Anda di halaman 1dari 5

TUGASAN KERJA KURSUS

MTE3143 APLIKASI MATEMATIK


PRAKTIKAL 1
1.0

PENGENALAN
Menurut William F. Friedman, penciptaan tulisan merupakan permulaan sebenar

tamadun. Tidak lama selepas tulisan benar-benar diwujudkan, pelbagai manusia


menjumpai keperluan tulisan yang hanya boleh dibaca oleh penerima yang
dimaksudkan, tetapi tidak orang lain.
Pada zaman Rumawi Kuno, telah ada alat untuk mengirim pesanan rahsia
dengan nama Scytale yang digunakan oleh tentara Sparta. Scytale merupakan alat
yang memiliki pita panjang dari daun papirus dan sebatang silinder. Pesanan ditulis di
atas pita yang dililitkan pada sebatang silinder, setelah itu pita dilepas dari batang
silinder lalu dikirim. Untuk membaca pesan, pita tersebut dililitkan kembali pada
sebatang silinder yang diameternya sama sehingga yang menjadi kunci pada Scytale
adalah diameter silinder.
Perkembangan teknologi yang begitu pesat memungkinkan manusia dapat
berkomunikasi dan saling bertukar informasi atau data secara jarak jauh.Perhubungan
antara kota , wilayah, negara

dan bahkan antara benua bukan merupakan suatu

halangan lagi dalam melakukan komunikasi dan pertukaran data. Seiring dengan itu
keperluan akan keselamatan (keamanan) terhadap kerahsiaan informasi yang saling
ditukar tersebut semakin meningkat. Begitu banyak pengguna seperti jabatan
pertahanan,

perusahaan

atau

individu-individu

yang

mahu

informasi

yang

disampaikannya tidak diketahui oleh orang lain atau pesaingnya atau negara lain. Oleh
kerana itu dikembangkan cabang ilmu tentang cara-cara

pengamanan data atau

dikenali sebagai Kriptografi.


Dalam kriptografi terdapat dua konsep utama yakni enkripsi dan dekripsi.
Enkripsi adalah proses dimana informasi atau data yang hendak dikirim diubah menjadi
bentuk yang hampir tidak dikenali sebagai informasi awalnya dengan menggunakan

algoritma tertentu. Dekripsi adalah kebalikan dari enkripsi iaitu mengubah kembali
bentuk tersamar tersebut menjadi informasi awal.
2.0

KOD KLASIK DAN CIPHERS

Keperluan untuk menyembunyikan makna sesuatu mesej telah


wujud beribu-ribu tahun yang lampau. Keadaan ini menyebabkan manusia
telah berjaya memikirkan cara yang lebih kompleks apabila orang lain
berjaya merungkaikan kod penyembunyian mesej mereka. Berbeza dengan
percakapan, kod dan cipher adalah tidak sinonim. Kod adalah apabila setiap
perkataan dalam mesej digantikan dengan kod perkataan atau simbol
manakala cipher ialah setiap huruf dalam mesej digantikan dengan huruf
cipher atau simbol.
Apabila manusia bercakap tentang kod, mereka sebenarnya merujuk kepada
cipher. Skrip dan bahasa kuno telah dikenal pasti menggunakan teknik penyahkodan
dan teknik mentafsir (encoding dan deciphering technique), seperti yang terdapat pada
Roseeta Stone, Mesir Purba. Malah kod dan tulisan rahsia boleh menentukan hasil
politik dan peperangan sepanjang sejarah. Terdapat ribuan teks yang tersembunyi,
namun kita hanya akan melihat beberapa kod dan cipher yang terkenal.
Kod adalah satu set simbol yang mewakili sesuatu. Kod boleh wujud dalam
berbagai bentuk. Kod juga digunakan oleh menyimpan rahsia daripada mesej yang
akan dihantar. Kod ialah satu peraturan atau petua untuk menukar sebarang maklumat
ke dalam bentuk atau perwakilan yang berlainan. Pengkodan pula ialah proses di mana
maklumat daripada sumber ditukar kepada simbol untuk dikomunikasi. Pengdekodan
ialah Proses songsang pengkodan di mana simbol kod ditukar balik kepada bentuk atau
maklumat yang mudah difahami oleh si penerima.
Cipher ialah algoritma atau prosedur yang ditetapkan untuk menjalankan proses
enkripsi ( mesej dienkod agar maklumat tidak dapat difahami oleh pihak lain kecuali
pihak yang dibenarkan) atau dekripsi (proses mengdekod mesej yang diterima kepada
mesej yang asal dan mudah difahami)

Kod menggunakan simbol-simbol atau kumpulan huruf untuk mewakili perkataan


atau frasa. Kod, seperti yang digunakan dalam mesej menghantar, mungkin koleksi
huruf yang mudah seperti SOS bukan rahsia, yang bermaksud, "Saya menghadapi
masalah dan saya meminta bantuan." Untuk mesej yang lebih kompleks, kedua-dua
penghantar dan penerima memerlukan Buku Kod. Buku Kod adalah senarai kombinasi
huruf dan apa yang mereka maksudkan. Penerima akan menyemak kumpulan huruf
dan kemudian menterjemahkannya dalam bentuk frasa untuk mendapatkan maksud
mesej.
Contoh Buku Kod Frasa Lengkap Bentley adalah seperti berikut :
DIZUH (contracts for)
DAELF (computing)
FEAVO (equipment)
RUGUB (has/have been signed)
KUKIB (New York)
CUGYA (commence)
OKGAP (production)
ICSCO (immediately).
Kod : DIZUHDAELF FEAVORIGUB
KUKIBCUGYA OKGAPICSCO
Mesej : "Contracts for computing
Equipment have been signed [in]
New York Commence production
immediately.
Bagi seseorang tanpa Kod Buku tersebut, mesej itu akan dibaca tanpa
menyedari mesej itu sebenarnya dihantar bagi tujuan ekonomi, bukan keselamatan.
Bagi Ciphers, di mana satu huruf diganti dengan yang lain, sama ada secara
mudah atau skim kompleks. Ciphers telah digunakan sejak sekurang-kurangnya pada
masa Rom Purba. Walau bagaimanapun, terdapat tanda-tanda dalam tulisan kuno
bahawa mereka telah menggunakannya lebih awal daripada itu. Secara asasnya,
sesuatu teks biasa (plain text) itu ditukarkan kepada teks cipher (cipher text) bagi
membolehkan sesuatu mesej dihantar tanpa diketahui orang yang tidak berkenaan.

Contoh: Cipher Ceasar


Proses menggantikan setiap huruf dalam abjad dengan abjad pada kedudukan ketiga,
adalah seperti berikut :
a=Db=Ec=Fd=Ge=H
*Kod (code) diwakili oleh FRGH.
Teks biasa disebut sebagai code. Manakala Teks cipher adalah FRGH. Dalam
perkembangan kod klasik dan cipher teknik-teknik yang digunakan adalah Transposisi
dan Gantian.
3.0

PERANAN KOD KLASIK DAN CIPHERS DALAM TEKNOLOGI MODEN

Anda mungkin juga menyukai