Anda di halaman 1dari 118

BAB 3

KEBERKESANAN PELAKSANAAN SISTEM SEBUTAN BAKU DALAM


PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU

Bahagian ini akan memberikan gambaran ringkas tentang faktor-faktor yang


membawa kepada pelaksanaan sistem sebutan baku di Singapura khususnya di peringkat
sekolah. Seterusnya, berdasarkan input yang diperoleh daripada para pelajar dan guru serta
penelitian terhadap bahan-bahan pengajaran yang digunakan di sekolah-sekolah,
keberkesanan dan keperihatinan yang berkaitan dengan pelaksanaannya akan dibincangkan.
Beberapa saranan yang boleh dipertimbangkan dikemukakan di akhir bab ini.
3.1

Bahasa Baku dan Aspek-aspek Bahasa yang Dibakukan


Menurut Awang Sariyan, perkataan baku telah wujud dalam kamus Melayu lebih

setengah abad lalu jika kita merujuk Kamus Umum Bahasa Indonesia yang disusun oleh
W.J.S. Poerwadarminta yang diterbitkan pada tahun 1953 sebagai sebuah kamus Melayu yang
awal dan berwibawa. Dalam kamus tersebut, perkataan baku diberikan erti sebagai yang
menjadi pokok yang sebenar dan sesuatu yang dipakai sebagai dasar; ukur. Menurut beliau
1

lagi, Kamus Bahasa Indonesia terbitan Pusat Pembinaan dan Pengembangan Bahasa
Departmen Pendidikan dan Kebudayaan Indonesia tahaun 1983 mencatatkan erti baku sebagai
yang menjadi pokok; yang benar; dan yang dipakai sebagai dasar ukuran; standard.

Kamus Dewan pula memberikan erti baku sebagai yang pokok, yang dasar, yang
benar, dan yang ( sudah ) diterima umum sebagai bentuk yang sah dan betul (contohnya dari

1. Awang Sariyan, 2000. Warna dan Suasana: Perancangan Bahasa Melayu di


Malaysia, Kuala Lumpur, DBP, hlm 2.
2. Ibid., hlm 3.
38

segi bentuk dan sifat) dan dijadikan asas perbandingan (berkenaan bahasa, sebutan, ejaan
3

Berdasarkan ketiga-tiga kamus yang dianggap berwibawa tadi, jelas bahawa kata
dsb.); standard.
dalam khazanah kosa

baku sudah mempunyai erti yang mantap selama berpuluh-puluh tahun

benar dan betul. Bahasa yang betul ini pula dijadikan kayu ukur atau dasar dalam
kata Melayu. Erti yang diberikan menunjukkan bahawa bahasa baku ialah bahasa yang sah,
membandingkan dan menentukan ketepatan bahasa yang digunakan dari segi sebutan, ejaan
dan aspek bahasa yang lain.
Ismail Dahaman pula memberikan takrifan bahasa Melayu baku dengan memasukkan
aspek laras bahasa selain aspek-aspek ejaan, tatabahasa, istilah, penggunaan kata dan sebutan
yang betul iaitu Bahasa Melayu baku ialah bahasa Melayu yang sempurna dari segi
penggunaan aspek-aspek bahasanya, iaitu betul ejaannya, betul tatabahasanya, betul istilahnya,
5

bersetuju dengan pendapat Einar Haugen iaitu bahasa yang baku ialah bahasa yang
betul penggunaan katanya, betul laras bahasanya, dan betul sebutannya. Asmah Haji Omar
bermartabat atau mencerminkan keseragaman dalam tatabahasa dan sebutan. Bahasa itu juga
ialah pelbagai jenis pertuturan yang mencerminkan keseragaman dalam bentuk dan fungsi.
Menurut beliau lagi, Dalam bidang pendidikan, bahasa baku merupakan kerangka rujukan
6

bagi bahasa yang dianggap baik dalam menilai bahasa penuturnya.


bahasa baku ialah bentuk bahasa yang sudah diberikan

Menurut Garvin
dan Mathiot

pengekodan, diterima dan bertugas sebagai model kepada komuniti bahasa yang besar.
3. Dewan Bahasa dan Pustaka, 1994. Kamus Dewan, Edisis Ketiga, Kuala Lumpur,
DBP, hlm 93.
4. Op.cit., hlm 3.
5. Ismail Dahaman, 1994, Pedoman Sebutan Baku Bahasa Melayu, Kuala Lumpur,
DBP, hlm 1.
6. Asmah Haji Omar,1992. Kajian dan Perkembangan Bahasa Melayu, Kuala
Lumpur, DBP, hlm 105.
39

Pengekedoan ini bermaksud sesuatu yang mempunyai peraturan yang tetap. Jadi, bahasa baku
ialah bahasa yang ada peraturan-peraturannya, yang menjalankan tugas sebagai mewakili
dialek-dialek lain dalam bahasa yang sama, dan hakikat ini sudah mendapat persetujuan
7

maka kepelbagaian budaya menghasilkan pelbagai dialek dalam kalangan penutur bahasa
ramai. Oleh sebab sesuatu bahasa itu amat berkait rapat dengan budaya para penggunanya,
Melayu. Oleh itu, kewujudan bahasa Melayu baku dapat menyeragamkan penggunaan bahasa
Melayu, selain bertindak sebagai kayu ukur dalam menentukan betul salahnya penggunaan
bahasa tersebut.
Soal menegakkan bahasa baku adalah satu perkara yang lazim dilakukan dalam
menentukan satu model atau tolok bagi masyarakat pengguna untuk menggunakan bahasa
sebagai media untuk menyampaikan komunikasi yang betul, jelas dan berkesan. Dan bagi
masyarakat Melayu pula, pengertian betul ini bukan hanya berkisar kepada
ketatabahasaan sahaja, tetapi juga santun bahasa atau bahasa yang berhemah. Bahasa yang
baku juga menjadi kerangka rujukan bagi menentukan tahap keupayaan berbahasa seseorang
penutur. Dalam bidang pendidikan, kerangka rujukan ini penting sewaktu penilaian atau
pengujian terhadap kecekapan bahasa dalam kalangan murid dijalankan. Bertambah-tambah
8

lagi apabila sistem penilaian itu berupa sistem pemeriksaan pusat.


maka pembakuan bahasa dapat difahami sebagai usaha,

Dengan
pengertian ini,

tindakan, atau proses mengetengahkan bentuk bahasa yang benar dan yang dapat menjadi
dasar ukuran. Yang berkaitan dengan usaha, tindakan, atau proses tersebut ialah penetapan

7. Disebut dalam DBP, 1981. Bahasa Melayu Baku dalam Sosiolinguistik Bahasa
Melayu, Kuala Lumpur, DBP, hlm 26.
8. Sidek Saniff, 1992. Ucapan Haji Sidek saniff, Menteri Negara (Pendidikan )
untuk Majlis Pembukaan Rasmi, Seminar Sebutan Baku Anjuran Kementerian
Pendidikan Singapura, pada 8-10 September 1992, Di Pusat Islam , Singapura,
dalam Sekata, Jurnal Pengembangan dan Pengajaran Bahasa, Jilid 10, Bilangan 2,
MITA, hlm 4.
40

kod dan norma bahasa daripada segala segi bahasa iaitu ejaan, tulisan, peristilahan, tatabahasa,
9

Pembakuan bahasa yang dilakukan meliputi seluruh aspek bahasa dan tidak terhad
sebutan dan laras bahasa.
Pembakuan ini termasuklah:

kepada aspek tertentu sahaja seperti sebutan semata-mata.

Pembakuan sistem ejaan dan tulisan


Pembakuan tatabahasa (berdasarkan bahasa tulisan)
Pembakuan peristilahan (konsep yang berkaitan dengan pelbagai bidang ilmu)
Pembakuan kosa kata (aspek makna dan bentuk kata)
Pembakuan laras bahasa (perbualan dan persuratan)
Pembakuan sebutan.
Menurut Awang Sariyan (2000), dalam teori perancangan bahasa, aspek-aspek
tersebut termasuk dalam perancangan korpus atau bahan bahasa. Jadi, boleh dikatakan bahawa
pembakuan bahasa adalah perancangan korpus bahasa. Perancangan korpus ini meliputi empat
tahap iaitu pemilihan, pengekodan, perluasan fungsi dan penerimaan masyarakat.
Dalam tahap pemilihan salah satu dialek itu akan dipilih untuk dijadikan bahasa baku
dan kemudiannya dilakukan penetapan aspek-aspek ejaan, sebutan, kosa kata, istilah dan
tatabahasanya berdasarkan ciri-ciri yang betul. Bagi tahap peluasan fungsi, bahasa yang
dibakukan itu akan digunakan dalam pelbagai aktiviti rasmi seperti pendidikan formal,
penulisan sastera, pentadbiran dan sebagainya. Akhirnya, bahasa yang digunakan dengan
meluas itu diterima oleh masyarakat sehingga dapat dinaikkan tarafnya sebagai bahasa rasmi
atau kebangsaan.
9. Awang Sariyan, 2000. Warna dan Suasana: Perancangan Bahasa Melayu di Malaysia,
Kuala Lumpur, DBP, hlm 4.

41

3.2

Pembakuan Bahasa Melayu

Proses pembakuan aspek-aspek bahasa, kecuali aspek sebutan sudah berlaku sejak
dulu lagi. Misalnya, sistem ejaan Rumi Melayu telah mengalami proses pembakuan sejak
awal abad ke-20. R.J Wilkinson berhasil menyusun asas sistem ejaan Rumi Bahasa Melayu.
Sistem ini kemudian diperkemas oleh Zaaba dan dikenal sebagai Ejaan Sekolah kerana
menjadi asas sistem pengajaran di sekolah. Kemudian pada tahun 1972, beberapa aspek ejaan
tersebut diubah suai dan sistem itu dinamakan Sisten Ejaan Baru. Di Singapura, Sistem Ejaan
Baru ini dilaksanakan di sekolah-sekolah pada tahun 1979 sebagimana ejaan yang
diselaraskan oleh Malaysia dan Indonesia.
Pembakuan istilah pula telah berlaku di Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1957.
Pembakuan dalam bidang peristilahan pula berkait rapat dengan proses pemodenan bahasa
dan kemajuan masyarakat. Hal ini disebabkan istilah merupakan realisasi konsep-konsep yang
berkaitan dengan ilmu. Sehingga kini, telah tercipta lebih setengah juta istilah dalam lebih
kurang 300 bidang ilmu. Walaupun proses penggubalan ini berlangsung terus-menerus, dan
diakui adanya beberapa persoalan yang timbul, namun jika dilihat secara keseluruhannya,
10

pembakuan peristilahan sudah memperlihatkan kemantapannya.


pembakuannya mempunyai kaitan yang rapat dengan

Dalam aspek kosa


kata pula,

peristilahan, kerana istilah ialah sebahagian daripada kosa kata. Pembakuan kosa kata dapat
dilihat pada aspek makna dan juga bentuk kata. Bahasa Melayu mempunyai kata-kata yang
tetap maknanya dan sistematik kaedah pembetukannya dan hal ini dapat diperhatikan pada
kamus bahasa Melayu yang ada. Kamus merakamkan pada dasarnya, bentuk dan makna

10. Ibid., hlm 13.


42

sesuatu kata (kata dasar dan kata terbitan) dengan tepat. Maklumat ini berguna bagi
memastikan bentuk terbitan yang betul.

Pembakuan aspek tatabahasa pula berlaku serentak dengan berkembangnya tradisi


bahasa persuratan. Pemantapan bahasa persuratan atau ragam bahasa tulisan dengan
11

Melayu telah melahirkan teks seperti Hukum Kanun Melaka, Undang-undang Laut Melaka,
sendirinya memantapkan tatabahasa. Misalnya, dalam bidang undang-undang, bahasa
Undang-undang Johor dan sebagainya. Dalam bidang ketatanegaraan, telah terhasil teks Tajus
Salatin. Begitu juga kitab-kitab lain dalam pelbagai bidang seperti Hikayat Al-Salikin dan
Hikayat Hang Tuah. Pemantapan bahasa persuratan atau ragam tulisan dengan sendirinya
memantapkan tatabahasa. Walaupun demikian, kita perlu akui bahawa dari waktu ke waktu
berlaku proses penyempurnaan rumus. Dalam proses tersebut, mungkin timbul kelainan
analisis atau pendapat pada aspek-aspek tertentu dalam kalangan ahli-ahli bahasa yang
tertentu. Daripada usaha merumuskan aspek-aspek tertentu tatabahasa itu, diharapkan akan
berhasil rumus tatabahasa yang mantap. Sebagai contoh, memang masih ada aspek morfologi,
12

khususnya yang berkaitan dengan pengimbuhan yang memerlukan penelitian lanjut.


Aspek laras bahasa menunjukkan ketepatan penggunaan bahasa berdasarkan bidang
yang tertentu. Penggunaan pelbagai laras bahasa timbul dalam masyarakat yang maju. Oleh
sebab masyarakat kita sudah memperlihatkan adanya pengkhususan dalam berbagai-bagai
bidang, pembakuan laras bahasa perlu bagi menentukan corak bahasa yang dapat
menggambarkan ciri-ciri khusus sesuatu bidang itu seperti laras bahasa berita, surat rasmi,
laporan, tulisan ilmiah, undang-undang dan sebagainya. Dengan demikian tidak timbul soal
pertentangan antara laras bahasa degan tatabahasa. Bahkan amat erat kaitan antara kedua11. Ibid., hlm 14.
12. Ibid., hlm 15.
43

duanya. Sementara tatabahasa menjadi asas sistem bahasa, laras bahasa adalah peluasan
13

sistem bahasa tersebut.

Aspek pembakuan sebutan membayangkan bahawa


tercapainya kesempurnaan sistem

bahasa. Setelah pembakuan aspek-aspek bahasa yang lain, maka pembakuan sebutan
melengkapkan proses pembakuan keseluruhan aspek bahasa. Yang dimaksudkan dengan
sebutan baku ialah sebutan yang seragam, yang diucapkan dengan cara yang sama oleh semua
masyarakat penutur sesuatu bahasa itu. Aspek sebutan tidak dapat dipisahkan daripada aspek
ejaan kerana sesuatu perkataan itu dieja sebagaimana perkataan itu sepatutnya disebut.

Hakikat bahawa pembakuan sebutan perlu dilaksanakan telah ditimbulkan dalam


Kongres Persuratan dan Bahasa Melayu se-Melaya Ketiga yang berlangsung pada 16 hingga
21 September 1956 di Singapura dan Johor Bahru. Kongres telah memutuskan bahawa
Loghat Melayu-Riau yang dikatakan standard itu tidak lagi sesuai pada masa ini (iaitu dalam
tahun 1956). Maka, dianjurkan supaya vokal akhir a [ misalnya s-a-y-a atau k-i-t-a dll ]
14

hendaklah dibunyikan a [ sa-ya atau ki-ta ] bukan e [ sa-ye atau ki-te, dsb ].
Dalam rumusannya, pada tahun 1956, Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu
mengambil ketetapan yang cukup tegas dan berpandangan jauh ke hadapan tentang dasar
sebutan baku bagi bahasa Melayu. Dasar yang disarankan ialah sebutan fonemik, iaitu
berdasarkan ejaan. Keputusan yang dibuat oleh Kongres itu menetapkan bahawa sebutan yang

13. Ibid., hlm 16.


14. Sidek Saniff, 1992. Ucapan Haji Sidek saniff, Menteri Negara (Pendidikan )
untuk Majlis Pembukaan Rasmi, Seminar Sebutan Baku Anjuran Kementerian
Pendidikan Singapura, pada 8-10 September 1992, Di Pusat Islam , Singapura,
dalam Sekata, Jurnal Pengembangan dan Pengajaran Bahasa, Jilid 10, Bilangan 2,
MITA, hlm 7.
44

baku ialah yang berdasarkan Ejaan Rumi, bukan yang berdasarkan kelaziman menyebut
sesuatu perkataan itu menurut dialek Johor- Riau.

3.3

Maksud dan Prinsip Sebutan Baku

Sebutan baku ialah sebutan yang berdasarkan ejaan atau yang dikenali sebagai sebutan
fonemik. Ini bererti bahawa pengucapan sesuatu bunyi menurut nilai bunyi yang
dilambangkan oleh huruf grafem. Prinsip ini berasaskan hakikat bahawa hampir setiap fonem
dalam bahasa Melayu dilambangkan oleh sesuatu grafem yang tertentu. Demikian juga
sebaliknya, satu grafem dalam bahasa Melayu pada umumnya mendukung satu
15

melambangkan satu bunyi vokal tertentu, dan setiap huruf konsonan pula melambangkan satu
nilai bunyi yang tertentu.
bunyi konsonan.

Ini bermakna bahawa setiap huruf vokal dalam bahasa Melayu

Bagaimanapun terdapat beberapa kekecualian, misalnya huruf vokal e melambangkan


dua bunyi vokal, iaitu vokal e pepet dan e taling. Beberapa konsonan pula dapat mewakili
beberapa bunyi. Contohnya, huruf konsonan dapat melambangkan tiga bunyi, iaitu bunyi
letupan lelangit lembut tak bersuara (k) seperti pada kata kaki, bunyi hentian glotis (?) seperti
16

pada kata elak dan bunyi geseran rongga tekak bersuara () seperti pada kata nikmat.
Berdasarkan keterangan yang diutarakan oleh K.L Pike dalam bukunya Phonemics,
Asraf telah merumuskan bahawa sebutan baku ialah kata-kata yang dieja sebagaimana yang

15. Awang Sariyan, 1993. Bahasa Melayu Baku dan Perancangan Bahasa, Kuala
Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm 27.
16. Ibid., hlm 27.
45

17

bererti bahawa kata-kata yang dieja mengikut prinsip fonemik seperti yang digunakan
diucapkan dan diucapkan sebagaimana yang dieja, dan tidak ada huruf yang senyap. Ini
sekarang hendaklah disebut atau diucapkan sebagaimana yang dieja.
Nik Safiah menjelaskan bahawa pembakuan sebutan bermaksud penyeragaman dalam
melafazkan bunyi-bunyi bahasa. Beliau menyatakan bahawa bagi keseragaman sebutan,
prinsip satu bunyi satu sebutan hendaklah dipegang. Dapatlah dirumuskan bahawa sistem
sebutan baku bahasa Melayu adalah bersifat fonemik, iaitu satu lambang atau huruf, mewakili
satu fonem dan mestilah dibunyikan mengikut cara penyebutan fonem itu sendiri.

Jelas di sini bahawa sistem sebutan mempunyai kaitan yang rapat dengan sistem ejaan
atau tulisan. Oleh sebab sistem ejaan bahasa Melayu sudah mantap atau baku, jadi wajarlah
setiap sebutan itu mengikut sistem ejaan. Sebutan mengikut prinsip fonemik ini memudahkan
para penutur kerana keseragaman dalam sistem sebutan ini boleh mengelakkan kekeliruan
dalam penyebutan sesuatu perkataan. Sebutan yang tidak mengikut fonemik atau yang salah
akan hanya mengelirukan para penutur kerana kelainan bunyi akan melahirkan makna atau
maksud yang berlainan.

Perlulah difahami bahawa selain bagi tujuan keseragaman, sebutan baku juga
bertujuan untuk meningkatkan kecekapan berbahasa para penutur dan memantapkan sistem
dalaman bahasa Melayu. Ismail Dahaman menggariskan matlamat pembakuan sebutan baku
yang berikut:

17. Asraf, 1986. Sebutan Baku Bahasa Melayu Berdasarkan Prinsip Fonemik, dalam
Sekata, Jurnal Pengembangan dan Pengajaran Bahasa, Jilid 2 Bilangan 2, MITA,
Hlm 25.

46

(1)

Untuk mewujudkan satu variasi sebutan baku dalam bahasa Melayu yang dapat
digunakan dalam situasi formal atau rasmi.

(2)

Untuk meningkatkan kecekapan berbahasa Melayu baku di kalangan semua


golongan pengguna bahasa Melayu.

(3)

Untuk memantapkan sistem dan struktur dalaman bahasa Melayu,


iaitu supaya sistem sebutan menjadi mantap dan baku sejajar
dengan pemantapan dan pembakuan tatabahasa, kosa kata
(perbendaharaan kata umum dan istilah), dan sistem ejaan.

(4)

Secara khusus, untuk menyeragamkan cara berbahasa dan


bertutur dan mengurangkan penggunaan pelbagai variasi dan gaya
sebutan serta menghindarkan penggunaan dialek setempat dalam
18

pengajaran dan pembelajaran di peringkat sekolah.


kental: Pertama,

Pembakuan sebutan ini akan


menjadikan bahasa Melayu lebih

kerana daya kepaduan mereka yang menuturkan bahasa ini, di seluruh rantau ini.
Keseragaman terakhir ini iaitu sebutannya akan mengukuhkan terus daya diri bahasa ini.
Kedua, kerencaman sebutan yang sedia ada termasuk dialeknya akan terus mewarna pelangi
keseluruhan langit. Bahasa Melayu/Indonesia ini: dari loghat-loghat di Brunei, bah dan
ungkayah: ke pelosok-pelosok pedalaman di Indonesia seperti anda, beta lu dan guenya;
loghat-loghat negeri di Malaysia pula dengan makan, maka dan makangnya atau pun hang,
19

depa dan pimainya. Engkau orang dan dia orang di Singapura pula.
18. Ismail Dahaman, 1994, Pedoman Sebutan Baku Bahasa Melayu, Kuala Lumpur,
DBP, hlm 3.
19. Sidek Saniff, 1992. Ucapan Haji Sidek saniff, Menteri Negara (Pendidikan )
untuk Majlis Pembukaan Rasmi, Seminar Sebutan Baku Anjuran Kementerian
Pendidikan Singapura, pada 8-10 September 1992, Di Pusat Islam , Singapura,
dalam Sekata, Jurnal Pengembangan dan Pengajaran Bahasa, Jilid 10, Bilangan 2,
Singapura, MITA, hlm 5.
47

Penggunaan sebutan baku adalah dalam situasi rasmi atau formal. Antara situasisituasi rasmi dan formal termasuklah persidangan dan mesyuarat, sewaktu memberikan
ucapan dan menyampaikan taklimat, dan dalam bilik darjah dan kuliah. Dalam situasi-situasi
tersebut, para penutur yang berasal daripada berbagai-bagai latar belakang, akan
menggugurkan ciri-ciri daerah dan peribadi masing-masing dan menggunakan bentuk bahasa
20

yang diterima sebagai bentuk-bentuk bahasa baku.


dan Pustaka

Pedoman sebutan baku yang


dikeluarkan oleh Dewan Bahasa

mencatatkan bahawa penggunaan sebutan baku adalah dalam situasi formal atau rasmi sebagai
yang berikut:
(1)

Pengajaran dan pembelajaran di institusi pendidikan, oleh pelajar, guru,


pensyarah, dan pegawai pendidikan.

(2)

Ucapan di khalayak ramai, seperti pidato, ceramah, syarahan, dan kuliah.

(3)

Perbincangan dan komunikasi rasmi dalam sektor awam, seperti dalam


mesyuarat rasmi, temu duga, wawancara, dan ucapan dalam upacara rasmi.

(4)

Siaran melalui media elektronik (radio, televisyen dan filem),


seperti pembacaan berita, penyampaian hebahan, ulasan, dan pengacaraan
21

sesuatu rancangan.
disebutkan tadi. Ini
Dengan kata lain, penggunaan sebutan baku hendaklah dalam lingkungan yang bermakna dalam
suasana yang tidak rasmi, kita tidak dituntut berbahasa

20. Nik Safiah Karim, 1992. Sebutan Bahasa Melayu Baku dan Pelaksanaannya di
Malaysia, dalam Sekata, Jurnal Pengembangan dan Pengajaran Bahasa, Jilid 10
Bilangan 2, Singapura, MITA, hlm 16-17.
21. Dewan Bahasa dan Pustaka, 1988, Pedoman Umum Sebutan Baku Bahasa
Melayu, Kuala Lumpur, DBP, hlm xiv.

48

baku; malah bebas memilih ragam-ragam lain yang sesuai dengan suasananya. Dalam
komunikasi yang tidak formal, kita bebas membuat pemilihan kata; tidak memperdulikan
hukum-hukum tatabahasa; malah bebas dengan gaya bahasa yang kita fikirkan selesa. Tidak
dengan penggunaan bahasa baku dalam situasi rasmi; penggunaannya menekankan kerapian,
kejelasan dan ketepatan; baik dalam hal susunan kalimat, mahupun makna, baik yang
22

3.4 Latar Belakang Pelaksanaan Sistem


Sebutan Baku di Singapura

disampaikan secara lisan, mahu pun tulisan.

Di Singapura, setelah Sistem Ejaan Baru dilaksanakan pada tahun 1979 sebagaimana
yang telah diselaraskan oleh Malaysia dan Indonesia, masalah penyebutan yang berdasarkan
ejaan dikatakan semakin menjadi besar. Permasalahan yang dulunya hanya berkisar pada
bunyi a sahaja, menular kepada penyebutan vokal-vokal yang lain terutamanya vokal i dan
23

Pengajaran Bahasa Melayu anjuran CDIS mencadangkan agar sebutan berdasarkan ejaan
u, juga sebutan kekata daripada bahasa-bahasa asing. Pada tahun 1985, Seminar
terutamanya dalam pengajaran bacaan asas diperkenalkan. Namun demikian, tiada langkah
segera yang diambil.

Pada tahun 1988, setahun setelah Singapura menjadi pemerhati Majlis Bahasa Brunei
Darussalam-Indonesia-Malaysia (MABBIM), Kementerian Pendidikan Malaysia
mengumumkan penggunaan sebutan baku di dalam kurikulum sekolah-sekolah di Malaysia.

22. Ibid., hlm 7


23. Sidek Saniff, 1992. Ucapan Haji Sidek saniff, Menteri Negara (Pendidikan )
untuk Majlis Pembukaan Rasmi, Seminar Sebutan Baku Anjuran Kementerian
Pendidikan Singapura, pada 8-10 September 1992, Di Pusat Islam , Singapura,
dalam Sekata, Jurnal Pengembangan dan Pengajaran Bahasa, Jilid 10, Bilangan 2,
Singapura, MITA, hlm 8.

49

Setahun berikutnya, pada tahun 1989, Majlis Bahasa Melayu Singapura atau MBMS (pada
masa itu dikenali sebagai Jawatankuasa Bahasa Melayu Singapura atau JBMS)
membincangkan kertas kerja yang disiapkan oleh Suratman Markasan mengenai Perlunya
Singapura Melaksanakan Sebutan Baku. Dalam perbincangan tersebut, beberapa pertubuhan
lain diajak untuk membincangkan isu yang sama. Akhirnya pada tahun 1990, MBMS
membuat keputusan melalui Kementerian Penerangan, Perhubungan dan Kesenian atau
MICA (pada masa itu dikenali sebagai MITA) dan mencadangkan kepada Kementerian
Pendidikan Singapura atau MOE (pada masa itu dikenali sebagai Kementerian Pelajaran)
supaya menggunakan sebutan baku dalam sistem pendidikan formal. Pada bulan Jun 1990,
MOE meluluskan kertas cadangan MBMS dan sekitar Ogos 1990, kabinet memutuskan pada
dasarnya untuk menerima sebutan baku di dalam sistem bahasa Melayu sepertimana yang
disarankan oleh MBMS dalam kertas cadangan yang diajukan itu.

Berdasarkan kertas laporan rasmi MOE yang bertarikh 7 Jun 1990, cadangan MBMS
itu diterima atas sebab-sebab yang berikut:

(1)

Sebutan baku tidak mengubah ejaan sesuatu perkataan. Oleh itu, pelaksanaan
sistem sebutan ini tidak menimbulkan masalah dalam aspek tulisan.

(2)

Oleh sebab setiap vokal atau konsonan hanya mempunyai satu bunyi sahaja,
sistem ini dapat melahirkan keseragaman antara huruf dan bunyi. Keseragaman
ini memudahkan sebutan dan bacaan.

(3)

Oleh sebab hanya aspek sebutan bahasa Melayu di Singapura yang belum baku
berbanding dengan anggota MABBIM yang lain, jadi wajarlah sistem sebutan
ini dilaksanakan bagi tujuan keseragaman.

50

4)

Pelaksanaan sistem sebutan baku ini merupakan satu cara yang dilakukan oleh
24

Singapura untuk mengikuti perkembangan bahasa Melayu di rantau ini.


keputusan yang diambil mengenai sebutan baku, beberapa wakil

Berikutan dengan

Singapura telah ke Indonesia dan Malaysia pada 17 hingga 23 Ogos 1992 untuk meninjau
pelaksanaan sebutan baku, masalah yang berkaitan dan huraiannya, pelestarian dan tentang
prinsip-prinsip sebutan baku. Segala maklumat yang diraih daripada lawatan di kedua-dua
buah negara tersebut dijadikan panduan bagi pelaksanaan sistem sebutan baku di Singapura.

3.5

Rasional Pelaksanaan Sistem Sebutan Baku di Singapura

Semasa memberikan ucapan dalam majlis pembukaan rasmi Seminar Sebutan Baku
anjuran MOE pada September 1992 di Pusat Islam Singapura, Encik Sidek Saniff (pada masa
itu Setiausaha Parlimen bagi Pendidikan) menggariskan tiga rasional pelaksanaan sistem
sebutan baku di Singapura seperti yang berikut:

1.

Usaha yang berterusan dalam proses pembakuan bahasa Melayu setelah


menangani proses pembakuan dari segi ejaan, tatabahasa dan kosa kata.

2.

Keperluan pengajaran dan pemelajaran bahasa Melayu terutamanya dalam


bidang bacaan asas yang didapati akan lebih mudah diajarkan dengan
menggunakan pelbagai kaedah suku kata dan sebutan baku pula dapat
mengurangkan masalah sebutan yang berdasarkan ejaan ini.

24. Jabatan Pegembangan dan Pembangunan Kurikulum, MOE, 1990. Laporan


Pelaksanaan Sebutan Baku di Sekolah-sekolah, Singapura, MOE, hlm 2.

51

3.

Keperluan kerantauan, iaitu keperluan menyeragamkan sebutan setelah


Malaysia mengumumkan penerimaan sebutan baku di dalam kurikulum
sekolahnya sedang di Indonesia pula, penyebutan berdasarkan ejaan telah lama
25

berlangsung.

Berdasarkan rasional yang digariskan tadi, dapat disimpulkan bahawa


pelaksanaan

sebutan baku di Singapura adalah untuk memenuhi tiga usaha iaitu usaha untuk pemantapan
bahasa, pengajaran dan pembelajaran di sekolah-sekolah dan juga bagi kerjasama serantau
khususnya dalam penyeragaman dan perkembangan bahasa.

Dalam usaha bagi pemantapan bahasa, pembakuan sebutan dilihat sebagai


kesinambungan usaha bagi pembakuan aspek-aspek bahasa seperti ejaan, tulisan, kosa kata,
istilah, tatabahasa dan laras bahasa. Pembakuan sistem sebutan ini sebagai usaha terakhir atau
pelengkap dalam proses pembakuan bahasa Melayu.

Dalam aspek pengajaran dan pembelajaran pula, pembakuan sistem ini diharap dapat
membantu para pelajar khususnya dalam aspek ejaan dan bacaan. Oleh sebab aspek ejaan dan
bacaan berkait rapat, sistem sebutan baku yang bersifat fonemik akan menghasilkan ketekalan
bunyi antara huruf dan bunyi dan ini diharapkan dapat memudahkan pembelajaran bahasa
khususnya dalam aspek ejaan dan bacaan dalam kalangan para pelajar. Seterusnya, para
pelajar diharapkan berupaya berkomunikasi menggunakan sebutan baku dalam majlis-majlis
formal atau rasmi.
25. Sidek Saniff, 1992. Ucapan Haji Sidek saniff, Menteri Negara (Pendidikan )
untuk Majlis Pembukaan Rasmi, Seminar Sebutan Baku Anjuran Kementerian
Pendidikan Singapura, pada 8-10 September 1992, Di Pusat Islam , Singapura,
dalam Sekata, Jurnal Pengembangan dan Pengajaran Bahasa, Jilid 10, Bilangan 2,
Singapura, MITA, hlm 9.

52

Akhir sekali, sebagai pemerhati MABBIM, Singapura tidak mahu ketinggalan dan
menampakkan usaha yang sungguh-sungguh bagi mengikuti dan menyumbang kepada
perkembagan bahasa Melayu di rantau ini. Pelaksanaan sistem sebutan baku ini merupakan
satu usaha bagi penyeragaman bahasa Melayu dalam usaha membentuk bahasa Melayu
sebagai bahasa yang bertaraf dan bermartabat.

3.6

Pelaksanaan Sistem Sebutan Baku dalam Kurikulum Bahasa Melayu di


Sekolah-sekolah

Sistem sebutan baku dilaksanakan dalam kurikulum Bahasa Melayu di sekolahsekolah secara bertahap-tahap. Pada tahun 1993, sistem sebutan ini diperkenalkan di peringkat
sekolah rendah dan ini diikuti oleh pelaksanaannya di sekolah-sekolah menengah, maktab
rendah dan institut pusat pada tahun 1994. Seterusnya, penggunaan sebutan baku
diperkenalkan dalam peperiksaan lisan dan kefahaman mendengar peringkat nasional bagi
peperiksaan Sijil Am Pelajaran Peringkat Biasa (GCE O Level ) dan Peringkat Tinggi (GCE
A Level) pada tahun 1997 dan Peperiksaan Tamat Sekolah Rendah (PSLE) pada tahun 1998.
Ini bererti kecekapan para pelajar bertutur menggunakan sebutan baku diuji dalam
peperiksaan tersebut.

Dasar pelaksanaan sistem sebutan baku di sekolah, menggariskan bahawa sebutan


baku ini digunakan dalam situasi rasmi atau formal khususnya dalam bilik darjah semasa
pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu. Selain itu, para guru dan para pelajar juga
diharapkan menggunakan sebutan baku dalam aktiviti-aktiviti sekolah. Hal ini ditekankan
oleh Encik Sidek Saniff dalam ucapannya semasa merasmikan Seminar Sebutan Baku pada
tahun 1992. Sesuatu bahasa yang hidup akan terus berkembang sekiranya bahasa itu

53

digunakan di dalam dan di luar bilik darjah; melalui aktiviti-aktiviti penggunaan, pengukuhan
dan pengayaan. Aktiviti-aktiviti ini hendaklah menarik serta memenuhi minat dan keperluan
pelajar-pelajarnya. Dengan ini aktiviti-aktiviti pemelajaran yang menyeronokkan inilah, rasa
yakin dan cinta untuk mengucapkan bahasa akan terbentuk. Malah, dapat menggunakan
bahasa untuk melahirkan buah fikirannya dan perasaannya; meluahkan tanggapannya secara
26

drama, peraduan bercerita, syarahan atau pidato, perkhemahan bahasa dan bengkel-bengkel
kritis dan kreatif. Penggunaan sebutan baku dalam aktiviti Bahasa Melayu seperti debat,
bahasa amat perlu kerana usaha ini dapat menyokong pelaksanaan sebutan baku dengan lebih
berkesan bagi kesinambungan penggunaannya selain dalam bilik darjah dan meningkatkan
penguasaan bahasa pelajar.

Bagi melicinkan pelaksanaannya di sekolah-sekolah, MOE telah menjalankan


beberapa langkah. Antaranya ialah penubuhan jawatankuasa induk yang mengendalikan dan
membincangkan hal-hal yang bersangkutan dengan sebutan baku. Jawantankuasa ini
bertindak sebagai unit pemantau dan bertugas untuk meneliti perkembangan sebutan baku di
sekolah-sekolah dan menjadi tempat rujukan atau sumber kepada para guru untuk bertanyakan
permasalahan yang menyentuh tentang pengajaran dan pemelajaran Bahasa Melayu baku,
27

termasuk sebutan.
Bagi menyediakan para guru, Seminar Sebutan Baku, anjuran MOE telah diadakan
pada 8-10 September 1992. Pakar bahasa dari Malaysia dan Indonesia telah diundang untuk
menyampaikan kertas kerja iaitu Profesor Emeritus Dr Nik Safiah Karim dan Dr Harimurti.
Berikutan ini, bengkel-bengkel sebutan baku juga diadakan dengan kerjasama Staff Training
Branch, MOE. Selain pegawai-pegawai MOE, para pembimbing bengkel dari Malaysia seperti
26. Ibid., 12-13.
27. Ibid., 12.
54

Dr Awang Sariyan turut terlibat mengendalikan bengkel yang diadakan bagi semua para guru
yang mengajar bahasa Melayu di sekolah rendah, menengah, maktab rendah dan institut pusat.
Bengkel yang serupa dijalankan sepanjang beberapa tahun pertama pelaksanaannya,
khususnya bagi guru-guru baharu.

Agar para guru dapat menjalankan dasar sebutan baku dengan betul, beberapa panduan
dan bahan pengajaran juga disediakan. MOE telah menerbitkan buku teks bahasa Melayu bagi
peringkat sekolah menengah, berjudul Pancaran Bahasa, yang berdasarkan sukatan pelajaran
yang baharu. Buku teks ini digunakan di sekolah-sekolah pada tahun 1994, tahun yang sama
dengan pelaksanaan sebutan baku. Dalam teks tersebut, dikhaskan satu bahagian atau
komponen tentang sebutan baku bagi membantu para guru menyampaikan penjelasan tentang
konsep sebutan baku di samping latihan-latihan amali. Bahan-bahan sokongan seperti audioCD, TV Pendidikan, E-Video yang juga menggunakan sebutan baku diterbitkan dan diberikan
kepada para guru.

Pelaksanaan sistem sebutan baku ini juga mendapat suntikan dengan usaha yang
dijalankan oleh MBMS, badan-badan setempat dan media massa. Pada tahun-tahun awal
pelaksanaannya, MBMS menggunakan sebutan baku bagi aktiviti Bulan Bahasanya yang
diadakan pada setiap dua tahun sekali. Bulan bahasa ini bukan sahaja melibatkan para pelajar
dan para guru melalui aktiviti di sekolah-sekolah, Persatuan Guru-guru Bahasa Melayu
(PGBM ) dan Kesatuan Guru-guru Melayu Singapura (KGMS) tetapi juga masyarakat umum
khususnya melalui aktiviti yang dikelolakan oleh badan-badan setempat seperti kelab-kelab
masyarakat dan pertubuhan-pertubuhan seni. Manakala pihak media pula mengambil
keputusan menggunakan sebutan baku dalam penyiarannya. Semua rancangan termasuk
siaran iklan dan berita, yang diterbitkan, sama ada di televisyen dan radio, menggunakan

55

sebutan baku. Penglibatan pihak media massa dan badan-badan setempat menampakkan usaha
yang padu dari semua pihak bagi merancakkan dan melicinkan pelaksanaan sistem sebutan
baku di Singapura.
3.7

Keberkesanan Pelaksanaan Sistem Sebutan Baku di Sekolah-sekolah


Menengah

3.7.1 Pengenalan
Pelaksanaan sistem sebutan baku telah berlangsung di sekolah-sekolah menengah
selama 10 tahun sejak 1994. Walaupun pada keseluruhannya sistem sebutan baku ini diterima
pelaksanaannya di Singapura khususnya di sekolah-sekolah, masih terdapat keprihatinan dan
kebimbangan yang disuarakan oleh anggota masyarakat mengenai rasional dan keberkesanan
pelaksanaannya. Keprihatinan dan kebimbangan ini dapat dilihat melalui maklum balas yang
diberikan oleh pemimpin akar umbi dan anggota masyarakat dalam dialog-dialog bahasa dan
artikel yang disiarkan dalam akhbar setempat.

Untuk menerangkan kepada masyarakat, Encil Yatiman Yusoff, Pengerusi MBMS


pernah membuat kenyataan dalam akhbar Berita Harian pada 3 Julai 2003 mengenai
pelaksanaan sebutan baku di sekolah-sekolah. Beliau berkata bahawa penggunaan sebutan
baku di sekolah-sekolah mencapai objektif yang ingin dicapai. Di peringkat sekolah,
penggunaan sebutan baku bergerak di landasan yang betul dan dalam 10 tahun sejak
dilancarkan, ia telah berjaya melahirkan satu kohort pelajar yang mana keupayaan mereka
menggunakan sebutan baku menonjol ketika menyertai bahas, ceramah dan membuat
28

28. Berita Harian, Julai 2003. Usaha Perluas Sebutan Baku


panggilan ke radio.
Dirancang, dalam
Komentar, Singapore Press Holdings, Hlm 1.

56

Sebagai respons kepada kenyataan ini, satu artikel yang diterbitkan dalam akhbar
Berita Harian bertarikh 17 Julai 2003 cuba mempersoalkan kewajaran tindakan pelaksanaan
sebutan baku ini di sekolah-sekolah. Menurut artikel tersebut, selepas 10 tahun sebutan baku
diperkenalkan di sini, penggunaan sebutan baku ini didapati bukan saja tidak menunjukkan
kemajuan malah semakin berkurangan. Kewajaran meneruskan pelaksanaan sistem sebutan
baku di sekolah-sekolah juga dipersoalkan kerana dikhuatiri pelaksanaan tersebut
membebankan pelajar-pelajar khususnya para pelajar yang mempunyai penguasaan Bahasa
Melayu yang agak lemah.

Persoalan yang ditimbulkan oleh anggota masyarakat sama ada sistem sebutan baku
ini harus diteruskan atau tidak mungkin berpunca daripada beberapa faktor termasuk yang
berlaku di luar negara. Antara punca kekuatiran ini bersebab oleh kurangnya penggunaan
sebutan baku dalam kalangan ahli masyarakat khususnya para pemimpin masyarakat. Hal ini
dinyatakan oleh Pengerusi MBMS, Encik Yatiman Yusoff di akhbar Berita Harian. Beliau
berkata, Di peringkat masyarakat, kita mengakui perlu diadakan pendidikan umum terhadap
penggunaan sebutan baku bagi meluaskan lagi usaha ke arah penggunaannya. Usaha ini juga
dilakukan memandangkan pemimpin masyarakat dan guru-guru perasan akan kurangnya
penggunaan sebutan baku dalam acara-acara kemasyarakatan sehingga menimbulkan
29

pertanyaan sama ada proses baku kian berkurangan.


Zakiah Halim juga menyatakan

Naib Penolong Presiden


Kanan, MediaCorp radio, Cik

bahawa Tentang nahu, kosa kata dan ejaan, jelas sekali bahawa objektifnya tercapai. Yang

29. Ibid., hlm 1.


57

kedudukannya masih terumbang-ambing ialah bahagian sebutan baku. Ini kerana sesudah 10
30

tahun seruan agar sebutan baku menjadi amalan kita, tidak ramai yang menyahut seruan itu.
Kekhuatiran ini juga berpunca daripada keputusan pemerintah Malaysia mengenai
pelaksanaan sebutan baku di negara tersebut. Melalui kenyataan akhbar bertarikh 9 Februari
2000, Y.B. Tan Sri Dato Musa Bin Mohamed, Menteri Pendidikan Malaysia, telah
memaklumkan bagi kerajaan Malaysia laporan kajian mengenai penggunaan sebutan bahasa
baku DBP di sekolah-sekolah, selaras dengan keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri pada 19
januari 2000. Hasil daripada pandangan serta kajian yang dijalankan berkenaan isu tersebut,
Mesyuarat Jemaah Menteri Malaysia bersetuju agar sebutan bahasa baku DBP terus
dilaksanakan di sekolah-sekolah hanya bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran Bahasa
Melayu. Di Malaysia, terdapat kekeliruan dan salah faham yang timbul pada masa sebutan
baku dimasyarakatkan. Kekeliruan dan salah faham tersebut kebanyakannya berpunca
daripada sikap sebilangan anggota masyarakat, termasuklah pemimpin dan ahli ilmu yang
cepat membuat kesimpulan dan pendirian sebelum benar-benar meneliti dan memahami isu
yang sebenarnya. Antara kekeliruan tersebut berdasarkan maklumat balas daripada ceramah,
kursus dan seminar serta berdasarkan potongan akhbar termasuklah: a) Sebutan baku
mematikan dailek dan mengganggu kelancaran komunikasi; b) Sebutan baku menimbulkan
kesulitan memahami sesuatu; c) Sebutan baku menghilangkan identiti kemalaysian; d)
Sebutan baku adalah pengaruh Indonesia; dan e) Sebutan baku bertentangan dengan prinsip
31

sebahagian besar kumpulan yang menentang ini kurang faham akan aspek-aspek yang
linguistik bahawa bahasa ialah pertuturan . Menurut Awang Sariyan ( 2000 ),
berkaitan dengan sistem sebutan baku seperti konteks penggunaan, konsep sebutan baku dan
30 . Ibid., hlm 1.
31. Awang Sariyan, 2000. Warna dan Suasana: Perancangan Bahasa Melayu di Malaysia,
Kuala Lumpur, DBP, hlm 41.

58

proses pembakuan bahasa. Kekeliruan dan salah faham ini juga berlaku di Singapura dan
faktor-faktor ini serta keputusan yang dibuat oleh Malaysia sebagai salah satu negara pelopor
sebutan baku untuk tidak melaksanakan sebutan baku di media massa, telah mempengaruhi
beberapa anggota masyarakat di Singapura sehingga menimbulkan persoalan tentang
kewajaran pelaksanaan sistem sebutan baku di sekolah-sekolah di Singapura.

Keberkesanan pelaksanaan sebutan baku di sekolah-sekolah memang menjadi


keutamaan Jawatankusa induk MOE yang ditubuhkan. Oleh sebab itu, selain menjalankann
kursus untuk para guru, jawatankuasa ini mengadakan lawatan ke sekolah-sekolah untuk
memantau pelaksanaan, masalah yang berkaitan dan membantu para guru. Namun usaha ini
hanya dijalankan pada peringkat awal pelaksanaannya.

Penelitian terhadap laporan bertulis MOE mengenai latihan bagi para guru dan lawatan
yang dilakukan ke sekolah-sekolah untuk memantau pelaksanaan sistem sebutan baku,
mendapati bahawa latihan dan lawatan atau pemantauan serupa seperti yang pernah dijalankan
pada tahun-tahun awal pelaksanan sistem ini tidak lagi dijalankan sejak 1999. Berdasarkan
maklumat yang diperoleh daripada laporan bertulis MOE, kali terakhir MOE mengadakan
latihan dan lawatan ke sekolah-sekolah untuk memantau pelaksanaan sebutan baku ini adalah
pada tahun 1998. Pada tahun tersebut, sebanyak 30% sekolah menengah terlibat dalam
program pemantauan dari Januari hingga Oktober. Selepas tahun tersebut, tiada lagi sebarang
pemantauan dilakukan. Dalam laporan yang diteliti, tidak pula dinyatakan sebab-sebab kenapa
pihak MOE tidak lagi menjalankan lawatan dan pemantauan tersebut. Terhentinya sistem
pemantauan ini juga seolah-olah memberikan gambaran kepada masyarakat terutamanya
guru-guru dan para pelajar di sekolah-sekolah bahawa kepentingan menggunakan sebutan
baku sudah makin berkurangan.

59

Dasar yang diambil oleh pemerintah Singapura amat jelas iaitu meneruskan
pelaksanaan sistem sebutan baku ini di sekolah-sekolah kerana diyakini pelaksanaannya akan
membawa hasil yang diingini dalam jangka panjang. Pembakuan sistem sebutan ini akan
melengkapkan pembakuan bahasa di Singapura di samping membantu para pelajar khususnya
pelajar-pelajar yang kurang terdedah kepada penggunaan bahasa Melayu di rumah. Lagi pun,
sebutan baku ini baru sedekad dilaksanakan dan adalah wajar untuk memberikan ruang dan
peluang yang cukup kepada pelaksanaannya sebelum sebarang keputusan dibuat sama ada
untuk meneruskan inisiatif ini atau sebaliknya.

Dasar yang diambil oleh pemerintah Singapura ini dan kelebihan menggunakan
sebutan baku di sekolah-sekolah ditekankan oleh Encik Hawazi Daipi, Setiausaha Kanan
Parlimen (Pendidikan ) merangkap Setiausaha Sumber Tenaga, semasa menjawab soalan Puan
Halimah Yaakob, seorang anggota parlimen, dalam sesi parlimen pada Mac 2004. Puan
Halimah Yaakob menanyakan tentang sebab-sebab perlunya menggunakan sistem sebutan
baku dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.

Menurut Encik Hawazi, penggunaan sebutan baku merupakan langkah yang wajar
dan sistematik kerana seperti masyarakat lain di Singapura, semakin ramai orang Melayu
menggunakan bahasa Inggeris di rumah. Oleh sebab setiap abjad vowel atau konsonen ini
hanya memiliki satu bunyi yang dikaitkan dengannya sahaja, sistem ini lebih konsisten dari
segi bunyi dan huruf. Konsistensi ini memudahkan pembelajaran Bahasa Melayu bagi pelajar
yang kurang terdedah kepada Bahasa Melayu di rumah, termasuk golongan bukan Melayu
32

yang mengambil Bahasa Melayu di sekolah-sekolah.


Melayu, dalam Parlimen,
Singapore Press Holdings, hlm 8.

32. Berita Harian, Mac 2004.


Sebutan Baku Bantu Murid

60

Selain itu, manfaat pembakuan ini juga perlu dilihat dari perspektif yang lebih luas
khususnya kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa utama rantau ini dan hubungan
Singapura dengan jiran-jirannya. Pemantapan dan pembakuan sistem Bahasa Melayu tentulah
memainkan peranan yang penting dalam meningkatkan hubungan Singapura dengan negara
jiran di Nusantara yang majoriti penduduknya sebanyak 263 juta orang berbahasa
Melayu/Indonesia.

Walaupun wujud kebimbangan dan keprihatinan seperti yang dinyatakan dalam


perenggan yang lebih awal, sejauh ini ( sehingga kajian ini dijalankan ) tidak ada kajian atau
tinjauan menyeluruh yang dilakukan oleh MOE atau mana-mana pihak untuk mengukur
keberkesanan pelaksanaan sistem sebutan baku khususnya di sekolah-sekolah. Tinjauan dan
penilaian yang berterusan perlu dilakukan untuk mengetahui keberkesanan dan keprihatianan
pelaksanaan sebutan baku di sekolah-sekolah. Hasil daripada penilaian yang dilakukan dapat
memberikan lapor balik dan panduan kepada pihak tertentu khususnya pihak MOE untuk
membuat keputusan mengenai pelaksanaannya dan bentuk tindakan susulan yang harus
diambil.

Oleh sebab selama ini tiada kajian atau penilaian yang dijalankan mengenai inisiatif
MOE tersebut walaupun terdapat beberapa kebimbangan dan keprihatinan, pengkaji memilih
untuk melakukan satu kajian mengenai pelaksanaan sistem sebutan baku di sekolah-sekolah
untuk memenuhi tujuan-tujuan berikut:

mengetahui sejauh mana pelajar mampu bertutur menggunakan sebutan baku


dengan baik dalam pembelajaran Bahasa Melayu

61

meninjau pelaksanaannya dalam bilik darjah khususnya peranan guru sebagai


model penutur atau penutur contoh dan pengembang bahasa

mengenal pasti faktor-faktor yang berkaitan dengan pelaksanaannya seperti


peranan dan sokongan MOE, sekolah-sekolah dan ibu bapa

mengenal pasti masalah-masalah yang dihadapi oleh pelajar dan guru

mengemukakan saranan-saranan bagi usaha-usaha berterusan yang boleh


dilakukan untuk meningkatkan dan menyokong pelaksaannnya secara total.

Walaupun demikian, kajian ini hanya melibatkan tinjauan dan kajian di sekolahsekolah menengah. Oleh itu kajian ini hanya berupaya menghasilkan gambaran pelaksanaan
sebutan baku di sekolah-sekolah menengah sahaja. Untuk mengetahui gambaran yang lebih
luas dan menyeluruh, kajian di semua peringkat sekolah iaitu, peringkat rendah, menengah
dan maktab rendah/institut pusat haruslah dijalankan.

3.7.2 Maklumat Sampel


Tinjauan yang dijalankan ini melibatkan sejumlah 300 pelajar menengah 3, dan 76
guru bahasa Melayu yang mengajar di sekolah menengah. Kumpulan pelajar ini terdiri
daripada 44.7% pelajar perempuan dan 55.3%% pelajar lelaki. Berdasarkan jumlah ini,
sebanyak 202 atau 67.3% adalah pelajar-pelajar Melayu dan 98 atau 32.7% pelajar-pelajar
bukan Melayu yang mengambil bahasa Melayu sebagai bahasa kedua (57.2%) atau ketiga
(42.8%). Kesemua pelajar Melayu dan 57.2% pelajar bukan Melayu yang mengambil Bahasa
Melayu sebagai bahasa kedua telah melalui pembelajaran bahasa Melayu dalam sebutan baku
selama hampir 9 tahun sejak di peringkat sekolah rendah. Kumpulan pelajar menengah tiga ini
dipilih kerana diyakini bahawa pengalaman belajar Bahasa Melayu selama 9 tahun sudah

62

cukup untuk melihat kesan sebutan baku ke atas kebolehan berbahasa pelajar khususnya
dalam aspek ejaan, bacaan dan pertuturan.

Sebanyak 42.8% pelajar bukan Melayu yang mengambil bahasa Melayu sebagai
bahasa ketiga adalah pelajar-pelajar cemerlang 10 peratusan terbaik dalam PSLE. Semasa
kajian ini dijalankan, mereka sudah melalui pembelajaran bahasa Melayu selama tiga tahun
sejak di peringkat sekolah menengah satu. Mereka dipilih bagi kajian ini kerana pengkaji
ingin meninjau sama ada sebutan baku memainkan peranan yang positif ke atas pemerolehan
bahasa kumpulan pelajar cemerlang ini. Yang berikut ialah profil para pelajar yang terlibat
dalam kajian ini:

Jadual 1: Pelajar Mengikut Jantina dan Bangsa


Jantina

Melayu

Cina

India

Bangsa Lain

Lelaki

115

28

14

Perempuan

87

22

13

12

202 (67.3%)

50 (16.7%)

22 (7.3%)

26 (8.7%)

Jumlah (100%)

Seperti yang tertera dalam Jadual 1 di atas, pelajar yang mengambil bahagian terdiri
daripada pelajar Melayu 67.3%, pelajar Cina 16.7%, pelajar India 7.3% dan pelajar yang
berbangsa lain membentuk 8.7%. Ini juga menggambarkan bahawa subjek bahasa Melayu
bukan sahaja dipelajari oleh pelajar-pelajar Melayu bahkan juga pelajar-pelajar bukan Melayu.

Seramai 76 guru yang terlibat dalam kajian ini merupakan guru-guru Bahasa Melayu
yang mengajar di peringkat sekolah menengah daripada 26 buah sekolah. Mereka terdiri
daripada 52 ( 68.4%) guru wanita dan 24 ( 31.6%) guru lelaki. Jumlah guru yang terlibat ini

63

mewakili 20.8% kesemua guru Bahasa Melayu sebanyak 365 orang yang mengajar di
sekolah-sekolah menengah (semasa tinjauan ini dijalankan) di seluruh Singapura. Perbezaan
antara jumlah guru wanita dan lelaki yang terlibat juga menggambarkan trend tenaga guru di
sekolah-sekolah iaitu terdapat lebih ramai kaum wanita yang bertugas sebagai pendidik
daripada kaum lelaki. Guru-guru yang dipilih ini juga mempunyai pengalaman mengajarkan
Bahasa Melayu yang berbeza-beza dan ini diharapkan dapat memberikan gambaran yang
menyeluruh mengenai peranan dan keprihatinan guru-guru ini dalam melaksanakan sebutan
baku di sekolah.

3.7.3 Kaedah Kajian

Sebelum data bagi kajian ini didapatkan, prosedur yang berikut telah dilakukan:
a. Kebenaran bertulis daripada pihak MOE diperoleh untuk menjalankan soal selidik
di sekolah-sekolah menengah dan menggunakan data yang dikumpulkan dalam
kajian ini.
b. Setelah diberi pengesahan, kebenaran daripada pengetua sekolah yang telah dipilih
juga didapatkan. Masa dan tarikh bagi menjalankan soal selidik ini juga
dibincangkan dengan pihak sekolah.
c. Pengkaji seterusnya menghubungi dan bertemu ketua subjek Bahasa Melayu
sekolah-sekolah berkenaan untuk menerangkan prosedur soal selidik ini,
menetapkan jumlah pelajar yang akan terlibat dan masa bagi mendapatkan semula
borang soal selidik yang telah dilengkapkan.
d. Soal selidik ini dijalankan oleh ketua subjek bahasa Melayu sebelum dan selepas
peperiksaan akhir sekolah berlangsung.

64

e. Bagi borang soal selidik para guru, pengkaji hanya menghubungi ketua subjek
sekolah yang dipilih dan menerangkan soal selidik ini melalui telefon. Borang soal
selidik kemudian dihantar kepada guru-guru ini melalui pos. Borang yang telah
dilengkapkan dikembalikan semula oleh para guru melalui pos menggunakan
sampul surat bersetem yang disediakan.

Borang soal selidik yang digunakan dalam kajian ini terdiri daripada dua: soal selidik
33

selidik ini terbahagi kepada dua jenis soalan, iaitu soalan yang memerlukan responden
untuk para pelajar dan soal selidik untuk para guru. Secara keseluruhannya, borang soal
mengisi tempat kosong dan menandakan dengan tanda () menggunakan skala Likert bagi
kenyataan yang dipersetujui mengenai item yang diberikan. Soalan jenis kedua ialah soalan
jenis terbuka. Ini bertujuan untuk memberikan ruang kepada para responden untuk
mengemukakan perasaan dan respons-respons lain yang tidak dapat dikemukakan dalam
soalan jenis pertama. Oleh sebab soalan jenis terbuka ini tidak menghadkan jawapan seperti
soalan jenis tertutup, maka para responden boleh memberikan respons dengan bebas setelah
mereka memahami tujuan soalan yang dikemukakan. Mengenai jenis soalan terbuka ini,
Oppenhiem berpendapat bahawa mereka boleh membiarkan pemikiran mereka bebas tanpa
34

dibebani oleh satu set jawapan yang telah disediakan.


Borang soal selidik yang disediakan bagi para pelajar terbahagi kepada tiga bahagian.
Bahagian A (soalan 1-5) ialah mengenai latar belakang pelajar yang merangkumi bangsa,
33 . Lihat Lampiran 2 dan 3 bagi contoh borang soal selidik yang digunakan untuk
mendapatkan maklumat mengenai pelaksanaan sistem sebutan baku di sekolahsekolah menengah di Singapura.
34. Oppenheim, A.N. 1992. Questionaire Design, Interviewingg and Attitude
Measurement, London, Printer Publisher, hlm 112. Tukilan asal dalam bahasa
Inggeris ialah they can let their thoughts roam freely unencumered by a prepared set
of replies.

65

bahasa utama yang digunakan dan kekerapan menggunakan bahasa Melayu apabila
berkomunikasi dengan ahli keluarga di rumah, kawan-kawan dan guru-guru di sekolah.
Bahagian B (soalan 6-29) menyentuh tentang pelaksanaan sebutan baku di sekolah. Aspek
yang dikemukakan termasuklah sama ada sebutan baku membantu mereka dalam
pembelajaran bahasa Melayu, keupayaan mereka bertutur dengan menggunakan sebutan baku,
penggunaan sebutan baku dalam bilik darjah, peranan guru, ibu bapa dan media massa serta
bantuan yang diperoleh jika mereka menghadapi masalah dalam sebutan. Bahagian C (soalan
30-31) merupakan soalan terbuka yang menggalakkan para pelajar memberikan komen dan
saranan. Bahagian ini bertujuan untuk mengetahui sama ada para pelajar mengahadapi
masalah dan jenis masalah yang dihadapi dan bagaimana pada pendapat mereka, sekolah
boleh membantu mereka menggunakan sebutan baku dengan lebih baik.

Soal selidik bagi para guru pula terbahagi kepada empat bahagian. Bahagian A (soalan
1-6) mengenai latar belakang guru yang antara lain termasuk jangka masa mengajar, sama ada
mereka sudah menghadiri seminar atau bengkel dan informasi yang diperoleh oleh mereka
mengenai sebutan baku ini. Bahagian B (soalan 7-24) menyentuh tentang pelaksanaan sebutan
baku di sekolah yang merangkumi pelaksaannya dalam bilik darjah, bahan-bahan yang
digunakan, sokongan yang diberikan oleh MOE dan sekolah. Bahagian C (soalan 25-30) pula
bertujuan untuk mengukur pencapaian pelaksanaan ini dari segi objektif dan juga penguasaan
pelajar dalam menggunakan sebutan baku dalam pembelajaran dan aktiviti Bahasa Melayu
yang dijalankan. Bahagian D (soalan 31-32) pula mengemukakan dua soalan bagi
mendapatkan komen dan saranan para guru mengenai hambatan yang dihadapi dan juga
peranan lebih aktif yang boleh dimainkan oleh pihak-pihak tertentu seperti MOE, sekolah,
ibu-bapa, media massa dan pertubuhan setempat seperti MBMS, KGMS, dan PGBM.

66

Selain soal selidik, sukatan pelajaran dan buku teks bagi sekolah menengah juga
dirujuk untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas mengenai pelaksanaan sistem sebutan
baku ini.

3.7.4 Dapatan Kajian

Berdasarkan analisis data yang diperoleh, beberapa hal dan rumusan dapat dibuat
tentang aspek yang dikaji. Data yang diperoleh melalui soal selidik ini akan dibincangkan
berdasarkan bahagian-bahagian berikut:
3.7.4.1

Latar Belakang Responden

3.7.4.1.1

Bahasa Pertuturan Utama yang Digunakan oleh Pelajar

Jadual 2: Bahasa Pertuturan Utama yang Digunakan oleh Pelajar


Melayu
Bahasa pertuturan utama
yang digunakan

Melayu

Inggeris Mandarin

Tamil

Bahasa
Lain

Dengan keluarga di rumah

159
( 78.7%)

43
(21.3%)

0
(0%)

0
(0%)

0
(0%)

Dengan kawan-kawan

138
(68.3%)

63
(31.2%)

0
(0%)

0
(0%)

1
(0.5%)

Kajian yang dijalankan ( Jadual 2 ) menunjukkan bahawa kebanyakan pelajar-pelajar


Melayu ( 78.7%) menggunakan bahasa Melayu di rumah. Walaupun demikian terdapat trend
atau kecenderungan dalam kalangan pelajar yang menggunakan bahasa Inggeris ( 21.3%)
ketika mereka berkomunikasi dengan keluarga. Para pelajar juga lebih selesa menggunakan
bahasa Inggeris bila berhubungan dengan kawan-kawan ( 31.2% ) dan jumlah yang

67

menggunakan bahasa Melayu ketika berkomunikasi dengan kawan-kawan berkurangan


( 68.3%) berbanding dengan keluarga di rumah.

Bagi pelajar-pelajar bukan Melayu pula (Jadual 3), mereka menggunakan lebih banyak
bahasa Inggeris di rumah (54.1%) dan dengan kawan-kawan (73.75%) jika dibandingkan
dengan bahasa Melayu , Mandarin dan bahasa lain. Hanya 27.5% pelajar yang bertutur bahasa
Melayu di rumah dan 20.4% dengan kawan-kawan.

Jadual 3:

Bahasa Pertuturan Utama yang Digunakan oleh Pelajar Bukan


Melayu

Bahasa pertuturan utama


yang digunakan

Melayu

Dengan keluarga di rumah

27
( 27.5%)

53
(54.1%)

Dengan kawan-kawan

20
(20.4%)

72
(73.5%)

3.7.4.1.2

Inggeris Mandarin

Tamil

Bahasa
Lain

5
(5.1%)

0
(0%)

13
(13.3%)

0
(0%)

0
(0%)

6
(6.1%)

Kekerapan Penggunaan Bahasa Melayu dalam Kalangan Para Pelajar

Secara keseluruhan, berdasarkan kekerapan (Jadual 4) hanya 35.4% pelajar selalu


menggunakan bahasa Melayu dengan keluarga, kawan-kawan dan dengan guru di sekolah.
Sebanyak 58.7% hanya menggunakannya bahasa Melayu secara kadang-kadang dan sekalisekala sahaja ketika berkomunikasi. Bakinya sebanyak 5.9% pula tidak pernah menggunakan
bahasa Melayu apabila berkomunikasi dengan keluarga, kawan-kawan dan juga guru mereka
di sekolah. Dapatlah diandaikan bahawa penggunaan bahasa Melayu di sekolah mungkin
hanya berlaku di dalam bilik darjah khususnya semasa kelas bahasa Melayu.

68

Jadual 4:

Gambaran Keseluruhan Penggunaan Bahasa Melayu dalam


Kalangan Pelajar

Penggunaan Bahasa
Melayu
Dengan keluarga
di rumah ( 100%)

Selalu

Kadang-kadang Sekali-sekala

Tidak Pernah

49.3%

30.6%

9.5%

10.6%

Dengan kawan-kawan
di sekolah (100%)

39.3%

41.6%

16.3%

2.8%

Dengan guru di sekolah


(100%)

17.6%

44.3%

33.8%

4.3%

Jumlah Purata (100 %) 35.4%

3.7.4.1.3

38.8%

19.9%

5.9%

Pengalaman Guru Mengajar Mengikut Tahun

Rajah 1 di bawah ini menunjukkan bahawa sebanyak 34.2% guru yang terlibat dalam
kajian ini mempunyai pengalaman mengajar selama 1 hingga 5 tahun, 17.9% mempunyai
pengalaman selama 5 hingga 10 tahun, 14.5% selama 10 hingga 15 tahun dan 31.6% sudah
mengajar selama 20 tahun atau lebih. Bolehlah disimpulkan bahawa hanya 46.1% guru yang
mempunyai pengalaman mengajar lebih sepuluh tahun keatas merupakan guru-guru printis
yang melalui proses pelaksanaan sebutan baku sejak awal pelaksanaannya di sekolah-sekolah.
Sebanyak 53.9% guru yang mengajar kurang daripada 10 tahun merupakan guru-guru yang
mengajar setelah sistem sebutan baku itu dilaksanakan di sekolah-sekolah.

69

Rajah 1: Pengalaman Mengajar Mengikut Tahun

%
35
30
25
20
15
10
5
0
1-5 thn

5-10 thn

15-20 thn

20 thn atau lebih

Tahun

3.7.4.2

Pelaksanaan Sistem Sebutan Baku dalam Bilik Darjah dan Peranan Guru
Sebagai Model Penutur

Kajian menunjukkan bahawa pelajar-pelajar diwajibkan oleh pihak sekolah


menggunakan sebutan baku semasa kelas Bahasa Melayu. Walaupun demikian, hanya 60.3%
pelajar sahaja yang menggunakannya semasa pembelajaran bahasa Melayu. Jumlah ini
mungkin bersebab daripada sikap dan kebiasaan para pelajar yang sudah biasa dengan sebutan
Johor-Riau dan juga mereka yang menghadapi kesukaran menguasai bahasa Melayu terutama
pelajar-pelajar bukan Melayu. Pelajar yang enggan menggunakan sebutan baku dalam kelas
mungkin kurang faham dan kurang yakin akan faedah menggunakan sebutan baku terhadap
penguasaan bahasa mereka. Keadaan ini ditambah pula oleh sikap guru semasa mengajar.
Seramai 79.3% pelajar mengatakan bahawa guru mereka akan membetulkan sebutan baku
pelajar apabila pelajar membuat kesalahan dalam sebutan dan 70% mengatakan guru mereka
memberikan mereka galakan. Ini bermakna terdapat 21%-30% guru yang gagal melaksanakan

70

tugas bagi pelaksanaan sebutan baku dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu
seperti yang disarankan oleh pihak kementerian.

Dapatan ini dikuatkan lagi oleh pengakuan yang dibuat oleh para guru sendiri yang
terlibat dalam kajian ini. Walaupun seramai 96% guru bersetuju bahawa guru merupakan
contoh atau model yang baik bagi menggalakkan penggunaan sebutan baku di kalangan
pelajar, hanya 69.7% yang menggunakan sebutan baku dalam pengajaran mereka. Peri
pentingnya peranan guru sebagai model penutur bahasa Melayu telah ditekankan oleh Encik
Sidek Saniff dalam ucapan rasmi Majlis Pembukaaan Seminar Sebutan Baku 1992 yang
dianjurkan untuk para guru Bahasa Melayu. Beliau mengatakan, Peranan guru bahasa di
mana-mana sekolah bukanlah setakat mengajarkan bahasa di dalam bilik darjah sahaja tetapi
juga dalam pengurusan aktiviti sesebuah sekolah. Ia akan menjadi contoh yang boleh
diteladani dari segi pertuturan dan perlakuan bahasanya. Sebagai model, guru bahasa itu
hendaklah menunjukkan tahap keterampilan berbahasa yang tinggi. Dalam perkembangan
pendidikan kini, guru hendaklah mengamalkan budaya ilmu, budaya membaca dan
mendukung falsafah pendidikan sepanjang hayat; setidak-tidaknya meninggikan taraf
pengetahuan dan penggunaan bahasanya. Keterampilan seseorang guru inilah yang akan
35

diteladi oleh pelajar-pelajarnya.

Tahap penglibatan dan sokongan para guru yang


kurang komited mungkin berpunca

daripada longgarnya pengawasan dan pemantauan oleh pihak MOE yang bertanggungjawab
memastikan pelaksanaan sebutan baku di sekolah. Sejak tahun 1999, MOE tidak lagi
35. Sidek Saniff, 1992. Ucapan Haji Sidek saniff, Menteri Negara (Pendidikan )
untuk Majlis Pembukaan Rasmi, Seminar Sebutan Baku Anjuran Kementerian
Pendidikan Singapura, pada 8-10 September 1992, Di Pusat Islam, Singapura,
dalam Sekata, Jurnal Pengembangan dan Pengajaran Bahasa, Jilid 10, Bilangan 2,
Singapura, MITA, hlm 12.

71

memantau penggunaan sebutan baku di sekolah-sekolah secara sistematik seperti mana yang
dilakukan semasa tahun-tahun pertama pelaksanaannya. (Sila lihat halaman 67-68 bagi
perbincangan mengenainya). Keghairahan MOE yang agak menurun ini juga menyebabkan
para guru terutamanya guru-guru yang baru mengajar, mempunyai tanggapan bahawa
kepentingan pelaksanaan sistem sebutan baku ini berkurangan dan oleh sebab itu mereka
mengambil sikap sambil lewa dalam pelaksanaannya.

Guru-guru yang tidak melaksanakan sebutan baku dalam bilik darjah ini mungkin
terdiri daripada golongan guru-guru baharu. Dalam kajian ini, guru-guru yang baru bertugas
antara 1-5 tahun membentuk 34.2% jumlah responden. Kebanyakan guru-guru baharu tidak
menjalani kursus khas sebutan baku bagi guru Bahasa Melayu yang biasanya dikelolakan oleh
pihak MOE. Pihak MOE sudah tidak lagi menjalankan bengkel atau kursus sebutan baku ini
sejak tahun 1999. Guru-guru yang mengajar tanpa menjalani kursus ini mungkin berasa
kurang yakin dan kurang berpengetahuan serta kurang memahami peranan mereka dan
objektif pelaksanaan sebutan baku dalam pembelajaran Bahasa Melayu. Keadaan ini sudah
tentu tidak mendorong atau menghambat para guru menggunakan sebutan baku dalam
pengajaran mereka. Berdasarkan kajian yang dijalankan, hanya 36% guru yang tahu
menggunakan sebutan baku daripada bengkel yang dihadiri oleh mereka, selebihnya daripada
kawan-kawan (11%), bahan rujukan (36%) NIE dan media massa (18%). Oleh itu, persediaan
yang kurang rapi boleh menjejaskan usaha para guru untuk turut serta dalam pelaksanaan ini
secara aktif dan efektif.

Tambahan lagi, beberapa orang guru yang ditinjau mengaku bahawa mereka sendiri
sukar untuk menggunakan sebutan baku kerana sudah terbiasa dengan loghat Johor-Riau.
Walaupun jumlahnya kecil, kalau dibiarkan, ini sudah cukup untuk menghambat pencapaian

72

penggunaan sebutan baku sebagaimana yang diharapkan. Keadaan ini diburukkan lagi
dengan masalah kekurangan guru bahasa Melayu di sekolah menengah dan untuk menutup
kekurangan ini, sekolah-sekolah akan mengambil guru gantian (relief teacher) yang
kebanyakannya tidak menjalani latihan perguruan. Guru-guru ini tidak berupaya untuk
melaksanakan tugas sebagaimana guru yang bertauliah. Oleh itu, dalam sesetengah kes, aspek
kesinambungan penggunaan sebutan baku ini mungkin terjejas. Walau apa pun keadaannya,
seseorang guru itu haruslah menunjukkan kesungguhan mereka dan berusaha untuk
melakukan yang terbaik sesuai dengan peranannya sebagai penutur contoh dan pengembang
bahasa.

Berdasarkan penelitian terhadap sukatan pelajaran tahun 1993 dan 2002 bagi sekolah
menengah, didapati dasar penggunaan sebutan baku dalam pengajaran ini kurang ditekankan.
Dalam sukatan pelajaran baharu yang dikemas kini dan dilaksanakan di sekolah-sekolah sejak
tahun 2002, matlamat program Bahasa Melayu mengatakan bahawa matlamat program ini
membolehkan pelajar menggunakan bahasa secara berkesan dan baku dalam konteks
36

dengan bahasa baku itu termasuk juga aspek sebutan, tetapi memandangkan usia pelaksanaan
komunikasi yang berfaedah dan bermakna. Walaupun difahami bahawa yang dimaksudkan
sebutan baku ini masih muda, adalah wajar dinyatakan matlamat tersebut dengan jelas agar
para guru terutamanya guru-guru baharu dapat memahami matlamat pelaksanaan sebutan
baku dalam pengajaran Bahasa Melayu di sekolah-sekolah. Kesamaran ini pula diteguhkan
dengan objektif pengajaran kemahiran bertutur yang tertera pada halaman 6 sukatan tersebut.
Objektif ini berbunyi, Pelajar diharapkan dapat bercakap atau bertutur dengan sebutan yang

36. Jabatan Pegembangan dan Pembangunan Kurikulum, MOE, 2002. Sukatan


Pelajaran bagi Sekolah Menengah, Singapura, MOE, hlm 5.

73

37

menggunakan sebutan baku tidak dicatatkan dengan jelas dalam sukatan pelajaran Bahasa
Melayu.

terang, jelas dan dapat didengar. Soal tentang perlunya pelajar bertutur dengan

3.7.4.3 Keberkesanan dan Pencapaian Pelaksanaan Sistem Sebutan Baku di Sekolah-sekolah

Kajian yang dijalankan ini mendedahkan bahawa secara keseluruhan, sebanyak 77.6%
pelajar mengatakan bahawa sebutan baku penting bagi mereka mempelajari Bahasa Melayu.
Kajian ini juga menunjukkan bahawa 88.3% pelajar mendapati bahawa sebutan baku
membantu mereka dalam bacaan dan ejaan dan sekali gus membantu mereka mempelajari
Bahasa Melayu dengan lebih mudah. Namun, peratus pelajar bukan Melayu yang mendapati
bahawa sebutan baku membantu mereka dalam pembelajaran lebih tinggi daripada pelajar
Melayu. Sebanyak 82.7% berpendapat sebutan baku membantu mereka dalam bacaan dan
ejaan dan 74.5% bersetuju bahawa sebutan baku membantu mereka mempelajari bahasa
dengan lebih mudah berbanding dengan pelajar Melayu sebanyak 61.3% dan 50.3% bagi
perkara yang sama. Keadaan ini mungkin disebabkan aspek pendedahan dan pengalaman
yang dilalui oleh kedua-dua kumpulan ini. Bagi kebanyakan pelajar Melayu, mereka terdedah
kepada penggunaan bahasa Melayu semenjak kecil lagi khususnya semasa berkomunikasi
dengan ahli keluarga dan kawan-kawan di luar sekolah. Walaupun mereka menggunakan
loghat Johor-Riau di luar waktu sekolah, penukaran sebutan kepada sebutan baku tidak
banyak memberikan kesan khususnya dalam bacaan dan maksud perkataan yang telah
dipelajari oleh mereka. Tetapi pelajar-pelajar bukan Melayu, sebahagian besarnya hanya
terdedah kepada bahasa Melayu apabila mereka memasuki sekolah rendah bagi pelajar-pelajar
yang mengambil Bahasa Melayu sebagai bahasa kedua dan sekolah menengah bagi pelajar-

37. Ibid., hlm 6.


74

pelajar yang mengambil Bahasa Melayu sebagai bahasa ketiga. Sebutan baku yang berbentuk
fonemik ini boleh membantu mereka dalam bacaan dan ejaan.

Dapatan yang diperoleh daripada respons yang diberikan oleh para guru juga
menunjukkan bahawa sebanyak 77.6% guru berpendapat bahawa secara keseluruhan,
pelaksanaan dan pendekatan sebutan baku di sekolah-sekolah menepati objektif
pelaksanaannya. Sebanyak 92.1% pula bersetuju bahawa sebutan baku membantu pelajar
dalam bacaan dan ejaan. Hal ini berdasarkan penglibatana pelajar dalam kelas subjek Bahasa
Melayu yang dijalankan selama 3.75 jam dalam seminggu. Selanjutnya 78.9% guru
mengatakan pelajar-pelajar mereka menunjukkan kelakonan yang baik dalam ujian peringkat
sekolah yang menguji kecekapan mereka menggunakan sebutan baku dalam bacaan dan ujian
lisan.

Keadaan ini tentulah disebabkan oleh kelebihan menggunakan sebutan baku yang
berdasarkan prinsip fonemik, iaitu satu lambang atau huruf, mewakili satu fonem dan mestilah
dibunyikan mengikut cara penyebutan fonem itu sendiri. Ini bermaksud, kata-kata hendaklah
dieja sebagaimana yang diucapkan dan diucapkan sebagaimana yang dieja. Sebutan mengikut
prinsip fonemik ini memudahkan para pelajar kerana keseragaman dalam sistem sebutan ini
boleh mengelakkan kekeliruan dalam penyebutan sesuatu perkataan. Sebutan yang tidak
mengikut fonemik atau yang salah akan hanya mengelirukan para pelajar kerana kesalahan
dalam sebutan akan memberikan kelainan maksud dan ejaan. Tegasnya, sistem fonemik ini
memberikan ketekalan antara huruf dan bunyi. Ketekalan ini memudahkan pengajaran dan
pembelajaran Bahasa Melayu untuk pelajar Melayu yang kurang terdedah kepada bahasa
Melayu di rumah, termasuk pelajar bukan Melayu yang mengambil Bahasa Melayu sebagai
bahasa kedua atau ketiga.

75

Kelebihan menggunakan sistem sebutan baku dalam pembelajaran Bahasa Melayu ada
disentuh oleh Asraf dalam rencananya yang bertajuk Sebutan Baku Bahasa Melayu
Berdasarkan Prinsip Fomenik (1986). Menurut beliau, sebutan baku menurut prinsip
fonemik dapat memudahkan guru mengajar dan murid belajar mengucapkan bahasa Melayu
dengan tidak lagi dibingungkan oleh kecualian-kecualian yang berbagai-bagai, misalnya ada
kata-kata yang disebut menurut fonetik Riau-Johor, ada yang disebut menurut bunyi fonetik
Inggeris seperti *indastri, *jenerasi dan *yunit untuk industri,
38

Berdasarkan pemantauan yang dilakukan oleh MOE di sekolah-sekolah, secara keseluruhan


didapati

generasi dan unit dan ada yang menurut sebagaimana yang dieja secara fonemik.
sebanyak 78% (1997) dan 92% (1998) pelajar-pelajar dapat menggunakan sebutan
39

baku lebih mudah kerana sebutan bagi perkataan berdasarkan fonem.


baku dengan baik dan selesa. Pelajar-pelajar juga bersetuju bahawa menggunakan sebutan
3.7.4.4

Faktor-faktor yang Berkaitan dengan Pelaksanaan Sistem Sebutan Baku

Pelaksanaan sebutan baku ini juga perlu ditinjau dari aspek-aspek sokongan yang
dapat melicinkan pelaksanaannya ini. Antara faktor yang mendorong pelaksanaan ini ialah
peranan MOE, sekolah dan ibu bapa. Berikut ialah dapatan yang diperoleh mengenai
sokongan dan peranan MOE:

38. Asraf, 1986. Sebutan Baku Bahasa Melayu Berdasarkan Prinsip Fonemik, dalam
Sekata, Jurnal pengembangan dan Pengajaran Bahasa, Jilid 2 Bilangan 2,
Singapura, MITA, Hlm 25.
39. Lihat Jabatan Pengembangan dan Pembangunan Kurikulum, 1997 dan 1998. Laporan
Pemantauan Mengenai Penggunaan Sebutan Baku dlam Program Pengajaran
BahasaMelayu di Sekolah-sekolah, Singapura, MOE.
76

Jadual 5:
No

Peranan MOE dalam Menyokong Pelaksanaan Sistem Sebutan Baku di


Sekolah-sekolah
Item

Peratusan

Bahan-bahan pengajaran yang disediakan oleh MOE


memenuhi keperluan pelaksanaan sebutan baku.

84.2%

Bahan-bahan yang disediakan bagi menyokong


pelaksanaan sebutan baku berkesan.

71.1%

Latihan dan program yang dijalankan oleh MOE


membantu pelaksanaan sebutan baku.

77.6%

Latihan dan program yang dijalankan oleh MOE bagi


membantu pelaksanaan sebutan baku mencukupi.

53.9%

Secara keseluruhan, terdapat sokongan yang positif oleh pihak MOE bagi pelaksanaan
sebutan baku dalam bentuk penyediaan bahan-bahan pengajaran dan latihan. Namun, usaha
dan sokongan MOE masih berkurangan terutamanya dari segi latihan para guru sepertimana
yang tertera dalam jadual di atas. Berdasarkan tinjauan dalam Jadual 5 , hanya 53.9% guru
menyatakan latihan dan program yang dijalankan oleh MOE bagi membantu pelaksanaan
sebutan baku mencukupi dan 77.6% pula mendapati latihan dan program yang dijalankan oleh
MOE membantu pelaksanaan sebutan baku. Begitu juga, walaupun 84.2% guru bersetuju
bahawa bahan-bahan pengajaran yang disediakan oleh MOE memenuhi keperluan
pelaksanaan sebutan baku tetapi hanya 71.1% guru mendapati bahan-bahan yang disediakan
bagi menyokong pelaksanaan sebutan baku berkesan.

Pandangan tentang latihan ini mungkin kerana tiadanya latihan intensif yang
dijalankan oleh MOE sejak tahun 1999 sebagaimana yang telah diterangkan dalam halaman
yang terdahulu. Guru-guru yang tidak dilatih ini akan menggunakan bahan pengajaran yang
disediakan berdasarkan apa yang diketahui oleh mereka dan bukan berdasarkan bagaimana
bahan itu harus digunakan dalam pengajaran. Begitu juga, bahan pengajaran baharu yang

77

dibina berdasarkan sukatan pelajaran yang baharu yang mula digunakan di sekolah-sekolah
pada tahun 2002 tidak memuatkan komponen pengajaran sebutan baku seperti yang terdapat
dalam buku teks yang lalu. Oleh yang demikian, para guru terutamanya guru-guru baharu
menghadapi kesukaran kerana mereka tidak mempunyai model atau sampel pelajaran yang
boleh dicontohi dan digunakan. Hal ini disokong oleh pengakuan para guru sebanyak 22.4%
dalam kajian ini bahawa mereka menghadapi masalah dalam melaksanakan sebutan baku di
sekolah. Oleh sebab bahan-bahan pengajaran dan latihan ini merupakan wadah bagi para guru
bagi menjalankan tugas mereka dengan yakin dan efektif, adalah wajar hal ini diberikan
perhatian. Latihan dan bahan-bahan pengajaran yang disediakan haruslah disemak semula
untuk mempertingkatkan bukan sahaja jumlah, mutu dan kepelbagaian bahkan
keberkesanannya terutamanya dalam menyokong pelaksanaan sebutan baku dalam
pembelajaran Bahasa Melayu.

Mengenai sokongan pihak sekolah, kajian mendapati bahawa walaupun 81.6% sekolah
menyediakan sekitaran seperti prasarana yang menggalakkan bagi pelaksanaan sebutan baku,
hanya 53.1% sekolah sahaja yang merancang aktiviti bagi menyokong pelaksanaan sebutan
baku di sekolah. Oleh yang demikian, hanya 62.7% pelajar yang akur bahawa aktiviti bahasa
yang dijalankan di sekolah-sekolah memberikan peluang dan seterusnya membantu mereka
menggunakan sebutan baku. Kekurangan ini diakui oleh guru atas sebab faktor masa
kurikulum yang terhad iaitu hanya 3.75 jam seminggu berbanding dengan sukatan yang harus
dijalankan bagi setiap peringkat. Ada kalanya tugas guru menjadi lebih berat kerana mereka
terpaksa mengajar semua peringkat dari peringkat menengah satu hingga menengah lima
terutamanya di sekolah-sekolah bantuan pemerintah. Hal ini merumitkan lagi tugas guru
untuk menyediakan pelbagai pengajaran bagi memenuhi pelbagai peringkat dan keperluan
pelajar yang berbeza-beza.

78

Seperti yang telah dicatatkan lebih awal, secara keseluruhan terdapat pencapaian yang
menggalakkan dalam penguasaan sebutan baku dalam kalangan para pelajar. Pencapaian ini
boleh ditingkatkan dan pengunaannya dapat diluaskan jika terdapat penglibatan para ibu bapa
yang lebih aktif. Berdasarkan dapatan, penglibatan para ibu bapa dalam pelaksanaan sebutan
baku ini agak kurang memuaskan. Pada keseluruhannya hanya 60% ibu bapa pelajar yang
sedar bahawa sebutan baku digunakan di sekolah-sekolah iaitu 61.3% ibu bapa pelajar Melayu
dan 74.9% ibu bapa pelajar bukan Melayu. Jumlah penglibatan ibu bapa lebih kecil dalam
memberikan galakan (44.7%) dan membantu (43.6%) anak-anak mereka meningkatkan
keupayaan mereka menggunakan sebutan baku. Hal ini juga mungkin berpunca daripada
kurangnya ilmu pengetahuan dalam aspek sebutan ini terutamanya dalam kalangan para ibu
bapa yang bukan berbangsa Melayu. Oleh itu, ibu bapa tidak berupaya melaksanakan tugas
yang lebih aktif bagi menyokong penguasaan bahasa para pelajar.

Pentingnya peranan dan penglibatan ibu bapa dalam pembangunan dan kemajuan
akademik anak-anak telah banyak dibentangkan melalui kajian yang dijalankan oleh para
40

daripada sekolah dalam membantu kemajuan dan pencapaian kanak-kanak seperti dalam
sarjana, pendidik dan pengkaji bahasa. Ibu bapa, keluarga dan rumah lebih berpengaruh
kemahiran membaca. Keterlibatan para ibu bapa dalam pembangunan dan pendidikan anakanak amat penting kerana ibu bapa dapat membentuk sikap dan jangkaan, bertindak sebagai
model dalam pembacaan, terlibat dalam aktiviti pembelajaran anak-anak dan mengajar anakanak secara sedar. Kesimpulannya, peranan ibu bapa dalam pembanguan dan kemajuan anak40 . Lihat: Gordon, Ira J., 1971. A Home Learning Center Approach to Early Stimulation,
Florida, Institute for Development of Human Resources: Alstyne, Dorothy, 1929.
The Environment of Three Year Old Children, New York, teachers College,
Colombia University: Hess, R. D. and Holloway S. D., 1984. Family and School as
Educational Institutions, dalam Oarke R.D. (ed), The Family, Hlm 179-222,
Chicago, University of Chicago Press: Lujan, Mary E., 1985. The Effect of Parent
Training on Preschool Literacy Development, Phd Disertation, New Mexico State
University, Las Cruces, New Mexico.
79

anak khususnya dalam pencapaian akademik bukanlah sedikit. Peranan ibu bapa ini akan lebih
efektif jika terdapat kerjasama antara pihak sekolah dan ibu bapa. Oleh itu, ibu bapa haruslah
dimaklumi tentang inisiatif yang dilaksanakan oleh pihak sekolah agar ibu bapa dapat
memahami proses yang terlibat dan boleh bertindak sewajarnya.

3.7.4.5

Masalah yang Dihadapi

Bagi para guru, seperti yang dikatakan lebih awal, faktor masa dan tugas yang amat
berat menjadi kendala bagi para guru melaksanakan bukan sahaja aktiviti bahasa di luar bilik
darjah yang menyokong pelaksanaan sebutan baku tetapi juga menyelesaikan sukatan yang
telah ditentukan pada setiap peringkat. Masalah ini pula ditambah dengan jumlah purata
pelajar setiap kelas yang agak tinggi. Berdasarkan kajian, purata jumlah pelajar setiap kelas
antara 21-30 pelajar ialah 39.5%, sementara antara 30-40 pelajar ialah 22.6%. Pelajar-pelajar
ini pula mempunyai tahap keupayaan bahasa yang berbeza-beza iaitu sangat berbeza sebanyak
50%, hanya sedikit berbeza 46% dan keupayaan setara sebanyak 4%. Faktor-faktor ini
tentulah merumitkan tugas guru kerana guru-guru terpaksa memenuhi keperluan pelajarpelajar yang berbeza-beza dengan tenaga dan masa yang terhad. Lagipun aspek sebutan ini
adalah merupakan salah satu perkara daripada banyak perkara yang perlu ditangani oleh guruguru. Selain itu, secara purata masa kurikulum yang diperuntukkan bagi subjek Bahasa
Melayu hanya 3.75 jam dalam seminggu. Jumlah masa ini merangkumi pengajaran dan
pembelajaran semua aspek bahasa iaitu tatabahasa, kefahaman dan karangan. Tidak ada
jumlah masa tertentu yang diperuntukkan untuk aktiviti bertutur, membaca lantang atau ejaan
di mana pelajar berpeluang mempraktikkan sebutan baku. Kesempatan menggunakan sebutan
baku ini berlaku ketika sesuatu pelajaran Bahasa Melayu dijalankan dalam kelas atau ketika
sesuatu kegiatan yang berkaitan dengan bahasa Melayu dijalankan. Dengan perkataan lain,

80

sebutan baku tidak diajarkan secara berasingan tetapi merupakan sesuatu yang
digabungjalinkan dalam pengajaran dan pembelajaran pelbagai kemahiran bahasa.

Mengenai pengetahuan tentang sebutan baku pula, ada guru-guru yang berasa bahawa
mereka kurang terdedah kepada konsep dan dasar sebutan baku kerana mereka tidak
berpeluang menjalani latihan yang mencukupi. Keadaan ini menyukarkan mereka
melaksanakannya dengan berkesan dalam pengajaran.

Selain itu, guru-guru juga menghadapi kumpulan kecil pelajar yang enggan
menggunakan sebutan baku dalam kelas Bahasa Melayu, walaupun sudah ditegur. Hal ini
mungkin disebabkan para pelajar berkenaan tidak faham atau tidak dapat melihat kepentingan
menggunakan sebutan baku dalam pembelajaran bahasa Melayu. Pelajar-pelajar ini juga lebih
selesa bertutur dengan menggunakan loghat Johor-Riau. Kumpulan pelajar ini termasuklah
juga mereka yang bukan berbangsa Melayu yang memang sudah mempunyai masalah dalam
penguasaan bahasa Melayu. Keengganan para pelajar ini sudah tentu menjejas kelicinan
pembelajaran dan boleh menghambat pelaksanaan sebutan baku dalam jangka panjang.

Tentang bahan-bahan pengajaran pula, guru-guru menyatakan bahawa selain yang


dikeluarkan oleh pihak MOE, bahan-bahan pengajaran yang sesuai untuk aktiviti pertuturan
amat berkurangan. Bahan bahasa Melayu yang dikeluarkan oleh pihak swasta atau di
Malaysia kebanyakannya tidak menggunakan sebutan baku selain latar belakang dan konteks
yang tidak menggambarkan suasana di Singapura.

Beberapa orang guru juga prihatin terhadap perkembangan yang berlaku di luar
sekolah. Mereka mendapati terdapat anggota masyarakat seperti pemimpin masyarakat yang

81

seharusnya menjadi penutur contoh masih tidak menggunakan sebutan baku walaupun dalam
situasi yang formal . Begitu juga, beberapa program televisyen setempat juga tidak
menggunakannya. Menurut para guru, hal ini menyukarkan lagi tugas mereka untuk
menyakinkan para pelajar tentang pentingnya sebutan baku digunakan. Seperti yang
dimaklumi, media massa memainkan peranan yang amat luas dalam kehidupan kita seharihari. Tarikan atau pengaruh media amat kuat dan para pelajar lebih mudah terikut-ikut dengan
apa yang didengar dan dilihat oleh mereka melalui media massa. Oleh itu, beberapa
rancangan yang disiarkan melalui media massa hendaklah menggunakan sebutan baku kerana
ini boleh menjadi contoh dan juga boleh dijadikan bahan pengajaran oleh para guru.
Walaupun kedua-dua faktor ini iaitu anggota masyarakat dan media massa tidak ada kaitan
secara langsung dalam pelaksanaan sebutan baku di sekolah-sekolah, namun peranan dan
pengaruh yang boleh dimainkan oleh kedua-duanya amat penting bagi pelaksanaan apa jua
inisiatif termasuk inisiatif bahasa.

Kajian juga mendapati sebanyak 62.7% pelajar berupaya menggunakan sebutan baku
dengan baik, selebihnya sebanyak 37.2% masih menghadapi masalah. Antara masalah yang
dikenal pasti ialah penguasaan bahasa Melayu pelajar yang agak lemah. Masalah ini
menyebabkan pelajar kurang fasih dan kekok ketika berkomunikasi menggunakan sebutan
baku. Pelajar-pelajar berasa kurang selesa menggunakannya dan oleh itu mereka lebih
terdorong untuk menggunakan bahasa Inggeris ketika bertutur dan berinteraksi dengan temanteman sekalipun di dalam kelas Bahasa Melayu. Pelajar-pelajar ini juga mempunyai peluang
yang agak terhad untuk menggunakan sebutan ini selain di dalam kelas Bahasa Melayu dan
aktiviti bahasa. Ada juga yang mengatakan bahawa teman-teman dan juga guru mereka tidak
mempraktikkan sebutan baku di dalam kelas, jadi mereka tidak nampak keperluan bagi
mereka menggunakannya.

82

3.8

Kesimpulan dan Saranan

Secara keseluruhan, pelaksanaan sebutan baku di sekolah-sekolah berjalan seperti


yang dirancang. Secara sedar terdapat usaha dan penglibatan yang bersungguh-sungguh dan
langkah-langkah yang menyokong pelaksanaannya yang dilakukan khususnya langkah yang
diambil oleh pihak MOE dan juga sekolah. Setelah lebih 10 tahun dilaksanakan, sudah
nampak pencapaian dalam aspek penguasaan sebutan baku jika dilihat dari tahap penguasaan
sebutan baku para pelajar dalam lingkungan aktiviti Bahasa Melayu dan pencapaian mereka
dalam peperiksaan lisan di peringkat sekolah. Walaupun demikian sepanjang pelaksanaannya,
terdapat beberapa kendala yang perlu ditangani bagi melancarkan lagi pelaksanaannya dan
mencapai hasil yang dinginkan. Masalah ini meliputi aspek pengurusan, pemantauan, tahap
kesedaran, tahap keyakinan, komitmen, dan faktor-faktor lain yang boleh memberikan kesan
secara langsung atau tidak langsung terhadap pelaksanaan sistem sebutan baku di sekolahsekolah.

Pelaksanaan sebutan baku ini merupakan usaha yang agak rumit dan untuk jangka
panjang. Menurut Yatiman Yusof , matlamat sebutan baku ialah matlamat jangka panjang.
Pengalaman pada masa lalu semasa kita mahu menyeragamkan ejaan, tatabahasa
41

demikian, penglibatan dan sokongan sepenuhnya dari semua pihak yang terlibat secara
dan perbendaharaan kata menunjukkan bahawa usaha ini memakan masa. Oleh yang
langsung atau tidak langsung amat diperlukan. Semua pihak termasuk MOE, para pemimpin,
guru, pelajar, ibu bapa pelajar dan masyarakat umum perlu bekerja terus dan gigih dalam
melaksanakan proses pendidikan yang rumit ini untuk memastikan bahawa segala usaha yang

41. Jawatankuasa Bahasa Melayu Singapura (MBMS), 1992. Resan dan Kesan
Kumpulan Makalah Sempena Bulan Bahasa 1992, Singapura, MITA, hlm 9.

83

membentuk proses bagi memasyarakatkan sebutan baku ini, akan menjadi proses yang
berkesan lagi sempurna bagi pengguna bahasa Melayu di sekolah-sekolah bahkan di mana
sahaja bahasa ini digunakan.

Begitu juga, setelah sedekad dilaksanakan, perlulah ditinjau dan dikaji pendekatan dan
kaedah yang digunakan bagi pelaksanaannya untuk mengenal pasti kekuatan dan kelemahan
pendekatan dan kaedah tersebut. Kelemahan yang dikenal pasti haruslah ditangani secepat
mungkin termasuklah membuat penyesuaian yang perlu agar usaha awal yang dilakukan tidak
sia-sia.

Di bawah ini diturunkan beberapa saranan yang boleh dipertimbangkan bagi


merancakkan dan melicinkan pelaksanaan sistem sebutan baku di sekolah-sekolah.
Diharapkan saranan ini dapat menyumbang kepada hasrat untuk memenuhi objektif yang
diingini bagi pelaksanaan sistem sebutan baku ini dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa
Melayu.

Sebagai badan yang bertanggungjawab secara langsung terhadap pelaksanaan sebutan


ini di sekolah-sekolah, MOE haruslah menyemak semula pendekatan dan usaha yang
dilakukan dan membuat beberapa perubahan dan penyesuaian. Antaranya ialah:

1. memastikan bahawa setiap sekolah dan guru Bahasa Melayu menyokong


pelaksanaannya di sekolah. Ini juga termasuklah pihak NIE kerana institut ini
bertanggungjawab memberikan latihan kepada semua guru Bahasa Melayu sebelum
mereka bertugas di sekolah. Sejak tahun 2004, institut ini juga bekerjasama dengan
Unit Staff Training Branch, MOE, bagi menyediakan latihan para guru Bahasa

84

Melayu kecuali latihan yang berkaitan langsung dengan penggunaan bahan dan
panduan ujian dan penilaian yang masih dikelolakan oleh Unit Bahasa Melayu, MOE.
Sokongan pihak sekolah dan NIE ini penting bagi memastikan adanya pendedahan,
penekanan dan kesinambungan usaha yang sedang dijalankan.

2. menjalankan pemantauan ke atas pelaksanaan sebutan baku di sekolah-sekolah dari


masa ke semasa. Pemantauan ini perlu untuk memastikan pelaksanaannya berjalan
lancar dan juga meninjau keberkesanaan dan keprihatinan yang dihadapi oleh para
guru dan pelajar. Langkah-langkah susulan haruslah dilakukan secepat mungkin agar
keprihatinan yang dikenal pasti dapat ditangani dengan segera supaya perkara ini tidak
menjejas usaha penyeragaman yang dijalankan.

3. menyemak semula sukatan pelajaran dan bahan-bahan pelajaran. Guru-guru perlu


diyakinkan dan dimaklumkan dengan jelas tentang pendirian MOE mengenai
pelaksanaan sebutan ini. Oleh sebab inisiatif ini merupakan sesuatu yang masih baharu,
objektif dan matlamat pelaksanaannya hendaklah dinyatakan dengan jelas dalam
sukatan pelajaran sebagai panduan khususnya bagi guru-guru yang baharu. Aspek
pengajaran sebutan ini juga haruslah diambil kira dalam penyediakan bahan-bahan
pengajaran agar bahan yang disediakan sesuai, mencukupi dan berkesan. Oleh sebab
Bahasa Melayu dipelajari juga oleh pelajar bukan Melayu, kepelbagaian dan tahap
keupayaan pelajar-pelajar juga perlu diberikan perhatian.

4. menyediakan latihan mengenai penggunaan sebutan baku untuk para guru dalam
bentuk bengkel dari masa ke semasa. Latihan ini untuk memenuhi keperluan guru
yang silih berganti. Setiap tahun terdapat guru yang bersara dan guru baharu pula

85

menggantikan mereka. Selain menjadi sebagai wadah untuk tujuan peningkatan dan
penjelasan tentang inisiatif ini, bengkel ini juga boleh berfungsi sebagai saluran untuk
melatih semula guru-guru yang sudah lama mengajar khususnya dari segi strategi dan
kaedah pengajaran. Secara ringkas MOE haruslah memastikan bahawa semua guru
diberi peluang menjalani latihan dan yakin untuk menjalankan tugas mereka dengan
berkesan. Melalui bengkel-bengkel ini, segala kekeliruan tentang konsep dan dasar
sebutan baku juga dapat dijelaskan.

5. menjalin hubungan dan kerjasama yang rapat dengan pihak sekolah. Kerjasama yang
erat akan memudahkan dan melicinkan inisiatif yang dijalankan.

Pihak sekolah pula hendaklah menyokong pelaksanaan ini sepenuhnya. Umpamanya


merancang aktiviti bahasa yang sesuai dan dapat meningkatkan penggunaan sebutan di
kalangan pelajar. Sekolah-sekolah juga boleh bekerjasama dengan ibu bapa pelajar untuk
mendapat sokongan dan menggalakkan penglibatan para ibu bapa dalam aktiviti yang
dijalankan oleh pihak sekolah.

Kerjasama yang luas antara sekolah-sekolah dalam kelompok yang sama perlulah
disemarakkan. Guru-guru daripada setiap sekolah tidak boleh hanya mengharapkan pihak
MOE dari segi penyediaan bahan-bahan pengajaran. Mereka juga harus bersikap proaktif
dengan membina sendiri bahan-bahan pengajaran tambahan yang sesuai dan menepati
kehendak dan keperluan pelajar-pelajar mereka. Kerjasama antara sekolah dan kelompok ini
boleh dimanfaatkan bagi mencapai tujuan ini. Mereka juga boleh bekerjasama menganjurkan
aktiviti-aktiviti bahasa yang dapat menggalakkan penggunaan sebutan baku. Kerjasama ini
dapat menjimatkan masa dan sumber di samping memberikan peluang kepada para guru untuk

86

berinteraksi dan bertukar-tukar pendapat bagi peningkatan kaedah dan mutu pengajaran
mereka. Guru-guru juga selaku penutur contoh bagi pelajar-pelajar, mestilah menunjukkan
kesungguhan dan komited dalam melaksanakan tugas ini. Guru-guru mestilah menggunakan
sebutan baku setiap kali dalam pengajaran dan dalam situasi formal semasa berinteraksi
dengan para pelajar di sekolah supaya pelajar dapat membezakan ragam bahasa formal
daripada bahasa tidak formal. Langkah ini juga memberikan peluang dan ruang kepada pelajar
untuk mempraktikkan sebutan baku yang dipelajari oleh mereka. Akhir sekali, guru-guru juga
perlu berusaha lebih gigih bagi memastikan sekolah-sekolah melahirkan golongan pelajar
pelapis kerana mereka inilah yang akan menjamin kelangsungan hidup bahasa Melayu pada
masa hadapan.

Pihak MBMS selaku badan yang bertanggungjawab dalam menentukan arah tuju dan
kemantapan bahasa Melayu di negara ini perlu memainkan peranan yang lebih proaktif dan
aktif bagi menyemarakkan pelaksanaan sebutan baku di Singapura. Antara usaha yang boleh
dilakukan ialah melahirkan model penutur dalam kalangan anggota masyarakat. Sejauh ini
bilangan penutur contoh ini amat sedikit iaitu yang terdiri daripada ahli bahasa, para guru
bahasa Melayu, beberapa pemimpin masyarakat dan sejumlah orang dewasa yang menyokong
pelaksanaan sebutan baku ini. Kumpulan penutur contoh ini penting kerana mereka boleh
dijadikan ikon yang berupaya untuk menggalak serta menggerakkan usaha ini dengan lebih
rancak dan berkesan. MBMS juga boleh memastikan semua wakil masyarakat dan juga media
massa serta badan-badan tertentu seperti KGMS dan PGBM untuk mempraktikkan sebutan
baku dalam situasi tertentu kerana penglibatan semua pihak akan meningkatkan kemungkinan
tercapainya keseragaman yang dingini dalam masa yang sesingkat mungkin. Ringkasnya,
objektif ini akan menjadi kenyataan sekiranya wujud pegemblengan tenaga semua pihak
terutamanya para pemimpin politik dan pertubuhan Melayu/Islam, pensyarah, asatizah, guru

87

dan sebagainya berupaya menjadi model untuk diteladani oleh masyarakat pengguna bahasa
Melayu keseluruhannya. Pihak pengelola media cetak dan elektronik seperti Berita Harian dan
SBC (sekarang dikenali sebagai MediaCorp), para penulis, sasterawan, pencipta lagu dan
sebagainya hendaklah memperlihatkan penggunaan bahasa Melayu yang baik dan baku; dapat
bertindak sebagai fasilitator yang berdaya untuk memasyarakatkan bahasa Melayu yang murni,
42

rapi, jelas, berkesan dan berhemah.

42. Sidek Saniff, 1992. Ucapan Haji Sidek saniff, Menteri Negara (Pendidikan) untuk
Majlis Pembukaan Rasmi, Seminar Sebutan Baku Anjuran Kementerian
Pendidikan Singapura, pada 8-10 September 1992, Di Pusat Islam , Singapura,
dalam Sekata, Jurnal Pengembangan dan Pengajaran Bahasa, Jilid 10, Bilangan 2,
Hlm 4-14, Singapura, MITA, hlm 14.

88

BAB 4
PEMBELAJARAN DAN PEMEROLEHAN KOSA KATA BAHASA MELAYU
DI KALANGAN PARA PELAJAR PERINGKAT SEKOLAH MENENGAH

Bahagian pertama bab ini akan cuba membincangkan kaitan antara penguasaan kosa
kata dengan tahap penguasaan bahasa seseorang, terutamanya dalam empat kemahiran asas
bahasa, iaitu kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Bahagian kedua pula
akan meneliti dan membincangkan pembelajaran dan pemerolehan kosa kata dalam kalangan
para pelajar sekolah menengah. Perbincangan akan tertumpu kepada corak dan bentuk
program yang dibina khususnya dari segi kaedah pemilihan perkataan yang hendak diajar,
kaedah penyampaiannya dalam bilik darjah dan beberapa masalah yang berkaitan dengan
program yang disediakan. Di akhir bab ini, disertakan juga beberapa saranan yang boleh
dipertimbangkan untuk memperkemas dan memper

ningkatkan program yang sedang

digunakan.

4.1

Objektif dan Skop Kajian

Kajian yang dijalankan ini berdasarkan penelitian dan analisis terhadap bahan-bahan
yang digunakan bagi pembelajaran dan pengajaran kosa kata di peringkat sekolah menengah.
Bahan-bahan ini terdiri daripada sukatan pelajaran bahasa Melayu dan buku teks ( buku teks,
buku kerja dan buku panduan guru ) sejak tahun 1982/1983.

89

Kajian yang dijalankan ini bertujuan untuk:

1. meninjau sejauh mana pengajaran dan pembelajaran kosa kata mendapat


tumpuan dalam kurikulum Bahasa Melayu di peringkat sekolah menengah
2. mengenal pasti kriteria pemilihan kosa kata yang diajarkan di sekolah-sekolah
menengah
3. meneliti kaedah dan pendekatan pengajaran dan pembelajaran kosa kata tersebut.

Kajian ini diharapkan dapat menyumbang kepada pengajaran dan pembelajaran kosa
kata Bahasa Melayu di peringkat menengah. Walaupun demikian, kajian ini hanya melibatkan
kajian pembelajaran dan pengajaran kosa kata di peringkat sekolah menengah dan
berdasarkan penelitian terhadap bahan-bahan pengajaran seperti yang disebutkan di atas. Jika
penilaian dan pemantauan terhadap proses pembelajaran dan pengajaran aspek ini dilakukan
di semua peringkat sekolah, gambaran tentang aspek bahasa yang dibincangkan ini akan lebih
jelas bagi memungkinkan tindakan susulan yang diperlukan.

4.2

Pengertian Kosa Kata

Pengertian kosa kata boleh dilihat dari pelbagai aspek bergantung kepada
penggunaannya. Menurut Kamus Dewan (1994) Edisi ketiga, kosa kata bermaksud
43

atau dikuasai oleh seseorang atau yang digunakan dalam buku, subjek tertentu dan sebagainya.
keseluruhan kata dalam sesuatu bahasa. Kosa kata merupakan perkataan yang diketahui
Apabila seseorang mengetahui sesuatu perkataan itu bermakna dia mengetahui batas

43. Dewan Bahasa dan Pustaka, 1994. Kamus Dewan, Edisis Ketiga, Kuala Lumpur,
DBP, hlm 708.

90

penggunaan perkataan tersebut berdasarkan varisai fungsi dan situasi, bentuk susunan katanya
dalam ayat, asas pembentukannya, kedudukannya dalam jaringan dan hubungannya dengan
perkataan lain dalam bahasa. Seseorang yang mempelajari dan mengetahui makna sesuatu
perkataan itu melibatkan keupayaannya untuk memilih perkataan yang sesuai apabila
diperlukan, menggunakannya dengan betul dalam situasi yang diberikan, pada peringkat dan
tujuan yang sesuai, menggunakannya dalam situasi yang bermakna seperti dalam kiasan dan
44

peribahasa dan menggunakannya dengan bentuk tatabahasa, ejaan dan intonasi yang betul.
Biasanya seseorang itu perlu mengetahui sesuatu perkataan untuk dua tujuan, iaitu
bagi kosa kata reseptif (receptive vocabulary) dan kosa kata produktif (productive
vocabulary). Kosa kata reseptif melibatkan keupayaan untuk mengenal pasti sesuatu
perkataaan apabila perkataan itu disebutkan. Sementara kosa kata produktif pula melibatkan
keupayaan bagaimana melafazkan atau menyebut perkataan itu, menulis dan mengejanya
dengan baik dan menggunakannya dalam bentuk tatabahasa yang betul.

4.3 Kosa Kata Sebagai Asas Penguasaan Bahasa


Aspek kosa kata amat penting bagi semua pengguna bahasa, termasuk para pelajar.
Penguasaan kosa kata yang luas menjadi salah satu prasyarat penting dalam penguasaaan
bahasa seseorang. Kegagalan untuk menguasai dan memperoleh kosa kata yang cukup boleh
menjejas penguasaan bahasa dan seterusnya prestasi dan kemahiran asas berbahasa seseorang

44 . Lihat: Hoover, Regina M. 1974. Vocabulary Control-History and Principles, dalam


English Language Teaching Journal, 8:1, hlm 15-21: Oxford, R. and Crookall, D.,
1990. Vocabulary Learning: A Critical Analysis of Techniques, dalam TESOL
Quaterly, Canada Journal, 7:2, hlm 9-30: Richards, J.,1976. The Role of
Vocabulary Teaching, dalam TESOL Quaterly, 10:1, hlm 77- 89: Schmitt, N. and
McCarthy, M., (ed), 1997. Vocabulary: Description, Acquisition and Pedagogy,
Cambridge, Cambridge University Press:Wallace, Michael, 1982. Teaching
Vocabulary. London, Heinemann, Educatioanl Books:
91

pelajar iaitu kemahiran bertutur, mendengar, membaca dan menulis. Seseorang itu tidak akan
dapat melahirkan pendapatnya dengan baik dan berkesan sekiranya penguasaan kosa katanya
tidak cukup luas. Menurut Judd, Tiada seorang pun yang boleh menidakkan dakwaan bahawa
45

satu aspek penting dalam kelancaran berbahasa adalah penguasaan dalam kosa kata.
Namun, oleh sebab pengajaran dan pembelajaran bahasa biasanya memberikan
tumpuan kepada aspek bahasa yang lain seperti aspek tatabahasa, pembangunan dan
pengajaran kosa kata kurang mendapat tumpuan yang wajar. Marton (1977) mengatakan
bahawa ahli bahasa yang setuju dengan pendekatan struktur percaya bahawa sintaksis dan
bentuk-bentuknya merupakan pusat dalam pengajaran dan pembelajaran semua bahasa. Oleh
sebab itu, pengajaran dan pembelajaran kosa kata akan diketepikan atau tidak diberikan
perhatian yang sewajarnya sehinggalah sebahagian besar sistem bahasa dapat dikuasai. Begitu
juga para ahli bahasa yang berpegang kepada tatabahasa transformasi yang diterajui oleh
Chomsky juga memberikan tumpuan kepada aspek tatabahasa: golongan kata dan sintaksis.
Bagi mereka pengetahuan fungsional tentang struktur tatabahasa adalah faktor penentu dalam
memungkinkan seseorang pelajar itu menghasilkan ayat-ayat yang baik pembinaannya dengan
46

variasi yang infiniti dalam bahasa yang disasarkan.

45. Judd, E.L., 1978. Vocabulary Teaching and TESOL: A Need for Re-evaluation of
Existing Assumptions, dalam TESOL Quaterly, 12:1, hlm 71. Tukilan asal dalam
bahasa Inggeris ialah No one can deny the assertion that one major aspect of fluency
in a language is control over the lexicon.
46. Marton, W., 1977. Foreign Language Vocabulary Learning as Problem Number
One of Langauge Teaching at the Advanced Level, dalam Interlanguage Studies
Bulletin, 2:1, hlm 34. Tukilan asal dalam bahasa Inggeris ialah the functional
knowledge of grammatical structures is the all decisive factor in making it possible for
the learner to produce an infinite variety of well constructed sentences in the target
language.

92

Seringkali tidak terdapat kaedah yang sistematik dan tersusun dalam pengajaran dan
pembelajaran kosa kata dan hal ini berpunca daripada kurangnya tumpuan yang diberikan
dalam aspek ini. Oxford dan Crookall mendapati bahawa dalam banyak hal bahan pengajaran
kosa kata hanya memberikan daftar perkataan kepada pelajar untuk dihafal atau memberikan
47

biasanya berlaku sebagai subaktiviti dalam aktiviti bacaan atau kefahaman mendengar atau
peluang latihan yang terhad, tanpa adanya bantuan kepada pelajar. Pengajaran kosa kata
apabila pelajar memerlukan penjelasan guru bagi perkataan tertentu. Para guru jarang sekali
menggunakan satu-satu masa yang khusus bagi mengajar kemahiran dan pembangunan kosa
kata dalam kalangan pelajar. Hal yang demikian ini berlaku bagi pembelajaran dan
pemerolehan bahasa Inggeris, begitu juga bahasa Melayu. Para pelajar biasanya akan
dikehendaki mencari dan memahami maksud sesuatu perkataan itu secara sendiri-sendiri atau
dengan menggunakan kamus, tetapi kemahiran khusus yang berkaitan dengan kosa kata
tersebut kurang diajarkan kepada para pelajar secara sedar dan sistematik. Oleh itu, biasanya
pelajar diharapkan untuk mempelajari kosa kata berdasarkan usaha mereka sendiri. Pada hal,
kemahiran mempelajari dan menguasai kota serta peranan guru dalam pembangunan kosa kata
pelajar amat penting sekali. Anderson (1980) berpendapat bahawa secara sendiri, seseorang
pelajar itu berupaya untuk mengetahui sesuatu maksud perkataan yang diberikan (dari segi
definisi) tetapi pelajar tersebut memerlukan bantuan dan tunjuk ajar gurunya untuk
mengetahui bagaimana menggunakan perkataan tersebut dalam komunikasi.

Bagi Wilkins pula, jika seseorang itu mahu berkomunikasi dengan berkesan,
penguasaan dalam kedua-dua tatabahasa dan kosa kata amat penting. Kebenarannya ialah
47. Oxford, R. and Crookall, D., 1990. Vocabulary Learning: A Critical Analysis of
Techniques, dalam TESOL Quarterly, Canada Journal, 7:2, hlm 9. Tukilan asal
Dalam bahasa Inggeris ialah many instances of co-called vocabulary instruction
involve merely giving students lists of words to memorize or providing limited practice
opportunities, with no further assistance to the often overwhelmed learner.

93

tanpa tatabahasa hanya sedikit (idea) sahaja yang boleh disampaikan, tetapi tanpa kosa kata
48

itu tidak berupaya untuk berkomunikasi dan menyampaikan apa yang hendak disampaikannya
tiada apa yang boleh disampaikan. Jelaslah bahawa tanpa penguasaan kosa kata, seseorang
dengan berkesan walaupun penguasaan tatabahasanya baik.

Rapahel Gefen yang pernah meninjau cara pembelajaran dan pengajaran bahasa
Inggeris di Singapura pada tahun 1982 melaporkan bahawa kebanyakan guru memberikan
49

tidak terdapat usaha yang menyeluruh dan bersungguh-sungguh dalam pengajaran dan
tekanan yang lebih kepada tentang tatabahasa dan penulisan. Beliau juga mendapati bahawa
pembelajaran kosa kata dan juga tidak ada program yang sistematik. Menurut beliau, apa
50

keseluruhan, sukatan pelajaran memberikan tumpuan kepada pengajaran dan pembelajaran


sahaja pengajaran kosa kata berlaku secara tidak langsung dan secara rambang. Secara
tatabahasa dan hal ini melebihi komponen-komponen bahasa yang lain. Oleh sebab itu,
menurut Refen pengayaan bahasa diperlakukan seolah-olah ianya sesuatu yang tidak secara
51

langsung dan bukan sebagai satu aspek kritikal dalam pembelajaran bahasa.
Dalam kebanyakan pembelajaran bahasa, pengetahuan dalam kosa kata tidak diajarkan
sebagai satu kemahiran tetapi merupakan sebahagian daripada aspek pembelajaran bahasa

48. Wilikins, D. A. 1972. Linguistics in Language Teaching. London, Edward Arnold,


hlm 111. Tukilan asal dalam bahasa Inggeris ialah The fact that while without
grammar very little can be conveyed, without vocabulary nothing can be conveyed.
49. Gefen, Rapahel, 1982. Indications of Possible Directions in Coping with Some
Major Problems in EL1 Teaching in Singapore: A Report of A Visit. Laporan
yang tidak dicetak yang diajukan kepada MOE, Singapura, hlm 3. Tukilan asal dalam
bahasa Inggeris ialah most teachers overstress grammar explanantion and writing.
50. Ibid., hlm 3. Tukilan asal dalam bahasa Inggeris ialah Whatever vocabulary
instruction that takes place appears to be incidental and random.
51. Ibid., hlm 13.Tukilan asal dalam bahasa Inggeris ialah language enrichment is
treated almost as if it were an incidental rather than a critical aspect of language
learning.
94

yang lebih besar seperti membaca dan mendengar. Ini bermakna, pengetahuan kosa kata
dianggap sebagai sesuatu yang terhasil akibat penglibatan pelajar dalam aktiviti bahasa yang
berbagai-bagai.

Akibatnya, seringkali kita dengar rungutan para guru tentang pelajar-pelajar mereka
yang menghadapi kesukaran untuk meluahkan idea dan pendapat atau menghasilkan penulisan
yang baik dan berkesan berdasarkan sesuatu tajuk yang diberikan oleh sebab tahap
penguasaan kosa kata yang agak rendah. Dalam sesi perbincangan misalnya, kebanyakan para
pelajar berasa sukar untuk menetengahkan hujah mereka menggunakan bahasa yang baik dan
berkesan. Menurut Gefen lagi, Keadaan ini amatlah menghairankan kerana kosa kata yang
52

bagi setiap guru dan pelajar menyedari bahawa keupayaan dan penguasaan kosa kata yang
luas merupakan bahagian penting dalam keupayaan berkomunikasi. Jadi, amatlah penting
baik adalah perkara asas atau prasyarat untuk membina penguasaan bahasa yang baik.
Sudahlah tiba masanya sesuatu harus dilakukan untuk menangani ketidakseimbangan ini agar
kepincangan pelajar dalam kemahiran dan penguasaan kosa kata ini dapat diatasi.

4.4

Kajian yang Pernah Dijalankan

Pentingnya pengetahuan dan penguasaan kosa kata dalam pemerolehan dan


pencapaian bahasa seseorang umpamanya dalam kemahiran membaca, bertutur dan menulis
secara formal dan tidak formal memang telah diakui ramai. Lebih baik penguasaan kosa kata
seseorang itu, lebih tinggi tahap keupayaan pertuturan dan pemahamannya dan lebih baik pula
mutu tulisan yang dihasilkan. Kebanyakan teori dan pengkaji bahasa berpendapat bahawa
pengetahuan kosa kata mempunyai kaitan yang amat rapat dengan kemahiran-kemahiran
52. Ibid., hlm 21. Tukilan asal dalam bahasa Inggeris ialah This is hardly surprising as a
wide vocabulary is an integral part of communication ability.
95

bahasa yang asas, iaitu bertutur, mendengar, membaca dan menulis. Banyak kajian yang
dijalankan terhadap aspek ini juga menyokong pendapat tersebut. Menurut Chall (1983),
kemahiran kosa kata yang baik dan keupayaan menilai sesuatu ilmu secara berkesan
merupakan faktor penting dalam kemahiran membaca dan kefahaman mendengar. Menurut
beliau lagi, penguasaan kosa kata yang rendah akan menyukarkan pemahaman seseorang
pelajar, dan kesukaran ini akan mengakibatkan penguasaan kosa kata pelajar tersebut sentiasa
lemah.

Takala (1984) pernah menjalankan kajian mengenai pengetahuan kosa kata pelajarpelajar di Finland. Dalam penerangannya, Takala memberikan contoh kajian yang dijalankan
oleh Frumkina pada tahun 1967 di Soviet Union untuk meneliti sejauh mana peratus
pengetahuan pelajar tentang kosa kata yang terdapat dalam teks yang diberikan
mempengaruhi pemahaman mereka. Kajian itu membuktikan bahawa 70% daripada jumlah
kosa kata yang terdapat dalam teks tersebut mestilah diketahui terlebih dahulu bagi
mendapatkan pemahaman yang memuaskan tentang teks tersebut. Takala juga mendapati
bahawa pengetahuan kosa kata pelajar merupakan faktor penting yang menyebabkan
kegagalan pelajar dalam ujian. Beliau berkata kajian yang dijalankan di Finland membuktikan
bahawa pengetahuan kosa kata mempunyai daya penentu yang amat berpengaruh terhadap
gred sekolah dan berdasarkan gred yang diperoleh oleh para pelajar, beliau mendapati bahawa
semakan semula terhadap pengajaran kosa kata menghasilkan peningkatan yang amat ketara

Kajian tentang hubungan antara pengetahuan mengenai makna sesuatu perkataan


dengan tahap pemahaman juga telah dijalankan oleh Beck, Perfetti dan Mckeown (1982).
Seramai 27 pelajar gred 4 telah diajarkan sebanyak 104 perkataan selama 5 bulan. Pengajaran
ini bertujuan untuk membina tahap penguasaan kosa kata pelajar yang diperlukan bagi

96

meningkatkan tahap pemahaman mereka. Kajian ini mendapati bahawa para pelajar berupaya
menjawab soalan-soalan tentang kosa kata yang dipelajari dengan lebih tepat dan cepat
berbanding dengan para pelajar yang tidak menjalani proses pembelajaran ini. Mereka juga
menunjukkan tahap pemahaman yang lebih baik berdasarkan jawapan mereka bagi soalansoalan aneka pilihan tentang cerita yang mengandungi perkataan yang diajarkan. Para pelajar
juga berupaya menggunakan perkataan yang dipelajari di luar bilik darjah. Kesimpulannya,
kajian ini menunjukkan bahawa pengajaran kosa kata yang sistematik dan dirancang boleh
menghasilkan pemahaman tentang maksud perkataan, meningkatkan pemahaman dan
memberikan peluang dan menggalakkan pelajar untuk menggunakan perkataan tersebut bukan
sahaja di bilik darjah bahkan dalam aktiviti harian mereka.

Jelaslah, kajian-kajian ini menunjukkan bahawa tahap penguasaan kosa kata berkait
rapat dengan kemahiran menulis dan tahap pemahaman seseorang pelajar. Bahkan penguasaan
dalam kosa kata merupakan anak kunci bagi penguasaan dan pemantapan kemahiran bahasa
yang lain. Ini kerana, tahap penguasaan kosa kata yang tinggi membantu seseorang pelajar itu
meningkatkan keupayaannya menguasai sesuatu bahasa yang dipelajarinya. Oleh yang
demikian, perancangan yang teliti dan tumpuan yang sewajarnya kepada pengajaran dan
pembelajaran kosa kata mestilah direalisasikan untuk menghasilkan natijah yang berkesan dan
memberansangkan.

97

4.5 Pengajaran dan Pembelajaran Kosa Kata dalam Kurikulum Bahasa Melayu

Bahagian ini akan meneliti dan menganalisis bahan-bahan pengajaran yang digunakan
dalam pembelajaran dan pengajaran Bahasa Melayu di sekolah menengah bagi tahun
penggunaan 1982/1983, 1993 dan 2002. Penerangan dan perbincangan tentang bahan-bahan
tersebut disusun seperti berikut:

4.5.1 Penelitian dan Analisis Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu

Sukatan pelajaran Bahasa Melayu yang dibina pada tahun 1982 disediakan bagi para
pelajar yang mengambil Bahasa Melayu sebagai bahasa kedua yang merangkumi kursus biasa
menengah 1-5. Pada akhir tahun keempat para pelajar yang mengikuti kursus biasa akan
mengambil Peperiksaan Sijil Pelajaran Menengah (Certificate of Secondary School
Education). Para pelajar yang lulus Peperiksaan Sijil Pelajaran Menengah pada akhir tahun
keempat akan mengambil Peperiksaan Am Pelajaran Peringkat Biasa (GCE O Level) pada
akhir tahun kelima. Para pelajar yang gagal dalam Peperiksaan sijil Pelajaran Menengah pada
akhir tahun keempat akan mengambil peperiksaan ulangan Sijil Pelajaran Menengah pada
akhir tahun kelima.

Sukatan pelajaran bagi tahun penggunaan1993 dan 2002 pula menyediakan


kurikulum Bahasa Melayu sebagai bahasa ibunda bagi kumpulan pelajar yang mempunyai
tahap kebolehan yang berbeza-beza. Para pelajar ini diberikan pendidikan menengah selama
4-5 tahun melalui penekanan kurikulum yang berbeza dan sesuai dengan kebolehan mereka.
Para pelajar yang lebih berkebolehan akan ditempatkan di Kursus Khas atau Ekspres selama 4
tahun, sementara yang lain akan ditempatkan di Kursus Normal (Akademik) selama 4-5 tahun.

98

Bagi memenuhi keperluan para pelajar yang kurang menunjukkan kecenderungan dalam
bidang akademik, satu kursus pilihan yang berorientasikan teknikal telah diperkenalkan dalam
aliran normal yang dikenali sebagai Kursus Normal (Teknikal). Para pelajar kedua-dua aliran
ini, iaitu Normal (Akademik ) dan Normal (Teknikal) akan mengambil peperiksaan Sijil Am
Pelajaran Peringkat N (GCE N Level) pada akhir tahun keempat. Seterusnya, para pelajar
yang lulus Peperiksaan GCE N yang lebih berkebolehan dan memenuhi kriteria yang
ditetapkan diberi peluang untuk meneruskan pengajian mereka ke tahun kelima dan
mengambil Peperiksaan bagi Sijil Am Pelajaran Peringkat Biasa (GCE O Level).

Walaupun terdapat empat kursus/aliran yang berlainan di peringkat sekolah menengah


iaitu kursus/aliran Khas, Ekspres, Normal (Akademik) dan Normal (Teknikal), MOE tidak
menyediakan sukatan pelajaran yang khusus atau berbeza bagi setiap kursus/aliran. Ini
bermakna pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu bagi semua aliran berpandukan atau
berdasarkan kepada sukatan pelajaran yang umum dan sama. Walaupun demikian, sukatan
pelajaran ini memberikan garis panduan bagi pengajaran peribahasa dari segi jumlah, juga
tumpuan dan penekanan bagi pengajaran kemahiran asas bahasa bagi aliran Normal (Teknikal)
iaitu 60% daripada masa kurikulum dikhususkan untuk perkembangan kemahiran mendengar
dan bertutur, 30% bagi kemahiran membaca dan 10% bagi kemahiran menulis. Bagi Kursus
Normal (Teknikal), tidak terdapat senarai khusus peribahasa yang perlu diajar kepada para
pelajar. Guru-guru digalakkan menggunakan peribahasa-peribahasa yang mudah dan sesuai
dengan konteks pelajaran.

Antara lain matlamat yang digariskan dalam sukatan pelajaran sekolah menengah
yang diterbitkan pada tahun 1982, 1993 dan 2002 bagi pengajaran dan pembelajaran Bahasa
Melayu ialah bertujuan untuk membolehkan para pelajar menggunakan bahasa secara

99

berkesan dan baku dalam konteks komunikasi yang berfaedah dan bermakna. Para pelajar
juga diharapkan dapat memperoleh dan menyampaikan maklumat, idea, perasaan dan konsep
53

melalui penggunaan bahasa.

Objektif pengajaran dan pembelajaran kemahiran


bahasa yang asas dan aspek bahasa

yang lain dicatatkan dengan jelas, tetapi sukatan ini tidak menggariskan objektif pengajaran
dan pembelajaran kosa kata secara khusus dan jelas. Objektif pembelajaran kosa kata hanya
dicatatkan sebagai salah satu objektif dalam kemahiran membaca dan selain itu dapat ditakrif
dan difahami melalui objektif bagi keempat-empat kemahiran asas bahasa tadi. Ringkasnya,
sukatan pelajaran Bahasa Melayu tidak memberikan keutamaan dan penekanan kepada
pembelajaran kosa kata berbanding dengan aspek-aspek bahasa yang lain. Sedangkan kajiankajian yang telah dijalankan oleh pakar dan penyelidik bahasa seperti yang dinyatakan di
perenggan yang lebih awal menunjukkan betapa pentingnya pengetahuan kosa kata kepada
seseorang pelajar itu untuk membolehkannya meneroka, meningkatkan dan memantapkan
bahasa yang dipelajarinya. Begitu juga, aspek kosa kata tidak dicatatkan sebagai salah satu
komponen sistem bahasa yang perlu dipelajari, sedangkan komponen sistem bahasa yang lain
jelas diterangkan seperti tatabahasa, sebutan dan intonasi dan peribahasa. Ketiadaan
komponen ini secara langsung menguatkan lagi gambaran bahawa pemerolehan kosa kata
tidak dianggap penting seperti komponen-komponen bahasa yang lain. Keadaan ini tentulah
mempengaruhi penekanan dan bentuk perancangan para guru dalam pengajaran Bahasa
Melayu.

Sukatan pelajaran ini menganjurkan saranan-saranan khusus dari segi aktiviti yang
bertujuan bagi mengembangkan dan meningkatkan pengetahuan kosa kata pelajar, walaupun
53. Lihat Jabatan Pengembangan dan Pembangunan Kurikulum, MOE, Sukatan Pelajaran
tahun 1982, 1993 dan 2002.
100

demikian, aktiviti-aktivi ini masih terangkum di bawah spektrum aktiviti dan kegiatan bagi
kemahiran membaca dan bukan tercatat sebagai satu kemahiran dari banyak kemahiran yang
perlu dikuasai. Ini membuktikan bahawa pengetahuan kosa kata bukan diajar sebagai satu
kemahiran tetapi sebagai sesuatu yang terhasil atau diraih setelah para pelajar melakukan
kegiatan atau aktiviti kemahiran bahasa yang lain. Hal yang demikian bertepatan dengan
pendapat yang diutarakan oleh Judd (1978) bahawa pengajaran kosa kata dilihat atau
dianggap sebagai sesuatu proses akhir dan bukan sebagai sesuatu proses yang mempunyai
54

matlamat.

Antara aktiviti-aktiviti yang disarankan dalam sukatan tahun 1993 dan


2002 adalah

seperti mengumpulkan senarai perkataan, menggantikan satu perkataan dengan yang lain
(seperti basi/lapuk/hambar dan kabur), silang kata, permainan gabungan perkataan/kolokasi,
kumpulan-kumpulan perkataan (seperti makan minum, periuk nasi, tidur baring), perkataan
bentuk jaringan, kuiz kosa kata, permainan pengkelasan perkataan dan sebagainya. Namun
kesesuaian setiap aktiviti yang disarankan berdasarkan peringkat dan aliran tertentu tidak
dijelaskan. Walau pun terdapat kelemahan-kelemahan yang dinyatakan tadi, berdasarkan
senarai aktiviti yang disarankan dalam sukatan pelajaran, dapat disimpulkan bahawa terdapat
kepelbagaian dari segi jenis aktiviti yang dianjurkan walaupun jumlahnya boleh ditambah.

Sukatan pelajaran Bahasa Melayu juga tidak menyediakan senarai atau daftar kata
yang mengandungi jenis dan jumlah perkataan yang perlu dipelajari oleh pelajar bagi setiap
peringkat dan kursus/aliran. Oleh itu, bolehlah diandaikan bahawa pemilihan perkataan yang
diajarkan melalui aktiviti-aktiviti yang disarankan akan ditentukan oleh guru dan penulis
54. Judd, E.L., 1978. Vocabulary Teaching and TESOL: A Need for Re-evaluation of
Existing Assumptions, dalam TESOL Quaterly, 12:1, hlm 72. Tukilan asal dalam
bahasa Inggeris ialah as a means to an end and not as a goal in itself.

101

bahan pengajaran berdasarkan pengalaman dan kebijaksanaan mereka dan keperluan para
pelajar. Ini bermakna, walaupun semua pelajar menggunakan buku teks yang sama, besar
kemungkinan jenis dan jumlah perkataan yang dipelajari dan dikuasai oleh pelajar dalam
kursus/aliran dan peringkat yang sama dari sekolah yang berlainan akan berbeza. Jurang
perbezaan ini akan menjadi ketara di peringkat yang lebih tinggi jika perbezaan ini sudah
terjadi di peringkat menengah satu lagi. Keadaan ini juga boleh mendatangkan kesukaran
kepada pembina kertas penilaian/peperiksaan nasional bagi menentukan takat penguasaan
kosa kata pelajar dan besar kemungkinan soalan yang disediakan tidak menggambarkan dan
mewakili keupayaan sebenar kebanyakan para pelajar yang menduduki peperiksaan yang
sama pada akhir persekolahan peringkat menengah.

Keperluan untuk menyusun semula dan meningkatkan program pengajaran kosa kata
sudah semakin meruncing. Hal ini dinyatakan oleh Rajendran (1985) yang membuat kajian
tentang pengajaran kosa kata bagi program Bahasa Inggeris di sekolah-sekolah menengah di
Singapura. Kajiannya keatas para guru dari 23 sekolah menunjukkan bahawa 93% guru
mengakui para pelajar mereka tidak disediakan dengan bahan-bahan kosa kata yang
mencukupi dan akibatnya mereka terkebelakang dari segi kemahiran dan pengetahuan kosa
kata. Para guru juga berkata mereka menghadapi banyak masalah dalam pengajaran kosa kata
disebabkan oleh ketiadaan garis panduan yang jelas dan bahan-bahan pengajaran yang sesuai
dan mencukupi. Berdasarkan struktur dan perancangan yang tercatat dalam kurikulum Bahasa
Melayu yang sama dengan struktur kurikulum Bahasa Inggeris yang diajar di sekolah-sekolah
di Singapura, dapatlah dikatakan bahawa para guru Bahasa Melayu juga mengalami keadaan
yang sama seperti mana yang dialami oleh para guru Bahasa Inggeris. Oleh itu ketika
semakan semula dilakukan ke atas sukatan pelajaran Bahasa Melayu , pihak yang terlibat
perlulah merancang dan menyediakan program yang teliti, sistematik dan tersusun serta

102

tumpuan yang sewajarnya kepada pengajaran dan pembelajaran kosa kata agar program
Bahasa Melayu berupaya membantu pelajar membina kemahiran dan menguasai tahap kosa
kata yang diingini.

4.5.2 Penelitian dan Analisis Bahan dan Kaedah Pengajaran

Seperti yang diterangkan dalam Bab 1, CDIS bertanggungjawab menyediakan bahan


pengajaran Bahasa Melayu di sekolah-sekolah sehingga tahun 1997. Selepas institut ini
dibubarkan, tugas menyediakan bahan ini diambil alih oleh Unit Bahasa Melayu, Jabatan
Pengembangan dan Pembangunan Kurikulum, MOE, hinggalah ke hari ini. Semua sekolah
rendah dan menengah yang menawarkan program Bahasa Melayu menggunakan bahan yang
diterbitkan oleh unit ini dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.

Bahan pengajaran yang dimaksudkan di sini merangkumi bahan bercetak iaitu buku
teks, buku kerja dan buku panduan guru. Kajian ini tidak meneliti bahan-bahan bukan cetak
seperti TV pendidikan, cakera padat audio (ACD), cakera padat video (VCD) dan CD-ROM.
Buku teks digunakan oleh pelajar semasa kelas Bahasa Melayu di bilik darjah. Buku kerja
pula mengandungi latihan-latihan pengukuhan dan pengayaan tentang aspek bahasa yang
telah dipelajari oleh pelajar dalam buku teks. Biasanya latihan ini akan disudahkan oleh para
pelajar di luar masa pengajaran. Para guru pula diberikan panduan dari segi objektif, kaedah
pengajaran dan jawapan cadangan sebagai mana tercatat dalam buku panduan guru kecuali
buku panduan guru pakej Intisari Bahasa yang hanya memberikan jawapan cadangan bagi
aktiviti bahasa. Walaubagaimana pun, para guru digalakkan untuk mengunakan kebijaksanaan
dan kreativiti mereka dan tidak hanya bengantung kepada saranan yang diberikan dalam buku
panduan guru tersebut.

103

Berikut ialah bahan pengajaran yang akan diteliti dalam bahagian ini:
Jadual 6: Bahan Pengajaran Bahasa Melayu bagi Tahun Pertama
Penggunaan 1983, 1994 dan 2002
No
1

Nama Buku
Dan Jenis

Tahun
Peringkat Dan
Pertama
Kursus
Penggunaan
Intisari Bahasa
1983
Menengah 1-4
Buku teks, buku
kerja
buku panduan
guru
1994

Menengah 1-4/5,
Kursus Khas,
Ekspres, Normal
(Akademik ) dan
Normal (Teknikal )

Jumlah Catatan
Buku
12

Disediakan
oleh CDIS

48

Disediakan
oleh CDIS

Pancaran
Bahasa
Buku teks, buku
kerja dan buku
panduan guru

Jendela
2002
Men 1-3
72
Disediakan
Bahasa*
Kursus Khas,
oleh Unit
Buku teks, buku
Ekspres, Normal
Bahasa
kerja dan buku
(Akademik ) dan
Melayu
panduan guru
Normal (Teknikal )
( Siri A & B )
* Bahan bagi peringkat menengah 4 masih dalam penyediaan ketika kajian ini
dijalankan.

Ketiga-ketiga pakej seperti yang tertera dalam Jadual 6, mengandungi buku teks, buku
kerja dan buku panduan guru. Bagi pakej IntisariBahasa, secara purata setiap buku teks
mengandungi antara 15-20 unit yang merangkumi pelbagai topik dan tema. Setiap unit ini
mengandungi empat jenis aktiviti utama iaitu kefahaman, lisan, karangan dan tatabahasa.
Penelitian terhadap buku ini mendapati bahawa pembelajaran kosa kata hanya merupakan satu
aktiviti lanjutan selepas pelajar membaca dan memahami teks utama. Selain itu tidak terdapat
kepelbagaian jenis aktitivi yang disediakan kecuali aktiviti yang hanya berkisar pada
perkataan seerti/seiras dan berlawan dalam ayat yang diberikan bagi semua peringkat dan
aktiviti membina ayat berdasarkan perkataan atau frasa sebagai aktiviti tambahan selain

104

perkataan seerti/seiras dan berlawan bagi peringkat menengah 3 dan 4. Apa yang jelas ialah
kemahiran pemerolehan kosa kata para pelajar bagi menjalankan latihan tersebut kurang
diberikan tumpuan dan tekanan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Dari segi strategi pengajaran pula, tidak terdapat contoh-contoh yang boleh dijadikan
panduan oleh para guru. Panduan guru yang disediakan juga hanya memuatkan jawapan
contoh bagi aktiviti yang disediakan dalam buku teks seperti yang di terangkan lebih awal.
Jadi terserahlah kepada para guru untuk memilih pendekatan dan teknik pengajaran kosa kata
dan menggunakannya jika dirasakan perlu. Perkara ini juga bergantung kepada pengetahuan,
kreativi, pengalaman, dedikasi, daya usaha dan kesanggupan para guru bahasa itu sendiri
untuk meneroka cara-cara yang boleh dimanfaatkan dalam pengajaran mereka dan
melaksanakannya dalam bilik darjah. Tuntutan seperti ini yang harus dipenuhi oleh para guru
bukannya sedikit dan oleh itu jangkaan bahawa setiap guru berusaha ke arah itu tidaklah boleh
mengunung. Berdasarkan bahan pengajaran yang digunakan bagi dekad tersebut menunjukkan
bahawa tidak ada perancangan khusus yang disediakan secara sedar bagi membangunkan dan
mengembangkan kosa kata pelajar di peringkat sekolah menengah. Ini bererti, pengajaran dan
pembelajaran kosa kata kurang dititikberatkan dan kurang diberi tumpuan yang sewajarnya.

Sejak tahun 1994, MOE menyediakan bahan pengajaran yang berbeza mengikut
kursus iaitu Kursus Khas, Ekspres, Normal (Akademik ) dan Normal (Teknikal). Ini bermakna,
pelajar bagi Kursus Khas menggunakan bahan pengajaran yang berlainan dengan pelajar
dalam kursus yang lain dan begitu juga pelajar kursus ekspres dan normal. Bahan-bahan bagi
kursus yang berlainan ini dibezakan antara lain berdasarkan kepanjangan teks bacaan utama,
jenis dan jumlah soalan kefahaman bagi setiap teks bacaan, jenis dan jumlah aktiviti dan
jumlah peribahasa yang dipelajari. Bahan yang disediakan pula berdasarkan tema-tema yang

105

55

bercetak yang terdiri daripada buku teks, buku kerja dan buku panduan guru, bahan-bahan
telah dikenal pasti dan disediakan dalam sukatan pelajaran. Selain bahan-bahan pengajaran
bukan cetak seperti lutsinar induk, TV pendidikan, cakera padat audio, cakera padat video dan
CR-ROM diterbitkan sebagai bahan-bahan sokongan.

Bagi pakej Pancaran Bahasa dan Jendela Bahasa, pendekatan pengajaran dan
pembelajaran kosa kata seperti yang tertera dalam buku teks masih hampir sama dengan yang
terdapat dalam pakej Intisari Bahasa. Aspek ini masih merupakan salah satu aktiviti lanjutan
bagi aktiviti kefahaman membaca. Oleh sebab jenis aktiviti yang disarankan ialah jenis latihan
sesudah pelajar membaca dan menjawab soalan kefahaman, maka besar kemungkinan pelajar
akan hanya dikehendaki menyudahkan aktiviti tersebut, umpamanya sebagai kerja rumah
tanpa pengajaran dari segi kemahirannya.

Penelitian terhadap kedua-dua pakej ini juga mendapati bahawa tidak terdapat variasi
dari segi objektif dan latihan pengajaran dan pembelajaran seperti yang tercatat dalam buku
teks dan buku panduan guru. Hampir kesemua latihan dalam buku teks tertumpu kepada
objektif dan aktiviti memberikan maksud perkataan, memadankan perkataan dengan
maksudnya dan membina ayat menggunakan perkataan yang diberikan. Pada hal terdapat
banyak viarisi aktiviti pemerolehan kosa kata yang disarankan dalam sukatan pelajaran
56

mencerminkan kepelbagaian aktiviti sepertimana yang diusulkan dalam sukatan pelajaran


Bahasa Melayu yang boleh digunakan. Malangnya bahan-bahan yang disediakan tidak
tersebut.

55. Lihat Lampiran 4 bagi perincian tema-tema yang disarankan dalam sukatan
pelajaran bagi tahun penggunaan 1994 dan 2002.
56. Lihat Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu bagi tahun penggunaan 1994, hlm 34-36, dan
Sukatan Pelajaran bagi tahun penggunaan 2002, hlm 30-32 bagi saranan aktiviti-aktivi
perkembangan dan pembangunan kosa kata.
106

Jadual 7: Objektif (Peratusan) Pengajaran/ Pembelajaran dan


Latihan Kosa Kata dalam Buku Teks Peringkat Menengah 2 Pakej
Pancaran Bahasa
Kursus
Normal
Objektif/Latihan (Akademik )
Memberikan maksud perkataan/frasa
Membina ayat menggunakan perkataan/frasa
yang diberikan
Memberikan perkataan seerti/seiras atau
berlawan
Memberikan seberapa banyak perkataan lain
yang berkaitan dengan perkataan/frasa yang
diberikan

Ekspres

Khas

63.2%

70.8%

76.9%

21%

16.6%

19.2%

15.8%

8.4%

3.9%

0%

4.2%

0%

Nota: Tidak terdapat pengajaran/pembelajaran dan latihan kosa kata dalam buku
teks 2 bagi pakej Normal (Teknikal )

Dalam Buku Teks Kata Peringkat 1 Menengah Pakej Jendela


Bahasa
Jadual 8: Objektif (Peratusan) Pengajaran/Pembelajaran dan Latihan Kosa
Normal
Normal Ekspres
(Teknikal ) (Akademik)

Kursus

Khas

Objektif/Latihan
Memberikan maksud perkataan/
frasa

38.1%

37.5%

37.9%

46.9%

Membina ayat menggunakan


perkataan/frasa yang diberikan

42.9%

50%

48.3%

50%

Memadankan perkataan/frasa
dengan maksud yang diberikan

14.3%

8.3%

10.3%

3.1%

Memberikan perkataan
seerti/seiras atau berlawan

4.8%

4.2%

3.5%

0%

107

Jadual 7 dan Jadual 8 menunjukkan contoh peratusan objektif pengajaran,


pembelajaran dan latihan kosa kata peringkat menengah 2 bagi pakej Pancaran Bahasa dan
peringkat menengah 1 bagi pakej Jendela Bahasa seperti yang tercatat dalam buku teks dan
buku panduan guru. Kedua-dua jadual di atas menggambarkan bahawa terdapat hanya empat
objektif atau latihan utama pengajaran dan pembelajaran kosa kata bagi peringkat tersebut,
dan bagi kedua-dua pakej dan kursus seperti yang tertera dalam bahan pengajaran. Latihan
memberikan maksud perkataan/frasa dan pembinaan ayat diberikan tumpuan yang lebih
utama diikuti oleh latihan memadankan perkataan dengan maksud dan memberikan perkataan
seerti/seiras atau berlawan. Kedua-dua pakej tidak memberikan tumpuan dan penekanan
terhadap kemahiran pemerolehan kosa kata pelajar begitu juga buku teks yang dibina tidak
menggambarkan kepelbagaian latihan kosa kata seperti yang dianjurkan dalam sukatan
pelajaran. Selain itu, buku teks Normal (Teknikal ) bagi pakej Pancaran Bahasa tidak
dimuatkan dengan pengajaran dan latihan kosa kata bagi peringkat menengah 1-3. Pengajaran
kosa kata hanya terdapat dalam buku teks menengah 4. Namun, aspek ini sudah diberikan
perhatian yang lebih baik dalam pakej Jendela Bahasa. Pengajaran dan pembelajaran kosa
57

kata sudah dimulakan dari peringkat menengah 1 lagi.


yang ada sekarang ialah kurangnya

Dapatlah dirumuskan,
kekurangan asas kurikulum

penekanan dan keutamaan yang diberikan terhadap penguasaan kemahiran dan strategi dalam
pembelajaran dan pemerolehan kosa kata. Oleh itu, program yang dianjurkan mestilah
mempunyai objektif yang bertujuan membantu pelajar bukan sahaja untuk mempelajari atau
mengetahui maksud sesuatu perkataan itu tetapi juga untuk membantu para pelajar menguasai
strategi dalam pembelajaran kosa kata. Salah satu strategi yang paling efektif dan penting

57. Lihat buku teks Jendela Bahasa buku 1-3 bagi kursus/aliran Normal Teknikal yang
diterbitkan oleh MOE untuk tahun penggunaan 2002, 2003 dan 2004 bagi contoh
pengajaran dan pembelajaran kosa kata.
108

yang diterima oleh ramai pengkaji ialah membuat tekaan berdasarkan konteks (guessing from
context ). Sesuatu perkataan yang digunakan dalam konteks yang berlainan akan
menghasilkan interpretasi makna yang berlainan juga. Jadi menggunakan konteks perkataan
tersebut merupakan cara yang terbaik bagi mempelajari kosa kata. Strategi lain yang boleh
dipertimbangkan ialah seperti menggunakan bahagian kata, parafrasa atau penjelasan dengan
kata-kata lain dan menggunakan kamus dengan efektif.

Kajian ini juga mendapati tidak terdapat perbezaan yang nyata dari segi tumpuan atau
penekanan terhadap pengajaran dan pembelajaran aspek ini bagi para pelajar pelbagai
kusrus/aliran walaupun kebolehan pelajar kursus/aliran Khas jauh lebih baik berbanding
kebolehan pelajar Kursus/Aliran Normal (Teknikal), Normal (Akademik) dan Ekspres. Yang
nyata hanya terdapat perbezaan dari segi bilangan atau jumlah latihan, jenis perkataan/frasa
dan kekerapan latihan tersebut dijalankan. Bagi kursus/aliran Khas, Ekspres dan Normal
(Akademik) umpamanya, pembelajaran dan latihan kosa kata diberikan dalam setiap unit
dalam buku teks, manakala bagi kursus/aliran Normal (Teknikal) dalam pakej Jendela Bahasa,
pengajaran dan latihan diberikan secara rambang dan bagi topik-topik tertentu.

Berbanding dengan buku teks, buku kerja menyediakan latihan kosa kata yang lebih
pelbagai. Antaranya ialah silang kata, membina perkataan, membina ayat, isikan tempat
kosong dan prosedur kloz. Namun kebanyakan latihan ini merupakan latihan pengayaan yang
tidak ada kaitan langsung dengan kosa kata yang dipelajari terlebih dahulu oleh pelajar dalam
buku teks. Latihan pengukuhan bagi memantapkan pengetahuan para pelajar tentang kosa kata
yang sudah dipelajari terlebih dahulu dalam buku teks tidak diberikan penekanan. Selain
memantapkan pengetahuan para pelajar, latihan pengukuhan penting kerana latihan ini boleh
membantu para guru mengukur tahap pemahaman dan pemerolehan pelajar tentang kosa kata

109

yang dipelajari. Walaupun demikian, latihan pengayaan boleh juga diberikan tetapi sebagai
bahan tambahan setelah kosa kata utama yang dipelajari diberikan tumpuan yang sewajarnya.
Menurut Norbert Schmitt (2000), pemerolehan kosa kata merupakan satu proses yang
bertahap-tahap, guru mestilah menumpukan perhatian bukan sahaja kepada memperkenalkan
perkataan baharu, tetapi juga memantapkan pengetahuan pelajar tentang perkataan yang telah
dipelajarinya terlebih dahulu.

Pekara ini disetujui oleh Nation. Beliau mengatakan sering kali kosa kata yang
diperkenalkan dalam sesuatu pelajaran tidak pernah diulang. Jika perkataan tersebut mahu
dikuasai secara tetap oleh para pelajar, para guru perlu menyediakan perulangan secara kerap
untuk mengukuhkan proses pembelajaran dan membina kosa kata secara kukuh dalam minda
58

yang dipelajarinya, lebih baiklah peluang bagi seseorang pelajar itu untuk mengingati
para pelajar. Ini bermaksud, lebih banyak pendedahan yang diberikan terhadap perkataan
perkataan tersebut. Hal ini kurang diberikan perhatian dalam semua pakej bahan pengajaran
yang dikaji.

Kajian terhadap buku panduan guru pula mendapati bahawa Pancaran Bahasa dan
Jendela Bahasa kurang memberikan saranan bagi contoh-contoh strategi pengajaran dan
pembelajaran kosa kata. Begitu juga, walau pun bahan pengajaran yang disediakan cuba
mengkhusus kepada penyediaan bahan-bahan yang berlainan bagi pelajar pelbagai
kurusu/aliran, buku panduan guru yang dibina tidak menampakkan adanya kepelbagaian

58. Nation, I.S.P., 1974. New Ways in Teaching Vocabulary, Pantagraph Printing,
Bloomington, Illinois USA, hlm 21. Tukilan asal dalam bahasa Inggeris ialah Very
often lexical items introduced in a lesson are never repeated. For these words to
become permenantly accessible to learners, teachers should provide the frequent
spaced-out repetitions to reinforce the learning process and fix the new vocabulary
firmly in the minds of learners.

110

pendekatan dan strategi berdasarkan tahap keupayaan para pelajar tersebut. Sepatutnya,
pendekatan dan strategi yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran kosa kata juga
haruslah dibezakan. Hal ini tidak menampakkan adanya pembelajaran perbezaan
( differentiated learning ) bagi para pelajar yang mempunyai tahap keupayaan atau kecerdasan
yang berbeza-beza. Walaupun demikian terdapat juga beberapa aktiviti yang disertakan
dengan strategi pengajaran, tetapi strategi yang disarankan adalah sesuatu yang amat umum
seperti mencadangkan penggunaan kamus. Pemilihan dan penggunaan strategi pengajaran dan
pembelajaran kosa kata nampaknya diserahkan bulat-bulat kepada kebijaksanaan guru dengan
andaian bahawa guru mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang cukup untuk
melaksanakannya dalam bilik darjah. Mungkin tugas ini boleh ditangani oleh guru-guru yang
mapan, tetapi guru-guru yang baru mengajar, besar kemungkinan mengalami masalah dalam
pemilihan dan penggunaan cara-cara yang sesuai dan efektif bagi memenuhi keperluan dan
keupayaan pelajar mereka yang berbeza-beza.

Kajian terhadap bahan-bahan pengajaran Bahasa Melayu juga mendapati bahawa


tumpuan yang diberikan terhadap pengajaran dan pembelajaran kosa kata agak sempit bagi
kesemua kursus dan pakej. Latihan kosa kata bagi setiap unit dalam buku teks berdasarkan
kepada perkataan yang digunakan dalam teks bacaan yang terdapat dalam buku teks sahaja.
Oleh itu, tidaklah keterlaluan untuk mengatakan bahawa komponen kosa kata hanya
merupakan cara bagi membantu pemahaman pelajar tentang teks kefahaman yang diberikan.
Fokus bagi pengajaran atau pembelajaran kosa kata tertumpu
59

pembelajaran dan pemerolehan kosa kata bukan hanya untuk mengetahui maksud sesuatu
kepada perkataan yang dianggap payah yang diambil daripada teks bacaan. Pada hal
Lihat buku teks Jendela Bahasa buku 2 kursus/aliran Ekspres yang diterbitkan oleh
MOE untuk tahun penggunaan 1995 hlm 41-43 bagi contoh pengajaran dan
pembelajaran kosa kata.

59.

111

perkataan tetapi merangkumi aspek yang lebih luas termasuk batas penggunaannya, asas
pembentukannya, bentuk susunan katanya, kedudukan dan hubungannya dengan perkataan
lain dan variasi maksudnya. Begitu juga didapati, kaitan antara perkataan-perkataan yang
dipilih agak longgar dan dalam beberapa latihan, tidak terdapat kaitan secara langsung antara
perkataan yang dipilih dengan isi keseluruhan unit. Pendekatan yang sedemikian ini
digunakan bagi kesemua unit dalam pakej-pakej yang diterbitkan. Oleh itu, pelajar hanya
didedahkan kepada senarai perkataan yang dipilih menggunakan kaedah ini dan bukan melalui
proses pemerolehan kosa kata yang disusun sebagai satu program. Pada hal menurut Morgan,
pemerolehan kosa kata bukan sesuatu yang berbentuk garisan lurus tetapi satu proses yang
60

bercabang.

Pihak MOE juga tidak menyediakan daftar kosa kata (word list) yang
boleh digunakan

di peringkat sekolah menengah. Daftar ini merupakan satu dokumen yang penting kerana
daftar ini boleh menjadi panduan kepada para pembina bahan dan para guru di sekolah
tentang jenis dan jumlah kosa kata yang perlu diajarkan kepada pelajar bagi setiap peringkat
dan kursus. Satu kelebihan tentang daftar kosa kata ini ialah daftar ini dibina berdasarkan
pemerhatian terhadap bahan-bahan bertulis pelbagai topik. Bahan-bahan ini ialah seperti
akhbar, majalah dan buku-buku. Penggunaan daftar kosa kata ini memastikan para pelajar
menambah kosa kata mereka dengan perkataan-perkataan baharu yang berguna dan
diperlukan oleh mereka serta mengaplikasikannya dalam kegiatan harian mereka.

Nathesan (2000) pernah membuat kajian tentang pemerolehan kosa kata di kalangan
pelajar sekolah rendah di Malaysia. Beliau ingin mengukur sejauh mana murid tahun empat

60. Morgan, John & Rinvolucri, 1986. Vocabulary, Oxford, OUP, hlm 3.Tukilan asal
dalam bahasa Inggeris ialah is not linear but a branching process. Words are not
learnt as little packets of meaning but associately.
112

ini mampu menggunakan perkataan dalam karangan mereka berdasarkan daftar kosa kata
yang disediakan dalam Buku Panduan Khas Bahasa Melayu (BPKBM). Kajiannya mendapati
bahawa pada keseluruhannya hampir semua pelajar tahun empat berjaya menulis karangan
menggunakan perkataan yang cukup. Malah ada pula pelajar yang berupaya menghasilkan
karangan menggunakan jumlah perkataan yang melebihi perkataan yang diperlukan. Para
pelajar juga dapat menggunakan dan membuat pilihan perkataan yang sesuai untuk
membincangkan tajuk karangan yang diberikan. Dari segi kosa kata pula, mereka didapati
berjaya menggunakan sekian banyak kosa kata yang disarankan dalam daftar kosa kata.

Perkara ini amat menggalakkan kerana salah satu matlamat penyediaan daftar kosa
kata ialah agar kosa kata tersebut dikenal dan dikuasai oleh pelajar. Berdasarkan kajian ini,
nampaknya objektif ini sudah tercapai. Bahkan ada pelajar yang menunjukkan keupayaan
membina kata terbitan dengan memanfaatkan imbuhan yang dipelajarinya. Kajian ini
menunjukkan bahawa penggunaan daftar kosa kata berupaya membantu pemerolehan kosa
kata pelajar pada tahap yang sesuai dan menggalakkan.
Ketiadaan daftar kosa kata boleh menimbulkan beberapa keadaan. Bagi bahan
pengajaran Bahasa Melayu di sekolah-sekolah menengah di Singapura, penulis atau pembina
bahan merupakan pihak yang bertanggungjawab memilih perkataan yang dirasakan sesuai
untuk diketengahkan dalam bahan pengajaran yang disediakan bagi satu-satu peringkat dan
kursus/aliran. Pemilihan perkataan bagi ketiga-tiga pakej ini dilakukan secara rambang
bersesuaian dengan teks bacaan utama sesuatu topik atau tema sesuatu unit itu. Ini bermakna
tidak terdapat cara yang khusus dan sistematik dalam pemilihan kosa kata yang hendak diajar.
Akibatnya, terdapat beberapa perkataan yang telah diajar di peringkat yang lebih rendah,
diajar semula sebagai kosa kata baharu pada peringkat yang lebih tinggi. Ada kalanya
perkataan yang sama diajarkan semula sebagai kosa kata baharu pada peringkat yang sama

113

tetapi dalam topik yang lain. Perkataan ini juga termasuk perkataan yang terbit daripada kata
61

sebagai aktiviti untuk memperkenalkan perkataan tersebut buat pertama kali, seolah-olah para
dasar yang sama. Perkataan yang diulang ini bukan digunakan secara pengukuhan tetapi
pelajar belum pernah mempelajari perkataan tersebut sebelumnya . Sebagai contoh, disertakan
di bawah ini perkataan yang diulang (Jadual 9 dan 10) bagi teks bacaan dan peratusan kosa
kata yang diulang (Jadual 11 dan 12 ) yang diperoleh berdasarkan penelitian terhadap kosa
kata yang dimuatkan dalam pakej Intisari Bahasa dan pakej Pancaran Bahasa bagi
kursus/aliran ekspres.

Jadual 9: Contoh Perkataan yang Diulang (huruf tebal) dalam Teks Bacaan
Utama Buku Menengah 3 Pakej Intisari Bahasa
No

Unit
Unit 13
Harimau Mati Meninggalkan
Belang, Manusia Mati
Meninggalkan Nama

No

Unit
Unit 14
Mahmud Ahmad

1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15

Keharmonian
Pekerti
Berwibawa
Mententeramkan
Segelintir
Pendapatan
Merosot
Berpatutan
Menyarankan
Pengguna-pengguna
Hasratnya
Berikrar
Progresif
Kerumitan
Meneroka

1
2
3
4
5
6
7
8
9
10

Tokoh
Pengasas
Keharmonian
Plot
Diteroka
Kajian
Rujukan
Pengkaji
Mutiara
Dikenang

61. Lihat daftar kosa kata di Lampiran 5 dan 6 bagi contoh kosa kata yang diulang dalam
pakej Intisari Bahasa dan Pancaran Bahasa.
114

Jadual 10: Contoh Perkataan yang Diulang (huruf tebal) dalam Teks Bacaan
Utama Buku Menengah 2 dan 3 Pakej Pancaran Bahasa
No
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10

Unit
No
Unit
Unit 15
Unit 12
Pulau Bijak ( Menenagh 2 )
Buat Temanku ( Menenagh 3 )
Memberi makluman
1 Leluhur
Yang berasingan
2 Lelucon
Kad bijak
3 Lecek
Menjadi lumrah
4 Lecet
Mendapatkan maklumat
5 Maklumat
Berasa kagum
6 Makluman
Detinasi yang dituju
7 Lumur
Telah merancang
8 Lumut
Akan dikawal
9 Cuping
Yang unik

Jadual 9 dan 10 menunjukkan contoh perkataan harmoni, teroka dan kaji (bercetak
tebal) yang sudah dipelajari dan diulang semula dalam unit-unit bagi peringkat yang sama
dalam pakej Intisari Bahasa dan perkataan-perkataan maklumat dan makluman yang
diulang bagi peringkat yang lain seperti dalam pakej Pancaran Bahasa. Perkataan ini juga
termasuk perkataan yang terbit daripada kata sadar yang sama seperti perkataan teroka dan
kaji dalam Jadual 9.
Jadual 11: Jumlah Kosa Kata Setiap Peringkat dan Peratus Kosa Kata
Yang Diulang bagi Pakej Intisari Bahasa
Jumlah dan Peratusan
Kosa Kata
Peringkat

Jumlah
Perkataan

Jumlah
Peratus Perkataan
Perkataan
Yang Diulang
Yang Diulang

Menengah 1

180

55

30.5%

Menengah 2

180

56

31.1%

Menengah 3

210

79

37.6%

Menengah 4

145

24

16.5%

Keseluruhan

715

214

29.9%

115

Jadual 12: Jumlah Kosa Kata Setiap Peringkat dan Peratus Kosa Kata
Yang Diulang bagi Kursus Ekspres Pakej Pancaran
Bahasa
Jumlah dan Peratusan
Kosa Kata
Peringkat

Jumlah
Perkataan

Jumlah
Perkataan
Yang Diulang

Peratus
Perkataan
Yang Diulang

Menengah 1

183

18

9.8%

Menengah 2

158

16

10.1%

Menengah 3

152

14

9.6%

Menengah 4

117

6.8%

Keseluruhan

610

56

9.2%

Data dalam Jadual 11 dan 12 menunjukkan bahawa bagi pakej Intisari Bahasa purata
perkataan yang diulang semula bagi setiap peringkat melebihi 30% kecuali pada peringkat
menengah 4, iaitu sebanyak 16.5%. Jika dilihat pada keseluruhan pakej, sebanyak 29.9%
pengulangan perkataan berlaku. Bagi pakej Pancaran Bahasa pula, walaupun terdapat
pengurangan yang ketara dari segi pengulangan perkataan, masih juga terdapat aspek
pengulangan ini bagi setiap peringkat iaitu antara 6.8% hingga 10.1% bagi peringkat
menengah satu hingga menengah empat dengan peratus keseluruhannya sebanyak 9.2%. Hal
yang demikian ini tidak menggambarkan adanya proses pemeringkatan yang ketara dan
sewajarnya mengikut peringkat dan keupayaan pelajar dan keadaan ini boleh menjejas
pembangunan dan pengembangan kosa kata pelajar yang terlibat dalam pembelajaran.
Keadaan serupa ini tidak akan terjadi sekiranya perancangan yang teliti dan tersusun terhadap
pembelajaran kosa kata dilakukan sebelum pakej ini dibina.

116

Jadual 13: Senarai Perkataan bagi Tajuk Perkembangan dan Penggunaan


Bahasa Melayu dalam Pakej Intisari Bahasa dan Pakej Pancaran
Bahasa
No

Unit 5, Menengah 4
Pakej Intisari Bahasa
1. Kelompok
2. Desakan-desakan
3. Prasasti
4. Perbendaharaan
5. Pembentukan
6. Nusantara
7. Akulturasi
8. Asimilasi
9. Evolusi
10. Dinamis

Unit 9, Menengah 3 Pakej


Pancaran Bahasa
Dunia semakin kecil
Menghidupkan kembali
Perbezaan ideologi
Ceruk rantau
Lingua franca

Begitu juga jika dibandingkan pakej Intisari Bahasa dan Pancaran Bahasa
umpamanya, terdapat perkataan yang berbeza yang diajarkan sebagai kosa kata walaupun teks
atau topik bagi kedua-dua pakej ini membincangkan perkara yang sama. Contoh yang
diberikan dalam Jadual 13 menunjukkan bahawa tidak terdapat pun perkataan yang sama
dalam unit 5 dan unit 9 yang diajar kepada para pelajar walaupun kedua-dua unit 5 dan unit 9
memperkatakan persoalan yang sama iaitu Perkembangan dan Penggunaan Bahasa Melayu.
Proses pemilihan perkataan yang diajar bagi topik berkenaan kurang jelas dan mungkin tidak
serupa dan ini mengakibatkan pembelajaran dan pemerolehan kosa kata pelajar bagi topik
yang sama berbeza. Para pelajar tidak didedahkan kepada kosa kata yang biasanya dikaitkan
dengan sesuatu topik berkenaan. Sebagai contoh, jika tajuk yang diperkatakan ialah berkenaan
kitaran air ( water cycle ) perkataan yang berkaitaan yang perlu diajar kepada para pelajar
untuk memahami konsep kitaran air ini ialah seperti pensejatan, wap air, pemeluwapan, awan
dan hujan.

Dari segi jumlah kosa kata yang perlu dipelajari pula, terdapat beberapa kegenjotan
jika dilakukan penelitian rentas peringkat dan kursus/aliran. Umpamanya, taburan kosa kata

117

bagi peringkat menengah 4 pakej Pancaran Bahasa tidak menggambarkan tahap kebolehan
pelajar yang pelbagai kurus/aliran. Sebagai contoh, para pelajar kursus/aliran Ekspres dan
Normal (Akademik) perlu mempelajari jumlah kosa kata yang lebih berbanding pelajar
kursus/aliran Khas. Ini merupakan satu kegenjotan kerana pelajar kursus/aliran Khas
mempunyai tahap kebolehan yang lebih baik berbanding dengan para pelajar aliran Ekspres
dan Normal (Akademik ) tetapi pelajar-pelajar kurusus/aliran Khas ini didedahkan kepada
jumlah kosa kata yang paling sedikit berbanding pelajar kursus/aliran Ekspres dan Normal
(Akademik). Taburan kosa kata mengikut tahap-tahap yang berbeza ini dibentangkan dalam
Jadual 14 di bawah ini.

Jadual 14: Jumlah Penuh dan Jumlah Purata Kosa Kata Setiap Unit
dalam Buku 4 Pakej Pancaran Bahasa
Jumlah Kosa Kata

Jumlah Penuh
Kosa Kata

Khas

105

Jumlah Purata Kosa


Kata Bagi
Setiap Unit
7

Eskpres

111

7.4

Normal ( Akademik )

121

8.1

Normal ( Teknikal )*

75

Kursus

*Kosa kata hanya terdapat dalam buku teks menengah 4 sahaja.

Keadaan ini memberikan gambaran bahawa dari segi pembinaan item kosa kata, tidak
terdapat satu mekanisma yang tersusun dari segi pemilihan, pemantauan, penyusunan dan
pembinaan bahan pengajaran pelbagai kursus walaupun bahan pengajaran tersebut
dikeluarkan pada masa yang sama. Keadaan ini juga tidak menggambarkan tahap keupayahan
dan kebolehan yang berbeza para pelajar pelbagai kursus/aliran. Perancangan yang baik
sepatutnya mencerminkan adanya perbezaan dan pemeringkatan bertahap-tahap dari segi

118

jumlah, jenis dan tahap kepayahan kosa kata bagi setiap peringkat dan kursus/aliran. Hal ini
bertepatan dengan matlamat kurikulum Bahasa Melayu yang disediakan bagi kumpulan
pelajar yang mempunyai tahap kebolehan yang berbeza-beza.

Akhir sekali, disarankan agar tahap pencapaian dan penguasaan pelajar dalam aspek
kosa kata yang hendak dicapai ditentukan mengikut peringkat. Umpamanya, di akhir
menengah 2, sukatan pelajaran boleh menentukan bahawa dari segi hasilan ketara
pembelajaran, para pelajar sudah berupaya mengguasai kemahiran membuat tekaaan daripada
konteks dan menggunakan kamus dengan efektif. Hasilan yang ditentukan haruslah dimulakan
dari peringkat menengah 1 lagi. Begitu juga perlu ditentukan jumlah dan tahap kepayahan
kosa kata bagi setiap peringkat dan kursus/aliran. Ketetapan yang sedemikian boleh
membantu pengajaran dan pembelajaran kosa kata dengan lebih fokus dan tersusun yang
menuju ke arah pencapaian hasilan ketara pembelajaran yang diingini.

4.6

Kesimpulan dan Saranan

Pada keseluruhannya, kajian yang dilakukan terhadap sukatan pelajaran dan bahan
pengajaran yang digunakan di peringkat sekolah menengah mendapati tidak terdapat program,
pengajaran dan pemerolehan kosa kata Bahasa Melayu yang berdasarkan kaedah yang
sistematik dan perancangan yang tersusun. Pengajaran dan pembelajaran kosa kata di sekolahsekolah berlaku hanya sebagai satu aktiviti di bawah spektrum aktiviti membaca atau
mendengar. Berdasarkan pakej-pakej yang dikaji, bolehlah dirumuskan bahawa pemerolehan
kosa kata banyak tertumpu kepada memberikan definisi atau maksud dan penggunaannya
dalam ayat dan kurang ditekankan sebagai satu kemahiran yang perlu dikuasai seperti
kemahiran bahasa yang lain.

119

Memandangkan pentingnya kosa kata dalam konteks pemerolehan bahasa, pengajaran


dan pembelajaran kosa kata serta pembangunannya dari segi kemahiran perlulah dipastikan
berlaku dalam kelas Bahasa Melayu. Untuk merealisasikan perkara ini, program kosa kata
Bahasa Melayu yang sistematik, disusun dan dirancang dengan baik perlulah dibina. Ini
melibatkan rombakan dari segi sukatan pelajaran dan bahan pengajaran yang digunakan di
sekolah-sekolah yang termasuk objektif, pendekatan, kepelbagaian strategi dan aktiviti.
Program seumpama ini dapat memastikan pembelajaran dan pemerolehan kosa kata
bersesuaian dengan tahap kemampuan pelajar pelbagai kursus/aliran, menyokong
pemerolehan kemahiran bertutur, mendengar, membaca dan menulis, di samping memastikan
adanya pemeringkatan secara bertahap-tahap dalam pemerolehan kosa kata pelajar mengikut
peringkat.

Kajian yang telah dijalankan oleh pengkaji seperti Dale & ORourke (1971) dan
Sunderaj-Rajendra (1985) membuktikan bahawa program kosa kata yang baik mempunyai
kesan yang positif dan pengaruh secara langsung terhadap pembelajaran bahasa. Program
yang tersusun dan sistematik boleh menjadi mangkin kepada pembangunan kosa kata yang
lebih baik dan juga peningkatan dalam aspek-aspek bahasa yang lain. Oleh sebab program
kosa kata yang dirancang melibatkan pengajaran kosa kata secara langsung dan tumpuan
diberikan kepada pemerolehan kemahiran, para pelajar dapat dibantu untuk lebih berupaya
dan berjaya mempelajari kosa kata dengan lebih berfokus dan efektif dan sekali gus
membantu pembangunan dan pengembangan kemahiran kosa kata mereka.

Dapatlah dirumuskan bahawa terdapat beberapa sebab yang kuat untuk mewajarkan
penyusunan dan perancangan komponen kosa kata dalam program pengajaran dan
pembelajaran bahasa. Kosa kata yang dirancang memberikan kesan yang berbeza-beza

120

terhadap pembelajaran. Oleh itu, adalah penting untuk memastikan para pelajar mempunyai
penguasaan yang baik tentang kosa kata yang kerap digunakan sebelum pelajar tersebut
mempelajari kosa kata yang kurang kerap digunakan. Selain itu, fokus pengajaran bagi jenis
kedua-dua kosa kata tersebut berbeza. Program kosa kata yang baik haruslah memberikan
fokus berdasarkan kesesuaian tahap pengajaran dan pembelajaran pelajar dan ini haruslah
dilakukan dengan cara yang tersusun dan sesuai. Begitu juga, pengajaran kosa kata haruslah
menjadikan pembelajaran kosa kata sesuatu yang mudah dan menarik. Kebanyakan
pengajaran kosa kata menjadikan pembelajaran kosa kata lebih susah daripada yang
sepatutnya. Ini disebabkan oleh cara pengajaran itu disusun dan disampaikan umpamanya
menggabungkan perkataan sinonim dan antonim dan item lain dalam satu kumpulan leksikal.
Cara yang demikian ini boleh membingungkan pelajar. Hal ini tidak akan berlaku sekiranya
program kosa kata itu dirancang. Akhir sekali, peluang mempelajari kosa kata dan mutu kosa
kata yang dipelajari boleh ditingkatkan melalui perancangan yang rapi yang melibatkan kosa
62

kata dengan aktiviti dan kemahiran bahasa yang lain.


mengandungi empat bahagian yang

Sesuatu program bahasa yang


dirancang haruslah

memerlukan penggunaan masa dan tumpuan yang hampir setara. Keempat-empat bahagian ini
menyediakan peluang bagi pembelajaran kosa kata. Empat bahagian tersebut ialah
pembelajaran berfokus bagi mendapatkan atau mempelajari makna; pembelajaran berfokus
kepada hasil pengeluaran; pembelajaran berfokus kepada bahasa; dan pembelajaran bagi
membina kelancaran. Pembelajaran berfokus bagi mendapatkan atau mempelajari makna
62 . Lihat: Hoover, Regina M. 1979. In the Beginning: The Word, dalam Journal of
Basic Writing, 2:3, hlm 87 ; Judd, E. L., 1978. Vocabulary Teaching and TESOL: A
Need for Re-evaluation of existing Assumptions, dalam TESOL Quaterly, 12:1, hlm
71-76: Nation, I.,S., P., 1994. New Wyas in Teaching Vocabulary, Pantagraph
Printing, Bloomington, Illinois USA: ORourke, J., P., 1974. Towards a Science of
Vocabulary Development, Mouton, The Hague: Seal, bernard D., 1991. Vocabulary
Learning and Teaching, dalam Cel-Murcia (ed), Teaching English as Second or
Foreign Language, Second edition, Boston, Newburry House.
121

melibatkan pembelajaran dan pembentukan item-item bahasa melalui aktiviti mendengar dan
membaca. Pembelajaran sebahagian besarnya berlaku secara tak langsung kerana fokus
utama pelajar ialah kepada isi perkara yang didengar atau dibaca. Pembelajaran berfokus
kepada hasil pengeluaran pula melibatkan pembelajaran dan pembentukan item-item bahasa
melalui aktivitit bertutur atau menulis dan berlaku secara tidak langsung juga. Seterusnya
pembelajaran berfokus kepada bahasa melibatkan pembelajaran sistem bahasa secara
langsung seperti kosa kata, intonasi dan tatabahasa. Akhir sekali, pembelajaran bagi membina
kelancaran merangkumi kesemua kemahiran asas bahasa iaitu kemahiran bertutur, mendengar,
membaca dan menulis. Dalam bahagian ini, para pelajar sebanyak mungkin mempraktikkan
63

aspek bahasa yang sudah diketahui atau dipelajari.


bertanggungjawab

Selain perkara-perkara yang


disebutkan di atas, pihak yang

menyusun dan menyediakan sukatan pelajaran dan panduan bagi para guru boleh berusaha
untuk membina daftar kosa kata yang perlu diajar dan dipelajari di sekolah-sekolah. Jika
daftar ini tidak dapat disediakan, sekurang-kurangnya sejumlah perkataan yang dikaitkan
dengan tema-tema yang disarankan dalam sukatan pelajaran hendaklah dikenal pasti untuk
dipelajari dan dikuasai oleh para pelajar peringkat menengah. Ini kerana amatlah mustahil
untuk mengajar semua perkataan yang terdapat dalam sesuatu bahasa tersebut di peringkat
sekolah. Tidak boleh tidak, para guru perlulah memilih dan menentukan perkataan yang
hendak diajar. Bagi tujuan keseragaman dan untuk memastikannya semua pelajar mempelajari
dan menguasai jumlah kosa kata yang berkaitan dengan tema dan berpadanan dengan
peringkat dan kursus/aliran, tugas ini haruslah dipikul atau diterajui oleh MOE. Namun, ini
tidak bermakna para guru tidak diberikan kelonggaran dalam menggunakannya. Umpamanya,
mereka boleh membuat penyesuaian seperti menambah jumlah perkataan untuk memenuhi
63. Lihat Nation, I.,S., P., 2002. Managing Vocabulary Learning, RELC Portfolio Series
2, SEAMEO Regional Language Centre.
122

keperluan dan keupayaan para pelajar mereka. Selain itu, daftar kosa kata yang disediakan
oleh MOE ini boleh juga bertindak sebagai garis panduan kepada pembina/penulis bahan
pengajaran. Daftar sebegini dapat membimbing dan memberikan ketentuan dalam pemilihan
kosa kata bagi pembinaan bahan dan memastikan adanya kemajuan yang bertahap-tahap
dalam pembangunan kosa kata yang dianjurkan. Perlulah diingat, apa jua keputusan yang
dibuat oleh pembina bahan pengajaran yang berkaitan dengan pembinaan bahan pengajaran
Bahasa Melayu akan mendatangkan kesan secara langsung atau tidak langsung terhadap
rentak, proses dan bentuk pemerolehan kosa kata dalam kalangan pelajar.

Di samping manfaat daftar kosa kata seperti yang dibentang di perenggan atas tadi,
dapatlah diketengahkan beberapa kelebihan lain daftar kosa kata ini. Antaranya termasuklah
ialah daftar ini dapat digunakan dalam analisis dan perbandingan bahan-bahan bacaan. Daftar
ini merupakan salah satu elemen yang penting bagi formula mengukur tahap kebolehbacaan
dan boleh dijadikan panduan oleh pendidik yang terlibat dalam penilaian dan membuat
saranan buku-buku teks dan bahan pengajaran yang lain untuk digunakan dalam bilik darjah.
Selain itu, daftar ini membantu dalam penyediaan bagi soalan aneka pilihan untuk ujian
psikologi dan ujian ejaan dan bertindak sebagai sumber bagi pengajaran dan ujian perkataan
asas bagi pelajar yang lemah kebolehannya. Daftar ini juga boleh dijadikan kayu ukur untuk
mengenal pasti masalah dalam bacaan dan digunakan sebagai panduan bagi penulis
menyediakan bahan-bahan bacaan mudah. Seterusnya daftar ini boleh dijadikan bank item
bagi mendapatkan contoh-contoh perkataan yang kurang kerap digunakan atau perkataan yang
payah untuk tujuan pemilihan perkataan dalam ujian atau soalan aneka pilihan bagi kosa
64

64. Lihat Harris, Albert J., Jacobson, Minton D., 1972. Basic Elementary Reading
kata.
Vocabularies, New York, The Macmillan Company: Schmitt, N. and McCarthy, M.
(eds), 1977. Vocabulary: Description, Acquisition and Pedagogy, Cambridge,
123

Bagi melancarkan program yang disusun, adalah wajar untuk memberikan perhatian
terhadap pelaksanaan program tersebut di sekolah-sekolah. Kelancaran dan kejayaan program
ini sebahagian besarnya tertakluk kepada peranan, kebolehan dan keupayaan para guru.
Sebaik mungkin pelaksanaan program yang disediakan haruslah menepati objektif
perancangan dan penyediaan program tersebut agar apa yang dirancang dapat dicapai. Untuk
itu, para guru haruslah dibantu dengan penyediaan model bagi strategi pembelajaran yang
sesuai dan pelbagai. Satu program khas untuk melatih dan membimbing para guru khususnya
para guru baharu juga hendaklah disediakan. Selain memberikan panduan, usaha sebegini
dapat membangkitkan keyakinan para guru untuk melaksanakan tugas ini dengan lebih
bersemangat dan berkesan.

Akhir sekali, perlulah diingat bahawa apa pun tindakan dan usaha yang diambil
haruslah berpaksi kepada objektif utama pemerolehan program kosa kata, iaitu untuk
mengajar para pelajar cara atau teknik mempelajari kosa kata secara berdikari, mengajar
konsep yang kritikal dan berkaitan dengan pemahaman dan untuk mewujudkan sekitaran bagi
menjana dan menggalakkan pembangunan kosa kata dalam kalangan pelajar. Untuk tujuan ini,
pelajar perlulah dilengkapi dengan kemahiran dan strategi yang diperlukan. Peluang-peluang
bagi para pelajar mempraktikkan kemahiran tersebut haruslah diterbitkan. Para pelajar juga
perlu belajar dalam persekitaran yang menggalakkan dan berupaya mengembangkan
pengetahuan kosa kata mereka di samping terlibat dalam aktiviti membaca dan menulis yang
penuh bererti. Oleh itu, skop dan konsep pembelajaran dan pembangunan kosa kata yang ada
perlu diluaskan. Pendekatan, pandangan dan fokus terhadap aspek ini harus berubah. Dalam
merancangkan program kosa kata di sekolah-sekolah, para penggubal dan pembina kurikulum
dan bahan pengajaran mungkin boleh berpegang kepada pendapat yang dikatakan oleh
Cambridge University Press: Schmitt, N., 2000. Vocabulary in Language Teaching,
Cambridge, Cambridge University Press.
124

ORouke (1974) bahawa pembelajaran dan pembangunan kosa kata mestilah dilihat bukan
semata-mata untuk mempelajari senarai perkataan yang tidak ada kaitan tetapi sebagai satu
bahagian penting dalam kurikulum bahasa.

125