Anda di halaman 1dari 11

1

APAKAH CIRI-CIRI HISTORIOGRAFI MELAYU.


BAGAIMANAKAH IA DAPAT DIMANFAATKAN
DALAM MENULIS KEMBALI SEJARAH
KEBANGSAAN MALAYSIA?
Sejarah merupakan sekumpulan peristiwa penting yang pernah berlaku pada masa
dahulu dan merupakan perkara utama dalam masyarakat dimana ia mengajar golongan
muda mengenali diri mereka supaya pandai membawa diri pada masa hadapan. Sejarah
juga adalah satu persoalan tentang ketepatan sesuatu peristiwa serta pemahaman
sepenuhnya mengenai masa dan perkara yang lalu.
Menurut E.H.Carr, sejarah adalah satu dialog antara yang telah berlaku pada masa dahulu
dengan masa kini. ia juga dianggap sebagai interaksi antara sejarawan dengan faktafaktanya. Carr seterusnya mendefinasikan bahawa sejarah berfungsi untuk menyimpan
dan meneruskan pengalaman-pengalaman secara kolektif dari satu generasi ke satu
generasi berikutnya.
*Nota: Artikel berikut merupakan artikel akademik dan tiada kaitan dengan pendirian
sebarang organisasi.
Menurut pandangan John Tosh, sejarah dan masa lampau mempunyai hubung kait yang
rapat.Berdasarkan gambaran awal tentang sejarah, maka ia menjelaskan bahawa sejarah
adalah kajian yang dilakukan terhadap perkara yang berlalu yang benar-benar berlaku.[1]
Kajian tersebut mempunyai unsur moral yang berharga. Sejarah akan menjadi kesahihan
yang tepat melalui keadah-keadah saintifik yang mengekalkan objektivitinya.
Walaupun terdapat berbagai-bagai definisi tetapi penulisan sejarah lebih dikenali sebagai
pensejarahan ataupun historiografi. Sejarawan barat dan sejarawan Melayu mempunyai
beberapa ciri penulisan mengikut konsep mereka. Sejarawan Melayu pula mempunyai
ciri mereka tersendiri dalam menghasilkan karya pensejarahan. Antara karya historiografi
yang terkenal di Alam Melayu adalah seperti hikayat raja-raja Pasai , Sulalatus Salatin,
Bustan al-Salatin dan Tuhfat al- Nafis.Kesemua karya historiografi Melayu ini
mempunyai ciri-cirinya yang tersendiri.Di dalam esei ini kita akan melihat ciri-ciri
historiografi Melayu dan cara ianya dapat dimanfaatkan dalam menulis kembali sejarah
kebangsaan Malaysia.
MITOS DAN LEGENDA
Unsur mitos dan legenda merupakan satu ciri yang penting dalam historigrafi Melayu.
Hal ini adalah kerana sejarawan pada masa itu terikat dengan kewibawaan sultan. Jadi ,
sejarawan menulis karya-karya sejarah dengan menggunakan unsur mitos dan legenda
untuk menunjukkan kesaktian Sultan mereka sebagai penghormatan kepada sultan dan
pembesar sesebuah negara atau negeri.[2]

2
Bagi pendapat Ismail Hamid dalam buku The Malay Islamic Hikayat mitologi Melayu
adalah sesuatu bentuk penceritaan yang lebih menumpukkan tentang pandangan Alam
Melayu sebelum kedatangan Islam.[3] Hal ini adalah kerana, pada ketika itu masyarakat
Melayu yang rata-ratanya beragama hindu lebih percaya kepada kuasa luar biasa dan
ajaib yang boleh mengawal semua roh serta dapat menguasai dunia.[4]
Manakala legenda pula berbeza dengan mitologi kerana ia adalah cerita-cerita berkenaan
dengan tokoh-tokoh terkenal pada suatu masa atau tempat. Tokoh-tokoh tersebut
mungkin pernah hidup dalam sejarah tempatan atau mungkin kebenaran sejarah tokoh
tersebut tidak dapat dibukti namun hal ini dipercayai oleh masyarakat.
Ciri-ciri metos dan leganda dapat dilihat dalam sejarah Melayu. Misalnya kisah Raja
Suran turun ke laut dengan menggunakan peti kaca berkunci untuk melihat segala
kekayaan di dalam laut sehingga peti kaca tersebut jatu ke negeri Dika yang dihuni oleh
kaum Bu Sum dan Raja Suran hidup di sana bersama isteri dan anaknya seperti berikut:
..Maka dititahkan baginda berbuat sebuah peti kaca berkunci
dan pesawat dari dalammaka Raja dihulurkan oranglah
kedalam laut maka peti itu pun tenggelam
maka Raja Suran pun terus melihat dari dalam
peti itu pelbagai kekayaan Allah..Maka Peti Raja Suran
itu jatuh ke dalam bumi yang bernama Dika.[5]
Selain itu, Terdapat juga contoh lain yang menggunakan unsur mitos dan legenda dalam
sejarah Melayu digunakan untuk menunjukkan kegagahan seorang tokoh seperti cerita
padi Wan Empuk dan Wan Malini berbuah emas apabila raja Suran turun ke Bukit
Siguntang Mahameru . [6]Dan juga peristiwa -peristiwa yang berkaitan dengan Hang
Tuah.
BERTEMAKAN KISAH RAJA-RAJA
Selain daripada unsur mitos dan legenda, ciri historiografi Melayu yang lain ialah Tema
sesebuah karya sejarah. Hal ini adalah kerana kebanyakan penulisan sejarah melayu lebih
bertemakan kisah raja-raja Melayu serta golongan istana sahaja.
Tema kisah raja-raja ini hanya merangkumi salasiah atau geneologi raja-raja Melayu yang
biasanya berhubung dengan keturunan Iskandar Zulkarnian, Pembukaan Kerajaan,
peperangan, perhubungan dengan negara-negara luar bagi mengukuhkan lagi kedudukan
atau keagungan sultan yang memerintah,hubungan pemerintah dengan golongan
bangsawan dan kehidupan golongan istana termasuk adat istiadatnya.[7]

3
Kebanyakan penulisan sejarah bertemakan kisah raja-raja kerana kebanyakan sejarawan
Melayu yang menghasil karya sejarah merupakan para pembesar istana yang hidup di
dalam lingkungan istana dan berkhidmat dengan raja yang memerintah seperti Tun Seri
Lanang yang menghasilkan sejarah Melayu atau Sulalatus Salatin.
Jadi segala aspek yang berhubung dengan kerajaan dianggap sebagai peristiwa bersejarah
dan perlu dipaparkan oleh pengarang. Aspek ini dapat dilihat dalam Sejarah Melayu
dimana pengarah telah menceritakan tentang keaguangan Raja Iskandar Shah yang
keturunan Iskandar Zulkarnian yang telah membentuk Melaka dan memerintah kerajaan
Melaka yang telah mengambarkan sebagai sebuah negeri yang aman dan makmur dan
kaya dengan segala kekayaan seperti berikutnya:
Maka kota negeri Melaka sudahlah diperbuat orang
Sekalian,diamlah baginda di Melaka.Adapun baginda di Singapura tiga
Puluh dua tahun, Singapura pun alah oleh Jawa;baginda bersemayam
Di Melaka tiga tahun,maka datanglah perederan dunia, baginda pun magkat
Anakanda baginda Raja Muda kerajaan menggantikan ayahanda.
Baginda,terlalu adil perintah baginda itu .[8]
Selain daripada keagungan raja, ciri tema ini juga memaparkan kepintaran dan kehebatan
golongan-golongan istana dan pembesar Melayu dalam penulisan sejarah. Hal ini adalah
kerana pengarang telah menunjukkan kepintaran pembesar-pembesar Melayu dalam
mengekalkan kemakmuran da kedaulatan sesebuah negeri serta mengangkat lagi martabat
seseorang raja atau sultan di kaca mata pembaca.
Misalnya hal ini dapat dilihat melalui beberapa contoh yang dapat dalam sulalutin salatin
seperti keberanian dan kepintaran Laksamana Hang Tuah semasa di Melaka dan di
Majapahit. Di Melaka, Hang Tuah telah digambarkan sebagai seorang yang cerdik dan
berani sehingga tiada seorang pun menyamainya.contohnya, ketika berlaku peristiwa
orang mengamuk beliau yang telah dilantik sebagai laksamana dititahkan oleh Sultan
untuk menangani segala permasalahan tersebut sehingga berjaya membunuh 74 orang
yang mengamuk itu. Ketika mengiringi Sultan Mansur Shah ke Majapahit pula, beliau
telah digambarkan sebagai seorang yang gagah perkasa sehingga dikatakan jika ia di
pesiban,pesiban gempar, jika ia ke pasa gigir, jika ia ke warung gaduh;jika ia di
panggunan,panggungan hangar.[9]
Kebijaksanaan Tun perpatih Putih juga telah dibincangkan di salalutin salatin dimana
pengarang telah memceritakan kebijaksanaan Tun Perpatih Putih di hadapan Maharaja
China semasa lawatan mereka ke negeri tersebut. Beliau dikatakan telah mendapat
mencari helah untuk melihat wajah dan singgahsana Maharaja China dengan meminta
dihidangkan sayur Kankung yang dibelah tetapi tidak dipotong. Ketika memakan dengan

4
cara menengadah, rombongan Melaka telah dapat melihat kedudukan sebanar raja China
itu,iaitu baginda dikatakan duduk di atas kerusi di dalam mulut naga pada mungkur
kacanya.[10]
Jadi melalui tema berunsur kisah raja-raja, sejarawan Melayu telah menunjukkan
kedaulatan sesebuah negeri berdasarkan kepada keaguangan raja dan kehandalan
pembesar dan ciri ini merupakan ciri yang terdapat dalam karya sejarah lain seperti
hikayat raja-raja pasai, Misa Melayu dan lain -lain.
Aspek konsep Daulat dan Derhaka
Konsep daulat dan derhaka juga merupakan salah satu ciri historiografi Melayu . Hal ini
adalah kerana seperti di nyatakan di atas, kebanyakan karya sejarah adalah bertemakan
kisah raja dan Sultan dan kebanyakan sejarawan pada masa itu merupakan pembesar
istana. Jadi , sejarawan telah mengunakan aspek daulat dan derhaka dalam penulisan
mereka.[11]
Selain itu , konsep daulat dan derhaka menjadi satu ciri historiografi adalah kerana pada
sebelum zaman kedatangan agama Islam raja-raja di Tanah Melayu dianggap sebagai
devaraja iaitu anak kepada tuhan dan selepas kedatangan Islam di Tanah Melayu pula
sultan dianggap sebagai khalifah atau khalifatullah di muka bumi. Jadi, sultan
mempunyai ciri-ciri yang sendiri dan luar biasa serta rakyat haruslah patuh kepada sultan
dan tidak boleh derhaka sultan.[12] Jadi konsep ini telah digunakan dalam karya sejarah
Melayu. Misalnya dalam Sulalatus Salatin, dimana terdapat sebuah perjanjian diantara
Demang Lebar Daun dan Seri Teri Buana seperti raja tidak boleh mengeji, mencela atau
mengaibkan rakyatnya. Manakala rakyat pula tidak boleh menderhaka dan menitikan
darah raja walaupun raja bersalah,zalim atau sebagainya.[13]
Dalam karya Misa Melayu juga pengarang telah mengunakan aspek konsep daulat dan
derhaka sebagai satu aspek yang penting. Misalnya, hal ini dapat dilihat dalam peristiwa
dimana Sultan Iskandar memerintah Raja Muda dan Para pembesar mendirikan istana
berupa mahligai di Pulau Indera Sakti. Walaupun berat hati para pembesar mahupun
segala tukang untuk melaksanakannya kerana mereka tidak pernah melihatnya apalagi
tidak gambaran mengenalinya di dalam hikayat-hikayat silam, namun mereka terpaksa
akur dengan titah perintah tersebut. Disebabkan bimbang dianggap menderhaka kerana
tidak berupaya memenuhi dan melaksanakan titah perintah tersebut, maka tiga orang
pembesar iaitu Bendahara Syarif Abu Bakar, Temenggung Tan Bantan dan Orang Kaya
Menteri Syarif Hussien dengan rasa rendah diri sanggup meletakkan jawatan mereka
supaya dapat disandang orang yang lebih berkelayakan. [14] Di sini menunjukkan
bagaimana sejarawan Melayu telah menggunakan konsep daulat dan derhaka untuk
menunjukkan kesetian rakyat dan pembesar kepada sultan.
UNSUR KEAGAMAAN
Selain daripada ciri di atas , unsur keagaman juga merupakan satu ciri yang terdapat
dalam historiografi Melayu. Kebanyakan Sejarawan Melayu telah memasukan unsur ini

5
dalam karya -karya mereka. Hal ini adalah kerana selepas kedatangan agama Islam di
Tanah Melayu, Semula sultan dan pembesar telah memeluk agama Islam dan telah
menyebarkan agama Islam ke mata dunia. Jadi Sejarawan telah memggunakan unsur ini
dalam karya mereka untuk menunjukkan kelebihan agama Islam dan juga telah
menceritakan bagaimana sultan -sultan telah memeluk agama Islam.[15] Misalnya hal ini
dapat dilihat dalam karya sejarah hikayat raja-raja Pasai pengarangnya telah
menceritakan mengenali seorang sufi yang bernama Syeikh Ismail yang telah
mengislamkan Merah Silu dan dikatakan Merah Silu dapat membaca Al-Quran sebaik
sahaja memeluk Islam tanpa mempelajarinya.
Selain itu terdapat juga kisah pengislaman Raja Kecil Besar di Melaka, dimana pada
suatu malam Raja Kecil Besar bermimpi bertemu dengan Rasulullah S.A.W lalu
mengajarnya mengucap dua kalimah syahadah dan menukarkan namanya kepada Sultan
Muhhamad Syah. Raja Kecil Besar diberitahu Nabi dalam mimpi itu bahawa sebuah
kapal akan tiba esok harinya dan baginda hendaklah ikut barang katanya. Setelah bangun
daripada beradu Raja Kecil Besar mendapati badanya berbau narwastu dan kemaluan
sudah berkhatan, permaisuri dan orang dalam istana menyangka baginda gila
mengucapkan sesuatu yang mereka tidak faham dan terus memanggil bendahara.
Seperti yang diceritakan kepada bendahara, betul petang itu sampai kapal-kapal yang
membawa Syeikh Abdul Aziz.Syeikh ini turun dan sembahyang asar di Pantai
Nyatalah demikian seperti dalam mimpi itu,
Maka raja pun bergurulah pada
Makhdum akan tertib sembahyang
Baginda digelarnya seperti Sabda Nabi Sallallahu
alaihi wa sallam sultan Muhammad Syah.[16]
Selain daripada itu, Sejarawan pada masa itu telah menggunakan unsur- unsur keagaman
dan pengaruh Arab dalam karyanya misalnya pengarang Sulalutin salatin sering
mengaitkan perjalanan sejarah dengan kuasa Maha Allah dan perkataan yang sering
digunakan adalah telah berlakulah hukum Allah atas segala makhluknya, dengan izin
Allah dan sebagainya[17]. Hal ini juga dapat dilihat dalam kisah Sultan Mahmud yang
gering selepas kemangkatan ayahandanya Sultan Alauddin Riayat Shah tersebut seperti
berikut:
Hatta betapa lama selangnya, dengan takdir Allah
Taala, maka Sultan Mahmud Syah pun geringlah,
Sakit buang air, pada sehari dua tiga belas kali buang air.

6
Maka Bendahara Paduka Raja dan Laksamana Hang Tuah pun tiadalah
Berceria dengan Baginda Maka baginda pun dipelihara
oleh Bendahara
Dan Laksamana perlahan-perlahan.
Maka dengan dipelihaa Allah Subha nahu wataala,belum
Lagi habis rupanya suratan ajal baginda,
maka Sultan Mahmud Syah pun semuhlah[18]
Selain itu, dalam karya Misa Melayu, terdapat beberapa petikan ayat Al -Quran yang
digunakan oleh pengarangnya seperti Wa innallah la tukhliful miad dan sebagainya
untuk menunjukkan pengaruh agama Islam.[19]
CIRI-CIRI LAIN
Selain daripada ciri-ciri utama yang telah di bincangkan di atas terdapat juga ciri-ciri
Historiografi sampingan yang lain yang dapat dilihat dalam dalam historiografi Melayu.
Antaranya adalah seperti:
TIADA NAMA PENGARANG
Sejarawan- sejarawan Melayu pada masa lampau biasanya tidak akan menulis nama
mereka sebagai pengarang sesebuah karya yang telah mereka menghasilkan . Hal ini
adalah kerana biasanya sejarawan Melayu pada masa itu bersikap rendah diri di hadapan
Sultan.[20]Oleh sebab itu mereka hanya menggunakan gantinama fakir menganti nama
mereka. Hal ini dapat dilihat dalam sulalatus salatin dimana Tun Seri Lanang
mengunakan perkataan fakir, dalam Misa Melayu dimana Raja Chulan juga telah
mengunakan perkataan fakir. Contoh ungkapan yang di gunakan oleh Tun Seri Lanang
dalam Sulalatus adalah seperti berikut:
Wa baadahu adapun kemudian dari itu telah berkata fakir
Yang insaf akan lemah keadaan dirinya, dan singkat pengetahuan ilmunya
Setelah fakir mendengar demikian, jadi beratlah atas anggota fakir allazi murakkabun
ala jahlihi[21]
Selain itu, Sejarawan Melayu pada masa itu juga telah mengamalkan tradisi penyalinan
sebuah karya . Jadi hal ini telah menyebabkan berlakunya beberapa kesan seperti terdapat
banyak versi dalam sesuatu karya sejarah dan berlaku percanggahan fakta, berat sebelah

7
dan penyalinan sesebuah karya menambah dan mengurangkan cerita mengikut
kepentingan mereka.
TIADA TARIKH
Ciri historiografi Melayu lain ialah sejarawan Melayu pada masa itu tidak menggunakan
tarikh dalam karya mereka untuk memberitahu kepada pembaca bilamasa sesuatu
peristiwa itu berlaku dan bila sebuah karya itu dihasilkan.[22]
Misalnya pengarang Sulalatus Salatin gemar menggunakan ungkapan selang beberapa
hari, tidak berapa lamanya, setelah empat puluh dua tahun umur Sultan Muzaffar
Syah[23]. Maka, ciri ini merupakan satu ciri historigrafi Melayu kerana kita dapat
melihat ciri ini dalam karya sejarah lain seperti Misa Melayu, Tuhfat al-Nafis dan
sebagainya.
BERSIKAP BIAS
Ciri bersikap bias oleh pengarang atau penyalin terhadap sesesuatu peristiwa juga
merupakan satu ciri historigrafi Melayu. Hai ini berlaku dalam historigrafi Melayu kerana
kebanyakan karya hanya ditulis oleh seseorang sejarawan mengikut kepentingan mereka
dan Sultan mereka. Jadi mereka terpaksa bersikap kecenderungan dalam menghasilkan
idea sejarah.[24] Karya -karya yang dihasilkan ataupun di salinkan lebih memaparkan
tentang bangsa masing-masing. Misalnya dalam Sulalatus Salatin, Tun seri Lanang
bersikap berat sebelah dari segi salasilah keturunan raja-raja Melaka, adat istiadat,
perisitiwa-peristiwa yang melihat semua jenis tokoh Melaka seperti Tun Perak, Hang
Tuah dan sebagainya. Hal ini adalah kerana sebagai Bendahara, Tun Seri Lanang terpaksa
memenuhi titah perintah daripada Sultan dan hal ini menyebabkan beliau sukar bebas
daripada bersikap bias kerana takut dimurka oleh Sultan. Bukan sahaja Sulalatus Salatin
tetapi karya sejarah lain seperti Misa Melayu, Hikayat raja- raja Pasai dan sebagai juga
mempunyai ciri ini.
UNSUR HINDU-BUDDHA
Selain daripada ciri-ciri yang di bincangkan di atas, unsur Hindu-Buddha dalam karya
Sejarah Melayu juga adalah salah satu ciri historiografi Melayu. Hal ini adalah kerana
unsur hindu-buddha masih lagi tebal dalam masyarakat Melayu pada masa itu walaupun
penulisan historiografi Melayu bermula selepas penyebaran agama Islam.[25]
Jadi, unsur Hindu Buddha ini telah menjadi satu ciri dalam historiografi Melayu seperti
Sulalutin Salatin, Hikayat raja-raja Pasai, Misa Melayu dan lain-lain lagi. Misalnya kita
dapat lihat unsur ini dalam kegunaan nama-mana yang berunsur hindu seperti gunung
Mahameru, dan juga beberepa peristiwa yang bercampur mitos yang diceritakan karyakarya sejarah lama berbaur kehinduan.
CARA HISTORIOGRAFI MELAYU DAPAT DIMANFAATKAN
MENULIS KEMBAL SEJARAH KEBANGSAAN MALAYSIA.

DALAM

8
Historiografi Melayu seperti Sulalatus Salatin, Bustan al- Salatin,Salasilah Melayu dan
Bugis, Misa Melayu,Tuhfat al-Nafis dan lain -lain lagi merupakan satu gambaran kepada
generasi masa kini tentang bagaimana kehidupan masyarakat pada masa itu. Walaupun
pensejarahan Melayu mengandungi unsur-unsur mitos dan legenda yang sering
membangkitkan keraguan sejarawan barat seperti J.C. Bottoms, R.O Winstedt dan
Wilkinson yang telah menyatakan pensejarahan Melayu tidak boleh dianggap sebagai
sains (ilmiah) dan sastera tetapi hanya sekadar hiburan semata-mata.[26]
Namun ia amatlah penting dalam menulis kembali sejarah kebangsaan Melayu kerana
unsur mitos dan legenda ini telah menunjukkan penghormataan rakyat terhadap sesebuah
negara, Raja dan pembesar kepada generasi masa kini. Melalui unsur ini, generasi masa
kini dapat mengambarkan bagaimana rakyat-rakyat pada masa itu telah menghormati
Sultan dan pembesar dan mempercayai mereka mempunyai kesaktian yang luar biasa.
Walaupun Sejarawan barat tidak menganggap unsur ini sebagai fakta sejarah tetapi secara
tidak langsung mereka juga telah menggunakan unsur-unsur seperti kehadiran tuhan,
dewa-dewi dan kepercayaan karut dalam karya awal mereka seperti dalam karya Perang
Parsi untuk menunjukkan kekuatan negara atau tokoh mereka kepada generasi masa kini.
[27]
Selain itu, peranan historiografi Melayu adalah penting dalam menulis kembali sejarah
kebangsaan Malaysia kerana historiografi Melayu dapat dimanfatkan melalui tiga aspek
penting iaitu melalui aspek politik, ekonomi dan sosial.
ASPEK POLITIK
Historiografi Melayu adalah amat penting dari segi politik kerana seperti yang dinyatakan
diatas, Sejarah tradisi ini telah memberi satu gambaran dari segi politik kepada generasi
pada masa ini. Dalam karya-karya sejarah Melayu, penulis atau penyalin telah
menceritakan bagaimana seorang sultan dan pembesar-pembesarnya mentadbir sesebuah
negeri sehinggalah negeri itu menjadi makmur dan juga penulis menceritakan tentang
kehandalan dan kebijaksaan seseorang sultan dan pembesar dalam mentadbir sesebuah
negera .
Selain itu, Historiografi Melayu ini juga telah banyak menceritakan serta mengambar
bagaimana seseorang sultan mendapat tahkta dan bagaimana mereka bersusah payah
memgekalkan kedudukan mereka. Tambahan pula,melalui aspek ini, kita dapat
mengetahui tentang hubungan diplomatik kerajaan di Alam melayu dengan negara-negara
luar dan juga memberi maklumat tentang persahabatan kerajaan di Alam Melayu dengan
negara-negara di Asia Timur, Asia barat, Eropah dan sebagainya.
ASPEK EKONOMI
Dari segi ekonomi pula, aspek ini amat penting dalam menulis sejarah kebangsaan
Malaysia berdasarkan historigrafi Melayu kerana sepertimana penulis mengambarkan

9
aspek politik seperti itu penulis sejarah melayu tradisi telah mengambarkan keadaan
ekonomi masyarakat Melayu pada masa itu.[28]
Misalnya seperti dalam Sulalatus Salatin dan histiografi lain, Penulis telah
mengambarkan dengan jelas tentang gambaran kegiataan ekonomi yang dilakukan oleh
masyarakat pada masa itu dan juga bagaimana sesebuah negeri seperti Melaka jadi pusat
perdagangan yang terkenal pada masa itu sehingga berlaku perhubungan antarabangsa,
kegiatan mengutip cukai dan bagaimana Melaka dapat mengekalkan kemakmuran
sebagai pusat perdagangan.
ASPEK SOSIAL
Dari segi sosial pula, historigrafi Melayu amat penting kerana melalui historiografi ini
kita dapat mengetahui bagaimana kehidupan sosial sesebuah negeri Melayu pada masa
itu dan juga kepercayaan, hukum adat, peraturan dan undang-undang. Misalnya melalui
historigrafi Melayu inilah kita dapat mengambarkan bagaimana masyarakat melayu pada
masa itu patuh dan taat kepada Sultan dan mereka mengamalkan konsep dewaraja, bukan
itu sahaja malah, melalui aspek ini lah kita dapat membuat gambaran yang jelas
mengenali stukutur sosial masyarakat Melayu terbahagi kepada beberapa lapis.
Jadi, hal ini dapat di maanfatkan dalam penulisan Sejarah Kebangsaan Malaysia melalui
historiografi Melayu untuk generasi yang akan datang.
KESIMPULAN
Secara ringkasnya, Histioriografi Melayu merupakan satu asset yang penting kepada
sejarawan masa kini dalam mengkaji dan meneliti mengenai sejarah di Malaysia.
Histiografi Melayu mempunyai ciri -ciri yang tertentu seperti dibincangkan di atas tetapi
ia amat penting dan berguna kepada generasi masa kini.
Walaupun, Sejarawan barat seperti R.G.Collingwood tidak menggangap histiografi
Melayu sebagai karya-karya sejarah dan menyata bahawa sejarah mestilah bersifat ilmiah
(Scientitic), humanistic, rasional dengan self revelatory tetapi historiografi Melayu ini
telah memainkan peranan penting dalam mengambarkan tentang pertumbuhan
masyarakat Melayu beberapa abad lama, kita juga mengetahui World View iaitu
pandangan masyarakat Melayu tentang dunia melalui historiografi Melayu ini.[29]

[1] Tosh,

J., The Pursuit Of History Aims, Methods and New Directions in The Study of
Modern History,3nd ed.,Harlow England:Longman,2000,
Harun Mat Piah et.al., Kesusasteraan Melayu Tradisional, Kuala Lumpur : Dewan
Bahasa dan Pustaka,edisi kedua,1988,
[2]

[3]

Ismail Hamid, The Malay Islamic Hikayat,Monograf 1,UKM: Institut Bahasa,1983,

10
Rajantheran,M., Sejarah Melayu: Kesan Hubungan Kebudayaan Melayu dan India,
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka,1999
[4]

[5] A.Samad Ahmad

( Penyelenggara), Sulalatus Salatin-Sejarah Melayu, Kuala Lumpur:


Dewan Bahasa dan Pustaka,1996,
[6]

Ibid.,

Muhd.Yusof Ibrahim, Pensejarahan Melayu 1800-1960, Kuala Lumpur: Dewan


Bahasa dan Pustaka,1997,
[7]

[8] A.Samad Ahmad


[9]

( Penyelenggara), Sulalatus Salatin-Sejarah Melayu,hlm.71-72.

Ibid.

[10]

Ibid.,

Kratz, E.Ulrich, Segi-segi Karangan Melayu Tradisional, Fatimah Zainal


(penterjemah), Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka,2004,
[11]

[12]

Harun Mat Piah et.al., Kesusasteraan Melayu Tradisional,

[13] A.Samad Ahmad

( Penyelenggara), Sulalatus Salatin-Sejarah Melayu.

[14]

Raja Chulan, Misa Melayu,Kuala Lumpur:Pustaka Antara,1991,

[15]

Harun Mat Piah et.al., Kesusasteraan Melayu Tradisional,

[16] A.Samad Ahmad


[17]

( Penyelenggara), Sulalatus Salatin-Sejarah Melayu,

Ibid

[18] A.Samad Ahmad


[19]Raja Chulan,

( Penyelenggara), Sulalatus Salatin-Sejarah Melayu,

Misa Melayu.

Liaw,Y.F. (ed), Sejarah Kesusasteraan Melayu Klasik,Singapura: Pustaka


Nasional,1975,
[20]

[21] A.Samad Ahmad


[22]

( Penyelenggara), Sulalatus Salatin-Sejarah Melayu,

Muhd.Yusof Ibrahim, Pensejarahan Melayu 1800-1960,

[23] A.Samad Ahmad


[24] Arbaiyah

( Penyelenggara), Sulalatus Salatin-Sejarah Melayu,

Mohd Noor,Ilmu Sejarah dan Pensejarahan.

11
Kratz, E.Ulrich, Segi-segi Karangan Melayu Tradisional, Fatimah Zainal
(penterjemah),
[25]

[26] Arbaiyah
[27]

Mohd Noor,Ilmu Sejarah dan Pensejarahan,

Ibid., 145

[28]

Muhd.Yusof Ibrahim, Pensejarahan Melayu 1800-1960,

[29]

Liaw,Y.F. (ed), Sejarah Kesusasteraan Melayu Klasik

Anda mungkin juga menyukai