kandungan

MASJID

Istilah :-
Tempat sujud. Yaitu tempat ummat Islam mengerjakan shalat, zikir
kepada Allah SWT dan untuk hal-hal yang berhubungan dengan dakwah
Islamiyah.

Pergertian :-
Masjid ertinya tempat bersujud kepada Allah, dimana diatasnya
diletakkan jidat atau kening. Tetapi yang dimaksudkan dalam bab ini,
ialah tempa yang khusus yang disediakan untuk manusia berkumpul buat
beribadat kepada Allah.

KEUTAMAAN MEMBANGUNKAN MASJID

Masjid adalah tempat yang mulia dan yang paling utama disisi Allah. Oleh
sebab itu sangat besar pahalanya kalau dibangunkan dengan dasar taqwa
kepada Allah.

Dalam sebuah hadis dinyatakan yang bermaksud :-


"Sesiapa yang telah membangukan sebuah masjid, yang sengaja mencari
keredhaan Allah, nanti Allah buatkan pula untuknya sebuah masjid sebesar itu pula
didalam syurga." (diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim)

Memakmurkan masjid atau meramaikan masjid ialah selalu


menghidupkan berjamaah di dalamnya, tempat beribadat di dalamnya,
berkhidmat kepadanya, memelihara dan mengasuhnya,
membersihkannya dan memperbaiki kalau ada yang rusak, mencukupkan
mana yang kekuranganan dan berziarah kepadanya untuk beribadat.
Dalam sebuah hadis yang lain pula baginda bersabda yang bermaksud :-
"Negeri yang paling dicintai Allah ialah masjidnya, sedang negeri yang paling
dimurkai Allah ialah pasarnya." (diriwayatkan oleh Muslim)

Masjid disukai dan dicintai Allah ialah kerana didalam masjid itu disebut
dan dibesarkan nama-Nya, tempat memuji dan menyanjung-Nya. Sedang
pasar dimurkai Allah ialah kerana didalam pasar itu terjadi kemurkaan
Allah. Seperti mencuri, menipu, berdusta dan lain-lainnya.

Masjid adalah tempat menegakkan jamaah. supaya di dalam masjid


dikerjakan sembahyang bersama-sama. Sembahyang menjadi tarikan
buat berkumpul. Jamaah paling penting buat mengikis hidup yang nafsi-
nafsi, egoistis, mementingkan diri sendiri sehingga putus dengan
masyarakat. Kalau sembahyang berjamaah tidak terdapat pada suatu
kampong, tandanya syiar agama tidak tegak, tanda agama akan beransur
habis.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :-


"Sesungguhnya orang-orang yang meramaikan masjid itu, mereka itulah yang
sebenar-benar ahli Allah" (Diriwayatkan oleh Abd bin Huimaid dari Anas bin Malik)

Dan sabda Nabi SAW pula :-


"Demi kebesaranKu dan kemuliaanKu; sesungguhnya Aku telah bermaksud hendak
mendatangkan azabKu, kepada penduduk bumi. Tetapi setelah Aku lihat orang-
orang yang meramaikan rumah-rumahKu, dan orang-orang yang bercinta-cintaan
sesamanya lantaran Aku, dan kepada orang-orang yang memohon ampunKu di
waktu parak saing(sahur), Aku palingkan lah azab itu daripada mereka.
(diriwayatkan oleh Ibnu asakir dari Anas bin Malik)

Kembali ke Senarai Kandungan

ADAB BERANGKAT KE MASJID

Pakailah dengan pakaian yang sesuai dan bersopan apabila hendak


berangkat ke masjid serta disunat berwangi-wangian dan mulailah
dengan kaki kanan dahulu dan berjalan dengan tenang tidak tergesa-
gesa.
Dalam Firman Allah yang berbunyi :-
Yang bermaksud :-
"Hai anak - anak Adam, pakailah pakaianmu yang indah disetiap kamu memasuki
masjid, makan dan minumlah dan jangan kamu berlebih - lebihan sesungguhnya
Allah tidak menyukai orang-orang yang berlebihan." (surah al-A'raf : 31)

Berkata Ibnu Katsir dalam tafsirnya :-


"Dalam ayat ini dan dalam erti yang terkandung didalamnya nyatalah bahwa
menurut sunnah, sebaiknya lah kita berhias-hias ketika sembahyang, terutama pada
hari Juma'at dan Hari-hari Raya. Hendaklah berharum-harum, sebab berharum-
haruman termasuk perhiasan juga. Hendaklah gigi dibersihkan dengan menyikat
gigi(siwak). Kerana gosok gigi adalah penyempurnaan perhiasan, dan yang
seutama-utama pakaian ialah yang putih."

Berkata Al-Kiya Al-Harrasi :-


"Kenyataan ayat ini menunjukkan bahwa kita disuruh berhias bila masuk ke setiap
masjid, kerana keutamaan yang berhubungan dengan masjid-masjid itu, bagi
menghormati masjid dan perbuatan yang terjadi di dalamnya, seumpama I'tikaf,
sembahyang dan tawaf."

Disunatkan memakai barang barang yang wangi atau harum sebab


malaikat sangat suka sekali kepada wangi-wangian dan makruh
hukumnya membawa bau busuk ke dalam masjid seperti bau petai,
jering, bawang dan lain-lainnya sebab malaikat merasa sakit hati dengan
bau busuk itu. Keterangan menyatakan :-

Dari Jabir r.a. Bahawasanya Nabi SAW telah bersabda :-


"Sesiapa yang telah memakan bawang merah, bawang putih dan lobak cina, maka
janganlah ia mendekati masjid kami, kerana sesungguhnya malaikat berasa
sakit(benci) dengan apa yang dibenci oleh anak adam" (diriwayatkan oleh Bukhari
dan Muslim)

Kecuali kalau bau bawang dan lain-lainnya itu dibuangkan lebih dahulu.
Kepada bawang diserupakan bau-bau yang dianggap busuk dan keji.
Disunatkan pula membaca doa ketika dalam perjalanan menuju ke
Masjid. Doa-doa itu diantaranya ialah apabila Rasulullah SAW itu keluar
dari rumah, beliau berdoa :-
Yang bererti :-
"Dengan nama Allah, aku bertawakal kepada Allah, Ya Allah, aku mohon dilindungi
daripada sesat atau disesatkan, tergelincir atau digelincirkan, menganiaya atu
dianiaya, bodoh atau diperbodoh oleh orang lain. (diriwayatkan oleh Ummu
Salamah)

Sabda Nabi SAW yang lain pula:-


"Barangsiapa yang keluar dari rumahnya dan membaca :- Bismillah, tawkakkalku
'alallaah, wa laa haula, walaa quwwata illa billah. (Dengan nama Allah, saya
bertawkal kepada Allah, dan tiada daya maupun tenaga kecualu dengan Allah),
maka Akan mendapat sambutan :- "cukuplah sekian engkau pasti diberi petunjuk,
dicukupi serta dipelihara". Juga setan akan menyingkir dari padanya." (diriwayatkan
oleh Ashabus Sunan dan Tarmidzi)

Apabila Nabi SAW keluar untuk bersembahyang baginda selalu berdoa


yang bermaksud :-
"Ya Allah, berilah cahaya dalam hatiku, cahaya dalam penglihatanku, cahaya
pendengaranku, cahaya dari kananku, cahaya dari belakangku, cahaya dalam urat-
sarafku, cahaya dalam dagingku, cahaya dalam darahku, cahaya dalam rambutku
Kembali ke Senarai Kandungan

ADAB MASUK KE MASJID

Apabila seseorang Muslim hendak masuk ke dalam masjid maka


hendaklah melangkah dengan mendahulukan kaki kanan dan dalam
keadaan tubuh badan yang bersih dan berwuduk serta hendaklah
mempunyai imej yang baik.
Ketika masuk masjid berdoalah kepada Allah SWT sebagai mana Nabi
SAW mengajarkan kita yang diriwayatkan oleh Muslim, Ahmad dan Nas'i
hadis yang bermaksud :-
"Ya Allah, Bukakanlah bagiku pintu- pintu RahmatMu."

Doa ketika masuk masjid :-

Yang bermaksud :-
"Aku berlindung kepada Allah yang Maha Besar, kepada wajahNya yang Maha Mulia
dan kerajaanNya yang qadim (azali) dari syaitan terkutuk, segala puji bagi Allah. Ya
Allah limpahkan selawat dan sejahtera atas Nabi Muhammad SAW dan
keluarganya."
"Ya Allah ampuni dosaku dan bukakan bagiku pintu-pintu rahmatMu"

Dari Hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud pula dari Abdullah bin Amr
bin Ash :-
Nabi SAW bersabda :
"Apabila masuk masjid, beliau mengucapkan "Aku berlindung kepada Allah yang
Maha Agung dan dengan wajah-Nya yang Mulia serta kekuasaan-Nya yang tidak
mendahuluinya, dan gangguan syaithan yang terkutuk."

Nabi SAW berkata :


Apabila ia mengucapkan demikina (doa diatas), syaithan pun berkata : Dipelihara
lah ia dari padaku sisa harinya."

Memberi salam kepada sesiapa yang berada didalam masjid.


Firman Allah SWT yang berbunyi :-
Yang bermaksud : -
"(Memberi hormat dengan berkata): Selamat sejahteralah kamu berpanjangan,
disebabkan kesabaran kamu. Maka amatlah baiknya balasan amal kamu di dunia
dahulu." (surah ar-Ra'd : 24)

Ucapan selamat datang yang disampaikan malaikat, dan kebahagiaan


yang mereka rasai, rupanya bertiang kepada sabar jua. Ada beberapa
kelebihan mereka telah disusun tadi, meneguhi janji, menghubungkan tali
kasih saying kepada manusia, sembahyang, menafikankan harta, tetapi
tiang dari semuanya itu adalah sabar. Kalau tidak ada, segala kelebihan
dari keistimewaan tadi tidak dapat ditegakkan.
Dan sekira tiada saorang dalam masjid tersebut maka ucapkanlah :-
"Selamat keatas kami dan atas hamba Allah yang solih."

Kembali ke Senarai Kandungan

ADAB DALAM MASJID

Tahiyatul Masjid (Menghormati Masjid) :-


Mengerjakan solat sunnah Tahiyatul Masjid sebagai menghormati rumah
Allah sebelum duduk.

Nabi SAW bersabda yang bermaksud :-


"Apabila ada diantara kamu memasuki masjid, maka hendaklah dia rukuk (solat dua
rakaat sebelum duduk)." (diriwiyatkan oleh Bukhari dan Muslim)

Shalat tahiyatul masjid adalah shalat yang sangat dianjurkan sekali, yang
dilakukan bila kita masuk masjid dan belum duduk. Bila khatib sudah naik
mimbar tidak ada shalat sunah yang boleh kita lakukan kecuali shalat
tahiyatul masjid. Karena ketentuannya pada shalat bukan pada faktor
luarnya, apakah ada adzan atau imam sedang khutbah, tetap kita
melakukan shalat tahiyatul masjid. Apalagi ada riwayat yang
menyebutkan bahwa ada orang datang terlambat dan langsung duduk
sementara Nabi saw sedang berkhutbah, lalu beliau menegur orang
tersebut agar melaksanakan shalat tahiyatul masjid.

Nasiruddin berkata :-
"Rasulullah SAW telah menyuruh Salik al-Qaftani supaya mendirikan solat al-
Tahiyyah ketika beliau memasuki masjid sedangkan ketika itu Rasulullah SAW
sedang berkhutbah. Ini bermakna Rasulullah SAW telah menyuruh orang lain secara
amnya untuk melakukan perkara yang sama."

Sempurnakan sembahyang sunat "tahiyatul-Masjid" dua rakaat dengan


lafaz niatnya :-
Yang bermaksud :-
"Sahaja aku sembahyang sunat tahiyatul-Masjid dua rakaat kerana Allah
Taala".

Beriktikaf dalam Masjid :-


Setelah selesai sembahyang hendaklah diniat duduk iktikaf dalam masjid
iaitu :-

Yang bermaksud :-
"Sahaja aku beriktikaf dalam masjid ini sunat kerana Allah Taala".

Iktikaf ertinya berhenti seketika atau lebih di dalam masjid dengan niat
beribadat atau menghampirkan diri kepada Allah.
Di waktu iktikaf itu adalah sebaik-baiknya diisi dengan bacaan Quran,
zikir, selawat ke atas nabi, doa, sembahyang sunat dan lain-lain.
Kesemuanya hendak lah dilakukan dengan sopan dengan suara perlahan
agar tidak mengganggu jemaah yang lain yang sedang beribadat juga.

Kembali ke Senarai Kandungan

ADAB KETIKA MENDENGAR AZAN

Ketika pendengar azan hendaklah berdiam diri dan mendengarnya.


Orang-orang yang mendengarkan azan, mereka hendaknya menjawab
seruan azan itu sebagaimana yang diucapkan oleh muazzin itu, kecuali
ketika kalimat :-

Yang bermaksud "Marilah shalat (2x) . Marilah capai kejayaan (2x)"

Mustami (pendengar) menjawab :-

Yang bermaksud "Tidak ada daya dan kekuatan. Kecuali dari Allah yang
maha tinngi dan maha agung".

Sabda Nabi SAW :-


Yang bermaksud "Apabila kamu sekalian mendengar azan, hendaklah kamu
mengucapkan seperti yang diucapkan oleh muazzin." (diriwayatkan oleh Bukhari
dan Muslim)

Dari Umar bin Khattab r.a. ia berkata : Rasulullah SAW bersabda yang
bermaksud :-
"Bila dikatakan oleh orang yang azan : Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, lalu
kamu katakan pula : Allah Maha Besar, Allah Maha Besar. Kemudian orang yang
azan itu mengatakan : Saya bersaksi bahawa tidak ada tuhan melainkan Allah,
maka kamu mengatakan pula : Saya bersaksi bahawa tidak ada tuhan melainkan
Allah. Kemudian orang yang azan itu berkata pula : Saya bersaksi, sesungguhnya
Nabi Muhammad itu utusan Allah, maka kamu berkata pula : Saya bersaksi,
sesungguhnya Nabi Muhammad itu utusan Allah. Kemudian orang yang azan itu
berkata pula : Marilah kita bersembahyang, lalu kamu menyahut : Tidak ada daya
upaya dan tidak ada kekuatan melainkan dengan izin Allah. Kemudian orang yang
azan itu berkata pula : Marilah mencari kemenangan. Lalu kamu berkata : Tidak ada
daya upaya dan tidak ada kekuatan melainkan dengan izin Allah. Kemudian orang
yang azan itu berkata pula : Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, lalu kamu berkata
pula : Allah Maha Besar, Allah Maha Besar. Kemudian orang yang azan itu berkata
pula : Tidak ada tuhan melainkan Allah, kamupun mengatakan : Tidak ada tuhan
melainkan Allah. Perkataan itu betul-betul datang dari hatimu, maka masuklah kamu
ke dalam surga." (diriwayatkan oleh Muslim)

Pada azan subuh, jika mendengar kalimat :-

Yang bermaksud "Shalat itu kebih baik dari tidur (2 kali)".

Hendaklah dijawab : -

Yang bermaksud "Benarlah engkau telah berbuat baik, dan sayalah


diantara orang-orang yang menjadi saksi yang demikain itu (2 kali)."

Setelah selesai mendengar azan, disunnatkan membaca doa sebagai


berikut : -
Yang bermaksud
"Ya Allah, Tuhan yang memperkenankan seruan yang sempurna dan shalat yang
akan didirikan, kurniakanlah kepada Penghulu kami Nabi Muhammad S.A.W.
kelebihan dan darjat yang tinggi dan kurniakanlah kepadanya kedudukan yang
terpuji yang telah Engkau janjikan. (diriwayatkan oleh Imam yang empat)

Di tambah dengan doa permohonan kerana doa antara Azan dan Iqamah
di maqbulkan. Dan kerjakan solat sunat Rawatib sebelum shalat wajib.

Dari Abu Qatadah, ia berkata : -


"Tatkala kami sedang shalat bersama Nabi SAW, tiba-tiba beliau mendengar suara
berisik orang-orang (yang datang). Maka ketika Nabi telah selesai shalat, ia
bertanya : "Ada apa urusan kamu tadi (berisik) ?". Mereka menjawab : "Kami
terburu-buru untuk turut (jama'ah)", Nabi SAW berkata "Janganlah kamu berbuat
begitu !. Apabila kamu mendatangi shalat, hendaklah kamu berlaku tenang ! Apa
yang kamu dapatkan (dari shalatnya Imam), maka shalatlah kamu (seperti itu) dan
apa yang kamu ketinggalan, sempurnakanlah !" ( diriwayatkan oleh Ahmad, Muslim
dan Bukhari )

Dari Abu Hurairah dari Nabi SAW beliau bersabda : -


"Apabila kamu mendengar iqamat, maka pergilah kamu ke tempat shalat itu, dan
kamu haruslah berlaku tenang dan bersikap sopan/terhormat, dan janganlah kamu
tergesa-gesa, apa yang kamu dapatkan (dari shalatnya Imam), maka shalatlah
kamu (seperti itu) dan apa yang kamu ketinggalan sempurnakanlah". (diriwayatkan
oleh Bukhari, Muslim, Abu Dawud, Ibnu Majah, Nasa'i & Ahmad)

Kedua-kedua hadits ini mengandung beberapa hukum :


Kita diperintah berlaku tenang dan bersikap sopan/terhormat apabila
mendatangi tempat shalat/masjid.
Kita dilarang tergesa-gesa/terburu-buru apabila mendatangi tempat
shalat, seperti berlari-lari, meskipun iqamat telah dikumandangkan.
Kita dilarang berisik apabila sampai di tempat shalat, sedang shalat
(jama'ah) telah didirikan. Ini dapat mengganggu orang-orang yang
sedang shalat jama'ah.
Imam masjid perlu menegur (memberikan pelajaran/nasehat) kepada
para jama'ah (ma'mum) yang kelakuannya tidak sopan di masjid, seperti
berisik, mengganggu orang shalat, melewati orang yang sedang shalat,
shaf tidak beres, berdzikir dengan suara keras, yang dapat mengganggu
orang yang sedang shalat atau belajar atau lain-lain.
Apa yang kita dapatkan dari shalatnya Imam, maka hendaklah langsung
kita shalat sebagaimana keadaan shalat Imam waktu itu.
Setelah Imam selesai memberi salam ke kanan dan ke kiri, barulah kita
sempurnakan apa-apa yang ketinggalan.
Diantara hikmahnya kita diperintahkan tenang dan sopan serta tidak
boleh tergesa-gesa, Nabi SAW pernah bersabda. :-
"Karena sesungguhnya salah seorang diantara kamu, apabila menuju shalat, maka
berarti dia sudah dianggap dalam shalat". (diriwayatkan oleh Muslim)

Kembali ke Senarai Kandungan

ADAB KELUAR MASJID

Apabila keluar dari masjid hendaklah membaca doa yang bermaksud:-


"Dengan nama Allah dan salam ke atas perutusan Allah, Hai Tuhan,
ampunilah dosa-dosaku dan bukalah pintu-pintu kelebihan Engkau
untukku".
Mohon ampun dan bimbingan Allah agar selamat selama di luar dan
berniat untuk datang kembali.

Mendahulukan kaki kiri sambil berdoa ia itu :-

Yang bermaksud :-
"Ya Allah sesungguhnya aku berlindung daripada Mu daripada Iblis dan tentera-
tenteranya. Ya Allah aku bermohon kurnia daripada Mu".

Memberi salam kepada orang yang masih tinggal di masjid.

Kembali ke Senarai Kandungan

WANITA DI MASJID
Para wanita boleh pergi ke masjid dan ikut melaksanakan shalat
berjama'ah dengan syarat menghindarkan diri dari hal-hal yang
membangkitkan syahwat dan menimbulkan fitnah, seperti mengenakan
perhiasan dan menggunakan wangi-wangian.

Sabda SAW yang bermaksud :-


"Janganlah kalian melarang para wanita (pergi) ke masjid dan hendaklah mereka
keluar dengan tidak memakai wangi-wangian." (diriwayatkan oleh Ahmad dan Abu
Daud)

Dan beliau juga bersabda :-


"Perempuan yang mana saja yang memakai wangi-wangian, maka janganlah dia
ikut shalat Isya' berjama'ah bersama kami." (diriwayatkan oleh Muslim)

Pada kesempatan lain, beliau juga bersabda :-


"Perempuan yang mana saja yang memakai wangi-wangian, kemudian dia pergi ke
masjid, maka shalatnya tidak diterima sehingga dia mandi." (diriwayatkan oleh Ibnu
Majah)

Beliau juga bersabda :-


"Jangan kamu melarang isteri-isteri kamu (shalat) di masjid, namun rumah mereka
sebenarnya lebih baik untuk mereka." (diriwayatkan oleh Ahmad, Abu Daud dan Al-
Hakim)

Dalam sabdanya yang lain : -


"Shalat seorang wanita di salah satu ruangan rumahnya lebih utama daripada di
bagian tengah rumahnya dan shalatnya di kamar (pribadi)-nya lebih utama daripada
(ruangan lain) di rumahnya." (diriwayatkan oleh Abu Daud dan Al-Hakim)

Beliau bersabda pula :-


"Sebaik-baik tempat shalat bagi kaum wanita adalah bagian paling dalam
(tersembunyi) dari rumahnya." (diriwayatkan oleh Ahmad dan Al-Baihaqi)

Kembali ke Senarai Kandungan

KECEMARAN DI DALAM MASJID

Ajaran Islam memang melarang umatnya dari bercakap perkara-perkara


yang tidak berfaedah lebih-lebih lagi kata-kata keji, lucah dan
sebagainya. Larangan tersebut perlu diberi perhatian terutama sekali di
dalam masjid dan kawasannya.
Berbual perkara keduniaan yang tidak berfaedah langsung dan tidak ada
kaitanya dengan kebahagiaan hidup di akhirat, perlu dihindarkan sama
sekali semasa kita berada di dalam masjid.

Juga Islam melarang umatnya berkumpul di dalam masjid semata- mata


untuk memperkatakan keaiban orang lain lebih-lebih lagi mengumpat,
menghina, menuduh, mengejek, menjatuhkan maruah orang lain juga
mengangkat suara dengan tinggi.

Dalam hal ini Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :-


"Dari Ibn Mas'ud r.a Nabi bersabda: akan datang di akhir zaman umatku datang ke
masjid lalu mereka duduk berkumpul-kumpul dan yang dibincangkannya hanya
masalah dunia dan kegemaran akan dunia. Janganlah mereka engkau dekati sebab
Allah tidak memerlukan kepada mereka." (diriwayatkan oleh Ibn Hubban dan Al-
Hakim)

Apabila seorang muslim memasuki masjid, janganlah sekali-kali


melangkah kepala-kepala orang lain dan duduk dimana ada ruang
kosong.
Dia juga perlu meraikan kesempurnaan saf-saf serta dilarang melintas
orang-orang yang sedang solat kecuali jika hendak mengisi tempat
kosong di saf pertama kerana kecuaian orang yang berada di saf kedua
(kerana tidak mengisi ruang saf yang kosong).

Apabila seseorang itu berada di dalam masjid, maka dilarang


meninggikan suara sebagaimana Imam Ibnu al-Haj berkata yang
bermaksud :-
"Hendaklah dilarang sesiapa yang mengangkat suaranya di masjid ketika khatib
sedang berkhutbah atau sebagainya daripada berbuat demikian."

Sabda Rasulullah bermaksud:


" Jauhkanlah masjid-masjid kamu daripada (gangguan) kanak-kanak kecil, orang
gila, jual beli, pedang yang terhunus, meninggikan suara kamu dan tidak boleh
melaksanakan hukum hudud (dalam masjid), tangguhlah perlaksanaan hukuman itu
pada hari-hari kamu berkumpul."

Imam Malik dan al- Baihaqi daripada Salim bin Abdullah bahawa Umar bin
al-Khattab r.a telah membina satu ruang dinamakan al-Butaiha, yang
dibina bersebelahan Masjid Rasulullah s.a.w.
Setelah siap beliau berkata :
"Barang siapa yang ingin berucap atau mendeklamasikan sajak atau meninggikan
suara maka silalah keluar daripada masjid dan masuklah ketempat ini."
Malah meninggikan suara ketika membaca al-Quran atau berzikir di
masjid ditegah oleh Islam. Namun ada juga pengecualian iaitu
mengangkat suara kerana mengajar yang merupakan fardu ain atau
perkara wajib dengan syarat tidak semasa sembahyang berjemaah.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:


"Sesungguhnya orang sedang sembahyang sedang munajat kepada Tuhannya
maka hendaklah kamu perhatikan apakah yang dimunajatkannya dan janganlah
kamu menguatkan suara dengan membaca al-Quran. (diriwayatkan oleh Ahmad)

Satu riwayat lain mengatakan:


Nabi sedang beriktikaf di dalam masjid dan baginda mendengar mereka membaca
al-Quran dengan nyaring maka baginda membuka tabir dan berkata yang
bermaksud : -
"Perhatikan, bukankah kamu semua bermunajat kepada tuhan kamu maka
janganlah kamu mengganggu antara kamu dan jangan meninggikan suara ke atas
orang lain dengan bacaan al-Quran." (diriwayatkan oleh Abu Daud dan An-Nasaii)

Melihat kepada asas pembinaan sesebuah masjid, jelas ia bertujuan


supaya umat Islam bertakwa kepada Allah dan penyatuan umat. Masjid
bukanlah tempat menanam bibit-bibit kebencian satu golongan kepada
golongan yang lain dan ia bukan tempat mewujudkan perpecahan di
kalangan umat. Dan ia juga bukan tempat menabur fitnah atau
gelanggang untuk mencaci pihak yang di benci.

Al-Ouran menceritakan orang-orang munafik juga telah membina masjid


bertujuan menabur fitnah dan merosakkan perpaduan di kalangan umat
Islam.
Rasulullah s.a.w dapat memahami niat buruk mereka, lalu baginda
memerintahkan supaya meruntuhkan masjid tersebut dan membakarnya.
Berikutan dengan peristiwa itu Allah menurunkan ayat khusus berhubung
dengan membina masjid dan memuji Masjid Quba sepertimana firman
Allah SWT yang berbunyi :-

Yang bermaksud :-
"Sesungguhnya masjid yang berdasarkan takwa (Masjid Quba) semenjak ia
didirikan lebih patut engkau sembahyang di dalamnya. Di dalam masjid ada orang-
orang yang ingin supaya dirinya bersih, sedangkan Allah kasihkan orang-orang yang
bersih". (surah at-Taubah : 108)

Kembali ke Senarai Kandungan

KESIMPULAN
Jelas bahawa pembinaan masjid sejak dari peringkat permulaan
hendaklah berlandaskan takwa kepada Allah dengan disertai keikhlasan
dan bertujuan menghimpun umat Islam mengikuti jalan yang diredai
Allah, berkenalan sesama umat Islam di samping berbincang dan
menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh setiap umat.

Masjid adalah segala-galanya dalam kehidupan individu Muslim. Namun


begitu, perlu diingat masjid mempunyai adab-adabnya tersendiri dan
umat Islam perlu mengikut adab-adab tersebut.

Sebenarnya, banyak lagi adab-adab masjid seperti cara masuk, duduk,


iktikaf, shalat, ketika keluar dari masjid, menjaga kebersihan, tidak boleh
berjual-beli dan lain-lain lagi.

Umat Islam seharusnya sedar akan hakikat fungsi masjid itu sebagai
pertemuan kecintaan, keharmonian, toleransi dan tolong-menolong.
Mereka bertaut erat seperti saf-saf dalam shalat mereka menuju
keredaan Allah SWT dengan membuang segala sifat iri hati atau dengki
dan hanya mengharapkan keampunan dan keredaan serta serta kebaikan
daripada Allah SWT.
Malah, itulah tanggungjawab dan kewajipan hakiki masjid, iaitu tempat
sujud dalam setiap kegiatan kehidupan, mendekatkan diri individu Islam
dengan khaliqnya. Maka berhubung dengan masjid inilah dapat difahami
dengan sepenuhnya firman Allah SWT yang berbunyi :-

Yang bermaksud : -
"Ingatlah! Janganlah engkau (Wahai Muhammad) menurut kehendaknya, dan
(sebaliknya) sujudlah dan dampingkanlah dirimu kepada Allah (dengan taat dan
beramal soleh)." (surah al-Alaq : 19)

Wallahu A'lam