Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
Penafian: Ebook ini hanyalah nukilan pandangan peribadi saya dan risiko pelaburan
adalah atas tanggungan diri sendiri.
KENAPA SAHAM?
Sebenarnya saya lebih berminat kepada pelaburan rumah/hartanah. Tetapi disebabkan
kekangan saya sebagai pelajar menyukarkan untuk aktif dalam bidang ini, saya
menceburkan dalam bidang saham. Dalam saham juga kita boleh memiliki hartanah
melalui syarikat-syarikat hartanah seperti IJM, GAMUDA, MKLAND dan sebagainya.
Mungkin kebanyakan dari kita berminat dengan emas. Bagi saya pelaburan emas pun
ada kebaikannya dalam jangkamasa tertentu dan ianya masih bernilai. Melalui saham,
kita juga boleh memiliki saham syarikat yang membuat pelaburan emas.
Ramai juga yang melabur pada institusi pelaburan seperti ASB dan Tabung Haji yang
memberikan purata kadar dividen serta bonus sekitar 8% setahun. Institusi ini juga
melibatkan modal kita juga di dalam pelaburan saham di Bursa Malaysia. Mereka
adalah sebagai perantara yang menguruskan risiko pelaburan antara kita dan saham
sebenar.
Kita juga boleh mendapat keuntungan dari pasaran saham melebihi 20-30% mahupun
100% dalam masa tidak sampai setahun ataupun sebulan jika memiliki ilmu dan bijak
menguruskan risiko saham-saham ini.
Antara lagi satu sebab saya menceburkan dalam bidang saham ni juga adalah kerana
faktor kecairan tunai. Kalau dalam hartanah, terlalu banyak masa dan tenaga
diperlukan untuk mendapat keuntungan dari bidang tersebut. Tetapi dengan saham,
aliran tunai dapat kita perolehi terus dengan online transfer dari akaun bank sahaja.
Jika orang kaya didunia ini memiliki saham, kenapa tidak kita? Sedangkan dalam
agama menggalakan kita memiliki harta untuk keluar dari pandangan kehinaan
(kemiskinan), membantu keluarga dan orang sekeliling. Sembilan per sepuluh sumber
rezeki adalah datang dari perniagaan dan agak mustahil untuk kita memiliki dengan
mudah perniagaan yang ada melainkan dengan pegangan saham. Pegangan saham
adalah suatu bentuk kepada pemilikan syarikat. Kita boleh dikatakan mempunyai
kuasa ke atas pemilikan syarikat melalui pegangan saham serta layak untuk
menghadiri dan mengundi dalam mesyuarat agung tahunan syarikat tersebut.
Saham yang ingin dihuraikan adalah saham yang sah dari segi undang-undang iaitu
dari kaunter saham Bursa Malaysia. Ini bukan saham yang berunsur penipuan seperti
saham Pak Man Telo atau saham tidak sah ala-ala piramid MLM (Multi-Level
Marketing) yang kadang-kadang tumbuh bak cendawan. Setakat ini, lebih 70%
kaunter di papan Bursa Malaysia adalah patuh syariah (shariah compliance) dipantau
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.
1.
Mula: Trading day 15 Disember 2014, anda membeli saham ABC yang
berharga RM1.00 seunit dengan kuantiti 2000 unit (2000unit darab RM1 = RM2000)
2.
Hari pertama T1 16 Disember 2014, harga saham ABC naik menjadi RM1.10
(Nilai pegangan saham 2000 unit darab RM1.10 = RM2200). RM2200 tolak RM2000 =
Untung RM200 dalam masa sehari.
3.
Hari kedua T2 17 Disember 2014, harga saham ABC kekal dan tidak
berubah.
4.
Hari ketiga T3 18 Disember 2014, harga saham ABC naik kepada RM1.30
RM2600 tolak RM2000 modal = Untung RM600 dalam masa tiga hari walaupun
bayaran masih belum diambil pihak broker. Kita boleh jual dan mendapat untung
RM600 tersebut. Modal RM2000 tu masih tidak ditolak dari akaun dan digunakan
kerana menggunakan konsep T+3.
Ini jika kita menggunakan cash account. Kalau kita guna contra account, lebih banyak
margin pinjaman boleh dapat sehingga modal RM6000 dan keuntungan berganda.
Cara ini bukanlah bermaksud tanpa ada modal langsung. Cuma caranya seakan-akan
memiliki saham tanpa modal dan boleh mendapat untung jika bijak menggunakannya
sebaiknya. Keberangkalian risiko untuk rugi juga sangat tinggi jika tersilap memilih
kaunter serta kurang mempunyai ilmu untuk analisis betul-betul.
Kita tengok margin untung dalam sen-sen saja tapi keuntungannya beratus-ratus
malah beribu-ribu pun bukan mustahil. Semuanya berkaitan kuantiti volume unit kita
beli.
*Nota: Terdapat kadar caj broker (brokerage fee) untuk setiap transaksi bergantung
pada syarikat broker masing-masing. Kebiasaannya dalam sekitar 0.5% dari nilai
saham. Apa-apa bahagian teknikal untuk jualbeli saham, kadar caj broker, tips-tips
dan sebagainya boleh ditanya kepada remisier masing-masing. Remisier akan sudi
membantu kita sebab dengan transaksi kita dapatlah mereka untung bersama. hehe :D
BONUS 1!
Teknik mudah untuk tahu prestasi sesuatu saham.
Teknik ni antara cara mudah kita untuk buat keputusan membeli. Walaupun wang
saya sebagai pelajar tidaklah banyak untuk melabur, untung saya boleh mencecah dari
RM600-RM900 dalam 3 hari dengan menggunakan teknik nih. Saya panggil ia trend
segitiga.
Sebelum untuk tahu trend segitiga, kita kena tahu asas support dan resistance.
Bentuk ombak bukit atas tu kita panggil resistance & bentuk lembah bawah kita
panggil support. Resistance dan support yang menaik kita panggil trend menaik.
Kalau support tu semakin menaik dan resistancenya mendatar, kita boleh buatkan
satu bentuk segitiga mudah. Kalau graf melepasi segitiga ni secara menaik, inshaAllah
graf akan semakin menaik dan kita boleh membuat untung.
Sebaik saja ia sudah lepas dari kurungan segitiga, saham itu dikatakan sudah
breakout.
Ini contoh yang saya ambil dari platform Maybank. Nampak tak bentuk segitiga dan
breakout tu?
Tetapi jika sebaliknya berlaku (grafnya keluar ke bawah dari kurungan segitiga), graf
boleh menjadi kepada mood bearish (pergerakan saham menurun dan tidak kuat untuk
naik). Atau boleh jadi ia akan turun sekejap atau sedikit saja tetapi akan menaik
semula bergantung juga pada faktor-faktor lain (bencana, kehilangan pesawat,
pengeboman atau lain-lain) yang menyebabkan sedikit kelainan.
BONUS 2!
Antara cara lain boleh gunakan teknik tukul, paku dan belon. Untuk bahagian
candlestick yang warna hijau dan merah tu, lihat bahagian pembayang (high & low tu).
Kalau pembayang high tu panjang sangat keatas melebihi dua kali ganda dari badan,
saya panggil ia tukul. Kalau sebaliknya macam bentuk paku, saya panggil paku je lah.
Biasanya bentuk tukul ni macam signal sama ada ia boleh naik lagi atau turun (nak
kena ketuk la tu).
Sambil tu boleh perhatikan indikator volume bawah graf, sama ada pergerakannya
banyak atau tidak. Kalau trend baru nak naik, petanda ianya bagus inshaAllah.
Kalau trend dah sedap naik dan tiba-tiba ada pergerakan volume yang besar, kena
berhati-hati sama ada nak jual atau tidak sebab kemungkinan wujud spekulasi.
Bentuk tukul memainkan peranan untuk pergerakan saham selepasnya.
Bentuk paku di atas trend saya panggil belon
kebiasaannya ia kemungkinan petunjuk saham akan jatuh beberapa ketika selepas itu.
Lebih-lebih lagi jika ia berwarna merah kerana bear (penjual) menguasai pasaran
daripada bull (pembeli). Dalam erti kata lain, berlaku banyak penawaran daripada
permintaan yang memungkinkan kejatuhan harga.
Ok.. Yang atas ni pulak contoh lain bentuk tukul di bawah trend manakala belon pula
ada di atas trend.
Kita boleh membeli saham ketika harga murah dengan guna konsep tukul, paku dan
belon nih. Tapi perlu ingat, penting juga untuk tahu masa sesuai untuk menjualnya
menggunakan konsep yang sama.