Anda di halaman 1dari 34

Perkembangan Pendidikan Di Malaysia: Falsafah & Dasar

UNIT 1

Zaini Abdullah
Fakulti Pendidikan & Pembangunan Manusia
Universiti Pendidikan Sultan Idris
September 2014

Unit 1: Konsep Dan Pengertian: Falsafah, Pendidikan, Dasar Dan Pembangunan

KONSEP
DAN PENGERTIAN
FALSAFAH, PENDIDIKAN,
DASAR DAN PEMBANGUNAN

Perkembangan Pendidikan Di Malaysia: Falsafah & Dasar

UNIT 1
KONSEP DAN PENGERTIAN: FALSAFAH, PENDIDIKAN,
DASAR DAN PEMBANGUNAN
Objektif:
1.

Menjelaskan pengertian dan hubungkaitan konsep falsafah, pendidikan, dasar


pembangunan

dan

2.

Menjelaskan hubungan di antara pendidikan, perubahan dan pembangunan.

3.

Menerangkan konteks perubahan yang berlaku hasil dari perkembangan pendidikan.

4.

Membincangkan bagaimanakah pendidikan dan pembangunan boleh membentuk dua


pembolehubah yang saling mempengaruhi.

5.

Membandingbezakan hubungan di antara pembangunan dan perubahan sistem


pendidikan di negara-negara maju terpilih.

FALSAFAH
PENDIDIKAN

SISTEM
PENDIDIKAN

PEMBANGUNAN
NEGARA

PEMBANGUNAN
INSAN

KUALITI
KUANTITI

Unit 1: Konsep Dan Pengertian: Falsafah, Pendidikan, Dasar Dan Pembangunan

DASAR
PENDIDIKAN

Perkembangan Pendidikan Di Malaysia: Falsafah & Dasar

endidikan dan pembangunan membentuk dua pembolehubah yang saling berkaitan sama
ada dalam bentuk sebab dan akibat ataupun saling berhubungan. Pendidikan dilihat sebagai
satu proses untuk mengupayakan manusia berfikir dan bertindak secara yang benar dan betul.
Kebenaran adalah sesuatu yang terbentuk dari keimanan, pemikiran dan tindakan. Oleh itu
pendidikan sangat akrab dengan ilmu dari sudut agama, falsafah dan sains. Dalam agama,
kepercayaan membawa kepada kebenaran, meningkatkan keimanan dan menetapkan
tindakan. Falsafah pula merupakan ilmu yang membawa sains kepada agama dalam hal
kebenaran. Falsafah pendidikan memerihalkan tentang fungsi, proses dan matlamat
pendidikan yang dilaksanakan. Bagaimana pendidikan yang akan dilaksanakan itu
diformulasikan adalah tertakluk kepada dasar-dasar yang telah digubal dan diperundangkan.
Manakala pengisian kepada pelaksanaan pendidikan bagi mencapai matlamat yang ditetapkan
adalah menerusi sistem pendidikan yang dibentuk. Dalam konteks ini, falsafah, dasar dan
sistem pendidikan menjadi jambatan yang menghubungkan matlamat pendidikan dengan
proses pelaksanaannya dalam pengajaran dan pembelajaran. Akhirnya pendidikan yang
dilaksanakan bagi menterjemahkan falsafah pendidikan, dihasratkan dapat membangunkan
manusia supaya menjadi insan berkualiti yang dapat memberi sumbangan kepada
pembangunan dan kesejahteraan diri, keluarga, masyarakat dan negara.

Konsep Dan Pengertian Falsafah

Falsafah

= Philosophy (Bahasa Inggeris)

Philosophy

= Philosophia (Yunani)
= Philos + Sophia
= The love of wisdom
(Cinta) (bijaksana atau arif) = (Mencintai kebijaksanaan)

Philosophia membawa maksud cinta akan kebijaksanaan atau kearifan. Bijaksana atau arif
bermaksud ingin mengetahui secara mendalam. Orang yang mencintai ilmu merupakan orang
yang bijak. Orang yang bijak sentiasa menghimpun pengetahuan. Dengan pengetahuan, orang
Falsafah
= Mencintai Kebijaksanaan
yang bijak dapat menyingkap kebenaran dan menghapus kebatilan serta kejahilan. Oleh itu
orang yang sentiasa mencari ilmu adalah orang yang cinta kepada kebenaran. Herakleitos
merupakan tokoh awal yang menggunakan perkataan falsafah yang bermakna mencintai
kebijaksanaan. Kebijaksanaan mempunyai hubungan langsung dengan kebenaran. Selepas itu
ramai tokoh lain yang memberi pengertian kepada falsafah, namun dari segi intipatinya masih
sama dengan mencintai kebijaksanaan. Sebagai contoh, Socrates (469-399 sm) menyatakan
falsafah sebagai suatu usaha menyelidik bagi membentuk pengetahuan yang murni untuk
mencapai kebijaksanaan. Usaha ini dilaksanakan menerusi soal jawab (dialog Socrates).
Manakala Plato (427347 sm) pula mendefinisikan falsafah sebagai usaha mengetahui
segala yang ada berhubung dengan manusia dan kehidupannya untuk mencapai hakikat
kebenaran. Usaha ini dilakukan menerusi proses dialektik dan hal mengetahui jiwa manusia.
Aristotle (384322 sm) pula menegaskan bahawa falsafah ialah disiplin yang menyelidiki
asas dan sebab segala benda. Beliau menetapkan falsafah sebagai ilmu tentang kebenaran
yang diperoleh menerusi pelbagai cabang ilmunya seperti metafizik, epistemologi, aksiologi
dan logik.

Unit 1: Konsep Dan Pengertian: Falsafah, Pendidikan, Dasar Dan Pembangunan

Perkataan falsafah dalam bahasa Malaysia sebenarnya diambil dari bahasa Inggeris iaitu
philosophy yang berakar umbi dari perkataan Yunani iaitu philosophia yang merupakan
gabungan dari dua suku kata iaitu philos yang bermaksud cinta dan Sophia yang bererti
bijaksana atau arif.

Perkembangan Pendidikan Di Malaysia: Falsafah & Dasar

Tokoh-tokoh falsafah moden selepas itu seperti Dewey (18591925) menyatakan


falsafah sebagai alat perjuangan manusia melakukan penyesuaian dalam sesuatu kebudayaan
dan persekitaran. Manakalala Russell (18721970) menegaskan bahawa falsafah sebagai
kritikan terhadap pengetahuan dengan cara mengkritik asas-asas yang dipakai dalam ilmu dan
dalam kehidupan seharian serta mencari sesuatu ketidakselarasan yang terkandung di dalam
kedua-duanya. Berdasarkan kepada definisi oleh lima orang tokoh falsafah barat, Socrates,
Plato dan Aristotle bersependapat bahawa kebijaksanaan boleh diperoleh menerusi pelbagai
pendekatan dan kaedah. Manakala Dewey dan Russell pula melihat kebijaksanaan juga boleh
diperoleh dari sudut yang lain seperti menerusi analisis dan kritikan. Falsafah dalam
pengertian barat hanya berfokus tentang manusia dan alam semata-mata.

Al-Farabi (870950) pula pula membahagikan falsafah kepada dua iaitu falsafah teori
(an-Nadhariyyah) dan falsafah praktik (al-Amaliyyah). Falsafah teori (an-Nadhariyyah):
falsafah yang bertujuan untuk mengetahui sesuatu yang ada, tanpa tuntutan untuk
mewujudkannya dalam amal. Contohnya ilmu matematik dan ilmu fizik. Falsafah praktik (alAmaliyyah): falsafah yang bertujuan untuk mengetahui sesuatu yang seharusnya berlaku
dalam amalan. Amalan ini ada yang berkenaan dengan individu (ilmu akhlak), masyarakat
(ilmu kemasyarakatan) dan kewarganegaraan (ilmu politik). Dengan itu beliau menyatakan
falsafah mestilah dimuliakan sebagaimana tujuan agama. Kedua-duanya (falsafah dan agama)
merupakan ilmu yang bertujuan untuk mengetahui tentang alam yang maujud dan bertujuan
menyelidiki hakikat yang sebenarnya.
Ibnu Sina (9801037) juga membahagikan falsafah dalam konteks teori dan praktik
yang dihubungkan dengan agama. Dasarnya terdapat dalam syariat agama dan penjelasan dan
kelengkapannya diperoleh menerusi akal manusia. Tujuan falsafah praktik ialah mengetahui
apa yang sepatutnya dibuat dan diamalkan oleh setiap manusia sehingga mendapat
kebahagian di dunia dan akhirat. Perkara ini dikenali sebagai ilmu akhlak. Falsafah juga
mencakupi undang-undang, iaitu apa yang sepatutnya dibuat dan diamalkan oleh setiap
manusia dalam hubungannya dengan diri, keluarga, masyarakat dan negara. Pembahagian
falsafah dalam Islam secara mudahnya dapat dirujuk dari penulisan oleh Haji Abdul Malik
Karim Amrullah atau lebih dikenali sebagai Hamka (2009 & 2009) di mana beliau telah
membahagikan falsafah kepada dua iaitu falsafah ketuhanan dan falsafah hidup. Falsafah
ketuhanan merujuk kepada hakikat mengenal pencipta. Dinyatakan bahawa yang mula-mula
timbul dalam diri manusia adalah perasaan bahawa ada sesuatu yang menguasai alam ini. Dia

Unit 1: Konsep Dan Pengertian: Falsafah, Pendidikan, Dasar Dan Pembangunan

Dalam Islam, falsafah lebih dikenali sebagai hikmah. Persoalan hikmah menyentuh
tentang kebijaksanaan manusia dan ketuhanan. Kamus Dewan Edisi IV (2005) memberikan
pengertian hikmah sebagai kebijaksanaan atau kecerdikan kurniaan Allah. Hikmah juga
membawa maksud kelebihan atau tujuan sebenar sesuatu perkara. Oleh kerana perkataan
falsafah terbit dalam bahasa Yunani, maka tiada istilah falsafah dalam al-Quran dan agama
Islam. Apa yang ada hanyalah pembahagian atau pengkategorian falsafah. Contohnya AlKhindi membahagikan falsafah kepada tiga iaitu Ilmu Fizikal (ilmut-thibiiyyat), Ilmu
Matematik (al-ilm-ur-riyadhi) dan Ilmu Ketuhanan (ilm-ur-Rububiyyah).
i.
Ilmu Fizikal (ilmut-thibiiyyat) merupakan peringkat ilmu yang paling rendah:
mencakupi alam nyata yang terdiri dari benda-benda konkrit yang dapat ditangkap oleh
pancaindera.
ii.
Ilmu Matematik (al-ilm-ur-riyadhi) merupakan peringkat ilmu pertengahan: berhubung
dengan benda tetapi mempunyai kewujudan tersendiri yang dapat dipastikan dengan
angka-angka (contohnya matematik, astronomi, muzik dan teknologi)
iii. Ilmu Ketuhanan (ilm-ur-Rububiyyah) merupakan peringkat ilmu tertinggi: berhubung
dengan pencipta, keesaan, kepercayaan dan kepatuhan.

Perkembangan Pendidikan Di Malaysia: Falsafah & Dasar

yang maha berkuasa menjadikan segala sesuatu di alam ini, mengatur dan menyusun
perjalanannya. Melalui pancaindera dan akal, manusia dapat mempersaksikan alam ini
dengan pelbagai sifat dan lakunya. Ada kebesaran, keajaiban dan keindahan dan ada
perubahan-perubahan yang tetap. Kehidupan manusia sendiri tidak dapat dipisahkan dengan
alam ini. Manakala falsafah hidup merujuk kepada manusia sebagai ciptaan Allah yang
diamanahkan untuk melaksanakan bertanggungjawab sebagai khalifah di bumi ini dengan
menggunakan kebijaksanaan akal, akhlak dan amalan dengan sebaik-baiknya.
Berdasarkan kepada beberapa pengertian falsafah yang dikemukakan, dapat
dirumuskan bahawa falsafah sangat berkait rapat dengan kehidupan manusia sendiri.
Kehidupan yang bagaimanakah menjadi pilihan manusia untuk menempuhinya? Apakah
yang membentuk persekitaran kehidupan manusia? Bagaimanakah manusia menanggap
tentang dirinya? Apakah erti bagi suatu kehidupan? Jelas bahawa persoalan falsafah berkitar
pada tiga dimensi iaitu (i) diri dan kehidupan manusia, (ii) bumi dan alam tempat manusia
hidup dan (iii) langit dan sistem suria. Perkara ini bertepatan dengan apa yang terdapat di
dalam al-Quran surah Az-Zariyat (51) ayat 2022.
i.
Dan pada bumi adalah bukti bagi orang-orang yang yakin. (Ayat 20)
ii.
Dan pada dirimu sendiri, apakah tidak kamu lihat? (Ayat 21)
iii. Dan pada langit, rezekimu dan apa yang dijanjikan buat kamu. (Ayat 22)

Ciri-Ciri Berfikir Secara Falsafah Ke Arah Kebenaran

Berfikir yang dikatakan berfalsafah ialah apabila usaha berfikir tersebut mengandungi tiga
ciri utama iaitu berfikir radikal, berfikir sistematik dan berfikir universal.
i.

Berfikir Radikal: Radikal berasal dari perkataan radix (bahasa Yunani) yang bererti
akar. Berfikir radikal ialah berfikir secara mendalam sehingga ke akar umbi atau
sehingga ke peringkat paling dasar. Berfikir sebegini bukanlah hanya dengan imbasan
sahaja atau di bahagian permukaan semata-mata. Berfikir radikal ini meletakkan
andaian tiada yang tahu, tiada yang benar, tiada yang suci dan tiada yang terlarang.

ii.

Berfikir Sistematik: Berfikir sistematik ialah berfikir secara logik dan tersusun yang
bergerak selangkah demi selangkah dengan penuh kesedaran secara turutan,
berkesinambungan dan tertib. Berfikir sebegini menunjukkan hubungan peranan,
tanggungjawab dan saling hubungan yang teratur.

iii.

Berfikir Universal: Berfikir universal ialah berfikir secara umum dan mencakupi
keseluruhan perspektif atau worldview. Hal ini bermakna berfikir sebegini adalah tidak
secara khusus atau terbatas pada bahagian-bahagian tertentu sahaja. Berfikir secara
universal ini dapat memberikan perspektif yang berbagai. Ia dapat menemukan titik
kesesuaian dan manfaat yang diperoleh.

Unit 1: Konsep Dan Pengertian: Falsafah, Pendidikan, Dasar Dan Pembangunan

Falsafah ialah mencintai kebijaksanaan. Kebijaksanaan mempunyai kaitan langsung dengan


berfikir tentang kebenaran. Sidi Gazalba (1974) menyatakan dalam bentuk falsafah:
Bahawa makhluk berfikir ialah manusia. Manusia berfikir ialah ahli falsafah.
Ahli falsafah ialah manusia. Tetapi manusia bukan ahli falsafah. Berfalsafah
adalah berfikir. Tetapi berfikir bukan berfalsafah.

Perkembangan Pendidikan Di Malaysia: Falsafah & Dasar

Falsafah: Cabang, Persoalan Dan Penyelesaian

ii.

Epistemologi: Cabang yang membincangkan perkara khusus tentang persoalan ilmu


dan pengetahuan dari aspek perolehan, jenis, sumber dan kesahannya. Cabang ini
menghuraikan tentang manusia sebagai makhluk berakal yang menggunakan
pengetahuan yang diperoleh untuk mentadbir kehidupannya di bumi ini. Pengetahuan
ini dilihat dari pelbagai sudut yang mencakupi agama, sains atau falsafah.

iii.

Aksiologi: cabang yang membincangkan secara khusus mengenai persoalan nilai yang
terdiri dari etika dan estetika untuk keharmonian dan keseimbangan kehidupan
manusia. Etika ialah tatalaku manusia dalam kehidupannya. Ada perlakuan yang
dikatakan baik dan ada juga perlakuan yang dikatakan tidak baik. Ada etika yang
didokumenkan yang membentuk peraturan dan undang-undang. Contoh etika jenis ini
ialah etika berpakaian dan etika tatasusila kerja. Terdapat juga etika yang tidak
didokumenkan. Etika jenis ini berupa pantang larang atau taboo ke atas ahli sesuatu
masyarakat. Contohnya, makan menggunakan tangan kiri dan berpakaian yang
mendedahkan susuk tubuh dianggap tidak sopan. Begitu juga memanggil ibu bapa
dengan nama mereka juga dianggap suatu kebiadaban. Tetapi ia terhad kepada sesuatu
masyarakat dan bukannya keseluruhan masyarakat sejagat. Estetika pula meletakkan
nilai terhadap sesuatu yang ditanggap oleh panca indera manusia. Manusia dianugerahi
dengan pancaindera untuk menyalurkan maklumat kepada otak bagi menghasilkan
suatu penanggapan terhadap apa yang diterima. Contoh, mata melihat panorama yang
indah dan cantik. Maka nilai kecantikan yang dilihat itu adalah estetika. Begitu juga
apabila telinga mendengar alunan lagu dan irama yang merdu. Kemerduan yang
didengar itulah merupakan estetika. Dalam kehidupan manusia, etika dan estetika
bergabung untuk membentuk keharmonian.

Unit 1: Konsep Dan Pengertian: Falsafah, Pendidikan, Dasar Dan Pembangunan

Memahami falsafah bukanlah suatu perkara yang mudah kerana ia berkaitan dengan perkara
di luar dari lingkungan kehidupan biasa manusia walaupun berkaitan dengan diri manusia
sendiri. Memahami Matematik terletak kepada kefahaman menggunakan angka. Manakala
memahami Geografi bergantung kepada kefahaman terhadap fenomena alam dan ruang.
Memahami Sejarah pula berkaitan dengan peristiwa dan kronologi waktu. Bagaimanakah kita
boleh memahami falsafah? Secara analoginya, memahami falsafah samalah seperti memasuki
sebuah rumah. Rumah ialah binaan yang mempunyai pelbagai ruangan dengan fungsi-fungsi
yang berbeza dan berperanan menyelesaikan masalah yang berbeza. Sebagai contoh ruang
tamu adalah untuk menerima kunjungan tetamu yang datang ke rumah. Manakala ruang
makan adalah untuk tempat keluarga berkumpul dan menjamu selera. Ruang dapur sudah
pasti menjadi tempat untuk menyediakan makanan dan bilik tidur pula menjadi tempat untuk
berehat. Walaupun berbeza fungsi namun kesemua ruangan itu sama pentingnya dan saling
diperlukan untuk menjadikannya sebuah rumah yang sempurna. Cuba kita bayangkan jika
sebuah rumah itu tidak mempunyai ruang dapur. Tidakkah timbul kerumitan atau masalah
yang menyebabkan rumah itu tidak sempurna. Begitu juga halnya dengan falsafah. Falsafah
adalah bidang ilmu yang mempunyai empat cabang yang berbeza tetapi saling berkaitan.
Setiap cabang falsafah berfungsi untuk menyelesaikan persoalan yang berbeza. Cabang
falsafah tersebut ialah metafizik, epistemologi, aksiologi dan logik.
i.
Metafizik: Cabang yang membincangkan perkara khusus yang berkaitan dengan
persoalan realiti, kesejagatan dan ketuhanan yang menyentuh tentang kebenaran dan
kewujudan. Cabang ini memerlukan ketajaman fikiran manusia untuk membuat
perenungan bagi merealisasikan sesuatu yang berada di sebalik fizik yang ada. Cakupan
ilmu yang terdapat dalam cabang metafizik meliputi hakikat kesejagatan (cosmology),
hakikat ketuhanan (theology) dan hakikat manusia dan alam (ontology).

Perkembangan Pendidikan Di Malaysia: Falsafah & Dasar

iv.

Logik: Cabang yang secara khusus membincangkan tentang persoalan untuk membuat
keputusan atau rumusan yang perlu diambil secara tepat dan berkesan. Perbincangan
tentang logik membabitkan dua jenis logik iaitu logik induktif dan logik deduktif.
(a) Logik induktif: Suatu keputusan atau rumusan yang diangkat dari
pernyataan yang bermula daripada sesuatu yang bersifat khusus dan
berakhir dengan yang umum. Contoh: Tikus lebih kecil dari kucing
(pernyataan khusus). Kucing lebih kecil dari harimau. Maka kucing lebih
besar dari tikus tetapi lebih kecil dari harimau (penyataan umum).
(b) Logik deduktif: Suatu keputusan atau rumusan yang diangkat daripada
pernyataan yang bermula dari sesuatu yang bersifat umum dan berakhir
dengan yang khusus. Contohnya; Semua hidupan akan mati (pernyataan
umum). Kucing adalah benda hidup. Maka kucing akan mati (pernyataan
khusus).

Persoalan falsafah yang terdapat pada semua cabang falsafah boleh diselesaikan dengan
membahaskannya berdasarkan dua perspektif iaitu agama dan pemikiran. Perspektif agama
mengambil sudut pandang dari pelbagai agama seperti Islam, Yahudi, Kristian, Hindu, Budha
dan sebagainya. Manakala perspektif pemikiran manusia adalah berlandaskan pemikiran
dari tokoh-tokoh pemikir dari barat, timur tengah, timur, nusantara dan Melayu. Jika barat
mengkagumi ketokohan Socrates, Plato dan Aristotle, Descartes, Spinoza, Immanuel Kant,
Hegel, Ernest Renan, Herbert Spencer dan lain-lain lagi, dunia Timur Tengah juga tidak
kurang dengan ketokohan pemikir seperti al-Farabi, Ibnu Sina, Al-Ghazali, Ar-Razi, Ibnu
Khaldun dan lain-lain lagi. Malahan dikatakan jika Aristotle ialah guru yang pertama maka
al-Farabi ialah guru yang kedua. Di rantau alam Melayu pula falsafah bangsa yang
berkembang adalah hasil dari pengaruh-pengaruh luar seperti timur tengah, India, Eropah dan
timur jauh menerusi perdagangan, penjajahan, penjelajahan dan keilmuan serta dakwah.
Nama-nama tokoh dari alam Melayu seperti Wali Songo, Abdur Rauf, Hamzah Fansuri,
Abdullah Munsyi, Tun Sri Lanang, Haji Abdul Malik Karim Amrullah (Hamka), Sutan
Takdir Alisjahbana dan lain-lain lagi telah membuka ruang pemikiran terhadap dunia Melayu
mengikut lingkungan masyarakat dan budaya Melayu dan agama Islam. Hubungkait di antara
cabang falsafah, persoalan falsafah dan penyelesaiannya dapat dilihat menerusi Rajah 1.1.

Unit 1: Konsep Dan Pengertian: Falsafah, Pendidikan, Dasar Dan Pembangunan

Setiap cabang falsafah berperanan penting untuk membahas dan menjawab soalansoalan falsafah yang berbangkit. Persoalan falsafah tersebut membincangkan fungsi setiap
cabang falsafah bagi menyelesaikan persoalan berkaitan untuk memahami dan mengungkap
hakikat kebenaran. Contohnya persoalan metafizik adalah seperti: Apakah alam semesta?
Apakah kehidupan? Apakah kebebasan? Manakala persoalan epistemologi adalah seperti:
Apakah yang boleh diketahui? Bagaimanakah manusia mengetahui? Apakah sumber
pengetahuan? Sejauhmanakah pengetahuan boleh dipercayai? Aksiologi pula
membincangkan persoalan seperti: Apakah rasa yang enak? Apakah hakikat kebagusan?
Apakah yang patut disukai? Apakah yang patut diutamakan? Apakah yang patut menjadi
cantik? Akhirnya ialah persoalan logik yang menjurus kepada menghasilkan keputusan,
rumusan atau kesimpulan.

Perkembangan Pendidikan Di Malaysia: Falsafah & Dasar

Cabang Falsafah Dan Perkara Berkaitan Pendidikan


Falsafah mengungkapkan kebenaran. Kebenaran yang diperoleh menerusi falsafah
berteraskan kepada empat cabang utama iaitu metafizik, epistemologi, aksiologi dan logik.
Rajah 1.1 telah memaparkan hubungkait di antara cabang falsafah, persoalan falsafah dan
penyelesaian terhadap persoalan tersebut. Dalam semua disiplin ilmu, termasuk pendidikan,
cabang falsafah memainkan peranan penting bagi membangkitkan keghairahan untuk
membuka hijab di sebalik persoalan-persoalan yang berbangkit. Manusia yang dianugerahkan
otak dan menggunakan organ tersebut untuk berfikir bagi mencari jawapan dan penyelesaian
kepada pelbagai persoalan yang ditimbulkan oleh diri sendiri, masyarakat mahupun
persekitaran. Secara mudahnya, Jadual 1.1 menunjukkan hubungkait antara cabang falsafah,
unsur dan persoalan tentang perkara yang berkaitan dengan pendidikan.

Unit 1: Konsep Dan Pengertian: Falsafah, Pendidikan, Dasar Dan Pembangunan

Rajah 1.1: Falsafah: cabang, persoalan dan penyelesaiannya

Perkembangan Pendidikan Di Malaysia: Falsafah & Dasar

Jadual 1.1: Cabang, unsur dan persoalan falsafah dalam pendidikan

M
E
T
A
F
I
Z
I
K

Unsur

Contoh Persoalan Falsafah Yang Berkaitan Dengan Pendidikan

Realiti /
kewujudan
(Ontology)

Kesejagatan
(Cosmology)

Ketuhanan
(Theology)

Apakah pengetahuan?
Apakah erti sebuah kehidupan?
Bagaimanakah pandangan masyarakat terhadap pengetahuan?
Apakah faktor yang mempengaruhi apa yang sepatutnya guru ajar?
Adakah murid merupakaan insan yang mempunyai keupayaan atau
insan yang tidak berkeupayaan?
Apakah buku teks yang patut guru gunakan?
Patutkah kurikulum distrukturkan oleh guru?
Perlukah kurikulum ditentukan oleh murid sendiri?
Bagaimanakah guru menyusunaturkan situasi bilik darjahnya?
Adakah guru perlu menggunakan teori-teori sedia ada atau
menciptakan sesuatu yang baru dalam pengajarannya?
Apakah tujuan suatu kehidupan?
Adakah murid patut disedarkan tentang tanggungjawabnya?
Patutkah manusia mendapat kemudahan yang sama terhadap
pendidikan?
Adakah berkemungkinan untuk memotivasikan semua murid untuk
berkeinginan belajar?
Adakah kebolehan seseorang murid untuk belajar itu lahir secara
semulajadi atau dipelajari?
Bagaimanakah ilmu itu disebarkan?
Sejauhmanakah pengetahuan itu benar?
Bagaimanakah guru-guru mengaplikasikan pengetahuannya?
Patutkah guru menggunaan kaedah atau strategi pengajaran tertentu
untuk membolehkan murid-murid belajar secara berkesan?
Adakah memberi kuliah, menyoal, memberikan pengalaman, dan
menggalakkan aktiviti-aktiviti semasa pengajaran murid memberikan
kesan yang sama?
Adakah guru-guru menggunakan sumber maklumat yang sah dan
terkini?

E
P
I
S
T
E
M
O
L
O
G
I

Ilmu
Pengetahuan

A
K
S
I
O
L
O
G
I

i. Nilai etika

Bagaimanakah sepatutnya guru melayani murid-muridnya?


Adakah setiap murid pada dasarnya insan yang baik atau sebaliknya?
Bagaimanakah sepatutnya murid-murid melayani rakan-rakan dan
guru-gurunya?
Patutkah guru melaksanakan sistem pengurusan tingkahlaku secara
dendaan atau ganjaran terhadap murid-muridnya?
Apakah kepentingan Pendidikan Agama Islam, Pendidikan Moral dan
Pendidikan Sivik & Kewarganegaraan yang diajar di sekolah?

ii. Nilai
estetika

Apakah perbezaan kefahaman tentang kecantikan di bilik darjah?


Apakah implikasi slogan sekolah seperti Sekolah Dalam Taman?
Apakah nilai-nilai yang patut diajar di sekolah untuk membina
perwatakan murid-murid yang unggul?
Apakah kepentingan Pendidikan Seni dan Pendidikan Muzik yang
diajar kepada murid-murid di sekolah?

Unit 1: Konsep Dan Pengertian: Falsafah, Pendidikan, Dasar Dan Pembangunan

Cabang
Falsafah

Perkembangan Pendidikan Di Malaysia: Falsafah & Dasar

L
O
G
I
K

i. Logik
induktif

ii. Logik
deduktif

Adakah kaedah pembelajaran berasas pengalaman lebih berkesan?


Patutkah guru mengguna penaakulan induktif dalam pengajarannya?
Apakah perbezaan pembelajaran kontekstual dengan pembelajaran
berasas teks?
Patutkah guru mengguna penaakulan diduktif dalam pengajarannya?
Apakah sumbangan konsep dan teoritikal dalam membina
kefahaman?

Falsafah Dan Pengetahuan Manusia


Tokoh-tokoh ilmuan Islam seperti Al-Farabi, Ibnu Sina, Al-Ghazali, Imam Syafie, Hamka,
Sidi Gazalba, Hassan Langgulung dan lainnya bersependapat dalam mengkategorikan ilmu.
Ilmu boleh dikategorikan kepada dua iaitu ilmu naqli (ilmu yang diwahyukan) atau ilmu
fardu ain dan ilmu aqli (ilmu perolehan dari akal) atau ilmu fardu kifayah. Manakala tokoh
barat seperti Kneller (1971) mengkategorikan jenis pengetahuan kepada beberapa kategori
iaitu pengetahuan yang diwahyukan, pengetahuan empirikal, pengetahuan rasional,
pengetahuan autoritatif dan pengetahuan intuisi. Sebenarnya ilmu yang dikategorikan oleh
barat adalah garapan dari apa yang dikemukakan oleh tokoh Islam. Hubungan antara kategori
ilmu menurut Islam dan barat dapat dirungkaikan menerusi Rajah 1.2.

KATEGORI
ILMU

Diwahyukan

Ilmu Akal
(Aqli)
Empirikal
(Pengalaman
Deria)

Rasional
(Proses
Taakulan)

Autoritatif
(Pakar Rujuk)

Unit 1: Konsep Dan Pengertian: Falsafah, Pendidikan, Dasar Dan Pembangunan

Ilmu Wahyu
(Naqli)

Intuisi
(Kepekaan &
Sensitiviti)

Rajah 1.2: Kategori ilmu dan pengetahuan


i.

Ilmu Wahyu (Naqli): Kategori ilmu yang diturunkan oleh Tuhan untuk panduan
kehidupan manusia yang menjadi penganut/umatNya menerusi orang perantaraan yang
terpilih menerusi kitab-kitab dan risalahNya. Ilmu wahyu ini untuk mengenal Tuhan
dan beribadah kepadaNya dan mencipta keharmonian dalam menguruskan dunia.
Contoh: Nabi Muhammad (s.a.w.) menerima wahyu dari Allah (s.w.t.) menerusi
malaikat Jibril untuk menyebarluaskan ilmu yang terkandung di dalam kitab al-Quran
(setelah didokumenkan kemudiannya). Ilmu wahyu yang lain seperti Kitab Injil, Kitab
Zabur dan Kitab Taurat.

ii.

Ilmu Akal (Aqli): Kategori ilmu yang diperolehi manusia menerusi keupayaan akal
adalah berlandaskan ilmu wahyu untuk faedah kehidupan yang lebih sempurna dan
bersesuaian dengan fitrah dan naluri yang berlandaskan kebenaran agama. Manusia
diciptakan dengan kelebihan darjatnya kerana mampu berfikir. Ilmu Aqli ini terbahagi

Perkembangan Pendidikan Di Malaysia: Falsafah & Dasar

kepada empat jenis pengetahuan iaitu empirikal, rasional, autoritatif dan intuisi.
Pengetahuan empirikal merupakan pengetahuan yang diperoleh menerusi pengalaman
panca indera yang menghasilkan satu penemuan baru (bahan, idea dan kaedah).
Contohnya pengetahuan yang terdapat dalam Sains, Matematik, Geografi, Astronomi,
Sejarah dan sebagainya lagi. Pengetahuan rasional pula merupakan pengetahuan yang
diperoleh menerusi proses taakulan yang berpandukan logik untuk menyelesaikan
masalah atau membuat rumusan. Logik induktif atau logik deduktif sentiasa digunakan
berdasarkan cerapan yang dilakukan. Pengetahuan autoritatif merupakan pengetahuan
yang ada pada orang tertentu yang diiktiraf sebagai pakar. Pendapat pakar ini sentiasa
menjadi rujukan dan diiktiraf sebagai sah dan boleh dipercayai. Contoh: hanya doktor
yang tahu tentang sesuatu penyakit dan kaedah rawatan dan penyembuhannya.
Pengetahuan intuisi melibatkan pengetahuan yang setiap orang miliki tetapi bergantung
kepada kepekaan dan sensitiviti terhadap persekitaran. Pengetahuan ini berkaitan
dengan celik akal atau ilham. Contoh: penggubah lagu, penulis dan pelukis hanya
berkarya setelah mendapat ilham.

Kedudukan Falsafah Dan Pengetahuan

Russell (1946), mengatakan falsafah merupakan ilmu yang kedudukannya berada di


antara ilmu agama (theology) dan ilmu sains. Hal ini disebabkan ilmu sains merupakan ilmu
yang berasaskan taakulan. Manakala ilmu agama pula merupakan ilmu yang berdasarkan
spekulatif. Manakala ilmu falsafah pula merupakan ilmu yang di dalamnya mengandungi
kedua-duanya iaitu taakulan dan spekulatif. Walau bagaimanapun ketiga-tiga ilmu itu
berusaha untuk mendapatkan persamaan iaitu kebenaran.
i.
Sains :
Membuktikan kebenaran menerusi penaakulan. (Awan mendung
hujan)
ii.
Agama :
Percaya akan kebenaran berasaskan spekulatif. (Tuhan itu ada)
iii. Falsafah:
Membawa kepada kebenaran berteraskan penaakulan dan spekulatif.
(Hujan turun hanya dengan kehendak Tuhan. Walaupun awan mendung ada kalanya
hujan tidak turun)
Rajah 1.3 menunjukkan hubungan di antara tiga jenis ilmu iaitu sains, agama dan
falsafah ke arah kebenaran. Sebagai rumusannya, memahami falsafah adalah perkara dasar
yang penting untuk mengenal diri, kehidupan, kesejagatan dan kepercayaan untuk mengenal
pencipta dan memahami fungsi kewujudan dan kehidupan manusia. Falsafah, sains dan
agama merupakan ilmu-ilmu yang saling berkaitan untuk mendapatkan kebenaran.
Kebenaran yang mutlak tidak muncul secara sendirinya, tetapi dimunculkan menerusi
pendidikan. Dalam Islam, kisah kerasulan Nabi Muhammad (s.a.w.) menjadi panduan
bagaimana wahyu Allah tidak turun dengan sendirinya tetapi diturunkan menerusi malaikat
Jibril untuk diajarkan kepada Baginda. Maka pendidikan telah membuka jendela dunia dan
menjadi kunci yang membuka kotak kejahilan dan kebatilan.

Unit 1: Konsep Dan Pengertian: Falsafah, Pendidikan, Dasar Dan Pembangunan

Perbincangan sebelum ini telah menyentuh tentang cabang falsafah yang berkaitan dengan
metafizik, epistemologi, aksiologi dan logik. Cabang falsafah tersebut berkisar tentang
ketuhanan, akal dan pengetahuan rasional dan empirikal. Apakah bentuk hubungan yang
boleh dikaitkan terhadap kesemua ilmu tersebut? Adakah ilmu-ilmu tersebut wujud secara
terasing atau saling melengkapi?

10

Perkembangan Pendidikan Di Malaysia: Falsafah & Dasar

ILMU
Wahyu
K
E
B
E
N
A
R
A
N

Pengetahuan Emperikal
Pengetahuan Rasional
Pengetahuan Autoritatif
Pengetahuan Intuisi

Rajah 1.3: Hubungan ilmu ke arah kebenaran: falsafah, agama dan sains

Konsep Dan Pengertian Pendidikan


Berdasarkan Kamus Dewan Edisi IV (2005) istilah pendidikan membawa maksud ilmu,
perihal mendidik (didikan, latihan, ajaran). Dari segi asal perkataan pendidikan itu merujuk
kepada perkataan dari bahasa Inggeris iaitu education. Education merupakan perkataan
bahasa Inggeris yang diambil dari perkataan Latin.

Education = Latin: eex (keluar) + ducereduc (memimpin)


Pendidikan = Didikan (educere) & latihan (educare)
Dari perkataan Latin tersebut, pendidikan bererti memimpin seseorang keluar ke arah
menjadi lebih tahu, arif, berilmu, berpengetahuan, berketerampilan atau bijaksana. Melalui
bimbingan yang berkesan dan berterusan, pendidikan dapat meninggalkan dan
menghindarkan kebodohan, kebatilan, kejahilan dan kemungkaran. Walau bagaimanapun kita
sering keliru dengan istilah pendidikan, pengajaran dan latihan. Ketiga-tiga istilah tersebut
muncul dalam diri setiap manusia. Jika diamati, konteks pendidikan dilihat mempunyai
perbezaan dan persamaan dari segi didikan dan latihan meskipun mempunyai maksud yang
hampir sama. Pendidikan dalam bahasa Latin didasarkan kepada educere (didik) dan
educare (latih). Didikan (educere) merupakan proses untuk membentuk diri manusia agar
menjadi insan sempurna meliputi kecerdasan intetektual, kemantapan rohani, keseimbangan
emosi dan kecergasan jasmani. Matlamatnya adalah membentuk insan sempurna yang
mempunyai kebijaksanaan yang berterusan.
Manakala latihan (educare) adalah proses membina kemahiran dalam diri seseorang
untuk membolehkan mereka menjadi seorang yang berketerampilan dan pakar. Dalam
kehidupan manusia, kebijaksanaan dan kemahiran adalah dua perkara yang penting yang

Unit 1: Konsep Dan Pengertian: Falsafah, Pendidikan, Dasar Dan Pembangunan

Pendidikan = Education

11

Perkembangan Pendidikan Di Malaysia: Falsafah & Dasar

perlu ada untuk meneruskan ikhtiar dan kelangsungan hidup. Sehubungan itulah
hubungkaitan di antara konsep ilmu, amal dan iman wajib ada dalam diri setiap manusia.
Dalam konteks dunia hari ini kebijaksanaan dan kemahiran rakyat di sesebuah negara
menjadi penentu kepada tahap kemajuan negara tersebut. Sebagai contoh berikut ialah senarai
kedudukan negara paling bijak di dunia yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Kerjasama
Ekonomi dan Pembangunan (OECD) pada Oktober 2012. Senarai yang dikeluarkan adalah
mengukur peratusan penduduk di negara OECD yang menyambung pelajaran pada peringkat
ketiga sama ada pada tahap sijil, diploma, ijazah atau seterusnya. Jadual 1.2 menunjukkan 10
negara di dunia yang dikategorikan mempunyai rakyat yang bijak. Ia didasarkan kepada
peratusan penduduk yang menyambung pelajaran pada peringkat ketiga iaitu yang telah
menyambung pelajaran selepas sekolah menengah. Kajian mendapati bahawa penduduk di
negara-negara seperti Kanada, Israel dan Jepun telah mendahului negara-negara lain di dunia
dengan peratusan penduduk bijak yang lebih tinggi. Kanada mempunyai 50 peratus penduduk
berpendidikan tinggi, diikuti dengan negara Israel dengan jumlah 45 peratus dan Jepun
mempunyai 44 peratus. Di manakah kedudukan rakyat negara Malaysia dalam senarai rakyat
bijak di dunia?
Jadual 1.2: Negara-negara mempunyai rakyat bijak
Penduduk menyambung pelajaran
selepas sekolah menengah. (Peratus)
1. Kanada
50%
2. Israel
45%
3. Jepun
44%
4. Amerika Syarikat
41%
5. New Zealand
40%
6. Korea Selatan
39%
7. Norway
37%
8. Britain
37%
9. Australia
37%
10 Finland
37%
Sumber: Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD), (2012)
Jadual 1.2 tersebut menunjukkan adanya hubungan yang erat di antara kebijaksanaan
dan kemajuan negara. Oleh itu, Malaysia sebagai sebuah negara membangun juga berhasrat
untuk menjadi sebuah negara maju. Hasrat tersebut didokumenkan sebagai Wawasan 2020
pada tarikh 28 Februari 1991 oleh Perdana Menteri Malaysia ketika itu Tun Dr. Mahathir
Muhamed. Hal ini bermakna Malaysia akan menjadi sebuah negara maju pada tahun 2020.
Untuk mencapai hasrat tersebut rakyat Malaysia perlu menghadapi sembilan cabaran yang
berkisar tentang kebijaksanaan, kemahiran dan ekonomi. Sembilan cabaran tersebut ialah:
i.

Cabaran bagi mewujudkan sebuah negara Malaysia bersatu padu yang mempunyai
destinasi yang dikongsi bersama. Malaysia mestilah menjadi sebuah negara yang aman,
bersatu dari segi wilayah dan etnik, hidup harmoni dan berkongsi sepenuhnya dengan
adil, terdiri daripada satu Bangsa Malaysia yang taat setia dan dedikasi kepada
negara.

ii.

Cabaran mewujudkan sebuah masyarakat Malaysia yang bebas dari segi psikologi,
selamat dan maju dengan mempunyai pegangan dan keyakinan, bangga dengan apa
yang dicapainya dan cukup gagah untuk menghadapi semua bentuk kesusahan.
Masyarakat ini mestilah dibezakan melalui pencapaian kecemerlangan, meyedari

Unit 1: Konsep Dan Pengertian: Falsafah, Pendidikan, Dasar Dan Pembangunan

Negara

12

Perkembangan Pendidikan Di Malaysia: Falsafah & Dasar

sepenuhnya potensi diri, tidak menurut perintah sesiapa dan dihormati individu dari
negara-negara lain.
iii.

Cabaran memupuk dan membentuk sebuah masyarakat demokrasi yang matang,


mengamalkan satu bentuk demokrasi Malaysia yang berkonsensus, berorientasikan
komuniti yang boleh menjadi contoh untuk banyak negara membangun.

iv.

Cabaran bagi mewujudkan sebuah masyarakat bermoral dan beretika penuh,


berpegang kepada nilai agama dan spiritual dan dipenuhi dengan standard etika yang
tinggi.

v.

Cabaran bagi mewujudkan sebuah masyarakat yang matang, liberal dan toleran iaitu
rakyat Malaysia daripada pelbagai bahasa dan kepercayaan bebas mengamal dan
menjalani adat resam, budaya dan kepercayaan agama mereka masing-masing. Namun
begitu mereka masih mempunyai satu negara.

vi.

Cabaran bagi mewujudkan sebuah masyarakat saintifik dan progresif, sebuah


masyarakat yang inovatif dan memandang ke depan, masyarakat yang bukan sahaja
menjadi pengguna teknologi tetapi juga menjadi penyumbang kepada tamadun saintifik
dan teknologi masa depan.

vii.

Cabaran bagi mewujudkan sebuah masyarakat penyayang dan budaya penyayang,


sistem sosial dengan masyarakatnya akan mendahului diri sendiri, bahawa kebajikan
rakyat akan berkitar bukan sekitar negara atau individu tetapi sekitar sebuah sistem
keluarga yang kuat dan tidak mudah luntur.

viii. Cabaran bagi memastikan wujudnya sebuah masyarakat adil dari segi ekonomi dengan
adanya pengagihan kekayaan negara yang saksama dan terdapat perkongsian penuh
dalam kemajuan ekonomi. Masyarakat sedemikian tidak dapat diasaskan selagi
terdapatnya kemunduran ekonomi dalam bangsa.
Cabaran mewujudkan sebuah masyarakat makmur yang mempunyai ekonomi yang
berdaya saing, dinamik, kuat dan tidak mudah putus asa.

Refleksi: Berdasarkan sembilan cabaran yang dikemukakan di atas, bagaimanakah


pendidikan boleh berperanan untuk memajukan negara? Bolehkah anda kategorikan cabaran
manakah yang boleh digolongkan kepada pendidikan, pengajaran dan latihan?

Cabaran-cabaran tersebut menuntut pendidikan agar dapat melahirkan warganegara


yang berpengetahuan, berkemahiran, berpegang teguh kepada nilai, budaya dan kepercayaan
beragama. Sebagai pendidik, perkara asas yang perlu difahami ialah perbezaan antara konsep
didikan, ajaran dan latihan. Seringkali guru-guru terkeliru di antara peranan sebagai pendidik
dan pengajar. Jika keputusan A yang dikejar dari murid-muridnya maka guru hanyalah
menjadi pengajar. Sebaliknya jika pembentukan insan yang dimatlamatkan, maka guru telah
menyempurnakan peranannya untuk melaksanakan pendidikan berterusan ke arah
memperkembangkan lagi potensi individu yang menjadi murid-muridnya. Manakala latihan
adalah berbentuk praktik atau amali untuk menjadikan seseorang itu mahir dan pakar dalam
sesuatu bidang. Latihan seringkali digabungkan dengan ajaran dan didikan. Latihan
merupakan suatu proses yang bersifat praktik yakni dari hasil mempelajari sesuatu dari orang
lain yang lebih pakar.
Perbandingan pendidikan dan pengajaran boleh dilihat dari aspek proses dan kesannya.
Perbandingan tersebut menampakkan perbezaan yang sangat besar di antara kedua-duanya.
Syed Muhammad Naquib Al-Attas (dalam Sidek Baba, 2006) cuba memberikan

Unit 1: Konsep Dan Pengertian: Falsafah, Pendidikan, Dasar Dan Pembangunan

ix.

13

Perkembangan Pendidikan Di Malaysia: Falsafah & Dasar

perbandingan antara konsep didik dan ajar dengan menghubungkan konsep good citizen
(warga baik) dan konsep good man (manusia baik) dalam memberikan kefahaman yang
mudah tentang didik dan ajar. Warga yang baik adalah warga yang berpengetahuan dan
berketerampilan, tahu menulis, ada kelulusan, tahu cara berurusan dan faham tentang
tanggungjawab kewarganegaraan. Manusia baik bukan sahaja mempunyai ciri-ciri kualiti
seperti warga baik malah kualiti itu ditambah dengan nilai-nilai yang menjadikan manusia
bersifat jujur, ikhlas, amanah, adil, bertolakansur, bijaksana, cemerlang dan nilai-nilai lain
yang berguna bagi membina asas tamadun dan peradaban. Manakala Haji Abdul Malik
Karim Amrullah (Hamka) pula telah memberi peringatan yang tegas dengan menyatakan:
Bangsa yang hanya mementingkan pengajaran sahaja, tiada mementingkan
pendidikan bagi melatih budi pekerti, meskipun kelak tercapai kemajuannya,
namun kepintaran dan kepandaian itu akan menjadi racun, bukannya menjadi
ubat.
Hal ini bermakna, pengajaran hanya berfokus kepada potensi akal dan jasad semata
tetapi pendidikan adalah proses yang membangunkan keseluruhan potensi yang ada pada diri
insan itu yang mencakupi akal, roh dan jasad yang pada akhirnya menjelmakan insan yang
sempurna (syumul). Sekolah yang menekankan aspek pengajaran sahaja akan melahirkan
murid yang banyak ilmunya tetapi budinya kurang. Hasilnya ialah warganegara yang tidak
tahu tujuan hidup serta tidak dapat memberi khidmat untuk tanah air. Perbandingan di antara
istilah didik, ajar dan latih boleh difahami dengan melihat kepada Jadual 1.3.

KONSEP
Gelaran
tokoh
Penerima
Kesan
Penerapan
Masa
Matlamat

Keperluan
Proses

Kedudukan
guru
Ciri-ciri
guru

ISTILAH DALAM PENDIDIKAN


DIDIKAN
AJARAN
LATIHAN
Pendidik: menyampaikan
Pengajar: memindahkan
Jurulatih: membina
maklumat & memberi ilmu,
pengetahuan dan
kemahiran melalui tunjuk
berkongsi pengalaman.
keterampilan untuk murid. ajar .
Anak didik: menerima
Pelajar: menerima tunjuk Pelatih: patuh arahan
asuhan dan pembentukan.
ajar.
Terdidik: Intelek, rohani,
Terpelajar: Intelek &
Terlatih: Jasmani
emosi dan jasmani
Jasmani.
Pengetahuan, kemahiran &
Pengetahuan &
Kemahiran
nilai.
kemahiran.
Berterusan.
Ada had/ tempoh.
Ada had/ tempoh
Kebijaksanaan, keadaban,
Kepandaian dan
Kemahiran dan kepakaran
kerohanian, kejiwaan dan
kecekapan.
kecekapan.
Belajar untuk belajar.
Belajar untuk kemahiran
Belajar untuk ketrampilan
& survival.
Mendidik/Memimpin:
Mengajar: memindahkan Melatih: membina
memindah, membina &
pengetahuan &
kepakaran
berkongsi pengetahuan,
kemahiran.
kemahiran, nilai.
Di samping: bimbingan.
Di hadapan: arahan &
Bersama: tunjuk ajar
tunjuk ajar
Role model: ada ilmu,
Arahan mandatori: Ikut
Ikut apa yang disuruh dan
akhlak, agama, sahsiah &
apa yang disuruh, jangan
buat sehingga mahir.
keterampilan.
ikut apa yang dilarang.

Unit 1: Konsep Dan Pengertian: Falsafah, Pendidikan, Dasar Dan Pembangunan

Jadual 1.3: Perbandingan konsep didik, latih dan ajar dalam pendidikan

14

Perkembangan Pendidikan Di Malaysia: Falsafah & Dasar

Konsep Dan Definisi Pendidikan Dari Perspektif Islam


Dalam Islam, pendidikan mempunyai beberapa istilah seperti tarbiah, tadib dan talim.
Tarbiah berasal dari kata dasar rabba yang bermaksud mengasuh, memelihara atau
memimpin. Perkara tersebut disamakan dengan maksud memiliki atau menguasai selain
mendidik. Oleh itu perkataan tarbiah membawa makna yang luas kerana realitinya pengertian
tersebut meliputi semua makhluk Allah (s.w.t.) iaitu manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan.
Tadib berasal dari kata dasar addaba yang bermaksud mendidik adab atau membentuk
akhlak. Dari segi terminologinya tadib bermakna proses mendidik atau membentuk individu
yang terdidik. Selanjutnya individu tersebut berkemampuan untuk mengembangkan
potensinya ke arah membentuk peribadi, sikap dan sahsiah yang selaras dengan acuan yang
ditetapkan oleh Allah s.w.t. Oleh itu perkataan tadib hanya difokuskan kepada manusia
kerana hanya manusia sahaja yang mempunyai adab dan akhlak. Talim berasal dari kata
dasar allama yang bermaksud proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini berkaitan
dengan proses penterjemahan ilmu dalam bentuk teori dan praktik dari pendidik kepada
murid. Hubungan konsep tarbiah, tadib dan talim dalam proses pembinaan insan yang
sempurna dapat digambarkan seperti Rajah 1.4.

MAKHLUK

Tadib
(Mendidik/
membentuk
adab & akhlak

Talim
(Pengajaran)

Rajah 1.4: Konsep pendidikan


dalam Islam

Dalam konteks pendidikan, tarbiah mempunyai sifat yang umum dan skopnya luas
kerana istilah tersebut boleh digunakan kepada semua makhluk yang melibatkan manusia,
haiwan dan tumbuhan. Dengan peliharaan dan jagaan yang betul makhluk yang fitrahnya liar
boleh dieksploitasi bagi keperluan manusia. Contoh, kuda yang asalnya merupakan haiwan
liar boleh dijinakkan untuk manfaat manusia. Manakala konsep tadib pula khusus kepada
manusia kerana hanya manusia yang perlu didik dan dibentuk adabnya. Kalau adab tidak
diperelokkan, maka tiada bezanya manusia dengan haiwan. Talim pula memberi fokus
kepada bagaimana pengajaran yang berkesan dapat dilaksanakan untuk membentuk insan
yang berkualiti. Talim memerlukan sabitan ilmu bagi membentuk kandungan, proses
pengajaran dan pembelajaran menerusi pelbagai kaedah & teknik, prasarana & kelengkapan
serta penilaian yang betul.
Tarbiah, tadib dan talim berkait rapat dengan orang yang terlibat secara langsung
sebagai pelaksana, pemimpin, pembimbing dan sumber rujukan. Dalam Islam, orang yang
menyampaikan ilmu atau pendidik dikenali sebagai murabbi, muallim dan muaddib.
Murabbi merupakan pendidik yang dapat menghubungkan proses didikan itu dengan Allah
s.w.t. sebagai sumber rujukan. Muallim pula merupakan pendidik yang dapat membawa
kaitan di antara proses didikan dengan ilmu yang berhubungkait dengan al-Quran dan

Unit 1: Konsep Dan Pengertian: Falsafah, Pendidikan, Dasar Dan Pembangunan

Tarbiah
(Mengasuh/
Memelihara/
membaiki)

15

Perkembangan Pendidikan Di Malaysia: Falsafah & Dasar

Sunnah. Muaddib pula sentiasa menjadikan pendidikan sebagai satu proses peradaban atau
menjadikan manusia berakhlak. Sebagai pendidik yang unggul, peranan sebagai murabbi,
muallim dan muaddib saling bertindih dan bertukar ganti kerana tanggungjawabnya adalah
membentuk insan sempurna.
Berbanding amalan pendidikan Islam, amalan pendidikan barat dilihat sentiasa
menghubungkaitkan pendidikan dengan pembangunan potensi manusia yang meliputi potensi
kognitif, potensi afektif dan potensi psikomotor. Pendidikan dalam Islam pula meletakkan
tiga dasar ilmu yang berlandaskan kepada akal, hati dan jasad untuk membina insan yang
sempurna. Rajah 1.5 menunjukkan perkaitan komponen sebagai dasar dan sumber ilmu.

AKAL
: Ilmu wahyu + ilmu Akal = kebesaran dan kebenaran Tuhan.

HATI
: Kesedaran dan penghayatan secara fitrah, roh, jiwa &
perasaan.

JASAD
: Amalan & kebiasaan yang yang dituntut dilaksanakan
menurut sunnah.

AKAL
(Kognitif)

HATI/ROHANI
(Afektif)

ILMU
IMAN
AMAL

as-Sunnah
(Hadis)

Ijtihad
(Ulama)

JASAD
(Psikomotor)

Rajah 1.5: Dasar dan sumber ilmu dalam Islam

Ketiga-tiga dasar tersebut berasaskan sumber ilmu utama al-Quran, as-Sunnah dan
Ijtihad. Dasar ilmu dan sumber ilmu tersebut telah menjadi rujukan para tokoh dan ilmuan
Islam dalam memberikan pengertian terhadap pendidikan. Pendidikan dalam Islam
bermatlamatkan kepada pembentukan insan yang sempurna, yakni insan yang berilmu,
beriman dan beramal dengan kebaikan bagi mendapatkan kesejahteraan di dunia dan akhirat.
Berikut ialah beberapa pengertian tentang pendidikan yang dipetik dari pendapat beberapa
tokoh Islam yang terkemuka.
i.

Muhammad Rasullullah (s.a.w): Pendidikan itu ialah kesempurnaan diri


sebagai makhluk Allah. Sabda baginda Aku tinggalkan kepada kamu dua
perkara yang tidak mungkin kamu akan sesat selama kamu berpegang teguh
dengan kedua-duanya iaitu al-Quran dan sunnahku.

Unit 1: Konsep Dan Pengertian: Falsafah, Pendidikan, Dasar Dan Pembangunan

al-Quran
(Wahyu)

16

Perkembangan Pendidikan Di Malaysia: Falsafah & Dasar

ii.

Khalifah Abu Bakar al-Siddiq: Pendidikan merupakan usaha mengembangkan


ilmu ke arah kesempurnaan iman. Hal ini terlihat dalam tindakan beliau
menggalakkan mempelajari dan menghayati al-Quran dan as-Sunnah. Beliau
bertanggungjawab mengumpul dan menulis semula ayat-ayat al-Quran dalam
sebuah mashaf.

iii.

Khalifah Umar al-Khattab: Pendidikan merupakan proses mensepadukan ilmu


iaitu ilmu fardu ain dan ilmu fardu kifayah dalam konteks intelek, rohani, emosi
dan jasmani. Hal ini terpancar dari kata-katanya;
Ajarlah anak-anak kamu berenang, menunggang kuda, memanah dan riwayatriwayat yang baik serta syair-syair yang indah.

iv.

Imam al-Syafie: Pendidikan bermatlamat membentuk akidah dan penguasaan


ilmu untuk melengkapkan diri menghadapi dunia dan akhirat.

v.

Imam al-Ghazali: Pendidikan ialah proses pembentukan akhlak dan nilai-nilai


kerohanian sebagai persediaan menghadapi rintangan hidup.

vi.

Ibnu Khaldun: Pendidikan ialah usaha mempersiapkan individu bagi membina


masyarakat dan negara.

vii.

Hasan Langgulung: Pendidikan ialah merubah dan memindahkan nilai-nilai


kebudayaan kepada individu melalui berbagai proses dan cara bagi melahirkan
manusia yang bertanggungjawab & berbakti kepada Allah.

Allah
(Khaliq)

IMAN
AMAL
ILMU

Manusia/Alam
(Makhluk: Khalifah)
Hubungan Vertikal
Hubungan Horizontal

Alam/Manusia
(Makhluk: Takluk)
: Makhluk Allah
: Manusia Alam

Rajah 1.6: Bentuk dan matlamat pendidikan dari perspektif Islam


Rajah 1.6 tersebut menunjukkan bentuk hubungan manusia dalam hidupnya berlaku
dalam dua dimensi iaitu dimensi menegak dan dimensi mendatar. Dimensi menegak
menunjukkan hubungan langsung di antara manusia dengan Allah (s.w.t.). Manakala dimensi
mendatar merujuk hubungan langsung di antara manusia dengan makhluk lain (manusia dan

Unit 1: Konsep Dan Pengertian: Falsafah, Pendidikan, Dasar Dan Pembangunan

Rumusannya, dari perspektif Islam, pendidikan merupakan suatu ibadah yang tertakluk
kepada niat dan amalan yang bersifat fardu (Ain/ Kifayah) yang dituntut oleh agama kerana
setiap manusia itu adalah pemimpin dan sebagai pemimpin ia akan dipertanggungjawabkan
tentang kepemimpinannya. Hubungkaitan bentuk dan matlamat pendidikan dari perspektif
Islam dapat digambarkan seperti yang terdapat pada Rajah 1.6.

17

Perkembangan Pendidikan Di Malaysia: Falsafah & Dasar

alam) dalam konteks hubungan secara mendatar. Pendidikan mestilah mengupayakan


manusia mengenal Allah, diri dan matlamat hidupnya. Selain dari hidup beragama, manusia
juga mesti menjalani hidup berbangsa melalui pembentukan keluarga, masyarakat dan
negara. Akhirnya pendidikan itu bermatlamatkan kesejahteraan di dunia dan akhirat. Dari
perspektif Islam, pendidikan ialah ibadah yang merupakan ikatan kerohanian antara makhluk
dengan Allah. Menggunakan keupayaan intelek, manusia tercabar untuk mengenali tandatanda kebesaranNya dan menggunakan jasmani untuk tunduk dan patuh kepada suruhanNya.
Dalam perkataan yang lebih mudah, niat yang betul, berfikir secara waras dan jiwa yang
tenang barulah diikuti dengan tindakan/amalan/perbuatan. Hal ini bermakna fokus pendidikan
dari perspektif Islam menekankan:
ROHANI INTELEK EMOSI JASMANI

Berbeza dengan Islam, barat melihat manusia itu tidak lebih dari haiwan berfikir. Pemikiran
dan tindakan dibentuk melalui interaksi dan reaksi dengan persekitaran. Barat melihat dunia
ini seumpama pentas persaingan. Hanya yang mempunyai kekuatan fizikal dan mental sahaja
yang dapat menyelamatkan diri dan meneruskan kehidupan. Berdasarkan fakta sejarah yang
berkaitan dengan pendidikan barat, boleh dirujuk kepada perancangan dan amalan pendidikan
Greek terhadap dua kerajaan yang hebat iaitu Sparta dan Athens. Kedua-dua kerajaan itu
mempunyai dasar-dasar pendidikan yang berbeza. Bagi kerajaan Sparta, pendidikan
dirancang sebagai satu usaha untuk membentuk rakyat yang berani, berdisiplin, sihat dan
cergas, taat pemimpin, cintakan tanah air dan sanggup berkorban untuk mempertahankannya.
Dasar pendidikannya ialah hanya yang kuat akan terus hidup. Manakala bagi kerajaan
Athens, pendidikan dirancang sebagai satu usaha untuk membina kebijaksanaan dan
keseimbangan jiwa & jasmani bagi mengukuhkan demokrasi dan membentuk warganegara
yang cintakan negara. Dasar pendidikannya ialah hanya yang bijak dapat memimpin dunia.
Lahir tokoh pemikir seperti Pythagoras, Socrates, Plato dan Aristotle. Dari idea tentang
pendidikan kerajaan Sparta dan Athens tersebut, maka tokoh dan sarjana barat telah
mengambilnya sebagai acuan dalam membuat tafsiran dan definisi tentang pendidikan.
i.

Socrates (470 S.M. 399 S.M.): Pendidikan ialah usaha pembinaan pekerti dan
pengembangan akal fikiran.

ii.

Plato (427 S.M 347 S.M.): Pendidikan sebagai latihan jasmani dan rohani bagi
mencapai kecantikan kesempurnaan pekerti.

iii.

Aristotle (384 S.M. 322 S.M.): Pendidikan ialah satu sistem perkembangan
intelektual, jasmani, kerohanian dan emosi.

iv.

John Dewey (1933): Pendidikan sebagai proses membentuk kecenderungan asasi


yang berupa kepercayaan dan perasaan terhadap alam sejagat dan sesama
manusia. Pendidikan juga suatu proses bagi mengatur dan menambah
pengetahuan yang dimiliki supaya dapat hidup dengan lebih selamat.

Berdasarkan definisi tersebut, nyatalah bahawa perspektif barat melihat pendidikan


sebagai satu reaksi manusia terhadap persekitaran. Reaksi tersebut berlaku hasil dari rasa
ingin tahu yang berbentuk fizikal dan dihubungkaitkan dengan peranan otak yang
menghasilkan jawapan dan seterusnya mencipta kebijaksanaan intelektual. Pendidikan adalah
asas kepada penemuan dan penciptaan bukannya untuk mengenal pencipta. Akal adalah

Unit 1: Konsep Dan Pengertian: Falsafah, Pendidikan, Dasar Dan Pembangunan

Pengertian Pendidikan Dari Perspektif Barat

18

Perkembangan Pendidikan Di Malaysia: Falsafah & Dasar

Tuhan. Agama dikatakan menjadi penghalang kepada kemajuan. Ketuhanan adalah satu ilmu
dan bukannya satu kepercayaan. Akhlak tidak perlukan pendidikan kerana dianggap
menyekat permodenan. Pendidikan merupakan pembebasan akal seluas-luasnya. Dari
perspektif barat keutamaan pendidikan ialah memenuhi keperluan jasmani yang berupa
keperluan fisiologi manusia. Keperluan ini berbentuk kebendaan yang berkaitan dengan
nafsu. Peringkat seterusnya ialah pendidikan terhadap emosi yang menjurus kepada rasa
ketenangan jiwa dan perasaan kasih sayang. Pendidikan untuk perkembangan intelek lebih
berfokus kepada kaedah penerokaan pengalaman di mana kanak-kanak perlu diberi
kebebasan untuk mengembangkan kecerdasan minda mereka menerusi penglibatan secara
langsung dalam aktiviti pembelajaran. Pendidikan kerohanian pula semakin terpinggir kerana
tidak dimasukkan dalam kurikulum kebangsaan atau kurikulum sekolah. Kesan pendidikan
sebegini, barat kini dilanda krisis moral dan akhlak yang serius. Pergaulan bebas dan seks
menjadi perkara yang lumrah dalam kalangan remaja malahan kepada kanak-kanak kerana
tuntutan jasmani (nafsu) yang diutamakan. Pertimbangan rohani sudah tiada, alam sekitar dan
haiwan menjadi keutamaan berbanding nyawa manusia. Murahnya harga nyawa manusia di
Palestin, Bosnia, Afganistan, Iraq, Mesir dan Syria pada kaca mata barat.
JASMANI EMOSI INTELEK ROHANI

Berdasarkan pengertian pendidikan yang dikemukakan dari perspektif Islam dan barat,
dapatlah dirumuskan bahawa pendidikan merupakan suatu siri hubungkitan di antara
matlamat, proses/usaha dan penilaian yang dilakukan oleh pelbagai pihak secara terancang
untuk menjadikan kehidupan manusia lebih sempurna. Hakikat pendidikan yang jelas ialah
pendidikan merupakan suatu proses yang berterusan. Pendidikan era moden lebih kepada
bentuk riadah, rekreasi dan memenuhi masa yang terluang. Pendidikan kini bukanlah
eksklusif untuk golongan tertentu tetapi terbuka kepada semua orang merentas masa dan
geografi. Sesuai dengan saranan agama agar setiap orang menuntut ilmu sehingga ke akhir
hayat kerana terdapat korelasi positif yang sangat kuat antara tahap dan tempoh pendidikan
dengan kualiti hidup seseorang.
Pendidikan juga merupakan usaha menitis dan menitipkan pengetahuan, kemahiran,
nilai, budaya dan kepercayaan bagi pembinaan insan dan warganegara yang cemerlang.
Tanpa ilmu siapalah manusia. Tanpa kemahiran, tamadun tidak terbina. Tanpa nilai tiada
beza manusia dengan haiwan. Tanpa budaya tiadalah bangsa. Tanpa kepercayaan, tiadalah
pedoman kehidupan. Dengan ilmu manusia membangunkan diri dan dengan ilmu jugalah
pembangunan negara dapat dilaksanakan. Ilmu dan nilai perlu bergerak selari kerana keduaduanya menjadi nadi dalam pendidikan. Kerana itulah pendidikan di Malaysia menghendaki
berlakunya penerapan nilai-nilai murni yang berbentuk sejagat dilaksanakan merentas
kurikulum dalam pendidikan. Bagi membolehkan matlamat tercapai, pendidikan yang
dilaksanakan mestilah berupaya mewujudkan interaksi yang berkesan di antara pendidik dan
orang yang dididik secara seimbang. Interaksi yang berkesan menjamin pengetahuan,
kemahiran, nilai, budaya dan kepercayaan ditumbuhkan dalam diri murid-murid. Oleh itu
pendidik perlu mempunyai ilmu dalam membuat pemilihan pendekatan, kaedah, strategi dan
teknik yang menepati matlamat pengajaran dan pembelajaran.

Unit 1: Konsep Dan Pengertian: Falsafah, Pendidikan, Dasar Dan Pembangunan

Hakikat Dan Dimensi Pendidikan

19

Perkembangan Pendidikan Di Malaysia: Falsafah & Dasar

Hakikat pendidikan juga sangat berkait rapat dengan peranan pendidikan itu sendiri
yang bertindak sebagai suatu alat mobiliti sosial dan ekonomi menerusi proses dan usaha
untuk meningkatkan kualiti kehidupan individu, keluarga, masyarakat dan negara. Mobiliti
sosial dan ekonomi bermaksud perubahan dan anjakan aspek status kehidupan dari tahap
sedia ada kepada tahap status yang lebih baik. Hal ini disebabkan pendidikan merupakan
usaha melengkapkan pengetahuan, pemikiran dan kemahiran orang yang dididik untuk
menghadapi cabaran perubahan persekitaran. Warganegara yang berpendidikan mampu
menjadikan kehidupannya berkualiti dan negaranya maju.
Berdasarkan kepada hakikat pendidikan yang dinyatakan, dua dimensi pendidikan
dapat diformulasikan iaitu dimensi instriksik dan dimensi ekstrinksik (instrumental). Dimensi
Intrinsik memberi tumpuan kepada fungsi dan kesan pendidikan yang dilaksanakan terhadap
setiap diri individu yang menjadi warganegara bagi sesebuah negara. Dimensi ini merujuk
kepada:
Pendidikan merupakan satu kehidupan bukannya untuk hidup. Pendidikan
menjadikan manusia itu berfungsi sebagai insan yang dapat menggunakan
perkembangan akal untuk berfikir dengan waras, jasmani untuk bertindak dengan
wajar, emosi dengan perasaan yang tenang dan rohani untuk muhasabah dan
membaiki diri.
Pendidikan menjadikan manusia makhluk terdidik. Apakah bezanya manusia dengan
haiwan? Manusia dan haiwan mempunyai persamaan kerana kedua-duanya
mempunyai nafsu (syahwat). Tetapi manusia berbeza dengan haiwan dari segi
penggunaan otak untuk berfikir dan menghasilkan akal bagi mengawal nafsu.
Bagaimanaka akal dapat dihasilkan dan berfungsi dengan baik?

Manakala dimensi ekstrinsik merupakan fungsi dan hasil pendidikan yang diperoleh
individu ke atas sumbangannya kepada pihak lain yang individu tersebut ada kepentingan.
Dimensi ekstrinsik ini merujuk kepada:
Pendidikan merupakan wasilah atau medium untuk mencapai matlamat. Pendidikan
bukanlah matlamat tetapi suatu alat yang sempurna untuk mencapai matlamat.
Pendidikan untuk mencapai sesuatu keperluan. Jika pada zaman Hercules dan Hang
Tuah, kekuatan manusia terletak pada kekuatan fizikalnya. Tetapi era moden
kekuatan manusia terletak pada keintelektualannya. Pendidikan terbaik dengan
pencapaian terbaik akan menghasilkan peluang yang terbaik.
Pendidikan untuk sesuatu fungsi dan untuk manusia berfungsi. Bagaimanakah
negara maju dikelaskan? Bagaimanakah rakyat di negara maju berfungsi untuk
mengisi kemajuan tersebut? Pendidikan dan pembangunan merupakan dua
pembolehubah yang berada pada dua hujung garis lurus. Adakah setiap satu
pembolehubah tersebut memberi pengaruh atau memberi kesan terhadap
pembolehubah yang satu lagi.
Pendidikan mesti bersesuaian dengan kehidupan manusia di dalam masyarakat.
Sebagaimana jari pada tangan manusia yang setiap satunya berlainan bentuk dan
fungsi tetapi saling melengkapi. Pendidikan adalah untuk meneruskan kelangsungan
suatu warisan dari satu generasi kepada satu generasi dalam sesuatu masyarakat.

Unit 1: Konsep Dan Pengertian: Falsafah, Pendidikan, Dasar Dan Pembangunan

Pendidikan mempunyai matlamat implisit. Apakah yang manusia inginkan dalam


hidupnya? Bagaimana manusia hendak mencapai apa yang diinginkan?

20

Perkembangan Pendidikan Di Malaysia: Falsafah & Dasar

Jenis-Jenis Pendidikan
Secara fitrahnya, manusia sudah dididik sejak sebelum ia lahir ke dunia. Oleh sebab itu,
wanita yang mengandung digalakkan membaca dan mendengarkan bacaan al-Quran, ceritacerita yang baik dan alunan muzik yang menenangkan. Apabila seorang bayi Islam
dilahirkan, ia segera diazankan dan diqamatkan kerana alunan azan dan qamat itu sendiri
merupakan pendidikan. Manusia memerlukan tempoh yang lebih lama untuk proses
pendidikan sebelum menampakkan kesannya dalam kehidupan seseorang sebagaimana
pepatah Cina yang mengatakan Jika mahukan hasil dalam semusim tanamlah bujirin, tetapi
jika mahukan hasil dalam tempoh yang panjang didiklah manusia. Sepanjang kehidupan,
manusia menghadapi beberapa jenis dan fasa pendidikan. Secara umumnya terdapat tiga jenis
pendidikan iaitu pendidikan informal, pendidikan formal dan pendidikan nonformal. Jenisjenis pendidikan tersebut berlaku dalam lingkungan persekitaran yang mempengaruhi
perkembangannya. Lingkungan persekitaran tersebut meliputi persekitaran lokal (sejarah,
budaya, sosial, falsafah, ekonomi dan politik) dan persekitaran global (teknologi, hubungan
antarabangsa, perdagangan dan kebergantungan). Pendidikan secara informal, formal dan
nonformal memainkan peranan penting ke arah pembangunan modal insan dan modal sosial
kepada keluarga, komuniti, masyarakat dan negara.

Persekitaran Global

Pendidikan
Formal

Persekitaran Lokal

Persekitaran Global
Pendidikan
Nonformal

Persekitaran Global

Rajah 1.7: Jenis-jenis pendidikan dalam lingkungan persekitaran


Rajah 1.7 menunjukkan hubungkaitan antara ketiga-tiga jenis pendidikan dalam
lingkungan persekitaran alam pendidikan itu sendiri. Pendidikan informal berkaitan dengan
pendidikan yang dilaksanakan secara tersirat dalam lingkungan adab, adat, kepercayaan dan
agama. Pendidikan ini berbeza mengikut etnik, masyarakat, negara dan agama.
Pelaksanaannya berlaku secara langsung dan tidak langsung seperti menerusi teguran, kiasan,
bidalan, larangan, tunjukcara, ajaran dan bahasa tubuh. Pengetahuan, kemahiran, nilai,
budaya dan kepercayaan yang ada diwariskan dari satu generasi kepada generasi yang
berikutnya. Pendidikan informal masih terus diamalkan oleh ibu bapa dan masyarakat
sehinggalah kehari ini. Pendidikan jenis ini yang mengekalkan rakyat Malaysia dengan nilainilai ketimuran dan ciri-ciri keMalaysiaannya. Pendidikan ini tiada batasan, ia berlaku
sepanjang hayat kerana manusia itu perlu saling menegur dan menasihati ke arah kebaikan.
Walau bagaimanapun apabila kanak-kanak itu telah menjangkau usia persekolahan (5 - 6
tahun) jenis pendidikan telah bertambah apabila pendidikan formal diberikan secara langsung
selain dari pendidikan informal. Pendidikan formal ini diberikan menerusi intitusi pendidikan
prasekolah yang memainkan peranan dalam memberi pendidikan. Pendidikan prasekolah
menyediakan tempat belajar, kurikulum, tenaga pengajar, peraturan dan proses pendidikan
yang lebih sistematik. Pendidikan formal ini berterusan ke peringkat pendidikan rendah,

Unit 1: Konsep Dan Pengertian: Falsafah, Pendidikan, Dasar Dan Pembangunan

Pendidikan
Informal

21

Perkembangan Pendidikan Di Malaysia: Falsafah & Dasar

menengah, lepasan menengah dan pendidikan tinggi. Institusi pendidikan diberi


tanggungjawab untuk melahirkan warganegara yang memiliki ciri-ciri yang ditetapkan oleh
kerajaan yang memerintah menerusi sistem yang terkawal seperti kurikulum yang seragam,
pentaksiran yang seragam, buku teks yang seragam dan peraturan yang diseragamkan.
Pendidikan formal kini berfungsi sebagai jentera pengeluaran modal insan yang mempunyai
standard dalam penghasilan outcome yang dihasratkan.
Pendidikan kini semakin berkembang apabila pengetahuan, kemahiran, nilai, budaya
dan kepercayaan turut diinstitusikan. Untuk berkahwin, pasangan wajib mengikuti kursus
perkahwinan, bagi menunaikan ibadah haji semua bakal haji wajib mengikuti kursus haji,
untuk mendapatkan lesen memandu, calon wajib menduduki kursus memandu. Bagi
menjalankan perniagaan pula, wajib mengikuti kursus yang berkaitan begitu juga dengan
bentuk dan kemahiran lainnya seperti jahitan, ternakan dan masakan. Pendidikan seperti ini
dikenali sebagai pendidikan nonformal. Pendidikan jenis ini semakin berkembang kerana
adanya permintaan dan undang-undang yang mewajibkan. Perbandingan antara pendidikan
formal, informal dan nonformal boleh dilakukan berdasarkan reka bentuk, pengajaran guru,
pembelajaran murid, institusi, kurikulum, penilaian, pengiktirafan dan organisasi.
Perbandingan tersebut dapat dilihat menerusi Jadual 1.4
Jadual 1.4: Perbandingan jenis-jenis pendidikan

Pengajaran
Pembelajaran

Institusi

Kurikulum
Penilaian
Pengiktirafan
Organisasi

Pendidikan
Formal
Perkembangan ilmu &
kemahiran, jangka
masa yang lama.
Guru terlatih,
pedagogi, bilik darjah.
Seragam, berjadual,
buku teks, bilik darjah.
Rasmi: Prasekolah,
sekolah rendah &
menengah, IPT
(bangunan & kelas).
Rasmi, kebangsaan,
berstruktur, tersurat.
Rasmi & kebangsaan.
Perjawatan: sijil,
Diploma, Ijazah.
Kerajaan/ swasta.

Pendidikan
Informal
Bina kemahiran untuk
kehidupan, jangka
masa berterusan.
Keluarga &
masyarakat.
Teguran, larangan,
panduan, pencontohan,
ibarat tamsil.
Tidak rasmi: rumah,
masyarakat, rumah
ibadat, dewan orang
ramai & padang.
Tidak rasmi, tersirat.

Pendidikan
Nonformal
Perkembangan
kemahiran, jangka
masa pendek.
Ahli yang pakar.

Pandangan
masyarakat.
Masyarakat, budaya.

Kehadiran, pencapaian.

Keluarga, masyarakat.

Konsep Dan Pengertian Falsafah Pendidikan

Berjadual.

Rasmi & tidak rasmi:


agensi kerajaan &
swasta.
Tidak rasmi.

Sijil penyertaan/
kecekapan.
Kerajaan, swasta,
NGO.

Unit 1: Konsep Dan Pengertian: Falsafah, Pendidikan, Dasar Dan Pembangunan

Ciri-Ciri
Reka bentuk

22

Perkembangan Pendidikan Di Malaysia: Falsafah & Dasar

Pendidikan merupakan satu disiplin ilmu. Falsafah juga merupakan satu disiplin ilmu.
Pendidikan dan falsafah merupakan dua disiplin ilmu yang berbeza dengan matlamat dan
proses yang berbeza. Namun ilmu falsafah dan ilmu pendidikan mempunyai hubungan yang
erat apabila dikaitkan dengan perkembangan manusia (dari aspek kerohanian, mental dan
fizikal). Dalam konteks hubungan falsafah dan pendidikan, Ornstein dan Hunkins (2014)
menyatakan bahawa perbincangan pendidikan yang berkaitan dengan persoalan-persoalan
berikut sangat dipengaruhi ilmu falsafah. Oleh kerana ilmu tersebut berkaitan langsung
dengan pendidikan maka persoalan-persoalan tersebut menjurus kepada persoalan falsafah
pendidikan.
Apakah yang menjadi arah/ hala tuju pendidikan?
Mengapakah ada matlamat yang dianggap bermakna?
Sejauhmanakah wujud perbezaan didikan dan latihan?
Adakah perlu wujud bentuk pengetahuan yang berbeza?
Adakah kurikulum yang berbeza diperlukan untuk murid yang berbeza?
Bagaimanakah kandungan dibentuk di dalam kurikulum yang digunakan?
Bagaimanakah bentuk kurikulum yang spesifik boleh dijustifikasikan dengan baik?
Sejauhmanakah realiti yang baru perlu dimasukkan di dalam sesebuah kurikulum?

FALSAFAH
FALSAFAH
PENDIDIKAN

Rajah 1.8: Hubungan falsafah dan pendidikan


Rajah 1.8 di atas menunjukkan hubungan antara ilmu falsafah dan ilmu pendidikan yang
bergabung untuk membentuk falsafah pendidikan.

Implikasi Falsafah Terhadap Pendidikan


Pendidikan tanpa falsafah samalah seperti bahtera yang belayar di lautan luas. Ke haluaan
manakah kemudi hendak diarahkan dan ke pelabuhan manakah bahtera hendak dilabuhkan. Ia
juga sama seperti tubuh yang tiada jiwa. Jiwa menjadikan kehidupan manusia itu sempurna
kerana di situlah terletaknya nikmat hidup. Begitu halnya dengan pendidikan yang
memerlukan falsafah untuk menghidupkannya dan menetapkan matlamat yang hendak dituju.
Implikasi falsafah terhadap pendidikan meliputi:
i.
Meningkatkan kefahaman dan kebolehan membuat intepretasi dengan tepat dalam
melontarkan idea-idea perbahasan.
ii.
Meningkatkan kebolehan menaakul secara analitikal dalam memahami dan menilai
sesuatu yang kompleks, berdebat dan menangani isu-isu.

Unit 1: Konsep Dan Pengertian: Falsafah, Pendidikan, Dasar Dan Pembangunan

PENDIDIKAN

23

Perkembangan Pendidikan Di Malaysia: Falsafah & Dasar

iii.

Meningkatkan keupayaan menaakul bagi mengembangkan kemahiran dalam mengolah


idea-idea mereka secara bersepadu dan sistematik.
iv. Membina keupayaan pemikiran kritis untuk meningkatkan tanggungjawab bagi
memahami dan menilai semua idea dengan hati-hati.
v.
Meningkatkan kemahiran membuat keputusan tentang etika dan estetika dan
meningkatkan kesedaran terhadap faktor-faktor yang mempengaruhi dalam membuat
penilaian.
vi. Meningkatkan keupayaan pentaakulan etika dalam membuat keputusan yang rasional
ke atas isu-isu tentang kebenaran dan kesalahan moral dalam membina karekter.
vii. Meningkatkan keterbukaan minda terhadap penerimaan dan pengubahsuaian idea-idea
baru menerusi refleksi terhadap pandangan diri dan kelebihan pihak lain.
viii. Meningkatkan kemahiran dalam penulisan dan pembentangan lisan secara bernas, jelas
dan tepat tanpa prajudis.
ix. Meningkatkan kefahaman kendiri tentang isu-isu falsafah sebagai bidang ilmu asas
terhadap disiplin ilmu lain.
x.
Meningkatkan penghargaan diri terhadap kepelbagaian latar sejarah intelektual
menerusi refleksi dan perbahasan.
xi. Meningkatkan kesedaran, kefahaman dan pengetahuan tentang tradisi falsafah.

Manusia berbeza dengan makhluk lain ialah kerana fungsi manusia itu sendiri dijadikan oleh
Pencipta untuk memimpin, mentadbir dan mengurus alam ini dengan sebaiknya. Pendidikan
adalah kunci utama untuk menyedarkan manusia dari kejahilan dan kebodohan. Hanya
manusia yang bijaksana yang tahu dirinya adalah manusia. Falsafah pendidikan berfungsi
secara langsung untuk mengupayakan manusia berfikir dan bertindak secara bijaksana. Dari
aspek kepentingan falsafah pendidikan pula, ia terlalu luas untuk dibincangkan kerana disipli
ini mencakupi kehidupan manusia itu sendiri. Nasution (2011) dan Hassan Langgulung
(1997) menyatakan kepentingan falsafah pendidikan:
i.

Makna pendidikan: Membina makna pendidikan itu sendiri adalah kerja falsafah
untuk membezakannya dengan makna-makna yang lain dengan mengambilkira cabangcabang metafizik, epistemologi, aksiologi dan logik. Setiap cabang memberi pengertian
yang tersendiri sebagaimana yang telah dibincangkan sebelum ini.

ii.

Penambahbaikan pendidikan. Membina falsafah pendidikan merupakan langkah


pertama untuk membaiki proses pendidikan dalam sistem pendidikan yang
dilaksanakan di sesebuah negara.
Arah pendidikan. Falsafah pendidikan menentukan arah ke manakah setiap
warganegara perlu dibimbing pada peringkat usia persekolahan. Sekolah merupakan
institusi yang dibina untuk kepentingan masyarakat bagi menyediakan tempat didikan
yang sempurna terhadap anak-anak mereka menjadi insan yang sempurna dan warga
negara yang dicita-citakan.

iii.

iv.

Hasil pendidikan. Tujuan pendidikan yang telah ditetapkan memberi gambaran yang
jelas tentang hasil pendidikan (outcome) yang semestiya dicapai, warganegara yang
bagaimana yang semestinya dibentuk dan pembangunan yang bagaimana yang akan
dilaksanakan.

Unit 1: Konsep Dan Pengertian: Falsafah, Pendidikan, Dasar Dan Pembangunan

Fungsi Dan Kepentingan Falsafah Pendidikan

24

Perkembangan Pendidikan Di Malaysia: Falsafah & Dasar

v.

Proses pendidikan. Dengan adanya matlamat dan hasil pendidikan yang hendak
dicapai, maka perkara penting berkaitan dengannya ialah menetapkan cara atau proses
yang perlu dilaksanakan ke arah mencapai matlamat dan hasil pendidikan tersebut.

Konsep Dan Pengertian Dasar

Falsafah pendidikan dan dasar pendidikan di sesebuah negara membentuk satu


rangkaian penting ke arah melahirkan individu dan warganegara yang dapat memenuhi
aspirasi negara. Mehlinger (1995) di dalam bukunya School reform in the information age
telah menjelaskan bahawa ketiadaan falsafah dan dasar dalam perkembangan pendidikan
boleh menimbulkan masalah. Masalah tersebut berkaitan dengan dua bentuk kesukaran iaitu
pendidikan guru dan pembaharuan pendidikan. Kesukaran pendidikan guru berkaitan dengan
pembentukan profesionalisme keguruan. Manakala kesukaran pembaharuan pendidikan lebih
bersifat holistik kerana kesukaran ini melibatkan isu-isu dalam sistem pendidikan, kurikulum,
penilaian dan perancangan kemajuan pendidikan dari satu tahap ke satu tahap yang lain.
Menurut Mohd. Taib Osman (2002), Istilah falsafah, dasar dan sistem, walaupun bertindan
tindih antara satu sama lain dan mempunyai urutan tindakan daripada satu tahap kepada tahap
berikutnya tetapi mempunyai pengertian masing-masing dalam konteks tertentu. Urutan
bermula dengan falsafah kepada dasar dan diikuti dengan pembentukan sistem. Falsafah
merupakan hasil pemikiran yang mempertimbangkan pelbagai soalan dan dari pelbagai sudut
serta melihat gambaran besar yang menyentuh persoalan itu. Daripada falsafah barulah dasar
digubal. Dasar merupakan formulasi idea-idea sebagai panduan untuk tindakan. Apabila
suatu dasar sudah termaktub maka sistem didirikan bagi melaksanakan dasar dan falsafah
tersebut.
Dasar secara umumnya merupakan perkara yang menjadi asas atau perkara penting
yang dituntut untuk dilaksanakan. Dari segi bahasanya, dasar dirujuk sebagai asas, tunjang,
teras yang bertujuan untuk pengukuhan sesuatu perkara (Kamus Dewan IV, 2005). Dalam
bahasa Inggeris dasar samalah dengan policy. Dari segi etimologi, policy berasal dari
perkataan Greek iaitu polis yang bermakna city-state. Dalam bahasa Latin kemudiannya
menjadi politia yang merujuk kepada negara. Seterusnya perkataan policie digunakan dalam
Midle English untuk merujuk pengendalian urusan awam atau pentadbiran kerajaan.
Colebatch (2002) menyatakan dasar ialah perihatin terhadap arahan, mengimplementasi
sistem dan konsistensi. Dasar juga dikaitkan dengan keperihatinan terhadap sesuatu dengan
memberi fokus bermula dari proses bagaimana ia dilaksanakan sehinggalah kepada kepada
hasil yang diperolehi. Bridgeman & Davis dalam Colebatch (2002) menyatakan bahawa dasar
ialah langkah-langkah logik ke arah kejayaan seperti memberi definisi kepada masalah,
menilai pilihan yang ada, implimentasi dan membuat penilaian keseluruhan.
Dalam konteks pendidikan pula, Trowler (2003) menyatakan dasar pendidikan sebagai
suatu prinsip dan tindakan yang khusus berkaitan dengan isu-isu pendidikan, yang diikuti

Unit 1: Konsep Dan Pengertian: Falsafah, Pendidikan, Dasar Dan Pembangunan

Falsafah membentuk teras kepada pendidikan. Falsafah pendidikan di sesebuah negara


ditetapkan untuk menjadi rujukan dan amalan yang mengandungi bentuk, proses dan
matlamat pendidikan. Falsafah tidak memberi apa-apa makna tanpa adanya dasar yang
berkaitan dengan pelaksanaan. Kerana itu, antara perkara penting yang perlu ada dalam
pendidikan di sesebuah negara ialah dasar pendidikan itu sendiri. Dasar bukan sahaja menjadi
asas pembentukan sistem pendidikan bahkan menjadi panduan penting dalam pelaksanaanya.
Tanpa dasar yang jelas, sudah tentulah sistem dan pelaksanaan pendidikan tidak tersusun
rapi, terumbang ambing, tidak tentu arah dan tersasar dari matlamatnya. Dasar bagi sesuatu
sistem pendidikan haruslah berpaksikan kepada falsafah pendidikan yang jelas.

25

Perkembangan Pendidikan Di Malaysia: Falsafah & Dasar

atau seharusnya diikuti dan direka bentuk untuk mencapai matlamat yang ditetapkan. Definisi
tersebut turut di gunakan oleh Abdullah Sani (2003) apabila menyatakan dasar pendidikan
sebagai sutu garis panduan untuk mencapai hasrat pendidikan yang dimatlamatkan.
Berdasarkan kepada kenyataan tersebut dapat disimpulkan bahawa dasar pendidikan adalah
spesifikasi prinsip atau tindakan yang berkaitan dengan isu-isu pendidikan yang wajib diikuti
untuk mencapai matlamat yang telah ditetapkan. Dengan itu dasar pendidikan merupakan
suatu yang penting bagi menghadapi isu-isu pendidikan di sesebuah negara.

ii.
Dasar Solusi Dalam Pendidikan:
Solusi adalah peyelesaian masalah. Dasar yang berkaitan dengan penyelesaian masalah yang
memberi tumpuan kepada aspek sosial dan ekonomi. Dasar ini berbentuk reaktif kerana
bertujuan untuk mengatasi masalah yang timbul. Hal ini disebabkan trend atau perkembangan
semasa yang berubah-ubah akibat tuntutan prioriti manusia dan ekonomi semasa. Pendidikan
merupakan proses yang melibatkan interaksi di antara sesama manusia, manusia dengan
persekitaran dan manusia dengan sistem. Interaksi yang berlaku tidak selalunya lancar, kerap
kali interaksi yang berlaku mengalami gangguan dan halangan. Percanggahan idea bukanlah
sesuatu yang salah tetapi keputusan yang diambil itulah yang boleh menjadi sesuatu yang
salah. Apabila keputusan yang dibuat salah maka sistem juga menjadi salah dan hasilnya juga
tersasar. Oleh itu dasar-dasar solusi dalam pendidikan mensejajarkan semula hala tuju,
pelaksanaan dan perancangan yang dibuat dalam bidang pendidikan. Contoh dasar:
Dasar
Penjelasan Tujuan
60% Sains 40% Sastera Menyelesaikanmasalah tenaga kerja mahir dalam sains dan
teknologi untuk memacu pembangunan negara.
1 Murid 1 Sukan
Menyelesaikan masalah obesiti, menanamkan minat bersukan dan
meningkatkan mutu sukan negara.
PPSMI
Meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris.
MBMMBI
Memartabatkan bahasa Malaysia & memperkasa bahasa Inggeris.
Integrasi Nasional
Membentuk perpaduan.
Keciciran Sifar
Pendidikan untuk semua.
Sekolah Selamat
Mempastikan keselamatan dan kesejahteraan murid di sekolah.
iii. Dasar Kebajikan Dalam Pendidikan:

Unit 1: Konsep Dan Pengertian: Falsafah, Pendidikan, Dasar Dan Pembangunan

Apakah Tujuan Dan Kepentingan Sesuatu Dasar Pendidikan Digubal?


Dasar menjadikan perjalanan kehidupan rakyat/warganegara berlangsung dengan baik. Dasar
dibentuk untuk manusia mengatur perjalanan hidupnya secara tersusun dan harmonis. Dalam
konteks pendidikan, Sufean Hussin (2002) telah mengkategorikan dasar-dasar digubal
kepada empat tujuan utama iaitu kawalan, solusi (penyelesaian masalah), kebajikan
(perkhidmatan) dan inovasi.
i.
Dasar Kawalan Dalam Pendidikan:
Kawalan bererti mendisiplin. Mendisiplinkan merupakan penerapan dasar legislatif dalam
bentuk akta yang mengenakan syarat dan hukuman. Tujuan utama dasar-dasar kawalan
dibentuk adalah untuk pencegahan, pengajaran dan peringatan. Hukuman berat yang
dikenakan kepada pelanggaran dasar ini adalah dalam bentuk penjara atau denda atau keduaduanya sekali. Dalam perkhidmatan awam tindakan mendisiplin juga melibatkan amaran
lisan, amaran bertulis, penahanan, pemindahan, pengekalan (statik) dan pemecatan.
Ganjarannya pula ialah kesinambungan operasi, perkhidmatan kepada mereka yang akur.
Contoh dasar-dasar kawalan pendidikan: Kod Etika Keguruan, Tatacara dan Disiplin, Akta
Pendidikan 1996, Peraturan dan Undang-undang.

26

Perkembangan Pendidikan Di Malaysia: Falsafah & Dasar

iv. Dasar Inovasi Dalam pendidikan:


Dasar-dasar berkaitan inovasi pula bertujuan membawa pembaharuan dalam pendidikan
menerusi idea, bahan dan kaedah. Dasar jenis ini bersifat futuristik-pragmatik kerana cuba
membawa pendidikan kepada keadaan yang lebih baik dari tahap yang sedia ada. Penyertaan
secara holistik dan komprehensif dari semua pihak menjadi penentu kepada kejayaan dasar
jenis ini. Contoh dasar-dasar jenis ini dalam pendidikan ialah:
Dasar Inovasi
Penjelasan Tujuan
Pemerkasaan Sekolah
Pengiktirafan pencapaian sekolah menerusi penjenamaan
Sekolah Kluster dan Sekolah Berprestasi Tinggi
Pembestarian
Meningkatkan aplikasi teknologi dalam pengurusan sekolah,
Pendidikan
kurikulum, kaedah, bahan dan pentaksiran.
Pembangunan Modal
Membangunkan potensi murid menerusi Sekolah Sukan (Bukit
Insan
Jalil & Bandar Penawar) dan Sekolah Seni (Johor Bahru &
Kuching) dan sekolah projek.
Pendidikan Berterusan
Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran profesionalisme.
ICT Dalam Pendidikan
Aplikasi ICT dalam pengurusan pengajaran dan pembelajaran.

Konsep Dan Pengertian Pembangunan


Pendidikan dan pembangunan membentuk dua pembolehubah yang sangat berkait rapat. Bagi
sebahagian besar negara di dunia, pendidikan diletakkan sebagai penyebab atau faktor
penting terdapat pembangunan. Terdapat juga kebenarannya apabila meletakkan
pembangunan sebagai faktor terhadap kemajuan pendidikan. Perbincangan ini memerlukan

Unit 1: Konsep Dan Pengertian: Falsafah, Pendidikan, Dasar Dan Pembangunan

Pendidikan itu perkhidmatan. Berkhidmat itu merupakan suatu kebajikan. Pendidikan


merupakan hak asasi kanak-kanak kerana pendidikan merupakan agen perubahan dan
sosialisasi. Pendidikan adalah ke arah mengubah tahap keilmuan, kemahiran dan kemanusian
kepada tahap yang lebih tinggi. Pendidikan dapat mengubah status individu dan struktur
sosial, ekonomi dan politik. Dalam konteks pendidikan, dasar ini berkaitan dengan usaha
memperbaiki kebajikan & perkhidmatan dalam pendidikan. Bagi tujuan itu Malaysia
meletakkan pelaburan yang tinggi untuk pendidikan. Pelaburan tersebut menerusi dasar yang
melibatkan perbekalan prasarana dan kualiti kehidupan. Dasar jenis ini biasanya dalam
bentuk akta dan edaran pekeliling (Ikhtisas & Kementerian Pendidikan Malaysia). Bagi
melaksanakan dasar ini, kerajaan menyediakan peruntukan kewangan yang besar untuk
menaja projek-projek pembangunan prasarana dan perkhidmatan. Contoh dasar-dasar
pendidikan jenis ini ialah:
Dasar
Penjelasan Tujuan
Pendidikan percuma
Pendidikan untuk semua, demokrasi pendidikan dan
kurangkan beban kewangan rakyat.
Pinjaman buku teks percuma
Pendidikan untuk semua, demokrasi pendidikan dan
kurangkan beban kewangan rakyat.
Bantuan pendidikan (RMT, Skim
Tingkatkan peluang pendidikan untuk semua.
Susu dll)
Dasar bantuan kewangan (Biasiswa, Tingkatkan peluang meneruskan pelajaran.
PTPN dll)
Perlindungan murid (Skim Insuran
Melindungi murid jika berlaku kemalangan.
Murid)
Pembangunan Pendidikan Luar
Pendemokrasian pendidikan dan merapatkan jurang
Bandar
pendidikan

27

Perkembangan Pendidikan Di Malaysia: Falsafah & Dasar

ii.

Hulme & Turner (1990): Pembangunan ialah memimpin ke arah mencapai objektif
yang disasar. Pembangunan sinonim dengan perubahan ekonomi, sosial dan politik.

iii.

Seers (1977): Pembangunan ialah merealisasikan potensi personaliti manusia,


gabungan dari tiga matlamat yang khusus. Pertama, jaminan keatas bekalan keperluan
asas. Kedua, kewujudan bidang pekerjaan. ketiga, pengurangan ketidakadilan.

iv.

Kadt, et al (1974): Pembangunan berkisar di atas landasan nilai-nilai kebendaan


secara kuantitatif. Juga memandang serius ke atas kewujudan kelas sosial dan konflik
sosial.

Pembangunan dalam Islam pula menekankan aspek menyeluruh, bersepadu dan


seimbang di antara pembangunan yang bersifat kebendaan dan juga pembangunan yang
bersifat kerohanian. Di dalam al-Quran sendiri terdapat beberapa istilah yang berkaitan
dengan pembangunan (al-Tanmiyah) seperti al-Tazkiyah (Penyuburan), seperti tersebut
dalam surah al-Syams: 9, al-Bina (Pembinaan) seperti tersebut dalam surah al-Saf: 4.
Berikut ialah beberapa pengertian pembangunan yang diberikan oleh beberapa tokoh Islam.
i.
A. Aziz Deraman (2010): Pembangunan merujuk perubahan sosial yang melibatkan
pelbagai aspek dalam masyarakat seperti persepsi politik, tanggapan tentang kemajuan
ekonomi dan amalan budaya.
ii.

Muhammad Syukri Saleh (2002) Konsep pembangunan dalam Islam adalah berasaskan
kepada keesaan Allah, matlamat ialah keredahan Allah (mardatillah) dan kerangkanya
mencakupi skala waktu panjang iaitu waktu kehidupan di alam roh, dunia dan akhirat.
Sepanjang skala itu, manusia mesti mencapai kebahagian di dunia dan akhirat.

iii.

Fathi Yakan (2002): Pembangunan bermaksud peningkatan, kebangkitan dan


pertambahan dari semua aspek kehidupan.

iv.

Kadir H. D, (1996): Pembangunan adalah suatu proses membuka dan mengembangkan


roh kemanusiaan, membuka hati manusia, membuka dan mendedahkan manusia ke
arah kemuncak ketuhanan supaya berkembang sepenuhnya secara beransur-ansur dan
ke arah yang lebih baik dalam konteks kehebatan semulajadi.

Dalam perspektif Islam, pembangunan yang berlaku berpaksikan kepada Allah (SWT)
dengan meletakkan sumber rujukan utama ialah al-Quran dan as-Sunnah. Kedua-dua sumber
tersebut berteraskan wahyu Allah. Dasar pendidikan pula meletakkan pembangunan insan
yang melibatkan komponen akal, roh dan jasad. Pendekatan pendidikan pula secara
menyeluruh dan bersepadu yang mengambil kira perkembangan insan dari aspek kognitif,
afektif dan psikomotor. Hasil pendidikan yang terancang ini akan melahirkan insan yang
kamil, syumul dan rabbani. Insan ini mempunyai ciri-ciri ketakwaan yang tinggi terhadap
Allah dan bersedia memikul amanah sebagai khalifah di muka bumi ini. Sifat ketakwaan

Unit 1: Konsep Dan Pengertian: Falsafah, Pendidikan, Dasar Dan Pembangunan

kefahaman tentang konsep dan pengertian pembangunan. Pembangunan terbit dari kata dasar
bangun yang membawa makna peningkatan atau perubahan. Perspektif barat menegaskan
bahawa pembangunan adalah dirujuk kepada perubahan dalam bentuk kebendaan yang
meliputi hal-hal sosial, ekonomi, politik dan budaya. Pembangunan dalam perspektif barat
telah memisahkan di antara pembangunan berbentuk kebendaan dengan pembangunan yang
bersifat kerohanian atau keagamaan. Berikut ialah beberapa pengertian pembangunan yang
diperkenalkan oleh beberapa tokoh barat.
i.
Berger (1992): Pembangunan boleh difahami dari kebiasaan ekonomi, dan tidak dari
perspektif politik, etika, ideologi atau kriteria yang lain. Pembangunan tidak hanya
dilihat dari faktor-faktor ekonomi (tanah, buruh, modal dan pengusaha) tetapi lebih
kepada perkembangan ekonomi.

28

Perkembangan Pendidikan Di Malaysia: Falsafah & Dasar

insan yang terdidik secara sempurna terserlah menerusi ibadat (asas & umum) dan amalanamalannya. Ibadat asas merupakan fardu ain yang membentuk kerohanian yang tinggi dalam
pembangunan insan. Manakala ibadat umum pula menjadi fardu kifayah yang menuntut
setiap insan memberi sumbangan terhadap pembangunan negara dari aspek fizikal dan
material. Hasilnya pembangunan insan dan pembangunan negara mendapat rahmat dari Allah
di dunia dan akhirat. Hubungkaitan di antara pendidikan dan pembangunan berteraskan Islam
dapat dilihat menerusi rajah 1.9.
Pada hari ini pembangunan insan mencakupi kuantiti dan kualiti. Pembangunan insan
dari aspek kuantiti dapat menentukan survival sesuatu bangsa. Tun Dr. Mahathir pernah
mengeluarkan kenyataan bahawa penduduk Malaysia yang optimum ialah 70 juta. Mengapa
angka 70 juta menjadi pilihan? Kuantiti penduduk yang disarankan mempunyai hubungan
yang signifikan dengan pertumbuhan ekonomi dan keselamatan negara. 70 juta penduduk
dapat menyediakan pasaran tempatan yang tinggi. Permintaan dalam negara yang tinggi dapat
menggalakkan perkembangan sektor perindustrian dan perkhidmatan negara. Hal ini sejajar
dengan matlamat Wawasan 2020 untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju
berteraskan industri. Manakala dari segi kualiti pula, ia bergerak seiring dengan kuantiti
apabila dikaitkan dengan pembangunan fizikal atau material yang memerlukan kebijaksanaan
dan kepakaran dalam membuat perancangan dan melaksanakan pembangunan tersebut. Hal
ini berkaitan dengan keupayaan melahirkan tenaga kerja berpengetahuan dan tenaga kerja
kreatif sesuai dengan asas pembangunan rakyat berminda kelas pertama. Pembangunan
secara menyeluruh, bersepadu dan berimbang adalah teras kepada kesejahteraan dalam
kehidupan rakyat di sesebuah negara. Walaupun matlamat akhirnya ialah pembangunan
negara yang mensepadukan kemajuan ekonomi, kesejahteraan sosial, kestabilan politik,
kelestarian alam sekitar dan pegangan akhlak dan moral yang kuat dengan kepercayaan dan
ketaatan beragama. Namun matlamat tersebut hanya dapat dicapai menerusi pembangunan
insan yang menjadi warganegara.

Pendidikan &
Latihan
Akal
Roh
Jasad

Al-Quran
WAHYU
As-Sunnah

Ibadat Asas
Pembangunan
Rohani

Amalan Utama

Pendekatan
Kognitif
Afektif
Psikomotor

Ibadat Umum
Pembangunan
Fizikal/material

Pembangunan Berteraskan Islam


Sumber: Muhammad Syukri Saleh (2002)
Rajah 1.9: Model pendidikan dan pembangunan berteraskan Islam.

Insan
bertakwa &
Khalifah
Allah

Unit 1: Konsep Dan Pengertian: Falsafah, Pendidikan, Dasar Dan Pembangunan

ALLAH

29

Perkembangan Pendidikan Di Malaysia: Falsafah & Dasar

Rajah 1.10: Konteks hubungkait antara pendidikan dan pembangunan

Rumusan
Dalam perkembangan pendidikan, falsafah dan dasar bagaikan irama dan lagu yang tidak
boleh dipisahkan. Kesemuanya membentuk komponen-komponen yang penting dalam satu
sistem pendidikan.
Seumpama manusia itu sendiri, walaupun nampak satu tetapi
mengandungi berbagai komponen yang berinteraksi dalam satu sistem yang kompleks.
Pendidikan tidak boleh tegak dengan sendirinya tetapi berteraskan hasrat dan matlamat
(individu, keluarga, masyarakat, negara dan agama). Dari perspektif falsafah, pendidikan
mestilah mempunyai ketetapan matlamat (metafizik). Mengandungi ilmu yang benar dan
bermanfaat serta proses yang berkesan (epistemologi). Menetapkan kaedah pengurusan yang
efektif (aksiologi) dan membuat keputusan dengan betul dan tepat (logik). Falsafah
pendidikan yang mantap tidak memberi sebarang pengertian tanpa adanya dasar-dasar
pendidikan yang diperundangkan untuk menterjemahkan matlamat pendidikan yang
dihasratkan kepada peringkat pelaksanaan yang berkesan. Dasar-dasar pendidikan yang

Unit 1: Konsep Dan Pengertian: Falsafah, Pendidikan, Dasar Dan Pembangunan

Pembangunan insan juga perlu berlaku secara menyeluruh dan bersepadu untuk
menjadi insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Rajah 1.10
menunjukkan konteks hubungkait antara pendidikan dan pembangunan insan dan negara.
Dalam konteks mikro, pembangunan insan merujuk kepada potensi setiap individu yang
merujuk kepada potensi intelek (IQ) yang melibatkan kemahiran berfikir aras tinggi,
menyelesaikan masalah, kretif, kritis dan inovatif. Selain itu ialah potensi rohani (SQ) yang
merangkumi kekuatan jiwa untuk menjadi seorang yang taat, patuh, jujur, amanah dan lainlain akhlak dan nilai-nilai murni. Potensi emosi (EQ) pula membolehkan setiap manusia
mempunyai sifat-sifat kemanusiaan dalam melaksanakan taggungjawab sebagai warganegara
yang baik. Jiwa yang tenang, senyuman yang terukir, perasaan simpati dan empati, kesabaran
yang tinggi merupakan kombinasi yang baik terhadap potensi intelek dan rohani. Akhir sekali
ialah potensi jasmani (PQ) yang merujuk kepada keupayaan menjaga kecergasan dan
kesihatan fizikal untuk menyumbang tenaga kepada pembangunan negara. Manakala dalam
konteks makro, pembangunan negara mencakupi bidang ekonomi, sosial, politik, alam sekitar
dan agama/moral.

30

Perkembangan Pendidikan Di Malaysia: Falsafah & Dasar

mencakupi dasar kebajikan, dasar solusi, dasar kawalan dan dasar inovasi membolehkan
pembangunan prasarana, kurikulum dan sumber pendidikan dilaksanakan dengan jayanya.
Kejayaan pelaksanaan dasar-dasar pendidikan akhirnya memberikan pengaruh yang besar
terhadap pembangunan sumber manusia dan negara. Sumber manusia yang cemerlang
berkeupayaan untuk memberi sumbangan yang besar terhadap kesejahteraan dan
kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara. Pembangunan negara yang mapan pada
akhirnya memberi pulangan terhadap pembangunan pendidikan untuk kesejahteraan
rakyatnya. Hubungan pembangunan insan dan negara yang saling melengkapi akan memacu
kepada pembentukan negara Malaysia yang harmoni.

Latihan Objektif
1.

Manakah rajah berikut menunjukkan hubungkaitan yang betul tentang dasar, sistem dan
falsafah pendidikan?
A.

Sistem

Falsafah

B.
Falsafah

Dasar

Dasar

Sistem

C.

D.

Falsafah

Dasar
Dasar

Sistem

Sistem

2.

Manakah yang berikut berkaitan dengan falsafah?


A. Kebolehan.
B.
Kemampuan.
C. Kebijaksanaan.
D.
Kecemerlangan.

3.

Cikgu Ramli seorang guru Sains sedang melaksanakan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran bersama murid-muridnya dengan melakukan ujikaji bagi membuktikan
kebenaran sesuatu hipotesis. Apakah jenis ilmu pengetahuan yang sedang dipelajari
oleh murid-murid dari Cikgu Ramli?
A. Intuisi.
B.
Rasional.
C. Empirikal.
D.
Autoritatif.

Unit 1: Konsep Dan Pengertian: Falsafah, Pendidikan, Dasar Dan Pembangunan

Falsafah

31

Perkembangan Pendidikan Di Malaysia: Falsafah & Dasar

4.

Cabang falsafah yang manakah membahaskan secara terperinci proses untuk


memperoleh pengetahuan iaitu asal usul pengetahuan, bagaimana seseorang boleh
memperoleh pengetahuan berkenaan serta kesahihannya?
A. Logik.
B.
Metafizik.
C. Aksiologi.
D.
Epistemologi.

5.

Manakah ciri berikut tergolong dalam pendidikan nonformal?


A. Pendidikan lanjutan.
B. Pendidikan peringkat ketiga.
C. Di bawah tanggungjawab sekolah.
D. Dilaksanakan oleh ibu, bapa dan keluarga.

6.

Manakah pernyataan berikut sesuai dikaitkan dengan pendidikan informal?


A. Mempunyai kurikulum rasmi.
B. Pengiktirafan menerusi sijil penyertaan.
C. Pengajaran disampaikan oleh ahli keluarga.
D. Perkembangan kemahiran untuk jangka masa tertentu.

7.

Mengapakah didikan berbeza dengan latihan?


A. Didikan membentuk kebijaksanaan manakala latihan untuk kearifan.
B. Didikan mempunyai tempoh yang lebih singkat berbanding latihan.
C. Didikan untuk kemahiran, manakala latihan untuk kepakaran.
D. Didikan berterusan manakala latihan ada tempoh masa.

8.

Muhammad Syukri Saleh (2002) telah


pembangunan berteraskan Islam. Manakah
pendidikan dan latihan yang dicadangkan?
I.
Akal.
III. Jasmani.
A. I dan II sahaja.
C. II, III dan IV sahaja.

II.
IV.
B.
D.

Rohani.
Kebudayaan.
I, II dan III sahaja.
I, II, III dan IV.

9.

Percanggahan idea bukanlah sesuatu yang salah tetapi keputusan yang diambil itulah
yang boleh menjadi sesuatu yang salah. Apabila keputusan yang dibuat salah maka
sistem juga menjadi salah dan hasilnya juga tersasar. Manakah dasar-dasar pendidikan
berikut berkaitan secara langsung dengan pernyataan tersebut?
A. Dasar solusi.
B.
Dasar inovasi.
C. Dasar kawalan.
D.
Dasar kebajikan.

10.

Membina masyarakat yang inovatif dan memandang ke depan, menjadi pengguna


teknologi dan menjadi penyumbang kepada tamadun masa depan. Pernyataan tersebut
merupakan cabaran Wawasan 2020 yag berkaitan dengan masyarakat _____
A. makmur.
B.
demokrasi.
C. bermoral dan beretika.
D.
saintifik dan progresif.

Unit 1: Konsep Dan Pengertian: Falsafah, Pendidikan, Dasar Dan Pembangunan

mengemukakan model pendidikan dan


antara berikut merujuk kepada komponen

32

Perkembangan Pendidikan Di Malaysia: Falsafah & Dasar

1.

Jelaskan pengertian dan hubungkaitan konsep-konsep berikut;


(a) falsafah
(b) pendidikan
(c) dasar
(d) pembangunan

2.

Jelaskan hubungan di antara pendidikan, perubahan dan pembangunan?

3.

Terangkan konteks perubahan yang berlaku hasil dari perkembangan pendidikan di


Malaysia.

4.

Bincangkan bagaimanakah pendidikan dan pembangunan boleh membentuk dua


pembolehubah yang saling mempengaruhi.

5.

Bandingbezakan hubungan di antara pembangunan dan perubahan sistem pendidikan di


negara-negara maju terpilih.

Unit 1: Konsep Dan Pengertian: Falsafah, Pendidikan, Dasar Dan Pembangunan

Latihan Esei

33

Anda mungkin juga menyukai