Anda di halaman 1dari 26

Watak dan perwatakan:

Nur Sukma Binti Haji Syakir


. Watak utama
. Anak tunggal perempuan Haji Syakir dan Puan Delia
. Berusia 19 tahun
. Penuntut jurusan Sains Politik dan Falsafah di sebuah institusi pengajian tinggi
awam
. Guru tarian zapin
Cth: Pada masa lapang, Sukma mengajar budak-budak berumur lima hingga 12
tahun di kawasan perumahan tempat tinggalnya.
. Bersimpati terhadap orang lain
Cth: Sukma berasa simpati akan wanita tua yang berada di luar pagar rumahnya
. Taat akan perintah ibu.
Cth: Suria menurut perintah ibunya yang melarangnya daripada berjumpa
dengan tetamu
misteri yang berada di luar rumahnya.
. Merendah diri
Cth: Sukma memohon maaf kepada ibunya setelah dia berlaku kasar terhadap
ibunya
. Taat kepada perintah Tuhan
Cth: Walaupun sibuk akan urusan harian, Sukma tetap menunaikan solat pada
setiap waktu.
. Berani
Cth: Sukma pergi ke Kelab WX2 seorang diri untuk melihat keadaan sebenar
kelab itu.
. Memiliki sikap setia kawan
Cth: Sukma sanggup menghadapi bahaya untuk menyelamatkan rakan baiknya,
Jerry dan Iskandar daripada terus dipengaruhi pemikiran barat.
. Degil
Cth: Sukma tidak mahu mendengar arahan ayahnya supaya menunggu di dalam
kereta ketika operasi diadakan.
. Gigih berusaha
Cth: Sukma tidak berputus asa untuk mencari bukti dan maklumat berkaitan
Kelab WX2.
. Baik hati
Cth: Sukma mengambil makanan untuk Aim yang lapar ketika Aim datang ke
rumahnya.
. Bersikap prejudis
Cth: Sukma berburuk sangka terhadap tingkah laku ibunya.
Watak dan perwatakan :
Puan Delia
. Ibu Sukma dan isteri Haji Syakir
. Seorang yang berhati-hati
Cth: Ibu Sukma melarang Sukma daripada berjumpa dengan wanita tua, kanakkanak dan isteri muda di hadapan pagar rumahnya.
. Menghormati tetamu

Cth: Puan Delia menyuruh Sukma menyediakan kuih dan air kepada Rafiq.
. Pernah bekerja di sebuah syarikat besar
. Seorang yang berdisiplin, amanah, baik hati dan cantik.
. Penyayang
Cth: Ibu Sukma menghadiahi Sukma sebuah buku kerana risau akan diri Sukma
yang dikatakan mengalami tekanan perasaan.
. Penghidap penyakit darah tinggi
Cth: Doktor menasihati Puan Delia agar berehat di rumah.
. Seorang perisik
Cth: Puan Delia menyamar sebagai salah seorang ahli kumpulan WX2 dengan
menjadi pemerhati dalam kumpulan tersebut untuk mengetahui pergerakan
kumpulan tersebut.
Watak dan perwatakan:
Tuan Haji Syakir
. Seorang yang bertanggungjawab
Cth: Melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang pengerusi jawatankuasa
kampung dengan penuh amanah.
. Bersikap prihatin
Cth: Beliau berjaya mengumpulkan dana bagi membiayai pembedahan jantung
dan rawatan kulit Ehsan.
. Taat akan perintah Tuhan
Cth: Walaupun sibuk akan urusan harian, beliau tetap menunaikan solat pada
setiap waktu.
. Berjasa kepada rakyat
Cth: Beliau dihormati oleh masyarakat sekeliling kerana jasanya terhadap
mereka.
. Seorang yang tidak emosional
Cth: Beliau sentiasa tenang dalam menyelesaikan perselisihan faham yang
berlaku antara Sukma dan Puan Delia.
. Bertolak ansur
Cth: Beliau tidak memarahi Sukma apabila mengetahui bahawa Sukma pergi ke
kelab WX2 seorang diri.
. Pandai memujuk
Cth: Beliau menyuruh Sukma agar memohon maaf kepada ibunya dengan segera
setelah Sukma berlaku kasar dengan ibunya.
Watak dan perwatakan:
Iskandar
. Sahabat Sukma di sekolah menengah
. Gemar memberontak ddan pesimistik
. Seorang lelaki yang ego
. Tertarik akan Sukma
. Bertaubat dengan kesalahan yang telah dilakukan
. Boleh bekerjasama dalam mengatasi kumpulan WX2
Watak dan perwatakan:

Kak Ros
. Jiran keluarga Sukma
. Seorang Inspektor polis
. Berusia dalam lingkungan 30-an
. Seorang yang cekal dan tabah
. Hidup bersendirian tanpa ibu bapanya
. Berani menjalankan tugas
Watak dan perwatakan:
Rafiq
. Berasal dari Washington
. Pelajar cemerlang dari Amerika
. Pelajar baharu di universiti Sukma
. Berperwatakan sederhana
. Lelaki yang menyenangkan dan berwajah ceria
. Ikut ayahnya berpindah ke Malaysia
. Bersemangat setia kawan
. Tertarik akan Sukma
. Baik hati
. Mudah dibawa berbincang
. Bersikap rendah diri
Watak dan perwatakan:
Teja
. Mahasiswa di institut pengajian tinggi awam
. Teman karib kepada Sukma sejak berusia 13 tahun
. Sedikit nakal dan gila-gila bahasa
. Sahabat yang prihatin akan masalah yang dihadapi oleh sahabatnya
. Taat akan kedua-dua ibu bapanya
Watak dan perwatakan:
Remy
. Berketurunan Iban
. Seorang penari daripada Kumpulan Waris Cinta
. Mahir segala jenis tarian tradisional
. Tidak melanjutkan pelajaran ke peringkat yang tertinggi
. Menimba ilmu hanya daripada pembacaan
. Lemah-lembut, berbudi bahasa dan terlibat dengan kumpulan WX2
Watak dan perwatakan:
Jerry
. Berusia 19 tahun dan sahabat kepada Sukma
. Ayahnya pernah bekerja dengan ayah Sukma
. Taat akan perintah kedua-dua ibu bapanya
. Hidupnya diatur oleh kedua-dua ibu bapanya
. Seorang pemuda yang ingin mencari kebebasan
. Baik, boleh dipercayai, tidak pernah menyusahkan keluarga dan terlibat dengan

kumpulan WX2
Watak dan perwatakan:
Wanita Tua
. Wanita tua yang berdikari
. Sayang akan cucunya
. Bidan kepada Sukma
. Pernah mempunyai hubungan yang baik dengan keluarga Sukma
. Ada seorang anak lelaki yang sudah meninggal dunia
. Menjual buah di pasar untuk menyara kehidupannya
. Tabah membesarkan anak seorang diri
. Berperanan penting dalam mempengaruhi pandangan Sukma terhadap ibunya
Watak dan perwatakan:
Abang Aim
. Kurus badannya, melengkung, berkulit gelap dan lemah
. Penghidap Aids dan bekas kumpulan WX2
. Pernah bekerja dengan ayah Rafiq di ladang
. Tinggal di belakang rumah Tok Siak
. Menceritakan pergerakan WX2 yang menggunakan pati 1 dan dadah untuk
mempengaruhi
pengikut mereka
Watak dan perwatakan:
Aim Kecil
. Anak yatim piatu yang berusia 5 tahun
. Tinggal bersama dengan neneknya sejak berumur 2 tahun
. Matang walaupun masih kecil
. Mendengar kata dan sayang akan neneknya
Watak dan perwatakan:
Su Ani
. Ibu saudara Teja
. Pemilik kafe flora
. Berkahwin dengan Su Rawi
. Pemurah dan baik hati
. Mesra dengan kanak-kanak
Watak dan perwatakan:
Pak Rashid
. Pemandu kepada ayah Sukma selama 6 tahun
. Berpakaian kemas, berbaju kemeja putih dan berseluar hitam
. Pandai menyimpan rahsia
. Prihatin akan diri Sukma
. Baik hati
Watak dan perwatakan:

Erman
. Ketua kumpulan Waris Cinta
. Kumpulan penari tradisional Sarawak
- Seorang yang peramah

Novel 6.20
TEMA
Novel 6.20 ini bertemakan jati diri seorang remaja yang diuji dengan arus dan pengaruh kemodenan.
Jati diri dapat digambarkan melalui perwatakan Sukma yang dibantu rakan-rakannya untuk
merungkai masalah yang berlaku di kawasan tempat tinggalnya. Masalah ini timbul apabila wujudnya
kumpulan yang cuba memesongkan akidah dan pemikiran generasi muda tanpa kawalan serta tidak
terikat dengan peraturan dan undang-undang.
Kehadiran tetamu seawal 6.20 pagi ke rumahnya seolah-olah memberi petunjuk kepada Sukma dan
rakan-rakannya merungkai konflik tersebut. Sukma terkejut apabila mengetahui bahawa ibunya turut
terlibat dengan kumpulan tersebut, namun akhirnya Sukma sedar ibunya merupakan individu penting
dalam usaha membanteras pergerakkan kumpulan tersebut. Jati diri yang ditunjukkan oleh Sukma
dan rakan-rakannya membuahkan hasil apabila mereka berjaya melumpuhkan kegiatan kumpulan
tersebut bersama-sama pihak berkuasa.

PERSOALAN

1. Tanggungjawab pemimpin terhadap anak buahnya. Tn. Hj. Syaqir, bapa Sukma merupakan
seorang pemimpin yang amat bertanggungjawab. Beliau menjadi wakil penduduk dan sentiasa
mengambil berat akan kebajikan anggota masyarakat sekitarnya. Masanya lebih banyak dihabiskan
di luar rumah untuk menyelesaikan masalah anak-anak buahya.

2. Kerjasama dalam membanteras kegiatan negatif yang boleh merosakkan masa


depan.Sukma bekerjasama dengan rakan-rakannya membantu pihak berkuasa melumpuhkan
kumpulan yang telah mempengaruhi dan merosakkan minda generasi muda yang berpendidikan agar
mereka lupa akan tanggungjawab kepada negara dan hasilnya mereka berjaya.

3. Keprihatinan ibu bapa terhadap anak-anak. Keprihatinan ini dapat dibuktikan melalui watak
ibu Sukma iaitu Puan Delia sangat mengambil berat akan keselamatan Sukma dan selalu mengawal
Sukma supaya tidak berhubung dengan orang-orang yang tidak dikenali. Begitu juga ayahnya, yang
sentiasa mengambil berat tentang Sukma dan menasihatinya agar bijak dalam setiap tindakannya.

4. Perhubungan persahabatan yang erat dalam kalangan remaja. Buktinya, Sukma menjalin
hubungan yang erat dengan rakan-rakannya yang terdiri daripada pelbagai latar belakang dan
agama. Keakraban mereka terjalin semasa di universiti, dan Sukma sanggup berusaha untuk

menyelamatkan Jerry, sahabat karibnya sejak kecil daripada terus hanyut dalam kumpulan ruang sepi
di Kelab WX2.

5. Remaja yang ingin akan kebebasan dan melakukan apa-apa sahaja yang dikehendaki
mereka. Jerry yang merupakan salah seorang golongan remaja yang telah terjebak dengan
kumpulan yang ingin ingin mencari kebebasan melalui Kelab WX2. Jerry yang merasa dikongkong
sejak kecil oleh keluarganya bertindak melibatkan diri dengan kelab WX2 yang akhirnya diselamatkan
oleh Sukma dan Rafiq.

6. Amanah dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab. Puan Delia yang amanah dalam
melaksanakan tugasnya, apabila dia menyimpan kukuh rahsia bahawa dirinya bertugas membantu
pihak berkuasa mengawasi kumpulan WX2. Puan Delia tidak pernah membocorkan rahsia mengenai
dirinya kepada ahli keluarganya sehinggakan Sukma berperansangka buruk terhadap ibunya.

PLOT
Plot ialah perjalanan cerita atau rentetan cerita yang mempunyai sebab dan akibat.

Permulaan
Kehadiran para tamu di awal pagi ke rumah Sukma menimbulkan keresahan dalam diri Sukma.
Sukma indin berkenalan dengan mereka tetapi dihalang oleh ibunya, Pn. Delia. Beliau beranggapan
bahawa tetamu tersebut hanya ingin mengambil kesempatan terhadap Sukma memandangkan
ayahnya seorang pemimpin di kawasan itu. Perubahan sikap rakan-rakan sekuliah Sukma turut
menimbulkan keresahan Sukma. Hal ini bermula apabila Jerry yang tiba-tiba berubah setelah
menyertai kumpulan ruang sepi di Kelab WX2, begitu juga Teja dan Iskandar.

Perkembangan
Sukma menyiasat aktiviti di Kelab WX2 dan dia bertemu dengan Iskandar semasa dia masuk ke
tempat kumpulan tersebut. Sukma juga bertemu dengan Aim dan Aim membawa Sukma ke rumah
neneknya, dan Rafiq juga membawa Sukma beretemu abang Aim iaitu tetamu Sukma yang datang ke
rumahnya pada hari Selasa, iaitu seorang lelaki kurus. Sukma pelik dengan perwatakan Jerry yang
cukup berbeza daripada sebelumnya, dan Sukma dan rakan-rakannya cuba menasihati Jerry. Sukma
terkejut dengan pernglibatan ibunya dalam aktiviti Kelab WX2. Akhirnya Sukma tahu aktiviti Kelab
WX2.

Konflik
Sukma berselisih pendapat dengan ayahnya apabila mendapati ahaynya tidak tahu tentang aktiviti
kumpulan itu. Iskandar yang merupakan seteru Sukma, memujuk Sukma supaya tidak masuk campur

dalam urusan kumpulan tersebut. Sukma terkejut apabila dia ternampak ibunya berbual dengan
Iskandar di hadapan rumahnya pada jam 6.20 pagi. Sukma mengetahui ayah Aim meninggal dunia
akibat AIDS, tetapi nenek Aim berpendapat arwah telah menjadi mangsa kumpulan yang tidak
bertanggungjawab. Semasa pulang dari Kelab WX2 dengan Kak Ros, Sukma ternampak ibunya
keluar dari rumah dan Sukma yakin bahawa ibunya terlibat dengan kumpulan tersebut kerana pernah
belajar di luar negara. Sukma memaklumkan kepada ayahnya bahawa ibunya terlibat dengan
kumpulan WX2. Sukma memujuk Jerry agar memberi kerjasama dalam usaha membanteras
kumpulan tersebut dan Jerry bersetuju.

Klimaks
Operasi oleh pihak berkuasa untuk menggempur lokasi aktiviti kumpulan tersebut tetapi mereka telah
berpindah ke lokasi lain. Operasi yang kedua membuahkan hasil apabila Iskandar yang kelihatan
sudah insaf turut serta dalam operasi tersebut. Keadaan kucar-kacir kerana ahli kumpulan tersebut
tidak menjangkakan pihak berkuasa akan melakukan operasi tersebut untuk menggempur lokasi
simpanan dadah Pati 1 dan dadah-dadah lain. Ahli kumpulan berkenaan dapat diberkas dalam
tempoh 1 jam dan Sukma membayangkan ibunya akan menerima hukuman yang berat nanti.

Penutup
Sukma bercerita tentang pengalaman yang dilaluinya selama 2 minggu lepas. Sukma sedar kini
bahawa sangkaan buruk terhadap ibunya selama ini salah kerana, sebenarnya ibu Sukma
merupakan orang penting dalam usaha membanteras pergerakkan kumpulan ruang sepi Kelab WX2.
Ibunya menyamar untuk membantu pihak berkuasa. Ibu Sukma terkena tembakan ahli kumpulan
berkenaan dan kini sedang koma. Ibunya ditembak supaya rahsia kumpulan itu tidak terbongkar.
Sukma tidak sabar menunggu ibunya sedar daripada koma untuk memohon maaf.
WATAK
DAN
PERWATAKAN
Sukma
- gadis berusia 19 tahun dan pelajar di pusat pengajian tinggi tempatan dalam jurusan Sains Politik.
- anak tunggal Tn. Haji Syakir dan Puan Delia, merupakan anak kesayangan.
- gadis yang cinta akan budaya Timur dan menentang budaya Barat yang cuba meracuni minda
golongan
muda.
- Sukma sering tidak sependapat dengan Iskandar yang lebih mengagungkan budaya Barat.
- Sukma pandai menari tarian zapin dan menjadi guru tarian zapin kepada kanak-kanak di kawasan
tempat
tinggalnya.
- Gadis yang prihtin,tegas, rajin dan bijaksana. Selain daripada itu, Sukma mudah simpati dan
bertanggungjawab.
Rafiq
Mustaqeem
- pemuda yang pernah tinggal di luar negara dan pelajar cemerlang semasa menuntut di Amerika
Syarikat.
- merupakan anak orang berada tetapi tidak dimanjakan dengan kemewahan.
- Rafiq bukan anak Melayu tulen tetapi mengagumi budaya Timur dan merupakan seorang pemuda
yang
kacak.
- Rafiq amat menyenangi Sukma dan mengambil berat akan Sukma dan sentiasa membantu Sukma.
- Seorang pemuda yang suka menghulurkan bantuan, menghormati orang lain, berani dan
bertanggungjawab.
Puan

Delia

- ibu Sukma dan merupakan seorang wanita yang agresif serta menjalankan tugas dengan penuh
tanggungjawab.
- beliau seorang yang bijaksana, cantik, baik hati dan amat menyayangi ahli keluarganya.
- Pn. Delia menghidap penyakit darah tinggi. Berpendidikan tinggi dan mendapat pendidikan di Barat.
- Pn. Delia ditugaskan untuk mengawasi pergerakkan kumpulan ruang sepi di Kelab WX2 dan tidak
pernah membongkarkan rahsia tugasnya sehinggakan Sukma mennyalahkan ibunya dan menuduh
Pn. Delia sebagai tali barut kumpulan yang cuba memesongkan akidah generasi muda.
beliau
jga
seorang
yang
penyayang,
amanah,
bertanggungjawab,dan
berani.
LATAR

Latar Tempat
1.
Di hadapan pagar rumah Sukma Sukma berasa hairan apabila dia menerima
tetamu yang tidak diundang datang ke rumahnya setiap jam 6.20 pagi. Antara tetamunya,
seorang perempuan tua membawa buah manggis dengan bakul rotan, seorang lelaki
berpakaian lusuh, seorang kanak-kanak lelaki dan dua ekor kucing.
2.
Rumah Sukma Sukma sering bertelagah dengan ibunya kerana Pn. Delia
dikatakan terlalu mengawal pergerakkan Sukma. Tn. Hj. Syakir sering menasihati anak dan
isterinya supaya bertenang dan meminta Sukma memohon maaf daripada ibunya.
3.
Di Kelab WX2 Sukma yang tidak berpuas hati apabila banyak individu yang
dikenalinya terlibat dengan kumpulan tersebut, membuatkan Sukma pergi ke kelab tersebut
untuk menyiasat bersendirian. Sukma telah bertembung dengan Iskandar di kelab tersebut
dan Sukma dihidangkan air oren.
4.
Di dewan kuliah Sukma bertemu dengan Rafiq dan Teja sering mengusik Sukma
apabila Rafiq sering memandang Sukma di dewan kuliah. Sukma juga sering dipuji oleh
Profesor Darul yang kagum akan kebijaksanaan Sukma dan sering menyoal Sukma untuk
mendapatkan jawapan yang cemerlang.
5.
Di rumah nenek Aim Sukma telah di bawa oleh Aim ke rumah neneknya dan
Sukma baru tahu bahawa nenek tua yang datang ke rumahnya ialah nenek Aim. Di rumah
nenek Aim, Sukma mengetahui banyak perkara tentang hubungan nenek Aim dengan
keluarganya. Nenek Aim pernah menjaga Sukma semasa kecil kerana ibu Sukma sakit
selepas melahirkannya.
Latar Masa
1.
6.20 pagi masa Sukma menerima tetamu bermula seorang nenek tua, pemuda,
seorang budak kecil, dan 2 ekor kucing Burman.
2.
Dalam tempoh 2 minggu Sukma berhadapan dengan pelbagai persoalan yang
menggusarkan hatinya.
3.
Waktu pagi Sukma menghadiri kuliah Prof. Darul.
4.
Selepas 2 minggu Sukma mendapat jawapan bagi setiap persoalan dan dia tidak
sabar menunggu ibunya sedar untuk memohon maaf.
Latar Masyarakat
1.
Masyarakat yang berpendidikan tinggi Sukma dan kawan-kawannya penuntut
universiti, Pn. Delia lulusan universiti luar negara, begitu juga Rafiq.

2.
Masyarakat yang bertanggunjawab Sukma mengambil berat tentang kehadiran
tetamu walaupun dihalang oleh ibunya. Begitu juga dengan bapa Sukma yang
bertanggungjawab terhadap masyarakat di kawasannya.
3.
Masyarakat yang prihatin Sukma dan ayahnya amat prihatin terhadap
penderitaan yang terpaksa dilalui oleh Ehsan yang menghidap sakit jantung dan kulit.

Novel ini menceritakan tentang Sukma iaitu seorang remaja perempuan yang hidup dalam
kemewahan dan sedang menuntut di sebuah universiti awam tempatan. ayah Sukma
merupakan seorang YB di kawasan tersebut. keganjilan muncul apabila Sukma sering melihat
tetamu di hadapan rumah mereka. tetamu-tetamu yang tidak diundang itu muncul tepat pada
pukul 6.20 pagi. Antara tetamu yang sering dilihat oleh Sukma adalah seorang kanak-kanak
lelaki, seorang nenek tua dan juga seorang lelaki. Sukma akhirnya dapat bercakap dengan
tetamu-tematu itu, namun apabila ibu sukma melihat, ibunya akan marah dan secara tiba-tiba
tetamu-tetamu itu akan hilang dengan sekelip mata. Sukma juga mempunyai beberapa orang
rakan karib antaranya Rafiq, Tija, Jerry dan Reny, serta seorang lelaki yang sering bertengkar
dengannya iaitu Iskandar. mereka semua adalah rakan sekampus dan sekuliah. sukma mula
menyiasat akan kehadiran tetamu-tetamu yang tidak diundang itu. nenek tua itu pernah
memberitahu kepada sukma, bahawa rumah mereka panas dan hanya sukma yang boleh
menyejukkannya. kemudian mengetahui bahawa rakan karibnya Jerry terlibat dengan aktiviti
ruang sepi di dalam kelab WX2. Bukan setakat Jerry malah musuhnya iaitu Iskandar juga
terlibat sama.
Sukma mengesyaki bahawa ruang sepi adalah satu fahaman baru yang akan
menyesatkan anak muda seperti mereka. oleh itu Sukma menyiasat aktiviti yang dipanggil
suang sepi. hal ini kerana Sukma ingin membantu raknnya Jerry keluar daripada kumpulan
itu. Kemudian satu persatu rahsia terbongkar hasil penyiasatan Sukma. akhirnya Sukma dapat
bertemu dengan budak lelaki yang sering kali kerumahnya dan juga dapat bertemu nenek tua
tersebut. sebenarnya nenek tua itu merupakan nenek kepada budak lelaki itu atau namanya
iaitu Aim. kemudian sukma diberitahu bahawa ibunya terlibat dengan aktiviti ruang sepi itu.
perubahan ibunya dapat dilihat oleh Sukma apabila ibunya terlalu percayakan benda-benda
karut dan selama itulah mereka berdua kurang berkomunikasi kerana tidak sehaluan. akhirnya
dengan bantuan rakan-rakannya termasuk Iskandar yang telah insaf dan ingin berubah dapat
menyelesaikan kes ini. Pihak Polis juga turut membantu terutama sekali Kak Ros yang juga
rapat dengan Sukma. kesemua ahli-ahli ruang sepi dapat ditangkap termasuk ibunya. namun
ibunya terlantar di hospital dan sedang koma disebabkan terkena tembakan dan terjatuh

daripada tingkat lima bangunan operasi mereka. akhirnya Sukma merupakan saksi utama
dalam kes Kelab WX2 dan ruang sepi.

Bab 1 Isnin
Seorang perempuan tua (nenek) tiba-tiba muncul tepat jam 6:20 Subuh Isnin di hadapan pintu
pagar rumah Tuan Haji Syakir. Sukma, anak Tuan Haji Syakir ingin membuka pintu pagar rumah
tetapi dihalang oleh ibunya, Puan Delia atas alasan tidak mengenali perempuan tua tersebut.
Sukma yang tidak mengendahkan nasihat ibunya terus membuka pintu pagar. Malangnya,
perempuan tua tersebut sudah tiada. Keadaan ini menimbulkan tanda tanya kepada Sukma
sehingga dia tidak dapat menumpukan perhatian pada kuliah kegemarannya iaitu Tamadun
Islam Melalui Seni Bina yang diajar Profesor Darul.
Bab 2 Selasa
Pada jam 6:20 pagi Selasa, seorang lelaki muda muncul di hadapan pintu pagar rumah Tuan
Haji Syakir. Sukma dihalang oleh ibunya daripada membuka pintu pagar kerana tidak pernah
berjumpa dengan lelaki tersebut atau berhutang apa-apa dengannya. Tanpa menghiraukan
amaran ibunya, Sukma membuka pintu pagar tetapi lelaki tersebut sudah tiada. Sukma
bertanyakan tentang lelaki tersebut kepada ayahnya dan Haji Rashid. Mereka berpendapat
mungkin lelaki tersebut tinggal berdekatan dengan kawasan tempat perumahan mereka dan
berhasrat untuk menyatakan masalahnya. Di kawasan rehat kuliah, Sukma dan Teja berkenalan
dengan seorang anak muda bernama Rafiq iaitu seorang pelajar baharu yang tinggal dan belajar
di Washington sebelum itu. Dalam pada itu, Sukma tertanya-tanya siapakah diri Rafiq
sebenarnya dan sebab dia tiba-tiba memperkenalkan diri seolah-olah ingin bersahabat atau
Sukma dilanda perasaan.
Bab 3 Rabu
Sukma menunggu kehadiran tetamu 6:20 di balkoni kamar namun dia disindir oleh ibunya.
Ibunya menyatakan bahawa Sukma kelihatan resah dan mencadangkan agar Sukma berjumpa
dengan kaunselor. Di pintu pagar, muncul 2 ekor kucing jenis Burman iaitu seekor berwarna
hitam dan seekor berwarna putih. Namun kucing itu menghilang ketika Sukma membuka pintu
pagar. Ayah Sukma mengajak Sukma ke Majlis Sumbangan Amal Persatuan Kraf Wanita Daerah
yang kemungkinan dihadiri juga oleh Iskandar, kawan Sukma. Sukma akur dengan permintaan
ayahnya. Di dewan kuliah itu Rafiq Mustaqeem, pelajar cemerlang semasa sama-sama menuntut
dengan Profesor Darul di Amerika Syarikat menerangkan topik Kemasyarakatan Islam. Sukma
pula masih tertanya-tanya tentang tetamu misteri 6:20.
Bab 4 Rabu Malam
Sukma yang mengikut ayahnya ke majlis melibatkan orang kampung dan ahli persatuan telah
bertemu dengan Ehsan berusia 3 tahun yang menghidap penyakit jantung dan penyakit kulit. Di
majlis tersebut juga, Sukma bertemu dengan Rafiq dan Iskandar . Sukma tidak suka bercakap
dengan Iskandar kerana Iskandar suka menyalahkan pentadbiran, merendahkan orang lain,
suka melihat sesuatu dari sudut yang songsang dan suka meniru gaya barat. Ketika di majlis itu
juga, Sukma ternampak perempuan tua (nenek) yang muncul di pintu pagar rumahnya pada 6:20
subuh Isnin tetapi tidak berkesempatan berjumpa dengannya.

Bab 5 Khamis
Jam 6:20 pagi Khamis, seorang kanak-kanak lelaki berusia 5 tahun berdiri di pintu pagar Tuan
Haji Syaqir. Sebaik ternampak kanak-kanak lelaki tersebut, Sukma bergegas ke arahnya untuk
bertanya soalan. Kanak-kanak tersebut ketakutan dan melarikan diri. Ibu memarahi Sukma
kerana membuka pintu pagar disebabkan dia bimbang akan keselamatan Sukma. Di bilik kuliah,
Alvin bertanyakan sebab Jerry berada di Kelab WX2. Sukma dan Teja tertanya-tanya tentang
kelab tersebut kerana mereka tidak pernah mendengar tentangnya. Alvin menerangkan bahawa
kelab tersebut ialah kelab hiburan yang mengandungi muzik metal ekstrem dan ahli kelabnya
sentiasa berkumpul di dalam bilik yang dipanggil ruang sepi bagi mendalami ilmu mencari realiti.
Sukma dan rakan-rakannya berkumpul kerana mencari bahan kajian isu peperangan dan
penindasan melanda dunia.
Jerry memberitahu Sukma tentang Kelab WX2 dan menyatakan Iskandar juga terlibat dalam
kelab tersebut.
Bab 6 Khamis Malam
Sukma memberitahu ayahnya tentang kemunculan tetamu misteri pada jam 6:20 di depan pintu
pagar rumah mereka. Sukma meminta ayahnya mencari tetamu tersebut untuk mengetahui
sebab mereka hadir ke rumah mereka. Ibu mengatakan bahawa Sukma stres dan
mencadangkan kepada ayahnya supaya membawa Sukma pergi melancong. Teja mengajak
Sukma ke Kafe Flora iatu kafe milik ibu saudaranya, Su Ani yang berkonsepkan tradisional. Di
sana, mereka berkenalan dengan ahli kumpulan Waris Cinta iaitu sekumpulan 30 orang anak
muda dari Sarawak yang mengadakan persembahan tarian tradisi. Sukma bertukar-tukar
pandangan dengan Reny tentang seni tradisi. Sukma menyatakan bahawa dia ialah guru zapin
yang mengajar tarian zapin kepada kanak-kanak berusia 5 hingga 12 tahun di kawasan
perumahannya.
Bab 7- Jumaat
Jam 6:20 pagi, Sukma menunggu di bangku rehat berdekatan pintu pagar rumahnya untuk
menemui kanak-kanak yang pernah muncul sebelum itu. Kanak-kanak tersebut lapar dan Sukma
mengajaknya masuk ke rumah untuk memberinya makanan. Nama kanak-kanak itu ialah Aim.
Ibu memarahi Sukma kerana membawa kanak-kanak tersebut masuk ke rumah. Aim yang
terdengar suara ibu melarikan diri keluar. Apabila Sukma ingin mencari Aim, dia terserempak
dengan Pak Rashid. Sukma mengajak Pak Rashid mencari Aim di kawasan sekitar
perumahannya. Apabila tidak menemui Aim, mereka pulang ke rumah. Ros menyapa Sukma dan
bertanya sebab dia bergegas keluar dengan Pak Rashid. Sementara itu, ibu mencari jawapan
tentang kerisauan yang melanda Sukma. Ibu beranggapan Sukma banyak berubah dan
merahsiakan sesuatu daripadanya. Sukma menduduki peperiksaan untuk kuliah Profesor Darul.
Selepas peperiksaan, Sukma dan rakan-rakannya berbincang tentang istilah terrorism. Rafiq
pula menegur Jerry yang kelihatan seperti tidak cukup tidur. Rafiq memberitahu bahawa dia dan
Alvin ternampak Jerry dan mengetahui aktiviti yang dilakukannya semalam.
Bab 8 Jumaat Petang
Sukma, Teja, Alvin dan Rafiq menunggu kedatangan Jerry yang ingin berjumpa dengan mereka
di belakang rumah kedai tidak jauh dari Kelab WX2 pada jam 6.00 petang namun Jerry tidak
muncul sehingga 6.20 petang. Di seberang jalan, Sukma ternampak anak muda yang pernah
muncul di pintu pagar rumahnya. Sukma pergi ke arah lelaki tersebut untuk mendapatkan

penjelasan tentang kehadiran dia di hadapan pintu pagar rumahnya namun lelaki tersebut
terpinga-pinga sahaja. Rafiq pula menarik Sukma untuk bergerak ke arah Jerry yang dilihatnya di
pintu Kelab WX2 bagi berjumpa dengannya. Jerry menyatakan dia tidak dapat bercakap dengan
mereka tetapi berjanji untuk berjumpa dengan mereka pada malam itu. Sukma keliru tentang
kewujudan Kelab WX2 yang boleh mendapat lesen perniagaan sedangkan kelab tersebut
mengajar satu fahaman yang meragukan. Iskandar pula muncul di Kelab WX2 dan
mempersoalkan kehadiran Sukma dan Rafiq di situ. Sukma menyatakan bahawa dia mengetahui
tentang WX2 dan ruang sepi. Iskandar memujuk Sukma supaya balik ke rumah tetapi Sukma
berkeras ingin masuk ke Kelab WX2. Akhirnya hanya Iskandar yang memasuki kelab dan Sukma
hanya memerhatikannya.
Bab 9 Jumaat Malam
Sukma resah memikirkan tetamu misteri 6:20, Jerry yang menghadapi krisis diri, Kelab WX2
dengan ruang sepi yang menjadi tarikan kepada anak muda dan Iskandar yang berkelakuan
pelik. Rafiq mengajak Sukma untuk berjumpa di Kafe Flora untuk berbincang tentang Jerry dan
beberapa perkara lain. Ketika ingin keluar rumah, Ros menegur Sukma lantas menawarkan diri
untuk menghantar Sukma ke Kafe Flora. Di dalam kereta, Ros menyatakan bahawa dia ingin
menjenguk Kelab WX2 dan mengingatkan Sukma supaya berhati-hati. Sukma berjumpa dengan
Rafiq dan Rafiq memberitahu bahawa dia mengenali lelaki yang pernah muncul di pintu pagar
rumah Sukma pada Selasa lalu. Lelaki tersebut ialah Abang Aim iaitu pekerja di ladang ayahya
tetapi telah menghilang enam bulan lalu. Walau bagaimanapun, Abang Aim telah berjumpa
dengan ayahnya untuk meminta maaf dan menceritakan masalahnya pada minggu lalu. Sukma
meminta Rafiq untuk membawanya bertemu dengan Abang Aim bagi merungkaikan misteri
tetamu 6:20. Rafiq juga memberitahu bahawa Jerry telah datang berjumpa dengannya dan Alvin.
Jerry menyatakan bahawa Kelab WX2 tidak berbahaya dan ruang sepi adalah tempat remaja
berkumpul, berbincang dan berbual. Walau bagaimanapun Sukma mengesyaki Rafiq tidak
menceritakan hal sebenar kepadanya. Rafiq menjelaskan bahawa dia tidak dapat menceritakan
hal sebenar kerana tidak dibenarkan oleh Jerry. Akhirnya, Sukma dan Rafiq mengambil
keputusan untuk ke rumah Jerry tetapi mereka berjumpa dengan Jerry yang berpakaian serba
hitam di dalam bas yang dinaiki oleh mereka. Selepas berhenti, Sukma bertanya tentang
penampilan Jerry yang berubah itu. Jerry menjelaskan bahawa hidupnya kosong dan segala
aturan hidupnya ditentukan oleh ibu dan bapanya. Jerry juga menyatakan bahawa dia
bergembira apabila berada di Kelab WX2 kerana dia bebas bersuara dan membuat pilihan.
Bab 10 Sabtu
Sukma bertemu dengan perempuan tua (nenek) yang muncul di pintu pagar rumahnya pada pagi
Isnin lalu. Sukma bertanya tentang asal usulnya. Nenek tersebut memberitahu bahawa rumah
Sukma panas dan meminta Sukma menyejukkannya. Sukma juga diminta untuk meredakan
suasana yang tidak aman di dalam rumah. Sukma manjadi hairan dengan pesanan nenek itu.
Sukma berjumpa dengan Teja. Rafiq dan Alvin di Kafe Flora. Kedatangan mereka disambut oleh
Reny. Reny memberitahu bahawa dia mengenali Iskandar dan juga mengetahui tentang ruang
sepi di Kelab WX2. Sukma ke Kelab WX2 dan memasukinya. Setelah melihat di sekeliling kelab,
Sukma mendapati bahawa kelab tersebut tidak langsung menampakkan ciri-ciri kelab muzik rock
metal yang ekstrem tetapi lebih kepada kelab ekslusif.
Bab 11 Sabtu Lagi

Sukma berjumpa dengan Iskandar di Kelab WX2. Sukma berasa agak terkejut dengan sikap
Iskandar yang begitu ramah dengannya berbanding dengan sebelum ini. Iskandar seronok
menceritakan tentang aktiviti yang dijalankan di kelabnya itu, bukan sahaja mendendangkan
lagu-lagu bahkan terdapat juga persembahan wayang kulit yang diundang khas dari Kelantan.
Sukma berasa hairan kerana tidak mengetahui kehadiran WX2 di situ. Sambil menurunkan
kerusi dari atas meja, Iskandar dan Sukma bercerita tentang rakan mereka yang bernama Reny
dan misi kelab mereka. Sukma berlegar-legar di ruang kelab itu dan merasakan ada sesuatu
yang tidak kena dengan kelab tersebut terutama sikap Iskandar yang mula menampakkan
keganjilan apabila Sukma bertanyakan tentang Jerry. Reny tiba-tiba muncul dan memohon maaf
kepada Sukma. Sukma terus mendesak rasa ingin tahunya tentang fungsi kelabnya itu kepada
Reny dan Iskandar. Iskandar menyakinkan Sukma bahawa kelab tersebut hanyalah ruang untuk
perdebatan dan perkongsian idea.
Bab 12 Sabtu Siang
Sukma berjumpa Aim (kanak-kanak) di Kedai Runcit Ah Leong. Sukma mendapatkan penjelasan
daripada Aim sebab-sebab kedatangannya pada waktu Subuh di rumah Sukma. Aim merupakan
anak yatim piatu dan cucu kepada Nenek. Aim melewati rumah Sukma pada Subuh hari itu
kerana ingin mengikuti neneknya ke pasar untuk berniaga buah-buahan. Sukma mengajak Aim
ke rumahnya. Teja dan Rafiq telah menunggu di rumah Sukma. Teja menanyakan tentang Kelab
WX2 kepada Sukma. Sukma menjelaskan bahawa keadaan kelab tersebut berbeza dengan yang
diceritakan oleh Alvin dan Jerry. Teja juga pernah dua kali memasuki kelab tersebut. Dia ingin
mendapatkan kepastian daripada Sukma tentang ruang sepi kelab itu. Ruang sepi itu merupakan
tempat yang penting bagi kumpulan yang dianggotai Iskandar dan rakan-rakannya. Kewujudan
ruang sepi itu begitu menjadi tanda tanya kepada Sukma. Sedang mereka berbincang, ibu
Sukma balik ke rumah bersama-sama pemandu kereta mereka iaitu Pak Rashid. Sukma
meminta Teja membawa Aim ke biliknya. Rafiq meminta izin pulang. Sukma berusaha membawa
Teja dan Aim keluar dari biliknya tanpa pengetahuan ibunya setelah mendapat pandangan
daripada bapanya. Namun begitu, apabila mendapati Aim tertidur di dalam biliknya, Sukma
hanya meminta Teja pulang dahulu. Sukma cuba mendapatkan penjelasan daripada Pak Rashid
tentang ibunya yang sering keluar pagi-pagi hari. Namun, Pak Rashid tidak memberitahu apaapa dan hanya meminta Sukma mencari jawapannya sendiri tetapi dia sedia membantu.
Bab 13 Sabtu Petang
Selepas solat Asar, Sukma turun ke tingkat bawah untuk meninjau situasi sebelum membawa
Aim keluar dari biliknya. Ketika itu juga ibunya memanggil Sukma dan menunjukkan buku yang
dibelinya untuk Sukma. Buku itu menceritakan tentang cara-cara menangani tekanan. Sukma
tidak menyenangi cara ibunya yang menyangka dia mengalami tekanan jiwa. Tuan Haji Syaqir
cuba menenangkan keadaan dengan menanyakan masalah Sukma dan meminta Sukma
memohon maaf kepada ibunya nanti. Sukma berjanji akan meminta maaf dengan ibunya atas
sikapnya tadi. Sukma lebih tertarik untuk berbincang dengan ayahya tentang masalah remaja
yang berlaku kini. Akan tetapi Tuan Haji Syaqir meminta Sukma mendapatkan keterangan lanjut
daripada Kak Ros. Sukma tahu ayahnya telah melaksanakan pelbagai program kepada remaja di
tempatnya namun begitu ada yang tidak diketahui oleh Tuan Haji Syaqir tentang wujudnya
ideologi yang mempengaruhi pemikiran remaja tersebut.
Bab 14 Sabtu Malam

Aim membawa Sukma, Teja dan Rafiq ke rumahnya untuk bertemu dengan Abang Aim. Menurut
Rafiq, Abang Aim tinggal di sebuah pondok di belakang rumah Tuk Siak. Ayah Rafiq telah
menawarkan pekerjaan kepadanya tetapi dia menolaknya. Ketika Abang Aim berjumpa dengan
ayah Rafiq, dia telah diberikan wang sebanyak RM 500.00 walaupun Abang Aim menolak.
Masyarakat di situ tidak suka kepada Abang Aim kerana dikatakan menghidap AIDS. Abang Aim
menasihati Sukma supaya berhati-hati dan memintanya membongkar rahsia yang menyelubungi
rumahnya. Tiba-tiba, Iskandar datang untuk menjelaskan tentang ruang sepi kepada Sukma.
Sukma pula mendapatkan kepastian daripada Iskandar tentang kehilangan Jerry. Iskandar
sendiri tidak mengetahui ke mana Jerry menghilang sebaliknya dia menerangkan kebebasan
membuat pilihan dalam hidup. Sukma beranggapan bahawa kebebasan memilih haruslah yang
positif dan bukannya yang menghancurkan hidup sendiri. Sukma meninggalkan rumah Abang
Aim dan menghantar Aim (kanak-kanak) ke rumah neneknya. Sukma meminta maaf daripada
nenek kerana terlambat menghantar Aim pulang. Nenek seorang bidan dan pengasuh kepada
Sukma pada masa lalu. Nenek menceritakan keadaan kelahiran Sukma dan Puan Delia yang
sakit dan dia sendiri menjaga Sukma selama 2 bulan. Nenek juga memberitahu tentang cucunya
yang hampir seusia Sukma meninggal dunia kerana demam panas. Sukma juga mendapati
gambarnya yang ketika berusia 4 bulan ada tergantung di rumah nenek itu. Semua yang
diceritakan oleh nenek dan jam 6:20 menjadi tanda tanya kepada Sukma.
Bab 15 Sabtu Malam yang Sama
Sukma terjumpa dengan Jerry yang kelihatan tidak terurus. Jerry tidak mahu Sukma
mencampuri urusan peribadinya kerana itu adalah pilihannya sendiri. Sukma dan Rafiq memujuk
Jerry supaya pulang ke pangkal jalan. Mereka membawa Jerry ke dalam kereta. Jerry menangis
atas kesilapan yang dilakukannya. Sukma memujuk dan meminta Jerry menceritakan semua
yang telah berlaku. Jerry hanya meminta Rafiq dan Sukma menghantarnya pulang kerana dia
telah lama meninggalkan rumahnya. Selepas menghantar Jerry pulang, Sukma dan Rafiq pergi
ke rumah Abang Aim untuk mendapatkan penjelasan tentang Kelab WX2. Sukma telah bersedia
mendengar segala penjelasan daripada Abang Aim. Menurut Abang Aim, dia tidak menyuruh
nenek dan cucunya pergi ke rumah Sukma pada pukul 6:20 pagi yang lalu. Ayah Sukma juga
tidak tahu apa-apa yang telah berlaku. Anggota kelab itu sangat ramai dan mereka sanggup
berbuat apa-apa sahaja untuk memastikan agenda dan perancangan mereka terhasil. Mereka
sangat cekap sehingga boleh menghilangkan segala bukti yang ada. Pengikut kumpulan ini juga
terdiri daripada 80% remaja berusia antara 15 hingga 21 tahun. Mereka terdiri daripada pelajar
yang cemerlang. Mereka tidak mengganggu Sukma kerana menghormati ibunya Puan Delia.
Sukma pulang ke rumah dan diberitahu oleh ayahnya bahawa Kak Ros ingin berjumpa
dengannya. Sukma cuba mendapatkan sokongan serta pendapat ayahnya tentang Kelab WX2.
Dia berusaha meyakinkan ayahnya supaya mengambil tindakan terhadap kelab itu dan ibunya
Puan Delia. Iskandar tiba-tiba datang ke rumah Sukma dan meminta Sukma tidak melakukan
apa-apa kerana mereka ramai serta berada di serata tempat. Menurut Iskandar, mereka
membunuh secara psikologi. Namun begitu, Sukma telah bertekad untuk melaporkan kepada
Kak Ros yang merupakan anggota polis. Dia juga meminta Kak Ros mendapatkan segala
maklumat tentang kegiatan kumpulan itu daripada Jerry dan Iskandar.
Bab 16 Ahad
Iskandar datang untuk berjumpa dengan Sukma tetapi telah didahului oleh Puan Delia, ibu
Sukma. Prasangka kepada ibunya semakin kuat kerana sikap ibunya yang kelihatan seperti
merahsiakan sesuatu. Nenek dan Aim (kanak-kanak) datang ke rumah Sukma untuk

menunjukkan kubur anaknya iaitu ayah Aim yang mati kerana menanyakan kebenaran. Sukma
cuba mendapatkan penjelasan daripada nenek tentang ibunya yang terlibat dalam kumpulan
tersebut. Titisan air mata nenek seperti membenarkan apa-apa yang telah diterangkan oleh
Abang Aim. Sukma pulang ke rumah dan mendapati ibunya telah keluar dengan menggunakan
kereta ayahnya. Sukma mengajak Kak Ros ke Kelab WX2 dan meminta ayahnya melaporkan
kepada pihak berkuasa. Sukma menjelaskan segala yang telah berlaku dan siapa ibunya yang
sebenar kepada ayahnya.
Bab 17 Ahad Pagi
Pada pagi Ahad, Teja dan Rafiq telah menunggu Sukma di hadapan Kelab WX2. Kak Ros dan
Sukma serta rakan-rakannya telah memasuki premis Kelab WX2 tetapi tidak menemui sebarang
maklumat yang mencurigakan. Jerry telah datang untuk berjumpa Sukma dan memberitahu
bahawa dia bersama-sama keluarganya akan pergi dari daerah itu, tetapi Sukma meminta Jerry
memberi kerjasama dengan membuat keterangan sebagai saksi nanti. Jerry menceritakan
bahawa sasaran kumpulan itu amat besar. Mereka mewujudkan fahaman baharu yang
bermatlamatkan kekuasaan. Setiap ahli kumpulan telah ditentukan pilihan, kebebasan dan
kehidupan yang bakal diperoleh oleh mereka. Mereka juga disuntik dengan cecair yang
berwarna merah yang dikenali sebagai Pati 1 bagi memastikan aktiviti mempengaruhi
pemikiran mereka lebih mudah dijalankan. Menurut Jerry lagi, terdapat juga suntikan yang lain
digunakan untuk mereka bertindak lebih ganas kerana hilang kewarasan dan ditekan oleh
depresi yang keterlaluan. Suntikan ini diberi kepada mereka yang ingkar dan cuba membongkar
rahsia pergerakan mereka. Semua ini telah dialami oleh Abang Aim. Menurut Jerry lagi, Kelab
WX2 itu adalah ruang sepi dan bukan sekadar kelab hiburan semata-mata.
Bab 18 Ahad Petang
Rafiq datang bertemu Sukma untuk memberitahu bahawa Iskandar telah memberi maklumat
tentang tempat kumpulan Kelab WX2 berkumpul iaitu di bangunan biru di hujung daerah itu.
Mereka akan memulakan aktiviti mereka pada malam itu di bandar raya. Bilangan mereka sangat
ramai. Mereka akan membuat rusuhan. Rafiq telah melaporkan kepada Kak Ros tentang
perancangan tersebut. Iskandar tiba-tiba datang dan memberitahu kepada Sukma bahawa dia
telah sedar akan kesilapan yang telah dilakukannya dan dia berjanji membantu Sukma
menyelesaikan masalah tersebut. Sukma menasihati Iskandar agar menghindari aktivis seperti
itu. Mereka meneruskan perancangan berdasarkan maklumat yang diberi oleh Iskandar. Pihak
berkuasa juga telah sampai ke tempat yang diberitahu. Beberapa jam kemudian, pihak polis
telah berjaya membuat tangkapan terhadap ahli-ahli kumpulan tersebut.
Bab 19 Hari Ini
Sukma berasa bersalah kerana mengesyaki ibunya terlibat dalam kumpulan itu. Sebenarnya,
Puan Delia ialah perisik kerajaan yang menganggotai kumpulan WX2 untuk mengetahui dengan
lebih mendalam teori dan pemikiran yang cuba diserapkan oleh anasir yang menyerang secara
senyap. Puan Delia telah tercedera dan koma di hospital akibat terkena tembakan ahli kumpulan
itu semasa operasi.
Novel ini membawa tema perjuangan golongan muda dalam menentang anasir-anasir barat yang
mempengaruhi jiwa mereka. Perjuangan ini diwakili oleh Sukma, Rafiq dan Teja yang berusaha
gigih untuk menyelamatkan golongan remaja (pelajar sekolah menengah dan universiti) daripada
terus hanyut dengan pengaruh pemikiran barat yang menuntut kebebasan hidup seperti
menganggotai kumpulan black metal yang telah dilakukan oleh Jerry.

i. Kasih sayang ibu bapa terhadap anak-anaknya.


Contoh: Ibu Sukma berasa sangat bimbang apabila Sukma ingin berjumpa dengan tetamutetamu misteri di hadapan rumahnya pada jam 6:20 kerana baginya tindakan Sukma akan
membawa bahaya kepada dirinya.
ii. Konflik dalam keluarga.
Persoalan ini dipaparkan melalui konflik yang berlaku antara ibu dengan Sukma. Ibu
beranggapan Sukma mengalami tekanan perasaan dan telah membelikannya sebuah buku
untuk mengurangkan masalahnya.
iii. Tanggungjawab seorang sahabat.
Contoh: Jerry sanggup membantu Sukma dengan memberitahu segala maklumat kelab WX2
walaupun Jerry tahu bahawa nyawanya terancam.
iv. Berani menegakkan kebenaran
Contoh: Sukma,Teja dan Rafi berusaha mencari lebih banyak bahan bukti dan maklumat
berkaitan kelab WX2. Sukma sanggup pergi ke Kelab WX2 seorang diri untuk mengetahui
keadaan sebenar kelab tersebut.
v. Menunaikan ketaatan terhadap perintah Tuhan.
Contoh: Tuan Haji Syaqir dan Sukma tidak lupa menunaikan solat walaupun mereka sibuk
dengan urusan masing-masing.
vi. Prihatin terhadap masalah orang lain.
Contoh: Tuan Haji Syaqir berusaha mengumpulkan dana bagi membiayai pembedahan jantung
dan merawat penyakit kulit Ehsan.
vii. Remaja yang mudah terpengaruh.
Contoh: Iskandar, Jerry dan Reny menyertai kumpulan WX2 yang memperjuangkan kebebasan
mutlak akibat dipengaruhi pemikiran barat.
Secara keseluruhannya plot drama digarap mengikut kronologi. Terdapat empat peringkat
garapan plot iaitu:
i. Permulaan
Sukma tertanya-tanya tentang kehadiran tetamu-tetamu yang hadir di pintu pagar rumahnya
pada jam 6:20 pagi. Ibunya telah melarang Sukma daripada bertemu dengan mereka. Hal ini
menyebabkan Sukma begitu teruja untuk mengetahui tetamu misteri tersebut.
ii. Perkembangan
Ibu menuduh Sukma mengalami tekanan perasaan.
Sukma dan Teja berkenalan dengan Erman dan Reny yang akan mengadakan persembahan
tarian tradisi Sarawak.
Jerry telah menceritakan tentang ruang sepi yang terdapat pada kelab WX2.
Reny menjelaskan bahawa dia mengenali Iskandar dan mengetahui tentang Sukma melaluinya.
Sukma telah pergi ke Kelab WX2 untuk menyiasat dan bertemu dengan Iskandar.
Sukma telah berjumpa dengan abang Aim.
iii. Klimaks
Kak Ros ingin menemui Sukma untuk mendapatkan maklumat tentang Kelab WX2.
Jerry telah memberi maklumat kepada pihak polis.
Rafiq membawa Iskandar menemui Sukma dan Iskandar mengaku kesilapannya serta mahu

membantu Sukma.
Pihak polis telah berjaya membuat tangkapan.
iv. Peleraian
Ibu Sukma koma di hospital akibat terkena tembakan ahli kumpulan WX2 semasa operasi.
Watak Utama
Nur Sukma
i. Anak perempuan tunggal pasangan Tuan Haji Syaqir dan Puan Delia yang berusia 19 tahun.
ii. Penuntut Jurusan Sains dan Falsafah di sebuah institusi pengajian tinggi awam.
iii. Seorang guru tarian zapin (Pada masa lapang, Sukma mengajar budak-budak berumur lima
hingga dua belas tahun di kawasan perumahan tempat tinggalnya).
iv. Seorang yang bersimpati terhadap orang lain (Sukma berasa simpati kepada wanita tua yang
berada di luar pagar rumahnya).
v. Seorang yang taat kepada perintah ibu (Sukma menurut perintah ibunya yang melarangnya
daripada berjumpa dengan tetamu-tetamu misteri yang berada di luar rumahnya).
vi. Seorang yang merendah diri (Sukma memohon maaf kepada ibunya setelah dia berlaku kasar
terhadap ibunya).
vii. Seorang yang taat kepada perintah Tuhan (Walaupun sibuk dengan urusan harian, Sukma
tetap menunaikan solat setiap waktu).
viii. Seorang yang berani (Sukma pergi ke Kelab WX2 seorang diri untuk melihat keadaan
sebenar kelab tersebut).
ix. Seorang yang memiliki sifat setiakawan (Sukma sanggup menghadapi bahaya untuk
menyelamatkan rakan baiknya iaitu Jerry dan Iskandar daripada terus dipengaruhi dengan
pengaruh pemikiran barat).
x. Seorang yang degil (Sukma tidak mahu mendengar arahan ayahnya supaya menunggu di
dalam kereta ketika operasi dijalankan).
xi. Seorang yang baik hati (Sukma mengambil makanan untuk Aim yang lapar ketika Aim datang
ke rumahnya).
xii. Seorang yang gigih berusaha (Sukma tidak berputus asa untuk mencari bukti dan maklumat
berkaitan Kelab WX2).
xiii. Seorang yang prejudis (Sukma berburuk sangka terhadap tingkah laku ibunya).
Watak Sampingan
Puan Delia
i. Ibu Sukma dan isteri kepada Tuan Haji Syaqir.
ii. Seorang yang berhati-hati (Ibu Sukma melarang Sukma daripada berjumpa dengan wanita
tua, kanak-kanak dan lelaki muda di hadapan pagar rumahnya).
iii. Seorang yang menghormati tetamu (Puan Delia menyuruh Sukma menyediakan kuih dan air
kepada Rafiq).
iv. Pernah bekerja di sebuah syarikat besar.
v. Berdisiplin, amanah, baik hati dan cantik.
vi. Seorang yang penyayang (ibu Sukma menghadiahkan Sukma sebuah buku kerana risau
tentang diri Sukma yang dikatakan mengalami tekanan perasaan).
vii. Penghidap penyakit darah tinggi (Doktor menasihati ibu agar berehat di rumah).
viii. Seorang perisik (Puan Delia menyamar sebagai salah seorang ahli kumpulan WX2 dengan
menjadi pemerhati dalam kumpulan tersebut untuk mengetahui pergerakan kumpulan tersebut).

Tuan Haji Syaqir


i. Seorang yang bertanggungjawab (Tuan Haji Syaqir melaksanakan tanggungjawab sebagai
seorang pengerusi jawatankuasa kampung dengan penuh amanah).
ii. Seorang yang prihatin (Tuan Haji Syaqir berjaya mengumpulkan dana bagi membiayai
pembedahan jantung dan rawatan kulit Ehsan).
iii. Seorang yang taat kepada perintah Tuhan (Walaupun sibuk dengan urusan harian, Tuan Haji
Syaqir tetap menunaikan solat setiap waktu).
iv. Seorang yang berjasa kepada rakyat (Beliau dihormati oleh masyarakat sekeliling kerana
jasanya terhadap mereka).
v. Seorang yang tidak emosional (Beliau sentiasa tenang dalam menyelesaikan perselisihan
faham yang berlaku antara Sukma dengan Puan Delia).
vi. Seorang yang bertolak ansur (Beliau tidak memarahi Sukma apabila mengetahui bahawa
Sukma pergi ke Kelab WX2 seorang diri).
vii. Seorang yang pandai memujuk (Beliau menyuruh Sukma agar memohon maaf kepada
ibunya dengan segera setelah Sukma berlaku kasar dengan ibunya).
Teja
i. Seorang mahasiswa di institut pengajian tinggi awam.
ii. Teman karib kepada Sukma sejak berusia tiga belas tahun.
iii. Seorang yang sedikit nakal dan gila-gila bahasa.
iv. Seorang yang mempunyai semangat setiakawan yang tinggi (Teja sentiasa berusaha
membantu rakan-rakannya).
v. Sahabat yang prihatin terhadap masalah yang dihadapi sahabatnya (Teja membantu Jerry
yang bermasalah).
vi. Seorang anak yang taat terhadap kedua-dua ibu bapanya (Teja mengikut arahan ibunya yang
menyuruhnya pulang ke rumah).
Reny
i. Berketurunan Iban.
ii. Seorang penari dari Kumpulan Waris Cinta.
iii. Mahir segala jenis tarian tradisional.
iv. Tidak melanjutkan pelajaran ke peringkat tertinggi.
v. Menimba ilmu hanya melalui pembacaan.
vi. Seorang yang lemah-lembut dan berbudi bahasa (Reny memohon maaf kepada Sukma
kerana tidak memberitahu tentang penglibatannya dalam Kelab WX2).
vii. Seorang anak yang rajin (Reny rajin membantu keluarganya).
viii. Terlibat dengan kumpulan WX2.
Jerry
i. Sahabat kepada Sukma dan berusia 19 tahun.
ii. Ayahnya pernah bekerja dengan ayah Sukma.
iii. Taat kepada kedua-dua ibu bapanya (Jerry mengikut arahan ayahnya untuk berpindah).
iv. Hidupnya diatur oleh kedua-dua ibu bapanya (Jerry tidak diberi pilihan atau kebebasan dalam
menentukan hidupnya).
v. Seorang pemuda yang ingin mencari kebebasan (Jerry sering berkunjung ke Kelab WX2 dan
ruang sepi).
vi. Seorang lelaki yang baik dan boleh dipercayai (Jerry berterus terang tentang Kelab WX2 dan
sedia bekerjasama dengan polis).
vii. Terlibat dengan kumpulan WX2.

Iskandar
i. Sahabat kepada Sukma sejak bersekolah menengah.
ii. Tertarik kepada Sukma.
iii. Gemar memberontak dan pesimistik (Iskandar suka melihat sesuatu dari sudut yang
songsang).
iv. Seorang lelaki yang ego (Iskandar suka merendahkan orang lain).
v. Bertaubat atas kesalahan yang telah dilakukan (Iskandar insaf tentang keterlanjurannya ketika
menganggotai Kelab WX2).
vi. Boleh bekerjasama dalam mengatasi kumpulan WX2.
Kak Ros
i. Jiran kepada keluarga Sukma.
ii. Seorang Inspektor Polis yang berusia lingkungan 30-an.
iii. Hidup bersendirian tanpa kedua-dua ibu bapanya.
iv. Seorang yang cekal dan tabah (Kak Ros hidup sebatang kara setelah kematian kedua-dua
orang tuanya).
v. Berani menjalankan tugas (Kak Ros menyiasat tentang kegiatan Kelab WX2).
vi. Sayang akan Sukma seperti adiknya sendiri (Kak Ros menasihati Sukma supaya sentiasa
berhati-hati).
vii. Mengambil berat tentang Sukma (Kak Ros berusaha membantu Sukma).
Rafiq
i. Berasal dari Washington.
ii. Pelajar cemerlang dari Amerika.
iii. Seorang lelaki yang baik hati.
iv. Seorang yang mudah dibawa berbincang.
v. Merupakan pelajar baharu di universiti yang sama dengan Sukma.
vi. Tertarik kepada Sukma.
vii. Seorang yang berperwatakan sederhana dan merendah diri (Rafiq sentiasa merendah diri
walaupun dia pelajar cemerlang).
viii. Seorang lelaki yang menyenangkan dan berwajah cerah.
ix. Mengikut ayahnya berpindah ke Malaysia.
x. Mempunyai semangat setiakawan (Rafiq sentiasa membantu Sukma mahupun Jerry yang
bermasalah).
Wanita Tua/Nenek
i. Seorang wanita tua yang berdikari (Nenek hidup sendiri bersama-sama cucunya, Aim).
ii. Sayang akan cucunya.
iii. Bidan kepada ibu Sukma.
iv. Pernah mempunyai hubungan yang baik dengan keluarga Sukma (Nenek menjadi bidan dan
pengasuh Sukma).
v. Mempunyai seorang anak lelaki yang telah meninggal dunia.
vi. Menjual buah-buahan di pasar untuk menyara kehidupannya.
vii. Seorang yang tabah (Nenek membesarkan cucunya seorang diri setelah kematian anak
lelakinya)
viii. Seorang yang berperanan penting dalam mempengaruhi pandangan Sukma terhadap
ibunya.
Abang Aim

i. Seorang yang kurus, badannya melengkung , berkulit gelap dan lemah.


ii. Seorang penghidap AIDS.
iii. Pernah bekerja dengan ayah Rafiq di ladang.
iv. Bekas ahli kumpulan WX2.
v. Tinggal di belakang rumah Tok Siak.
vi. Menceritakan tentang pergerakan kumpulan WX2 yang menggunakan Pati1 dan dadah untuk
mempengaruhi pengikut mereka.
Aim kecil
i. Anak yatim piatu yang baru berusia 5 tahun.
ii. Tinggal bersama dengan neneknya sejak berusia 2 tahun.
iii. Matang walaupun masih kecil.
iv. Muncul di rumah Sukma pada 6.20 pagi.
v. Gemar makan roti.
vi. Mendengar kata (Aim sentiasa patuh akan nasihat nenek).
vii. Sayang akan neneknya.
13. Su Ani
i. Ibu saudara Teja.
ii. Pemilik Kafe Flora.
iii. Berkahwin dengan Su Rawi.
iv. Seorang yang pemurah (Su Ani selalu meraikan Teja dan rakan-rakannya).
v. Seorang yang baik hati (Su Ani mengajak Sukma dan rakan-rakannya makan di kafenya
walaupun baharu mengenali mereka).
vi. Mesra dengan kanak-kanak.
Pak Rashid
i. Pemandu kepada ayah Sukma selama 6 tahun.
ii. Berpakaian kemas berbaju kemeja putih dan berseluar hitam.
iii. Seorang yang pandai menyimpan rahsia (Pak Rashid merahsiakan aktiviti ibu Sukma).
iv. Prihatin terhadap Sukma (Pak Rashid bimbang akan Sukma yang sentiasa keresahan).
v. Seorang yang baik hati (Pak Rashid sentiasa menawarkan tenaganya untuk membantu
Sukma).
Latar Masa
i. 6:20 pagi
Contoh: Sukma melihat seorang wanita tua, kanak-kanak dan seorang pemuda yang tidak
dikenali di hadapan rumahnya.
ii. Petang
Contoh: Aim mengejutkan Sukma daripada tidur kerana hari sudah petang.
iii. Senja
Contoh: Sukma masih berjalan mundar- mandir di selatan kelab, senja hampir berlabuh.
iv. Malam
Contoh: Ibu menghadiri Majlis Makan Malam Bollywood
Latar Tempat
i. Banglo Taman Megah
Contoh: Rumah kediaman Tuan Haji Syaqir bersama-sama keluarganya.

ii. Di Dewan Kuliah


Contoh:Profesor Darul sedang menyampaikan pengajaran kepada pelajar-pelajarnya.
iii. Balkoni kamar
Contoh: Perbualan antara ibu dengan Sukma.
iv. Rumah Ehsan
Contoh: Sukma dan ayahnya menziarahi Ehsan yang baru menjalani pembedahan jantung.
v. Kafe Flora
Contoh: Kumpulan Waris Cinta mengadakan persembahan tarian tradisi dari Sarawak yang
diketuai oleh Erman.
vi. Di pintu pagar rumah
Contoh: Aim datang menemui Sukma dan menyatakan bahawa dia lapar. Dewan peperiksaan
Contoh: Sukma bersama-sama beberapa teman sekuliahnya menduduki ujian.
vii. Tempat rehat
Contoh: Sukma, Teja dan Rafiq mengadakan perbincangan untuk menyelesaikan kerja kumpulan
mereka.
viii. Kelab WX2
Contoh: Sukma berada di Kelab WX2 untuk melihat keadaan sebenar kelab tersebut.
ix. Warung Pak Alias
Contoh: Sukma dan Reny minum teh tarik di warung yang terletak di seberang jalan.
x. Rumah Aim
Contoh: Nenek menceritakan hubungannya dengan ibu Sukma.
xi. Rumah Tuk Siak
Contoh:Sukma dan Rafiq bertemu dengan Abang Aim.
xii. Kawasan tanah perkuburan
Contoh: Nenek mengajak Sukma pergi ke kubur anak lelakinya iaitu bapa Aim yang telah
meninggal dunia dua tahun lepas.
xiii. Bangunan biru di hujung daerah
Contoh: Tempat ahli-ahli WX2 berkumpul dan pihak polis telah berjaya membuat tangkapan
terhadap mereka.
xiv. Hospital
Contoh: Ibu Sukma (Puan Delia) masih koma di hospital akibat terkena tembakan ahli.
Latar Masyarakat
i. Masyarakat pelajar universiti.
Contoh: Sukma, Teja, Rafiq, Jerry dan Alvin merupakan penuntut dalam Jurusan Sains dan
Falsafah di institusi pengajian tinggi awam.
ii. Masyarakat yang mengambil berat terhadap golongan muda.
Contoh: Puan Delia ibu kepada Sukma menyamar sebagai salah seorang ahli kumpulan WX2
dengan menjadi pemerhati dalam kumpulan tersebut untuk mengetahui pergerakan kumpulan
tersebut.
iii. Masyarakat yang beriman kepada Tuhan.
Contoh: Tuan Haji Syaqir menunaikan solat Asar selepas pulang dari kerja.

iv. Masyarakat yang cenderung menggunakan kekerasan dalam perjuangan


Contoh: Beberapa jenis suntikan turut digunakan yang boleh membuatkan para pengikut
bertindak ganas.
v. Masyarakat yang tabah menghadapi dugaan dan cabaran.
Contoh: Nenek dan Aim tabah menghadapi dugaan dengan menjual buah manggis untuk
menyara kehidupan mereka berdua, selepas anaknya (ayah Aim) meninggal dunia, ditambah lagi
ibu Aim yang lari meninggalkan dia dan Aim.
vi. Masyarakat yang berdikari.
Contoh: Nenek Aim bekerja di pasar malam dan pasar basah setiap hari, berjual buah untuk
menyara kehidupan.
vii. Masyarakat yang mudah terpengaruh oleh golongan pemikiran Barat.
Contoh: Iskandar, Jerry dan Reny yang menyertai kumpulan WX2 yang memperjuangkan
kebebasan mutlak akibat dipengaruhi pemikiran Barat.
i. Pemerian
Contoh: Tepat jam 6:20 hari Rabu, dua minggu lepas, saya sudah duduk di balkoni kamar. Mata
saya tertumpu ke arah luar pagar. Suasana terasa dingin. Saya melirik sekitar balkoni. Embun
membasahi kelopak dan dedaun mawar putih yang saya tanam di dalam pasu di sepanjang
dinding balkoni. Suasana sunyi sepi. Sesekali terdengar kicauan burung sayup-sayup.
ii. Imbas kembali
Contoh: Saya tersenyum ingatan saya tentangnya kembali . Awal pagi semalam, sewaktu saya
mencari wanita tua yang membawa sebakul buah manggis, pemuda inilah yang melintas di
hadapan saya. Dia yang berbasikal cuba menyapa dengan senyuman. Ya, memang dialah
pemuda itu. Pertanyaannya saya jawab dengan anggukkan.
iii. Dialog
Contoh: Sukma kenal dia? Siapa, ya? Awak ni penuntut baharu di sini? Tanya Teja.
iv. Monolog dalaman
Contoh: Tiada. Hati kecil saya berbisik dengan keraguan. Bisikan hati itu melahirkan senyuman
hambar di bibir saya.
Contoh: Bijak sungguh anak kecil ini, kata hati saya.
v. Saspens
Contoh: Saya menanti dengan penuh debaran. Salah seorang pegawai polis telah
memaklumkan, kumpulan di daerah kami sudah berpecah dan ketua tertingginya ada bersamasama di sini.
Ibukah ketua tertingginya, ayah?
vi. Kejutan
Contoh: Pak Rasyid, ibu ke mana pagi tadi? Dia ada hubungan sulit dengan sesiapa di luar
pengetahuan ayah ke?
Haji Rasyid tersentak . Dia tidak menyangka saya saya meragui ibu sehingga tahap itu.
Oh, selamat datang ke kelab WX2, Cik Nur Sukma!
Saya tersentak dan menoleh ke arah pemilik suara yang menyapa dengan suara yang lantang.
i. Personafikasi
Contoh: Cuaca pagi terasa menggigit kerana malam tadi hujan turun dengan lebat.
Contoh: Hati kecil saya menghidu sesuatu.

Contoh: Angin ikut mendakap bahu, melenggokkan pinggang.


Contoh: Menyedari Asar sudah semakin tua.
ii. Sinkope
Contoh: Kenapa akak tak nak cakap. Akak tak suka jumpa Aim?.
iii. Simile
Contoh: Dia hairan melihatkan kami dua beranak duduk berhadapan seperti patung
cendana.
Contoh: Dia kini menjadi seperti tugu seorang remaja...
Contoh: Bersolek pucat pasi seperti mayat
Contoh: Dia yang sering sinikal dan berprasangka, kini bagaikan anak kecil yang riang, tenang
dan positif mendepani saya.
iv. Kata ganda
Contoh: Apa awak cakap ni? Anak kita sihat walafiat. Kenapa fikir yang bukan-bukan
Contoh: Jawapan Tuk Siak lebih menggemparkan. Saya jadi keliru,libang-libu, lalu
bingkas bangun.
v. Peribahasa
Contoh: rendah diri, hati budi, air muka, berhati kering, hilang aka,l berpeluk tubuh,
tangan yang mengayun buaian dapat menggoncang dunia.
vi. Penggunaan Bahasa Inggeris
Contoh: teroris, fall from grace, enter, power point, underground
vii. Penggunaaan Bahasa Arab
Contoh: Insya-Allah, Assalammualaikum, Alhamdulillah, madrasah, souq,
waalaikumussalam.
viii. Bahasa puitis
Contoh: Saya memejamkan mata merehatkan fikiran, perasaan dan tubuh yang
keletihan berkejaran ke sana ke mari mencari jawapan
ix. Contoh: Saya memejamkan mata dan menari terasa alam berputar mengikut irama
gendang, mengikut jatuh tapak kaki ke bumi dan melayang ke udara mengikut
langkah tarian. Angin ikut mendakap bahu, melenggokkan pinggang. Terasa
amat ringan, amat nyaman.
x. Anafora
Contoh: Mengapa tak pergi bertanya kepada mereka, bukakan pintu mengapa tak benarkan
mereka masuk? Ayah Sukma tak tahu?
xi. Inversi
Contoh: Dunia yang baharu terasa kini.
xii. Metafora
Contoh: kolam mata, kerusi panas, pintu jawapan
xiii. Bahasa sinis
Contoh: Tak sangka kita akan berjumpa di sini ! Apa khabar Tuan Haji Syaqir, wakil
kami yang amat baik hati dan sentiasa mengambil berat tentang kami?
Suara itu seperti sedikit menyindir.

xiv. Kata majmuk


Contoh: kaki lima
xv. Doa
Contoh: Sebelum melangkah keluar, ada doa dan ayat tertentu daripada al-Quran yang
dianjurkan membacanya. Yang paling mudah, maksudnya Dengan nama Allah,
kami bertawakal kepada Allah.
i. Nilai kasih sayang
Contoh: Ibu Sukma menghadiahkan Sukma sebuah buku kerana risau tentang diri Sukma yang
dikatakan mengalami tekanan perasaan.
ii. Nilai prihatin
Contoh: Tuan Haji Syaqir berjaya mengumpulkan dana bagi membiayai pembedahan jantung
dan rawatan kulit Ehsan.
iii. Nilai setiakawan
Sukma dan Rafiq sanggup menghadapi bahaya untuk menyelamatkan rakan baik mereka iaitu
Jerry dan Iskandar daripada terus dipengaruhi dengan pemikiran barat.
iv. Nilai tanggungjawab
Contoh: Sukma masih lagi sempat mengikuti kuliah dan mengadakan perbincangan kumpulan
walaupun dia dibelenggui dengan pelbagai persoalan tetamu misteri.
v. Nilai saling menghormati
Contoh; Ibu Sukma menyuruhnya menyediakan minuman kepada kawan-kawan Sukma ketika
mereka berkunjung ke rumahnya.
vi. Nilai kejujuran
Contoh; Reny berterus-terang kepada Sukma bahawa dia mengenali Sukma daripada Iskandar
dan mempunyai hubungan yang lebih daripada seorang kawan dengan Iskandar.
vii. Nilai pengorbanan
Contoh: Jerry sanggup memberi maklumat kepada pihak polis walaupun nyawanya terancam.
viii. Nilai patriotik
Contoh: Sukma dan Kak Ros saling membantu untuk membanteras ahli kumpulan WX2 yang
akan menggugat keamanan negara.
ix. Nilai keimanan
Contoh: Sukma dan Hj Syaqir taat menunaikan kewajipan solat sebagai umat Islam.
x. Nilai kecintaan
Contoh: Sukma, Reny dan Kumpulan Waris Cinta melibatkan diri dalam seni tarian tradisi
walaupun mereka merupakan golongan remaja.
xi. Nilai kerjasama
Contoh: Sukma, Rafiq, Iskandar, Jerry dan Kak Ros saling bekerjasama untuk membanteras ahli
kumpulan WX2.
xii. Nilai rasional
Contoh: Sukma berfikiran rasional walaupun Iskandar cuba mempengaruhinya tentang kegiatan
Kelab WX2.

i. Kita hendaklah menghormati golongan yang lebih tua daripada kita


Contoh: Sukma menghormati ibunya dengan tidak pergi menemui tetamu-tetamu misteri yang
berkunjung ke rumahnya apabila dia ditegah oleh ibunya kerana bimbang akan keselamatannya.
ii. Kita tidak harus mudah terpengaruh oleh anasir luar
Contoh: Sukma dan Rafiq mampu menangkis pengaruh pemikiran barat meskipun rakanrakannya sendiri telah terlibat dengan kumpulan WX2.
Contoh: Ibu bapa hendaklah memberi peluang kepada anak-anak membuat pilihan dalam
kehidupan mereka
Contoh: Ibu bapa Jerry seharusnya memberi peluang kepadanya untuk menentukan pilihan
hidupnya tetapi mereka berhak untuk memberi panduan dan nasihat.
iii. Seorang sahabat hendaklah mempunyai sikap setiakawan
Contoh: Sukma dan Rafiq sanggup menghadapi bahaya untuk menyelamatkan rakan baik
mereka iaitu Jerry dan Iskandar daripada terus dipengaruhi dengan pemikiran barat.
iv. Kita hendaklah mempunyai semangat patriotik terhadap tanah air sendiri
Contoh: Rafiq masih kekal dengan budaya dan cara hidup Melayu meskipun dia dibesarkan di
luar negara.
v. Kita mestilah bertanggungjawab melaksanakan amanah
Contoh; Tuan Haji Syaqir bertanggungjawab melaksanakan tugasnya sebagai pengerusi
jawatankuasa di kampungnya.
vi. Kita hendaklah menunaikan kewajipan sebagai umat Islam
Contoh: Haji Syaqir dan Sukma tidak culas menunaikan tanggungjawab mereka sebagai umat
Islam.
vii. Kita hendaklah tabah menghadapi dugaan dan cabaran
Contoh: Nenek dan Aim tabah menghadapi dugaan dengan menjual buah manggis untuk
menyara kehidupan mereka berdua, selepas anaknya (ayah Aim) meninggal dunia, ditambah lagi
ibu Aim yang lari meninggalkan dia dan Aim.
viii. Rakyat hendaklah sanggup berkorban demi kedaulatan negara
Contoh: Ibu Sukma sanggup berkorban nyawa untuk menyelamatkan golongan muda daripada
terus terjerumus dalam pemikiran barat yang menggugat keamanan negara.
i. Huraikan tiga nilai yang terdapat dalam novel 6.20.
ii. Nyatakan tiga latar tempat yang terdapat dalam novel 6.20.
i. Nilai yang terdapat dalam novel 6.20. ialah nilai kasih sayang. Contohnya Ibu Sukma
menghadiahkan Sukma sebuah buku kerana risau tentang diri Sukma yang dikatakan
mengalami tekanan perasaan. Kedua nilai prihatin. Tuan Haji Syaqir berjaya mengumpulkan
dana bagi membiayai pembedahan jantung dan rawatan kulit Ehsan. Ketiga Nilai setiakawan.
Sukma dan Rafiq sanggup menghadapi bahaya untuk menyelamatkan rakan baik mereka iaitu
Jerry dan Iskandar daripada terus dipengaruhi oleh pemikiran barat.
ii. Latar tempat dalam novel 6.20 ialah anglo Taman Megah iaitu rumah kediaman Tuan Haji
Syaqir bersama-sama keluarganya, di Dewan Kuliah contohnya Profesor Darul sedang
menyampaikan pengajaran kepada pelajar-pelajarnya dan balkoni kamar iaitu perbualan antara
ibu dengan Sukma.

GAYA BAHASA
>>Penggunaan peribahasa - " Isy, terasa macam lepas laku pula tadi.." (m/s
21), Apakah yang ada di dalam kelab sehingga membuatkan iskandar yang saya
anggap berhati kering pun boleh jadi tidak tenteram? (m/s 90)
>> Bahasa Inggeris - metal, underground, fall from grace
>> Simile - kaku seperti patung cendana, bersolek pucat seperti mayat
>> Metafora - kerusi panas, pintu jawapan