Anda di halaman 1dari 32

Penilaian autentik adalah satu bentuk penilaian di mana pelajar diminta untuk melaksanakan

tugas-tugas dalam dunia sebenar yang menunjukkan penggunaan pengetahuan dan kemahiran
yang penting. ( Mueller, 2014 ).
Tugasan yang memberi tumpuan kepada keupayaan pelajar untuk menghasilkan produk yang
berkualiti atau prestasi tinggi. (Wiggins)
3) Tugasan yang bermakna di mana pelajar perlu belajar dengan cara cemerlang. (Wiggins)
4) Cabaran yang memerlukan pengetahuan dalam penggunaan yang baik dan pertimbangan
yang baik. (Wiggins)
5) Penglibatan aktif pelajar untuk merungkai tugasan berdasarkan standard. (Wiggins)

MENGAPA MENGGUNAKAN PENTAKSIRAN AUTENTIK


Guru biasanya akan menggunakan kedua-dua pentaksiran iaitu pentaksiran tradisional dan
pentaksiran autentik utnuk tujuan yang berbeza. Kenapa guru memilih untuk menggunakan
pentaksiran autentik dan menjadi semakin popular mutakhir ini.
1.
Pentaksiran autentik adalah pengukuran langsung (sebenar)
2.
Pentaksiran autentik merangkumi pembelajaran secara semulajadi
3.
Pentaksiran autentik mengintegrasikan pengajaran, pembelajaran dan pentaksiran
PENTAKSIRAN AUNTENTIK DALAM PENILAIAN BERASASKAN SEKOLAH
(PBS)

Semua kaedah penilaian yang dinyatakan di atas, sukar untuk diseragamkan bagi
keseluruhan murid dalam sistem pendidikan dan ianya lebih efektif melalui PBS kerana
guru lebih mengetahui, mengenali dan paling hampir dengan murid dan tahu apa yang
sepatutnya dinilai daripada murid. Melaui PBS, guru diberi ruang dan peluang untuk
menentukan bentuk dan kaedah penugasan kepada murid yang berkaitrapat dengan
objektif pembelajaran murid berdasarkan kepada kebolehan, keupayaan, kemampuan
dan persekitaran murid yang sebenar. Ciri penting dalam PBS adalah pertimbangan atau
judgment guru terhadap tugasan yang dihasilkan oleh murid yang bersifat subjektif.
Penilaian yang bersifat subjektif memberikan pelbagai kemungkinan tafsiran daripada
seorang guru dan ianya akan membangkitkan tahap kesahan dan kebolehpercayaan
terhadap penilaian guru. Oleh yang demikian, PBS dilengkapi dengan pentaksiran rubrik
atau Band sebagai rujukan dan panduan untuk guru dalam menilai hasil kerja murid
mengikut kriteria yang telah ditetapkan dalam setiap tahap Band.
enilaian guru adalah berpandukan perbandingan antara skor yang diperolehi murid
dengan Band yang telah ditetapkan.Semua murid berpeluang mencapai tahap Band

tertinggi atau dianggap menguasai objektif pembelajaran dengan memperoleh skor


minimum atau tahap kompetensi minimum. PBS adalah berkonsepkan pembelajaran
masteri atau menguasai pembelajaran dalam satu julat skor yang telah ditetapkan.
Perbezaan skor yang diperoleh dalam julat Band yang sama tidak membezakan tahap
penguasaan murid sebagai contoh tahap skor minima ditetapkan bagi Band 6 adalah
80% hingga 100% , sekiranya murid X memperoleh skor 85%, murid Y memperoleh 81%
dan murid Z memperoleh skor 95%, kesemua murid dianggap telah menguasai
pembelajaran dengan memperoleh Band 6.

Pentaksiran kerja kursus atau portfolio Kerja pelajar direkodkan dalam koleksi bahan-bahan
yang dipersetujui oleh pelajar atau guru, menjangkaui tempoh masa, yang menggambarkan
proses pembelajaran pelajar, perkembangan, dan pencapaian dalam cara yang teratur dan
sistematik.

Kepelbagaian Bentuk Perlaksanaan Pentaksiran Autentik.


Gambaran yang lebih baik terhadap pengajaran dan pembelajaran dapat diberikan dengan
menggunakan pelbagai pentaksiran dalam bilik darjah.
Pentaksiran prestasi Pelajar dikehendaki untuk mencipta sesuatu produk atau merumuskan
tindak balas yang menunjukkan penguasaan dalam kemahiran atau kefahaman tentang proses
atau konsep. Lazimnya, pentaksiran prestasi autentik kerana distrukturkan berdasarkan
sesuatu masalah atau situasi sebenar.
Pemerhatian guru Guru memerhatikan pelajar-pelajar yang terlibat dalam pelbagai tugas
atau aktiviti dengan menggunakan senarai semak, skala kedudukan, dan sebagainya untuk
merekodkan prestasi pelajar dalam mencapai satu penanda aras yang tertentu.
Persidangan Guru dan dialog pelajar, menilai kemajuan pelajar untuk mencapai satu atau
lebih matlamat yang tertentu.
Pentaksiran kendiri Pelajar memikirkan dan menilai kerja mereka sendiri dengan kriteria
taksiran yang dibangunkan oleh guru atau pelajar.
Pentaksiran rakan sebaya- Pelajar menilai kerja antara satu sama lain dengan kriteria
penilaian yang dibangunkan oleh guru atau pelajar-pelajar.
Pentaksiran kerja kursus atau portfolio Kerja pelajar direkodkan dalam koleksi bahanbahan yang dipersetujui oleh pelajar atau guru, menjangkaui tempoh masa, yang
menggambarkan proses pembelajaran pelajar, perkembangan, dan pencapaian dalam cara
yang teratur dan sistematik.

Definisi Pentaksiran Autentik


Pentaksiran adalah perkataan Latin yang bermaksud duduk bersama antara
pentaksir dengan pelajar dan mengesahkan apa yang dilaksanakan oleh pelajar. Melalui
pentaksiran yang berterusan ini, guru dapat membuat penilaian berdasarkan kepada tahap
pencapaian pelajar dari masa ke masa melalui pengumpulan maklumat dan data dan
menganalisis maklumat mengenai tahap kemajuan sesuatu sama ada berbentuk program,
individu dan lain-lain. Menurut Payne (2003) pentaksiran dirujuk sebagai integrasi proses
mengumpul maklumat, menginterpretasi maklumat atau memberiki nilai kepada maklumat
itu dan membuat keputusan berdasarkan maklumat tersebut.
Pentaksiran autentik ialah suatu bentuk penilaian yang berlainan daripada formal
seperti penilaian formatif dan penilaian sumatif yang boleh digunakan oleh guru dalam bilik
darjah. Penilaian ini kurang memberi penekanan kepada penggunaan kertas dan pensil
sebagaimana yang digunakan dalam penilaian tradisional. Penilaian jenis ini lebih kepada
penggunaan / amali terhadap sesuatu tugasan seperti yang dilakukan dalam kedaan
sebenarnya (Bhasah, 2007).
Pentaksiran Autentik lebih kepada penggunaan atau amali terhadap sesuatu tugasan
yang menghampiri kepada tugasan yang dilakukan dalam keadaan sebenar. Dalam konteks
bilik darjah, aplikasi pentaksiran autentik memerlukan murid melakukan sesuatu tugasan
yang agak kompleks tetapi bererti, berasaskan pengetahuan awal, pembelajaran semasa dan
kemahiran yang relevan untuk menyelesaikan masalah sebenar berlaku.
Ciri-ciri Pentaksiran Autentik
1.Pentaksiran adalah berdasarkan kepada prestasi dan memerlukan murid menunjukkan
penguasaan terhadap kemahiran tertentu. Semakin hampir sesuatu tugasan kepada keadaan
sebenar semakin tinggi darjah autentik pentaksiran tersebut.
2. Bentuk pentaksiran yang dijalankan menyerupai situasi sebenar dalam aspek konteks dan
attitude
professional serta kecekapan.

3. Pentaksiran yang dijalankan adalah sejajar dengan kehendak hasil pembelajaran,


kandungan
kurikulum dan maklumat kerjaya masa hadapan.
4. Menekankan kepada proses pembelajaran , bukan hanya kepada markah peperiksaan
5. Dapat menarik minat murid dan memberi motivasi kepada murid dalam menyelesaikan
tugasan,
menyeronokkan, mencabar dan boleh diselesaikan oleh murid
6. Memberi peluang kepada murid untuk membina pemikiran kritikal dan kemahiran
menyelesai
masalah dalam situasi profesional
7. Memberi evidens yang kukuh membuktikan bahawa murid telah mencapai kehendak hasil
pembelajaran.
Enam Prinsip Pentaksiran Autentik Menurut Lois Bridges ( 1995 )
1.Pentaksiran autentik merupakan penilaian yang berterusan. Pelajar akan dimaklumkan
mengenai
aspek pengajaran dan pembinaan kurikulum. Ini kerana pelajar terlibat dengan penilaian
tersebut.
2.Pentaksiran autentik adalah merupakan sebahagian daripada kurikulum. kanak-kanak
dinilai
manakala mereka terlibat dengan pengalaman pembelajaran di bilik darjah, bukan sahaja
sebelum
atau selepas unit melalui ujian pra - atau ujian pasca.
3.Pentaksiran autentik berkembang sesuai dengan budaya atau persekitaran.
4.Pentaksiran autentik fokus kepada keupayaan pelajar. Guru menilai bagaimana pelajar
boleh
lakukan, pengetahuan, bagaimana mereka perlu belajar.
5. Pentaksiran autentik mengiktiraf penilaian yang paling penting ialah penilaian kendiri.
Pelajar dan
guru perlu mengetahui apa yang mereka nilai dan dinilai agar dapat mencapai kejayaan
yang
diharapkan.
6. Pentaksiran autentik menggalakkan kolaborasi di antara pelajar, guru, ibu bapa bersama
untuk
memberi refleksi dan menilai pembelajaran.

Perbandingan antara penilaian tradisional dengan penilaian autentik

a)
b)
c)
d)
e)
f)
g)
h)
i)
j)
k)
l)
m)

Matlamat bagi penilaian autentik telah berfokus pada kefahaman dan membantu kemahiran
seseorang pelajar supaya dapat membiasakan diri dalam dunia sebenar. Ini merupakan satu
penilaian yang dijalankan semasa pengajaran dan akan dijalankan secara berterusan
berdasarkan prestasi tingkah laku. Pelbagai kemahiran akan dinilai semasa pengajaran dan
juga secara berterusan. Dalam penilaian autentik, ujian akan dijalankan secara kerap dalam
pelbagai format.
Penilaian autentik dapat memberikan nilai tambah kepada proses pengajaran dan
pembelajaran dengan pelbagai cara seperti :
Kemahiran penilaian kendiri
Kemahiran pemikiran reflektif
Kemahiran metakognisi
Kemahiran penyelesaian masalah dalam proses belajar
Membina kefahaman baru
Memupuk penerimaan kendiri, menghargai dan saling menghormati
Empowerment dengan memberi keupayaan memilih
Penambahan arahan
Disiplin tanpa tekanan
Disiplin kawalan tugas dan disiplin kawalan kumpulan
Pendekatan yang lebih berpusatkan pelajar
Kontekstual, konstruktivis, akses kendiri dan misteri
Menambah baik pelaksanaan kurikulum
Penilaian tradisional
Penilaian tradisional lazimnya menguji IQ yang belum menggambar kecerdasan sebenar
seseorang. Matlamat bagi penilaian tradisional hanya berfokus pada gred dan tahap
pembelajaran seseorang pelajar. Ini merupakan satu penilaian yang dijalankan selepas
pengajaran. Kemahiran yang terhad hanya akan dinilai selepas pengajaran. Dalam penilaian
tradisional, ujian hanya akan dijalankan sekali. Ia lebih formatif dan dalam bentuk bertulis.
Kesimpulan
Daniel Goleman (1995), menyokong pendapat ini dengan mengatakan hanya empat peratus
sahaja kaitan kejayaan dalam peperiksaan dengan prestasi seseorang di tempat kerja. Beliau
merumuskan bahawa kurang hubung kaitnya antara IQ dengan kejayaan seseorang dalam
kehidupan. Oleh itu, penilaian seharusnya direka bentuk supaya lebih adil bagi menilai
pelbagai kecerdasan yang dimiliki oleh setiap pelajar. Ujian berdasar kriteria kecerdasan tidak
mengehadkan kepada ujian bertulis tetapi memberi peluang mengaplikasikan kemahiran
tertentu.

Penilaian autentik telah berubah daripada segi pendekatan, strategi, kaedah dan teknik
mengajar seterusnya strategi penilaian. Ia lebih memberi makna, menyeronokkan dan
mampu mengembangkan potensi pelajar ke tahap optimum.

Perkaitan antara Pentaksiran Autentik dan Penilaian Berasaskan Sekolah {PBS}.


Pentaksiran autentik ini meliputi pentaksiran dari pelbagai aspek merangkumi pengetahuan
pelajar, pemahaman mendalam, penyelesaian masalah, kemahiran sosial, sikap terhadap
persekitaran, dan simulasi terhadap situasi dunia sebenar. Dalam erti kata lain, pentaksiran
autentik ini juga merupakan suatu proses yang melibatkan pelbagai bentuk pengukuran
prestasi yang boleh mereflek tahap pembelajaran pelajar, kejayaan, motivasi dan sikap pada
aktiviti yang releven.
Menurut Grace, (1992), penilaian autentik ini merupakan amalan yang membabitkan kanakkanak secara realistik dalam menilai kemajuan mereka sendiri. Ia juga melibatkan
pentaksiran yang dilakukan secara berterusan. Realistik dan bermakna merupakan terma
yang sering digunakan dalam pentaksiran autentik.
Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan pentaksiran yang dikendalikan di sekolah
yang melibatkan peringkat sekolah yang melibatkan peringkat perancangan, pembinaan,
pentadbiran, peperiksaan dan laporan guru di sekolah yang membabitkan pihak-pihak
berkepentingan (stakeholder) seperti murid, ibu bapa, guru dan organisasi luar. Pentaksiran
Berasaskan Sekolah melibatkan proses mengumpul yang autentik dan boleh diharap oleh
guru secara formatif dan sumatif.
PBS secara formatif adalah bertujuan untuk memperbaiki pembelajaran (assessment for
learning) manakala PBS secara sumatif adalah untuk menilai tentang sejauh mana murid telah
menguasai apa yang dipelajari (assessment of learning). PBS yang dilaksanakan dengan
sempurna oleh guru akan dapat membantu murid mengatasi masalah pembelajaran yang telah
dikenal pasti pada peringkat awal lagi supaya kelemahan tersebut tidak terhimpun seterusnya.
Di samping itu kekuatan murid yang telah menguasai pula diperkukuh dan diperkaya.
Melalui aktiviti tindakan susulan yang berkesan guru dapat membantu murid meningkatkan
kemajuannya dalam pembelajaran
Secara kesimpulannya, Pentaksiran Autentik dan Pentaksiran Berasaskan Sekolah adalah satu
pentaksiran yang sama sebenarnya. Kedua-dua pentaksiran mempunyai banyak persamaan
iaitu kedua-dua pentaksiran menekankan kepada penilaian fomatif dan penilaian sumatif.
Melalui kedua-dua pentaksiran ia membantu guru menjadikan pentaksiran sebagai indikator
yang komprehensif mengenai kemampuan murid dan seberapa efektif kaedah yang diberikan
kepada murid yang dijalankan. Pentaksiran yang berkualiti akan menghasilkan maklumat
yang tepat dan menunjukkan keadaan sebenar tentang tahap pembelajaran murid. Maklumat
yang tepat boleh membantu pembuat danpenentu dasar melakukan perubahan bagi tujuan
meningkatkan pengajaran dan pembelajaran.

Rubrik Penskoran

Rubrik merupakan satu bentuk skema penskoran yang ditetapkan mengikut kriteria.
Ssekurang-kurangnya 2 tahap kriteria perlu ditetapkan seperti daripada menguasai dan tidak
menguasai. Kriteria ini digunakan untuk membuat rangking atau pemeringkatan terhadap
pencapaian murid. Rubrik terbahagi kepada dua iaitu rubrik analitik dan rubrik holistik.
Rubrik analitik merujuk kepada panduan pemarkahan yang selalunya digunakan
untuk pengujian formatif. Maklumat lebih terperinci. Guru dapat melihat
bidang (kriteria) yang dapat dikuasai oleh pelajar dengan baik dan bidang (kriteria) yang
memerlukan pembaikan. Ia menyediakan maklum balas sepanjang tempoh
pengukuran.Contoh pemarkahan bagi pendidikan seni menggambar. Terdapat markah atau
gred dan kriteria seperti penyediaan alat, pengwujudan idea, gubahan dan interpretasi.
Rubrik holistik selalunya digunakan di dalam pengujian sumatif untuk melihat kepada
pencapaian pelajar secara menyeluruh. Ia dapat membantu guru menyediakan markah yag
lebih cepat. Mengandungi kriteria dan kualiti untuk menilai keseluruhan hasil kerja
murid. Contohnya
Rubrik memberikan penerangan tentang ciri-ciri kerja murid dengan jelas. Rubrik hendaklah
dijadikan telus supaya murid boleh menganggar prestasinya. Kejelasan dan pemahaman
tentang rubrik dapat meningkatkan kesahan dan kebolehpercayaan.
Kebaikan penilaian berasaskan rubrik
i) Memberi gambaran yang lebih jelas tentang pencapaian yang dibuat
ii) Guru mampu mengkhususkan garis panduan yang diharapkan dalam setiap aspek sesuatu
projek
iii) Pemahaman murid/pelajar lebih jelas
iv) Mengurangkan tekanan pelajar dan guru
v) Membantu guru memfokuskan perhatian terhadap aspek tertentu dalam penilaian dan
memendekkan separuh masa penilaian pelajar.

Kepentingan Pentaksiran Autentik Dan Pentaksiran Performance Based

Menghendaki pelajar menggunakan pengetahuan dengan bermakna.

Menghendaki pelajar mahir menggunakan pelbagai kemahiran (contohnya,


penulisan,
penyelidikan, perdebatan, kemahiran komunikasi dan kemahiran berfikir
secara kritis)

Memberi pelajar peluang untuk memperbaiki dan melakukan penambahbaikan


melalui pemikiran kritis dari masa ke semasa dalam memperoleh kejayaaan pada masa
hadapan.

Merangsang pelajar menggunakan kombinasi kemahiran, pengetahuan, kemampuan


yang ada dalam dunia sebenar.

TUGASAN 2
1.0 DEFINISI
2.0 PERBEZAAN PENTAKSIRAN TRADISIONAL DAN AUTENTIK
3.0 ASAS TEORI PENTAKSIRAN AUTENTIK (KONSTRUKTIVISME)
4.0 PRINSIP PENTAKSIRAN AUTENTIK
5.0 CIRI-CIRI PENTAKSIRAN AUTENTIK
6.0 BENTUK-BENTUK PENTAKSIRAN AUTENTIK
7.0 RUBRIK HOLISTIK DAN ANALITIK
8.0 KELEBIHAN DAN KELEMAHAN PENTAKSIRAN AUTENTIK
9.0 PENTAKSIRAN AUTENTIK DALAM PBS
10.0 CONTOH-CONTOH PENTAKSIRAN AUTENTIK (VIDEO PENDIDIKAN KHAS & SEK MEN)
11.0 CONTOH-CONTOH PENTAKSIRAN AUTENTIK (VIDEO SEK. REN & PRA SEK)
1.0

DEFINISI

Pentaksiran merupakan satu episod dalam proses pembelajaran yang


merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan
menginterpretasi maklumat tentang pembelajaran seorang pelajar bagi sesuatu
tujuan. Pentaksiran dalam pendidikan di Malaysia ialah proses mendapatkan
maklumat tentang perkembangan individu serta keberkesanan pengajaran dan
pembelajaran dalam pembangunan dan pembentukan modal insan. Pentaksiran
terbahagi kepada beberapa jenis antaranya ialah pentaksiran autentik,
pentaksiranperformance based, pentaksiran dan hasil pembelajaran, pentaksiran
berbantukan komputer dan pentaksiran motivasi.
Menurut Pert (1990), pentaksiran autentik merupakan bentuk penilaian yang
berdasarkan pencapaian sebenar yang ditunjukkan oleh kanak-kanak di dalam bilik
darjah setiap hari. Pentaksiran autentik ini meliputi pentaksiran dari pelbagai aspek
merangkumi pengetahuan pelajar, pemahaman mendalam, penyelesaian masalah,
kemahiran sosial, sikap terhadap persekitaran dan simulasi terhadap situasi dunia
sebenar. Dalam erti kata lain, pentaksiran autentik ini juga merupakan suatu proses
yang melibatkan pelbagai bentuk pengukuran prestasi yang boleh mereflek tahap
pembelajaran pelajar, kejayaan, motivasi dan sikap pada aktiviti yang relevan.
Pentaksiran autentik juga dikenali sebagai penilaian alternatif.
Pentaksiran autentik juga didefinisikan sebagai pengevaluasian
pengetahuan atau keahlian pelajar dalam konteks yang mendekati dunia sebenar
atau kehidupan nyata sedekat mungkin. Menurut Rudner & Boston (1994),
pentaksiran
autentik
adalah
proses
yang
memerlukan
kanak-kanak
mendemonstrasikan pengetahuan, kemahiran dan strategi dengan memberi
maklum balas atau hasilan dalam konteks atau realiti yang bermakna.
Selain itu, menurut Grace di dalam buku Educational Assessment of Student
(1992), penilaian autentik ini merupakan amalan yang membabitkan kanak-kanak
secara realistik dalam menilai kemajuan mereka sendiri. Ia juga melibatkan
pentaksiran yang dilakukan secara berterusan. Realistik dan bermakna merupakan
terma yang sering digunakan dalam pentaksiran autentik. Pentaksiran autentik ini
menekankan kepada pengalaman terhadap dunia sebenar dalam kehidupan pelajar.

Ia juga bukan hanya melibatkan tahap kognitif di peringkat pengetahuan dan


pemahaman malah melibatkan tahap kognitif yang lebih tinggi iaitu peringkat
aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian.
Saptu & Said (2011) menjelaskan definisi pentaksiran autentik adalah ianya merujuk
kepada alternatif ke arah kepelbagaian ujian pencapaian yang standard. Menurut
Logsdon (2011), pentaksiran autentik mempunyai bentuk pentaksiran yang berbeza
di mana dapat menampung ketidakupayaan pelajar. Satu pentaksiran yang silih
berganti boleh mengurangkan kesan ketidakupayaan pelajar kepada keupayaan
untuk menunjukkan apa yang pelajar fahami. Pentaksiran autentik juga merupakan
penggunaan pendekatan bukan tradisional dalam menilai prestasi pelajar (Aurbach
& Associates, 2011).
Pentaksiran autentik secara umumnya ditakrifkan sebagai kaedah penilaian
yang merupakan alternatif selain pentaksiran tradisional seperti ujian pensel-kertas.
Pentaksiran autentik menghendaki pelajar untuk menunjukkan kemahiran dan
pengetahuan yang mana tidak dapat dinilai dengan menggunakan ujian yang
ditetapkan masa seperti pentaksiran sumatif. Ia bertujuan untuk mendedahkan
kemahiran pemikiran kritikal dan mentaksir pelajar dengan meminta pelajar untuk
menyelesaikan tugasan terbuka yang mengambil tempoh lebih daripada satu kelas
untuk melengkapkannya (Companies, 2011).
Jesteru itu, pentaksiran autentik adalah pentaksiran di mana pelajar
menghasilkan atau mencipta jawapan sendiri terhadap sesuatu persoalan, boleh
berbentuk esei atau lukisan, yang bertentangan dengan kaedah memilih daripada
jawapan yang telah diberikan, seperti yang lazimnya dilihat pada ujian aneka pilihan.
Pentaksiran autentik termasuk menjawab soalan pendek, esei, penilaian prestasi,
persembahan lisan, pameran, dan juga portfolio. Pentaksiran autentik ini
menyediakan peluang kepada pelajar untuk mengekspresikan diri secara kreatif
melalui pilihan pelajar sendiri. Pentaksiran autentik merupakan aktiviti pentaksiran
yang dijalankan tidak seperti pentaksiran yang menekankan konsep pensel-kertas
untuk menguji dan mengukur. Maka, pentaksiran autentik boleh dirujuk sebagai
pentaksiran formatif atau pentaksiran untuk pembelajaran.
Menurut Bailey (1998), pentaksiran tradisional adalah secara tidak langsung
tidak autentik, one-shot, speed-based , dan rujukan norma. Law & Eckes (1995)
menggariskan isu yang sama dan menyatakan bahawa pentaksiran tradisional
adalah ujian peristiwa tunggal (single-occasion)iaitu hanya mengukur apa yang
pelajar boleh lakukan pada suatu masa tertentu. Walau bagaimanapun, skor ujian
tidak dapat menunjukkan perkembangan pelajar tersebut. Selain itu, ia tidak dapat
menggambarkan kesukaran pelajar semasa melakukan ujian. Bailey (1998) juga

menyebut bahawa tiada maklum balas yang disediakan kepada pelajar dalam
pentaksiran ini. Law & Eckes (1995) menunjukkan kebanyakkan ujian yang seragam
mentaksir hanya kemahiran berfikir pelajar yang rendah. Manakala Dikli (2003)
menyatakan bahawa pentaksiran tradisional sering memberi tumpuan kepada
kemampuan hafalan dan melihat kembali pembelajaran, yang mana tahap
kemahiran kognitif yang lebih rendah. Sistem pentaksiran pada masa kini
berpandukan kurikulum yang hanya mencakupi kebolehan pelajar mengingat dan
kemahiran menghafal semata-mata. Kemahiran yang lain tidak diaplikasi, dianalisis,
disintesis dan dinilai dalam sesuatu penilaian ( Begum & Farooqui , 2008 ).
Sebaliknya pentaksiran autentik, mentaksir kemahiran berfikir yang lebih
tinggi. Pelajar mempunyai peluang untuk menunjukkan apa yang mereka belajar.
Pentaksiran autentik memberi tumpuan kepada perkembangan dan prestasi pelajar
tersebut iaitu, sekiranya seorang pelajar gagal untuk melaksanakan tugas yang
diberikan pada masa tertentu, pelajar tersebut masih mempunyai peluang untuk
menunjukkan kebolehan pada bila-bila masa yang berbeza dan keadaan yang
berbeza.
Pentaksiran autentik atau pentaksiran untuk pembelajaran adalah proses
pembelajaran secara berterusan. Pentaksiran autentik ini dijalankan untuk
memastikan setiap pelajar memahami dan dapat menterjemah kehendak tugasan.
Guru juga dapat menetukan apa yang boleh dibantu dalam meningkatkan prestasi
pelajar. Pentaksiran yang bersifat autentik adalah pentaksiran kerja kursus atau
portfolio, projek, persembahan, aktiviti jasmani, kokurikulum, sahsiah, budi pekerti
dan pembinaan jati diri pelajar dapat dilaksanakan, malahan proses pembinaan
modal insan yang holistik dapat juga diteruskan sejajar dengan saranan Timbalan
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin (Khan, 2009).
Penilaian autentik
adalah satu bentuk penilaian di mana pelajar diminta
untuk melaksanakan tugas-tugas dalam
dunia
sebenar yang
menunjukkan penggunaan pengetahuan dan kemahiran yang penting. ( Mueller,
2014 ).
Penilaian autentik adalah sesuatu yang diuji untuk menunjukkankemahiran dan
kecekapan tertentu untuk menunjukkan sama ada telah menguasai kemahiran serta
pengetahuan tersebut. (Stiggins, 1987)
Penilaian autentik juga dikenali sebagai penilaian alternatif dan penilaian prestasi
dan seringkali digunakan seiring. Penilaian autentik bermaksud penilaian prestasi
yang memerlukan pelajar untuk menjana idea dan bukannya memilih jawapan yang
telah tersedia. (Worten, 1993).

Menurut perspektif ahli falsafah pendidikan menyatakan bahawa Penilaian Autentik


bermaksud tugasan pelajar yang berbentuk amali yang berkaitan dengan pelajaran
agar penilaian boleh dibuat daripada hasil tugasan tersebut. (Burke, 2005)
Bagi lebih jelas, di bawah terdapat beberapa takrif daripada pakar dalam bidang itu
untuk menggambarkan penilaian autentik dengan lebih jelas.
1) Kaedah yang menekankan pembelajaran dan pemikiran, kemahiran berfikir aras
tinggi terutamanya seperti strategi menyelesaikan masalah. (Collin)
2) Tugasan yang memberi tumpuan kepada keupayaan pelajar untuk menghasilkan
produk yang berkualiti atau prestasi tinggi. (Wiggins)
3) Tugasan yang bermakna di mana pelajar perlu belajar dengan cara cemerlang.
(Wiggins)
4) Cabaran yang memerlukan pengetahuan dalam penggunaan yang baik dan
pertimbangan yang baik. (Wiggins)
5) Penglibatan aktif pelajar untuk merungkai tugasan berdasarkan standard.
(Wiggins)
2.0 PERBEZAAN PENTAKSIRAN AUTENTIK DAN TRADISIONAL
BIL
AUTENTIK
TRADISIONAL
1.

Berpusatkan murid

2.

Pelbagai jenis pentaksiran (esei, potfolio, Kaedah pentaksiran secara Ujian Bertulis,
eksperimen, persembahan, pameran)
Ujian Lisan

3.

Tidak menunjukkan keadaan sebenar apa


Murid mengalami situasi sebenar dalam
sesuatu perkara/ujian.
yang murid tahu.

4.

Penilaian akan memimpin kurikulum. Kurikulum memacu pentaksiran

5.

Murid
menganalis,
sintesis
dan
Murid akan mengingat kembali fakta atau
menggunakan apa yang diperolehi
idea yang diperoleh dalam sesuatu ujian.
dalam skop yang lebih luas

6.

Soalan adalah secara terus tanpa


Soalan adalah bertumpu kepada aras
memerlukan pemikiran yang kompleks
tinggi.

7.

Pentaksiran berterusan dari semasa


ke semasa
Kriteria pemarkahan ditentukan,
rubrik disediakan untuk mencapai
keputusan yang terbaik
Murid lebih aktif dan terlebih secara
langsung dalam aktiviti.
Bukti pencapaian murid secara
langsung
Lebih kepada kaedah membina dan
mengaplikasi.

8.
9.
10.
11.

Berpusatkan guru

Beroreintasikan peperiksaan, jadual.


Pencapaian ditentukan melalui gred
Murid pasif dan mengikut arahan yang
ditetapkan.
Bukti pencapaian murid secara tidak
langsung
Lebih kepada kaedah menghafal dan
mengenalpasti.

12.
13.

Penilaian secara konteks kehidupan


sebenar
Pelajar perlu melakukan tugasan

Penilaian kepada konteks yang


terkawal
Pelajar memilih respon / ayat pendek

14.

Penilaian holistik dan bersepadu

Berfokuskan pencapaian kognitif

15.

Penilaian semasa proses


pembelajaran dan produk akhir
Guru dapat merancang pengajaran
berdasarkan kecenderungan dan
keupayaan pelajar.

Penilaian berasaskan produk/hasil


akhir
Kebolehan dan kecendurangan murid
tidak dapat dikenalpasti secara
langsung.

16.

3.0 ASAS TEORI PENTAKSIRAN AUTENTIK (KONSTRUKTIVISME)


PERKAITAN TEORI PEMBELAJARAN KONSTRUKTIVISME DENGAN
PENTAKSIRAN AUTENTIK
Konsep pembelajaran konstruktivisme berkaitan dengan bagaimana manusia
memperoleh ilmu . Pelbagai cara murid mendapatkan ilmu. Ia termasuklah melalui
didikan yang diterima oleh ibu bapa dan ahli keluarga, proses pembelajaran di
sekolah dan segala yang dilihat oleh mereka.
Seterusnya murid membina sendiri pengetahuan atau konsep secara aktif
berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada tersebut. Pengalaman sedia
ada murid termasuklah bagaimana mereka menjalani kehidupan dalam keluarga
dalam kelompok keluarga, di sekeliling rumah, di sekolah dan dalam komuniti
setempat. Kemudian murid akan menyesuaikan pengetahuan yang diterima dengan
pengetahuan sedia untuk membina pengetahuan baru dan dapat digunakan dalam
aktiviti seharian atau pada masa akan datang.
Perkaitan Penilaian Autentik dengan Teori Konstruktivisme amat jelas. Perkaitan
berdasarkan definisi iaitu Penilaian Autentik melibatkan penilaian pencapaian
sebenar(realistik) & bermakna. Pelbagai bentuk pengukuran prestasi bagi mereflek
tahap penguasaan pelajar. Teori pembelajaran konstruktivisme sebagaimana
diterangkan di atas merupakan teori tentang bagaimana manusia belajar. Meneliti
bagaimana manusia membina kefahaman & pengetahuan-melalui pengalaman
pembelajaran-membuat refleksi.
Dari segi prinsip asas pula Penilaian Autentik berdasarkan kurikulum dan
mengaplikasi dengan Integrasi kandungan instruksional. Teori Pembelajaran
Konstruktivisme melihat kepada Model 4 fasa iaitu mencungkil idea, menstruktur
semula idea, mengaplikasi idea dan membuat refleksi.
Manakala dari segi tujuan Penilaian Autentik bertujuan ntuk mentafsir hasil
pembelajaran, proses dan objektif yang ingin dicapai. Dan Teori Pembelajaran

Konstruktivisme untuk menilai input, proses dan kualiti produk dan menilai
tugasan pelajar.
Format dan bentuk penilaian pula bagi
Penilaian Autentik
bersifat
Holistik,menggunakan rubrik yang dirancang bersesuaian dengan kemahiran yang
ingin diuji. Serta mengandungi pemarkahan dan open-minded . Sebagai contoh
penilaian projek, penilaian portfolio, penulisan esei. Ini bersesuaian dengan Teori
Pembelajaran Konstruktivisme yang dilakukan secara berterusan, secara holistik
dan autentik seperti aktiviti berkaitan penyelesaian masalah, koperatif,inkuri
penemuan dan eksperimen.
PERKAITAN TEORI BEHAVIOURISME DENGAN PENTAKSIRAN AUTENTIK
Pembelajaran sebagai perubahan tingkah laku kekal yang dihasilkan daripada
pengalaman atau latihan
~ Williams & Anandam (1973)
Teori pembelajaran behaviorisme mengatakan bahawa pembelajaran merupakan
satu proses pelaziman,dimana hubungan diantara rangsangan luar dengan tindak
balas dapat dibina untuk menghasilkan perubahan tingkahlaku yang kekal.Tokohtokoh mazhab behaviorisme adalah seperti Pavlov,Thorndike dan Skinner. Mereka
berpendapat bahawa pembelajaran merupakan suatu tingkah laku yang boleh
diperhatikan,dikawal dan diramal.
Menurut perspektif behaviourisme,pembelajaran hanya bermula apabila wujudnya
tindak balas terhadap suatu rangsangan yang diberi. Proses pembelajaran akan
diteruskan jika terdapat motivasi ekstrinsik yang sesuai sama ada peneguhan positif
atau peneguhan negatif. Pembelajaran akan berakhir apabila perubahan tingkah
laku dapat dibentuk dan dikekalkan.Teori behaviourisme merupakan satu
pendekatan pemikiran yang menekankan peranan pengalaman dalam mengawal
tingkah laku. Antara matlamat yang utama pemikiran ini ialah untuk menentukan
hukum-hukum atau prinsip-prinsip yang mengawal pembelajaran.
Secara amnya,sumbangan pemikiran ahli behaviourisme terbahagi kepada 2
kategori iaitu pelaziman klasik-Ivan Pavlov dan J.B Watson dan pelaziman operanThorndike dan B.F.Skinner.
HUKUM LATIHAN
Perkaitan antara rangsangan dan gerak balas bertambah kukuh jika terdapat latihan
(contoh dalam pentaksiran ialah pengulangan dalam ujian akan menyebabkan murid
dapat memahami dengan lebih mendalam)
HUKUM KESAN
Ikatan antara rangsangan dan gerak balas akan bertambah kukuh jika terdapat
kesan yang memuaskan iaitu ganjaran seperti pujian dan hadiah selepas sesuatu
gerak balas yang dihasilkan.Ikatan akan menjadi lemah sekiranya gerak balas diikuti
sesuatu yang tidak menyenangkan.

HUKUM KESEDIAAN
Sesuatu ganjaran itu akan berkesan hanya jika ada kesanggupan untuk
menerimanya secara psikologi.
HUKUMAN
Akan melemahkan kekerapan gerak balas. Terdapat dua jenis hukuman iaitu
Dendaan dikenakan ke atas sesuautu gerak balas menyebabkan gerak balas
akan dihentikan atau kekerapan menurun.
Sekatan daripadaa sesuaut yang disukai disebabkan sesuatu gerak balas
yang tidak disenangi
Teori Behaviorisme menumpukan perhatian kepada faktor persekitaran sebagai
faktor yang mempengaruhi tingkah laku. Ahli-ahli behavioris melihat perhubungan
antara persekitaran dengan tingkah laku dan kemudiannya menggunakan konsep
peneguhan dan dendaan untuk menjelaskan mengapa sesetengah tingkah laku itu
wujud atau tidak wujud. Mereka berpendapat kecenderungan-kecenderungan
tingkah laku termasuk trait-trait, bakat, nilai-nilai, kepercayaankepercayaan,
aspirasi dan lain-lain adalah dipelajari.
Antara andaian ahli behaviorisme ialah tingkah laku boleh diukur, diperhatikan dan
dianalisa dengan melihat gerak balas individu. Gerak balas bergantung kepada
peneguhan dan dendaan. Matlamat behavioris ialah melihat kaitan rangsangan
dengan gerak balas dan melihat bagaimana gerak balas ini boleh dikawal melalui
ganjaran dan dendaan. Ahli-ahli behaviorisme menggunakan konsep pelaziman
klasik dan pelaziman operan apabila menjelaskan proses pembelajaran
Satu aspek penting dalam memastikan keberkesanan pentaksiran untuk membantu
pengajaran dan pembelajaran ialah penggunaan maklumat pentaksiran oleh guru
untuk memberi respon atau maklum balas yang sesuai dan berguna kepada murid.
Maklum balas guru yang merujuk kepada pernyataan standard dan kriteria yang
jelas boleh disampaikan dalam bentuk pujian, teguran dan nasihat. Selain
pengakuan guru sama ada hasil kerja murid itu boleh dikatakan baik, perlu dibaiki,
ada kemajuan atau sebagainya, murid perlu diberitahu kenapa kerja atau prestasi
mereka dinilai sedemikian. Murid juga perlu diberitahu apakah langkah-langkah yang
boleh dilakukan untuk menambah baik prestasi mereka.
Maklum balas yang berkesan ialah apabila guru memberi maklum balas yang tepat
tentang kekuatan, kesilapan, apa yang perlu diperbaiki, bagaimana untuk
memperbaiki dan bagaimana untuk membuat lebih baik. Maklum balas yang
diberikan dalam bentuk maklumat yang memberi makna (bukan dalam bentuk gred
semata-mata) boleh membantu murid lebih memahami tujuan dan perkembangan
pembelajaran mereka. Keadaan inilah yang memberi motivasi kepada murid untuk
mencuba lagi bagi meningkatkan prestasi mereka di masa akan datang. Maklum

balas yang segera, konstruktif dan tidak menggerunkan juga membuat mereka lebih
teruja untuk dinilai semula untuk mengetahui perkembangan mereka seterusnya.
4.0 PRINSIP PENTAKSIRAN AUTENTIK
Prinsip-prinsip Pentaksiran
Prinsip-prinsip pentaksiran adalah berkaitan antara satu sama lain. Contohnya
instrumen yang disediakan hendaklah sesuai dengan kumpulan murid yang ditaksir.
Ini adalah sangat penting kerana aras kognitif murid-murid adalah berbeza mengikut
tahun persekolahan. Oleh yang demikian, adalah amat tidak relevan sekiranya
kertas soalan tahun 5 diberikan kepada murid-murid tahun 3 dan sebagainya.

Instrumen merupakan prinsip pentaksiran yang pertama. Ini disebabkan oleh,


pentaksiran tidak dapat dijalankan tanpa satu instrument atau pun satu alat untuk
menguji pencapaian dan pemahaman murid. Instrumen yang digunakan dalam
pentaksiran Bahasa Melayu adalah satu set kertas soalan yang telah disediakan
berdasarkan kepada Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) yang lengkap dan mencakupi
semua
kemahiran
yang
hendak
diuji.
Prinsip pentaksiran yang kedua ialah kumpulan yang ditaksir. Kumpulan yang
ditaksir merujuk kepada kumpulan murid-murid yang hendak diuji. Kumpulan yang
ditaksir ini perlu ditentukan dahulu dari segi tahun persekolahan mereka dan skop
pengetahuan mereka. Ini adalah sangat penting supaya instumen yang disediakan
adalah relevan dan menepati tujuan pentaksiran. Contohnya, sila rujuk situasi 1 di
bawah.
Prinsip pentaksiran yang keempat ialah kumpulan yang mentaksir. Kumpulan yang
mentaksir biasanya merujuk kepada guru-guru yang menyemak skrip jawapan dan
juga mereka yang menganalisis skrip jawapan atau pun respons-respons yang telah
diberikan oleh murid-murid. Sebaik-baiknya, kumpulan guru yang mentaksir skrip
jawapan ini terdiri daripada guru-guru neutral iaitu guru-guru yang tidak mengenali
kumpulan murid yang ditaksir. Dengan ini baru lah skor yang diperolehi itu adalah
lebih tepat dan menggambarkan keupayaan dan tahap penguasaan murid-murid
yang
sebenar.
Prinsip pentaksiran yang terakhir ialah skor. Skor merupakan data numerik yang
diperolehi daripada analisis respons-respons yang diberikan oleh murid-murid.
Dengan kata lain, hasil pentaksiran dinyatakan dalam bentuk skor. Daripada skor
inilah guru dapat mengetahui pencapaian dan tahap penguasaan murid terhadap
satu-satu kemahiran atau tajuk pelajaran. Skor ini juga digunakan oleh guru-guru
untuk menganalisis secara lebih terperinci tentang pencapaian dan tahap
penguasaan murid-murid.

Lembaga Peperiksaan membekalkan format dan tugasan pentaksiran.


Tugasan berbeza setiap tahun.
Dilaksana di sekolah.
Tempoh masa pelaksanaan ditetapkan bagi mata pelajaran terpilih

dari kumpulan mata pelajaran teras dan wajib.


Ditaksiroleh guru matapelajaran.
Skor
berdasarkan
Standard
Prestasi

Lembaga Peperiksaan.
Pemantauan dan

dilaksanakan bagi menjamin kualiti dan standard.


Pelaporan Pentaksiran Pusat dan Pentaksiran Sekolah digabungkan

penyelarasan

peringkat

yang

dikeluarkan

dalaman

dan

oleh
luaran

akhir tahun persekolahan rendah dan menengah rendah.


Menurut Ratcliff (1995) dan Reynolds (1982), menyatakan bahawa lebih muda
usia kanak-kanak itu, maka lebih cenderung untuk mereka membuat kesilapan
disebabkan kekeliruan atau kegusaran akibat suasana ujian. Secara tidak langsung
ini menjadikan keputusan serta kebolehgunaan sesuatu penilaian itu diragui.Di
samping itu, ramai pendidik merasakan ujian bertulis tidak menepati garis panduan
Amalan Bersesuaian Perkembangan (Bredekamp dll., 1992; Katz, 1997; Meisels,
1995; Mindes, Ireton & Mardell-Czudnowski, 1995).Walaupun ujian bertulis didapati
dapat meramalkan pencapaian kanak-kanak di prasekolah dan di tahap awal
pendidikan formal, penilaian seumpama ini dirasakan tidak betul-betul memenuhi
kehendak dan tujuan pentaksiran diadakan dalam pendidikan awal kanakkanak.Untuk itu, konsep pentaksiran autentik telah diunjurkan.

Situasi 1
"Cikgu Rahman ingin menjalankan pentaksiran terhadap murid-muridnya. Terlebih
dahulu Cikgu Rahman menentukan tahun persekolahan murid-muridnya iaitu tahun
4. Selain menentukan tahun persekolahan murid-muridnya, beliau juga perlu
menetapkan skop pengetahuan murid-muridnya iaitu apakah tajuk-tajuk yang telah
disampaikan dan apakah kemahiran-kemahiran yang sepatutnya telah dikuasai oleh
mereka untuk suatu tempoh persekolahan (pertengahan semester, satu semester,
setelah satu kemahiran dan sebagainya)."
Prinsip pentaksiran yang ketiga ialah respons. Respons merujuk kepada hasil
pengujian iaitu jawapan-jawapan yang telah diberikan oleh murid-murid di dalam
kertas ujian mereka. Respons-respons murid memainkan peranan yang sangat
penting di dalam pentaksiran kerana respons-respons ini mengandungi data-data
atau pun maklumat-maklumat tentang pencapaian murid-murid untuk suatu tempoh

persekolahan; penguasaan murid-murid tentang satu-satu tajuk atau kemahiran; dan


juga keberkesanan strategi yang digunakan oleh guru.
Prinsip-prinsip Pentaksiran Pusat di peringkat rendah dan menengah rendah adalah:
5.0 CIRI-CIRI PENTAKSIRAN AUTENTIK
CIRI-CIRI PENTAKSIRAN AUTENTIK
Pentaksiran autentik merupakan cara untuk mengetahui apa yang pelajar tahu dan
bertujuan untuk melaporkan perkembangan pelajar dan pengajaran terurus
dikatakan sebagai satu alternatif kepada ujian tradisional.
Ciri-cirinya pentaksiran autentik ialah:
1. Berorientasikan proses
Membantu menunjukkan bagaimana murid dapat meningkatkan diri dan bukan
hanya berdasarkan kedudukan sedia ada.
2. Bersifat dua hala
Guru dan murid mengambil tanggungjawab bersama, banyak perspektif diambil
kira dalam penilaian yang dijalankan
3. Bersistematik
Merujuk kepada kriteria yang ditetapkan
4. Bersifat autentik
Berdasarkan aktiviti bilik darjah yang sebenar.
5. Bersifat ujian terbuka
Lebih dinamik dan fleksibel
Ciri-ciri pentaksiran autentik menurut pandangan Wiggins, G
1. Berstruktur dan logistik
Lebih sesuai untuk orang awam kerana melibatkan pendengar, barisan panel dan
sebagainya.
Tidak dipengaruhi oleh kekangan masa yang tidak realistik sewenang-wenangnya.
Mengemukakan tugasan atau soalan yang diketahui dan bukan rahsia.
Lebih berbentuk portfolio
Memerlukan kolaborasi dengan orang lain
Berulang-ulang dan sesuai digunakan untuk latihan atau raptai
Menjalankan penilaian dan memberi maklum balas kepada pelajar supaya jadual
sekolah, struktur dan polisi dapat diubahsuai untuk menyokong mereka.
2. Berbentuk intelektual
Penting iaitu tidak sewenang-wenangnya dibuat untuk mendapatkan gred.
Bersifat memudahkan kerana dibentuk untuk membimbing pelajar ke arah
penggunaan pengetahuan dan kemahiran yang canggih.
Bersifat kontekstual dan menguji minda
Melibatkan kajian dan penggunaan pengetahuan pelajar di mana kandungan
adalah makna

Menilai tabiat dan koleksi pelajar dan tidak hanya menguji kemahiran yang dibekal.
Bersifat mencabar iaitu diwujudkan untuk kajian secara mendalam
Menawan dan bersifat pendidikan
Melibatkan tugasan atau masalah yang samar-samar
3. Standard penskoran
Melibatkan kriteria yang menilai kepentingan
Digunakan untuk menunjukkan standard prestasi iaitu ujian rujukan kriteria dan
bukan ujian rujukan norma
Membolehkan penilaian kendiri sebagai sebahagian daripada penilaian.
Menggunakan sistem penskoran pelbagai aspek untuk menggantikan gred
agregat.
4. Keadilan dan kesamarataan
Mencungkil dan mengenal pasti kekuatan yang terpendam.
Mendapatkan keseimbangan yang berterusan antara pencapaian dan kemahiran
sebelum latihan.
Mengurangkan perbandingan yang tidak adil.
Membolehkan pelajar menggunakan gaya pembelajaran dan minat tersendiri.
Ciri-ciri tugasan autentik merangkumi:
1. Tugasan autentik hendaklah relevan dengan dunia sebenar.
Penyediaan aktiviti yang bersesuaian dalam tugasan seperti dalam profesion
sebenar yang lebih tepat berbanding dengan aktiviti dalam kelas biasa dan tidak
konteks.
2. Tugasan autentik adalah terbuka (ill- defined), memerlukan pelajar mengenal
pasti sub-sub tugas yang diperlukan dalam menyelesaikan satu aktiviti.
Penyelesaian masalah dalam tugasan yang diberikan bersifat terbuka kepada
pelbagai anggapan dan kaedah, adalah lebih baik daripada mudah diselesaikan
dengan penggunaan satu algoritma yang telah ditetapkan atau satu jenis
penyelesaian yang sedia ada.
3. Tugasan autentik mengandungi tugasan yang kompleks untuk dikaji oleh
pelajar dalam tempoh masa atau jangka masa yang lebih panjang.
Tugasan yang disiapkan dalam beberapa hari, minggu dan bulan adalah lebih baik
daripada beberapa minit dan jam, memerlukan kajian atau penyiasatan yang lebih
bermakna iaitu masa yang signifikan dan sumber yang benar dan berintelek.
4. Tugasan autentik memberi peluang kepada pelajar untuk mengenal pasti dan
mengkaji tugasan daripada pelbagai perspektif serta menggunakan pelbagai
sumber.
Tugasan autentik menyediakan peluang kepada pelajar untuk mengenal pasti
penyelesaian masalah daripada pelbagai perspektif sama ada dari segi teoritikal dan
praktikal, lebih baik daripada hanya merujuk kepada satu perspektif di mana pelajar
perlu meniru untuk berjaya. Penggunaan sumber yang pelbagai lebih baik daripada
rujukan yang terhad bagi membolehkan pelajar mengakses dan mengenal pasti
maklumat yang relevan sahaja daripada timbunan informasi yang tidak relevan.
5. Tugasan autentik memberi peluang kepada pelajar untuk berkolaborasi.

Bekerjasama dan berkolaborasi adalah perlu dalam tugasan sama ada ketika dalam
mengikuti kursus mahupun ketika di situasi dunia sebenar. Ia lebih baik daripada
pencapaian kejayaan secara individu.
6. Tugasan autentik memberi peluang untuk refleksi
Aktiviti yang disediakan memberi peluang kepada pelajar membuat pilihan dan
refleksi semula ke atas pembelajaran mereka sama ada secara individu ataupun
sosial.
7. Tugasan autentik boleh diintegrasikan dan diaplikasikan meretas displin
subjek dan mampu menjangkau lebih dari yang telah dispesifikasikan
Aktiviti menggalakkan perspektif dari pelbagai displin dan membenarkan pelbagai
peranan serta kemahiran
8. Tugasan autentik adalah integrasi menyeluruh bersama dengan penilaian
Penilaian aktiviti adalah secara integrasi menyeluruh dengan tugasan yang lebih
besar berkaitan dengan dunia sebenar atau realistik iaitu lebih baik daripada
penilaian andaian atau anggapan menggantikan aktiviti sebenar yang berlaku.
9. Tugasan autentik menghasilkan produk yang lebih bernilai dan bermakna
dengan cara yang tersendiri, lebih baik daripada penghasilan hanya untuk
memenuhi persediaan sesuatu
Aktiviti yang berakhir dengan produk akhir yang mempunyai makna atau berguna,
lebih baik daripada penghasilan sesuatu produk sebagai latihan sahaja atau
langkah-langkah penyediaan sesuatu.
10. Tugasan autentik membenarkan penyelesaian yang bersaing dan
kepelbagaian hasil
Aktiviti ini membenarkan kepelbagaian hasil penyelesaian iaitu secara terbuka yang
semula jadi lebih baik daripada satu sahaja langkah penyelesaian atau satu sahaja
tindak balas benar yang dihasilkan daripada satu aplikasi peraturan atau prosedur
tertentu.
Ciri-ciri pentaksiran autentik murid prasekolah
Pentaksiran prasekolah bertujuan untuk membantu pembelajaran. Ciri-ciri utama
pentaksiran autentik prasekolah adalah seperti berikut:
1. Mengambil kira psikologi dan sifat semula jadi kanak-kanak.
2. Lebih mementingkan proses
3. Dijalankan secara tidak langsung, semula jadi, tidak formal dan dalam keadaan yang
tenang.
4. Dijalankan secara berterusan
5. Tidak membanding dan melabelkan murid
6. Bersifat diagnostik iaitu bertujuan mengenal pasti kekuatan, kelemahan dan
keperluan.
7. Berfokus kepada tahap perkembangan murid.
8. Tugasan pentaksiran menyerupai situasi dan pengalaman murid.
9. Menepati standard pentaksiran yang ditentukan dalam dokumen Kurikulum Standard
Prasekolah Kebangsaan.

6.0 BENTUK-BENTUK PENTAKSIRAN AUTENTIK


Bentuk-bentuk Pentaksiran Autentik
Pentaksiran prestasi melalui pemerhatian guru
-

Sesuatu untuk mentafsir sikap, tingkah laku dan tindakan pelajar semasa proses
pembelajaran berlaku.
Instrumen yang diperlukan bagi pentaksiran prestasi ialah senarai semak dan skala
kedudukan (rubric holistik atau rubric analitikal)

Persidangan
-

Mendemonstrasikan hasil karya dalam pameran atau persidangan seperti di


Pameran Sains dan Pertunjukan Seni.

Pentaksiran Kendiri
-

Pelajar menilai diri sendiri.

Pentaksiran Rakan Sebaya


-

Memepersembahkan karya tulisan asli kepada rakan sebaya dan mendapatkan


maklum balas dari mereka.

Pentaksiran Kerja Kursus/Portfolio


-

Portfolio merupakan satu koleksi hasil kerja pelajar yang telah dipilih dan ditentukan
secara spesifik untuk melihat perkembangan pelajar dan memberi peluang yang
besar kepada mereka untuk meningkatkan kemahiran pentaksiran kendiri (Mueller,
2004)
Portfolio merupakan koleksi evidens yang tersusun dan sistematik, digunakan oleh
guru dan pelajar bagi memantau perkembangan pengetahuan, kemahiran dan sikap
pelajar dalam bidang pembelajaran yang spesifik. (Vavrus, 1990).

Portfolio boleh dibahagikan kepada tiga jenis berdasarkan tujuan ia dihasilkan iaitu:
1. Portfolio Perkembangan (Growth Portfolios)
- Dihasilkan untuk menunjukkan perkembangan atau perubahan yang berlaku
sepanjang masa, membantu pelajar membina kemahiran proses seperti penilaian

kendiri dan penetapan matlamat, mengenal pasti kekuatan serta kelemahan, dan
mengesan pembangunan produk atau prestasi.
2. Portfolio Showcase (Showcase Portfolio)
- Digunakan untuk melihat pencapaian pelajar pada hujung tahun atau semester,
membantu dalam menyediakan sampel hasil kerja terbaik untuk tujuan pekerjaan
atau kemasukan ke kolej, melihat persepsi pelajar dari segi kerja yang mereka
gemari, terbaik dan paling penting serta mengkomunikasikan kebolehan semasa
pelajar kepada bakal guru mereka.
3. Portfolio Penilaian (Evaluation Portfolios)
- Direka untuk mendokumentasikan pencapaian pelajar bagi tujuan menentukan
gred, mendokumentasikan kemajuan pelajar berdasarkan standard yang ditetapkan
serta menempatkan pelajar sewajarnya.
- Dalam merekabentuk tugasan berbentuk portfolio, beberapa persoalan perlu
dikemukakan sebagai panduan kepada pelajar.
- Antara persoalan tersebut adalah:
1.
2.
3.

Tujuan
Audien
Kandungan

4.

Proses

5.

Pengurusan

6.

Komunikasi

7.

Penilaian

: Apakah tujuan portfolio dihasilkan?


: Untuk siapakah portfolio tersebut dihasilkan?
: Apakah sampel hasil kerja pelajar yang perlu
dimasukkan?
: Apakah proses yang terlibat dalam menghasilkan
portfolio?
: Bagaimanakah masa dan bahan diuruskan dalam
penghasilan portfolio?
: Bagaimana dan bila portfolio akan dikongsi bersama
audien?
: Sekiranya portfolio digunakan untuk tujuan penilaian,
bila dan bagaimana ia akan dinilai?

7.0 RUBRIK HOLISTIK DAN ANALITIK


1.0

RUBRIK DALAM PENTAKSIRAN AUTENTIK


1.1

Pengenalan

Secara amnya, pentaksiran dapat didefinisikan sebagai suatu proses pembelajaran


yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan
menterjemah maklumat tentang pembelajaran seseorang murid bagi sesuatu tujuan
tertentu (Lembaga Peperiksaan Malaysia, 2000). Selain daripada itu juga,
pentaksiran juga dapat disama ertikan dengan proses pembelajaran yang
merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan
menginterprestasi meklumat tentang pembelajaran seseorang pelajar bagi sesuatu
tujuan. Oleh itu, maklumat hasil pentaksiran akan dirujuk untuk memperbaiki
kelemahan murid dan meningkatkan pencapaiannya. Pentaksiran yang dibuat
adalah mengikut peringkat kebolehan dan standard perkembangan murid tersebut.
Walau bagaimanapun, pentaksiran juga memerlukan pengumpulan bukti dan
data pencapaian murid dalam satu tempoh masa untuk mentaksir pembelajaran dan
pemahamannya. Bukti dan data ini dapat diambil dalam bentuk dialog, lembaran
kerja, portfolio dan beberapa jenis ujian seperti ujian diagnosis. Pentaksiran
bertujuan bagi mendapatkan gambaran tentang prestasi seseorang dalam
pembelajaran.Selain itu juga, melalui pentaksiran guru dapat menilai aktiviti yang
dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran. Dengan adanya pelaksanaan
pentaksiran ini, guru boleh mendapatkan maklumat secara berterusan tentang
pengajaran dan pembelajaran yang telah dilaksanakan. Walau bagaimanapun, guru
juga harus peka terhadap pengajaran yang disampaikan kerana dengan
pelaksanaan pentaksiran ini, guru boleh memperbaiki kekurangan proses
pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan.
Menurut Dunn (1991) dalam Mohd. Salleh Abu & Zaidatun Tasir (2001),
pentaksiran ialah satu proses pengumpulan maklumat oleh guru tentang pelajarnya
dan oleh murid sendiri tentang kemajuan mereka. Dalam Kurikulum Bersepadu
(Kementerian Pendidikan Malaysia, 1998) pentaksiran ialah proses untuk mengesan
perkembangan, kebolehan, kemajuan, dan pencapaian pelajar secara menyeluruh
berasaskan matlamat kurikulum. Menurut Noraini Idris (2010), pentaksiran dirancang
dan dikendalikan oleh guru dan menjadi sebahagian daripada proses pengajaran
yang diharapkan dapat memperbaiki proses pembelajaran pelajar. Pentaksiran
dilaksanakan secara berterusan yang bersifat formatif melibatkan guru sepenuhnya
dan memberi peluang kepada murid untuk menunjukkan penguasaan mereka dalam
kemahiran yang dipelajari, yang tidak boleh ditaksir melalui ujian bertulis. Kaedah
pentaksiran ini juga amat sesuai digunakan untuk mentaksir kemahiran murid.
Justeru itu, pentaksiran yang dilaksanakan di sekolah amat penting untuk
menentukan keberkesanan guru dan pihak sekolah dalam usaha menghasilkan
insan yang harmoni dan seimbang yang menuntut komitmen yang tinggi serta hala
tuju yang jelas daripada guru dan pihak sekolah dalam usaha untuk
memperkembangkan potensi setiap murid ke tahap yang maksimum.

1.2

Pengertian Penilaian Rubrik

Rubrik merupakan salah satu sistem pemarkahan yang digunakan oleh guru guru.
Sistem ini berfungsi sebagai penunjuk (indicator)yang diperlukan untuk menilai tahap
pencapaian pelajar berdasarkan kepada kriteria yang jelas dan khusus. Penaksiran
secara subjektif dijalankan berdasarkan set kualiti yang dihasilkan dengan merujuk
kepada objektif pembelajaran. Kualiti dan tahap pencapaian pelajar ditaksirkan oleh
guru berdasarkan tugasan yang diberikan seperti tugasan bertulis, projek dan amali.
Rubrik juga adalah alat penilaian untuk penilaian subjektif. Ini adalah satu set
kriteria dan standard yang berkaitan dengan tujuan pembelajaran yang digunakan
untuk menilai prestasi pelajar pada kertas, projek, esei, dan tugas yang lain. Rubrik
membolehkan penilaian standard sesuai dengan kriteria tertentu, membuat penilaian
lebih sederhana dan lebih telus. Ini juga merupakan usaha untuk menggambarkan
kriteria penilaian yang konsisten untuk grading. Oleh sebab, kriteria umum, rubrik
membolehkan guru dan pelajar sama-sama untuk menilai kriteria, yang boleh rumit
dan subjektif. Rubrik juga menyediakan asas untuk penilaian diri, refleksi, dan peer
review. Hal ini bertujuan untuk penilaian yang tepat dan adil, mendorong pengertian
dan menunjukkan cara untuk meneruskan dengan belajar seterusnya
mengajar. Selain itu, rubrik merupakan panduan penilaian yang menggambarkan
kriteria yang diinginkan guru dalam menilai atau memberi tingkatan dari hasil
tugasan individu. Tujuan dari penilaian rubrik adalah diharapkan secara jelas
memahami dasar penilaian yang akan digunakan untuk mengukur suatu tugas.
Rubrik dapat memberi panduan dan mampu menjadi pendorong atau motivasi bagi
individu.
1.3 Ciri-ciri rubrik yang baik
Rubrik yang mudah digunakan
Huraian maklumat berkenaan segala maklumat penskoran dinyatakan dengan
mudah dan jelas untuk dirujuk
Diskripsi tugasan yang jelas
Penjelasan kualiti bagi setiap kriteria dinyatakan dengan terperinci
Penggunaan bahasa yang jelas
Membantu dalam tujuan permarkahan
Mudah membezakan tahap kualiti respon calon
Ciri-ciri umum berikut rubrik dapat dibezakan, menurut Bernie Dodge dan Nancy
Pickett (2007), tumpuan pada pengukuran tujuan lain (prestasi, perilaku, atau kualiti)

Menggunakan rentang untuk menilai prestasi. Mengandungi ciri-ciri prestasi tertentu


ditetapkan dalam tahap yang menunjukkan sejauh mana standard telah dipenuhi.
Rubrik Scoring merangkumi satu atau lebih dimensi yang prestasi undian,
definisi dan contoh-contoh yang menggambarkan sifat (s) telah diukur dan skala
rating untuk setiap dimensi. Dimensi umumnya disebut sebagai kriteria, skala
penilaian sebagai peringkat, dan definisi sebagai deskriptor. Herman, Aschbacher
dan Winters (1992) membezakan unsur-unsur berikut dari sebuah rubrik skor iaitu
satu atau lebih ciri-ciri atau dimensi yang bertugas sebagai asas untuk menilai
respon pelajar, definisi dan contoh-contoh untuk memperjelas makna dari setiap sifat
atau dimensi dan skala nilai yang masing-masing untuk mengadar dimensi.
Standard keunggulan untuk tahap prestasi yang ditetapkan dengan model
atau contoh-contoh sejak 1980-an, banyak rubrik disediakan dalam format grafik,
biasanya tempat. Pengajian keberkesanan rubrik sekarang mempertimbangkan
kecekapan dari grid di atas, katakanlah, senarai berasaskan teks kriteria.
Rubrik biasanya dibuat dalam bentuk jadual dua lajur, iaitu kriteria dan kualiti.
Kriteria merupakan yang utama. Kemudian diperincikan menjadi komponenkomponen penting atau dapat pula komponen-komponen ditulis terus tanpa
disatukan dalam yang utama. Rubrik dapat bersifat menyeluruh atau berlaku umum
dan dapat juga bersifat khusus atau hanya berlaku untuk suatu topik tertentu. Rubrik
yang bersifat menyeluruh dapat ditunjukkan dalam bentuk holistic rubric. Rubrik
holistik adalah panduan untuk menilai berdasarkan kesan keseluruhan atau
kombinasi semua kriteria serta dapat pula dalam bentuk analytic rubric, rubrik
analitik adalah panduan untuk menilai berdasarkan beberapa kriteria yang
ditentukan dengan menggunakan rubrik ini dapat dianalisis kelemahan atau
kelebihan individu.

Rajah 1 ; Contoh rubrik holistik


Skor
Deskripsi
Respons terhadap tugas sangat spesifik. Maklumat yang
diberikan tepat dan memperlihatkan pemahaman yang kukuh.
Respons dikemukakan adalah asli. Jawapan ringkas dan
4
menjurus kepada masalah yang diminta serta kesimpulan dan
pendapat adalah secara logik. Secara menyeluruh, respons
lengkap dan memuaskan.

Respons menjawab soalan yang diberikan. Maklumat yang


diberikan tepat. Respons dikemukakan adalah asli, jelas tetapi
huraian panjang lebar.

Skor

Deskripsi

Respons kurang memuaskan. Walaupun maklumat yang


diberikan tepat tetapi tidak ada kesimpulan dan pendapat serta
kurang logik.

Respons tidak menjawab soalan yang diberikan. Banyak


maklumat yang hilang dan tidak tepat. Tidak ada kesimpulan
atau pendapat.

Rajah 2 ; Contoh rubrik analitik


Sko
r

Grafik

Spesifikasi

Rasional

Gambar dan
perkaitan tentang
grafik yang diberikan
benar

Semua spesifikasi
yang diberikan benar

Rasional yang
diberikan jelas.

Sebagian besar
gambar dan
perkaitan yang
diberikan benar

Semua spesifikasi
yang diberikan benar

Penjelasan
diberikan, tetapi
masih tidak jelas

Beberapa gambar
dan perkaitan yang
ditunjukan benar

Hanya sebagian
spesifikasi yang
benar

Rasional yang
diberikan tidak
lengkap

2.0

Gambar dan
Spesifikasi yang
Rasional yang
perkaitan yang
diberikan salah
diberikan tidak benar
1
diberikan sangat
terbatas dan hanya
sedikit yang benar
TUJUAN RUBRIK DALAM PENTAKSIRAN AUTENTIK
Tujuan pemarkahan berasaskan rubrik adalah Kebanyakan pakar berpendapat rubrik
boleh memperbaiki kerja murid dan meningkatkan pembelajaran kerana ia
menyediakan panduan yang eksplisit ( jelas dan terang ) bagi murid. Membantu para
pelajar memperbaiki kualiti kerja mereka dan seterusnya mempertingkatkan
pengetahuan mereka. Guru-guru boleh menggunakan rubrik untuk pelbagai aktiviti
dengan sedikit pengubahsuaian. Membantu guru menilai dengan tepat, tidak berat
sebelah dan konsisten di dalam pemarkahan. Ciri ciri umum rubrik menggunakan
skala dalam menentukan pencapaian tiap tiap bidang, mengandungi spesifikasi yang
spesifik tentang kriteria dan kualiti yang disusun mengikut tahap bagi menunjukkan

setakat mana kriteria dan piawai dicapai.adalah memfokuskan pengukuran


berasaskan kepada objektif dengan jelas,
Kebaikan penilaian berasaskan rubrik adalah akan memberi gambaran yang
lebih jelas tentang penilaian yang dibuat. Guru mampu mengkhususkan garis
panduan yang diharapkan dalam setiap aspek aspek sesuatu projek. Pemahaman
murid adalah lebih jelas serta mengurangkan tekanan pelajar dan guru. Selain
daripada itu, rubrik membantu guru memfokuskan perhatian terhadap aspek tertentu
dalam penilaian dan memendekkan separuh masa penilaian pelajar. Pihak penjaga
mengetahui tentang penilaian yang dibuat seterusnya meningkatkan standard
kredibiliti dan efektif. Selain itu, dapat meningkatkan komunikasi antara pelajar dan
guru. Mengalakkan percambahan idea dan tidak terhad apa yang dipelajari.

Kesimpulannya rubrik selalu digunakan sebagai kaedah alternatif untuk


mentaksir kebolehan dan pencapaian pelajar di dalam pembelajaran. Di dalam
mentaksir,rubrik direka untuk memberi maklum balas kepada guru mengenai tahap
kebolehan pelajar. Rubrik memberi fokus kepada hasil pembelajaran yang perlu
kepada pelajar kuasai di mana hasil pembelajaran akan digunakan untuk
menghasilkan ujian atau tugasan untuk dinilai setakat mana pengetahuan dan
pemahaman pelajar.
8.0 KELEBIHAN DAN KELEMAHAN PENTAKSIRAN AUTENTIK
KEBAIKAN PENTAKSIRAN AUTENTIK KEPADA PELAJAR
Pentaksiran ini merupakan satu proses pengumpulan data yang
menerangkan sama ada aktiviti atau pengalaman yang disediakan telah memberi
kesan kepada mereka yang terlibat atau dalam kata lain, adakah hasil pembelajaran
pelajar itu mampu memberi perubahan kepada pelajar tersebut sama ada dari segi
kognitif, sosial, emosi dan sebagainya.Pentaksiran autentik memberi pelbagai
kebaikan kepada pelajar. Hal ini kerana, ia dapat memberi peluang kepada
pelajar untuk mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran yang ada pada mereka
melalui cara yang berkaitan dengan kehidupan mereka dan tidak tertakluk kepada
kemahiran dan pengetahuan disekolah sahaja.
Selain itu, Pentaksiran autentik ini meliputi pentaksiran dari pelbagai
aspek merangkumi pengetahuan pelajar, pemahaman mendalam, penyelesaian
masalah, kemahiran sosial, sikap terhadap persekitaran, dan simulasi terhadap
situasi dunia sebenar. Dalam erti kata lain, pentaksiran autentik ini juga merupakan
suatu proses yang melibatkan pelbagai bentuk pengukuran prestasi yang boleh
mereflek tahap pembelajaran pelajar, kejayaan, motivasi dan sikap pada aktiviti yang
releven. Melalui pentaksiran autentik ini, dapat memberi peluang kepada pelajar

untuk memperbaiki dan melakukan penambahbaikan melalui pemikiran kritis dari


masa ke semasa dalam memperoleh kejayaaan pada masa hadapan serta dapat
merangsang pelajar menggunakan kombinasi kemahiran, pengetahuan,
kemampuan yang ada dalam dunia sebenar.
Hal ini dapat dilihat melalui aktiviti perbincangan secara berkumpulan dan
aktiviti pembentangan. Ketika aktiviti ini dijalankan, pelajar dapat berinteraksi dengan
rakan-rakan mereka bagi menyelesaikan persoalan yang dibincangkan serta
menjawab persoalan-persoalan yang dikemukakan oleh rakan-rakan mereka dan
secara automatiknya, pelajar akan cuba menggunakan pemikiran kritis dan kreatif
mereka bagi menjawab persoalan-persoalan yang ditimbulkan.
Disamping itu melalui pentaksiran autentik pelajar dapat memahami
kehendak hasil pembelajaran dari guru kerana pentaksiran lebih konsisten dan telus
dimana murid dapat menentukan perkara yang terbaik untuk memperoleh hasil
pembelajaran yang terbaik seperti yang diinginkan. Hai ini secara tidak langsung
dapat mengungkapkan secara keseluruhan seberapa baik pemahaman akademik
mereka kerana mereka dapat menghubungkan pembelajaran dengan pengalaman
mereka sendiri, dunia mereka dan masyarakat luas.

6.0 KEBAIKAN PENTAKSIRAN AUTENTIK KEPADA GURU


Menurut Pert (1990) pentaksiran autentik merupakan bentuk penilaian yang
berdasarkan pencapaian sebenar yang ditunjukkan oleh pelajar di dalam bilik darjah
setiap hari. Pentaksiran autentik ini meliputi pentaksiran dari pelbagai aspek
merangkumi pengetahuan pelajar, pemahaman mendalam, penyelesaian masalah,
kemahiran sosial, sikap terhadap persekitaran, dan simulasi terhadap situasi dunia
sebenar. Oleh hal yang sedemikian pentaksiran autentikmemberikan manfaat
kepada guru dalam bentuk maklum balas secara langsung bagi meningkatkan
pengajaran dan pembelajaran kepada pelajar. Contohnya sekiranya seseorang
pelajar tidak menguasai sesuatu pengajaran dan pembelajaran guru boleh
melakukan
intervensi
untuk
megatasi
masalah
tersebut
melalui
memperbaikipenyediaan
guru
dalam
proses
pembelajaran
dan
perkembangan.Maklumbalas yang diterima oelh guru boleh membantu guru
menjelaskan semula perkara yg belum difahami pelajar.
Selain itu, penggunaan teknik atau kaedah yang dijalankan semasa pentaksiran
autentik contohnya melalui portfolio, pemerhatian, rekod anekdot dan pelbagai lagi
dapat disimpulkan bahawa, pentaksiran autentik ini adalah subset kepada alternatif
proses pentaksiran yang mana ia menggunakan spektrum yang lebih luas untuk
melihat perkembangan pelajar dengan lebih menyeluruh dan bukan hanya tertakluk
kepada ujian semata-mata. Spektrum yang luas ini merangkumi situasi

pembelajaran yang sebenar meliputi kehidupan seharian pelajar dan bermakna. Hal
ini secara tidak lansung, guru dapat melihat perkembangan pencapaian pelajar
melalui hasil kerja pelajar. Contohnya melalui portfolio guru dapat menyimpan hasil
kerja murid sebagai bukti peningkatan pencapaian pelajar terhadap sesuatu
pembelajaran dan pengajaran.
Disamping itu, melalui pentaksiran autentik juga guru dapat menilai
keupayaan pelajar dalam melakukan sesuatu atau menggunakan sesuatu
kemahiran dalam menghasilkan sesuatu yang baharu dan kreatif. Contohnya
keupayaan pelajar dalam menghujah, menganalisis hujah lawan, merancang dan
melaksana sesuatu persembahan, mereka cipta sesuatu yg berseni dan sebagainya.
Hal ini juga dapat memudahkan guru untuk membuat pentaksiran secara individu
berdasarkan pemerhatian yang berterusan sepanjang proses belajar.
9.0 PENTAKSIRAN AUTENTIK DALAM PBS
Sistem pendidikan di Malaysia yang berorientasikan peperiksaan kini bakal diubah
menjelang tahun 2010. Dengan ini, satu sistem pentaksiran baru akan diperkenalkan
yakni berbentuk holistik agar dapat memenuhi Falsafah Pendidikan Negara yang
memerlukan insan mulia sebagai peneraju generasi akan datang. Kini, ramai dikalangan
ibu bapa berpendapat bahawa peperiksaan atau ujian bertulis tidak sesuai lagi
digunakan dalam sistem pendidikan kita terutamanya dalam pendidikan awal kanakkanak. Ini adalah kerana, terdapat bias dari segi item ujian yang bersandarkan kepada
norma dan dan pengalaman kumpulan tertentu dalam masyarakat yang boleh
mempengaruhi kesahan sesuatu ujian (Stallman & Pearson, 1990).

Pentaksiran autentik menurut Pert (1990) merupakan bentuk penilaian yang


berdasarkan pencapaian sebenar yang ditunjukkan oleh kanak-kanak di dalam bilik
darjah setiap hari. Pentaksiran autentik ini meliputi pentaksiran dari pelbagai aspek
merangkumi pengetahuan pelajar, pemahaman mendalam, penyelesaian masalah,
kemahiran sosial, sikap terhadap persekitaran, dan simulasi terhadap situasi dunia
sebenar.
Dalam erti kata lain, pentaksiran autentik ini juga merupakan suatu proses yang
melibatkan pelbagai bentuk pengukuran prestasi yang boleh mereflek tahap
pembelajaran pelajar, kejayaan, motivasi dan sikap pada aktiviti yang releven. Menurut
Grace, (1992), penilaian autentik ini merupakan amalan yang membabitkan kanakkanak secara realistik dalam menilai kemajuan mereka sendiri. Ia juga melibatkan
pentaksiran yang dilakukan secara berterusan. Realistik dan bermakna merupakan

terma yang sering digunakan dalam pentaksiran autentik. (Sumber: Buku Educational
Assessment of Students)Melalui pentaksiran autentik ini, ia dapat memberi peluang
kepada kanak-kanak untuk mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran yang ada
pada mereka melalui cara yang berkaitan dengan kehidupan mereka dan tidak tertakluk
kepada kemahiran dan pengetahuan di prasekolah sahaja. Terdapat pelbagai kaedah
atau teknik yang boleh digunakan untuk menjalankan pentaksiran autentik ini contohnya
melalui portfolio, pemerhatian, rekod anekdot dan pelbagai lagi.
Dengan ini dapat disimpulakan bahawa, pentaksiran autentik ini adalah subset
kepada alternatif proses pentaksiran yang mana ia menggunakan spektrum yang lebih
luas untuk melihat perkembangan pelajar dengan lebih menyeluruh dan bukan hanya
tertakluk kepada ujian semata-mata. Spektrum yang luas ini merangkumi situasi
pembelajaran yang sebenar meliputi kehidupan seharian pelajar dan bermakna.

2. PENTAKSIRAN PRASEKOLAH
Pentaksiran prasekolah adalah satu proses yang sistematik untuk mengumpul
maklumat tentang perkembangan murid bagi membantu guru membuat penilaian
terhadap mereka dengan tujuan mengenalpasti tindakan susulan yang sesuai untuk
membantu murid mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran
Proses

dalam

pentaksiran

melibatkan

aktiviti

mengumpul,

di prasekolah.

menganalisis

dan

menginterpretasi maklumat yang diperoleh.


Pentaksiran adalah satu proses yang berterusan dan dijadikan sebahagian daripada
pengajaran dan pembelajaran. Dalam pentaksiran, guru boleh menggunakan pelbagai
kaedah untuk mendapatkan maklumat. Hasil pentaksiran terhadap murid membolehkan
guru mengambil tindakan susulan yang berkesan dan seterusnya membantu guru
memperkembangkan potensi murid sepenuhnya dalam domain kognitif, afektif dan
psikomotor sebagai persediaan mereka untuk ke sekolah rendah.
Pentaksiran murid prasekolah bukan bertujuan melabel dan membandingkan murid
dengan murid yang lain, tetapi untuk meningkatkan pembelajaran murid berkenaan.
Istilah yang sering digunakan untuk pentaksiran seperti ini ialah Pentaksiran Autentik
atau Pentaksiran secara formatif (Formative assessment).
Pentaksiran murid di prasekolah lebih menekankan kepada

usaha ke arah

penambahbaikan (improvement) serta perkembangan (development) dan bukan


pencapaian (achievement) semata-mata. Maklum balas yang diberi semasa atau

selepas sesuatu aktiviti pentaksiran merupakan faktor penting dalam menjayakan


proses pentaksiran. Pertimbangan harus diberi ke atas keperluan kanak-kanak,
perasaan kanak-kanak, psikologi kanak-kanak, teori perkembangan kanak-kanak
semasa merancangkan proses pentaksiran.

3. PENTAKSIRAN MERUJUK STANDARD

Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan yang dilaksanakan di semua


prasekolah mulai 2010 disusunatur mengikut format Fokus, Standard Kandungan dan
Standard Pembelajaran. Fokus, Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran
adalah perkara-perkara yang dirujuk semasa guru merancang dan melaksanakan
pengajaran dan pembelajaran..
Fokus adalah bidang pembelajaran yang ingin dikembangkan dalam diri murid.
Semasa merancang pentaksiran, Fokus boleh dirujuk untuk membina Konstruk.
Konstruk adalah perkara yang akan ditaksir. Setiap Fokus dinyatakan melalui beberapa
Standard Kandungan. Standard Kandungan merupakan pernyataan spesifik tentang
perkara yang patut murid tahu dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan.
Ianya ditulis meliputi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai. Setiap Standard
Kandungan diperincikan lagi kepada beberapa Standard Pembelajaran. Standard
Pembelajaranmerupakan satu penetapan kriteria atau indikator pencapaian dalam
bentuk objektif tingkahlaku (behavioural) yang boleh diukur, untuk memastikan
penguasaan setiap Standard Kandungan.
Seiring dengan kurikulum prasekolah yang berasaskan standard, pentaksiran di
prasekolah adalah sesuai dilaksanakan dengan merujuk kepada standard. Pentaksiran
Merujuk Standard bermaksud apa yang ditaksir dan tahap perkembangan dan
penguasaan murid mesti dirujukkan kepada Standard Prestasi yang jelas, realistik,
boleh difahami dan lebih memberi makna. Kerja, respons dan tingkah laku (proses dan
produk) yang dihasilkan atau dipamer oleh murid merupakan evidens (juga dipanggil
bukti) yang akan dirujukkan kepada standard prestasi yang ditetapkan.
Standard Prestasi (Performance Standard) merupakan satu set kriteria umum yang
menunjukkan tahap-tahap prestasi yang perlu murid pamerkan sebagai tanda bahawa
sesuatu perkara itu telah dikuasai murid. Ianya memberi definisi kepada kejayaan dan
bagaimanakah hasil kerja dan tingkah laku yang dikatakan cukup baik (indicator of
success) atau sudah mencapai objektif pembelajaran. Tujuan diadakan standard

prestasi ialah untuk mengenal pasti di manakah tahap penguasaan pengetahuan,


kemahiran atau pengamalan nilai seseorang murid itu.
Standard Prestasi memperihalkan kualiti penguasaan sesuatu perkara atau hasil
kerja mengikut hierarki. Standard Prestasi tidak menjelaskan secara spesifik tentang
teknik atau kaedah untuk mencapai hasil yang dikehendaki. Standard prestasi bukan
saja patut diketahui oleh pentaksir (guru), malah ibu bapa dan murid sendiri.
Standard Prestasi dinyatakan dalam bentuk kriteria dan skor.Kriteria merupakan
pernyataan yang menjelaskan tentang kualiti sesuatu kerja atau perkara yang dikuasai.
Kriteria yang ditulis mesti mudah, ringkas, tidak mengelirukan dengan mengambil kira
perbezaan antara individu. Ianya menjadi rujukan bagaimana prestasi murid ditaksir dan
diberikan skor. Pernyataan kriteria yang ditulis pada setiap tahap penguasaan mestilah
dapat memperihalkan setakat mana kualiti kerja yang ditunjukkan oleh murid. Kriteria
yang khusus dibina bagi setiap konstruk yang dinilai dalam pentaksiran prasekolah.
Bagi memastikan kesamaan kualiti antara kesemua kriteria khusus, satu standard dan
kriteria teras (core) digunakan sebagai panduan.
Dalam konteks pentaksiran prasekolah di Malaysia, Skor bermaksud apa yang digunakan untuk
menandakan tahap penguasaan murid. Di prasekolah, skor yang diberi bukan sekadar berbentuk gred (A,
B, C, ...) atau markah (1, 2, 3, ...) yang hanya boleh dijumlah dan dipuratakan, seperti yang digunakan
dalam ujian pencapaian di peperiksaan awam. Skor dalam bentuk markah dan gred semata-mata tidak
boleh memberi maklumat tentang apa yang murid boleh lakukan. Untuk menjadikan pentaksiran lebih
bermakna di prasekolah, skor mestilah dapat menjelaskan di tahap manakah murid berada berbanding
standard prestasi yang hendak dicapai. Contoh skor yang boleh digunakan dalam pentaksiran prasekolah
ialah Belum Menguasai (), Sedang Maju ()dan Telah Menguasai (). Tiga skor ini mewakili
penguasaan pada tahap Tahu sahaja, Tahu dan Boleh Buat dengan bimbingan, Tahu dan Boleh Buat
dengan Baik dan dengan Sendiri, seperti ditunjukkan dalam Jadual 1. Jadual 2 memberi satu lagi contoh
Standard Prestasi.

PORTFOLIO
Portfolio merupakan satu koleksi hasil kerja pelajar yang telah dipilih dan ditentukan secara
spesifik untuk melihat perkembangan pelajar dan memberi peluang yang besar kepada
mereka untuk meningkatkan kemahiran pentaksiran kendiri (Mueller, 2004)

Portfolio merupakan koleksi evidens yang tersusun dan sistematik, digunakan oleh guru dan
pelajar bagi memantau perkembangan pengetahuan, kemahiran dan sikap pelajar dalam
bidang pembelajaran yang spesifik. (Vavrus, 1990)

1.

2.

3.

1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.

Portfolio boleh dibahagikan kepada tiga jenis berdasarkan tujuan ia dihasilkan iaitu:
Portfolio Perkembangan (Growth Portfolios) Dihasilkan untuk menunjukkan
perkembangan atau perubahan yang berlaku sepanjang masa, membantu pelajar membina
kemahiran proses seperti penilaian kendiri dan penetapan matlamat, mengenal pasti kekuatan
serta kelemahan, dan mengesan pembangunan produk atau prestasi.
Portfolio Showcase (Showcase Portfolio) Digunakan untuk melihat pencapaian pelajar
pada hujung tahun atau semester, membantu dalam menyediakan sampel hasil kerja terbaik
untuk tujuan pekerjaan atau kemasukan ke kolej, melihat persepsi pelajar dari segi kerja yang
mereka gemari, terbaik dan paling penting serta mengkomunikasikan kebolehan semasa
pelajar kepada bakal guru mereka.
Portfolio Penilaian (Evaluation Portfolios) Direka untuk mendokumentasikan
pencapaian pelajar bagi tujuan menentukan gred, mendokumentasikan kemajuan pelajar
berdasarkan standard yang ditetapkan serta menempatkan pelajar sewajarnya.
Dalam merekabentuk tugasan berbentuk portfolio, beberapa persoalan perlu dikemukakan
sebagai panduan kepada pelajar. Antara persoalan tersebut adalah:
Tujuan : Apakah tujuan portfolio dihasilkan?
Audien : Untuk siapakah portfolio tersebut dihasilkan?
Kandungan : Apakah sampel hasil kerja pelajar yang perlu dimasukkan?
Proses : Apakah proses yang terlibat dalam menghasilkan portfolio?
Pengurusan : Bagaimanakah masa dan bahan diuruskan dalam penghasilan portfolio?
Komunikasi : Bagaimana dan bila portfolio akan dikongsi bersama audien?
Penilaian : Sekiranya portfolio digunakan untuk tujuan penilaian, bila dan bagaimana ia
akan dinilai?

Anda mungkin juga menyukai