Anda di halaman 1dari 3

TEKS PENGACARA KOLOKIUM PENYELIDIKAN TINDAKAN

PENDIDIKAN PEMULIHAN SEMESTER 8 AMBILAN JANUARI 2011


1 OKTOBER 2012 DAN 2 OKTOBER 2014
BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM.....

SALUTASI

P1

Yang dihormati,
................................... (Penilai 1)
................................... (Penilai 2)
2. Pensyarah-pensyarah dari Jabatan Pengajian Melayu dan
Matematik.
3. Para Pembentang Penyelidikan Tindakan Pendidikan
Pemulihan Semester 8.
Seterusnya,
Hadirin dan hadirat sekalian
Assalamualaikum dan salam ceria.
UCAPAN ALUAN PENGACARA MAJLIS
Hadirin dan hadirat,

P2

Pihak majlis mengucapkan terima kasih dan mengalu-alukan


kehadiran hadirin ke Seminar Penyelidikan Tindakan
Pendidikan Pemulihan Semester 8 IPG Kampus Pendidikan
Islam.
BACAAN DOA
Hadirin dan hadirat,

P3

P4

Majlis kita akan dimulakan dengan bacaan doa. Untuk itu


marilah sama-sama kita mengaminkan doa yang akan diketuai
oleh saudara Mohd Zufar b. Abd. Razak (slot 1) / Mohd Faiz
b. Zokarnain (slot 2). Dengan itu, majlis menjemput dan
mempersilakan.
PERATURAN PEMBENTANGAN

Hadirin dan hadirat,


Untuk makluman hadirin, setiap pembentangan akan
dilaksanakan selama 15 minit iaitu 10 minit untuk membentang,
dan 5 minit untuk sesi soal jawab. (2 soalan sahaja).
Loceng akan dibunyikan pada minit ke-8 sebanyak sekali, dan
pada minit ke 10, loceng akan dibunyikan sebanyak dua kali.
PEMBENTANGAN PENYELIDIKAN TINDAKAN
Hadirin dan hadirat sekalian,
Majlis akan diteruskan lagi dengan Pembentangan
Penyelidikan Tindakan oleh pelajar semester 8 Pengajian
Pemulihan.
P5

Untuk tidak melengahkan masa, majlis menjemput dan


mempersilakan pembentang (pertama/kedua/ketiga...........10),
saudari/saudara...................dengan tajuk kajiannya ..................
(Rujuk Lampiran Senarai Nama Pembentang dan Tajuk)
Majlis mengucapkan terima kasih atas pembentangan sebentar
tadi.
PENUTUP
Hadirin dan hadirat sekalian,

P6

Dengan berakhirnya pembentangan sebentar tadi, maka


berakhirlah Kolokium Penyelidikan Tindakan Pendidikan
Pemulihan pada hari ini. Majlis sekali lagi mengucapkan ribuan
terima kasih kepada semua pensyarah serta semua pelajar
atas kesudian hadir bagi menjayakan Kolokium Penyelidikan
Tindakan Pendidikan Pemulihan pada hari ini.
Bagi pihak majlis, saya ingin memohon maaf sekiranya terdapat
kesilapan tutur kata atau bicara sepanjang pengendalian majlis
ini.
SEKIAN, ASSALAMUALAIKUM W.B.T.