Anda di halaman 1dari 26

720811135634001

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA


PROGRAM SARJANA MUDA PENGAJARAN (PENDIDIKAN RENDAH)
DENGAN KEPUJIAN

HBAE 2103
CORAK DAN REKAAN

NAMA

HARTINI BINTI MOHAMAD SHARIF

NO. KAD PENGENALAN

720811-13-5634

NOMBOR MATRIK

720811135634001

NOMBOR TELEFON

0194673873

ALAMAT EMAIL

hartini_sharif@oum.edu.my

NAMA TUTOR

ENCIK ADI BIN KAHAR

PUSAT

PUSAT PEMPELAJARAN SARAWAK

KURSUS

SMP ( Ambilan Januari 2012)

720811135634001

SENARAI KANDUNGAN

MUKA SURAT

1.0 Pengenalan

3-5

2.0 Kaedah Pengumpulan Data

5-7

a. Pemerhatian
b. Temu Bual
c. Soal selidik
d. Bahan Rujukan
3.0 Isi Kandungan

7 -13

a. Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan matlamat


Pendidikan Seni Visual
b. Guru Seni Yang Berkesan
i. Domain Kognitif
ii. Domain Afektif
iii. Domain Psikomotor
4.0 Maklumat Sokongan

13 - 20

5.0 Kesimpulan

21

6.0 Rujukan

22

7.0 Lampiran

720811135634001

1.0 PENGENALAN
Pendidikan Seni Visual adalah satu program pendidikan yang bersistem dan mempunyai
matlamat yang jelas. Murid sekolah rendah pada umumnya adalah kreatif,aktif dan ekspresif.
Maka Pendidikan Seni Visual berperanan memperkembang sifat ini melalui visual, daya
pemikiran dan imaginasi. Kegiatan penerokaan,pemikiran dan reka bentuk dalam seni visual
akan menyebabkan mereka berani untuk menyatakan ekspresi diri dan idea. Hal ini amat
penting kerana membantu murid membuat penilaian,menyatakan idea dan mengenali citarasa
mereka sendiri.
Matlamat Pendidikan Seni adalah untuk melahirkan warganegara yang

mempunyai

budaya dalam kehidupan, kreatif, intelek, imaginatif, afektif dan inovatif terhadap nilai-nilai
estetika untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis. Di samping itu, pendidikan
seni ini juga untuk meningkatkan rasa syukur terhadap Tuhan, menghargai keindahan seni dan
warisan bangsa, menghargai alam sekitar serta turut menyumbang ke arah pembangunan diri,
keluarga , masyarakat dan negara.
Peranan guru amat penting bagi menentukan kemajuan murid dan sekolah. Bagi guru
mata pelajaran pendidikan seni, peranan mereka amat penting bagi menentukan mata
pelajaran seni boleh dimanfaatkan selaras dengan kandungan Sukatan Pelajaran Pendidikan
Seni Visual Sekolah Rendah.
Mata pelajaran Pendidikan Seni Visual sekolah rendah adalah untuk melahirkan insan
yang harmonis, kritis, kreatif dan produktif menerusi pemupukan asas seni visual. Kandungan
kurikulum berupaya membantu murid meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Penciptaan,
menghargai keindahan alam sekitar, keunikan seni dan warisan bangsa serta dapat
menyumbang kearah pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara, selaras dengan
hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
( Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual Sekolah Rendah, 2000)
Peranan utama Guru Pendidikan Seni Visual ialah bertindak sebagai pengurus. Guru
perlu menjalankan tugas-tugas pengawasan (supervisor) serta tugas-tugas yang berkaitan
dengan mendisiplinkan murid-murid agar patuh kepada peraturan sekolah serta norma hidup
dalam keluarga dan masyarakat (W.F. Connell, 1972). Takrifan ini membawa maksud guru
3

720811135634001

perlu memainkan peranan sebagai pengurus bukan sahaja dalam pentadbiran sekolah malah
menjadi pengurus kepada pelajar dalam proses P & P
Antara lain, guru Pendidikan Seni Visual berperanan sebagai pembimbing dalam
pengalaman belajar. Setiap guru seni berperanan memberikan pengetahun baru kepada murid
mengenai seni, menambah baik pengalaman sedia ada serta mencungkil bakat dan memupuk
minat murid terhadap mata pelajaran Seni Visual. Proses bimbingan (fasilitasi) berlaku
apabila ia dijalankan didalam kumpulan di mana peserta digalakkan mengambil
tanggungjawab di dalam hasil pembelajarannya (Van Maurik, 1994). Menurut beliau juga,
peranan guru adalah untuk mewujudkan kelas yang bersifat interaksi kolaboratif dikalangan
pelajar. Sebagai pembimbing, seseorang guru itu perlu peka terhadap tingkah laku dan
perkembangan spiritual murid dalam P & P Seni Visual
Guru juga berperanan sebagai motivator. Pembelajaran yang berkesan dalam bilik
darjah bergantung kepada kebolehan guru untuk mengekalkan minat pelajar (Erickson, 1978).
Pendapat ini dikemukakan oleh seorang tokoh yang tidak asing lagi dalam kajian dunia
pendidikan. Kebolehan yang dimaksudkan merujuk kepada kebolehan seseorang guru
memotivasikan murid-murid yang diajar. Dalam P & P Seni Visual, guru perlu berperanan
sebagai motivator untuk memupuk minat mereka terhadap isi pelajaran yang disampaikan dan
persepsi mereka tentang kepentingan dan kegunaannya dalam kehidupan seharian. Selain itu,
motivasi guru juga dapat meningkatkan keyakinan diri murid dan memupuk perasaan ingin
membuat yang terbaik.
Dalam proses P & P Seni Visual, guru perlulah berperanan sebagai pemudah cara.
Sebagai contoh, sekiranya guru mahu mengajar murid membuat kain rentang bagi menyambut
hari merdeka. Seperti yang kita ketahui, kreativiti murid sekolah rendah masih di tahap
sederhana. Bagi menyempurnakan tugasan ini, agak sukar sekiranya guru tidak memberi
bantuan yang sewajarnya. Justeru, bagi peringkat permulaan ini, guru perlu bertindak sebagai
pemudah cara. Guru boleh menyeidakan wording yang sesuai untuk membuat kain rentang
tersebut. Murid-murid hanya perlu menekap huruf-huruf yang telah disediakan oleh guru.
Dengan cara ini, murid-murid akan berasa mudah untuk menguasai kemahiran asas membuat
kain rentang.am penghasilan karya seni.
Guru juga berperanan sebagai inisiator. Inisiator bermaksud individu yang sentiasa
berusaha dan mempunyai jalan untuk berusaha. Guru seni sewajarnya mempunyai inisiatif
4

720811135634001

untuk menyampaikan ilmu seni visual kepada murid-muridnya secara berkesan. Apabila
seorang guru itu menunjukkan kesungguhan dalam melaksanakan P & P, pasti murid-murid
akan turut berusaha untuk melaksanakan yang terbaik dalam penghasilan karya seni.
Peranan inisiator yang ditunjukkan oleh seseorang guru seni secara tidak langsung
akan mempengaruhi murid-muridnya untuk turut berusaha melakukan yang terbaik dalam
penghasilan karya seni.

2.0 KAEDAH PENGUMPULAN DATA


Beberapa kaedah telah digunakan untuk mendapatkan maklumat dalam melaksanakan
tugasan Corak Dan Rekaan pada kali ini. Pelbagai kaedah ini adalah untuk memastikan
maklumat yang diperolehi adalah betul dan tepat. Kaedah tersebut ialah pemerhatian,
temubual, soal selidik, dan beberapa bahan rujukan.
a) Pemerhatian
Kaedah pemerhatian digunakan untuk pengumpulan data tentang proses
pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual di dalam kelass. Pemerhatian yang
dilakukan memberikan peluang kepada penyelidik untuk memerhati, mendengar dan
mengalami suasana yang sebenar (Mohd, 2005; Nana, 2005). Dengan kaedah ini
penyelidik memperoleh gambaran sebenar yang menyeluruh dan mendalam tentang
proses pengajaran dan pembelajaran yang berlaku. Penyelidik dapat melihat cara guru
tersebut mendekati pelajar dalam menyampaikan ilmu serta respon pelajar sepanjang
aktiviti berlansung.
Dalam kajian ini, penyelidik bertindak sebagai pemerhati atau peserta seperti mana
yang dinyatakan oleh Spradley (1980), semua pengkaji yang menggunakan pemerhatianpeserta dalam kajian mempunyai dua tujuan iaitu:
-

melibatkan diri dalam akitiviti-aktiviti yang sesuai dengan situasi

Memerhati aktiviti-aktiviti yang sedang berlaku dengan aspek-aspek berkenaan.

( b ) Temu Bual
5

720811135634001

Temu bual ialah alat penyelidikan bilamana subjek dan penyelidik hadir dalam
proses memperoleh dapatan kajian ( Sukardi,2004; Mohd, 2005 ; Nana,2005 ),
berkenaan dengan fakta, kepercayaan, perasaan, kehendak yang diperlukan untuk
mencapai objektif penyelidikan ( Mohd,2005). Temu bual merupakan salah satu
sumber maklumat yang paling penting dalam kajian kes.Hal ini kerana dengan temu
bual, dalam beberapa situasi penyelidik dapat meminta kepada responden untuk
menyampaikan pendapatnya tentang suatu peristiwa atau program tertentu. Dalam
Kajian ini, pengkaji telah membuat temubual dengan Ketua Panitia subjek Pendidikan
Seni Visual dan guru matapelajaran seni Tahun 4.Dalam penyelidikan ini, temu bual
digunakan untuk mengumpulkan data dan maklumat dengan pertimbangan:
(i) Penyelidik memperoleh dapatan kajian tentang maklumat guru guru
pendidikan seni Visual di Sekolah Kebangsaan Bakong, Sri Aman serta
rancangan pihak sekolah untuk mataapelajaran Pendidikan Seni Visual.
(ii) Memperoleh dapatan kajian secara terperinci berkait dengan persedian guru
berkaitan dengan subjek Pendidikan Seni Visual.
( c ) Soal Selidik
Satu set borang soal selidik telah dibentuk untuk tujuan kajian ini. Bentuk
soalan yang diberi adalah jenis soalan tertutup. Soalan yang berstruktur dan responden
hanya memilih jawapan yang ditentukan sahaja. Responden yang terlibat ialah pelajarpelajar yang dipilih secara rawak.
( d ) Bahan Rujukan
Dokumen pada hakikatnya adalah segala bahan tertulis mahupun filem yang
sudah tersedia pada tempat tertentu (Noeng, 2000; Nana, 2005; Sudarwan, 2005).
Analisis dokumen digunakan untuk membantu penyelidik mendapatkan data secara
objektif melalui dokumen serta tidak memerlukan kehadiran informan dan juga dapat
memberikan data yang konsisten kerana segala data diperoleh secara tersurat dan dapat
digunakan untuk memperoleh kesahan sesuatu jawapan yang diperoleh daripada
analisis soal selidik (Frankel, 2007).

720811135634001

Bahan rujukan yang telah peroleh daripada sumber perpustakaan berupa suarat khabar
serta buku-buku rujukan lain. Bahan bacaan lain ialah sumber daripada internet serta
respon daripada borang soala selidik yang telah diedar kepada pelajar.

3.0 ISI KANDUNGAN


a. Falsafah Pendidikan Kebangsaan Dan Matlamat Pendidikan Seni Visual
Matlamat mata pelajaran Pendidikan Seni Visual dalam Falsafah Pendidikan
Kebangsaan adalah untuk melahirkan insan yang harmonis, kritis,kreatif dan produktif
menerusi pemupukan asas seni visual. Kandungan kurikulum berupaya membantu murid
meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran,
keindahan seni dan warisan bangsa sera dapat menyumbang ke arah pembangunan diri,
keluarga, masyarakat dan negara, selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Jika
dilihat matlamat Kurikulum Pendidikan Seni sama ada MCFee, Lansing, Feldman,Efland dan
Kementerian Pelajaran Malaysia membawa harapan yang sama iaitu untuk melahirkan
golongan pelajar seterusnya masyarakat yang seimbang dari aspek kemahiran berkarya dan
juga penguasaan pengetrahuan seni.
Dalam Kandungan Kurikulum Pendidikan seni Visual pula telah menegaskan kegiatan
dalam proses penghasilan dengan melibatkan aspek pemahaman, penghayatan dan kritikan.
Proses ini menyentuh perasaan estetik dan daya kreativiti individu melalui penajaman daya
intuisi, persepsi, imaginasi dan konsepsi murid.
Pelajar diharap dapat mengamal pertimbangan seni visual, meningkatkan lagi
kepekaan, menjadi pengkarya yang rasional dan mampu mengendalikan kehidupan dengan
membawa bersama nilai positif. Secara tidak langsung menerap budaya menghargai serta
mengaplikasi ilmu yang diperoleh.
Seni dapat membentuk jiwa dan peribadi manusia. Ia boleh dianggap satu unsur yang
dapat melahirkan individu yang seimbang dari segi rohani dan jasmani. Peranan Pendidikan
Seni yang berteraskan seni adalah bertujuan melahirkan seorang individu yang bersdifat
kreatif, inovatif,berimaginatif, berketrampilan serta menguasai teknologi dalam menghasilkan
citarasa dalam menghasilkan citarasa dalam penciptaan bahkan mampu melahirkan pelajar

720811135634001

yang sempurna dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Di samping memahami nilai-nilai
estetika dan faham akan norma-norma kebudayaan yang berteraskan kebudayaan kebangsaan.
b. Guru Seni Yang Berkesan
Guru berkesan didefinisikan sebagai pendidik yang baik dan dapat memberikan kesan
kepada pelajarnya dari segi personaliti dan seterusnya mampu membawa perubahan tingkah
laku kepada pelajarnya (Abdull Sukor Shaari 2008). Guru berkesan adalah guru yang
memenuhi spesifikasi yang tertentu. Antara ciri-ciri guru berkesan bersikap profesional,
mempamerkan ciri-ciri kekuatan teori, kaya ilmu, bertindak di atas landasan etika dan tata
susila kerja, bermoral teguh, sentiasa berusaha meningkatkan kualiti hasil pengajaran dan
prihatin dengan kehendak murid dan ibu bapa (Abdul Shukor 1999).
Guru berkesan juga seharusnya berkebolehan menilai kekuatan dan kelemahan murid,
menampilkan watak terpuji, berimej, berperibadi mulia, berwawasan sebagai pendidik unggul
dan melengkapkan diri dengan kemahiran yang sejajar dengan tuntutan semasa. Selain itu,
guru perlu mempastikan proses pengajaran dan pembelajaran wujud di dalam kelas.
Guru berkesan perlu berupaya melahirkan persekolahan berwatak supaya pelajar
mempunyai kekuatan ilmu,berpersonaliti sihat dan serba boleh. Guru juga perlu berupaya
membina minda pelajar yang cemerlang akademik, berupaya membentuk perwatakan murid
dengan pelbagai keteguhan nilai diri seperti bermoral, berakhlak mulia, berketrampilan,
pandai menyesuaikan diri dengan situasi tertentu.
Guru berkesan adalah guru yang taat dan setia terhadap perkhidmatannya,
mempertahankan martabat profesionalnya, bebas pendirian dan menumpukan perhatian
sepenuhnya kepada pengajaran dan pembelajaran di sekolah (Abdul Shukor 1999).
Justeru, guru Pendidikan Seni Visual yang berkesan adalah guru yang dapat memenuhi
domain afektif, domain psikomotor serta domain kognitif murid-muridnya.

i. Domain Kognitif
8

720811135634001

Otak manusia terbahagi kepada otak kanan dan otak kiri. Otak kiri digunakan dalam
proses pemikiran analisis dan logik iaitu apa yang dilatih dalam kerja-kerja sekolah
merangkumi membaca, sainsdan matematik. Sementara otak kanan digunakan dalanm
intuisi, persepsi, kreativiti dan emosi. Otak kanan inilah yang digunakan oleh seseorang
yang terlibat dalam usaha kreatif seperti menghasilkan bahan seni atau pun karya.
Apabila murid-murid itu mempu menyelesaikan masalah, berlaku peningkatan elektrik
di kedua-dua otak kanan dan otak kiri. Guru Pendidikan Seni Visual harus
mendedahkan kanak-kanak kepada seni kemahiran kognitif supaya kedua-dua bahagian
otak mereka bergerak seiring untuk mencapai sepenuhnya potensi minda mereka.
Dari segi aspek kognitif, pengajaran seni visual yang terancang dapat melahirkan kanakkanak yang mempunyai keupayaan menyelesaikan masalah serta dapat membuat
penilaian serta bijak membuat keputusan.
Bagi mencapai objektif ini,guru boleh meminta murid-murid untuk mencari maklumat
tentang pencapaian seniman lampau serta kini dalam menghasilkan karya mereka.
Aktiviti ini memberi peluang dan ruang kepada murid-murid untuk mencari dan
mendapatkan idea seni melalui pengalaman kendiri berdasarkan biografi seniman tanah
air. Berdasarkan kurikulum Mc Fee, beliau telah menekankan aspek kepekaan terhadap
persekitaran dan alam sekitar untuk menghasilkan karya. Maka, murid-murid boleh
menggunakan elemen persekitaran mereka untuk dijadikan idea utama dalam
pengolahan makna. Dengan cara ini, murid-murid menggunakan simbol-simbol untuk
menyampaikan makna dan secara tidak langsung akan cuba untuk menyampaikan mesej
yang ingin diluahkan. Tingkah laku kognitif pelajar terbentuk mengikut kepekaan
9

720811135634001

terhadap alam sekitar dan karya yang terhasil berdasarkan pengalaman yang dilalui. Hal
ini boleg mereka aplikasikan dalam mendapatkan idea untuk aktiviti Corak dan Rekaan
yang mereka pelajari seperti corak untuk batik bagi teknik resis.
Melalui aspek kognitif ini, objektif pendidikan seni visual supaya murid-murid mampu
membuat diskripsi, analisis, interprestasi dan penilaian terhadap seni visual dapat
dicapai. Di samping itu objektif supaya murid-murid dapat menunjukkan penghargaan
terhadap sumbangan dan pengaruh tokoh-tokoh seni visual dalam konteks
perkembangan sejarah seni visual di Malaysia dan antarabangsa akan tercapai.

ii. Domain Afektif

Mata pelajaran seni visual juga mampu membentuk perasaan sayang pada seni dan
estetika. Menurut Abd Shukor Hashim (1998) Pendidikan Seni sewajarnya menepati
objektif pendidikan negara yang mementingkan pembangunan individu dan integrasi
sosial yang menyalurkan budaya dan warisan negara. Pendidikan seni visual mampu
memupuk perasaan kecintaan terhadap seni dan warisan bangsa kerana bangsa
Malaysia kaya dengan pelbagai khazanah. Bahan kegunaan harian seperti pinggan
mangkuk, seni batik,peralatan memasak,tenunan, batik dan seterusnya budaya sopan
santun yang diwarisi secara turun temurun.
Industri batik misalnya, telah diwarisi turun temurun sebagai mata pencarian dan
berfungsi sebagai alat kegunaan harian. Kini, batik telah berubah menjadi produk
komersial.Beegitu juga dengan tembikar dan tenunan songket. Pembuatan labu
10

720811135634001

sayong, batik dan tenunan songket menerapkan nilai kesabaran yang tinggi dan juga
amat mementingkan nilai estetika. Hal ini disampaikan kepada pelajar melalui
kurikulum Pendidikan Seni.Mereka akan kenal budaya sosial nenek moyang mereka
yang telah diwarisi hingga ke hari ini.
Pendidikan seni visual juga mampu menyunttik rasa sayang akan tanah air dan
semangat nasionalisme dalam kalangan murid-murid. Sebagai contoh banyak hasil
karya yang menerapkan unsur nasionalisme sepereti Tugu Negara dan juga potretpotret pemimpin negara.
Hal ini menepati kehendak matlamat pendidikan seni visual yang ingin memupuk
amalan untuk menggunakan pelbagai kemahiran, teknik dan teknologi untuk mereka
cipta barangan kraf dan produk seni yang berkualiti. Di samping itu juga bertujuan
untuk menunjukan penghargaan terhadap keindahan alam sekitar ciptaan Tuhan serta
memupuk semangat bina jati diri ke arah pembentukan negara bangsa.

iii. Domain Psikomotor

11

720811135634001

Aspek psikomotor bermakna penggunaan alat dan bahan memberikan satu bentuk
latihan berkesan kepada otot tangan dan koordinasi tangan dan mata.Melalui aktiviti
melukis, murid-murid akan dapat meningkatkan daya sensitiviti pancaindera mereka.
Ketika murid-murid melakukan aktiviti seni,akan menyebabkan berlakunya interaksi
yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan. Peringkat ini akan menggalakan muridmurid membuat percubaan dan penerokaan dengan mempelbagaikan kegiatan kreatif
dengan menggunkan alat dan bahan.Proses ini secara langsung akan memperkembang
aspek psikomotor serta kemahiran asas seni visual berhubung dengan penggunaan alat
dan bahan seta teknik-teknik yang mudah. Ketika murid-murid berinteraksi dengan alat
dan bahan, mereka akan membuat interprestasi dan menyelaras konsepsi visualnya
dengan objek yang dilihat. Amat penting untuk kanak-kanak melalui proses ini kerana
memberi pengajaran secara tidak langsung.Murid-murid juga akan dapat mengenali
perubahan yang boleh dilakukan dengan penghasilan seni pada masa akan datang.
Sekiranya murid-murid mampu mengenali perubahan yang boleh mereka lakukan
mereka akan dapat menjadikan bidang seni visual sebagai kerjaya pada masa hadapan.
Walaupun negara kita masih baru dalam bidang ini, tetapi kerjaya dalam bidang seni
visual ini mampu memjanjikan pendapat yang lumayah kepada artisnya. Bidang seni ini
sebenarnya memainkan peranan yang besar kepada generasi pada masa ini untuk
memilih kerjaya pada masa hadapan yang bersesuai dengan minat serta kebolehan
mereka. Murid-murid yang berkebolehan dalam bidang seni ini biasanya mempunyai
keupayaan psikomotor yang tinggi.

4.0 MAKLUMAT SOKONGAN

12

720811135634001

Bagi membuat tugasan pada kali ini, saya telah memilih seorang guru sebagai sumber
kajian saya.

Rajah 1 : Puan Yusnita Mohd Ali


Nama Guru

: Puan Yusnita Mohd Ali

Umur

: 35 Tahun

Opysen

: Pendidikan Seni Visual, Bahasa Melayu

Mata Pelajaran Diajar : Pendidikan Seni Viisual Tahun 4 dan Tahun 5, Bahasa Melayu Tahun
5 dan Tahun 6.
Jawatan

: Guru Kelas Tahun 5 Zamrud, Ketua Panitia Pendidikan Seni.

Dapatan daripada Borang Soal Selidik


Seramai 30 orang murid telah saya pilih untuk menjawab Borang Soal Selidik yang
telah saya sediakan. Murid tersebut terdiri daripada 18 orang murid perempuan dan 12 orang
murid lelaki. Berikut merupakan dapatan daripada Borang Kaji Selidik tersebut.
Soalan 1 : Sebanyak 30 orang murid atau 100% bersetuju minat jika guru PSV
menyediakan aktiviti baru setiap minggu.
13

720811135634001

Soalan 2 : Sebanyak 28 orang murid atau 93 % bersetuju minat sebab mudah


faham pengajaran dan pembelajaran PSV.
Soalan 3 : Sebanyak 30 orang murid atau 100% bersetuju minat sebab guru
menunjuk cara dengan baik.
Soalan 4 : Sebanyak 30 orang murid atau 100% bersetuju guru PSV adil kepada
semua murid.
Soalan 5 : Sebanyak 30 orang murid atau 100% bersetuju guru PSV memberi
peluang mereka menunjukkan kebolehan dan mereka seronok.
Soalan 6 : Sebanyak 28 orang murid atau 93% bersetuju guru PSV memberi
penerangan yang jelas.
Soalan 7

: Sebanyak 27 orang murid atau 90% bersetuju guru menggalakkan

mereka bertanya jika tidak faham.


Soalan 8

: Sebanyak 28 orang murid atau 93% bersetuju mereka tidak minat

PSV jika guru tidak menunjukkan cara-cara untuk melaksanakan aktiviti seni.
Soalan 9

: Sebanyak 30 orang murid atau 100% bersetuju mereka minat

mengambil bahagian dalam aktiviti PSV.


Soalan 10

: Sebanyak 30 orang murid atau 100% bersetuju mereka minat kelas

PSV sebab menyeronokan.


Soalan 11 : Sebanyak 26 orang murid atau 87% bersetuju guru PS memberikan
soalan yang menggalakkan mereka berfikir.
Soalan 12 : Sebanyak 30 orang murid atau 100% bersetuju guru PS mereka mesra
dan ceria.
Soalan 13

: Sebanyak

28 orang murid atau 93% bersetuju

aktiviti PS

mengalakkan kerjasama.
Soalan 14 : Sebanyak 30 orang murid atau 100% bersetuju guru PSV mewajibkan
semua murid membawa peralatan seni.
14

720811135634001

Soalan 15 : Sebanyak 28 orang murid atau 93% bersetuju guru PSV sentiasa
memberi sokongan dan galakan.
Soalan 16

Sebanyak

30 orang murid atau 100% bersetuju guru PSV

mengingatkan mereka tentang kebersihan.


Soalan 17 : Sebanyak 30 orang murid atau 100% bersetuju guru PSV memberikan
pujian pada hasil kerja mereka.
Soalan 18 : Sebanyak 28 orang murid atau 93% bersetuju guru PSV menyakinkan
mereka bersosial melalui aktiviti seni.
Soalan 19 : Sebanyak 30 orang murid atau 100% bersetuju guru PSV mereka
berpenampilan menarik.
Soalan 20 : Sebanyak 28 orang murid atau 93% bersetuju guru PSV menolong
murid yang bermasalah.
Soalan 21 : Sebanyak 27 orang murid atau 90% bersetuju guru PSV dapat
mengawal murid dengan baik.
Soalan 22 : Sebanyak 28 orang murid atau 93% bersetuju guru PSV peka akan
perasaan mereka.
Soalan 23 : Sebanyak 30 orang murid atau 100% bersetuju guru PSV mereka
seorang yang kreatif.

Kesimpulannya, dapat dikatakan bahawa guru Pendidikan Seni Visual mereka


memainkan peranan yang penting dan besar dalam menanam minat murid terhadap
matapelajaran Pendidikan Seni Visual. Guru yang dikaji ini berjaya menanam minat terhadap
mata pelajaran Pendidikan Seni Visual dalam kalangan murid-muridnya berdasarkan jawapan
positif yang dibuat oleh murid-muridnya.

Dapatan Daripada Kaedah Temu Bual

15

720811135634001

Temu bual bersama guru pendidikan seni yang juga merupakan Ketua Panitia Pendidikan
Seni Visual telah diadaka. Melalui temu bual tersebut, saya mendapati guru pendidikan seni
yang saya jadikan kajian merupakan seorang guru seni yang berwibawa. Beliau memang
mengikuti kursus pendidikan seni semasa di maktab dan telah mengajar subjek ini selama 12
tahun.
Beliau menyatakan bahawa sebelum mengajar tajuk-tajuk tertentu, beliau membuat
persedian terlebih dahulu seperti persediaan mengajar, alat, media serta bahan yang akan
digunakan serta contoh-contoh hasil seni yang akan dibuat. Hal ini penting untuk menarik
minat murid-murid un tuk aktif serta memberi kerjasama semasa pengajaran dan
pembelajaran diadakan.
Selaku Ketua Panitia Mata Pelajaran Pendidikan Seni Sekolah, beliau selalu memantau
persediaan mengajar guru-guru pendidikan seni di sekolah tersebut. Mereka juga selalu
mengadakan latihan dalaman untuk memantapkan ilmu mereka. Sebarang kursus berkaitan
yang diadaklan di luar, akan sentiada diikuti.
Pihak sekolah juga memberikan sokongan terhadap aktiviti yang diadakan oleh panitia ini.
Panitia ini telah mengadakan pertandingan melukis mengikut tahap sempena Sambutan Hari
Kemerdekaan serta melukis mural didinding-dinding sekolah untuk tujuan kecerian. Pihak
sekolah telah menyediakan bahan yang diperlukan oleh panitia untuk tujuan ini.

Dapatan Daripada Kaedah Pemerhatian


Melalui kaedah pemerhatian, satu sesi pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan kelas
dan guru yang sama telah dibuat. Tujuan pemerhatian ini adalah bagi mengesan kebolehan
guru terbabit. Beberapa kebolehan guru tersebut telah dikenal pasti.

Guru Pendidikan Seni Visual

: Puan Yusnita Mohd Ali.

Tahun

:Tahun Lima Zamrud

Bidang

: Corak dan Rekaan.


16

720811135634001

Teknik

: Tiupan

Tajuk

: Kertas Pembalut Hadiah.

i. Guru Yang Penyayang

Rajah 2 : Guru membimbing murid membuat aktivit


Iman al-Ghazali menggariskan beberapa kriteria unggul seorang pendidik, antaranya,
guru harus sabar menerima pelbagai masalah pelajar dan menerimanya dengan baik. Guru
juga hendaklah bersifat penyayang dan tidak pilih kasih terhadap anak didiknya. Guru yang
penyayang dan penyabar akan menjadi seorang guru yang berjaya dalam kerjayanya. Apabila
nilai sabar dan penyayang itu tersemat kukuh, guru pasti akan menyedari bahawa hasil nikmat
sabar itu sangat memberkati usaha gigihnya mendidik.
Guru perlu membimbing murid melalui pengenalan terhadap bahan dan teknik
penggunaan bahan serta penghasilan seni menggunakan bahan tersebut. Guru perlu
menjelaskan gaya dan cara penggunaan bahan melalui kaedah demontrasi dan tunjuk cara
yang betul supaya pemilihan bahan oleh murid bertepatan dan mempunyai nilai tersendiri.
Pemilihan bahan tertentu adalah barkait rapat dengan hasil karya seni yang hendak dihasilkan
. Guru Pendidikan Seni tersebut mempunyai sifat penyayang dalam jiwanya apabila beliau
dengan sabar melayan setiap kerenah dan pertanyaan daripada murid-muridnya. Beliau
17

720811135634001

menunjukkan setiap langkah yang perlu dilakukan bagi membuat aktiviti yang dijalankan iaitu
teknik tiupan dengan sabar walaupun ditanya oleh para murid berulang kali. Guru ini juga
menunjukkan sifat penyayang apabila mengingatkan murid-murid agar sentiasa berhati-hati
untuk mengelakkan pakaian mereka kotor terkena warna yang digunakan.
ii.

Guru Yang Berkebolehan


Dalam konteks pendidikan seni visual , guru dimestikan untuk membimbing pelajar

dalam menetapkan hala tuju penghasilan karya selain menerangkan kaedah penjanaan idea.
Sekiranya diabaikan, dikhuatiri murid mungkin tidak mampu menghasilkan karya. Selain itu,
guru juga harus mmemastikan pengajaran pendidikan seni mampu menarik minat murid serta
berkesan, mudah diingati dan digunakan oleh murid-murid.Pengajaran Pendidikan seni juga
harus dikaitkan dengan pengetahuan sedia ada murid dan guru menggunakan bahan bantu
mengajar sesuai dengan isi pelajaran.
Guru Pendidikan Seni Visual ini juga telah menunjukkan bahawa beliau merupakan
seorang guru yang berkebolehan . Beliau telah menyediakan beberapa contoh hasil seni
dengan teknik tiupan yang sangat kreatif. Hasil kerja yang telah ditunjukkan oleh guru
tersebut dapat memberi idea kepada murid-murid untuk menghasilkan karya mereka sendiri.
Hasil kerja yang pelbagai ini secara langsung dapat merangsang idea murid-murid.

18

720811135634001

Rajah 3 : Hasil seni yang telah disediakan terlebih dahulu oleh guru sebagai bahan

bantu

mengajar.
Guru yang berkebolehan harus memiliki ilmu tentang matapelajaran atau perkara yang di
ajar. Ini bermakna seseorang guru itu perlu mengetahui tentang fakta, konsep, prinsip dan
kemahiran yang berkaitan dengan perkara atau matapelajaran yang diajar.

Guru harus

menyediakan contoh kepada murid agar muridnya dapat memahami lebih lanjut dan
mendalam tentang aktiviti apabila guru membuat penerangan dan penjelasan kepada mereka.

iii.

Guru Yang Rajin


Ciri guru yang rajin juga dapat dilihat dari sikap guru ini terhadap muridnya. Guru ini

memastikan setiap muridnya menjalankan aktiviti masing-masing dengan bersungguhsungguh. Guru ini telah memantau setiap muridnya menjalankan aktiviti tanpa sebarang
masalah.

Rajah 4

Rajah 5
19

720811135634001

Rajah 4 dan Rajah 5 menunjukkan murid sedang melakukan aktiviti


Sebagai guru seni visual kita mendalamkan genggaman belajar bagaimana untuk berfikir
dan merasa seperti murid menjadikan kenyataan dalam dunia artistik mereka. Kita gunakan
pelbagai idea dan cara untuk menentukan kualiti penghasilan seni melalui pelbagai kaedah
gaya pembelajaran. Satu kaedah yang amat berkesan dalam amalan pendidikan seni visual
ialah memperkenalkan kaedah pemikiran kreatif dan imaginsai.
Justeru sebagai guru seni visual guru hendaklah peka dan memahami bagaimana harus
meransang pergerakan deria kanak-kanak dan menerapkan langkah-langkah penghasilan
karya seni secara betul dalam proses pembelajaran seni visual.

Rajah 6 : Murid bersungguh-sungguh melakukan aktiviti mereka.


Guru harus mempunyai sifat rajin dalam diri mereka. Mereka harus membuat persiapan
sebelum mereka mengajar dengan menyediakan rancangan pengajaran mingguan dan harian
mereka. Mereka wajib menyediakan semua itu kerana itu merupakan sebahagian daripada
tanggungjawab mereka.
5.0 KESIMPULAN

Seni sememangnya mempunyai peranan yang penting dalam dunia pendidikan kita.
Justeru, seni tidak boleh dianggap sebagai mata pelajaran yang tidak setanding dengan mata
pelajaran lain dalam dunia pendidikan kita. Sejarah membuktikan bahawa seni membawa
20

720811135634001

pengaruh yang kuat dalam proses pembentukan tamadun manusia. Bangsa yang berjaya
dikenali dengan perkembangan seni yang selari dengan peerkembangan teknologinya.
Kurikulum Pendidikan Seni Visual mendukung hasrat mulia negara bagi menghidangkan
pendidikan bertaraf dunia kepada generasi akan datang.Pendidikan Seni Visual adalah
program pendidikan yang terancang, bersistem dan prestasinya dapat diukur untuk memenuhi
keperluan individu. Mata pelajaran ini juuga berhasrat untuk memdidik generasi muda negara
agar celik budaya kesenian.
Andainya keempat-empat Organisasi Kurikulum dapat dilaksanakan secara menyeluruh
oleh guru ketika pengajaran dan pembelajaran, matlamat Pendidikan Seni Visual untuk
melahirkan insan yang harmonis,kritis,kreatif dan produkif menerusi pemupukan asas seni
visual pasti akan tercapai.
Semestinya para guru melaksanakan tugas mereka berlandaskan garis panduan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan. Para guru terpaksa menggalas banyak perkara untuk memastikan
matlamat pendidikan di negara kita tidak hilang matlamat asas penubuhannya.Sementelah,
guru juga berperanan penting dalam menjunjung aspirasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan
untuk meletakkan pendidikan di Malaysia bertaraf dunia.Hasrat Falsafah Pendidikan Negara
pasti akan dapat direalisasikan untuk melahirkan individu yang berilmu dan seimbang dari
aspek rohani,intelek, emosi dan jasmani seperti yang telah digariskan dengan paduan
Matlamat Pendidikan Seni Visual

6.0 RUJUKAN

Hubungan Sukatan Pelajaran Dengan Falsafah Pendidkan Kebangsaan.(n.d) Diperoleh


dari www.scribd.com/doc/61719057/Hubungan-Sukatan-Pelajaran-Dengan-FPN
Kanak-kanak Dan Seni Lukis (2010, April,30) Diperol November,7,2012 dari
psvisual.wordpress.com/page/2/
Kementerian Pendidikan Malaysia (2000) Sukatan Pelajaran Pendidikan seni Visual
Sekolah Rendah,2000.Kuala Lumpur:DBP
Kementerian Pendidikan Malaysia .(2000) Huraian Sukatan Pendidikan Seni
Visual,KBSR,KL:DBP
21

720811135634001

Malaysia (2007) 50 Tahun Pembangunan Pendidikan Tingggi di Malaysia.Malaysia.USM


Diperoleh pada November 6,2012 dari upu.mohe.gov.myportal/arkib/fpk.
Memartabatkan Pendidikan Seni Visual : Pembinaan Item Aspek Afektif (2009) Diperoleh
November 10,2012, dari http://psv07kdri.blogspot.com/2009/11/pembinaan-item-aspekafektif.html
Prof.Madya Hj. Iberahim Hassan.Pendidikan Seni Di Malaysia: Antara Harapan Dan
Realiti,Universiti Pendidikan Sultan Idris
Meneliti Kurikulum Pendidikan Seni Dari Kontaks Sosial (2009,Ogos 8) (n.d.) Diperoleh
November 5,2012, dari sitihayatimohdyusoff.blogspot.com/2009/08/meneliti-kurikulumpendidikan-seni-dari.html

7.0 LAMPIRAN

22

720811135634001

HASIL KERJA MURID

23

720811135634001

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

CONTOH BORANG SOAL SELIDIK

24

720811135634001

GAMBAR-GAMBAR YANG
BERKAITAN

25

720811135634001

CONTOH SOALAN TEMUBUAL

26

Anda mungkin juga menyukai