Anda di halaman 1dari 8

MAWAR 23 : MODUL SAINS TINGKATAN 3 (BAB 1)

BAB 1 :

1.1

LEARN IT AT SCHOOL AND MASTER IT WITH US

RESPIRASI

Mekanisme Pernafasan Manusia


1. Manusia bernafas dengan menggunakan udara disekeliling kita melalui proses respirasi.
2. Respirasi merupakan satu proses dimana organisma hidup memperoleh oksigen dan menyingkirkan
karbon dioksida serta wap air.
3. Rajah di bawah menunjukkan struktur asas serta organ untuk sistem respirasi manusia.

Organ Pernafasan
Lubang hidung

Fungsi
Membolehkan udara tarikan nafas dan hembusan nafas melaluinya

Rongga nasal

Alveolus

Apabila udara melalui rongga nasal, udara dipanaskan dan dilembapkan serta
debu-debu diperangkap oleh bulu hidung
Dinding trakea mempunyai gegelang rawan berbentuk C yang menyokong dan
mencegah trakea daripada runtuh semasa menarik nafas
Cabang trakea berpecah kepada dua bronkus, iaitu satu bronkus memasuki peparu
kanan manakala bronkus yang satu lagi memasuki peparu kiri
Setiap bronkus bercabang kepada tiub-tiub kecil yang diberi nama bronkiol untuk
menambahkan penempatan alveolus dihujungnya
Tempat pertukaran gas antara alveolus dan kapilari darah

Sangkar rusuk

Melindungi peparu

Diafragma

Satu kepingan otot yang memisahkan rongga toraks dengan abdomen serta
mengawal isipadu udara rongga toraks
Terdiri daripada otot interkosta luar dan dalam untuk mengangkat dan
menurunkan sangkar rusuk semasa bernafas
Terbina daripada bronkiol, alveolus dan kapilari darah serta terletak di dalam
ruang rongga toraks

Trakea
Bronkus
Bronkiol

Otot interkosta
Peparu

MAWAR 23 : MODUL SAINS TINGKATAN 3 (BAB 1)

LEARN IT AT SCHOOL AND MASTER IT WITH US

4. Semasa menarik nafas, udara masuk melalui:

Hidung
5.

Rongga
nasal

Trakes

Bronkus

Bronkiol

Alveolus

Rongga
nasal

Hidung

Semasa menghembus nafas, udara keluar melalui:

Alveolus

Bronkiol

Bronkus

Trakea

6. Penyesuaian alveolus untuk pertukaran gas yang cekap adalah seperti berikut;

Luas permukaan yang besar


- peparu mempuyai berjuta-juta alveolus
untuk menyediakan luas permukaan yang
besar supaya pertukaran gas dapat
berlaku dengan lebih berkesan

Dinding yang sangat nipis


-dinding alveolus adalah setebal satu sel
supaya jarak untuk peresapan gas adalah
pendek

Penyesuaian alveolus
Kapilari darah yang banyak

Permukaan yang lembap


- supaya oksigen dapat melarut sebelum
meresap dan merentasi dinding alveolus

- membantu pertukaran gas berlaku


antara alveolus dan kapilari darah
berlaku dengan lebih cepat

MAWAR 23 : MODUL SAINS TINGKATAN 3 (BAB 1)

LEARN IT AT SCHOOL AND MASTER IT WITH US

7. Mekanisme pernafasan melibatkan proses menarik nafas dan menghembus nafas yang berlaku
secara berterusan untuk membekalkan oksigen keseluruh badan.
Tarik Nafas

Bergerak ke atas dan ke depan


Otot mengecut dan diafragma mendatar
Luar - mengecut
Dalam - mengendur
Bertambah
Rendah atau berkurangan
Mengalir masuk ke dalam peparu
Tekanan di luar lebih tinggi daripada di
dalam peparu

Mekanisme
Pernafasan

Hembus Nafas

Sangkar rusuk

Bergerak ke bawah dan ke dalam

Diafragma

Otot mengendur dan diafragma


melengkung ke atas
Luar mengendur
Dalam - mengecut
Berkurangan

Otot interkosta
Isipadu rongga
toraks
Tekanan udara
dalam rongga toraks
Aliran udara
Perbezaan tekanan

Tinggi atau bertambah


Mengalir keluar peparu
Tekanan di dalam peparu lebih tinggi
daripada di luar

8. Jadual di bawah menunjukkan komposisi udara sedutan, udara hembusan dan udara alveolus;
Kandunagn
Udara sedutan
Udara hembusan
Udara alveolus
Oksigen
21%
16%
14%
Karbon dioksida
0.04%
4%
6%
Nitrogen
79%
79%
80%
Wap air
Berubah-ubah
Tepu
Tepu
Suhu
Berubah-ubah
34C
37C

MAWAR 23 : MODUL SAINS TINGKATAN 3 (BAB 1)

LEARN IT AT SCHOOL AND MASTER IT WITH US

Membina model sistem respirasi manusia untuk menunjukkan hubungan antara tekanan udara dalam
rongga toraks dengan proses tarikan dan hembusan nafas
Radas dan bahan: Serkup kaca, tiub kaca berbentuk Y, penutup getah, kepingan getah nipis dan belon.

Fokus Mawar 23 :
Lakukan simulasi seperti berikut:
Prosedur:
1. Bina satu model system respirasi seperti yang ditunjukkan dalam Rajah di atas.
2. Tarik kepingan getah ke bawah. Perhatikan perubahan yang berlaku pada belon di dalam serkup
kaca.
3. Tolak kepingan getah ke atas dan ke dalam serkup kaca. Perhatikan perubahan yang berlaku.
Soalan:
1. Namakan bahagian sistem respirasi yang diwakili oleh serkup kaca, tiub kaca berbentuk Y, belon
dan kepingan getah.

2. Lengkapkan jadual berikut untuk menunjukkan perubahan yang berlaku pada belon dan
nyatakan perubahan tekanan udara di dalam serkup kaca
Tindakan yang dilakukan

Perubahan pada belon

Tekanan udara di dalam


serkup kaca

Kepingan getah ditarik ke


bawah
Kepingan getah ditolak ke atas

3. Apakah hubungan antara tekanan udara di dalam rongga toraks dengan mekanisme pernafasan

MAWAR 23 : MODUL SAINS TINGKATAN 3 (BAB 1)

1.2

LEARN IT AT SCHOOL AND MASTER IT WITH US

Pengangkutan Oksigen dalam Badan Manusia


1. Oksigen dibawa masuk dan karbon dioksida dibawa keluar dari peparu melalui alveolus.
2. Proses ini dikenali sebagai pertukaran gas melalui proses resapan.
3. Rajah di bawah menunjukkan pertukaran gas di peparu dan sel-sel badan;

Menarik
nafas

Kepekatan oksigen lebih tinggi di dalam alveolus menyebabkan resapan


oksigen ke dalam kapilari darah dan seterusnya ke dalam sel darah merah
Oksigen bergabung dengan hemoglobin dalam sel darah merah untuk
membentuk oksihemoglobin

Darah ke
seluruh
badan

Darah beroksigen dihantar ke seluruh badan melalui sistem peredaran


darah
Kapilari mempunyai kepekatan oksigen yang lebih tinggi berbanding
dengan sel-sel badan
Sel-sel badan pula mempunyai kepekatan karbon dioksida yang lebih tinggi
berbanding dengan kapilari
Oksihemoglobin di dalam sel darah merah membebaskan oksigen untuk
meresap ke dalam sel-sel badan
Karbon dioksida dari sel-sel badan pula meresap masuk ke dalam sel darah
merah pada masa yang sama

Darah terdeoksigen dibawa pulang ke alveolus menyebabkan kepekatan


karbon dioksida adalah tinggi dalam kapilari darah
Menghembus
nafas
Karbon dioksida meresap melalui dinding alveolus lalu disingkirkan
melalui hembusan nafas

MAWAR 23 : MODUL SAINS TINGKATAN 3 (BAB 1)

1.3

LEARN IT AT SCHOOL AND MASTER IT WITH US

Kepentingan Sistem Respirasi yang Sihat


1. Kualiti udara mempunyai kesan yang ketara terhadap system respirasi.
2. Apabila kita menyedut udara yang tercemar, ia boleh membahayakan kesihatan
manusia dan mendatangkan pelbagai jenis penyakit.
3. Jadual di bawah menunjukkan bahan pencemar di udara dan kesannya terhadap
manusia;

Bahan pencemar
Tar

Sumber
Asap rokok

Nikotina

Asap rokok

Karbon
monoksida

Asap
kenderaan

Sulfur dioksida

Asap kilang

Jerebu (asap,
debu dan zarah
halus seperti
nitrogen
dioksida)

Asap kilang,
asap
kenderaan,
pembakaran
terbuka

Kesan
Mengandungi karsinogen yang boleh menyebabkan
kanser peparu
Mengurangkan kecekapan resapan oksigen ke dalam
alveolus
Menyebabkan ketagihan pada penghisap rokok
Menjadikan denyutan jantung menjadi pantas,
meningkatkan tekanan darah dan pernafasan yang
pantas
Menyebabkan emfisema iaitu alveolus pecah semasa
batuk serta penyakit jantung dan strok
Gas beracun yang berupaya untuk bergabung
dengan haemoglobin dengan lebih cepat berbanding
oksigen
Mengurangkan bekalan oksigen dalam badan dan
menyebabkan kematiaon
Bersifat asid yang boleh memusnahkan tisu-tisu
peparu dan menyebabkan keradangan
Menyebabkan asma dan kesesakan nafas akibat
penyempitan laluan udara seperti bronkus dan
bronkiol
Juga boleh menyebabkan bronchitis iaitu batuk
kronik disebabkan keradangan pada lapisan bronkiol

4. Terdapat pelbagai cara untuk meningkatkan kualiti udara seperti;

Berhenti merokok

Mengelakkan
pembakaran terbuka

Menyelenggara
kendaraan mengikut
jadual

Kilang menggunakan
penapis pada cerobong
asap

Melaksanakan undangundang untuk


mengawal pencemaran
udara

Mengurangkan
menggunakan
kenderaan bermotor
(basikal, berjalan,
kenderaan awam)

MAWAR 23 : MODUL SAINS TINGKATAN 3 (BAB 1)

LEARN IT AT SCHOOL AND MASTER IT WITH US

Mengkaji kesan rokok kepada peparu


Radas dan bahan: Rokok, kapas penunjuk semesta, tiub getah, thermometer, pam sedut, tiub-U dan
tabung didih.

Fokus Mawar 23 :
Lakukan eksperimen seperti berikut:
Prosedur:
1. Radas disusun seperti dalam rajah di atas.
2. Tanpa menyalakan rokok, pam sedut dihidupkan selama beberapa minit.
3. Termometer, warna kapas dan penunjuk semesta diperhatikan.
4. Langkah 1 hingga 3 diulang dengan menyalakan rokok.
5. Pemerhatian dicatatkan.
Keputusan:
Bahan
Termometer

Pemerhatian

Inferens

Kapas

Penunjuk
semesta

Soalan:
1. Apakah yang diwakili oleh kapas di dalam tiub-U

2. Apakah fungsi larutan penunjuk semesta?

3. Apakah kesimpulan yang boleh dibuat dari eksperimen tersebut?

MAWAR 23 : MODUL SAINS TINGKATAN 3 (BAB 1)

LEARN IT AT SCHOOL AND MASTER IT WITH US