Anda di halaman 1dari 16

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

KAEDAH PENYELIDIKAN II
GB 6023

TUGASAN INDIVIDU:
ANALISIS DATA

NAMA

ZARAH BINTI AHMAD

NO MATRIKS

P 61937

PENGKHUSUSAN
PENSYARAH

PENGUKURAN DAN PENILAIAN


:

DR DENISE KOH CHOON LIAN

ISI KANDUNGAN

KANDUNGAN

Halaman

1.0

Tujuan kajian

2.0

Objektif kajian

3.0

Hipotesis kajian

4.0

Metodologi kajian

5.0

Dapatan kajian

6.0

Skor Attention Deficit Disorder (ADD) berdasarkan jantina

7.0

Skor Attention Deficit Disorder (ADD) apabila pelajar berada pada tahun
1 (sekolah rendah) berdasarkan tahap Bahasa Inggeris semasa tingkatan
tiga
Hubungan antara skor Attention Deficit Disorder (ADD) apabila pelajar
berada pada tahun satu di sekolah rendah dengan nilai PNG semasa
tingkatan tiga dan gred dalam Bahasa Inggeris semasa tingkatan tiga

8.0

9.0

Perbezaan Attention Deficit Disorder (ADD) antara pelajar berada pada


tahun satu dengan pelajar berada pada tahun lima

10.0 Kesimpulan
11.0 Rujukan
12.0 Lampiran ( disertakan semasa peperiksaan)

10

11

12
14

ii

KAEDAH PENYELIDIKAN II
TUGASAN ANALISIS DATA
Tujuan Kajian
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji tingkah laku Attention Deficit Disorder (ADD) terhadap
akademik dan kelakuan pelajar semasa di sekolah di sekitar Bangi. Kajian ini juga bertujuan
untuk melihat hubungan skor Attention Deficit Disorder (ADD) dengan pemboleh ubah
akademik. Selain itu, kajian ini adalah bertujuan melihat perbezaan skor Attention Deficit
Disorder (ADD) terhadap responden berlainan kumpulan.
Objektif kajian
1. Mengenal pasti perbezaan Attention Deficit Disorder (ADD) berdasarkan jantina.
2. Mengenal pasti perbezaan skor Attention Deficit Disorder (ADD) apabila pelajar
berada pada tahun 1 di sekolah rendah berdasarkan tahap Bahasa Inggeris semasa
tingkatan tiga
3. Mengenal pasti hubungan antara skor Attention Deficit Disorder (ADD) apabila
pelajar berada pada tahun 1 di sekolah rendah dengan nilai PNG semasa tingkatan tiga
4. Mengenal pasti hubungan antara skor Attention Deficit Disorder (ADD) apabila
pelajar berada pada tahun 1 di sekolah rendah dengan gred Bahasa Inggeris semasa
tingkatan tiga
5. Mengenal pasti perbezaan skor Attention Deficit Disorder (ADD) antara pelajar
berlainan tahun di sekolah rendah
Persoalan kajian
1. Adakah terdapat perbezaan Attention Deficit Disorder (ADD) berdasarkan jantina?
2. Adakah terdapat perbezaan skor Attention Deficit Disorder (ADD) apabila pelajar
berada pada tahun 1 di sekolah rendah berdasarkan tahap Bahasa Inggeris semasa
tingkatan 3?
3. Adakah terdapat hubungan antara skor Attention Deficit Disorder (ADD) apabila
pelajar berada pada tahun 1 di sekolah rendah dengan nilai PNG semasa tingkatan
tiga?
4. Adakah terdapat hubungan antara skor Attention Deficit Disorder (ADD) apabila
pelajar berada pada tahun 1 di sekolah rendah dengan gred dalam Bahasa Inggeris
semasa tingkatan 3?
1

5. Adakah terdapat perbezaan skor Attention Deficit Disorder (ADD) antara pelajar
berada pada tahun 1 dengan pelajar berada pada tahun 5 di sekolah rendah?

Hipotesis kajian
H01 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan Attention Deficit Disorder (ADD)
berdasarkan jantina
Ha1

: Terdapat perbezaan yang signifikan Attention Deficit Disorder (ADD) berdasarkan


jantina

H01

: 1 = 2

Ha1

: 1 2

H02

: Tidak terdapat perbezaan skor Attention Deficit Disorder (ADD) apabila pelajar
berada pada tahun 1 di sekolah rendah berdasarkan tahap Bahasa Inggeris semasa
tingkatan tiga

Ha2

: Terdapat perbezaan skor Attention Deficit Disorder (ADD) apabila pelajar berada
pada tahun 1 di sekolah rendah berdasarkan tahap Bahasa Inggeris semasa tingkatan
tiga

H02

: 1 = 2 = 3

Ha2

: 1 2 3

H03 :

Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara skor Attention Deficit Disorder
(ADD) apabila pelajar berada pada tahun 1 di sekolah rendah dengan nilai PNG
semasa tingkatan tiga

Ha3 :

Terdapat hubungan yang signifikan antara skor Attention Deficit Disorder (ADD)
apabila pelajar berada pada tahun 1 di sekolah rendah dengan nilai PNG semasa
tingkatan tiga

H04 :

Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara skor Attention Deficit Disorder
(ADD) apabila pelajar berada pada tahun 1 di sekolah rendah dengan gred dalam
Bahasa Inggeris

Ha4 :

Terdapat hubungan yang signifikan antara skor Attention Deficit Disorder (ADD)
apabila pelajar berada pada tahun 1 di sekolah rendah dengan gred dalam Bahasa
Inggeris
2

H05 :

Tidak terdapat perbezaan yang signifikan skor Attention Deficit Disorder (ADD)
antara pelajar berada pada tahun satu dengan pelajar berada pada tahun lima di
sekolah rendah

Ha5 : Terdapat perbezaan yang signifikan skor Attention Deficit Disorder (ADD) antara
pelajar berada pada tahun satu dengan pelajar berada pada tahun lima di sekolah
rendah
H05

: 1 - 2 = 0

Ha5

: 1 - 2 0

Metodologi
Sebuah kajian tinjauan dijalankan bagi melihat skor Attention Deficit Disorder (ADD)
melalui tingkah laku yang dipamerkan oleh pelajar. Seramai 359 orang responden terlibat
dalam kajian ini. Responden kajian yang dipilih adalah di kalangan pelajar tahun 1 di semua
sekolah rendah (jenis kebangsaan) dan tingkah laku ADD diukur semula apabila pelajar
berada pada tahun 3 dan tahun 5. Pemboleh ubah akademik serta kelakuan pelajar semasa di
sekolah telah diukur apabila mereka berada pada tingkatan 3 dan akhir tahun apabila mereka
di tingkatan 5. Soal selidik ditadbirkan oleh guru pelajar yang terlibat dengan kajian. Dapatan
kajian di analisis dengan menggunakan analisis deskriptif dan analisis inferensi. Analisis
deskriptif yang dilibatkan dalam kajian ini seperti kekerapan, peratusan dan min. Manakala
analisis inferensi yang dilibatkan dalam kajian ini ialah menggunakan ujian t sampel bebas
(ujian t tak bersandar/Independentsamples T Test), ujian t sampel bersandar( Paired samples
T Test), ANOVA satu hala, korelasi Pearson dan korelasi Spearman.
Dapatan Kajian
Kajian ini melibatkan seramai 359 responden kajian. Profil demografi responden adalah
berkaitan dengan akademik dan kelakuan pelajar semasa di sekolah seperti jantina, data
mengenai mengulangi salah satu tahun semasa di sekolah rendah atau tidak mengulangi tahun
pengajian, tahap Bahasa Inggeris semasa Tingkatan 3 di sekolah menengah, gred dalam
Bahasa Inggeris semasa Tingkatan 3 (diukur apabila pelajar berada di tingkatan 5) dan data
berkaitan tamat tingkatan 5 atau tidak(cicir sekolah). Dapatan kajian di analisis dengan
3

menggunakan analisis deskriptif. Analisis deskriptif yang melibatkan kekerapan dan


peratusan dilakukan bagi menentukan profil demografi responden kajian. Profil responden
kajian dengan terperinci dinyatakan seperti Jadual 1 berikut.

Jadual 1 Profil demografi responden kajian


Demografi
Jantina
Lelaki
Perempuan
Jumlah
Ulang mana-mana tahun persekolahan semasa di sekolah
Tidak mengulangi tahun pengajian
Mengulangi salah satu tahun semasa di sekolah rendah
Tiada maklumat
Jumlah
Tamat tingkatan 5 atau tidak tamat tingkatan 5/cicir sekolah
Tamat tingkatan 5
Cicir sekolah/tidak tamat Tingkatan 5
Tiada maklumat
Jumlah
Tahap Bahasa Inggeris semasa tingkatan 3
Kelas mahir
Kelas biasa
Kelas pemulihan
Tiada maklumat
Jumlah
Gred Bahasa Inggeris semasa Tingkatan 3 (diukur apabila
mereka berada di Tingkatan 5)
Gred A
Gred B
Gred C
Gred D
Gred F
Tiada maklumat
Jumlah

Kekerapan

Peratusan

198
161
359

55.2%
44.8%
100.0%

324
34
1
359

90.3%
9.5%
0.3%
100.0%

46
297
16
359

12.8%
82.7%
4.5%
100.0%

40
254
46
19
359

11.1%
70.8%
12.8%
5.3%
100.0%

41
135
122
37
11
13
359

11.4%
37.6%
34.0%
10.3%
3.1%
3.6%
100.0%

Jadual 1 menunjukkan berdasarkan jantina seramai 198 orang iaitu 55.2% pelajar lelaki dan
seramai 161 orang pelajar perempuan (44.8%).

Berdasarkan maklumat pelajar mengulang

mana-mana salah satu tahun persekolahan semasa di sekolah rendah menunjukkan seramai
324 orang pelajar (90.3%) adalah di kalangan pelajar yang tidak mengulangi tahun
pengajian/tahun persekolahan dan seramai 34 orang (9.5%) pelajar pernah mengulangi salah
satu tahun semasa di sekolah. Didapati juga hanya 1 orang (0.3%) mencatatkan tiada
4

maklumat berkaitan. Bagi menjelaskan lagi profil demografi kajian, Rajah 1 dan Rajah 2
diperhatikan. Dalam kajian ini, maklumat berkaitan pelajar yang tamat tingkatan 5 adalah
seramai 46 orang (12.8 %) manakala seramai 297 orang pelajar yang tidak tamat tingkatan 5
atau cicir sekolah iaitu 82.7 %. Catatan sebanyak 16 orang (4.5%) yang tidak memberikan
maklumat berkaitan tamat atau tidak tingkatan 5 (cicir sekolah).

Berdasarkan tahap Bahasa Inggeris semasa tingkatan tiga menunjukkan seramai 40 orang
(11.1%) pelajar kelas mahir, seramai 254 orang (70.8%) pelajar kelas biasa, seramai 46 orang
(12.8%) pelajar kelas pemulihan dan seramai 19 orang (5.3%) pelajar tiada maklumat.
Seterusnya, bagi gred dalam Bahasa Inggeris semasa tingkatan 3 telah diukur apabila pelajar
(responden) berada di tingkatan 5 menunjukkan seramai 41 orang iaitu 11.4% mendapat gred
A, seramai 135 orang (37.6%) memperoleh gred B, sebanyak 122 orang pelajar berjaya
mendapat gred C (34.0%), seramai 11 orang (3.1%) memperoleh gred F dan bilangan pelajar
yang tiada maklumat berkaitan gred adalah sebanyak 13 orang iaitu 3.6%, seperti yang
ditunjukkan dalam Rajah 3.

Rajah 1 Profil Demografi Gender

Rajah 1 menunjukkan bilangan pelajar lelaki yang lebih ramai yang terlibat dalam kajian ini
berbanding dengan bilangan pelajar perempuan.

Rajah 2 Profil Demografi Mengulangi Tahun Pengajian Pengajian di Sekolah Rendah

Rajah 2 menunjukkan bilangan pelajar yang tidak mengulangi tahun pengajian adalah lebih
ramai terlibat dalam kajian. Kajian ini juga menunjukkan bilangan pelajar yang mengulangi
salah satu tahun semasa di sekolah rendah adalah kurang.

Rajah 3 Profil Demografi Gred dalam Bahasa Inggeris semasa Tingkatan 3

Rajah 3 menunjukkan bilangan pelajar yang mendapat gred B adalah lebih ramai berbanding
gred lain yang dilibatkan dalam kajian. Kajian ini menunjukkan bilangan pelajar yang
mendapat gred F adalah paling sedikit.
6

Skor Attention Deficit Disorder (ADD) berdasarkan jantina


Analisis ujian t sampel bebas dijalankan bagi mengenal pasti perbezaan yang signifikan
Attention Deficit Disorder (ADD) berdasarkan jantina. Hasil analisis ujian t sampel bebas
seperti Jadual 2

Jadual 2 Ujian t sampel bebas perbezaan yang signifikan Attention Deficit Disorder (ADD)
(ADD) berdasarkan jantina
Jantina

Min

Lelaki
Perempuan

198
161

55.95
49.61

Sisihan
Piawai
10.880
9.916

Sig.

5.718

0.000

Keputusan kajian dalam Jadual 2 menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan Attention
Deficit Disorder (ADD) berdasarkan jantina dengan nilai t = 5.718,df = 357 dan sig = 0.000
(p<0.05). Dari segi min menunjukkan bahawa pelajar lelaki (min = 55.95 dan sp = 10.880)
mempunyai Attention Deficit Disorder (ADD) yang lebih tinggi dari pelajar perempuan
(min= 49.61 dan sp = 9.916). Dengan itu, hipotesis nol (Ho1) bahawa tidak terdapat
perbezaan signifikan Attention Deficit Disorder (ADD) berdasarkan jantina ditolak. Terdapat
perbezaan yang signifikan Attention Deficit Disorder (ADD) antara pelajar lelaki dengan
pelajar perempuan.

Skor Attention Deficit Disorder (ADD) apabila pelajar berada pada tahun 1 (sekolah
rendah) berdasarkan tahap Bahasa Inggeris semasa tingkatan tiga
Analisis ANOVA satu hala dijalankan bagi melihat perbezaan min skor Attention Deficit
Disorder (ADD) apabila pelajar berada pada tahun 1 di sekolah rendah berdasarkan tahap
Bahasa Inggeris semasa tingkatan 3. Hasil analisis ANOVA satu hala seperti Jadual 3 berikut.

Jadual 3. Min dan sisihan piawai perbezaan skor Attention Deficit Disorder (ADD) apabila
pelajar berada pada tahun satu di sekolah rendah berdasarkan tahap Bahasa
Inggeris semasa tingkatan tiga

Tahap Bahasa Inggeris semasa


tingkatan tiga
Kelas mahir
Kelas biasa
Kelas pemulihan
Jumlah

Attention Deficit Disorder (ADD)


N
Min
Sisihan piawai
40
43.23
9.973
254
53.95
11.323
46
56.19
11.040
340
52.99
11.689

Berdasarkan Jadual 3 menunjukkan bahawa tahap kelas pemulihan (min =56.19 dan sp =
11.040) mempunyai skor Attention Deficit Disorder (ADD) apabila pelajar berada pada tahun
1 di sekolah rendah lebih tinggi dari kelas biasa (min = 53.95 dan sp = 11.323) dan kelas
mahir (min= 43.23 dan sp = 9.973). Bagi melihat perbezaan tersebut dengan ialah signifikan,
maka perhatikan Jadual 4 berikut.

Jadual 4. ANOVA satu hala perbezaan skor Attention Deficit Disorder (ADD) apabila pelajar
berada pada tahun satu di sekolah rendah berdasarkan tahap Bahasa Inggeris
semasa tingkatan tiga
Attention Deficit
Disorder (ADD)
Antara kumpulan
Dalam kumpulan
Jumlah

Jumlah kuasa
dua
4522.341
41803.647
46325.988

Df
2
337
339

Min kuasa
dua
2261.171
124.046

Sig

18.228

0.000

Berdasarkan Jadual 4 menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan skor


Attention Deficit Disorder (ADD) apabila pelajar berada pada tahun 1 di sekolah rendah
berdasarkan tahap Bahasa Inggeris semasa tingkatan 3 dengan nilai F = 18.228 dan sig =
0.000 (p < 0.05). Hal ini menunjukkan hipotesis nol (Ho1) bahawa terdapat perbezaan yang
signifikan skor Attention Deficit Disorder (ADD) apabila pelajar berada pada tahun 1 di
sekolah rendah berdasarkan tahap Bahasa Inggeris semasa tingkatan 3 adalah ditolak. Oleh
itu, terdapat perbezaan yang signifikan skor Attention Deficit Disorder (ADD) antara pelajar
berikut dalam kelas mahir, kelas biasa dan kelas pemulihan. Bagi melihat perbezaan tersebut
lebih terperinci lagi, ujian Post Hoc Scheffe dijalankan. Analisis ujian ini berdasarkan Jadual
5 berikut.

Jadual 5. Pos Hoc Scheffe perbezaan skor Attention Deficit Disorder (ADD) apabila pelajar
berada pada tahun satu di sekolah rendah berdasarkan tahap Bahasa Inggeris
semasa tingkatan tiga
(I)Tahap Bahasa
Inggeris semasa
tingkatan tiga
Kelas mahir
Kelas biasa
Kelas pemulihan

(J) Tahap Bahasa


Inggeris semasa
tingkatan tiga
Kelas biasa
Kelas pemulihan
Kelas mahir
Kelas pemulihan
Kelas mahir
Kelas biasa

Perbezaan min
(I-J)

Ralat
Piawai

Sig

-10.7278*
-12.9707*
10.7278*
-2.2429
12.9707*
2.2429

1.8946
2.4079
1.8946
1.7847
2.4079
1.7847

0.000
0.000
0.000
0.455
0.000
0.455

Keputusan Post Hoc berdasarkan jadual 5 menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang
signifikan skor Attention Deficit Disorder (ADD) apabila pelajar berada pada tahun 1 di
sekolah rendah berdasarkan tahap Bahasa Inggeris semasa tingkatan tiga antara kelas mahir
dengan kelas biasa dengan catatan perbezaan min = -10.7278 dan sig = 0.000 (p< 0.05). Min
pelajar kelas biasa mempunyai skor Attention Deficit Disorder (ADD) lebih tinggi dari
pelajar kelas mahir.

Terdapat perbezaan yang signifikan skor Attention Deficit Disorder (ADD) apabila pelajar
berada pada tahun satu di sekolah rendah berdasarkan tahap Bahasa Inggeris semasa
tingkatan tiga antara pelajar kelas mahir dengan pelajar kelas pemulihan dengan catatan
perbezaan min= -12.9707 dan sig = 0.000 (p<0.05). Dari segi min menunjukkan pelajar kelas
pemulihan mempunyai skor Attention Deficit Disorder (ADD) lebih tinggi dari pelajar kelas
mahir.

Seterusnya, tidak terdapat perbezaan yang signifikan skor Attention Deficit Disorder (ADD)
apabila pelajar berada pada tahun satu di sekolah rendah berdasarkan tahap Bahasa Inggeris
semasa tingkatan tiga antara kelas biasa dengan kelas pemulihan dengan catatan perbezaan
min = -2.2429 dan sig = 0.455 (p>0.05). Min pelajar kelas pemulihan mempunyai skor
Attention Deficit Disorder (ADD) lebih tinggi dari pelajar kelas biasa.

Hubungan antara skor Attention Deficit Disorder (ADD) apabila pelajar berada pada
tahun satu di sekolah rendah dengan nilai PNG semasa tingkatan tiga dan gred dalam
Bahasa Inggeris semasa tingkatan tiga

Analisis korelasi Pearson dijalankan bagi mengenal pasti hubungan antara skor Attention
Deficit Disorder (ADD) apabila pelajar berada pada tahun 1 di sekolah rendah dengan nilai
PNG semasa tingkatan 3. Hasil analisis korelasi seperti Jadual 6 berikut.

Jadual 6. Hubungan antara skor Attention Deficit Disorder (ADD) apabila pelajar berada
pada tahun satu di sekolah rendah dengan nilai PNG semasa tingkatan tiga
Hubungan
Attention Deficit
Disorder (ADD)

R
-0.402

PNG
Sig.
0.000

Interpretasi
Sederhana

Jadual 6 menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara skor Attention
Deficit Disorder (ADD) apabila pelajar berada pada tahun 1 di sekolah rendah dengan nilai
PNG semasa tingkatan 3 dengan nilai r = -0.402 dan sig = 0.000 (p<0.01). Kekuatan
hubungan antara skor Attention Deficit Disorder (ADD) apabila pelajar berada pada tahun 1
di sekolah rendah dengan nilai PNG semasa tingkatan 3 adalah sederhana berdasarkan
kategori yang dicadangkan oleh Cohen (1988). Ini menunjukkan bahawa hipotesis (Ho3)
tidak terdapat hubungan yang signifikan antara skor

Attention Deficit Disorder (ADD)

apabila pelajar berada pada tahun 1 di sekolah rendah dengan nilai PNG semasa tingkatan 3
adalah ditolak.

Seterusnya, analisis korelasi Spearman dijalankan bagi mengenal pasti hubungan antara skor
Attention Deficit Disorder (ADD) apabila pelajar berada pada tahun 1 di sekolah rendah
dengan gred dalam Bahasa Inggeris semasa tingkatan 3. Hasil analisis korelasi Spearman
seperti Jadual 7 berikut.

Jadual 7. Hubungan antara skor Attention Deficit Disorder (ADD) apabila pelajar berada
pada tahun 1 di sekolah rendah dengan gred dalam Bahasa Inggeris semasa tingkatan 3

10

Hubungan
Attention Deficit
Disorder (ADD)

R
-0.346

Gred dalam Bahasa Inggeris


Sig.
0.000

Interpretasi
Sederhana

Berdasarkan Jadual 7 menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara skor
Attention Deficit Disorder (ADD) apabila pelajar berada pada tahun 1 di sekolah rendah
dengan gred Bahasa Inggeris dengan nilai r = -0.346 dan sig = 0.000 (p<0.01). Kekuatan
hubungan antara skor Attention Deficit Disorder (ADD) apabila pelajar berada pada tahun 1
di sekolah rendah dengan gred Bahasa Inggeris semasa tingkatan 3 adalah di tahap sederhana
berdasarkan kategori yang dicadangkan oleh Cohen (1988). Ini menunjukkan bahawa tidak
terdapat hubungan yang signifikan antara skor Attention Deficit Disorder (ADD) apabila
pelajar berada pada tahun 1 di sekolah rendah dengan gred Bahasa Inggeris semasa tingkatan
3 adalah ditolak.

Perbezaan Attention Deficit Disorder (ADD) antara pelajar berada pada tahun satu
dengan pelajar berada pada tahun lima
Analisis ujian t sampel bersandar dijalankan bagi mengenal pasti perbezaan skor Attention
Deficit Disorder (ADD) apabila pelajar berada pada tahun 1 dengan tahun 5 di sekolah
rendah. Hasil analisis ujian t sampel bersandar seperti berikut.

Jadual 8. Ujian t sampel bersandar perbezaan skor Attention Deficit Disorder (ADD) apabila
pelajar berada pada tahun satu di sekolah rendah dengan pelajar berada pada tahun
lima
Attention Deficit Disorder (ADD)
Tahun 1
Tahun 5

N
319
319

Min
53.464
53.270

Sisihan Piawai
11.967
13.363

t
0.308

Sig
0.758

Berdasarkan Jadual 8 menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan Attention Deficit
Disorder (ADD) antara pelajar berada pada tahun satu dengan pelajar berada pada tahun 5
dengan nilai t= 0.308 dan sig = 0.758 (p> 0.05). Dari segi min menunjukkan pelajar pada
masa tahun 1 (min = 53.464 dan sp = 11.967) mempunyai Attention Deficit Disorder (ADD)
yang lebih tinggi berbanding pelajar tahun 5 (min = 53.270 dan sp = 13.363). Namun,
perbezaan skor Attention Deficit Disorder (ADD) apabila pelajar berada pada tahun 1 dengan
11

pelajar berada pada tahun 5 di sekolah rendah tersebut tidak signifikan. Ini menunjukkan
hipotesis nol (Ho5) bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan Attention Deficit
Disorder (ADD) apabila pelajar berada pada tahun 1 dengan pelajar berada pada tahun 5 di
sekolah rendah adalah gagal ditolak.

Kesimpulan
Kajian tinjauan dijalankan dengan melibatkan 359 orang pelajar di kalangan pelajar tahun 1
di semua sekolah rendah (jenis kebangsaan) di sekitar Bangi. Kajian tinjauan bertujuan untuk
mengumpul maklumat mengenai pemboleh ubah-pemboleh ubah yang berkait dengan sesuatu
fenomena (Mohd Majid 2000).Data dikumpulkan dengan menggunakan soal selidik yang
berkaitan dengan tingkah laku berhubung dengan Attention Deficit Disorder (ADD). Data
yang diperoleh seterusnya dianalisis dengan menggunakan perisian IBM Statistical Package
for the Social Science (SPSS) versi 20. Dapatan kajian di analisis dengan menggunakan
analisis deskriptif dan analisis inferensi.

Dapatan kajian menunjukkan dari aspek profil demografi bilangan pelajar lelaki yang terlibat
dalam kajian ini adalah lebih ramai dengan catatan 55.2% berbanding dengan bilangan
pelajar perempuan (44.8%). Selain itu, aspek kelakuan iaitu ulang mana-mana tahun
persekolahan didapati seramai 324 orang( 90.3%) tidak ulangi tahun pengajian dan seramai
297 orang (82.7%) adalah pelajar yang cicir sekolah/tidak tamat sekolah. Dari aspek
akademik semasa tingkatan 3 di sekolah menengah didapati tahap Bahasa Inggeris adalah
tinggi di dalam kelas biasa iaitu 70.8%, ( 254 orang) manakala gred Bahasa Inggeris yang
diukur semasa pelajar berada di tingkatan 5 adalah Gred B yang tinggi iaitu seramai 135
orang (37.6%).

Secara umumnya, dengan menggunakan ujian statistik yang sesuai maka persoalan kajian
dapat dijawab dengan jelas. Analisis inferensi pula menunjukkan bahawa terdapat perbezaan
yang signifikan terhadap Attention Deficit Disorder (ADD) antara pelajar lelaki dan
perempuan menggunakan ujian t sampel bebas. Selain itu, skor Attention Deficit Disorder
(ADD) apabila pelajar berada pada tahun 1 di sekolah rendah berdasarkan tahap Bahasa
Inggeris semasa tingkatan tiga menunjukkan perbezaan yang signifikan menerusi analisis
12

ANOVA satu hala. Ujian Pos Hoc Scheffe dijalankan dan menunjukkan bahawa kelas mahir
adalah berbeza secara signifikan berbanding kelas biasa dan kelas pemulihan.

Hubungan antara skor Attention Deficit Disorder (ADD) apabila pelajar berada pada tahun 1
di sekolah rendah dengan nilai PNG di analisis menggunakan Korelasi Pearson menyatakan
kekuatan berada di tahap sederhana berdasarkan kategori yang dicadangkan Cohen (1988).
Seterusnya analisis Korelasi Spearman dijalankan bagi mengenal pasti hubungan skor
Attention Deficit Disorder (ADD) apabila pelajar berada pada tahun 1 di sekolah rendah
dengan gred dalam Bahasa Inggeris semasa tingkatan menunjukkan dapatan kekuatan yang
sama. Analisis ujian t sampel bersandar bagi mengenal pasti perbezaan skor Attention Deficit
Disorder (ADD) apabila pelajar berada pada tahun 1 dengan tahun 5 di sekolah rendah
menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan.

13

RUJUKAN

Bahaman Abu Samah & Mohd Majid Konting. 2000. Modul Statistik Pendidikan EDU
5950.Serdang : Institut Pendidikan dan Pembelajaran Jarak Jauh Universiti Putra Malaysia

Chua, Yan Piaw.2012. Kaedah dan Statistik Penyelidikan Buku 2: Asas Statistik
Penyelidikan. Edisi ke-2. Kuala Lumpur: Mc Graw Hill

Gravetter, F.J & Wallnau, L.B.2005. Essentials of Statistics for the Behavioral Sciences. Fifth
Edition. United Satates of America: Wadsworth

Jackson, S.L.2006. Research Methods and Statistics: A Critical Thinking Approach. Second
Edition. United States of America: Wadsworth

Mohd Majid Konting. 2000. Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Noraini Idris. 2010. Penyelidikan dalam Pendidikan.Kuala Lumpur: Mc Graw Hill

14

Anda mungkin juga menyukai