Anda di halaman 1dari 13

BIL TAJUK

MUK
A
SURA
T

1.

Pengenalan

2.

Kaedah Pembuatan Keputusan Yang Dipilih

3.

Aplikasi Kaedah Pembuatan Keputusan Dalam Situasi Sebenar


5

3.1 Aplikasi Di Peringkat Universiti

4.

Kelebihan Kaedah Pembuatan Keputusan Yang Dipilih

5.

Kelebihan Kaedah Pembuatan Keputusan Yang Dipilih

6.

Kesimpulan

10

7.

Rujukan

11

1.

PENGENALAN

Vroom (2003) mentakrifkan pembuatan keputusan sebagai satu tanggungjawab yang perlu
dipikul oleh seorang pengurus atau ketua. Pengurus perlu melalui beberapa proses bagi
memastikan keputusan yang dibuat adalah tepat dan dapat dilaksanakan. Pengurus memerlukan
manual sebagai panduan dalam membuat sesuatu keputusan. Bagi Harrison (1996), meletakkan
empat perspektif dalam proses pembuatan keputusan yang strategik dan perlu mengambil kira
semua maklumat terkini serta idea yang bernas sebelum membuat sesuatu keputusan. Schwarber
(2005) pula menyatakan pembuatan keputusan juga memerlukan penglibatan individu, masa dan
cara yang sesuai. Pemimpin perlu aktif berfikir dalam membuat keputusan berdasarkan
maklumat yang relevan dengan situasi yang wujud. Sebagai pemimpin, membuat keputusan
yang terbaik adalah satu komponen utama kepada sesebuah organisasi (Zimmerman, 2012).
Pembuatan keputusan yang baik dipengaruhi oleh pengalaman, kecekapan, kemahiran dan
persekitaran pembuatan keputusan. Dalam proses pembuatan keputusan, maklumat mengenai
kesan daripada keputusan yang telah ditentukan pada masa hadapan. Contohnya, syarikat
perniagaan yang membuat keputusan mengenai teknik pemasaran yang bakal dilaksanakan akan
mengambil kira teknik pemasaran yang diambil oleh syarikat perniagaan yang menjalankan
perniagaan produk yang serupa. Dengan maklumat yang terperinci akan memudahkan seseorang
membuat keputusan dengan mudah dan tepat.
Terdapat tiga persekitaran pembuatan keputusan iaitu kepastian, ketidakpastian dan berisiko.
Pembuatan keputusan dalam keadaan kepastian ialah pembuat keputusan yang
bertanggungjawab memperoleh maklumat yang lengkap dan terperinci untuk membantu dalam
membuat sesuatu keputusan. Beberapa keputusan boleh dibuat dalam keadaan kepastian. D alam
aspek ini, selalunya keputusan yang diambil adalah keputusan bersama dalam mesyuarat. Ia
adalah untuk mengurangkan permasalahan yang kemungkinan timbul selepas mesyuarat selesai.
Membuat keputusan secara kepastian ini membolehkan organisasi mempunyai pilihan yang jelas
1

sama ada dalam aspek keinginan, minat dan keperluan. Apabila membuat keputusan dalam
keadaan pasti, tidak ada istilah secara ad hoc setelah analisis dilakukan (Ule, 2009).
Manakala, pembuatan keputusan dalam keadaan ketidakpastian merujuk kepada pembuat
keputusan tidak mempunyai sebarang maklumat yang mampu membantunya dalam menentukan
keputusan yang akan diambil dan akibatnya pembuat keputusan terpaksa menggunakan
pengalaman sendiri dalam membuat keputusan. Membuat keputusan berdasarkan ketidakpastian
ialah membuat keputusan berdasarkan maklumat yang tidak ada. Ketidakpastian terhadap masa
hadapan yang akan berlaku. Contohnya, situasi yang dihadapi oleh seorang pengurus pasukan
bola sepak yang berada dalam keadaan ketidakpastian mengenai seorang pemain dalam pasukan
memerlukan pengurus untuk membuat keputusan dalam keadaan ketidakpastian. Walaupun
pengurus bola sepak tersebut mengetahui tahap kemahiran, teknik dan kemampuan pemain
tersebut, pengurus perlu membuat analisis mengenai aspek yang lain seperti keadaan padang
bola, sikap pasukan bola, kecederaan yang bakal dihadapi dan sebagainya. Aspek ketidakpastian
yang tidak boleh diramalkan dalam situasi tersebut adalah pemain berkemungkinan akan
menghadapi risiko kecederaan apabila perlawanan bola sepak berlangsung di masa hadapan
(Heath, 1991).
Bagi pembuatan keputusan dalam persekitaran berisiko ialah pembuat keputusan mempunyai
maklumat tetapi tidak lengkap. Membuat keputusan berdasarkan keadaan berisiko adalah
keadaan di mana keputusan yang telah di buat menggunakan maklumat terhadap situasi semasa
dan persekitaran tidak lengkap. Pembuat keputusan akan berada dalam keadaan ketidakpastian
ataupun keadaan berisiko melalui situasi tersebut (Nygren, 1998). Risiko yang ingin ditangani
adalah bersifat objektif dan bergantung pada pembuat keputusan untuk menentukan aspek yang
ingin ditekankan dan pemimpin yang berada dalam situasi tersebut akan membuat pilihan sama
ada menerima risiko atau melihat keseluruhan persekitaran untuk menolak risiko (Wu, 2004 ;
Mellers, 1997).
Pembuatan keputusan kumpulan merupakan situasi di mana individu akan bekerjasama untuk
menyelesaikan masalah melalui perkongsian pendapat dan input. Pembuatan keputusan
kumpulan merupakan proses yang kompleks yang mana hanya akan mampu dicapai dengan
menggunakan beberapa jenis metod atau kaedah. Menurut Norlida Kamaluddin et al (2011),
2

terdapat tiga metod atau kaedah pembuatan keputusan berkumpulan iaitu gaya autoritarian
(authoritarian style), sumbang saran (brainstorming) dan berdasarkan kaedah mengundi (voting
based method). Pembuatan keputusan gaya autoritarian adalah mempunyai persamaan dengan
diktator, yang mana pembuatan keputusan adalah bergantung pada seorang individu. Gaya
pembuatan keputusan ini adalah lebih sesuai kepada seseorang yang berkuasa dalam menetapkan
keseluruhan proses membuat keputusan dan mempunyai kuasa akhir kepada keputusan akhir.
Gaya pembuatan keputusan autoritarian mempunyai banyak kekurangan berbanding kebaikan
kerana tidak mengambil kira pendapat orang lain terhadap keseluruhan proses pembuatan
keputusan. Kaedah pembuatan keputusan yang kedua ialah sumbang saran iaitu sangat sesuai
apabila proses pembuatan keputusan tidak dapat ditetapkan, melalui kaedah ini pelbagai jenis
pilihan dan kemudian ahli kumpulan akan membuat pilihan. Kaedah pembuatan keputusan yang
ketiga adalah berdasarkan kaedah mengundi. Kaedah ini sesuai kepada kumpulan yang telah
mempunyai banyak pilihan keputusan dan hanya perlu memilih satu keputusan. Sistem
mengundi ini membolehkan setiap ahli dalam kumpulan memberikan satu undian terhadap
pilihan yang dirasakan terbaik.

2.

KAEDAH PEMBUATAN KEPUTUSAN YANG DIPILIH

Kaedah pembuatan keputusan kumpulan yang dipilih oleh penulis adalah kaedah sumbang saran
(brainstorming). Seperti yang telah dijelaskan pada bahagian pendahuluan, kaedah pembuatan
keputusan kumpulan berdasarkan kaedah sumbang saran adalah berdasarkan pendapat setiap ahli
kumpulan. Pendapat ahli dalam kumpulan kemudian akan dikumpulkan dan ahli dalam
kumpulan akan membuat pemberatan terhadap pilihan yang ada. Kaedah pembuatan keputusan
kumpulan berdasarkan sumbang saran merupakan kaedah yang terkenal dan memberi kebebasan
kepada ahli kumpulan untuk mencadangkan pembuatan keputusan. Fasilitator akan
bertanggungjawab menyelia keseluruhan perbincangan hanya untuk memastikan perbincangan
tidak menyimpang dari objektif sebenar. Kaedah ini menghargai pendapat setiap ahli dalam
kumpulan dan keputusan muktamad akan ditentukan dengan konsensus.
Untuk melaksanakan pembuatan keputusan kumpulan berdasarkan kaedah sumbang saran,
terdapat enam peringkat yang perlu dilalui iaitu :-

i)

Peringkat pertama adalah mengenal pasti dan mendiagnosis masalah (identifying


and diagnosing the problem). Pada peringkat ini, masalah yang wujud untuk
diselesaikan perlu dikenal pasti untuk memastikan keputusan yang diambil adalah

ii)

sesuai dengan masalah.


Peringkat kedua ialah membentuk penyelesaian alternatif (Generating alternatif
solution) iaitu melihat kepada sumber-sumber sekunder iaitu dari segi idea yang
pernah digunakan. Sekiranya masalah yang sedang dihadapi adalah sama,
kumpulan mungkin boleh menggunakan kaedah yang sama dan penyelesaiannya

iii)

juga boleh diambil dengan menggabungkan idea lama dan baru.


Peringkat yang ketiga dalam pembuatan keputusan kumpulan adalah menilai
alternatif (evaluating alternatives), dalam pembuatan keputusan jalan alternatif
adalah sangat penting untuk digunakan semasa kontenjensi iaitu sekiranya
keputusan akhir yang diambil dirasakan tidak sesuai untuk dijalankan, laluan

iv)

alternatif sangat diperlukan.


Peringkat keempat dalam pelaksanaan pembuatan keputusan kumpulan adalah
membuat pilihan. Ahli kumpulan akan memikirkan hasil yang akan diperoleh
sekiranya satu keputusan di pilih iaitu dengan membandingkan ke semua
pendapat ahli kumpulan dari segi faedah, kos kesan positif, kesan negatif dan

v)

sebagainya.
Peringkat kelima dalam pembuatan keputusan ialah melaksanakan keputusan
(implementing the decision) iaitu individu yang bertanggungjawab untuk
melaksanakan sesuatu keputusan haruslah memahami mengenai pemilihan
keputusan dan sebab keputusan dipilih serta komited untuk memastikan kejayaan
pelaksanaan. Pihak yang bertanggungjawab dalam pelaksanaan keputusan juga

vi)

perlu mengenal pasti potensi masalah dan potensi peluang.


Peringkat yang terakhir adalah peringkat keenam iaitu menilai keputusan dengan
mengumpul maklumat mengenai fungsi keputusan yang diambil dan sekiranya
didapati tidak sesuai, keenam-enam peringkat dalam pembuatan keputusan
kumpulan perlu diulang semula untuk mendapat keputusan yang terbaik.

Untuk membuat keputusan yang terbaik daripada alternatif yang sedia ada, terdapat beberapa
langkah dalm proses pembuatan keputusan (Hirokawa dan Sheerhon, 1986).

a) Menilai situasi semasa iaitu ahli kumpulan akan menganalisis keadaan berdasarkan
maklumat yang ada serta membuat penilaian keperluan untuk membuat keputusan;
b) Mengenal pasti matlamat kumpulan dan alternatif iaitu setelah kumpulan
menganalisis situasi semasa, kumpulan akan menetapkan matlamat kumpulan
berdasarkan masalah yang dihadapi kemudian melalui maklumat tersebut ahli
kumpulan akan mencari alternatif penyelesaian;
c) Mengenal pasti kesan positif dan kesan negatif alternatif yang ada iaitu semakin
banyak peluang alternatif yang dikenal pasti, lebih banyak peluang kumpulan untuk
mencari keputusan yang terbaik. Kegagalan kumpulan untuk menjana alternatifalternatif yang lain merupakan punca kumpulan tersebut memperoleh keputusan yang
kurang baik. Kumpulan juga perlu menilai kebaikan dan keburukan jangka pendek
dan jangka panjang alternatif;
d) Pilih alternatif yang terbaik berdasarkan perkiraan kebaikan dan keburukan. Alternatif
yang dipilh mesti memberikan kebaikan yang lebih banyak serta mempunyai lebih
banyak kesan positif berbanding kesan negatif.

3.

APLIKASI KAEDAH PEMBUATAN KEPUTUSAN DALAM SITUASI SEBENAR

Situasi yang dipilih oleh penulis dalam menjelaskan pengaplikasian pembuatan keputusan
kumpulan dalam situasi sebenar adalah situasi di Universiti oleh mahasiswa dan mahasiswi
dalam menjalankan sesebuah program. Kaedah pembuatan keputusan yang dipilih oleh penulis
adalah kaedah sumbang saran (brainstorming). Kaedah sumbang saran adalah satu bentuk
teknik kumpulan. Pada dasarnya teknik ini untuk meneroka dan mendapatkan idea - idea ahliahli kumpulan kerana kaedah sumbang saran adalah lebih tertumpu pada idea dan bukan
penilaian. Lebih banyak idea yang dikenal pasti, peluang untuk mendapatkan sesuatu
penyelesaian yang kreatif kepada masalah adalah lebih besar (Umar Nimran , 1997 ). Ini kerana,
teknik sumbang saran adalah lebih tertumpu kepada sumbang saran idea dan bukan penilaian.

3.1

APLIKASI DI PERINGKAT UNIVERSITI

Situasi:
Pelajar tahun 2 Universiti Teknologi Mara (UITM) cawangan Sabah
akan mengadakan program lawatan sambil belajar di negeri Sarawak
selama 10 hari. Program lawatan sambil belajar ini melibatkan 30
orang pelajar dan 3 orang pensyarah yang ditugaskan untuk
mengiringi pelajar. Pelajar akan menentukan perbelanjaan,
pengangkutan, penginapan, pengisian program dan yuran pelajar.

Peringkat 1:

Mengenal pasti dan Mendiagnosis Masalah (Identifying and diagnosing the


problem)

Pembuatan keputusan kumpulan akan dimulakan dengan perbincangan 30 orang pelajar yang
terlibat untuk melantik seorang ketua yang bertanggungjawab untuk menyelia dan membimbing
perbincangan sepanjang perancangan aktiviti tersebut. Selepas seorang ketua dilantik, ketua
setiap bahagian bersama ahli jawatankuasa kecil dilantik untuk membantu dalam penyelesaian
tugasan yang diberikan. Antara bahagian yang perlu diwujudkan ialah bendahari untuk menyelia
perbelanjaan dari awal hingga akhir program, bahagian pengangkutan untuk menyelia kenderaan,
bahagian makanan dan minuman untuk menyelia makanan yang disediakan untuk ahli selama 10
hari dan bahagian penginapan iaitu untuk menentukan penginapan sepanjang berada dalam
program yang dijalankan. Selepas semua bahagian di lantik, setiap bahagian akan dipecahkan
untuk membincangkan tugasan masing-masing. Dengan mengetahui objektif, tujuan dan tugasan
masing-masing, ia akan memudahkan pembuatan keputusan menggunakan kaedah sumbang
saran dilaksanakan.
Peringkat 2:

Membentuk penyelesaian alternatif (Generating Alternative Solution)

Pada peringkat kedua, membentuk penyelesaian alternatif iaitu setiap bahagian yang telah
dilantik akan berjumpa dengan senior dan pensyarah yang pernah menganjurkan aktiviti
seumpama ini untuk mendapatkan maklumat mengenai cara mereka menyelesaikan tugasan atau
tanggungjawab. Contohnya dari segi perbelanjaan sepanjang program, penting untuk
6

mengetahui bagaimana mereka mendapat bajet untuk membiayai perbelanjaan aktiviti yang
dijalankan. Setiap bahagian yang telah diwujudkan akan melakukan tindakan yang sama untuk
memudahkan pembentukan penyelesaian alternatif. Kemudian, ahli kumpulan dalam setiap
bahagian akan mengadakan perbincangan berkenaan tugasan masing-masing.
Peringkat 3:

Menilai Alternatif (Evaluating Alternatif)

Ketua Program, Ketua Setiap Bahagian dan Ahli jawatankuasa (AJK) akan berkumpul untuk
menilai setiap pilihan yang ada. Setiap bahagian akan terlibat dan memberi cadangan serta
komen mengenai kesan atau akibat daripada penyelesaian alternatif mengenai masalah yang
sedang dihadapi. Ketua Program akan bertindak sebagai pemantau dan tidak berkuasa untuk
menidakkan semua cadangan yang telah dikemukakan. Ketua Program juga bertanggungjawab
untuk memastikan perbincangan berjalan dengan lancar tanpa berlaku sebarang perselisihan
faham. Sekiranya keputusan yang dibuat tidak tepat, ia akan memberi kesan kepada aktiviti yang
bakal dijalankan. Oleh yang demikian, kerjasama daripada semua ahli kumpulan adalah sangat
penting untuk mengelakkan sebarang kesilapan daripada berlaku.
Peringkat 4:

Membuat Pilihan (Making the Choice)

Keputusan yang akan diambil akan menentukan hasil kepada aktiviti yang dijalankan. Segala
pendapat yang dikemukakan akan dibandingkan antara satu sama lain dari segi kesan positif,
kesan negatif, kos dan lain-lain. Perbandingan adalah dari segi objektif dan tujuan program dan
bukannya untuk menentang pendapat orang lain dalam kumpulan. Pilihan keputusan yang dibuat
adalah dari segi perbincangan dan persetujuan setiap ahli kumpulan dan apabila sesuatu
keputusan telah dicapai, jalan alternatif yang akan digunakan apabila keputusan akhir juga harus
ditentukan. Contohnya, dari aspek penginapan, sekiranya kumpulan telah menentukan untuk
menginap di asrama, mereka juga perlu mengambil keputusan mengenai jalan alternatif di mana
mereka akan menginap sekiranya asrama tidak disediakan. Jalan penyelesaian alternatif sangat
penting untuk mengelakkan sebarang kejadian luar jangka.
Peringkat 5:

Pelaksanaan Keputusan (Implementing the Decision)

Pada peringkat pelaksanaan keputusan, ia adalah gabungan keputusan yang dipilh setiap
bahagian untuk dilaksanakan. Ketua bahagian yang bertindak sebagai pihak yang melaksanakan
7

keputusan yang diambil akan berusaha untuk memahami keputusan yang dipilih dan mengapa ia
telah dipilih. Kefahaman mengenainya juga diperoleh dengan perbincangan awal bersama ahli
kumpulan. Pelaksana keputusan akan memastikan segala masalah dalam perancangan program
akan dapat diselesaikan sebelum perjalanan ke negeri Sarawak. Contohnya, dari segi
pengangkutan yang akan digunakan sepanjang perjalanan ke Sarawak, ketua bahagian
pengangkutan akan berjumpa dengan pihak yang mengendalikan pengangkutan bas di UITM
untuk menempah bas yang akan digunakan dalam program. Sekiranya hal tersebut tidak dapat
dilakukan dengan sempurna, masalah akan dihadapi dari segi perjalanan ke destinasi.
Bagaimanapun, kita tidak dapat mengandaikan perjalanan akan berjalan dengan lancar sepanjang
perjalanan, oleh itu pelaksana akan mengenal pasti masalah yang bakal dihadapi seperti
mengalami kerosakan bas dan mengenal pasti potensi.
Peringkat 6:

Menilai Keputusan (Evaluating the Decision)

Semua hal yang perlu diselesaikan sebelum perjalanan ke negeri Sarawak adalah dengan tujuan
untuk menguji keputusan yang telah di ambil. Sekiranya terdapat bahagian yang tidak dapat
menjalankan tugasan dengan keputusan yang telah dipilih, perbincangan akan dijalankan semula
untuk menentukan jalan penyelesaian yang perlu di ambil. Bahagian yang sering menghadapi
masalah dari segi keputusan yang di ambil ialah bahagian kewangan dan tajaan.

4.

KELEBIHAN KAEDAH PEMBUATAN KEPUTUSAN YANG DIPILIH

Kaedah pembuatan keputusan kumpulan sumbang saran mempunyai kelebihan yang tersendiri
berbanding kaedah pembuatan keputusan kumpulan yang lain. Kaedah sumbang saran
melibatkan penyertaan setiap ahli kumpulan dan ia akan mendorong ahli kumpulan untuk
memahami masalah yang dihadapi oleh sesebuah organisasi. Ia secara tidak langsung
merupakan latihan kepada ahli kumpulan untuk mengemukakan pendapat dalam menyelesaikan
sesuatu isu atau masalah yang ingin diselesaikan. Di samping itu, kaedah sumbang saran dalam
pembuatan keputusan kumpulan mempunyai lebih banyak maklumat, alternatif dan berinovasi
yang datang daripada ahli kumpulan melalui perkongsian idea daripada ahli-ahli kumpulan.
Selain itu, kaedah sumbang saran akan membuat ahli kumpulan mempunyai pemahaman yang
lebih luas berkenaan keputusan yang telah diambil. Pemilihan alternatif yang dianggap sebagai
8

terbaik juga lebih difahami oleh ahli kumpulan dan seterusnya akan memudahkan
pelaksanaannya.
Kaedah sumbang saran juga akan mendorong ahli kumpulan untuk lebih komited dalam
menyelesaikan masalah. Ahli kumpulan yang terlibat dalam membuat keputusan akan lebih
bersikap komited untuk memastikan keputusan yang telah dipilih

dapat dilaksanakan dengan

sempurna dan mencapai kejayaan. Selain itu, kaedah sumbang saran yang diaplikasikan dalam
pembuatan keputusan kumpulan mampu memperbaiki moral dan motivasi setiap ahli kumpulan
yang terlibat. Hal ini adalah disebabkan oleh penyertaan ahli kumpulan dalam membuat
keputusan dan menyelesaikan masalah memberikan satu kepuasan dan merasakan pendapat yang
diberikan penghargaan. Pembuatan keputusan kumpulan membantu dalam menggabungkan
kekuatan individu ahli kumpulan yang terlibat. Setiap ahli kumpulan mempunyai pendapat yang
berbeza dan pelbagai variasi gaya diaplikasikan dalam proses pembuatan keputusan.

5.

KELEMAHAN KAEDAH PEMBUATAN KEPUTUSAN YANG DIPILIH

Walau bagaimanapun, kaedah sumbang saran dalam pembuatan keputusan kumpulan juga
mempunyai kelemahan yang tersendiri iaitu proses perbincangan memakan masa yang lebih
panjang berbanding pembuatan keputusan yang lain. Ia membuang masa dan lambat dalam
menentukan keputusan yang akan diambil kerana setiap pendapat ahli kumpulan perlu dianalisis.
Selain itu, perbincangan juga mungkin hanya akan melibatkan segelintir ahli sahaja. Segelintir
ahli akan mendominasi perbincangan sehingga menyebabkan berlakunya konflik dalaman kerana
tidak memberikan peluang kepada orang lain untuk menyuarakan pendapat masing-masing. Di
samping itu, terdapat juga ahli kumpulan yang mudah berpuas hati dan tidak memberikan
komitmen sepenuhnya kerana ahli kumpulan tidak terlibat di peringkat pelaksanaan keputusan
kerana merasakan mereka tidak mempunyai tanggungjawab terhadap masalah yang dihadapi.
Kaedah sumbang saran dalam pembuatan keputusan menyebabkan terdapat ahli yang akan
merasa tertekan kerana khuatir akan menimbulkan konflik dengan ahli kumpulan lain yang akan
menyebabkan mereka dipulaukan.

6.

KESIMPULAN

Sebagai kesimpulan, penulis memilih kaedah sumbang saran dalam pembuatan keputusan
kumpulan disebabkan kaedah pembuatan keputusan sumbang saran lebih sesuai digunakan
dalam kumpulan. Kaedah sumbang saran mendorong ahli dalam kumpulan untuk bersikap
komited dalam menyelesaikan masalah. Ahli kumpulan juga berusaha untuk memastikan
keputusan yang di ambil mampu dilaksanakan dengan sempurna dan berjaya mencapai objektif
yang ditentukan. Selain itu, moral dan motivasi setiap ahli kumpulan juga dapat diperbaiki
kerana melalui kaedah sumbang saran tidak ada seorang pun yang diabaikan, malah pendapat
yang dikemukan juga dihargai dan ia memberikan kepuasan kepada ahli yang terlibat. Melalui
kerjasama antara ahli kumpulan, sudah pasti keputusan yang di capai adalah yang terbaik.

(2,595 Patah Perkataan)

10

RUJUKAN
Heath, C., & Tversky, A. (1991). Preference and belief: Ambiguity and competence in choice
under uncertainty. Journal of risk and uncertainty. 4(1), 5-28.
Hirokawa, R.Y., & Scheerhorn, D.R. (1985). The Functions of Argumentation in Group
Deliberation. In J.R. Cox, M.O. Sillars, and G.B. Walker (eds.). Argument and Social
Practice , pp. 737-746. Annandale, VI: Speech Communication Association.
Harrison, E. F. ( 1996 ). A process prespective on strategic decision making. Management
Decision, 34(1),46-53.
Kelly, P.K. (1994).Team Decision Making Techniques: A Practicle Guide To Successful Team
Out Comes. United State America: Richard Chang Associates, Inc.
Mellers, B. A., Schwartz, A., Ho, K., & Ritov, I. (1997). Decision affect theory: Emotional
reactions to the outcomes of risky options. Psychological Science, 423-429.
Montanari, J.R., Moorhead, G., Montanari, E.O. (1980). A Laboratory Study of a Strategic
Decision-Making Methodology. Proceedings of the American Institute for Decision
Science. 472-474.
Norlida Kamaluddin, Zafaran Hassan, Rabiah Abdul Wahab dan Rohaya Mohd Hussein. (2011).
Principles of Management. Selangor: Perpustakaan Negara Malaysia.
Nygren, T. E. (1998). Reacting to Perceived High-and Low-Risk WinLose Opportunities in a
Risky Decision-Making Task: Is It Framing or Affect or Both?. Motivation and Emotion.
22(1): 73-98.
Ule, A. (2009). Collective Decision Making as the Actualization of Decision Potential.
Interdisciplinary Description of Complex Systems. 7(2): 90-105.
Umar Nimran. (1997). Perilaku Organisasi. Surabaya : CV. Citra Media
Schwarber, P. D. (2005). Leaders and decision making process. Management Decision, 43(7/8),
1086-1092.

11

Vroom, V. H. (2003). Educating managers for decision making and leadership. Management
Decision, 41(10), 968-978.
Wu, G., Zhang, J., & Gonzalez, R. (2004). Decision under risk. Blackwell handbook of judgment
and decision making. 399-423.
Zimmerman, T. (2012). Wildland Fire Management Decision Making. Journal of Agricultural
Science & Technology. 2 (2b): 169-178.

12

Anda mungkin juga menyukai