Anda di halaman 1dari 6

Destinasi Impian (Mohd Ismail Sarbini)

Sinopsis Keseluruhan
Cerita ini bermula dengan situasi perjalanan
mengayuh basikal oleh Johari, Firdaus dan Azlina.
Perjalanan mereka dari Kampung Bukit Kapar ke Pantai
Morib Baru adalah untuk menyahut cabaran datuk. Jarak
perjalanan mereka sejauh 50 kilometer. Firdaus sentiasa
merungut sepanjang perjalanan kerana destinasi mereka
sangat jauh dan dia berasa letih. Johari dan Azlina
memberikan dorongan semangat dan pelbagai nasihat
agar perjalanan mereka diteruskan. Tujuan Johari
mengajak Firdaus dan Azlina adalah untuk mengajar
mereka supaya mereka menjadi lasak, berdikari dan
berani. Firdaus berasa bangga kerana berjaya mengayuh
basikal hingga Pantai Morib Baru. Kawan-kawan Firdaus
berasa bangga atas kemampuan dan kejayaan Firdaus
mengayuh basikal. Akhirnya, Firdaus insaf dan sedar
serta tidak bersikap angkuh.

Sinopsis
Bab 1
Johari, Firdaus dan Azlina mengayuh basikal dari
Kampung Bukit Kapar ke Pantai Morib Baru kerana
menyahut cabaran datuk. Jarak perjalanan tersebut
sejauh 50 kilometer. Firdaus sentiasa merungut
sepanjang perjalanan kerana destinasinya jauh dan
berasa letih. Johari dan Azlina memberi dorongan
semangat dan pelbagai nasihat agar perjalanan mereka
diteruskan. Tanpa kerelaan diri, Firdaus terpaksa
meneruskan perjalanan tersebut.

Bab 2
Firdaus terus merungut dan berasa menyesal
sepanjang perjalanan. Beliau berasa letih kerana lama
mengayuh basikal. Kepanasan cahaya matahari yang
begitu lama menambahkan lagi keletihan Firdaus.
Firdaus menyatakan kekesalan kerana menyertai Johari
dan Azlina dan menganggap perjalanan sebagai
perjalanan
gila.
Bab 3
Azlina adik kepada Firdaus sangat berani dan tabah.
Walaupun sebagai seorang perempuan, dia mempunyai
semangat dan daya juang yang tinggi. Meskipun berasa
letih, Azlina tetap ingin meneruskan perjalanan kerana
mengikut sepupunya Abang Johari. Johari sentiasa
memberi nasihat dan dorangan kepada Azlina sebagai
pembakar semangat untuk meneruskan perjalanan.

Bab 4
Johari mempunyai hasrat tersirat sebab Firdaus dan
Azlina perlu menyertai perjalanan berbasikal. Tujuan
Johari agar dapat mengajar Firdaus dan Azlina supaya
tabah dan kuat menghadapi cabaran. Selain itu, Johari
mengharap agar Firdaus dan Azlina menjadi seorang
yang lasak, berdikari dan berani.
Bab 5
Firdaus berdendam terhadap adiknya, Azlina. Johari
yang memainkan peranan untuk mengubah sikap Firdaus.
Johari berjanji
pada dirinya untuk menghentikan

perasaan api dendam dan benci akan Firdaus terhadap


adiknya, Azlina. Johari tidak menduga bagaimana Firdaus
boleh mendendami adiknya sendiri, Azlina.
Bab 6
Firdaus mula berasa bangga kerana perjalanan
mengayuh basikal telah berakhir kerana berjaya sampai
ke destinasi Pantai Morib Baru. Firdaus tidak terduga
kerana dapat berkayuh basikal sejauh 50 kilometer.
Firdaus berasa bangga atas kejayaannya sampai ke
Pantai Morib Baru. Firdaus gembira kerana ketibaannya
telah disambut oleh kawan-kawannya Sazali, Mokhsin,
Salim dan Mazlinda. Kawan-kawan Firdaus berasa bangga
atas kemampuan dan kejayaan Firdaus mengayuh
basikal.
Bab 7
Firdaus sampai di Pantai Morib Baru dan bergembira
dengan kawan-kawannya. Johari dan Azlina sengaja
membicarakan tindakan Firdaus menghabiskan masa
bersama dengan rakan-rakan. Johari dan Azlina turut
gembira dan bangga kerana Firdaus akhirnya berjaya
sampai ke destinasi perjalanan, Pantai Morib Baru.
Bab 8
Azlina berbual-bual dengan Kasmadiana tentang
perjalanan berbasikal di pantai. Kasmadiana memuji
ketabahan dan kemampuan Azlina berbasikal sejauh 50
kilometer. Azlina memberitahunya bahawa dia mengikuti
Abang Johari dan menyahut cabaran datuknya.
Kasmadiana memberitahu bahawa abangnya Karman
bersama Johari dan Tamrin merancang hendak
mengelilingi Malaysia dengan berbasikal. Semasa
perbualan, mereka didatangi oleh Sazali dan Moksin

bertanya sama ada benar kenyataan yang diberikan oleh


Firdaus bahawa dia sampai dahulu ke Pantai Morib. Azlina
menafikan dan mengatakan bahawa mereka berdua telah
ditipu.
Bab 9
Firdaus bermimpi semasa tidur dalam khemah.
Dalam mimpi itu, Firdaus banyak mendapat pujian
daripada Mazlinda. Selain itu, dia merasa bertuah kerana
dapat berjumpa dengan kawan pujaannya Mazlinda.
Moksin dan Sazali telah mengetahui kisah sebenar dan
cuba mendapat kepastian daripada Firdaus. Firdaus cuba
menafikan tetapi setelah dipaksa, akhirnya dia mengaku
bahawa dia telah berbohong. Dalam mimpi itu, Firdaus
telah lemas dan menjerit meminta tolong sehingga
terjaga. Firdaus menerima sindiran tajam daripada
Mazlinda, Johari dan Azlina. Mulai saat itu, Firdaus telah
sedar dan insaf.
Bab 10
Johari membawa berita tentang Firdaus yang ingin
pulang sendiri. Azlina terkejut dengan tindakan abangnya
dan merasa bimbang. Johari cuba menenangkan Azlina
dan memberi penjelasan bahawa Firdaus mampu, yakin
dan boleh berdikari selepas pengalaman yang dilalui.
Bab 11
Firdaus membuat keputusan untuk pulang sendiri.
Dia mengetahui Johari dan Azlina telah pulang dahulu.
Kesempatan itu digunakan oleh Firdaus dan rakanrakannya untuk mandi manda di pantai. Semasa mandi,
Firdaus betul-betul lemas kerana cuba menyelamatkan
Mazlinda
yang
pura-pura
lemas.
Firdaus
telah

diselamatkan oleh Mazlinda kerana dia sebenarnya


pandai berenang. Peristiwa itu telah menyedarkan dan
menginsafkan Firdaus agar tidak bercakap bohong dan
bersikap angkuh lagi.

Tema
Novel ini membawa tema masalah dan konflik
seorang remaja yang menghadapi cabaran dalam hidup.
Firdaus seorang individu yang berada dalam keadaan
dicabar dan mencabar. Bukan mudah untuk menghadapi
cabaran dan bukan semua orang suka dicabar. Firdaus
seorang anak muda yang dicabar oleh orang yang akrab
dalam keluarga
Persoalan
Terdapat beberapa persoalan dipaparkan dalam novel ini,
antaranya:
i. Jiwa remaja yang mudah memberontak
Contoh: Firdaus seorang anak muda yang cepat
mengalah dan tidak tahan menerima cabaran. Akibatnya
dia selalu sahaja merungut dan memberontak apabila
mengalami kesusahan.
ii. Keprihatinan dan kemurahan hati terhadap insan
lain.
Contoh: Johari sentiasa membantu sepupunya apabila
ditimpa kemalangan. Beliau cepat-cepat datang memberi
bantuan kepada Firdaus dan Azlina ketika jatuh dari
basikal.
iii. Keberanian mengharungi rintangan

Contoh: Azlina seorang perempuan berumur 16 tahun,


pelajar tingkatan 4 sanggup menerima cabaran untuk
mengayuh basikal sejauh 50 kilometer. Sebagai seorang
pelajar, dia mempunyai daya juang yang tinggi dan
penyabar.
iv. Keinsafan setelah sedar dari kesilapan
Contoh: Firdaus akhirnya menyesal apabila sedar dari
melakukan kesilapan. Beliau seorang yang panas baran,
pembohong dan bersifat angkuh. Selepas peristiwa lemas
di pantai, dia mula sedar dan insaf dari kesalahannya.
v. Usaha dan kerjasama menghasilkan kejayaan
Contoh: Johari, Firdaus dan Azlina berjaya mengayuh
basikal dan sampai ke destinasi Pantai Morib Baru.
Mereka berjaya kerana usaha yang gigih dan
bekerjasama semasa dalam perjalanan.

Anda mungkin juga menyukai