Anda di halaman 1dari 20

Personaliti Berdasarkan Pengiraan Metafizik Tarikh Lahir

Assalammualaikum Readers,
Hai hai hai apa khabar semua. Sorry lama tak tulis entry. Aiseyh ayat macam blog ni
power dan ramai peminat je kan. hakhak.
Just nak update entry kat sini. Hari ni saya sibuk buat kira-kira metafizik tarikh lahir.
Bukan lah pertama kali layan pola nombor ni. Dulu-dulu, zaman sekolah pun ada buat
juga tapi hari ni terlebih rajin pula. Macam-macam saya search dan nak tahu.
Ada satu buku, saya pernah pinjam dari perpustakaan Labuan. Cerita mengenai
personaliti diri. Kat dalam buku tu pun ada juga ajar dan rujukan metafizik tarikh lahir
dan nombor kombinasi yang kita cenderung. Menurut Dato Fadzilah Kamsah, kajian
metafizik ni 95% betul. Wallahualam.
Biar saya kongsikan di sini cara kira-kira metafizik tarikh lahir kita. Kalau jumpa yang
part 'kelemahan' tu, dan rasa macam tak suka kan, kita berusaha ubah dan buktikan yang
kita tak macam tu. Kalau ada 'kekuatan' yang rasa-rasa memang ada dalam diri kita,
teruskan dan asah bakat dan potensi tu supaya ia benar-benar menjadi realiti.
No Magic, Just Basic. Maksudnya, nak berjaya kena berusaha. Kena mula dari langkah
pertama juga. Tak ada nya magic-magic tiba-tiba jadi kaya ke, tiba-tiba jadi pandai ke apa
kan. hehehe.
eh? banyak cakap la pula. Jom terus belajar cara kira personaliti kita.
Saya ajarkan menggunakan tarikh lahir saya saja oke. Nanti korang boleh tukarkan
kepada tarikh lahir korang. Sedikit sebanyak boleh la kenal saya ni macam mana orang
nya. haha.. tak tahu malu :p

1+6 = 7
0+9=9
1 + 9 = 10 . Jadi kecilkan lagi. 1 + 0 = 1
9+0=9
Kemudian,
7 + 9 = 16. Jadi kecilkan lagi. 1 + 6 = 7
Lepas tu,
9 + 1 = 10. Jadi kecilkan lagi. 1 + 0 = 1
Last,
7+1=8
Jadi, KOD ASAS SAYA adalah 8
Sifat Peribadi Individu Nombor Kod Asas 1
KETULENAN (ELEMENT - METAL

Pro: Mempunyai sifat seorang pemimpin, ada daya tarikan yang tinggi daripada jantina
yang berlainan, mempunyai kebijaksanaan yang tinggi, berupaya mengkaji dan
menganalisis sesuatu perkara dengan mendalam dan spesifik, seorang yang sukakan ilmu
pengetahuan dan memiliki ilmu pengetahuan yang tinggi, seorang yang sangat teliti
dalam kebanyakan perkara, memiliki daya kreativiti yang sangat tinggi dan kepekaan
yang tinggi.
Cadangan: Kepekaan dan kreativiti yang dimiliki hendaklah digunakan dengan sebaikbaiknya kerana individu yang memiliki nombor kod asas 1 berpeluang besar
memperolehi keuntungan menerusi kreativiti dan kepekaan.
Kontra: Pentingkan diri sendiri, tidak suka dikritik, susah untuk menerima pandangan
atau komen daripada orang lain.
Cadangan: Individu dengan nombor kod asas 1 sesuai bekerja sendiri berbanding bekerja
di bawah majikan.
Selebriti dan tokoh yang memiliki nombor kod asas 1 termasuklah Arsene Wenger, Tom
Hanks dan Hulk Hogan.
Huraian kod asas 1 oleh Akademi Metafizik Excel 769:
Anda adalah seorang leader. Mempunyai kekuatan diri dan sentiasa berfikiran positif.
Teliti dalam melakukan sesuatu perkara.Mempunyai kebolehan dan kebijaksanaan untuk
melakukan sesuatu perkara.
Sentiasa berada di hadapan dan selalu menjadi pemimpin dalam sesuatu kumpulan,
persatuan dan sebagainya. Boleh berdikari, tegas dan mempunyai cita-cita yang tinggi.
Keyakinan diri yang tinggi dan suka bebas.
Ceburilah bidang yang anda minati dan akan membuahkan hasil yang baik kerana
kejayaan adalah milik anda. Anda bersungguh-sungguh melakukan sesuatu yang anda
minati.
Yang tak bestnya adalah anda tidak mudah jadi pengikut, sebab anda mempunyai sifat
ketua dan kepimpinan. Anda dilihat sebagai diktator dan kurang berdiplomasi.
Anda mahukan pengikut/orang sekeliling anda setia dengan anda. Mementingkan diri
sendiri dan tidak mudah menerima kritikan.
Sifat Peribadi Individu Nombor Kod Asas 2
PENDAMAI (ELEMENT - WATER

Pro: Seorang yang berkemahiran tinggi dan memiliki personaliti yang menarik. Mudah
kelihatan tenang dan selamba dalam kebanyakan keadaan. Peramah. Sangat suka menjaga
kebersihan. Rajin. Berfikiran Matang. Baik hati, lembut hati dan suka menjaga kebajikan
dan keperluan orang lain. Mudah bergaul dengan golongan yang lebih tua daripadanya.
Apabila diberi tugasan, individu dengan nombor kod asas 2 akan berusaha untuk
menyempurnakan tugas tersebut dengan sebaik mungkin. Suka memberi sumbangan,
berjasa dan berbakti kepada masyarakat. Boleh dianggap sebagai seorang sahabat atau
saudara.
Kontra: Adakalanya kurang berkeyakinan untuk memulakan sesuatu perkara (kurang
yakin dengan kebolehan diri, sekiranya kurang maklumat tentang sesuatu perkara yang
hendak dilakukan) walaupun pada hakikatnya orang lain melihat dia sebagai seorang
yang sememangnya mampu untuk melakukannya. Mendengar nasihat tetapi tidak
semestinya mengikut nasihat tersebut (kelihatan seperti seorang yang lurus tetapi
sebenarnya degil). Lebih mengutamakan kepentingan orang lain berbanding kepentingan
diri sendiri dalam kebanyakan situasi. Suka berkorban untuk orang lain sehingga boleh
memudaratkan atau menyusahkan diri sendiri.
Contoh selebriti yang memiliki nombor kod asas 2 ialah Adi Putra (kanak-kanak pintar
Malaysia).
Huraian kod asas 2 oleh Akademi Metafizik Excel 769:
Dua adalah simbol untuk 2 perkara, 2 situasi, 2 benda dan 2 pilihan dimana anda perlu
membuat keputusan salah satu daripadanya.
Anda mempunyai kebijaksanaan dengan idea yang bernas, tetapi tidak mempercayai
kebolehan diri sendiri. Anda adalah follower, pembantu yang bagus, kawan yang ideal,
pengikut yang baik dan pekerja yang bagus. Seorang yang penyayang, pemaaf dan
lembut hati membuatkan anda adalah teman yang sempurna.
Dua perkara yang membuatkan anda mudah mencapai apa yang anda inginkan adalah
dengan cara diplomasi dan kebijaksanaan. Kunci kejayaan anda adalah bekerjasama
dengan orang lain yang memberikan anda halatuju dan arahan.
Yang tak bestnya adalah anda tidak mempercayai kebolehan sendiri. Sukar untuk
membuat keputusan yang muktamad dan mudah confuse untuk membuat keputusan.
Disebabkan anda lembut hati, anda tidak tahu mengatakan tidak kepada orang lain.
Anda juga mudah dipengaruhi oleh orang lain.
Sifat Peribadi Individu Nombor Kod Asas 3
KETELITIAN (ELEMENT - FIRE)

Pro: Dikatakan sebagai seorang individu yang serba boleh. Seorang yang idealistik, aktif
dan berpandangan jauh. Tahu dan faham keperluan diri. Mampu membezakan antara
perkara buruk dengan perkara baik. Berkebolehan dalam bidang yang diceburi.
Berpotensi untuk hidup mewah sekiranya berusaha bersungguh-sungguh. Mudah
menyatakan pandangan terhadap sesuatu perkara (suka memberi komen).
Kontra: Bersikap terlalu agresif, bukan seorang yang penyabar dan boleh jadi seorang
yang mudah melenting atau panas baran. Suka mengambil mudah sesuatu perkara dan
tidak tegas. Boleh jadi seorang yang nakal dan bermulut laser. Perlu berhati-hati dengan
perkataan yang digunakan semasa bercakap kerana individu dengan nombor kod asas 3
boleh menyakiti hati orang lain dan seterusnya merenggangkan perhubungan dengan
orang lain.
Selebriti yang mempunyai nombor 3 termasuklah Wayne Rooney, Christiano Ronaldo
dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Huraian kod asas 3 oleh Akademi Metafizik Excel 769:
Anda dikaitkan dengan karektor serba boleh (all-rounder). Nombor tiga adalah nombor
segitiga, iaitu simbol kepada manusia yang mempunyai anggota badan, jiwa dan roh. jadi,
anda lebih kepada kerohanian, kekuatan pegangan adat kekeluargaan, peraturan turun
temurun atau agamanya.
Anda dilihat sebagai agresif, kreatif, mudah bersosial, mudah mesra, pandai berjenaka,
ceria selalu dan mudah bergaul. Juga, kebolehan berfikir dengan baik.
Mempunyai kelebihan lisan/bercakap, yang boleh digunakan dalam bidang penulisan,
percakapan dan lakonan. Mudah mengekspresi pandangan dan perasaan anda terhadap
sesuatu.
Yang tak bestnya, anda jarang dapat menghabiskan atau menyudahkan sesuatu
perkara/projek. Juga anda suka cakap lepas tanpa berfikir dan boleh menyebabkan orang
lain terganggu.
Rahsia Peribadi Individu Nombor Kod Asas 4
KONSERVATIF (ELEMENT - WOOD)

Pro: Suka mempelajari sesuatu perkara, bekerja dengan tekun, tabah dan memiliki
strategi dalam melakukan satu-satu perkara. Memiliki jiwa seni dan biasanya boleh
berjaya dalam peperiksaan. Seseorang yang boleh dipercayai dan boleh menyesuaikan
diri dengan masyarakat. Mudah bersimpati dengan orang lain dan memiliki karisma.
Peramah. Suka mengembara dan mencari kebahagiaan dalam hidup. Apabila gagal, akan
mudah bangkit semula.
Kontra: Suka memendamkan perasaan. Tidak mudah meluahkan rasa tidak puas hati
dalam sesuatu perkara. Terlalu mengutamakan perkara-perkara remeh dan berfikiran
sempit, tidak berpandangan luas. Mudah mengalami masalah dalam perhubungan dan
rumah tangga.
Selebriti yang memiliki nombor kod asas 4 termasuklah Bill Gates, Alex Ferguson dan
Margaret Thatcher.
Huraian kod asas 4 oleh Akademi Metafizik Excel 769:
Analisa Umum:
Individu bernombor 4 adalah seorang yang mahu membina sesuatu berdasarkan logik dan
asas yang kukuh. Nombor ini juga menggambarkan Perancangan. Tidak suka membuat
sesuatu dengan sambil lewa. Mengambil berat kepada butiran terperinci.
Anda juga tekun bekerja, mampu bersabar, bekerja keras dalam sesuatu tugasan, sangat
peka dan tradisional. Suka kepada perkara yang mempunyai sistem, logik dan praktikal.
Anda juga boleh fokus dalam sesuatu walaupun orang lain sudah hilang tumpuan.
Anda adalah seorang yang loyal (setia) dan konservatif.
Yang tak bestnya, anda suka simpan sendiri, berfikiran sempit, cemburu, amat degil dan
suka menggunakan cara sendiri tanpa menghiraukan pandangan orang lain. Terlalu
menitik beratkan perkara-perkara remeh sehingga tidak melihat secara keseluruhan
sesuatu perkara.
Individu bernombor empat ini perlu mengambil kira pandangan orang lain dan berterus
terang dalam sesuatu perkara itu.
Rahsia Individu Dengan Kod Asas 5
PERINTIS (ELEMENT - EARTH)

Pro: Memliki sikap kepimpinan yang kuat. Suka mengambil risiko. Suka mencuba
perkara-perkara baru. Boleh memimpin dan ada karisma. Selalunya akan memegang
jawatan tinggi. Sangat rajin dan selalu fokus terhadap kejayaan masa depan jika beliau
berkeinginan untuk mencapai kejayaan tersebut. Berfikiran realistik, tegas, berkesedaran

tinggi dan tidak suka berangan-angan. Tidak mudah melakukan satu-satu perkara yang
sama, perlukan kepelbagaian dan mudah asyik dengan satu-satu perkara yang dilakukan.
Kontra: Keras kepala, tidak boleh dihalang sekiranya ingin melakukan sesuatu perkara.
Mudah cerewet biarpun dengan hal-hal kecil. Tidak mudah bertenang dan sentiasa sibuk
bekerja. Kurang teliti dalam menyempurnakan satu-satu kerja.
Contoh selebriti yang memiliki nombor kod asas 5 termasuklah Britney Spears, Ronaldo,
Abraham Lincoln dan Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Huraian kod asas 5 oleh Akademi Metafizik Excel 769:
Individu ini mempunyai tenaga dan semangat yang amat kuat. Sentiasa mahukan
perubahan yang berterusan. Suka mencuba perkara baru dan melakukan perubahan
mengikut cara yang luar dari kebiasaan.
Amat bangga dengan kebebasan dan sentiasa teruja dalam melakukan sesuatu perkara.
Sangat rajin dan akan mencapai kejayaan di kemudian hari.
Sentiasa sibuk mencari sesuatu kerana merasakan dunia ini adalah sekolah. Individu ini
juga memerhatikan setiap peluang untuk mempelajari sesuatu daripada setiap
pengalaman yang diterima.
Berkarisma, boleh memimpin dan selalu menjadi centre of attraction. Tak suka
berangan-angan.
Tetapi, anda juga adalah yang suka boasting atau jual minyak. Anda juga seorang
yang degil, keras kepala, emosional dan pemarah. Anda juga mempunyai perasaan tidak
tenteram, tidak puas hati serta perasaan terlampau inginkan perubahan yang berterusan
dan tidak tetap dalam melakukan sesuatu.
Individu nombor 5 ini sepatutnya lebih relaks, tidak cerewet dalam isu-isu kecil,
melihat sesuatu dengan teliti serta menimbangtara semua fakta yang diperlukan sebelum
membuat sebarang keputusan. Dengan cara ini, individu ini akan menjadi seorang yang
dihormati oleh semua orang.
Ciri-ciri Peribadi Individu Dengan Nombor Kod Asas 6
ROMANTIS - (ELEMENT - METAL)

Pro: Nombor 6 dikatakan sebagai nombor untuk terus hidup atau wujud. Mempunyai
perjuangan dalam kehidupan. Individu dengan nombor 6 merupakan seorang yang sangat
bersopan, berbudi bahasa dan selalunya memiliki citarasa yang tinggi dalam
kehidupannya. Individu dengan nombor kod asas 6 juga mudah hidup senang atau mewah
dan pada masa yang sama juga merupakan seseorang yang mengawal harta benda dan
kekayaan.
Individu dengan nombor 6 akan berjaya dalam karier dalam bidang pendidikan, bidang

seni dan bidang keagamaan. Individu dengan nombor 6 akan mejadi popular dalam
masyarakat. Individu dengan nombor 6 juga sangat mengambil berat dan menjaga
kebajikan orang-orang bawahannya. Suka membantu orang lain. Selalu menjadi
pendamai.
Kontra: Individu dengan nombor 6 suka berbangga dan tidak akan mengambil kerja
mudah. Seorang yang perfectionist dan mahukan kesempurnaan dalam melakukan
sesuatu perkara. Patuh terhadap kata-kata orang atasan dan tidak mudah menerima cakap
atau arahan daripada orang-orang lain yang bukan ketuanya. Melakukan sesuatu
adakalanya disebabkan ada kepentingan dalam hasil kerja tersebut yang diperlukan untuk
menyempurnakan sesuatu perkara yang lain.
Selebriti yang memiliki nombor kod asas 6 termasuklah Luis Felipe Scolari (pengurus
pasukan bola sepak Chelsea), Rafa Benitez (pengurus pasukan bola sepak Liverpool),
Warren Buffett (pakar kewangan dunia) dan Albert Einstein (genius dalam bidang
Matematik dan Fizik).
Huraian kod asas 6 oleh Akademi Metafizik Excel 769:
Penyesuaian Diri adalah cara anda untuk mendapatkan apa yang diinginkan. Anda
terror untuk adjust dalam setiap perkara.
Anda selalu memainkan peranan pendamai kerana anda mempunyai kefahaman dan
kesabaran untuk melihat dua pihak yang bertelagah untuk mencapai persefahaman atau
perdamaian.
Cinta merupakan kekuatan anda, apatah lagi anda adalah seorang yang mementingkan
keadilan dan saksama. Rumah dan kekeluargaan merupakan titik tolak untuk kebahagiaan
anda. Paling produktif, berorientasikan keluarga dan keluarga yang hadir selepas
perkahwinan seperti anak-anak, adik-beradik dan saudara mara.
Nombor enam mewakili kesenangan atau kekayaan. Tidak suka pada kemalasan dan
membuat sesuatu secara lewa.
Yang tak bestnya, anda adalah seorang yang degil, suka mengarah, terlalu mahukan
ketepatan dan membuat sesuatu yang sukar diterima akal. Dan dalam melakukan sesuatu,
anda akan buat sekiranya ada benefit ataupun kepentingan.
Keperibadian Individu dengan Nombor Kod Asas 7
INTELEKTUAL (ELEMENT - WATER)

Pro: Memiliki kemahiran yang sangat tinggi dan sangat teliti apabila mengendalikan
sesuatu perkara. Individu dengan nombor kod asas 7 tidak akan lupa kepada orang yang
pernah menolongnya. Seorang yang sangat-sangat menghargai dan suka berterima kasih.
Individu ini ghairah dengan cinta dan seks. Seorang pemikir. Suka kedamaian dan

ketenangan. Menarik perhatian orang ramai. Suka menjadi perhatian ramai atau
melakukan perkara-perkara yang boleh menonjolkan dirinya di khayalak ramai. Suka
mengejar kemasyhuran, populariti dan tuah.
Kontra: Pandai memutarbelit kata-katanya. Suka berlawan cakap. Tidak tetap pemikiran
atau pendirian. Mudah mengubah keputusan. Tidak tegas. Sangat suka berahsia dan sikap
seperti ini selalunya menyebabkan dirinya dipandang negatif. Tidak menghargai erti
persahabatan sejati atau persaudaraan yang sebenar. Sering menganggap semua orang
adalah sama. Mendekati orang-orang tertentu kerana ada kepentingan terhadap diri
sendiri. Boleh bertindak kejam jika mood tidak baik. Mudah berasa tertekan. Suka
menyendiri dan akan mencari kawan apabila ada keperluan. Cerewet. Sensitif dengan
persekitaran.
Selebriti yang memiliki nombor kod asas 7 termasuklah Frank Lampard (pemain bola
sepak Chelsea), Saddam Hussein, Mawi dan Michael Jackson.
Huraian kod asas 7 oleh Akademi Metafizik Excel 769:
Individu yang bernombor 7 (tujuh) ini adalah Pencari . Seorang yang terlampau suka
berfikir dan cenderung untuk mengkaji diri sendiri. Anda akan menyelidik sesuatu
perkara dengan mendalam untuk mengetahui sebab musabab ianya berlaku.
Ada kekuatan 6th Sense. Sukakan originality. Merupakan pemikir, sukakan
kedamaian, sukakan ketenangan, suka kesempurnaan dan penganalisa yang hanya akan
menerima sesuatu berdasarkan fakta. Sukar untuk menerima sesuatu dengan mudah.
Penuh dengan belas kasihan, penuh dengan sifat membantu, punya minda yang baik dan
mampu untuk mengumpulkan pengetahuan dari semua bidang.
Yang tak bestnya, anda adalah seorang yang sensitif, berangin dan suka berahsia
yang tidak membantu imej anda secara luaran. Orang menganggap anda adalah seorang
yang tidak mempunyai perasaan (cold) dan ini menyebabkan anda tidak mudah untuk
menjalinkan perhubungan taupun persahabatan. Anda boleh bertindak kejam jika anda
berada dalam mood yang salah.
Sikap Individu Dengan Nombor Kod Asas 8 (SAYA)
PENYELESAIAN (ELEMENT - FIRE)

Pro: Selalunya lebih aktif di kalangan kawan-kawan, dan ini menyebabkan individu
dengan nombor kod asas 8 mudah terkenal. Sangat pendiam, konservatif dan pasif.
Bertanggungjawab dan sangat bermoral. Seorang yang boleh dipercayai. Boleh
menyelesaikan masalah. Tidak akan mempermain-mainkan orang lain.
Kontra: Kadangkala tidak jelas dengan apa yang hendak atau sedang dilakukan. Matlamat
kabur. Nampak kuat secara luaran tetapi sebenarnya berhati sensitif. Sangat berhati-hati

dan percaya kepada pandangan diri. Mudah kehilangan peluang. Sekiranya terjerat
dengan perkara-perkara tidak berfaedah dan membuang masa seperti hiburan, individu
dengan nombor kod asas 8 mudah jatuh ke jurang kegagalan.
Selebriti yang memiliki nombor kod asas 8 termasuklah Osama Laden dan Steven Gerrad
(pemain bola sepak Liverpool).
Huraian kod nombor 8 oleh Akademi Metafizik Excel 769:
Anda sentiasa mencari sesuatu. Mempunyai kebolehan dalam menguruskan sesuatu
jabatan, perniagaan, projek, tugasan ataupun institusi kekeluargaan. Sekiranya anda sudah
berkahwin, sudah semestinya anda pandai menguruskan keluarga.
Anda mempunyai perancangan yang hebat dan amat gemar akan suasana kehidupan yang
baik. Seorang yang bertanggungjawab, tabah, waras, adil, berterus terang, penilai yang
baik, tegas dan kuat bekerja.
Terkenal, kuasa dan bernasib baik adalah tiga perkara yang sentiasa mengelilingi anda.
Anda juga seorang yang materialistik.
Tetapi, yang tak bestnya adalah disebabkan anda sentiasa tercari-cari dan sibuk melihatlihat sesuatu, anda kadang-kadang tidak tahu apa yang anda cari sebenarnya. Jadi,
berhati-hatilah untuk tidak membuang masa melayan perkara-perkara yang tidak
bermanafaat atau berfaedah.
Individu dengan Kod Asas 9
GLAMOUR (ELEMENT - WOOD)

Pro: Sangat optimistik dan berfikiran terbuka. Suka kelihatan cantik. Sangat beradab.
Pintar, peka dan sensitif. Berkebolehan untuk bersikap offensive dan defensive. Pandai
dalam memenangi hati orang lain. Berkebolehan untuk menghiburkan orang lain.
Mempunyai daya tarikan sebagai penghibur. Boleh berkawan dengan sesiapa sahaja.
Melakukan kerja dengan cepat tetapi tidaklah secara terperinci atau khusus. Fleksibel
terhadap persekitaran.
Kontra: Tidak mengambil berat terhadap orang bawahan. Bersikap emosional. Pada
mulanya memiliki ramai kawan, dan kemudian berkemungkinan besar akan kehilangan
kawan satu demi satu sehingga menjadi seorang yang kesunyian. Mudah berubah-ubah
sikap dan sukar difahami. Mudah mengikut perasaan, kadangkala gembira, kadangkala
tertekan dan sebagainya. Mudah berputus asa apabila menghadapi cabaran yang sukar.
Selebriti yang memiliki nombor kod asas 9 termasuklah Harrison Ford, Elvis Presley,
Suharto dan Megawati Sukarno.
Huraian kod nombor 9 oleh Akademi Metafizik Excel 769:

Anda mempunyai kebolehan sebagai penghibur. Anda adalah seseorang yang sensitif,
mudah memahami dan cepat respon kepada orang lain, suasana, sikap, bunyi dan
personaliti. Mempunyai minat yang mendalam dengan sesuatu yang berkaitan dengan
perkara ghaib, magik ataupun mistik.
Anda seorang yang gagah, boleh dipercayai dan boleh diharap, serta menanggung beban
tanpa sungutan. Seorang yang cintakan sesama manusia dan sentiasa berhasrat untuk
menolong orang lain. Juga, tekun dalam membuat sesuatu dan sentiasa berusaha
walaupun menghadapi pelbagai rintangan dan kekecewaan.
Anda juga mempunyai personaliti yang pelbagai sehingga sukar orang lain
memahaminya dan terpedaya dengannya. Anda boleh berubah menjadi seorang yang
sangat bersemangat, teruja atau menjadi seorang yang depresi ataupun muram.
Yang tak bestnya, anda mudah berputus asa apabila bertemu halangan dalam
melaksanakan sesuatu. Oleh itu, anda perlu belajar mengawal emosi secara bijak melalui
pemahaman prinsip kejayaan, falsafah, metafizik dan kaedah kekuatan kerohanian yang
lain.
Macam mana? hehehe. Korang kod asas yang ke berapa?
Selamat mencuba dan mengira.
P/S : Post ini akan saya sambung di next entry. Belum habis lagi. hehe.
To be continue di SINI (klik).

Tuesday, May 20, 2014


Kombinasi 3 nombor yang menujukkan kecenderungan kita (Metafizik
Tarikh Lahir)
Assalammualaikum readers :)
Siang tadi saya ada buat satu entry mengenai PERSONALITI BERDASARKAN
PENGIRAAN METAFIZIK TARIKH LAHIR (klik untuk baca). Saya dah janji nak
sambung langkah seterusnya. Langkah seterusnya ni, ada sedikit pening-pening. hehe.
kena faham dan teliti kiraan dari mana ke mana oke. :)
Boleh lihat gambar kat bawah ni. Saya ada explain juga. Boleh baca dan rujuk gambar
untuk lebih faham. Untuk pengetahuan kita bersama, kiraan kali ini adalah untuk
mengetahui kecenderungan kita melalui kombinasi 3 nombor dari kiraan tarikh lahir kita.
Ada tiga kecenderungan dalam diri kita yang boleh kita siasat. hahaha :p Gambar di
bawah ni adalah hasil kiraan tarikh lahir saya. Korang boleh cuba kira untuk korang
punya kekasih. eh? kesitu pula :p
Oke jom teruskan meneliti gambar dan penjelasan saya kat bawah.

Saya dah tandakan huruf berwarna hijau pada kotak warna biru untuk senang rujuk.
a + c ( 7 + 7 = 14, kecilkan lagi. 1 + 4 = 5). So, letak 5 kat kotak yang dah ditandakan 'a +
c'
b + c ( 9 + 7 = 16, kecilkan lagi. 1 + 6 = 7). So, letak 7 kat kotak yang dah ditandakan 'b
+ c'
d + f ( 1 + 1 = 2). So, letak 2 kat kotak yang dah ditandakan 'd + f '
e + f ( 9 + 1 = 10, kecilkan lagi. 1 + 0 = 1). So, letakkan 1 kat kotak yang dah ditandakan
'e + f '
c + g ( 7 + 8 = 15, kecilkan lagi. 1 + 5 = 6). So, letak 6 kat kotak yang dah ditandakan 'c +
g'
f + g ( 1 + 8 = 9). So, letak 9 kat kotak yang dah ditandakan 'f + g'
h + i ( 9 + 6 = 15, kecilkan lagi. 1 + 5 = 6). So, letak 6 kat kotak yang dah ditandakan 'h +
i'

Senang faham kan setakat ni ? hehehe...kalau tak faham boleh komen dan tanya oke. :)
Lepas tu, saya ada highlightkan petak kuning kat 3 bahagian. Tu maksudnya adalah
bahagian nombor/pola kecenderungan kita.
Nombor kombinasi saya kat petak highlight kuning tu adalah 753,

213 dan 696.

Ramai yang tertanya-tanya. kenapa 696 bukan 966? hehe.. ikut saja sebab itu adalah arah
yang merujuk piramid kiri kanan tarikh lahir kita. Ada sebabnya, tapi maklumla, dah tak
ingat. Nanti saya share lagi kalau saya jumpa buku yang saya pinjam kat perpustakaan
Labuan, oke! :)
Apa yang dimaksudkan disebalik nombor kombinasi kita?
Ini saya punya, nanti kamu kira-kira lepas tu boleh rujuk kat next entry saya nombor
kombinasi korang oke.
753

'Pelaris' diri kerana selalu berurusan dengan VIP/Kenamaan/orang atasan.


Orang atasan/VIP/Kenamaan mudah suka dan percaya kepadanya.
Mudah yakinkan orang.
Menjadi tarikan orang.
Mudah bergaul dengan orang atasan.

213

Seorang debaters/berhujah/debat.
Kekuatan pada suara.
Sesuai menjadi guru/pensyarah/ahli politik/Sales marketing/usahawan.

696

Sesuai dalam bidang perniagaan dan menjadi usahawan.

Alhamdulillah untuk yang baik-baik. Yang tak baik, ubah. Yang baik, asah. Apapun yang
tertulis pada maksud nombor di atas, yang menentukannya hanya diri kita sendiri.
Nombor kajian ini hanya untuk kita lihat kita sesuai dengan bidang apa dan bagaimana
diri kita untuk diperbaiki atau di tambah potensi diri sendiri.
Saya akan sambung post seterusnya dengan membuat entry rujukan nombor kombinasi
untuk korang oke.

To be continue di SINI (klik).

Tuesday, May 20, 2014


Kombinasi 3 nombor yang menujukkan kecenderungan kita (Metafizik
Tarikh Lahir)
Assalammualaikum readers :)
Siang tadi saya ada buat satu entry mengenai PERSONALITI BERDASARKAN
PENGIRAAN METAFIZIK TARIKH LAHIR (klik untuk baca). Saya dah janji nak
sambung langkah seterusnya. Langkah seterusnya ni, ada sedikit pening-pening. hehe.
kena faham dan teliti kiraan dari mana ke mana oke. :)
Boleh lihat gambar kat bawah ni. Saya ada explain juga. Boleh baca dan rujuk gambar
untuk lebih faham. Untuk pengetahuan kita bersama, kiraan kali ini adalah untuk
mengetahui kecenderungan kita melalui kombinasi 3 nombor dari kiraan tarikh lahir kita.
Ada tiga kecenderungan dalam diri kita yang boleh kita siasat. hahaha :p Gambar di
bawah ni adalah hasil kiraan tarikh lahir saya. Korang boleh cuba kira untuk korang
punya kekasih. eh? kesitu pula :p
Oke jom teruskan meneliti gambar dan penjelasan saya kat bawah.

Saya dah tandakan huruf berwarna hijau pada kotak warna biru untuk senang rujuk.
a + c ( 7 + 7 = 14, kecilkan lagi. 1 + 4 = 5). So, letak 5 kat kotak yang dah ditandakan 'a +
c'
b + c ( 9 + 7 = 16, kecilkan lagi. 1 + 6 = 7). So, letak 7 kat kotak yang dah ditandakan 'b
+ c'
d + f ( 1 + 1 = 2). So, letak 2 kat kotak yang dah ditandakan 'd + f '
e + f ( 9 + 1 = 10, kecilkan lagi. 1 + 0 = 1). So, letakkan 1 kat kotak yang dah ditandakan
'e + f '
c + g ( 7 + 8 = 15, kecilkan lagi. 1 + 5 = 6). So, letak 6 kat kotak yang dah ditandakan 'c +
g'
f + g ( 1 + 8 = 9). So, letak 9 kat kotak yang dah ditandakan 'f + g'
h + i ( 9 + 6 = 15, kecilkan lagi. 1 + 5 = 6). So, letak 6 kat kotak yang dah ditandakan 'h +
i'

Senang faham kan setakat ni ? hehehe...kalau tak faham boleh komen dan tanya oke. :)
Lepas tu, saya ada highlightkan petak kuning kat 3 bahagian. Tu maksudnya adalah
bahagian nombor/pola kecenderungan kita.
Nombor kombinasi saya kat petak highlight kuning tu adalah 753,

213 dan 696.

Ramai yang tertanya-tanya. kenapa 696 bukan 966? hehe.. ikut saja sebab itu adalah arah
yang merujuk piramid kiri kanan tarikh lahir kita. Ada sebabnya, tapi maklumla, dah tak
ingat. Nanti saya share lagi kalau saya jumpa buku yang saya pinjam kat perpustakaan
Labuan, oke! :)
Apa yang dimaksudkan disebalik nombor kombinasi kita?
Ini saya punya, nanti kamu kira-kira lepas tu boleh rujuk kat next entry saya nombor
kombinasi korang oke.
753

'Pelaris' diri kerana selalu berurusan dengan VIP/Kenamaan/orang atasan.


Orang atasan/VIP/Kenamaan mudah suka dan percaya kepadanya.
Mudah yakinkan orang.
Menjadi tarikan orang.
Mudah bergaul dengan orang atasan.

213

Seorang debaters/berhujah/debat.
Kekuatan pada suara.
Sesuai menjadi guru/pensyarah/ahli politik/Sales marketing/usahawan.

696

Sesuai dalam bidang perniagaan dan menjadi usahawan.

Alhamdulillah untuk yang baik-baik. Yang tak baik, ubah. Yang baik, asah. Apapun yang
tertulis pada maksud nombor di atas, yang menentukannya hanya diri kita sendiri.
Nombor kajian ini hanya untuk kita lihat kita sesuai dengan bidang apa dan bagaimana
diri kita untuk diperbaiki atau di tambah potensi diri sendiri.
Saya akan sambung post seterusnya dengan membuat entry rujukan nombor kombinasi
untuk korang oke.

Tuesday, May 20, 2014


Kombinasi nombor untuk rujukan selepas membuat kiraan Metafizik
Tarikh Lahir
Assalammualaikum readers,
Best kan kita tarikh lahir? hehe.
Sebelum tu jangan lupa baca entry sebelum ini.
Entry 1 : KOD ASAS DIRI
Entry 2 : KECENDERUNGAN DIRI
...dan di bawah ini adalah senarai nombor kombinasi yang boleh kita rujuk selepas buat
pengiraan kecenderungan kita melalui tarikh lahir.
1 - Sangat berdikari, namun ditikam belakang. Jadi, berwaspada selalu
56 - Sangat berhati-hati dengan wang
67 - Mudah kasihan orang. Mudah belanja kawan-kawan
71 - Mudah ditipu orang
73 - Orang/pengikut mudah datang dan pergi.
73 - Orang / Kawan mudah datang dan pergi
156 - Bekerja di luar kawasan. Selalu outstation.
189 - Bergerak ke sana ke mari. Tidak suka duduk di satu tempat
336 - Mempunyai pergerakan wang yang aktif.
786 - Orang suka beri tanggungjawab
123 - Kekuatan pada suara. Bagus untuk sales, marketing, guru dan usahawan
123 - Mempunyai kekuatan pada suara. Bagus jadi guru, buat sales, buat marketing,
penyanyi atau usahawan.
123 - Kekuatan pada suara. Karier sebagai guru, penyanyi, salesman dan usahawan
adalah digalakkan.
123 - Kekuatan pada suara. Boleh jadi penyanyi, guru, buat sales, marketing dan
usahawan.
235 - Beremosi, mudah terusik dan baran
235 - Beremosi, mudah terusik dan baran
246 - Pandai dalam bab-bab syarahan dan ceramah
393 - Cepat mendapat kejayaan, tapi tak bertahan lama
393 - Cepat berjaya, tetapi tak tahan lama.
426 - Pandai dalam syarahan dan ceramah
426 - Pandai memberikan ceramah atau syarahan
456 - Terlibat dan bertanggungjawab dalam aliran wang. Berjaga-jaga supaya jangan
terlibat dalam rasuah.
459 - Seorang yang memiliki gerak hati atau 6th Sense
459 - Memiliki gerak hati atau muslihat. Ilham yang tinggi
573 - Mudah bergaul dengan orang atas dan orang kenamaan

573 - Mudah bergaul dengan orang atas dan kenamaan.


573 - Mudah bergaul dengan orang atasan dan kenamaan. Mungkin ada di sabotaj oleh
orang lain.
666 - Sangat berhati-hati dengan wang
729 - Mudah yakinkan orang, jadi tarikan orang.
729 - Mudah menyakinkan orang. Menjadi tarikan orang
729 - Mudah yakinkan orang. Menjadi tarikan orang. Bagus untuk jadi usahawan
729 - Menarik, menawan dan menjadi tarikan orang. Mudah yakinkan orang
729 - Mudah yakinkan orang, menjadi tarikan orang. Juga pelaris. Sesuai untuk jadi
ahli politik
729 - Pelaris, Mudah yakinkan orang, menjadi tarikan wanita.
729 - Sangat menawan & mudah yakinkan orang.
777 - Sentiasa di kelilingi oleh lelaki
843 - Selalu tercari-cari kejayaan. Mudah tukar citarasa. Tetapi, banyak idea dan inovatif
843 - Selalu tercari-cari kejayaan, sentiasa ingin tukar citarasa.
843 - Selalu tercari-cari kejayaan, sentiasa ingin tukar citarasa
843 - Selalu tercari-cari kejayaan. Mudah bosan dan sentiasa ingin tukar citarasa
843 - Selalu tercar-cari kejayaan. Mudah bosan dalam satu-satu perkara.
888 - Hiperaktif
933 - Kejayaan yang singkat. Kena belajar strategi bagaimana yang mengimbanginya
944 - Kurus dan mempunyai citarasa yang tinggi
966 - Mudah untung. Bagus jadi usahawan.
966 - Mudah untung, bagus untuk menjadi usahawan
966 - Mudah untung dan usahawan adalah kerjaya yang sesuai
966 - Mudah untung dan bagus jadi usahawan
966 - Mudah mendapat keuntungan. Elok jadi usahawan
966 - Mudah untung, jika mahu. Sesuai untuk jadi usahawan. Lepas tu boleh jadi
dermawan, macam Syed Mokhtar atau Bill Gates
966 - Mudah untung, bagus jadi usahawan
966 - Mudah untung, bagus jadi usahawan
966 - Mudah untung, elok jadi usahawan
966 - Mudah untung (bagus untuk menjadi usahawan)
999 - Banyak peluang dan kejayaan, tetapi kesunyian
__________________________________________
pola-pola yg berkaitan dgn no6 "PATTERNS OF 6
spt 426, 363, 696, 156, 876, 456, 666, 396..
426 dunia pendidikan penceramah, pensyarah, pusat tuition atau sebagainya.
786 pemimpin pengarah, pengurus, ahli politik.
156 transport, outstation, sekuriti courier, logistic,polis.
696 perniagaan peniaga, usahawan.
456 dunia kewangan, money matters bank, insuran.
336 pelaburan shareholder, perdagangan mata wang/forex
666 money matters, gold bank, insuran, gold broker

396 retailer stockist, hypermarket.


Apa yg ingin ditekankan disini adalah peluang rezeki yg banyak/lumayan dari bidang2
tersebut.
__________________________________________
nombor 7(pengaruh dan tarikan)..kebiasannya pola 729 adalah pelaris semulajadi..tetapi
pola berangkai 7 seperti 786, 753, 775, 769, 764, 777 juga mempunyai pengaruh/ pelaris
diri cara berlainan..
contohnya 753 pelaris diri kerana selalu berurusan dgn vip..786 mereka selalu
mempunyai tarikan sebagai ketua dan tempat rujukan penyokongnya..777 penyokong dan
disukai ramai/ aura tersendiri..769 bertuah kerana selalu dibantu dan disokong baik segi
rezeki/wang dan kuasa..764 selalu mereka golongan pendidik/ cendikiawan yang
bepengaruh dan segi kebijaksaan idea yg hebat sperti kebanyakkan penerima anugerah
Nobel.
___________________________________________
573 Pola orang kenamaan / orang terkenal
13 - Pola aktif (kekuatan fizikal)
5955 Pemimpin yang tegas, keras hati dan kekuatan fizikalnya serta mahu buat
perubahan
459 dan 549 bijak dalam muslihat perancangan. Ada gerak hati yang bagus.
545544 perancang yang hebat.
494 memiliki pengetahuan yang tinggi
426 penceramah yang bagus
9 di tengah hidup untuk berbakti kepada masyarakat (humanity). Seorang yang
penampilannya bersih dan kemas.
7 di tengah arah mata angin mudah disenangi ramai pengikut.
Memiliki kesemua nombor 1 hingga 9 = seimbang dan sempurna.
___________________________________________
PROFIL KELEMAHAN:
456 dituduh salahguna wang (Thaksin juga punyai pola nombor 456 dituduh rasuah)
___________________________________________
Sedikit info pola 729 ini adalah pola pelaris (lg sekali ini adalah statistic bukan
ramalan.) sesiapa yg ada pola ini cuba perhatikan situasi dimana jika ke sesebuah
restoran/kedai makan yg tiada/kurang pengunjung dan setelah mereka duduk disitu akan
semakin ramai pelanggan yg datang dengan izin Allah ler.. tak caye, gi try test kalau tak
jadi, lom mandi kot kuang..kuang..kuang., kalau jadi seperti dijangka, tak reti-reti nak
guna kelebihan tu..
P/S : Saya belum habis berkongsi lagi mengenai metafizik tarikh lahir ni. HEHE.