Anda di halaman 1dari 8

TEMUBUAL BERSTRUKTUR

Saya

Assalamualaikum cikgu. Kami dari Institut Pendidikan Guru


Kampus Pendidikan Islam. Bolehkah kami menemubual cikgu?

Guru cemerlang :

Waalaikumussalam. Boleh. Silakan.

Saya

Bagaimanakah cikgu mengurus organisasi kelas prasekolah

dengan baik?

Guru cemerlang :

Dalam pengurusan organisasi prasekolah saya telah


mewujudkan hubungan yang baik dengan ibu bapa/ penjaga
murid dan guru-guru di sekolah ini dalam

perlantikan ahli

jawatankuasa permuafakatan prasekolah. Kerjasama yang erat


antara ibu bapa dan guru sangat

membantu dalam

pengurusan organisasi prasekolah yang baik. Guru


Besar dan guru penolong kanan sekolah sentiasa memberi
sokongan dalam program yang dianjurkan oleh saya.
Saya

Boleh cikgu terangkan mengenai tatacara pengurusan peralatan


kelas prasekolah, peruntukan kewangan dan pembelian
barangan makanan di kelas prasekolah?

Guru cemerlang :

Biasanya saya akan merujuk surat pekeliling ikhtisas yang


berkaitan

contohnya dalam merekod harta modal dan peralatan

prasekolah

yang dibekal oleh kerajaan ke dalam rekod inventori

yang berkenaan. Saya juga menyediakan takwim tahunan dan


perancangan perbelanjaan tahunan dari sumber wang makan
prasekolah, wang kokurikulum dan wang PCG prasekolah secara
berhemah. Saya akan bekerjasama dengan pembantu pengurusan
murid dalam menyediakan bekalan makanan kepada murid-murid .
Saya akan menyediakan buku menu untuk memudahkan
pembantu pengurusan murid menyediakan menu yang berkhasiat
untuk murid.

Saya

Apakah aktiviti rutin cikgu bersama kanak-kanak sebelum


memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran pada setiap hari?

Guru cemerlang :

Sebelum memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran saya akan


memeriksa kesihatan diri murid-murid, memastikan murid
mengambil Punch Card kedatangan untuk dimasukkan ke dalam
poket kedatangan harian bagi menunjukkan bahawa murid tersebut
hadir ke sekolah pada hari
memulakan

tersebut. Selain itu saya juga

rutin harian dengan bacaan doa dan nyanyian lagu-

lagu patriotik di selangi dengan nyanyian lagu abjad pada setiap


hari.
Saya

Apakah visi, misi. moto dan piagam pelanggan prasekolah


cikgu?

Guru cemerlang

Visi Sekolah Saya ialah Pendidikan Berkualiti Insan terdidik negara


sejahtera, Misi pula Menjadikan Prasekolah Ceria SK Durian Daun
(K) dapat membangunkan potensi individu bagi memenuhi aspirasi
Negara . Moto pula Datang Dengan

Gembira,

Ceria.Manakala piagam pelanggan kelas ini

Pulang

Dengan

pula murid-murid

keluaran prasekolah akan berjaya menguasai kemahiran asas


dalam membaca, menulis, mengira dan menaakul.
Saya

Adakah pembantu pengurusan murid sekolah cikgu mengetahui


tugas dan peranannya?

Guru cemerlang :

Ya. kerana beliau memiliki fail meja pembantu pengurusan murid.

Saya

Adakah murid-murid faham peraturan bilik darjah yang dipamerkan

di dalam kelas cikgu?


Guru cemerlang :

Saya berpendapat bahawa murid faham kerana menjadi rutin kami


juga melakukan aktiviti mengikut peraturan yang telah ditetapkan.

Saya

Apakah sukatan pelajaran yang digunakan oleh cikgu dalam


mengajar murid?

Guru cemerlang :

Dokumen Standard Prasekolah Kebangsaan dan Pendekatan


secara Modul Pengajaran Bertema dan Teras Asas. Saya juga akan
menyiapkan perancanga tahunan untuk pengurusan kelas
prasekolah merangkumi takwim, aktiviti tahunan prasekolah,
anggaran perbelanjaan mengurus prasekolah, jadual waktu, carta
organisasi ,rancangan pengajaran tahunan, rancangan pengajaran

mingguan, manakala rancangan pengajaran harian di tulis dalam


buku persediaan mengajar yang diselaraskan bagi negeri Melaka.
Saya

Berapa kalikah dalam setahun guru besar memantau cikgu dan


pembantu pengurusan murid?

Guru cemerlang :

Pemantauan daripada Guru Besar dilakukan 4 kali setahun.


Manakala pemantauan saya kepada pembantu pengurusan murid
dilakukan

pada

setiap

hari

yang

mana

pembantu

perlu

melengkapkan senarai tugasan dan dihantar setiap hari Jumaat


kepada saya untuk disemak

dan disahkan oleh Guru Besar

seminggu sekali.

Saya

Adakah pembantu pengurusan murid diberi peluang berkursus


untuk meningkatkan tahap kompetensinya?

Guru cemerlang :

Ya. Biasanya

kursus yang diikuti adalah anjuran Pegawai

Pendidikan Daerah/ Jabatan Pelajaran Melaka dan Kementerian


Sumber Manusia.
Saya

Siapa yang akan membantu cikgu sekiranya pembantu berkursus


atau bercuti.

Guru cemerlang :

Biasanya sekiranya pembantu pengurusan murid berkursus atau


bercuti, beliau akan memaklumkan kepada saya dahulu dan
saya akan memajukan permohonan cuti beliau kepada Guru
Besar untuk menghantar pekerja sekolah bagi membantu
saya menguruskan murid. Makanan pula biasanya saya tempah dari
kantin sekolah.

Saya

Guru cemerlang :

Apakah sumbangan cikgu kepada komuniti setempat?


Saya terlibat secara langsung sabagai Ahli Jawatankuasa Penduduk
di Kampung Lendu dan saya juga melibatkan diri
Umno Dun Masjid Tanah dan melibatkan

sebagai wanita
diri secara

aktif dalam kumpulan jahitan dan masakan anjuran KEMAS


Parlimen Masjid Tanah.

Saya

Bagaimanakah hubungan cikgu bersama guru-guru dan staf


sekolah ini?

Guru cemerlang :

Tiada masalah, kerana kami bekerja dalam satu pasukan.


Malahan kelas saya ini menjadi kelas tumpuan guru-guru
terutamanya untuk menunggu waktu kokurikulum pada hari
Selasa yang akan dijalankan pada jam 3.30 petang hingga
5.30 petang. Cikgu-cikgu yang tidak balik lebih selesa berehat
dan solat di kelas prasekolah saya. Kata mereka kelas saya ini,
sejuk dan selesa.

Saya

Sebagai guru cemerlang prasekolah, adakah cikgu mengalami


masalah dalam pengurusan tingkah laku kanak-kanak di dalam
kelas?

Guru cemerlang :

Biasanya pada minggu pertama persekolahan atau bulan pertama


persekolahan sahaja saya mengalami sedikit masalah dalam
mengurus tingkah laku kanak- kanak . Namun setelah
mereka diberi peraturan dan disiplin tentang apa yang perlu di
lakukan di sekolah , akhirnya masalah tingkah laku dapat di atasi.

Saya

Bolehkah cikgu berkongsi pengalaman bagaimana ciri-ciri untuk


menjadi guru cemerlang?

Guru cemerlang :

Bukan senang untuk mendapat pangkat ini. Kita haruslah


menunjukkan prestasi yang baik semasa proses pengajaran dan
pembelajaran berlaku. Selain itu, kita juga harus menjaga
hubungan dengan guru-guru, Guru besar dan semua pihak.
Tambahan lagi, guru haruslah membina kecemerlangan diri
termasuk semua aspek dan boleh membantu kawan-kawan yang
lain. Dari segi perkhidmatanpula para guru hendaklah mempunyai
pengalaman

sekurang-kurangnya

tujuh

tahun

pengalaman

mengajar. Bukan itu sahaja, komunikasi dengan orang luar juga


sangat penting untuk menambahkan keyakinan diri dalam pergaulan
dan mengambil pengalaman daripada orang lain untuk dijadikan
panduan dalam hidup. Kesan daripada itu, saya telah
mendapat Anugerah Perkhidmatan cemerlang pada tahun 2006,
Guru Cemerlang DGA32 pada tahun 2009 dan Guru Cemerlang

DG34 pada tahun 2014.


Sebagai seorang
Saya

guru yang berpengalaman , bolehkan cikgu

berkongsi kepada kami bagaimanakah caranya untuk mengawal


kelas?

Guru cemerlang :

Senang sahaja, semuanya bergantung kepada tanggapan pertama


atau " first impression". Pada kali pertama kita masuk ke kelas, kita
hendaklah menunjukkan ketegasan supaya kanak-kanak hormat
dan tidak mudah mempersendakan kita. Tambahan lagi kita perlu
mempunyai unsur kecindan kerana ia akan lebih mudah menarik
perhatian kanak-kanak terhadap kita. Elakkan bercakap terlalu lama
dan gunakan alatan bantu mengajar untuk menerangkan sesuatu
konsep atau benda baru, ia dapat menarik perhatian kanak-kanak.
Selain itu, gunakan teknologi ICT untuk menjadikan pengajaran dan
pembelajaran seiring dengan Pembelajaran Alaf 21. Ada kalanya
saya menggunakan LCD untuk pengajaran, memberi peluang
kanak-kanak menggunakan komputer dan membawa mereka ke
makmal sekolah untuk proses pengajaran dan pembelajaran yang
lebih menarik dan berlainan.

Saya

Oh. begitu rupanaya. Bolehkan cikgu berkongsi serba sedikit


bagaimanakah untuk

mengekalkan

perhatian kanak-kanak di

dalam kelas?
Guru cemerlang :

Pedagogi merupakan perkara yang penting untuk menarik minat


dan perhatian murid di dalam kelas. Contohnya penggunaan Alat
Bantu Mengajar, menggunakan radio, slaid, laptop dan sebagainya
mampu menarik perhatian

murid yang lebih lama dalam

pengajaran dan pembelajaran.


Saya

Guru cemerlang :

Bagaimana pula caranya untuk memberikan arahan yang jelas


Arahan yang diberikan haruslah mudah, ringkas dan padat. Selain
memastikan murid melihat ke arah guru semasa menerima arahan.

Saya

Bagaimanakah proses untuk kita menamatkan proses pengajaran


dan pembelajaran?

Guru cemerlang :

Kita boleh merumuskan hasil pembelajaran atau mengadakan kuiz,


sesi soal jawab dan refleksi serta memberi peneguhan berbentuk
hadiah atau pujian kepada kanak-kanak yang berjaya menjawab
soalan atau menyiapkan aktiviti yang diberi dengan baik.

Saya

Apakah bahan Inovasi yang cikgu hasilkan dan mendapat


pengiktirafan yang melayakkan cikgu diangkat sebagai guru
cemerlang Prasekolah Negeri Melaka?

Guru cemerlang :

: Saya telah menghasilkan beberapa kajian tindakan yang saya


gunakan sendiri untuk mengatasi masalah saya dalam pengajaran
dan pembelajaran. Antaranya :
1. Pokok

Nombor

bagi

menerangkan

konsep

nombor

mengikut turutan dan nilai nombor.


2. Dart Vokal bagi memperkenalkan huruf vokal
3. Kad Titik Nilai bagi memperkenalkan nilai dalam nombor
4. Buku Permainan Kecil untuk aktiviti Perkembangan Fizikal .
Saya

Apakah faktor yang mendorong cikgu untuk membuat kajian


tindakan / Amalan Terbaik/ Bahan Inovasi di kelas prasekolah?

Guru cemerlang :

Faktor yang mendorong saya untuk menghasilkan inovasi adalah


impian untuk melihat murid saya dapat apa yang saya ajar.
Menghasilkan sesuatu yang bermakna dalam pengajaran berkesan
dan mencari pengalaman apabila memasuki pertandingan dengan
berjumpa guru-guru prasekolah dari negeri-negeri lain dan
mengkomersialkan prasekolah dalam arus pendidikan agar
setanding dengan agensi-agensi swasta lain. Selain itu saya juga
ingin

menyumbang sesuatu kepada negara kerana saya mula

berfikir bahawa tanyalah kepada diri apa sumbangan anda kepada


negara bukan sumbangan negara kepada anda. Jadi bertitik tolak
daripada

kesedaran

menghasilkan

amalan

kendiri

itulah

terbaik

dalam

saya

berhasrat

prasekolah.

untuk

Manakala

anugerah yang saya terima pula adalah rezeki dari Allah atas
Saya

usaha saya dengan sedikit kebolehan dan ilmu Allah yang saya ada
Sejauh manakah keberkesanan penggunaan bahan yang
dihasilkan

terhadap masalah pembelajaran yang dihadapi oleh

murid?
Guru cemerlang :

Bahan inovasi yang saya hasilkan memang bermanfaat kepada


murid-murid. Kebanyakan hasil saya adalah untuk memperkenalkan
dan memudahkan murid memahami konsep asas dalam bacaan
dan mengira. Asas yang kukuh akan menjamin kecemerlangan
murid ini apabila berada pada tahun 1. Alhamdulillah berkat usaha
saya ini, murid keluaran Prasekolah Ceria merupakan murid yang
aktif,

bijak

dan

mudah

menyesuaikan

diri

dengan

alam

pembelajaran formal pada tahun 1. Maklumbalas yang diterima oleh


guru tahun 1 juga amat memberangsangkan.
Saya

Selain daripada bahan kajian yang cikgu hasilkan ini, apakah


amalan terbaik yang lain cikgu aplikasikan dalam kelas prasekolah?

Guru cemerlang :

Sistem Punch Card yang saya gunakan berjaya menarik minat


murid untuk hadir ke sekolah. Ia berfungsi sebagai penanda
kehadiran murid itu ke sekolah untuk hari tersebut. Alhamdulliah
sistem yang saya gunakan ini menjadi amalan dan rutin seharian
mereka apabila datang dan

sebelum pulang . Saya juga

menggunakan Carta Literasi bagi menandakan pencapaian murid


untuk penguasaan mereka. Ganjaran dalam bentuk bintang dan
hadiah akan diberikan bagi meniup semangat membaca di kalangan
murid.
Saya

Apakah harapan cikgu terhadap kajian yang cikgu hasilkan ini dapat
membantu diri cikgu dan rakan-rakan yang lain?

Guru cemerlang :

Harapan saya agar ilmu yang ada ini dapat di manfaatkan dan
digunakan oleh guru-guru yang lain bagi mencari altenatif lain dalam
mewarnai dunia pendidikan masa kini. Saya juga sedia membantu
dan berkongsi ilmu ini bagi membantu guru-guru yang lain dalam
menjadikan pengajaran dan

pembelajaran itu lebih mudah dan

menarik di samping hasilnya murid berjaya menguasai kemahiran


asas dengan berkesan.
Saya

Guru cemerlang :

Apakah pegangan hidup cikgu dalam bidang pendidikan?


Bidang pendidikan adalah bidang yang dinamik bukan statik, jadi

sebagai pengamalnya kita harus bersedia menerima perubahan


sama ada dari segi dasar, pelaksanaan , inovasi dan sebagainya
dengan kata lain jika kita menerima sesuatu perkara secara positif,
maka positiflah hasilnya tetapi jika kita menerima sesuatu perkara
baru sebagai beban maka susahlah diakhirnya.
Saya

Terima kasih cikgu kerana sudi ditemubual dan memberi kerjasama


yang baik kepada kami. Saya doakan cikgu terus berjaya di dunia
dan di akhirat.

Guru cemerlang :

Sama-sama. Mudah-mudahan perkongsian ilmu ini bermanfaat


untuk semua.