Anda di halaman 1dari 158

Konsep Feudalisme ialah konsep yang diperkenalkan untuk membicarakan sejarah masyarakat

Eropah Zaman Pertengahan . Feudalisme juga boleh didefinisikan sebagai satu bentuk kerajaan
iaitu, kuasa politik dikuatkuasakan secara tempatan oleh individu persendirian dan bukannya
kerajaan pusat Ataupun sebuah kerajaan politik tempatan yg ditadbir oleh individu tertentu dan
bukan wakil kerajaan pusat.

Maksud Feudalisme mengikut Kamus Dewan

1.Feudalisme
Pengenalan

Ciri-Ciri Masyarakat Feudal

Susun Lapis Masyarakat


Mengikut sistem feudal, kedudukan individu adalah mengikut kelas bersusun lapis mengikut
hierarki. Hubungan pemerintah dengan golongan bawahan adalah berasaskan kepada situasi saling
memerlukan. Berikut ialah hierarki masyarakat feudal;

Kedudukan individu dalam masyarakat feudal ditentukan secara taraf tersedia [warisan] dan taraf
capaian [iaitu melalui penganugerahan oleh raja].

Kesimpulan
Sistem feudal secara jelas dicirikan oleh masyarakat yang terpisah mengikut kelas. Setiap peringkat
masyarakat feudal mempunyai peranan mahupun tanggungjawab masing2. Walau bagaimanapun,
sistem feudal memperlihatkan golongan rakyat biasa hanya berkerja untuk golongan bangsawan.

FeudalismediEngland
Pengenalan
Perang Seratus Tahun antara England dengan Perancis dan perang saudara [Perang Bunga
Mawar] di England memaksa masyarakat England menerima sistem pemerintahan beraja mutlak
sebagai alternatif menamatkan huru-hara. Secara tidak langsung masyarakat England menerima
sistem feudal iaitu adanya golongan pemerintah dan diperintah.

Sistem sosial masyarakat Feudal di Eropah

Raja
Raja berkuasa mutlak
Raja menjadi pusat kekuasaan. Rakyat pula tidak berhak untuk membantah. Selain itu,rakyat tidak
mempunyai hak dan suara kerana kuasa raja adalah anugerah suci Tuhan.
Rakyat perlu taat setia kepada raja.
Raja berhak memajak tanah kepada gol yang dipercayai [vassal]. Raja juga boleh memberi tanah
kepada golonganbangsawan [baron dan knight] sebagai ganjaran terhadap perkhidmatan yg
diberikan [golongan ini terikat kepada raja]. Pemberian tanah kepada pembesar untuk diusahakan
oleh golongan petani membolehkan raja mengutip cukai.
Golongan Bangsawan
Golongan bangsawan berkuasa memerintah di tanahnya. Mereka berhak mengawal penggunaan
tanah, mengadakan undang2 sendiri untuk mengawal petani / serf dan mengenakan cukai. Tanah
yg diberikan oleh raja akan diwarisi. Antara gelaran yg diberikan kepada golongan bangsawan
ialah Duke, baron [Lord] dan Vassal.

Golongan Serf
Kehidupan golongan petani berubah ekoran perkembangan ekonomi di England pada abad ke16. Banyak tanah dibuka dan pertanian komersial mula dijalankan. Perkembangan pertanian
dagangan, kemunculan bandar baru dan kemajuan sektor perusahaan menyebabkan ramai
golongan serf berpindah atau berhijrah. Terdapat juga golongan serf yang dibebaskan. Keadaan ini
menyebabkan ikatan antara tuan tanah dan serf makin longgar.
Raja Henry VII, Raja Henry VIII, Raja James I dan Raja Charles I adalah antara tokoh terkenal di
zaman feudalisme England.
Kesimpulan
Keadaan huru-hara mengakibatkan masyarakat England berusaha mencari penyelesaian. Langkah
terbaik ialah melantik seorang raja untuk mengetuai sebuah sistem pemerintahan yang teratur.
Kewujudan sistem pemerintahan telah melahirkan golongan pemerintah dan rakyat pula menjadi
golongan diperintah. Ini menjadi titik tolak bermulanya sistem feudal di England.

FeudalismediJepun
Susun Lapis Masyarakat Feudal di Jepun

Masyarakat di Feudal Jepun terbahagi kepada 2 iaitu;

Shogun mengekalkan kuasanya dengan mengawal kuasa daimyo. Daimyo pula diwajibkan
bersumpah setia, menyediakan bantuan jika diperlukan dan memastikan wilayah yang diperintah
aman. Daimyo Fudai dan Daimyo Shimpan adalah golongan daimyo yang paling dipercayai oleh
shogun dalam pentadbiran. Antara Shogun yang terkenal ialah Shogun Tokugawa
Menjelang abad ke-17, aktiviti perdagangan berkembang pesat. Ramai pedagang / saudagar
muncul dan berjaya mengaut kekayaan. Status mereka bertambah baik dan berjaya mengikat
golongan bangsawan dengan hutang.
Tokoh terkenal di Jepun semasa zaman feudalisme ialah Hideoyshi [penyatu Jepun], Shogun
Tokugawa dan Hayashi Tadataka [Daimyo Fudai]

Perbandingan Sistem Feudal Eropah dengan


Jepun
Pengenalan
England dan Jepun merupakan dua buah negara yang mengamalkan sistem feudal
dalam masyarakatnya. Walaupun mempunyai beberapa persamaan, namun
perbezaan dalam beberapa aspek begitu ketara.

Persamaan Sistem Feudal Eropah dengan Jepun


Persamaan 1: Konsep Feudalisme: Satu gabungan yg istimewa antara konsep
pemusatan undang-undang diraja dan tradisi semulajadi sesebuah organisasi
dengan ikatan peribadi kesetiaan

Persamaan 2: Peperangan: Kedua-dua negara sering dilanda peperangan. Di


Eropah, pahlawan dipanggil knight dan di Jepun ia dipanggil samurai

Persamaan 3: Peralatan Perang: Knight dan samurai sama-sama menggunakan


kuda, pedang dan baju perisai

Persamaan 4: Mobiliti Sosial: Kurangnya perubahan status atau kurangnya mobiliti


sosial.

Persamaan 5: Pembinaan Masyarakat: Berdasarkan keturunan atau sistem kelas

Perbezaan Sistem Feudal Eropah dengan Jepun


Perbezaan 1: Pembinaan Istana
Eropah: Istana diperbuat daripada batu
Jepun: Istana diperbuat daripada kayu

Perbezaan 2: Konsep Undang-Undang


Eropah: Feudalisme Eropah menekankan hak, undang2 dan kewajipan [pengaruh
Rom].
Jepun: Feudalisme jepun menekankan aspek moral yang dipengaruhi etika China

Perbezaan 3: Pemilikan Tanah


Eropah: Gol knight mendapat tanah sebagai bayaran memberi pekhdimatan
ketenteraan.
Knight juga berkuasa mengawal petani [serf] yg berkerja di tanah mereka
Jepun: Golongan samurai tidak mempunyai tanah.

Perbezaan 4: Perkongsian Kuasa


Eropah: Berkongsi kuasa dengan badan perwakilan
Jepun: Kekuasaan dan kesetiaan menjadi sesuatu yg mutlak.

Perbezaan 5: Penyatuan Negara


Eropah: England disatukan oleh Raja
Jepun: Disatukan oleh Jeneral Tentera

Masyarakat Agraria
Definisi:
Masyarakat berasaskan pertanian, penternakan
dan pengumpulan hasil hutan/sungai.

Petempatan:
Sekitar kawasan subur seperti lembah sungai,
kawasan berbukit dan kawasan besaliran baik.

Negara China dan Belanda mengamalkan dasar


ekonomi mekantilisme iaitu kerajaan campur
tangan dalam perkembangan ekonomi [dengan
unsur berlainan]

Negara

Unsur

1. Belanda
i. Paternalisme
memainkan peranan.
ii. Imperialisme
jajahan

Huraian
Kerajaan
Memerlukan tanah

2. China
i. Paternalisme
memainkan peranan.
ii. Nasionalisme

Kerajaan
Kendiri

MASYARAKAT AGRARIA DI BELANDA


pengenalan

Pada abad ke-16, kawasan utara Belanda


terkenal sebagai kawasan pertanian dan
perikanan. Pertanian dijalankan secara kecilkecilan. Hasil pertanian ini dijual di pasar
tempatan dan bandar2 lain. Mereka mengamalkan
sistem pertanian padang terbuka. Dalam sistem ini
tanah dibahagikan kepada 3 bidang. Setiap bidang
terdapat lajur-lajur yg dibahagi secara memanjang.
Setiap musim pula, petani hanya mengusahakan
2/3 bidang tanah. Sebidang lagi dibiarkan sebagai
tanah rang utk memulihkan kesuburan tanah. Najis
binatang pula dijadikan sebagai baja.

Pada abad ke-17, berlaku Revolusi Pertanian


di desa. Jumlah tanah pertanian, jumlah petani
dan jumlah penggunaan kuda bertambah
mendadak.
Sistem pertanian padang terbuka [Tanah
dibahagikan kepada 3 bidang] yang diamalkan oleh
petani Belanda.
Ciri-Ciri Masyarakat Agraria di Belanda: Pertanian
1.

Hasil pertanian bertambah.

2.
Pengeluaran makanan turut bertambah
sekaligus meningkatkan jumlah
simpanan
makanan bertambah. Peningkatan hasil pertanian
ini menguntungkan petani.
3.
Teknologi kincir air digunakan bagi
memudahkan pengairan kawasan pertanian.
4.
Guna kaedah tanaman bergilir bagi
mengekalkan kesuburan tanah [tanam sengkuang
& kekacang bergilir dengan bijirin].
5.
Tanaman utama ialah bijirin [gandum, barli,
oat]. Selain itu, kobis, kekacang, bunga dan jagung
turut diusahakan.
6.
Petani di Belanda turut menternak binatang
seperti lembu [tenusu dan daging bagi tujuan
eksport ke selatan Belanda.
7.

Industri tekstil turut berkembang.

Masyarakat desa mengeluarkan pakaian


bersasakan kain linen & bulu manakala
masyarakat bandar mengguna mesin untuk
warnakan kain tersebut. Hasil industri tekstil ini
kemudiannya dieksport ke Mediterranean.
Industri tekstil semakin berkembang sehingga
Leiden muncul sebagai pusat industri kain
berasaskan kain woolen, says, fustians dan
camlets. Haarlem pula muncul sebagai bandar
utama pengeluar industri linen.

Ciri-Ciri Masyarakat Agraria di Belanda: Perikanan


Perairan Holland dan Zeeland kaya dengan
ikan. Hampir 1/5 penduduk terlibat dalam
perikanan sehingga berjaya merebut pasaran
Baltik dari Jerman. Belanda mengeksport ikan
herring, garam, arak dan pakaian untuk dapatkan
bijirin dari Baltik.

Nelayan-nelayan Belanda menggunakan kapal


besar turun menangkap ikan. Mereka akan berada
di laut untuk beberapa minggu. Ikan yang
ditangkap akan digaram supaya tahan lama. Ikan
herring merupakan tangkapan utama kerana
berkualiti tinggi dan harga pasaran yang mahal.
Orang Belanda mahir dalam membina kapal.
Kapal buatan mereka dikatakan berkualiti tinggi,

tahan lasak dan mampu membawa muatan yang


banyak. Kapal mereka juga dianggap terbaik di
Eropah sehingga turut diguna oleh pedagang
England, Perancis dan Sepanyol untuk membawa
gandum dan galian ke Eropah.

MASYARAKAT AGRARIA DI CHINA

Pengenalan
Negara China merupakan negara ke-3 terbesar di
dunia. 2/3 daripada keluasan itu adalah kawasan
pergunungan dan gurun. Hanya 15% sesuai untuk
pertanian. Walau bagaimanapun, hasil pertanian
mampu menampung makanan penduduk China.
Keadaan ini didorong oleh faktor berikut
i. Sebahagian besar negara China terletak di
kawasan hawa sederhana
ii.Terdapat kawasan perubahan iklim dari
kawasan tropika ke sejuk yg sesuai untuk pelbagai
jenis tanaman.

Kawasan tertinggi: Dataran Tibet

Contoh gurun di China: Gurun Gobi [Utara]


dan Gurun Taklimakan [Barat Laut]

Ciri-Ciri Masyarakat Agraria di China


1. Pertanian menjadi kegiatan utama
Semasa zaman Dinasti Ming dan Dinasti Qing, 80%
penduduk desa bercucuk tanam. Timur Laut China
dan Mongolia merupakan dataran loes yg subur
untuk aktiviti pertanian. Kawasan ini turut
direntangi oleh Sungai Hwang Ho dan Sungai
Yangtze.

Tanaman utama petani China ialah padi dan kapas,


tebu, teh, gandum, sekoi dan barli menjadi
tanaman sampingan. Di utara China pula [Kawasan
tanah tinggi] padi huma, sekoi dan kekacang
menjadi hasil keluaran penting.

Tanah yang subur mendorong kepada peningkatan


hasil keluaran. Ini sudah pasti menguntungkan
pembesar ataupun tuan tanah. Pendapatan cukai
maharaja juga meningkat.
2. Masyarakat agraria mengamalkan pemilikan
tanah yg diterajui oleh pembesar / tuan tanah.

Tanah merupakan kurniaan maharaja kepada


pembesar dan tuan tanah. Tanah juga menjadi
lambang status sosial & aset berharga.

3. Mengamalkan pertanian secara bersama.


Golongan petani di China mengamalkan pertanian
secara bersama [hak individu diketepikan].
Mengusahakan tanah pertanian mengikut sistem
warisan iaitu dari satu generasi ke generasi
berikutnya.

4. Guna kaedah tradisional


Petani China masih menggunakan kaedah
tradisional dalam pertanian. Sebagai contoh, najis
binatang dijadikan sebagai baja. Walaupun
demikian, hasil pertanian tetap banyak.

5. Petani tidak ada simpanan


Malang bagi petani, walaupun hasil pertanian
meningkat tetapi mereka tidak ada simpanan
untuk saat kecemasan seperti kemarau, banjir atau
tanaman tidak menjadi. Petani masih dihimpit
kemiskinan. Oleh itu, untuk meneruskan hidup
mereka mengamalkan aktiviti berikut;
Mencari hasil hutan

Jual anak perempuan [hamba]


6. Petani tetap miskin
Walaupun tanah subur dan petani cekap, mereka
tetap dihimpit kemiskinan. Rumah mereka hanya
berdindingkan tanah liat, berbumbungkan rumput,
tidak ada tempat berdiang, pakaian daripada
benang kapas dan makanan sekadar cukup.
Pendapatan petani hanya cukup untuk membeli
benih, perkakasan pertanian, mengadakan majlis
perkahwinan dan kematian.

Pembaharuan Dalam Bidang Pertanian


Semasa era pemerintahan Dinasti Ming, beberapa
pembaharuan telah dilaksanakan untuk
meningkatkan hasil pertanian. Pembaharuan
tersebut termasuklah;
a. Peningkatan penggunaan sistem pengairan
b. Mengamalkan pertanian selingan antara
musim-musim tanaman.
c. Peralatan seperti cangkul, sabit dan penyisir
tanah digunakan.
d. Memperkenalkan kaedah tanaman bergilir
dalam skala besar.
e. Perkenalkan baka padi baru yang cepat
masak [[baka padi dari Vietnam Selatan] bagi

membolehkan padi ditanam dua kali setahun. Baka


baru ini tidak memerlukan banyak air dan sesuai
ditanam di kawasan berbukit.
f. Penggunaan baja
g. Tanaman dari Asia Barat seperti kekacang, ubi
kentang manis, barli dan jagung diperkenalkan.
Selain itu, dasar pemerintah China yang
mengutamakan bidang agraria juga menyumbang
kepada peningkatan hasil pertanian. Pemerintah
China menguatkuasakan pungutan cukai tanah
yang rendah iaitu 1/30 kepada 1/50 daripada hasil
pertanian. untuk menggalakkan aktiviti pertanian.

Kesan dasar yang diamalkan


Dasar dan pembaharuan yang dijalankan oleh
pemerintah China telah membawa banyak faedah
seperti;
i. Perbendaharaan berkurang tetapi hasil
pengeluaran pertanian bertambah.
ii. Petani boleh baiki taraf hidup.
iii. Banyak pasar di buka di kampung2 dan
sistem barter digunakan.
iv. Terdapat orang tengah beli secara pukal
dan dijual di pasar besar.

v. Pertumbuhan industri swasta ekoran


perkembangan bandar seperti Nanking dan Beijing.
Contoh industri berskala kecil yang berkembang
pesat ialah pengeluaran kertas, sutera, kapas dan
porselin. Perkembangan industri porselin memberi
sumbangan kepada perbendaharaan negara.
Kiangsi muncul menjadi pusat pengeluaran
porselin.

Kesimpulan
Masyarakat agraria di China giat mengamalkan
aktiviti pertanian. Sokongan pemerintah,
kecekapan petani, tanah yang subur dan dasar
pertanian yang diperkenalkan berjaya
meningkatkan hasil pertanian sekaligus
merancakkan perkembangan ekonomi China.

MASYARAKAT MARITIM DI PORTUGAL

Pengenalan
Kerajaan maritim bermaksud kerajaan yang
berasaskan aktiviti kelautan seperti perikanan dan

perdagangan. Ciri utama kerajaan maritim ialah


mempunyai pelabuhan.

Masyarakat Maritim di Portugal


Portugal merupakan negara Eropah terawal yg
berlayar / meneroka dunia luar. Kerabat diraja
Portugal bercita-cita tinggi: menggalakkan pelayar
mencari jalan ke dunia baru. Pada masa itu,
Portugal menjadi kuasa maritim tunggal @ belum
ada pesaing kerana;
Sepanyol belum bersatu.
Negara kota Itali saling bersaing menguasai
perdagangan di Laut Mediterranean.
Perancis dan England terlibat dalam Perang 100
Tahun.
Belanda menghadapi masalah dalaman.
Henry The Navigator

Peranan & Sumbangan Putera Henry Henry The


Navigator

1. Mempromosikan aktiviti penjelajahan.


Putera Henry telah menubuhkan Akademi Laut di
Sagres. Selain itu, Putera Henry turut
menjemput ahli pelayaran, pakar matematik,
kartografi dan astronomi dari luar untuk
mengajar pelaut Portugal. Berhasrat menguasai
perdagangan di Afrika sekaligus
berusaha mencari Prester John [Raja kerajaan
Kristian di Afrika] bagi mendapatkan
bantuan untuk menguasai kerajaan Islam Maghribi.

Kejayaan Putera Henry ialah apabila ramai pelayar


Portugal berjaya menjelajah ke
selatan hingga ke Cape Verde [pantai barat Afrika].
Kematian Putera Henry pada 1460
tidak melemahkan semangat orang Portugalmeneruskan aktiviti pelayaran;
i. 1487: Bartholomew Diaz berjaya sampai ke Cape
of Good Hope [selatan Afrika].
ii. 1497: Vasco Da Gama berjaya mengelilingi
Tanjung Harap, menyeberangi Lautan Hindi
sehingga tiba di Kalikat, India. Kejayaan ini
membuka jalan ke timur.

Kejayaan Portugal dalam bidang maritim


Peranan Putera Henry dan kegigihan pelayar
Portugal telah membolehkan mereka mencapai
kejayaan besar dalam bidang pelayaran. Antara
kejayaan mereka ialah;
1. Kapal2 Portugal berjaya belayar ke Timur
melalui Tanjung Pengharapan.
Pelayar Portugal membawa pulang barang
berharga seperti lada hitam, sutera, batu permata
dan rempah. Raja Portugal melantik Alfonso
dAlbuquerque sebagai wizurai di Goa, India.
Wizurai bertanggungjawab menjaga pengkalan
perdagangan Portugal.

2. Tahun 1500 Portugal berjaya menguasai


perdagangan di Lautan Atlantik.
Pelayar2 Portugal telah mendapatkan hasil hutan
seperti kayu-kayan dan bahan pencelup, membuka
ladang tebu dan tembakau, menternak lembu dan
kuda di Brazil.

3. Tahun 1503: berjaya menguasai Cochin dan


perairan Malabar.

Mereka memaksa kapal2 berdagang menggunakan


lesen Portugal sahaja. Pada tahun 1504, Francisco
de Almeida dilantik sebagai pemerintah Cochin.
Kejayaan ini menandakan bermulanya penguasaan
laut antara Portugal dan Arab.

4. Meluaskan penjelajahan ke Afrika.


Portugal kemudiannya berjaya menguasai Lautan
Hindi dan membina pangkalan perdagangan di
Kenya.

5. Tahun 1509: Lopez de Sequeira tiba Melaka.


Tujuan awal de Sequeira adalah untuk meminta
kebenaran berdagangan di Melaka. Pada tahun
1511 Portugal berjaya menawan Melaka.
6. Berjaya membina pangkalan perdagangan di
Kepulauan Rempah
Kesungguhan pelayar Portugal akhirnya
membuahkan hasil apabila mereka berjaya
membina pengkalan perdagangan di Ceylon,
Maluku, Sumatera dan Jawa. Kawasan tersebut
merupakan kawasan yang kaya dengan rempah.

7. Melantik Casa de India [House of India]

Casa de India berperanan menguruskan


perdagangan di luar negara. Portugal kemudiannya
berjaya memonopoli perdagangan lada hitam, kulit
kayu manis, bunga cengkih dan mengenakan cukai
30% ke atas keuntungan aktiviti perdagangan lain.

8. Menggunakan pelabuhan Antwerp sebagai pusat


pengeksportan dan pengeluaran barang dagangan.
Dalam masa 30 tahun, berjaya menguasai pasaran
rempah ratus daripada pedagang Venice.
9. Tahun 1550: pedagang Portugal mula memasuki
Jepun.
Perkembangan ini menguntungkan kedua-dua
pihak. Sebagai contoh, Nagasaki menjadi pusat
perdagangan dan pintu keluar utama bagi
perdagangan Jepun.
10. Tahun 1517: meluaskan perdagangan di China
Portugis dibenarkan berdagang di pelabuhan
Canton dan Macau. Ini membolehkan Portugal
menjadi orang tengah dalam urusan perdagangan
antara China-Jepun- Eropah. Selain itu, Portugal
juga berjaya menerokai perdagangan hamba di
China. Hamba2 China dibawa ke Eropah dan dijual
kepada bangsawan. Walau bagaimanapun, aktiviti
penjualan hamba diharamkan pada tahun 1595.

Kesimpulan
Kejayaan besar yang dilakar oleh pelayar dan
pedagang Portugal membuktikan mereka memang
sebuah kuasa maritim yang hebat pada ketika itu.
Mereka berjaya menguasai laluan barat ke timur
serta mengumpul kekayaan hasil daripada aktiviti
perdagangan.

Jun 27, 2012


SISTEM MAHARAJA DI CHINA
Pengenalan
Institusi merujuk kepada pola yg tertubuh untuk
memenuhi pelbagai keperluan manusia sekaligus
mengatur perlakuan manusia. Institusi
berperanan;
i. Menegakkan keamanan
ii. Menegakkan undang2
iii. Mewujudkan perdamaian
Pemerintahan bermaksud badan yg dianggotai
oleh sebilangan individu yg dilantik / dipilih
mengikut prosedur undang2 bagi menjawat

jawatan tertentu bagi mentadbir atau mengurus


sesebuah negara.
Pentadbiran pula merujuk kepada sistem yg
melaksanakan dasar atau arahan ketua pemerintah
untuk membangunkan negara [politik, ekonomi
dan sosial] dengan bantuan pembesar dan
menteri2.

Sistem Raja & Maharaja China


Konsep Beraja di China
i.
Raja & Maharaja menduduki status tertinggi
dalam hierarki sosial. Raja /
maharaja mempunyai kuasa penentu dan pemutus.

ii.
Raja & Maharaja merupakan perlambangan
kedudukan kerajaan. Jika
Raja / Maharaja bijak, berkebolehan dan berdaulat
tinggi, kerajaannya cemerlang dan
rakyatnya aman makmur. Sebaliknya,kerajaan
tidak akan kekal lama manakala rakyat
susah dan miskin.

Walau bagamanapun, berlaku perubahan


mendadak dalam sistem Raja dan Maharaja
di China pada abad ke-19 akibat kedatangan kuasa
Eropah.

Kedudukan & Peranan Raja / Maharaja.


Kedudukan maharaja China dilegistimasikan
berdasarkan konsep mandat dari syurga. Menurut
konsep ini, maharaja dianggap sebagai wakil dari
syurga ataupun anak syurga. Maharaja;
i.
Diberi kuasa spiritual yg tidak
terhingga [individu paling berkuasa].
ii.

Menduduki hierarki teratas.

iii.
Akan menjamin kemakmuran dan
keamanan rakyat.
iv.
Mendapat penghormatan tertinggi drp
masyarakat China.

Berdasarkan konsep mandat dari syurga, maharaja


atau raja dianggap gagal mendapat mandat dari
syurga dan perlu diganti jika berlaku malapetaka
seperti banjir, kemarau dan kebuluran. Pemerintah

yang baik menjamin kerajaan yang aman dan


makmur.

Maharaja turut mengamalkan ajaran


Confucianisme yang menekankan prinsip;
i.
Setiap pihak mempunyai tanggungjawab
terhadap pihak lain bagi mewujudkan masyarakat
harmoni.
ii.
Mengutamakan kesetiaan sebagai puncak
kebahagiaan.

Sistem pemerintahan China ibarat Autokrasi yg


diletakkan di atas demokrasi. Hal ini dapat dilihat
dalam raha berikut;

Sistem Pentadbiran China1. Pentadbiran Pusat


Pentadbiran pusat di China terbahagi kepada 3
unit iaitu;

Pegawai yg setia diberi anugerah / yang ingkar


dihukum.

2. Pentadbiran Wilayah
1. Zaman Dinasti Ming
Semasa era Dinasti Ming, empayar China
dibahagikan kepada 15 wilayah. Seorang
pesuruhjaya dilantik mengetuai setiap wilayah.
2. Zaman Dinasti Ching
Semasa pemerintahan Dinasti Ching, terdapat 18
wilayah di China. Seorang gabenor dilantik
mengetuai setiap wilayah.

Peranan Maharaja
Bidang Ketenteraan
Raja berperanan sebagai ketua tentera.
Di awal pemerintah Dinasti Ming, maharaja
berusaha menyatukan semua empayar
China. Usaha pemerintah Dinasti Ming
membolehkan mereka berjaya menguasai
sebahagian besar Manchuria dan menaungi Korea
dan Ryukyu
Semasa pemerintahan Dinasti Ching, Maharaja
Chien Lung muncul sebagai maharaja
ketenteraan [meluaskan empayar China].

Bidang Ekonomi
Dalam bidang ekonomi, tanah sebagai hak
maharaja.
Tanah merupakan satu kurniaan / anguerah
maharaja kepada pembesar dan tuan
tanah. Tanah menjadi lambang status sosial dalam
masyarakat China. Rakyat bercucuk
tanam di atas tanah yg dimiliki oleh pembesar atau
tuan tanah.
Peningkatan hasil pertanian turut menyumbang
kepada pendapatan pembesar atau tuan
tanah. Hal ini membolehkan maharaja mengumpul
pendapatan melalui kutipan cukai.

Urusan Luar Negara


Pada era pemerintahan Dinasti Ming,
maharaja2nya mengamalkan Dasar Buka Pintu.
Dasar ini memberi kesan kepada China iaitu;
i.

Perdagangan berkembang

ii.

Penyerapan ilmu & teknologi barat

iii.

Penyebaran agama Kristian

Walau bagaimanapun, semasa pemerintahan


maharaja Dinasti Ching, berlaku
perubahan dasar luar China. Dinasti Ching
mengamalkan Dasar Tutup Pintu
[pemencilan / isolasi/ pengasingan]. Hal ini
berpunca daripada perasaan curiga
dengan kehadiran orang barat.

Bidang Perundangan
Dalam bidang perundangan, Maharaja berkuasa
mutlak menggubal undang2. Ciri-ciri
sistem perundangan China ialah;
i.

Hukuman secara kolektif

ii.
Seseorang dianggap bersalah sehingga
berjaya membuktikan dia tidak bersalah [Barat:
hukuman bersifat individu].

Kesimpulan
Sistem beraja yang diamalkan oleh China
memperlihatkan China memiliki sistem
pentadbiran yang teratur. Setiap dinasti yang
memerintah China membawa dasar

yang berbeza dan dasar ini memberi kesan kepada


kestabilan dan kemakmuran
negara China.
SISTEM BERAJA DI RUSIA
Pengenalan
Tempoh sistem pemerintahan beraja diamalkan di
Rusiaialah 1547 - 1917. Sistem pemerintahan
Rusia adalah diwarisi daripada sistem
pemerintahan Byzantine [melalui perkahwinan
Ivan III dengan cucu maharaja Byzantine yang
terakhir iaitu Sophia pada tahun 1469]. Oleh itu
pemerintah Rusia dianggap pewaris mutlak
empayar Byzantine.

Sistem beraja di Rusia di bawah Dinasti Ramanov


selama 304 tahun berakhir semasa pemerintahan
Tsar Nikolai II apabila berlaku Revolusi Russia
1917.
Tsar Nicholas II

Kedudukan Raja / Maharaja

1. Kedudukan Tertinggi

Raja menduduki tempat tertinggi dalam hierarki


masyarakat Rusia. Raja
bertanggungjawab mengetuai bidang
pemerintahan. Tsar berkuasa membuat
keputusan. Oleh yang demikian, rakyat harus taat
setia kepada raja. Rakyat tidak boleh
ingkar arahan Tsar.

2. Berkuasa Mutlak [autokratik]


Semasa era pemerintahan Ivan IV Ivan Yg Ganas
pemerintah Rusia mula mengguna
-kan gelaran Tsar. Gelaran Tsar diambil sempena
gelaran caesar yg digunakan oleh
pemerintah Byzantine. Konsep caesaropapism
ialah gabungan untuk keagamaan dan
politik dalam sistem pemerintahan. Tsar
memerintah secara mutlak dengan;
i.

Isytihar kanun undang2 baru.

ii.
Tubuhkan badan perwakilan feudal pertama
di Rusia.
iii.
Menguasai Kazan & Astrakhan untuk
melemahkan kedudukan orang Tartar.

Tsar Peter II

Peranan Raja / Mahajara


1.

Ketua Negara

Tsar berkuasa mutlak dalam pentadbiran. Tsar


brperanan mengetuai setiap bidang
pemerintahan termasuk politik, ekonomi dan
sosial.

2.

Perundangan

Dari segi perundangan, kata-kata / arahan Tsar


dianggap sebagai undang2. Arahan
Tsar tidak boleh diingkari. Tsar juga kebal dari segi
undang2.

3.

Dasar luar

Tsar Rusia berkuasa menentukan hubungan


diplomatik Rusia. Rusia telah menjalin
hubungan baik dengan Jerman untuk tujuan latihan
ketenteraan.

4. Ketua Tentera
Rusia seringkali berasa terancam oleh musuhmusuhnya termasuk kerajaan Mongol. Oleh itu,
Tsar Peter The Great berusaha memperkukuhkan
kekuatan tentera Rusia dengan menambahkan
jumlah peruntukan. Ini bagi memastikan Rusia
terus aman.

5.

Berkuasa melantik menteri

Tsar juga berkuasa melantik menteri yg benar2


dipercayai. Pemilihan menteri yang
benar2 boleh dipercayai bertujuan mengukuhkan
kedudukannya. Menteri2 yg dianggap
menentang Tsar akan dipecat.

6. Ketua Bidang Ekonomi


Peter The Great berusaha memajukan industri
kilang senjata, pembuatan makanan dan
tekstil. Tsar Alexander II telah membangunkan
sistem pengangkutan iaitu kereta api
untuk memacu perkembangan sektor industri.

Kesimpulan
Sebagai seorang pemerintah yang berkuasa mutlak
dan mempunyai kedudukan tertinggi, Tsar
mempunyai kelebih untuk terus mengukuhkan
kuasanya. Tsar bukan sahaja berhak memilih
menteri yang dipercayainya tetapi juga berkuasa
menentukan hala tuju negara.

NEGARA BANGSA

Pengenalan
Negara bangsa merujuk kepada negara yg bebas
daripada konsep dunia empayar dan di bawah
kedaulatan raja mutlak.

Ciri-ciri Negara Bangsa


Terdapat 2 ciri utama negara bangsa iaitu;
i. Penduduk berteraskan satu bangsa, bahasa,
kesusasteraan dan kesedaran kebangsaan.
ii. Raja berhak megisytiharkan perang,
mengenakan cukai, mentadbir dan menguatkuasa
undang2.

Kemunculan negara bangsa di Eropah terbentuk


melalui;
i.

Dinasti

ii.

Keluarga baharu

iii.

Perkahwinan diraja

iv.

Konsep empayar.

Raja Mutlak dan Raja Berperlembagaan


Penubuhan monarki kebangsaan Eropah [abad ke15] membawa kepada kemunculan pemerintahan
mutlak di England dan Perancis.

Dalam hal ini, terdapat dua golongan yang


bertentangan.

i. Golongan yg menyokong sistem pemerintahan


raja mutlak percaya [Absolutists];
- Raja dilantik oleh Tuhan
- Menganjurkan doktrin Hak Ketuhanan Raja.
- Raja2nya mendakwa mereka hanya menjawab
kepada Tuhan dan bukannya kepada rakyat atau
ahli parlimen.
ii. Golongan yg tidak menyokong sistem
pemerintahan raja mutlak beranggapan
- Tuhan menghadkan kuasa raja.
- Rakyat harus mempunyai hak bersuara dalam
aspek2 tertentu.

Perlembagaan

Perlembagaan ialah sesebuah negara atau


organisasi yg menjelaskan struktur, amalan,
aktiviti dan prinsip negara dengan jelas.
Perlembagaan mempunyai kuasa ultra vires iaitu
tidak boleh ditentang atau ditindih. Raja
berperlembagaan pula merujuk kepada raja yg
memerintah berdasarkan undang2 / piagam politik.

RAJA BERLEMBAGAAN DI ENGLAND


Pengenalan
Sistem pemerintahan beraja bermula sejak
penghujung abad ke-15. Ia diasaskan oleh oleh
Raja Henry VII [Dinasti Tudor]. Sejak berakhirnya
Perang Bunga Ros, majoriti masyarakat England
bersetuju sistem pemerintahan raja berkuasa
mutlak sebagai penyelesai keadaan huru-hara.

Zaman Dinasti Tudor [1485 1603] mendapat


sokongan rakyat walaupun mengamalkan
pemerintahan beraja mutlak. Raja-raja Tudor
menghormati prinsip perbatasan pemerintah [yang
terkandung di dalam Magna Carta].

Parlimen England
Parlimen England terdiri daripada;
i.
House of Lord [tuan tanah yg kaya, bishop
dan kerabat diraja] lebih berkuasa
ii.
House of Commons [knight, orang kaya dan
peguam]

Pada awal abad ke-17, berlaku perubahan dalam


masyarakat England.
i. Di luar bandar: Muncul golongan gentry iaitu
golongan yang memiliki tanah, bertani dan
menternak sehingga kaya-raya melebihi golongan
bangsawan.
ii. Di Bandar: muncul golongan bourjois iaitu
saudagar yg kaya akibat kepesatan perdagangan,
berpendidikan tinggi dan berpengetahuan dalam
bidang ekonomi
Golongan gentry dan bourjois banyak
menganggotai House of Commons. Kedua-dua
golongan ini berani mempertikaikan pengaruh
politik dalam House of Lord yg didominasi oleh
golongan aristokrat.

Pada masa yg sama berlaku pergeseran mahzab


gereja di England. Sebilangan kecil penganut
mahzab Protestan tidak puas hati dengan gereja
kebangsaan England iaitu Anglican yg masih
mengamalkan sifat gereja tradisional Kristian iaitu
Katolik. Golongan ini dikenali sebagai puritan.
Golongan ini bermatlamat membersihkan amalan
gereja di England daripada pengaruh gereja
Katolik Rom.
Oliver Cromwell

Selepas kemangkatan Ratu Elizabeth I


[berakhirnya Dinasti Tudor], sepupunya Raja
James I dari Scotland ditabalkan menjadi raja
[bermulanya Dinasti Stuart]. Raja-Raja
Stuart terpaksa menghadapi kebangkitan
golongan puritan sehingga berlakunya perang
saudara [Revolusi Puritan].

Tindakan Raja James I yang berpegang teguh


kepada doktrin kuasa suci raja
[menganggap kedudukan raja mengatasi segala
undang2] menyebabkan Baginda
ditentang oleh golongan puritan [gentry dan
bourjois] yg ingin memisahkan gereja dari
pemerintahan.

Selain itu, sikap pilih kasih baginda dalam urusan


perdagangan, menyebabkan
golongan saudagar marah. Raja James I telah
membelakangkan parlimen dalam isu
cukai.

Keadaan bertambah celaru bila Raja Charles I


menggantikan ayahndanya sehingga
parlimen mengeluarkan Petition of Right. Petisyen
ini mengutuk raja yg bersikap
autokratik.

Golongan puritan semakin marah bila Bishop Besar


William Laud yg dilantik oleh Raja
Charles I melarang golongan puritan melakukan
aktiviti keagamaan mereka. Pada
tahun1645, berlaku perang. Tentera parlimen yg
dipimpin Oliver Cromwell berjaya
mengalahkan tentera Raja Charles I. Oliver Crom
well juga menyingkirkan ahli parlimen
yang proraja. Beliau kemudian mengisytiharkan
England sebagai Negara Republik dan
dia sendiri sebagai ketua.

Tentangan ke atas Oliver


Terdapat dua puak yang menentang pemerintahan
Oliver iaitu;

i.
Golongan levelers: kumpulan yg dipimpin
oleh John Liburne yg mahukan setiap rakyat
England berhak mengundi dan bukannya golongan
kaya sahaja.

ii.
Golongan diggers: kumpulan radikal yg
menuntut persamaan hak dalam pemilikan harta &
mahu gereja ditukar menjadi institusi pendidikan
untuk rakyat.

Oliver Cromwell kemudiannya membubarkan


parlimen dan membentuk kerajaan baru
iaitu Protectorate dan melantik dirinya sebagai
Lord Protectorate. Walaupun memerintah
mengikut perlembagaan, tetapi pemerintahannya
bercorak diktaktor ketenteraan.
Oliver meninggal dunia dan diganti oleh anaknya,
Richard Cromwell tetapi meletak
jawatan tidak sampai setahun kemudian.

Kesimpulan
Keadaan politik England semasa zaman
pemerintahan beraja Dinasti Tudor agak tenang
sehinggalah rakyat bangkit menentang semasa
pemerintahan Dinasti Stuart. Penentangan ini

berpunca daripada sikap pemerintah yang terlalu


taksub dengan kuasa mutlak sehingga
membelakangkan rakyat. Penentang yang tercetus
akhirnya menjurus kepada pengenalan sistem
pemerintahan raja berperlembagaan.

RAJA MUTLAK & PERLEMBAGAN DI PERANCIS

Pengenalan
Pemerintahan Perancis terletak di tangan Raja,
Majlis Diraja dan intendant.
1. Raja
Raja berkuasa mutlak sehingga kuasanya
mengatasi semua undang2. Sebagai contoh, raja
berkuasa memenjarakan individu yg ingkar atau
menyakiti hati golongan berpengaruh [tindakan ini
dipanggil lettre de cachet].
2. Majlis Diraja

i.
Dianggotai kerabat diraja yg
berpengaruh.
ii.
Membuat keputusan penting dalam
semua bidang.

3. Intendant
Sistem Intendant yang digunakan di peringkat
wilayah menguruskan hal pentadbiran dan cukai.
Raja sengaja menambahkan bilangan intendant
untuk mengurangkan kuasa politik golongan
bangsawan.

4. Golongan paderi [clergy]:


Golongan paderi bertugas di gereja Katolik dan
institusi dalam pentadbiran agama. Golongan yang
menguasai sebahagian besar bidang pendidikan di
Perancis ini terbahagi kepada 2 kelompok iaitu;
i.
Bishop: paderi atasan yg diberi keistimewaan
termasuk gaji lumayan dan rumah mewah.
ii. Paderi parisy: paderi bawahan yg berkerja kuat
tetapi tidak diberi keistimewaan.

5. Golongan bangsawan

Golongan bangsawan di Perancis dibahagikan


kepada dua iaitu;
i.
Bangsawan atasan: memiliki tanah luas dan
kaya serta diberi keistimewaan seperti pangkat /
jawatan.
ii.
Bangsawan rendah: Mendapat hasil
mencukupi dari tanah mereka di luar Bandar. Tidak
sekaya bangsawan atasan, kuasa politik pun
sedikit.
iii.
Bangsawan bergelar: golongan yg berjasa
kepada negara dan tidak memiliki keistimewaan yg
dimiliki oleh bangsawan atasan.

6. Golongan bourjois
Golongan ini terdiri daripada masyarakat kelas
menengah seperti golongan professional, guru,
peguam, pedagang dll. Golongan ini diberikan
beberapa keistimewaan seperti;
i.

Pengecualian cukai

ii.
Tidak perlu berkhidmat dalam angkatan
tentera.

Walau bagaimanapun, golongan ini tidak berpuas


hati kepada pemerintah kerana;

i.
Diskriminasi: tidak berpeluang naik pangkat
dalam pegawai tentera
ii.
Diskriminasi: tidak berpeluang berkhidmat
dalam pentadbiran.

7. Golongan petani
Golongan petani terbeban dengan pelbagai cukai
seperti;
i.

Cukai tanah [taille]

ii.

Cukai harta [vingtieme]

iii.

Cukai garam [gabelle]

iv. Cukai feudal [menggunakan kilang gandum,


dapur & alat pemerah anggur]
v.

Cukai gereja [tithe]

Parlimen Perancis
Parlimen Perancis terbahagi kepada 3 Estet / blok
yg berperanan membincangkan hal atau masalah
hal di daerah masing2.

Perubahan Raja Berkuasa Mutlak ke Raja


Berperlembagaan Di Perancis

Pada tahun 1787, Raja Louis XVI telah mengadakan


Perhimpunan Orang-Orang Kenamaan.
Perhimpunan ini bertujuan mengatasi masalah
kewangan Perancis. Estet Pertama dan Kedua
diberi keistimewaan manakala Estet Ketiga seolaholah disisihkan.

Estet Ketiga menuntut persamaan hak tetapi tidak


diendahkan. Estet Ketiga akhirnya
mengisytiharkan diri mereka sebagai Perhimpunan
Kebangsaan [Parlimen Negara]. Perisytiharan oleh
Estet Ketiga ini menandakan bermulanya Revolusi
Perancis.

Antara tuntutan Estet Ketiga: konsep persamaan


dan keadian dan keistimewaan bukannya diberikan
berdasarkan hak atau warisan. Perjuangan Estet
Ketiga mendapat sokongan golongan miskin. Pada
14 Julai 1789 bangunan Bastille jatuh ke tangan
pemberontakan. Peristiwa ini menjadi pembakar
semangat golongan revolusi di Bandar dan desa.
Perhimpunan Kebangsaan [terdiri daripada Estet
Ketiga] berjaya;
i.

Menghapuskan sistem feudal

ii.

Menghapuskan perhambaan

iii.
Menghapuskan monopoli golongan
bangsawan
iv.

Menghapuskan buruh paksa

v.

Menarik balik hak istimewa gereja

vi.

Menyamaratakan cukai

Kejayaan Perhimpunan Kebangsaan menghapuskan


sistem feudal ditandai dengan Hari Ogos dan satu
dikri pemansuhan sistem feudal dikeluarkan;
i.
mereka

Ahli parlimen menyerahkan hak feudal

ii.
Golongan feudal turut menyerahkan
hak mereka
iii.
Golongan paderi menyerahkan hak
gereja dan hasil kutipan.
Pada 26 Ogos 1789, Parlimen meluluskan
Perisytiharan Hak-Hak Manusia dan Warganegara.
Antara kandungannya ialah;
i. Hak kebebasan- harta benda, perlindungan dan
tiada penindasan.
ii. Hak kesamarataan perbezaan hanya boleh
diwujudkan untuk manfaat umum.

Pentadbiran Perancis;
Perancis dibahagikan kepada 83 kawasan
[department]. Department pula dibahagi kepada
daerah [cantons] dan commune. Kerajaan
tempatan dipilih oleh rakyat tempatan dan
berkuasa di kawasan masing2.

Pada tahun 1790, Perlembagaan Sivil Gereja


diluluskan. Kandungan perlembagaan tersebut
ialah;
i.

Paderi dipilih oleh rakyat

ii.

Paderi diberi gaji

iii.
Paderi mesti mengangkat sumpah taat setia
kepada Perlembagaan Awam

Seterusnya pada tahun 1791, Majlis Perhimpunan


Kebangsaan menyiapkan perlembagaan baru yg
berdasarkan teori pengasingan kuasa
Montesquieu. Menurut teori pengasingan kuasa ini,
kerajaan dibahagikan kepada;
i.

Badan legislatif

ii.

Badan eksekutif

iii.

Badan judisiari

Pemerintahan raja berperlembagaan berlangsung


selama setahun sebelum bertukar kepada republik.
Perancis masih tidak aman kerana berlaku
perpecahan golongan pendukung revolusi iaitu
Jacobin dan girondin. Perancis turut terlibat dalam
peperangan dengan negara jiran mereka iaitu
Austria dan Prusia apabila golongan bangsawan
Perancis lari ke kedua-dua negara berkenaan.
Golongan bangsawan ini cuba mempertahankan
sistem monarki di Perancis.

Keadaan kacau-bilau ini melahirkan pemerintahan


diktator yg dikenali sebagai Zaman Pemerintahan
Ganas. Pemerintah dikuasai golongan Jacobin yg
diketuai Maximilien Robespierre. Kumpulan ini
mewujudkan Mahkamah Revolusi dan menggubal
Undang2 Syak yang mengenakan hukuman tembak
dan pencung kepada golongan musuh revolusi dan
golongan menyokong raja.

Raja Louis XVI dan isterinya Marie Antoinnette juga


dihukum pancung dengan gilotin. Maximilien
Robespierre sendiri dihukum pancung oleh puak
yang menyokong parlimen Kematian Maximilien
menandakan berakhirnya Zaman Pemerintahan
Ganas. Keadaan tidak stabil ini tamat bila
Napoleon Bonaparte mengambil alih pemerintahan
[1799].

Kesimpulan
Perubahan sistem pemerintahan di Perancis begitu
ketara. Daripada zaman feudal yang mengamalkan
pemerintahan raja berkuasa mutlak berubah
kepada raja berperlembagaan. Berlaku pelbagai
peristiwa yang membawa kepada perubahan ini
sebelum kestabilan politik dicapai.

NEGARA KESATUAN DI PERANCIS


Pengenalan
Negara kesatuan merujuk kepada kuasa kerajaan
pusat lebih luas berbanding kuasa kerajaan
tempatan yang lebih terhad.Contoh negara
kesatuan ialah Perancis, Britain, Itali dan Jepun.

Ciri-Ciri Sistem Kesatuan


Kesemua urusan negara adalah dipusatkan.
Kuasa mentadbir yg diberikan kepada wilayah /
bahagian boleh ditarik balik.
Wilayah atau bagahian adalah agen kepada
pemerintahan pusat kuasa autonomi tidak
diberikan sepenuhnya]
Antara kelebihan sistem negara kesatuan ialah,
sebarang pertindihan / percanggahan antara
pembuat dan pelaksana dasar dapat dielakkan.
Walau bagamanapun sistem ini juga mempunyai
kelemahannya iaitu tidak sesuai digunakan dalam
situasi negara yg luas dan penduduk yg ramai.
Peta Negara Perancis

Negara Kesatuan di Perancis


Konsep negara kesatuan yang diamalkan di
Perancis merujuk kepada pemusatan semua kuasa
negara sehingga memberi kuasa tertinggi kepada
kerajaan pusat.

Setelah sistem feudal dihapuskan, pentadbiran


baharu telah diperkenalkan di Perancis. Perancis
dibahagikan kepada 83 department [wilayah] dan
setiap department pula dibahagikan kepada
cantons [daerah]. Setiap cantons dipecahkan lagi
kepada commune.

Di setiap department diwujudkan General Council .


Ahlinya dilantik pemerintah pusat. General Council
menjadi penghubung rakyat kerajaan pusat

Commune pula berperanan mentadbir kawasan


bandar;
Meluluskan permit bangunan.
Menjaga keselamatan penduduk.
Menguruskan pendaftaran perkahwinan.
- Commune diketuai oleh Mayor [Datuk Bandar].

Datuk Bandar pula berperanan sebagai;


Wakil kerajaan pusat di bandar.
Menguatkuasa undang2 tempatan.
Mengurus pekerja di kawasannya.
* Keputuan Datuk Bandar boleh dipinda, diubah
dan dibatalkan oleh kerajaan pusat.

Kesimpulan
Setelah pemansuhan sistem feudal, pemerintahan
negara Perancis berubah kepada sistem negara
kesatuan. Sistem ini lebih tersusun dan organisasi
mempunyai garis panduan masing2.

NEGARA PERSEKUTUAN DI AMERIKA SYARIKAT


Pengenalan
Pengertian Negara Persekutuan: Pembahagian
kuasa antara kerajaan pusat dengan kerajaan
negeri atau kerajaan tempatan. Contoh negara
persekutuan ialah Amerika Syarikat, India, Kanada,
Australia dan Malaysia.

Negara Persekutuan di Amerika Syarikat


Sebagai sebuah kerajaan persekutuan, AS
mengamalkan satu sistem pemerintahan yg terdiri
daripada dua kerajaan iaitu;
Kerajaan pusat
Kerajaan negeri
Kerajaan pusat dan kerajaan negeri mempunyai
bidang kuasa masing2 dalam pekara2 tertentu.

Sungguhpun wilayah tersebut menyerahkan


kedaulatannya kepada kerajaan pusat, identiti
kerajaan tersebut tidak akan hilang [dijamin oleh
perlembagaan persekutuan] Sebagai contoh,
perlembagaan AS tetap memberi kebebasan
kepada negeri2 untuk menggubal undang2
berkaitan adat dan budaya masing2 kerana setiap
negeri mempunyai latar belakang dan yg berbeza.
Faktor inilah yang menyebabkan perpaduan di AS
tetap utuh walaupun terdiri daripada 50 buah
negara.

Perlembagaan AS menggariskan secara terperinci


badan2 yg memerintah Amerika. Presiden boleh;
membatalkan undang2 dengan menggunakan
kuasa veto.
Mengawasi kongres.
Walaupun kerajaan persekutuan diberi kuasa yang
luas, rakyat tidak bangkit menentang kerana;
Kebebasan dan hak peribadi mereka tidak diusik.
Perkara berkaitan dasar luar dan perdagangan
diserahkan kepada kerajaan persekutuan.

Kesimpulan

Sistem pemerintahan yang teratur banyak


mempengaruhi situasi politik sesebuah negara.
Perlembagaan sesebuah negara memperincikan
pentadbiran dan hak bagi mengelakkan berlakunya
pertindihan kuasa atau pengabaian hak.

PENYATUAN NEGARA BANGSA ITALI


Pengenalan
Selama beberapa kurun, Itali terbahagi kepada
negeri2 kecil yg menjadi rebutan negara2
Eropah. Usaha penyatuan sukar dilaksanakan
kerana negeri2 ini diperintah oleh orang yg
berbeza dan tiadanya tradisi menyatukan
pentadbiran di peringkat pusat.

Berikut ialah wilayah-wilayah di Itali dan


pemerintahnya;

Selatan Itali;

i. Naples & Sicily: diperintah oleh Raja


Ferdinand II dari Perancis.

Utara Itali;

i. Venice & Lombardy: diperintah oleh Maharaja


Austria.

ii. Tuscany, Parma, Madena, Lucca, Massa dan


Carrara: diperintah oleh golongan
bangsawan Austria.

Barat Itali;

i. Sardinia: diperintah oleh Raja Charles Albert


[orang Itali].

Tengah Itali;

i. Rom: dikuasai oleh Paus Pius IX [dibantu


tentera Perancis]

Satu pertiga negara Itali dikuasai oleh Austria.


Kuasa asing begitu dominan di Itali. Oleh
itu, timbul keinginan dalam kalangan orang
tempatan untuk mengusir orang
asing.Keinginan inilah yang menjadi permulaan
usaha menyatukan negara Itali.
Faktor Menggerakkan Penyatuan Itali
Terdapat berberapa faktor yang mendorong usaha
ke arah penyatuan Itali. Antaranya ialah;

1. Pendudukan Perancis di Itali [oleh Napoleon


Bonaparte].
Pendudukan Perancis di Itali telah membolehkan
Napoleon Bonaparte membentuk sistem

pentadbiran yg sistematik. Napoleon turut


temperbetulkan semua undang2 supaya adil
kepada semua golongan. Oleh itu, orang Itali
percaya regim luar dapat digantikan oleh
pemerintah Itali sendiri.
2. Kepentingan golongan saudagara
Golongan saudara berpendapat penyatuan Itali
akan memberi faedah ekonomi kepada mereka. Hal
ini kerana, penyatuan Itali;
Menjadikan pasaran lebih luas
Pembinaan jalan pengangkutan lebih baik.
Prasarana pelabuhan dapat dipertingkatkan bagi
menggalakkan perdagangan di Laut
Mediterranean.
Golongan saudagar juga percaya bahawa
penyatuan Itali membolehkan negara tersebut
menjadi penghubung antara England-India bila
Terusan Suez dibuka.
3. Sentimen anti-Austria
Faktor lain yang menggerakkan penyatuan Itali
ialah sentimen anti-Austria. Austria telah bertindak
menempatkan tenteranya di;
i. Verona
Legnano

ii. Mantua

iii. Peschiera

iv.

Tindakan Austria ini memalukan orang Itali yg


tidak berusaha menyingkirkan orang asing. Oleh
yang demikian, usaha mengusir kuasa asing
seperti Austria semakin hebat.

Gerakkan Penyatuan Itali


Usaha penyatuan Itali digerakkan oleh;
1. Gerakan kongsi gelap carboni.
Pada mulanya, usaha menentang Austria agak
sukar sehingga penduduk Itai terpaksa bergerak
secara senyap dengan menubuhkan kongsi gelab
carboni. Walau bagaimanapun, gerakan ini gagal
kerana ejen polis Austria berjaya menyusup ke
dalam carbonari.

2. Peranan Mazzini [1805 1872]


Mazizini telah menubuhkan gerakan Itali Muda
[Young Italy]. Gerakan ini cuba bersifat nasional
dengan membuka keahliannya. Mereka cuba
mempengaruhi golongan pertengahan, pekerja,
buruh, petani, pegawai tentera dan pensyarah.
Pada tahun 1833, Mazzini memimpin gerakan ini
melancarkan serangan ke atas Raja Charles Albert
tetapi gagal. Beliau kemudiannya dibuang negeri
ke Swizerland.
3. Peranan Count Camillo Benso

Count Camillo Benso merupakan golongan


bangsawan dari Piedmont. Semasa menjadi
perdana menteri, beliau cuba memajukan
Piedmont dengan mencontohi England. Beliau
bercita-cita ingin menyatukan negeri-negeri Itali
dalam kerajaan Piedmont.

Antara langkah yang beliau laksanakan ialah;

Mengutuk tindakan Austria menguasai Itali dalam


Kongres di Paris [1856].
Membuat persetiaan dengan Perancis bertujuan
membebaskan Itali dari Austria.
Menyerang negeri2 yang berada di bawah kuasa
Paus dan berjaya menguasai bahagian utara dan
tengah Itali.

4. Giuseppe Garibaldi
Giuseppe Garibaldi pernah menyertai gerakan Itali
Muda yang diasaskan oleh Mazzini. Beliau berjaya
menguasai Sicily dan Naples serta menyertai
kerajaan Sardinia. Pada tahun 1861, semua negeri
berada di bawah kerajaan Sardinia kecuali Rom
dan Venetia. Parlimen Sardinia akhirnya bertukar
kepada parlimen Itali. Raja Victor Emmanuel II
memakai gelaran Raja Itali.

Gerakan penyatuan Itali semakin hebat dengan


terbinanya jalan raya [menghubungkan seluruh
Itali dengan negara2 Eropah]. Itali meminta
bantuan Prusia untuk mengusir Austria. Prusia
akhirnya berjaya memberikan Venetia kepada Itali.
Pada tahun 1870, meletus perang antara Perancis
dengan Prusia. Perancis mengarahkan tenteranya
yg berada di Rom [Vatican City] keluar bagi
menghadapi serangan Prusia. Kesempatan ini
digunakan oleh tentera Itali untuk memasuki Rom
dan menguasai wilayah2 Paus.Dalam tahun 1871,
Raja Emmanuel II memindahkan Ibu kota Itali dari
Florence ke Rom. Seluruh Itali telah berjaya
disatukan.
Kebangkitan semangat nasionalisme, kemunculan
tokoh yang berwibawa dan sentimen anti- orang
asing telah memperhebatkan usaha penyatuan
negeri2 di Itali. Kejayaan menyatukan negeri2
pada akhirnya membawa kepada pembentukan
negara bangsa Itali.
PENYATUAN NEGARA BANGSA JERMAN
Pengenalan

Pada tahun 1815, terdapat 39 negeri di Jerman.


Prusia dan Austria merupakan 2 negeri
yg paling berpengaruh dan saling bersaing untuk
menjadi kuasa utama di Jerman.

Persaingan antara kedua-dua negeri ini


menjadikan usaha untuk menyatukan Jerman
menjadi sukar. Kebimbangan golongan bangsawan
mengenai status mereka jika
Jerman bersatu juga menjadi faktor penghalang
usaha menyatukan negara Jerman.
Sehingga sekitar tahun 1850-an belum ada tandatanda negara Jerman akan terbentuk.
Golongan nasionalis Jerman belum bersepakat
mengenai penubuhan negara bangsa
Jerman.

Usaha Ke Arah Penyatuan Jerman


Terdapat beberapa usaha ataupun langkah yang
telah dilakukan dalam usaha menyatukan negara
Jerman iaitu;

1. Kongres Vienna 1815


Kongres ini menetapkan Persekutuan Jerman
sebagai negeri penampan daripada penaklukan
Perancis. Ketetapan kongres ini secara tidak
langsung menjadi titik permulaan kepada
kerjasama antara negeri2 di Jerman.

2. Peranan Prusia
Prusia merupakan negeri terbesar di Jerman.
Kuasa politik Prusia dipegang oleh junkers iaitu
golongan tuan tanah. Prusia memiliki kelebihan
sebagai negeri yang boleh menyatukan negeri2
lain di Jerman. Kekuatan yang dimiliki oleh Prusia
ialah;
sistem pemerintahan yg cekap
Kedudukan ekonomi yg kukuh. Golongan junkers
telah menubuhkan kesatuan ekonomi iaitu
Zollverein. Perdagangan antara negeri di Jerman
mulai rancak. Justeru, Prusia dilihat mampu
memainkan peranan untuk menyatukan Jerman.

3. Peranan Raja William I


Raja Prusia iaitu Raja William I telah melantik PM
baru iaitu Otto Eduard Von Bismarck. Tindakan Taja
William I dianggap keputusan yang bijak kerana
Bismarck merupakan seorang pemimpin yang
berkebolehan. Kewibawaan Bismarck banyak
menyumbang ke arah penyatuan Jerman.Tugas
utama Bismarck: menjinakkan ahli parlimen supaya
patuh kepada kerajaan dan Raja.

4. Peranan Bismarck

Tugas utama Bismarck ialah menjinakkan ahli


parlimen supaya patuh kepada kerajaan dan Raja.
Selain itu, beliau berusaha mengurang pengaruh
Austria di negeri2 lain Jerman. Bagi melaksanakan
dasar ini, beliau telah melibatkan Prusia dalam 3
siri peperangan iaitu;
Perang Prusia Denmark [Prusia menang]
2. Perang Prusia Austria [Prusia menang].
Kemenangan ini membolehkan Prusia menubuhkan
Kesatuan Jerman Utara [Austria dikecualikan]
3. Perang Prusia Perancis [Prusia menang atas
tipu helah / putar belit Bismarck]
Kemenangan dalam peperangan tersebut
membuka peluang kepada Kesatuan Jerman Utara
menggabungkan negeri2 di Jerman termasuk
negeri2 di Selatan membentuk negara Jerman.
Pada tahun 1871, Raja William I dilantik menjadi
Kaisar [Maharaja Jerman]. Bismarck pula dilantik
sebagai Chancellor [Perdana Menteri]
Kesimpulan
Pada peringkat awalnya, usaha penyatuan Jerman
mengalami beberapa halangan seperti tiadanya
sokongan golongan bangsawan dan golongan
nasionalis masih belum bersatu tetapi kewibawaan
beberapa tokoh seperti Bismarck dan Raja Prusia
mampu menggerakan usaha penyatuan ini ke arah
kejayaan.

INFO TAMBAHAN
Otto Eduard Von Bismarck = Bismarck
mengamalkan dasar realpolitik [idealogi yang
dipelopori oleh Niccolo Machiavelli] . Ideologi ini
menekankan penggunaan apa saja cara untuk
menumpaskan musuhnya.
Prinsip: Matlamat
menghalalkan cara

SISTEM EKONOMI
Pengenalan
Secara umum, sistem ekonomi merujuk kepada
cara atau kaedah dalam pelaksanaan sesuatu
kegiatan ekonomi. Antara contoh sistem ekonomi
tradisional;
Sara diri
Pertanian
Perdagangan
Berikut ialah contoh sistem ekonomi moden
Feudalisme
Kapitalisme
Merkantilisme
Perdagangan bebas

Perkembangan Sistem Ekonomi Feudalisme kepada


Ekonomi Kapitalisme
Sistem ekonomi Eropah mengalami perubahan
pada Zaman Pertengahan apabila Eropah Barat
dikuasai oleh orang gasar. Perubahan ini
melahirkan sistem ekonomi feudalisme. Ciri utama
sistem ekonomi feudalisme ialah;
i.
luar.

Tidak wujud perdagangan dengan dunia

ii.
Golongan petani berkerja & menjadi tentera
kepada golongan bangsawan sebagai balasan
mereka boleh mengusahakan tanah bangsawan.
iii.

Tidak wujud konsep pelaburan

Selepas gerakan Renaisans, berlaku perubahan


dalam masyarakat Eropah [masuk ke Zaman Awal
Moden]. Sistem ekonomi kapitalisme ialah sistem
ekonomi yg menjurus kepada perdagangan luar.

Ekonomi kapitalisme mementingkan modal


[capital]. Modal merujuk kepada barang atau
wang yg boleh digunakan untuk mengeluarkan
lebih banyak wang atau barang.
Contoh modal ialah

i. Tanah
Mesin

ii. Kedai
v. Peralatan

iii.

Kilang

iv.

Dalam sistem ekonomi kapitalisme, kebanyakan


orang dianggap sebagai golongan pekerja
[proletariat]. Golongan ini tidak mempunyai modal
tetapi perlu berkerja untuk menyara hidup.

Kesimpulan
Perkembangan ekonomi di Eropah pada abad ke-16
menyaksikan tercetusnya perubahan dalam bidang
ekonomi. Terdapat negara yang awalnya
mengamalkan sistem ekonomi feudalisme berubah
kepada sistem ekonomi kapitalisme disebabkan
tercetusnya Revolusi Perindustrian

EKONOMI FEUDALISME DI CHINA

Pengenalan
Sistem ekonomi feudalisme yang diamalkan di
China menunjukkan kawalan ketat oleh maharaja
ke atas golongan petani dan pedagang asing.
Maharaja dengan bantuan golongan bangsawan
memainkan peranan utama dalam mencorakkan
perkembangan ekonomi China.

Kegiatan Ekonomi Feudalisme di China

Kegiatan ekonomi feudalisme di China boleh


dibahagikan kepada beberapa kegiatan utama
seperti pertanian, industri kecil, perdagangan dan
juga hubungan luar China.

1.

Kegiatan Pertanian

Semasa era Dinasti Ming, hasil pertanian menjadi


penyumbang utama ekonomi China. Tanaman
utama mereka ialah padi. Tanaman lain yang
turut diusahakan termasuklah kapas, tebu, teh,
barli, sekoi dan bijirin serta kekacang.

Kawasan pertanian utama di China pada ketika itu


ialah;
i.
Timur laut China dan Mongolia iaitu
merupakan dataran loes yg direntasi oleh Sg.
Kuning
ii.

Kawasan sekitar Sg Yangtze.

Sungai Yangtze begitu penting kepada penduduk


China. Ia berperanan sebagai;

Kesuburan tanah dan pembaharuan dalam


sektor pertanian yg dilaksanakan semasa era
Dinasti Ming menyumbang kepada pengeluaran

yang banyak sekaligus meningkatkan taraf hidup


petani.

2.

Kegiatan Industri Kecil

Kepesatan ekonomi membawa kepada kemunculan


bandar besar seperti Nanjing dan
Beijing. Bandar2 ini kemudiannya berkembang
menjadi pusat industri swasta. Antara
industri swasta yang mula berkembang ialah;
i.
Industri barangan kertas
Industri sutera
iii.
Industri kapas
Industri porselin

ii.
iv.

Kiangsi muncul sebagai pusat pengeluaran


porselin.

Soochow muncul sebagai pusat industri


tekstil

Sungkiang muncul sebagai pusat pengeluaran


kain kapas.
Selain itu, industri tenunan dan kraftangan juga
turut berkembang. Pengeluaran hasil tenunan dan
kraf tangan kemudiannya mewujud pertukaran

sehingga membawa kepada perdagangan dengan


Jepun, Afrika Timur dan negara2 Asia.

3.

Kegiatan Perdagangan

Pada abad ke-16, ekonomi feudalisme yg


mengutamakan pertanian menyebabkan status
ekonomi perdagangan dipandang rendah. Walau
bagaimanapun, kegiatan perdagangan berjalan
lancar. Perkembangan sistem pengangkutan
menyumbang kepada kepesatan aktiviti
perdagangan. Sungai Yangtze, Sungai Kuning dan
Sungai Peiho yg panjang membolehkan
perdagangan dijalankan dengan rancak.

Pembinaan terusan / sistem jalan air turut


memudahkan perdagangan. Contohnya, Terusan
Besar yg menganjur dari Peking [utara] ke
Hangchow [selatan Sg. Yangtze] telah menjadi
jalan pengangkutan utama barang dagangan.

4.

Hubungan Luar China

Hubungan luar China membuka dimensi baru


semasa era Dinasti Ming. Pelayar China dibenarkan
belayar ke Asia Tenggara, selatan India, Sri Lanka,
Hormuz dan pesisiran pantai timur Afrika sehingga
terjalinnya hubungan dengan negara luar.

Hubungan yang terjalin ini memberi faedah kepada


China, antaranya;
i. Meningkatnya aktiviti perdagangan di China.
ii. Kemasukkan pedagang asing ke pelabuhan
Canton di China.
iii. Kemasukkan pengaruh luar terutama dalam
bidang pertanian
iv. Meningkatkan ekonomi China.

Kesimpulan
Dasar yang dilaksanakan oleh Dinasti Ming dalam
sektor pertanian dan perdagangan banyak
mempengaruhi perkembangan ekonomi feudalisme
di China. Walau bagaimanapun, China masih
berhati-hati dalam menjalinkan hubungan dengan
kuasa barat. Sebagai contoh, pedagang Portugal,
Sepanyol dan Belanda diterima berdagang di
China. Walaupun dibenarkan berdagang di China,
pedagang Portugal dipantau ketat oleh kerajaan
China.

EKONOMI FEUDALISME DI JEPUN


Pengenalan
Jepun terdiri daripada 4 buah pulau utama
iaitu Hokkaido, Honshu, Shikoku dan Kyushu.
Negara Jepun merupakan negara beriklim
sederhana. Bentuk muka bumi Jepun pula
bergunung-ganang. Hanya 20% sesuai untuk
pertanian. Walau bagaimanapun, kegiatan

pertanian masih menjadi keutamaan di Jepun pada


abad ke-16.
Bentuk muka bumi yg bergunung-ganang
menjadikan orang Jepun menjadi pelaut yang
hebat. Oleh yang demikian, selain menjalankan
aktiviti pertanian, mereka juga menjalankan
aktiviti seperti perdagangan dan perikanan.
Perdagangan Jepun hanya tertumpu di negara2
Asia Tenggara dan Asia Timur. Hal ini berikutan
dasar shogun yang mengawal golongan daimyo
dan juga masyarakat Jepun. Jepun telah
menjalinkan hubungan perdagangan dengan kuasa
barat tetapi dalam bentuk yang terhad iaitu
banyak peraturan dikenakan ke atas pedagang
barat.
Kegiatan Ekonomi Feudalisme di Jepun
1.

Pertanian

Pertanian menyumbang kepada 80% sumber


pendapatan ekonomi feudal di Jepun. Tanaman
utama petani Jepun ialah padi. Selain itu mereka
turut menanam gandum, barli, teh dan kapas.

Bagi memastikan tanaman mereka subur, petani


Jepun menggunakan sistem pengairan semula
jadi.Kelebihan sistem pengairan semula jadi ialah;

i.
nutrien untuk padi.
ii.

Air sungai mengandungi


Mengurangkan penggunaan

baja.
iii.
Memelihara kesuburan
tanah tanpa perlu direhatkan.

Walau bagaimanapun, petani-petani di Jepun


menghadapi dua masalah utama iaitu;
i.
Iklim sederhana tidak
membolehkan padi ditanam untuk tempoh yg
panjang. Mereka hanya dapat menanam padi sekali
setahun iaitu antara musim bunga dengan musim
luruh.
ii.
Mereka juga menghadapi
masalah kekurangan tanah ekoran bentuk muka
bumi yang begunung-ganang. Petani Jepun
bagaimanapun mengatasi masalah ini dengan
penggunaan sawah bertingkat.

2.

Perusahaan Tempatan

Perusahaan tempatan di Jepun bercorak


pengeluaran berasaskan daerah dan juga
pemasaran antara daerah. Setiap daerah
mempunyai hasil keluaran masing2.

Sebagai contoh;
i.

Kinai: pusat pengeluaran kain

kapas.
ii.
Fukushima & Yamanashi:
pusat pengeluaran ulat sutera & alat tenunan.
iii.

Satsuma: pusat pengeluaran

gula.

Perusahaan tempatan berkembang kepada


aktiviti perdagangan yg lebih besar.
Pasar-pasar kecil kemudiannya berkembangan
menjadi bandar perdagangan. Pusat2 pertukaran
wang, kedai2 beras dan sake berkembang menjadi
bandar dan wilayah, contohnya Kunwana, Sakai,
Ise dan Hakata. Pusat pengeluaran dan
pembuatan kertas, barangan logam, tenunan dan
tembikar turut berkembang maju. Bandar Seto
menjadi pusat pengeluaran tembikar.

3.

Perikanan

Sesuai dengan geografinya yang dikelilingi laut,


kegiatan perikanan turut berkembang. Kedudukan
Jepun yang terletak di persimpangan arus panas
dan arus sejuk menjadikan perairan Jepun kaya
dengan ikan.

4.

Perlombongan

Jepun kaya dengan galian seperti emas, perak


dan tembaga. Semasa
pemerintahan Oda
Nobunaga, pengeluaran galian ini bertambah
rancak. Perkembangan perindustrian ini membawa
kepada perkembangan bandar Osaka.

5.

Perdagangan

Perdagangan luar Jepun berkembang pesat


pada abad ke-16. China menjadi rakan dagang
terpenting Jepun. Jepun mengimport barangan
tropika dari China. Barangan tropika ini diperolehi
oleh China hasil perdagangan dengan negara Asia
Tenggara dan India. Jepun turut mengimport
sutera, porselin, buku, lukisan dan barangan
tembaga. Selain itu, Jepun turut mengimport
bahan mentah seperti sulfur, papan, emas, merkuri
dan ibu mutiara dari China.

Dalam masa yang sama Jepun mengeksport


hasil keluaran mereka seperti pedang, kipas
berlipat, pemidang yg mendapat permintaan tinggi
di China.

Pada abad ke-15, Jepun telah mendominasi


perkapalan dan perdagangan di seluruh Lautan
China Timur sehingga mengisytiharkan diri sebagai
pedagang dan penjelajah bandar2 di Asia
Tenggara.
Jepun turut mengadakan hubungan perdagangan
dengan Portugal. Sekitar tahun 1550-an, ramai
pedagang Portugal memasuki Jepun. Pedagang
Portugal turut membawa masuk teknologi barat
seperti teknologi perkapalan, teknik perang,
agama Kristian dan persenjataan. Pada tahun
1570, Shogun Ashikaga memeterai perjanjian
dengan Portugal bagi membolehkan pedagang
Portugal berdagang di Nagasaki. Perdagangan
berkembang pesat sehingga Nagasaki menjadi
pintu keluar bagi perdagangan Jepun ke luar
negara.

Info Tambahan
Perkembangan ekonomi feudal di Jepun telah
mencetuskan dua kesan iaitu;
i. Kewujudan organisasi atau persatuan / za.
Za mengawal dan memonopoli pengeluaran
serta pemasaran barangan sehinggalah
pemerintah Nobunaga memecahkan monopoli
tersebut [selepas itu perdagangan berkembangan
pesat tanpa sekatan].

ii. Perkembangan bandar2.


Sebagai contoh Kyoto iaitu ibu kota diraja kuno
telah berkembang menjadi pusat ekonomi dan
pengeluaran barangan kraftangan.

EKONOMI FEUDALISME DI JERMAN


Pengenalan
Pada abad ke-16, Jerman mula mengorak langkah
dalam bidang ekonomi. Ketika itu Jerman masih
mengamalkan sistem ekonomi feudalisme. Sistem
ekonomi feudalisme yang diamalkan oleh Jerman
dapat dilihat dalam 3 bidang utama iaitu
pertanian, perindustrian dan perbankan.

Kegiatan Ekonomi Feudalisme di Jerman


1. Bidang Pertanian
Sekitar abad ke-16, bidang pertanian merupakan
sumber utama ekonomi Jerman. Unsur feudalisme

masih teguh diamalkan dalam masyarakat Jerman.


Sebagai contoh;
i. Petani masih bergantung kepada tuan tanah
dan terikat dengan sistem perhambaan.
ii. Kegiatan pertanian masih dijalankan
menggunakan kaedah primitif iaitu masih
menggunakan sistem tiga bidang. Peralatan yang
digunakan seperti tenggala masih diperbuat
daripada kayu. Tenaga binatang digunakan untuk
membantu dalam aktiviti pertanian..
Pada masa itu, petani merupakan golongan miskin
yg tertindas. Mereka terbeban dengan cukai tanah
dan tidak ada kebebasan melakukan kerja lain.
Sistem keadilan pula dianggotai oleh paderi dan
golongan atasan dan keputusan jarang memihak
kepada golongan petani sehingga ramai diantara
mereka menjadi hamba / serf.
Kemiskinan dan penindasan ini membawa kepada
pemberontakan para petani. Mereka bangkit
menentang golongan bangsawan dan menuntut
hak serta kebebasan daripada tuan tanah. Antara
tuntutan golongan petani ialah;
i. Kehidupan yg bebas seperti memasuki hutan
dan pergi berburu.
ii. Pemansuhan amalan perhambaan

iii. Menuntut untuk mendapatkan semula tanah


awam

Pemberontakan yang mengorbankan lebih kurang


100, 000 orang petani ini menemui kegagalan.
Walau bagaimanapun, perkara tersebut mendapat
perhatian daripada pemerintah Jerman.
Pemerintah Jerman mula melakukan perubahan
dalam bidang pertanian. Antara pembaharuan
yang dilaksanakan termasuklah;
i. Pembinaan Terusan Frederick
ii. Mengecualikan cukai selama 10 tahun
iii.Penghapusan buruh serf.
iv. Pembahagian tanah pertanian untuk
menggalakkan Pertanian

Walaupun berlaku perkembangan dalam sektor


pertanian, ia tidak selari dengan taraf hidup
petani. Mereka masih lagi menjadi serf dan terikat
dengan tuan tanah. Dalam kata lain, kehidupan
golongan petani masih di takuk lama. Petani hanya
menemui kebebasan apabila Raja Frederick II
memansuhkan sistem serf dan Raja Joseph II
menghapuskan perkhidmatan buruh sekitar tahun
1870-an

2. Bidang Perindustrian
Pada abad ke-16, industri tekstil diusahakan
secara besar-besaran di Jerman. Perusahaan
sutera juga berkembang pesat. Masyarakat desa
turut terlibat dalam perusahaan menghasilkan
pakaian berasaskan kain bulu dan linen. Muncul
kilang2 tekstil pada abad ke-18 di Bohemia.
Perdagangan tertumpu di bandar seperti Luberk,
Hamburg dan Bremen. Venice muncul menjadi
pelabuhan utama dan penting. Bandar2 baru turut
muncul berikutan kepesatan perusahaan bijirin,
pertukangan dan pemasaran lembu.
Perkembangan industri semakin rancak ekoran
wujudnya kerjasama antara kerajaan dengan pihak
swasta. Sebagai contoh, pembinaan kilang senjata
di Spandau, Berlin.
Industri kraftangan seperti perusahaan memintal
benang turut berkembang di kawasan pedalaman
Jerman.
Kepesatan ekonomi di Jerman membawa kepada
pengukuhan kedudukan saudagar [borjois].
Golongan sudagar ini kemudiannya menubuhkan
pelbagai organisasi perniagaan baru sehingga
menenggelamkan organisasi perniagaan
tradisional seperti kesatuan tukang dan kesatuan
saudagar.

3. Perbankan
Institusi kewangan seperti bank juga mula
ditubuhkan. Bank-bank di Jerman banyak memberi
bantuan kewangan atau modal kepada pedagang
Jerman. Peruntukan modal ini membantu
merancakkan urusan perdagangan termasuklah
dengan Sepanyol dan Portugal. Barangan buatan
kilang Jerman dipasarkan di Lisbon dan Sevile.
Pada abad ke-18, bandar Frankfurt menjadi
tumpuan penduduk ekoran kepesatan ekonomi
perbankan dan perdagangan.
Kesimpulan
Kepesatan perkembangan ekonomi feudalisme di
Jerman banyak didorong oleh peranan yang
dimainkan oleh golongan petani. Hasil keluaran
pertanian yang banyak akhirnya membawa kepada
berkembangnya industri dan perdagangan yang
didominasi oleh golongan saudagar. Ekonomi
feudalisme Jerman semakin berkembang dengan
tertubuhnya institusi kewangan seperti bank.

EKONOMI FEUDALISME DI PERANCIS


Pengenalan

Perkembangan ekonomi feudalisme di Perancis


tidak banyak bezanya dengan senario yang berlaku
di Jerman. Masyarakat Perancis juga masih terikat
dengan sistem feudal yang menyaksikan
penguasaan golongan bangsawan dan tuan tanah
ke atas golongan petani. Perkembangan ekonomi
feudalisme di Perancis boleh dilihat dalam 4
bidang iaitu pertanian, perdagangan, perindustrian
dan institusi kewangan.

1.

Bidang Pertanian

Seperti Jerman, pada abad ke-16 Perancis juga


bergantung kepada sumber ekonomi pertanian.
Petani masih menggunakan kaedah tanah lapang
yang dibahagikan kepada 3 bahagian. Keteguhan
sistem feudal menyaksikan petani di Perancis
masih terikat dengan tuan tanah dan golongan
bangsawan dalam sistem manor. Mengikut sistem
ini, petani wajib;

Walau bagaimanapun, berlaku perubahan secara


perlahan dalam bidang pertanian di Perancis.
Golongan bangsawan mulai memajak dan
menyewakan tanah mereka untuk mendapatkan
keuntungan. Petani menjadi penyewa dan digelar
metayers. Petani tidak lagi menjadi serf.

Bagi memajukan bidang pertanian, Duke Sully iaitu


pembesar semasa Raja Henry IV mencadangkan
beberapa pembaharuan iaitu;

Semasa pemerintahan Raja Louis XIV,


pembaharuan dalam bidang pertanian juga turut
dilaksanakan oleh menterinya Jean-Baptiste
Colbert iaitu;

Pembaharuan yang dilaksanakan ini memberi


faedah kepada perkembangan ekonomi Perancis;

Hasil pertanian Perancis iaitu bijirin dan anggur


merah menjadi barang dagangan utama di
pelabuhan Bruges, Belanda.
Bandar seperti Paris, Lyons dan Marseilles semakin
berkembang berikutan kepesatan ekonomi
berasaskan penanaman buah mulberi dan
penternakan ulat sutera.
Walaupun kegiatan ekonomi pertanian berkembang
pesat tetapi petani kekal miskin dan ditindas.
Petani terbeban oleh cukai iaitu;
Cukai langsung: cukai pendapatan, cukai keluarga
dan cukai harta.
Cukai tidak langsung: cukai garam dan cukai
seigneur.
Kehidupan petani bertambah sukar bila berlaku
kemeleseten ekonomi pada tahun 1787 -1789
menyebabkan harga gandum melambung naik.
Hasil pertanian tidak menjadi menyebabkan
berlakunya kekurangan makanan. Petani akhirnya
bangkit memberontak dan berjaya menumbangkan
rejim feudal pada tahun 1789.

2.

Sektor Perdagangan

Kejayaan Portugal dan Sepanyol dalam


penjelajahan dan perdagangan luar mendorong
Perancis meluaskan tanah jajahan dan meluaskan

perdagangan di seberang laut. Perancis


memulakan penjelajahan dan membuka pusat
perdagangan di India dan Amerika Utara.

Selain itu, beberapa pembaharuan yang


dilaksanakan oleh Jean-Baptiste [menteri].
Antaranya ialah;
i.

Membina pelabuhan.

ii.
Melengkapkan pasukan tentera laut
diraja [untuk bersaing dengan tentera laut
England dan Belanda].
iii.
Menggalakkan kemasukkan golongan
profesional luar ke Perancis.
iv.
Meyakinkan raja untuk berperang bagi
meningkatkan perdagangan

Berlakulah perkembangan perdagangan di


Perancis dan ini terbukti dengan perkembangan
i.
ii.
iii.
iv.

Industri kraf tangan.


Industri gelas [di Paris]
Industri sutera [di Lyons]
Industri kain bulu

v.
Pembukaan ladang tebu
[membekalkan gula ke Eropah]

vi.
Perdagangan Perancis Sepanyol
meningkat.
vii.
utama.

Levant menjadi pusat perdagangan

3. Bidang Perindustrian
Perkembangan sektor perindustrian di Perancis
ditandai oleh;
i. Perkembangan pesat industri tekstil
Industri tekstil diusahakan secara besar-besaran.
Kain dan teknik pengeluaran sutera dari China
dibawa masuk oleh pedagang Arab. Sama seperti
yang berlaku di Jerman, petani di desa
mengeluarkan pakaian berasaskan kain
berasaskan linen dan kain bulu. Industri tekstil
kian berkembang sehingga terbinanya kilang kain
di Abbevile.
ii. Pembukaan kilang arang batu [ Syarikat
Perlombongan Arang Batu Anzin].
iii. Pengeluaran barangan pertukangan
terutama perabot.

Perkembangan ekonomi telah mengukuhkan


kedudukan golongan saudagar @ borjois sehingga

menyaingi kedudukan golongan aristokrat dalam


bidang politik.

4. Penubuhan Institusi Kewangan


Penubuhan isntitusi kewangan mendorong
perkembangan perdagangan di Perancis.
Menjelang tahun 1500, pedagang tidak perlu
membawa wang dengan banyak. Penubuhan
institusi kewangan ini banyak memudahkan urusan
perdagangan dan kutipan cukai.

Sistem perbankan di Perancis berkembang pesat


pada abad ke-18 dengan penubuhan institusi
kewangan dan perbankan sepeti;
i.
dEscompte

Paris Bourse
ii.
iii.
Loterie Royale.

Caisse

Kesimpulan
Perkembangan ekonomi feudalisme di Perancis
begitu ketara dengan berlakunya banyak
perubahan dalam sektor pertanian, perdagangan,
perindustrian dan perbankan. Walau
bagaimanapun, kemajuan ini tidak dinikmati
sepenuhnya oleh golongan petani sehingga mereka

bangkit melancarkan pemberontakan dan akhirnya


berjaya menumbangkan rejim feudal.

MASYARAKAT MARITIM DI JEPUN

Pengenalan
Semasa era pemerintahan Shogun Ashikaga
[Abadke-16], Jepun mengalami perubahan
ekonomi. Antara perubahan yang berlaku ialah;
Industri pembuatan kertas, barang logam dan
tenunan berkembang pesat.

Pasar2 kecil [pusat pertukaran wang, kedai beras


dan sake] berkembang menjadi bandar
perdagangan.
Perusahaan tempatan berasaskan daerah dan
dipasarkan antara daerah. Sebagai contoh
pengeluaran kain kapas di Kinai dan pengeluaran
ulat sutera dan alat tenunan di Fukushima.

Ciri-Ciri Masyarakat Maritim di Jepun


1. Menjalin hubungan dagang dengan Portugal.
Jepun telah menjalin hubungan perdagangan
dengan Portugal. Kesan daripada hubungan yang
terjalin, Jepun menerima pengaruh teknologi barat
seperti teknik membina kapal, teknik peperangan,
senjata dan agama Kristian. Pada tahun 1570,
termeterai perjanjian antara Shogun Ashikaga
dengan Portugal yang membawa kepada dasar
buka pintu Jepun.

2. Muncul bandar2 besar dan pengenalan mata


wang
Kepesatan aktiviti perdagangan membawa
kepada berkembangnya bandar2 di Jepun.
Selain itu, mata wang perak telah diperkenalkan
bagi memudahkan urusan perdagangan.Kyoto
menjadi pusat ekonomi dan bandaraya

terbesar.Osaka pula bebas daripada domain


bangsawan feudal.
3. Mengeksport barangan siap ke China dll negara.
China merupakan rakan dagang Jepun. Selain
mengimport barang dari China, Jepun turut
mengeksport barang seperti pedang, kipas
berlipat dan pemidang.

4. Mengamalkan dasar pemencilan [isolasi]


terpilih.
Jepun telah mengamalkan dasar pemencilan
terpilih. Melalui dasar ini, Jepun hanya menerima
pedagang Sepanyol, Portugal, Belanda dan Britain
di pelabuhan tertentu sahaja.

5. Berlakunya pengkhususan pekerjaan.


Kepesatan perkembangan ekonomi menyebabkan
berlakunya pengkhususan pekerjaan dalam
kalangan masyarakat Jepun. Jumlah penduduk
menjadi tukang dan saudagar bertambah ramai.

6. Perkembangan pesat persatuan2 kewangan atau


mujinko.
Perkembangan ekonomi turut mendorong
pertumbuhan dan perkembangan persatuan2

kewangan. Pusat pertukaran wang, kedai2 beras


dan sake muncul dengan banyak dan berkembang
menjadi lebih besar. Keadaan ini menyebabkan
golongan saudagar semakin kaya walaupun
kedudukan bertaraf rendah.

7. Perubahan kehidupan golongan Samurai.


Sebelum ini, golongan samurai terpaksa
bergantung kepada penjualan beras untuk
mendapatkan wang tunai. Perkembangan pesat
ekonomi Jepun membolehkan mereka terlibat di
dalam sektor ekonomi dan berjaya memperbaiki
taraf hidup mereka.

8. Penghasilan tembikar halus dan porselin cantik.


Penduduk Jepun juga menghasilkan tembikar dan
porselin yang cantik. Mereka meniru teknik
pembuatan tembikar Korea. Tembikar dan porselin
ini turut menjadi barang yang dieksport oleh
Jepun.

9. Perkembangan industri tekstil.


Industri tekstil tidak ketinggalan dalam
pembangunan pesat ekonomi Jepun. Industri
tekstil Jepun turut menghasilkan broked sutera yg
cantik.

Pada abad ke-17, berlaku perubahan dasar di


Jepun. Pemerintahan Tokugawa di bawah Shogun
Ieyasu mengamalkan dasar tutup pintu kerana
curiga dengan Barat. Dasar ini menyebabkan:
Kepesatan perdagangan di Jepun berakhir.
Perdagangan dengan negara luar diharamkan.
Semasa zaman Shogun Tokugawa, mengeluarkan 3
arahan iaitu;
i.
Arahan 1633: Melarang kapal Jepun dan
rakyat Jepun meninggalkan negara kecuali
dibenarkan oleh Bakufu dan Shogun. Hukuman
bunuh dikenakan kepada mereka yang ingkar.

ii.
Arahan 1635: Mengharamkan semua kapal
Jepun dan rakyat Jepun ke luar negara.
iii.
Arahan 1639: Mengharamkan perdagangan
asing dan mengamalkan dasar tutup pintu.

Kesimpulan
Kepesatan ekonomi Jepun banyak dipacu oleh
perkembangan di dalam bidang perdagangan.
Jepun turut menjalin hubungan perdagangan
dengan negara seperti China, Portugal, Sepanyol
dan negara-negara di Asia Tenggara. Walau

bagaimanapun, kecurigaan Jepun terhadap kuasa


barat menyebabkan Jepun mengamalkan dasar
tutup pintu sehingga menjejaskan kepesatan
perdagangan di Jepun.

EKONOMI KAPITALISME DI ENGLAND


Pengenalan
Perubahan ekonomi berasaskan pertanian kepada
ekonomi berasaskan perindustrian dapat kita lihat
melalui perkembangan dalam bidang pertanian,
penternakan, pengangkutan, pertambahan
penduduk, perdagangan dan perindustrian.

Perkembangan Ekonomi Kapitalisme Di England

i. Perkembangan Bidang Pertanian


Kaedah pertanian baharu yang diamalkan di
England berjaya meningkatkan hasil keluaran.
Antara kaedah baru yang digunakan ialah;

i. Sistem tanah berpagar [Akta Pemagaran


Tanah Awam] menggantikan sistem tanah lapang.
ii. Penggunaan jentera seperti Jethro Tull
[mesin penggali lubang dan penabur benih]
iii. Sistem Tanaman Bergilir Norfolk
iv. Memperkenalkan sistem pengurusan
ladang moden [sistem pajakan yang menggalakkan
pelaburan besar]
v. Penggunaan baja tiruan.

2. Kemajuan bidang ternakan


Petani England telah menggunakan kaedah
penternakan yang paling efisien sekaligus mampu
mengeluarkan hasil yang banyak. Sebagai contoh,
mereka telah menjalankan aktiviti bercucuk tanam
dan penternakan di kawasan yang sama. Teknik ini
mampu;
i. Menjimatkan penggunaan tanah
[penggunaan yang sangat efisien]
ii. Mengekalkan kesuburan tanah [najis
binatang dijadikan baja]
iii. Mengatasi masalah bekalan makanan bagi
binatang

Selain itu, kaedah tumbesaran ternakan turut


diperkenalkan. Robert Blakewll berjaya
menemukan teknik baru untuk mempercepatkan
proses tumbesaran ternakan. Hasil ternakan
berjaya dipertingkatkan dalam masa yang singkat.

3. Perkembangan Jaringan Pengangkutan


Revolusi Perindustrian yang tercetus di Eropah
telah membawa kepada kemajuan dalam bidang
pengangkutan. Contohnya;
i. Pembinaan jalan raya dan landasan kereta
api
ii. Pembinaan kapal besi
iii. Penciptaan kapal enjin stim atau wap
iv. Pembinaan Terusan Worsley
v. Penciptaan lokomotif [memudahkan kerja
mengangkut barang seperti arang batu]

Perkembangan sistem pengangkutan termasuk


melibatkan penciptaan teknologi bagi
menambahkan kepesatan ekonomi England.

Kemudahan pengangkutan dan pembangunan


pesat ekonomi ini membawa kepada pertambahan

populasi di England. Sekitar tahun 1850-an,


penduduk Ireland berhijrah berama-ramai ke
England untuk mendapatkan peluang pekerjaan
terutama dalam industri tekstil.

4. Perkembangan perdagangan antarabangsa


Penggunaan teknologi baru dan pertambahan
jumlah penduduk England telah merancakkan lagi
ekonomi negara tersebut. Keadaan ini
menyebabkan berlakunya lebihan keluaran
sekaligus mendorong kepada usaha
pengeksportan.

Bagi menggalakkan aktiviti perdagangan, kerajaan


England telah memansuhkan tarif bagi bahan
mentah. Hal ini dapat menggalakkan negara luar
mengimport barangan siap dari England. Kerajaan
England mengamalkan dasar menggalakkan
pedagangan antarabangsa England. Sebagai
contoh;
i. Menubuhkan pasukan Tentera Diraja untuk
menjamin keselamatan pedagang.
ii. Menghapuskan akta yang menyekat
kebebasan aktiviti perdagangan
iii. Mengurangkan senarai barang yang
dikenakan duti

5. Perkembangan bidang perindustrian


Selari dengan perkembangan dalam bidang
pertanian, bidang industri juga semakin maju.
Industri tekstil, arang batu dan besi merupakan
antara industri yang semakin berkembang.
i. Permintaan yang tinggi terhadap barang
tekstil membawa kepada penciptaan mesin
pemintal benang oleh James Hargreaves.
ii. Penciptaan mesin tenun menggunakan kuasa
air oleh Edmund Cartwright.
iii. Penemuan kaedah menghasilkan keluli
dengan cepat dan murah
iv. Pengenalan sistem puddling bagi
mengekstrak bijih besi
Perkeembangan dalam bidang industri membawa
kepada peningkatan jumlah keluaran dan juga
eksport England.
Kesimpulan
Menjelang tahun 1700, bidang industri
berkembang pesat di England. Ini dibuktikan
dengan peningkatan kadar eksport.

EKONOMI KAPITALISME DI AMERIKA SYARIKAT


Pengenalan
Ekonomi kapitalisme mula berkembang di AS
selepas berakhirnya Perang Amerika - England.
Pada abad ke-18, ekonomi AS beralih dari
perladangan kepada perkilangan. Perubahan
tumpuan ekonomi AS kepada perkilangan atau
perindustrian ini dipacu oleh beberapa faktor.

Faktor yang menyumbang kepada Pertumbuhan


Industri di AS

Perkembangan Ekonomi Kapitalisme di AS


Perkembangan ekonomi kapitalisme di AS dapat
dilihat dari perkembangan beberapa bidang utama
seperti bidang pertanian, industri galian minyak
dan besi keluli, kepesatan perdagangan
antarabangsa dan munculnya perniagaan yang
berskala besar.

1. Perkembangan sektor pertanian


Sekitar 1800, negeri2 di selatan dan barat AS
masih mengusahakan kegiata pertanian sebagai
sumber utama. Hasil keluaran mereka termasuklah
kapas, gula, beras, gandum, daging, tenusu dan
tembakau dipasarkan di dalam dan luar negara.
Perkembangan pesat sektor pertanian membawa

kepada penubuhan kilang. Kanak2 dan wanita


banyak diambil berkerja sebagai hamba di kilang2
tersebut.

2.

Perkembangan sistem pengangkutan

Kelulusan Akta Landasan Kereta Api Pasifik oleh


kerajaan pada tahun 1862 membawa kepada
terbinanya jaringan landasan kereta api.
Pembinaan landasan ini mendorong kepada;
i.
Berlakunya penghijrahan &
peningkatan jumlah penduduk
ii.
iii.
lebih cepat

Pembukaan petempatan baru


Perkhidmatan penghantaran barang

iv.
Menjadi salah satu cara pengiklanan
menarik minat imigran luar.

3. Perkembangan perniagaan
Perkembangan ekonomi AS mendorong kepada
munculnya perniagaan berskala besar. Penyatuan
syarikat2 seperti syarikat besi keluli dan minyak
membawa kepada tertubuhnya syarikat2 besar.
Antara syarikat besar yg menguasai pasaran ialah
syarikat Dupont dan General Electric. Syarikat2

besar ini mempunyai jumlah modal dan pelaburan


yg besar.
4. Perkembangan industri minyak dan besi keluli
Telaga minyak pertama dijumpai di Pennsylvania.
Penemuan ini membawa kepada usaha cari gali
yang baru sekaligus mendorong kepada
kemunculan syarikat2 minyak seperti;
i. Standard Oil of New Jersey
II. Standard Oil Company of Ohio

Kejayaan syarikat2 tersebut memonopoli


perniagaan minyak telah mendorong kepada
kewujudan syarikat lain seperti gula dan
tembakau. U.S. Steel Corporation adalah antara
syarikat besi keluli yang menguasai industri keluli
di AS.

5. Perkembangan perdagangan antarabangsa


Kemunculan syarikat perniagaan yg besar dan
mampu mengeluarkan barang yang banyak
menyebabkan AS memerlukan pasaran yang lebih
besar. Keadaan ini membawa kepada perubahan
dasar pemencilan kuasa kepada perluasan
empayar. Perubahan dasar ini membolehkan
barangan AS dipasarkan secara lebih meluas dan

pelabur AS dapat melabur di tempat lain seperti


Hawai, China dan Cuba.

Kesimpulan
Perkembangan sektor pertanian telah banyak
memacu kepesatan sektor perindustrian di AS.
Hasil pertanian yang banyak memerlukan kilang
pemprosesan, pelabur dan pasaran yang lebih
luas. Peranan yang dimainkan oleh kerajaan dalam
menggalakkan perkembangan industri dan
meluaskan pasaran juga menyumbang kepada
perkembangan ekonomi kapitalisme di AS.

PERDAGANGAN DAN PERNIAGAAN DI PORTUGAL


Pengenalan
Portugal merupakan penjelajah dan pelayar ulung
yang merintis jalan ke timur.
Portugal bukan sahaja berjaya membentuk
jaringan perdagangan malah berjaya membina
empayar yg luas.

Faktor yang mendorong perkembangan


penjelajahan orang Portugal

Kesan Perkembangan Penjelajahan Portugal

Perkembangan Perdagangan dan Perniagaan


Portugal

Kesimpulan
Kejayaan Portugal dalam bidang pelayaran
membolehkan mereka memperluaskan
penjelajahan dan empayar sehingga turut
membawa kepada perkembangan perdagangan
dan perniagaan. Portugal berjaya merintis jalan ke
Timur dan membuka beberapa pelabuhan penting
termasuk di Goa dan Melaka bagi membolehkan
mereka memonopoli perdagangan rempah di
Timur. Portugal juga turut menjalin hubungan
dagang dengan Jepun dan China.

PERNIAGAAN & PERDAGANGAN DI BELANDA

Pengenalan
Pada abad ke-16 hingga abad ke-18, Belanda
muncul sebagai kuasa ekonomi [perdagangan] di
Eropah. Belanda menjadi pusat perdagangan
terpenting di Eropah dan menjadi perantara antara
pedagang timur dengan Eropah.

Faktor Perkembangan Perdagangan di Belanda

Migrasi tenaga mahir, golongan kapitalis, guru,


ahli perniagaan dan pertukangan menjadi
penggerak ekonomi Belanda. Serangan Sepanyol

ke atas Antwerp membuka peluang kepada


Amsterdam untuk berkembang. Amsterdam
akhirnya muncul sebagai pelabuhan penting dan
pusat perdagangan dunia menjelang tahun 1630.
Amsterdam muncul sebagai pembekal komoditi di
Eropah. Antara barang dagangan utama Belanda
ialah balak, bijirin, kain, garam, ikan herring,
tembikar, kaca, tenunan sutera dll.

Belanda menubuhkan 2 syarikat perdagangan;


i. Syarikat Hindia Timur Belanda [VOC]
VOC berperanan mengendalikan bursa saham.
SHTB kemudiannya berjaya memonopoli
perdagangan di Asia [perdagangan teh, kopi dan
rempah ratus]

i. Syarikat Hindia Barat Belanda [WIC]


Belanda mempelopori dan mendominasi
perdagangan dengan negara2 Eropah . Turut
menjalin hubungan perdagangan dengan Jepun dan
China. Pada tahun 1680, Belanda berjaya
menguasai sebahagian besar perdagangan dengan
negeri2 di Utara Amerika.

Kesimpulan

Perkembangan ekonomi perdagangan dan


perniagaan di Belanda menyaksikan Belanda
muncul sebagai kuasa ekonomi Eropah bermula
abad ke-16. Amsterdam muncul sebagai pelabuhan
utama Belanda dan menjadi tumpuan pedagang
dari Eropah dan juga timur.

Pertanian di Belanda dan England


Pertanian di Belanda
Pertanian di Belanda berkembang pesat pada
abad ke-17. Hal ini banyak dipengaruhi oleh faktor;
i.
Tanah yg rata dan subur
ii.
iii.

Sungai Rhines dan Maas


Pembinaan terusan

Petani Belanda mengusahakan;


i.
Penanaman gandum [menjadi barang
dagangan utama Belanda dengan Baltik]
ii.
iii.

Sayur-sayuran
Penternakan lembu [disembelih dan dieksport
ke bandar2 atau wilayah lain]

Hasil pertanian bertambah dengan pengenalan


beberapa pembaharuan seperti;
i.
Penggunaan enjin hidrolik untuk mengepam air
yg berlebihan dari kawasan tanah rendah.
ii.

Menggunakan sistem tanaman bergilir


Berdasarkan sistem ini, tanah yg telah dituai tidak
dibiarkan kosong sebaliknya ditanam dengan
lobak, kacang pis dll. Faktor ini membolehkan
Belanda mengeluarkan hasil pertanian secara
berterusan.
iii. Penggunaan baja dari najis ternakan untuk
menambahkan kesuburan tanah
Peningkatan hasil pertanian di Belanda
menyumbang kepada perkembangan ekonomi
Belanda termasuk sektor perkapalan yang
digunakan untuk mengangkut barang ke tempat
lain sekaligus meningkatkan industri perkapalan.

Pertanian di England
England pada awalnya merupakan negara
pertanian. Pada peringkat awal, petani di England
masih menggunakan cara lama iaitu sistem tanah
terbuka [tanah dibahagikan kepada 3 bidang
dengan lajur2 yg memanjang di setiap bidang] dan
penggunaan najis binatang.
Sebelum abad ke-17, perkembangan dan
pengeluaran hasil pertanian bergantung kepada
jumlah penduduk.

[ Jumlah penduduk mempengaruhi permintaan dan


juga pengeluaran]
Kemudian berlaku perubahan dalam bidang
pertanian dan hasil pengeluaran tidak lagi
bergantung kepada jumlah penduduk.

Perubahan yang dilakukan di dalam sektor


pertanian di England
i. Pemilikan tanah [pengenalan sistem tanah
berpagar]
ii. Pengenalan sistem ladang
iii. Penggunaan kaedah saintifik
- Perkenalkan teknik mempercepatkan tumbesaran
ternakan
- Penggunaan jentera [Jethro Tull] dan baja kimia
- Perkenalkan cara menebus guna tanah
iv. Penggunaan sistem Tanaman Bergilir Norfolk
v. Pengenalan tanaman baru seperti kentang
vi. Mengamalkan pertanian campur [pertanian
& penternakan di kawasan yg sama]

Kesan penggunaan sistem tanaman berpagar;


Pengenalan sistem tanaman berpagar telah
memberi impak yang besar terutama sekali kepada
golongan petani di desa.
i.
Petani kecil-kecilan di luar bandar atau di desa
pupu
-

Mereka tidak ada modal untuk memagar


tanah mereka.

Oleh itu petani tersebut telah menjual tanah


mereka.

Tanah yg dijual bertukar kepada ladang


persendirian yang luas.

SUMBANGAN TSAR PETER


Tsar Peter merupakan salah seorang Tsar @
pemerintah Rusia yang terkenal. Melalui
kewibawaannya, beliau banyak menyumbang
kepada kemajuan Rusia. Berikut ialah antara
pembaharuan dan juga sumbangan Tsar Peter.

PERINDUSTRIAN DI JERMAN
Pengenalan
Sebelum tahun 1850, perkembangan ekonomi di
Jerman berkembang perlahan. Keadaan ini
dipengaruhi oleh faktor berikut;
i.
ii.

Negara Jerman belum bersatu


Kekurangan kepakaran & teknologi

Oleh itu Jerman telah memperlajari kepakaran


teknologi dan kejuruteraan dari Britain. Ini
membolehkan perkembangan pesat jaringan
landasan dan pembinaan kereta api di Jerman.
Penyatuan Jerman pada tahun 1870 membawa
kepada kepesatan ekonomi Jerman.

Perkembangan Perindustrian di Jerman

Revolusi Perindustrian turut melanda Jerman.


Revolusi ini meninggalkan kesan kepada Jerman
iaitu;
i.Perkembangan sektor perlombongan arang batu
dan bijih
Perlombongan arang batu dan bijih besi banyak
bertumpu di Saxony dan Silesia. Ciptaan Siemens
dan Martin membawa kepada peningkatan
pengeluaran keluli.

ii. Perkembangan pesat sektor pembinaan kereta


api.

Syarikat Krupp merupakan pelopor pengeluar besi


di Jerman. Besi keluaran Jerman dikatakan yang
terbaik dan banyak digunakan dalam sektor
pembinaan kereta api.

iii. Perkembangan industri kulit.


Perkembangan ini mendorong kepada perubahan
hidup masyarakat Jerman ke arah yg lebih mewah.

iv. Perkembangan industri tekstil.


IndustrI tekstil Jerman berkembang pesat
terutama di wilayah Rhineland, Saxony dan Silesia.
Kemunculan Berlin sebagai pengeluar mesin
meningkatkan lagi industri tekstil.

v. Perkembangan industri kimia & elektrik


Banyak syarikat di Jerman membangunkan
makmal penyelidikan sehingga mampu
menghasilkan ciptaan baru. Pada tahun 1900,
pewarna sintetik keluaran Jerman telah menguasai
pasaran dunia.

Kepesatan ekonomi perindustrian di Jerman


menimbulkan 2 kesan iaitu:

i.
ii.

Jerman memerlukan pasaran yg lebih luas


Jerman memerlukan bekalan bahan mentah

Oleh itu Otto Von Bismarck telah menjalankan


dasar perluasan kuasa. Bismarck kemudian berjaya
;
i.
ii.

Menawan Barat daya Afrika, Cameron dan


Afrika Timur
Menguasai Papua New Guinea

iii.

Membeli Kepulauan Carolina daripada


Sepanyol

iv.

Menjalin hubungan dagang dengan China

Kejayaan Bismarck berjaya meningkatkan


pendapatan negara Jerman. Kekayaan ini
digunakan untuk membangunkan negara Jerman
terutama dari segi pembangunan jaringan
landasan kereta api.

Kesimpulan
Kepesatan ekonomi di Jerman mendorong kepada
perkembangan perindustrian di negara
tersebut. Banyak kilang dibina dan inovasi baru
dicipta di Jerman. Kemajuan yang dikecapi Jerman
membolehkannya berjaya menyaingi Britain
sebagai negara industri di Eropah.

Perindustrian di Jepun
Pengenalan
Jepun merupakan sebuah negara yang
mengamalkan dasar tutup pintu [sakoku] atau
dasar pemencilan. Walau bagaimanapun,
kedatangan Komodor Matthew Perry dengan
KapalHitam Angkatan Laut Amerika Syarikat
berjaya mengubah dasar tutup pintu Jepun.
Melalui Perjanjian Kanagawa [Konvensyen
Kanagawa] , Matthew Perry yang datang dengan
angkatan laut yang kuat serta teknologi yang
moden berjaya memaksa Jepun untuk menerima
kehadiran orang barat.
Era Pemulihan Meiji
Peralihan era keshogunan [ yang mengamalkan
sistem feudal] kepada era kerajaan Meiji
menyaksikan bermulanya zaman Pemulihan Meiji @
Pembaharuan Meiji.
Langkah yang dijalankan semasa zaman Pemulihan
Meiji;
i.
ii.

Jepun memperkenalkan sistem politik, undang2


dan ketenteraan bercorak ala barat.
Menubuhkan Dewan Penasihat Maharaja

iii.

Menyusun Perlembagaan Meiji

iv.

Membentuk Parlimen Diraja

Pemulihan Meiji membawa kesan positif kepada


Jepun iaitu;
i. Mempercepatkan proses pemulihan dan
perindustrian di Jepun.
ii. Ketenteraan Jepun turut diperkuatkan sehingga
berjaya mengalahkan China [Perang China Jepun
I] dan Rusia [Perang Rusia Jepun]

Perkembangan Perindustrian di Jepun


Perkembangan perindustrian di Jepun dapat dilihat
dalam 4 bidang iaitu;
i.

Pengekalan Industri-proto

ii.

Perkembangan bidang pelaburan

iii.

Peralihan bidang tumpuan

iv.

Pengenalan ekonomi dualisme

1.Pengekalan Industri Proto


Industri proto merujuk kepada satu bentuk
pengeluaran pembuatan dan organisasi.Sehingga
tahun 1890, pertanian masih menjadi penyumbang
utama ekonomi Jepun.
Teh dan sutera antara hasil utama Jepun. Hasil
pertanian yang banyak membolehkan Jepun
mengekalkan produk industri-proto di bandar dan
juga luar bandar.
2. Perkembangan bidang pelaburan
Pelaburan domestik dalam bidang industri dan
infastruktur menjadi penggerak bidang pelaburan
di Jepun. Sektor awam dan sektor swasta menjadi
pelabur utama dalam bidang infrastruktur. Selain
itu, Jepun turut membina kilang2 sutera, simen
dan senjata. SyarikatMitsui,
Mitsubishi dan Kawasaki adalah antara syarikat
industri besar yang banyak menyumbang kepada
perkembangan perindustrian di Jepun.
3. Peralihan Bidang Tumpuan

Bidang pertanian dimajukan dengan


memperkenalkan pembaharuan seperti;
i.
ii.
iii.

Penggunaan jentera / mesin elektrik


Penemuan benih berkualiti
Penggunaan teknologi pertanian dari barat.

Pembaharuan ini menyebabkan hasil pertanian


Jepun semakin meningkat. Faktor ini membawa
kepada perkembangan sektor pembuatan. Jepun
kemudiannya memberi tumpuan kepada sektor
pembuatan sekaligus telah memacu
perkembangan sektor perindustrian.
4. Pengenalan Ekonomi Dualisme
Firma besar menawarkan gaji yang besar manakala
firma kecil menawarkan gaji yg rendah.
Hal ini menyebabkan gaji di sektor perindustrian
yg besar lebih tinggi berbanding di pedalaman
secara tidak langsung memacu perkembangan
perindustrian. Pengenalanekonomi dualisme
membawa kepada;
i.Pengkategorian buruh mengikut kemahiran dan
pasaran.
ii. Ketidaksamaan pendapatan

Kesimpulan
Perkembangan ekonomi Jepun daripada pertanian

kepada perindustrian menyaksikan Jepun muncul


sebagai negara yang termaju ekonominya di rantau
Asia Timur. Perkembangan ini banyak didorong
oleh pembaharuan yang dilaksanakan dalam dasar
Pemulihan Meiji. pemerintahan Meiji menandakan
berakhirnya era feudalisme yang diamalkan oleh
keshogunan Tokugawa.

PERKEMBANGAN ILMU DI ENGLAND


Pengenalan
Perkembangan ilmu di Eropah tercetus kesan
daripada gerakan Renaisans yang bermula di Itali
pada abad ke-14. Renaisans bermula sekitar abad
ke-14 dan mencapai kemuncaknya pada abad ke16. Di England, Renaisans bermula pada era
pemerintahan Ratu Elizabeth. Perkembangan
keilmuan di Eropah dapat dilihat dalam beberapa

peringkat seperti yang ditunjukkan dalam rajah


berikut;

Zaman renaisans membawa kepada perkembangan


dalam bidang keilmuan termasuk dalam agama,
politik, sosial dan ekonomi. Aliran pemikiran
seperti humanisme, individualisme dan kritis turut
berkembang.

1. Renaisans

Renaisans bermula di Itali [1350] dan akhirnya


merebak ke seluruh Eropah. Zaman renaisans
dianggap sebagai zaman pemulihan semula
selepas tragedi Black Death dan masalah politik
yang melanda Eropah pada abad ke-14.
Semasa berlangsungnya zaman renaisans, berlaku
perubahan dalam masyarakat Eropah yang
mencakupi beberapa aspek.
i. Aspek Keintelektualan
- Mementingkan semangat inkuiri / penyelidikan /
ingin tahu.
-

Menekankan pemikiran logik & falsafah.

- Contoh karya terkenal;


i. Andreas Vesaius menulis buku De humani
Corporis Fabrica atau Fungsi Badan Manusia
menekankan tentang pembedahan dan anatomi.
ii. Buku tulis Nicolaus Copernicus mengandungi
pergerakan bumi mengenai matahari.

ii. Aspek Politik


Zaman renaisans telah membawa kepada
pembentukan monarki baharu seperti
Portugal, England, Belanda dan Perancis. Pada
abad ke-15, berlaku perubahan dalam
sistem pemerintahan di Eropah. Perubahan ini
meliputi'
a. Kuasa raja [meningkat]
b. Kuasa bangsawan [dikurangkan]
c. Usaha untuk menguasai gereja

iii.

Aspek Sains

Zaman renaisans merupakan permulaan kepada


Revolusi Sains yang tercetus pada abad ke-17.
Ahli-ahli sains pada ketika itu mula;
a. Menekankan kaedah saintifik yg
bertentangan dengan pendapat tokoh lama
seperti Aristotle.
b. Mementingkan aspek pemerhatian
dalam kajian.
c. Hasil penemuan mesti disertakan
dengan bukti empirikal.
Tokoh terkenal yang mendukung penggunaan
kaedah saintifik ialah Nicolaus
Copernicus, Galileo dan Francis Bacon.

iv. Aspek Seni dan Seni Bina


Zaman renaisans menyaksikan pengenalan dan
perkembangan teknik seni realistik. Teknik ini
berkembang dan menjadi permulaan kepada
kaedah seni baru yang menggambarkan alam
semula jadi secara realistik. Sebagai contoh,
Leonardo da Vinci melukis anatomi manusia dan
alam semula jadi.
Perkembangan seni bina dapat dilihat dalam reka
bentuk bangunan purba. Basilika St. Peter
merupakan contoh seni bina agung yg dibina
dengan menggabungkan kemahiran tokoh terkenal
seperti Michelangelo, Raphael dan Sangallo.

2. Reformasi Protestan

Reformasi ini dipelopori oleh tokoh seperti Martin


Luther dan John Calvin. Antara faktortercetusnya
reformasi ini ialah;

i. Ketidakpuasan hati dengan doktrin, ritual dan


organisasi Gereja Roman Katolik [GRK]. Sebagai
contoh, penjualan sijil indulgences iaitu surat
pengampunan bagi orang Kristian yang berdosa
yang diamalkan oleh pihak gereja.
ii. Merupakan usaha pembaharuan GRK.
Golongan reformis berusaha menghapuskan
doktrin palsu dan juga amalan rasuah dalam
kalangan penguasa gereja.
Reformasi ini diperluaskan lagi dengan
perkembangan alat percetakan dan kejatuhan
empayar Rom Timur.

Pada Oktober 1517, Martin Luther


mengeluarkan 95 tesis. Antara kandungan tesis ini
termasuklah;
a. Mengkritik Paus
b. Mengkritik amalan rasuah
c. Mengkritik amalan salah laku seks penguasa
gereja
Perkembangan media cetak banyak
membantu penyebaran idea reformasi. Kitab Bible
telah diterjemahkan ke dalam bahasa Jerman
sekaligus telah meransang perkembangan literasi.
Kesan daripada greakan reformasi ini, kebanyakan
negara di utara Eropah menjadi penganut aliran
Protestan dan negara2 di selatan Eropah masih
mengekalkan aliran GRK.

3. Revolusi Sains

Zaman renaisans yang bermula di Itali telah


berkembang ke seluruh Eropah. Perkembangan ini
telah melahirkan masyarakat yang lebih maju.
Pada abad ke-16 dan ke-17, banyak penemuan
baru dalam bidang sains. Kepercayaan lama yang
dianggap karut dan misteri yang ditakuti oleh
manusia telah diganti dengan ilmu dan akal
[bersifat ilmiah dan logik].
Revolusi sains tercetus didorong oleh faktor
seperti;
i. Penciptaan mesin cetak: memudahkan
penyebaran penemuan atau idea baru.
ii. Reformasi Protestan: telah melahirkan
masyarakat yang celik ilmu sekaligus berjaya
menyerap ilmu baru.
iii. Kegiatan eksplorasi / penjelajahan: Membawa
kepada penemuan baru tentang alam semula jadi
seperti haiwan, tumbuhan dan astronomi.
Kemunculan dan perkembangan Revolusi Sains
telah menjadi batu asas kepada perkembangan
sains moden. Ilmu pengetahuan berkembang pesat
dengan penemuan dan idea baru yang tidak wujud
sebelum ini.

Tokoh Revolusi Sains

Revolusi Sains yang berkembang di Eropah telah


membawa perubahan besar dalam penemuan dan
juga pemikiran2 baru. Hasil penemuan dan idea
baru ini membawa kepada gambaran dan
penjelasan yang lebih luas dan tepat tentang alam
semesta.
4. Zaman Pencerahan
Perkembangan Revolusi Sains telah membawa
kepada munculnya Zaman Pencerahan. Zaman
pencerahan merujuk kepada era perubahan
masyarakat daripada zaman kegelapan @ kejahilan
kepada zaman baru yang lebih moden. Antara
tokoh terkenal di Zaman Pencerahan ialah;
i.
ii.

John Locke
Voltaire

iii.

Montesquieu [menulis buku Spirit of The Laws]

iv.

Charles Louis de Secondat

Kesimpulan
Zaman renaisans telah melahirkan masyarakat
Eropah yang berpengetahuan. Perkembangan
dalam bidang intelektual, agama, sains dan
kesenian telah membawa perubahan yang besar
dalam aspek pemikiran dan kehidupan masyarakat
Eropah. Ramai tokoh yang muncul dengan
penemuan dan idea baru sehingga mendorong
kepada pembentukan masyarakat yang lebih
moden.

TOKOH ZAMAN PENCERAHAN


Pengenalan
Semasa berlangsungnya Zaman Pencerahan @
Zaman Enloghtenment, lahir banyak tokoh pemikir
atau falsafah yang terkenal. Gerakan intelektual ini
menyaksikan munculnya tokoh terkenal seperti
Adam Smith, Charles Louis Montesquieu dan JeanJacques Rousseau. Tokoh-tokoh ini berjaya
menyebarkan pemikiran yang menekankan rasional
dan menyingkirkan fahaman lama @ kolot.
Sumbangan Tokoh Zaman Pencerahan

Kesimpulan
Gerakan intelektual ataupun keilmuan menjadi
penanda berlangsungnya Zaman Pencerahan di
Eropah. Pelbagai bidang ilmu seperti sains,
matematik, metafizik, seni dan ekonomi telah
berkembang. Pada masa yang sama, muncul tokoh
pemikir ataupun ahli falsafah yang mengutarakan
pendapat atau teori baru berkaitan bidang
masing2. Idea tokoh pemikir ini banyak
mempengaruhi bidang politik, ekonomi dan sosial
pada hari ini.

PERKEMBANGAN DAN PENDIDIKAN DI PERANCIS


Pengenalan

Perkembangan pendidikan di negara-negara


Eropah banyak dipengaruhi oleh
perubahan yang berlaku semasa zaman renaisans.
Zaman renaisans menyaksikan
berlakunya gerakan intelek termasuk di Perancis
dan Jerman.

A.

PENDIDIKAN DI PERANCIS

Zaman Pencerahan merupakan permulaan gerakan


intelek di Perancis. Revolusi Saintifik
mempergiatkan lagi perkembangan bidang
pendidikan. Kemajuan dalam bidang percetakan
telah memberi impak besar kepada kadar celik
huruf.
Pendidikan tidak lagi terhad kepada golongan
tertentu. Pada tahun 1880, Jules Ferry [Menteri
Pelajaran Perancis] telah memperkenalkan sistem
pendidikan asas kepada semua golongan. Setiap
bandar dan kampung dibina sekolah dan
ditempatkan guru yg terlatih. Beliau
mewajibkan pendidikan percuma dan bebas dari
kawalan gereja.

Faktor perkembangan pendidikan di Perancis


i.

ii.

Gelombang renaisans iaitu gerakan intelektual


yg bermula di Itali sebelum berkembang ke
seluruh Eropah.
Revolusi sains yg mencetuskan pemikiran
saintifik dan meninggalkan kepercayaan yg
dianggap karut.

iii.

Peranan badan keagamaan / gereja / mubaligh

iv.

Pengiktirafan kerajaan yg mula sedar tentang


kepentingan dan manfaat jika rakyat
berpendidikan.

v.

Perubahan dalam keperluan kerjaya yg


mengkehendaki mereka yg berpendidikan.

Kekangan bagi wanita Perancis dalam bidang


pendidikan;
Berlaku kekangan pengelibatan golongan wanita
dalam pendidikan. Hal ini disebabkan oleh;
i.

Ketaksamaan gender: pendidikan yg diterima


oleh kanak2 perempuan adalah terhad
berbanding lelaki.

Contoh 1: kanak2 perempuan tidak


dibenarkan mempelajari sains dan politik.
Contoh 2: Kanak2 perempuan dianggap
lemah dan hanya sesuai mempelajari hal berkaitan
rumah tangga.

B.

PENDIDIKAN DI JERMAN

Pada abad ke-18, Raja Frederick II mewajibkan


pendidikan rendah. Pendidikan rendah ini
merupakan kursus 8 tahun [kanak2 berumur 5 13
tahun]. Golongan elit berpeluang mengikuti
sekolah swasta selama 4 tahun di peringkat
menengah. Rakyat biasa pula hampir tidak
berpeluang mengikuti pendidikan menengah.
Pada tahun 1819, Jerman memperkenalkan sistem

pendidikan 3 peringkat. Pendidikan ini


menekankan sistem kawalan pemikiran @ minda.
Antara peringkat pendidikan yg diperkenalkan
ialah;
i.

Sekolah realschule: menekankan pemikiran


saintifik.

ii.

Sekolah volkschulen: kanak2 diajar tentang


keharmonian dan kepatuhan.

Ciri-ciri sistem pendidikan di Jerman ketika itu;


i.
ii.

iii.

Sistem pembacaan ayat secara keseluruhan


bagi memudahkan ia dihafal.
Menggantikan sistem abjad pengajaran dengan
bunyi @ fonetik. Oleh yg demikian, kanak2
boleh membaca walaupun tidak memahami
maksudnya.
Menekankan kehadiran wajib dan tadika
mandatori, latihan keguruan, kurikulum
kebangsaan dan ujian peringkat nasional.

Pada tahun 1810, Pensijilan guru diperkenalkan


untuk menaik taraf pengajaran.
Seterusnya, dalam tahun 1871, peperiksaan
akhir, abitur diperkenalkan dan menjadi syarat
dalam profesion yg dipelajari atau perkhidmatan
awam.

Selepas Jerman bersatu, persekolahan berpusat


diperkenalkan. Lebih banyak sekolah menengah
ditubuhkan untuk melahirkan anak muda yg
berpendidikan. Kerajaan berkuasa mutlak dalam
menyelia sekolah2 baru ini. Terdapat 4 jenis
sekolah menengah telah dibangunkan iaitu;

Kesimpulan
Perkembangan pesat pendidikan di Jerman dan
Perancis telah melahirkan masyarakat yang celik
huruf dan berpengetahuan. Peningkatan kadar
literasi membolehkan masyarakat Eropah
khususnya menguasai banyak bidang pengetahuan
sehingga menjadi negara yang pesat membangun.

REAKSI ORANG CHINA TERHADAP PERLUASAN


KUASA BARAT
Pengenalan
Menjelang pertengahan abad ke-19, China
berdepan dengan dasar penjajahan @ imperialisme
Barat. China memandang rendah orang Barat dan
tidak mahu tunduk kepada kuasa Barat. China juga
sentiasa curiga dengan kehadiran kuasa Barat.
Terdapat beberapa isu yang mengeruhkan
hubungan antara China dengan Barat.

1.

Isu Perdagangan

Pedagang Barat [British] tidak berpuas hati


dengan dasar tutup pintu @ dasar pemencilan @
isolasi yg diamalkan oleh China. Pemerintah China
mengenakan pelbagai peraturan ke atas pedagang
asing / Barat. Contoh peraturan yg dikenakan ke
atas pedagang barat;

i.

Hanya boleh berdagang di Canton.

ii.
Hanya boleh berurus niaga dengan
pedagang China yg dikenali sebagai Co-hong.
iii.
Tidak dibenarkan membawa wanita @
keluarga dan dilarang berkahwin dengan wanita
tempatan.
iv.
Kapal perang & senjata tidak dibenarkan
dibawa masuk.
v.
Hanya dibenarkan berdagang
menggunakan wang emas dan perak sahaja.
Pemerintah Dinasti Ching bimbang penentang
mereka iaitu penyokong Ming akan mendapatkan
bantuan & sokongan daripada pedagang Barat.
2.

Isu Candu

Pedagang British tidak berpuas hati kerana;


i.
Peraturan yg dikenakan
menguntungkan China
ii.
Gagal menjadikan China sebagai
pasaran barangan keluaran kilang mereka.
iii.
Gagal mendapatkan teh dan sutera
China yg mendapat permintaan tinggi di Eropah.
Oleh itu, pedagang British mencari jalan untuk
menembusi pasaran China dengan membawa
masuk candu. Candu mendapat sambutan
masyarakat China sehingga jumlah dagangannya

melebihi jumlah dagangan teh dan sutera China.


Ekonomi China terjejas sehingga
memaksa Maharaja Tao Kuang mengharamkan
perniagaan candu.
Lin Tsu-hse dilantik sebagai Pesuruhjaya Canton
bagi memastikan candu tidak diniagakan. Berlaku
insiden tegang dengan Penguasa Perniagaan
British di Canton iaitu Kapten Charles Elliot hingga
berakhir dengan Perang Candu 1 [Perang InggerisChina 1].
3.

Isu Perundangan

Ketegangan hubungan China Barat dari segi


perundangan berpunca daripada percanggahan
prinsip.
Prinsip keadilan China: seseorang yg dituduh
melakukan jenayah dianggap bersalah sehinggalah
kebenaran dapat dibuktikan [Guilty until proven
innocent]
Prinsip keadilan Barat: seseorang yg dituduh
melakukan kesalahan dianggap tidak bersalah
sehinggalah kesalahan dapat dibuktikan dengan
jelas [Innocent until proven guilty]
Falsafah undang2 China: hukuman adalah
Tanggungjawab berkumpulan
Falsafah Undang2 Barat: hukuman adalah
Tanggungjawab individu

4.
Isu Penyebaran Agama Kristian dan
Teknologi Barat
China tidak berpuas hati dengan mubaligh kristian
yang berjaya menyebarkan agama Kristian dalam
kalangan masyarakat China. Kebudayaan dan
tradisi nenek moyang, ajaran Confucius dan
Taoisme mulai terancam. Oleh itu, China telah
bertindak;
i.
ii.

Paderi, rahib dan pegawai Barat di Tientsin


dibunuh.
Membakar gereja.

Kedatangan pedagang Barat turut membawa


masuk teknologi moden. Teknologi ini mengancam
guna tenaga di China sehingga berlaku
peningkatan pengangguran. Sebagai contoh,
teknologi perlombongan.

5.

Isu Petempatan Orang Asing

Kemasukan pedagang asing menyebabkan


munculnya . Petempatan asing di sekitar
pelabuhan. Petempatan ini boleh dibahagikan
mengikut negara pedagang antaranya Britain,
Perancis, Jerman, Jepun dan Rusia. Petempatan
asing ini mempunyai sistem tersendiri [bebas dari
kawalan China]. Orang asing yg tinggal

dipetempatan tersebut hanya perlu membayar


pajakan kepada pemerintah China. Pemilikan
petempatan oleh orang asing ini merupakan
satu bentuk pencerobohan yang tidak disukai oleh
orang China.

Kesimpulan.
Isu yang timbul di antara kedua-dua belah pihak
telah menimbulkan rasa tidak puas hati yang
menebal. Ketegangan yang timbul kemudiannya
telah mencetuskan Perang Inggeris-China I
ataupun Perang Candu I. Konflik yang berterusan
menyebabkan beberapa siri perjanjian
ditandatangani. Kesannya, British semakin
berkuasa di China.

PERJANJIAN CHINA BARAT


Pengenalan
Ketegangan hubungan China-Barat dapat dilihat
dalam beberapa siri peperangan yang tercetus.
Walaupun perjanjian sudah dimeterai tetapi masih
timbul rasa tidak puas hati antara kedua-dua pihak
sehingga memaksa perjanjian baru
ditandatangani.

1. Perjanjian Nanking
Semasa Perang Inggeris-China I [Perang Candu I],
British berjaya menawan Nanking.
Kedua-dua pihak kemudiannya bersetuju
menandatangani Perjanjian Nanking.

China tidak berpuas hati dengan Perjanjian


Nanking. Penahanan kapal Lorcha Arrow yg dimiliki
oleh pedagang China tetapi kaptennya berbangsa
Inggeris oleh pihak berkuasa China dan bendera
British dikoyakkan menyebabkan British marah.
Peristiwa ini menyebabkan meletusnya Perang
Candu II. China akhirnya terpaksa menandatangani
Perjanjian Tientsin yg melibatkan British, AS,
Perancis dan Rusia.

2. Perjanjian Tientsin

Ketegangan hubungan antara China- Barat makin


kronik meskipun perjanjian sudah
ditandatangani.Tentera Bersekutu [negara-negara
Barat] kemudian telan menyerang Istana Musim
Panas Peking.Putera Kung akhirnya bersetuju
menandatangani Konvensyen Peking [1860] dan
bersetuju mengiktiraf Perjanjian Tientsin sekaligus
menamatkan Perang Candu II.

Kesimpulan
Kesungguhan China mempertahankan kedaulatan

negara dari dicerobohi kuasa asing menyebabkan


China terjebak dalam kancah peperangan. China
tidak berminat menjalinkan hubungan dengan
barat sehingga akhirnya Barat menggunakan
pelbagai cara bagi memastikan mereka dapat
bertapak di China.

Reaksi Masyarakat India Terhadap Perluasan Kuasa


Barat
Pengenalan
Revolusi Perindustrian yang berlaku di England
sekitar abad ke-18 telah menyebabkan mereka
memerlukan bahan mentah untuk kilang-kilang
mereka dan juga pasaran bagi memasarkan barang
keluaran kilang mereka. Faktor inilah yang
mendorong kepada penjelajahan oleh warga British
sehingga mereka berjaya bertapak di negara
seperti India. Walau bagaimanapun, kehadiran
mereka di India tidak disenangi oleh masyarakat
India.

Faktor Rasa Tidak Puas Hati Masyarakat India


Terhadap Pihak British

Faktor Masyarakat India Tidak Berpuas Hati


Terhadap Pihak British
1. Pembaharuan sosial
Masyarakat India tidak berpuas hati terhadap
pembaharuan dalam sistem sosial. Sebagai contoh;
i. Penghapuskan
amalan thugge dan sutte yang dianggap kejam.
Masyarakat India yg beragama Hindu marah
dengan tindakan Gabenor Jeneral British di India
[Lord William Bentick] telah menghapuskan amalan
thugge dan sutte. Tradisi Sutte merujuk kepada
amalan balu akan dibakar bersama-sama mayat
suami ketika upacara pengebumian. Amalan
Thuggee ialah amalan merompak dan membunuh
pengembara oleh kumpulan agama atas nama
Dewi Kali.
ii. Amalan membunuh bayi perempuan

Masyarakat India juga tidak berpuas hati


dengan penghapusan amalan membunuh bayi
perempuan yg dianggap akan memalu dan
menyusahkan keluarga kerana terpaksa
menyediakan dowri perkahwinan anak perempuan
mereka.
iii. Penggubalan Akta Kahwin Semula
oleh Lord Dalhousie.
Undang2 ini dianggap bertentangan dengan
tradisi masyarakat Hindu yg menetapkan isteri
mesti mati bersama-sama suami.

2. Diskriminasi kaum
Orang British memandang rendah masyarakat
India. Sebagai contoh, masyarakat India hanya
boleh menaiki kereta api kelas ketiga [kelas
pertama dan kedua dikhaskan untuk pegawai
Inggeris]. Masyarakat India yg berkasta tinggi
berasa marah kerana menganggap situasi tersebut
mengancam sistem kasta yg mereka amalkan
secara turun-temurun.
3. Cara British menguasai India
British menggunakan pelbagai cara untuk
menguasai wilayah India. Antaranya;
a.Melancarkan serangan [untuk menawan
wilayah Punjab].

b.Penguatkuasaan Undang2 Lesap Waris iaitu


sesebuah wilayah akan diserahkan kepada
pihak Inggeris sekiranya pemerintah tempatan
mangkat tanpa meninggalkan waris.
c. Pihak Inggeris akan menguasai sesebuah
wilayah yang dianggap bermasalah atas alasan
ingin memastikan pentadbiran lebih baik
Hal ini menyebabkan pemerintah tempatan tidak
berpuas hati kerana mereka telah kehilangan
kuasa.
4. Penghantaran tentera India ke luar negara
Tindakan ini dianggap mencemarkan imej kasta yg
didukung selama ini. Hal ini kerana, kasta mereka
akan hilang bila melangkaui sempadan negara
India. Masyarakat India yg berkasta tinggi seperti
kaum Brahmin dan Rajput tidak berpuas hati
kerana kehilangan kasta mereka.
Selain itu, timbul khabar bahawa minyak yg
digunakan untuk membersihkan senapang Rifle
Royal Enfield dan pelurunya disaluti minyak lembu
dan minyak khinzir. Orang India menganggap pihak
Inggeris menghina agama Hindu dan Islam.
Berlaku juga diskriminasi dalam pemberian elaun
dan kenaikan pengkat dalam bidang ketenteraan.
Semua faktor ini menyebabkan masyarakat India

dari pelbagai genap lapisan semakin marah


terhadap pihak Inggeris.

Tindak Balas Masyarakat India


Rasa tidak puas hati masyarakat India
diterjemahkan melalui Dahagi India
[1857]. Sepoi[askar] India bertindak balas dengan;
i.
ii.

Membunuh pegawai Inggeris


Membakar kediaman pegawai Inggeris

iii.

Mengisytiharkan Bhahadur Shah II [waris


kerajaan Moghul] sebagai Maharaja Delhi.

iv.

Menyerang tentera British di Allahabad.

Dahagi India merebak ke seluruh India. Pihak


Inggeris berasa terancam dan cuba melumpuhkan
kebangkitan masyarakat India. Mereka mengepung
Delhi selama 4 bulan sehingga berjaya menawanya
semula. Maharaja Delhi berserta putera-puteranya
ditangkap dan ditembak.
Pada bulan Julai 1858, Dahagi India berjaya
ditamatkan.

Kesimpulan
Dahagi India menjadi titik tolak permulaan
semangat mengusir penjajah daripada tanah India.
Walaupun usaha tersebut gagal tetapi ia telah

menjadi detik terpenting dalam sejarah


penentangan masyarakat India terhadap pihak
Inggeris.

Transformasi Sosial, Ekonomi dan Intelektual di


China

Pengenalan
Kekalahan kepada kuasa Barat memberi kesan
besar kepada China iaitu menimbulkan kesedaran
dalam kalangan pemimpin China untuk melindungi
kedaulatan negara. Oleh itu, kerajaan China telah
melaksanakan rancangan yg dikenali sebagai
Gerakan Menguatkan Diri. Gerakan ini
merupakan salah satu usaha pembaharuan
ataupun pemodenan China.

Gerakan Menguatkan Diri


Antara langkah yg dilaksanakan ialah melalui
Gerakan Menguatkan Diri ialah;

i.

Mengamalkan dasar lebih terbuka dengan


Barat.

ii.

Mempelajari kekuatan Barat khususnya dari


segi teknologi. Kerajaan China menggalakkan
pegawainya mempelajari tamadun Barat.
Selain itu beberapa orang pegawai kerajaan
turut dihantar ke luar negara. Sekolah
pendidikan sains barat juga turut ditubuhkan
di Canton.

iii.

Membuka maktab untuk mempelajari bahasa


asing. Institusi pendidikan TungwenKuan telah
dibina di Beijing pada tahun 1862. Profesor
luar telah dibawa masuk untuk mengajar di
Tungwen Kuan yg menekankan mata pelajaran
sains dan teknologi.

iv.

Putera Kung iaitu putera Maharaja Tung Shih


telah membuka pejabat hal-ehwal luar dan
kelas terjemahan bagi memantapkan lagi
pengetahuan pegawai China.Persatuan
Penterjemahan Shanghai, iaitu sebuah pusat
penterjemahan persendirian telah ditubuhkan.

v.

vi.

Maktab2 juga turut didirikan di beberapa


daerah lain seperti Shanghai, Foochow dan
Canton.
Sekolah-sekolah praktikal juga turut
ditubuhkan di Tientsin, Taku dan Dairen.

vii.

Sekolah-sekolah pelayaran dan pembinaan


kapal turut ditubuhkan.

Perubahan turut berlaku dalam sektor ekonomi di


China yg menyaksikan banyak perubahan berlaku.
Antaranya;
i.

Penubuhan Syarikat Perkapalan Wap


Saudagar-Saudagar China oleh Li Hung-chang.

ii.

Li Hung-chang juga menubuhkan kilang tekstil


iaitu Kilang Kain Kapas China.

iii.

Pembinaan landasan kereta api pertama yg


menghubungkan Shanghai dengan Wusung.

iv.

Penubuhan syarikat perlombongan moden.

v.

Pemasangan telegraf oleh Jabatan Pentadbiran


Telegraf Diraja.

Antara tokoh intelek China ialah Kang Yuwei dan Liang Chi-chao. Kedua-dua tokoh ini
berperanan menyusun semula sistem sosial dan
politik China berdasarkan model Barat.
Walau bagaimanapun, usaha pembaharuan China
kurang berjaya kerana;
i.

Hanya dilaksanakan oleh pemimpin di


peringkat daerah manakala kerajaan China
tidak telibat secara langsung.

ii.

Pemimpin berketurunan Manchu tidak


menyenangi golongan yg menyokong
pembaharuan [majoritinya berketurunan
China].

Kesimpulan
Walaupun berusaha memajukan negara bagi
menjamin kedaulatan wilayah, langkah memajukan
China kurang berjaya. Kegagalan China dalam
usaha pemodenan ini terbukti apabila mereka
berjaya dikalahkan oleh negara kecil seperti Jepun
dalam Perang China-Jepun 1895.

Anda mungkin juga menyukai