Anda di halaman 1dari 11

PRASEKOLAH DINAMIK, BANDAR BAHARU KEDAH

1.0 Latar Belakang/Pengenalan


Menurut Akta Pendidikan 1996: Seksyen 2 menyatakan pendidikan
Prasekolah ertinya program pendidikan murid-murid yang berumur 4-6
tahun. Oleh itu, penubuhan prasekolah yang akan diwujudkan haruslah
bersesuaian dengan perkembangan kanak-kanak serta selari dengan
Dasar Prasekolah Kebangsaan serta Akta Pendidikan 1996. Pendidikan
formal pada peringkat awal kanak-kanak lagi adalah merupakan satu
pendidikan yang penting bagi kanak-kanak. Hal ini adalah melalui
pendidikan prasekolah, kanak-kanak dapat diransang untuk meningkatkan
intelek dan fizikal kanak-kanak serta pembentukan akhlak mulia dalam
kalangan mereka.
Melalui pendidikan awal kanak-kanak ini juga kanak-kanak dapat
didedahkan kepada semangat satu Malaysia. Atau dengan kata lainnya
kanak-kanak yang berumur 4-6 tahun dapat belajar berinteraksi dengan
rakan-rakan yang berbilang bangsa. Gagasan 1 Malaysia adalah salah
satu usaha pemimpin negara untuk menyediakan satu keadaan atau
persekitaran yang bebas bagi setiap bangsa untuk membincangkan
perkara-perkara yang berkaitan dengan semangat kewarganegaraan
berbilang bangsa.
Pendidikan di prasekolah juga merupakan pengajaran lanjutan
daripada pengajaran di rumah. Oleh kerana itu penubuhan Prasekolah
Dinamik adalah merupakan yang perlu sebagai khidmat kepada
masyarakat dalam memastikan setiap kanak-kanak mendapat peluang
pendidikan yang mereka perlukan. Motto Prasekolah Dinamik adalah Ke
arah Pembentukan 1 Malaysia dan bertemakan Joy In Learning.

2.0 Rasional
Rasional penubuhan prasekolah ini adalah seperti berikut:
2.1

Memenuhi keperluan masyarakat setempat yang terdiri daripada


melayu, cina dan India terhadap kehendak pendidikan awal kanakkanak.
2.2 Memberikan peluang pendidikan kepada kanak-kanak luar bandar.
2.3 Memberikan persediaan kepada kanak-kanak untuk ke alam
persekolahan rendah/ tahun satu.
2.4 Memperkembangkan potensi, minat dan perkembangan kanakkanak dari setiap aspek secara menyeluruh.

3.0

Nama, Visi dan Misi Prasekolah


3.1

Nama Prasekolah
Nama prasekolah yang dicadangkan adalah Prasekolah Dinamik.
Nama

Dinamik

dipilih

adalah

berdasarkan

kepada

makna

perkataan dinamik tersebut iaitu bertenaga dan berkekuatan serta


mampu membuat penyesuaian serta menerbitkan pembaharuan
dan kemajuan. Melalui inspirasi Dinamik ini, diharapkan dapat
melahirkan kanak-kanak yang bertenaga, kuat dan mampu
bersaing sesama sendiri untuk menghadapi cabaraan arus
pendidikan semasa.
3.2

Visi Prasekolah
Menghasilkan budaya pembelajaran yang berterusan di samping
memperkembangkan potensi, minat dan kemahiran individu.

3.3

Misi Prasekolah
Misi penubuhan prasekolah adalah seperti berikut:
3.3.1 Mewujudkan

persekitaran

pembelajaran

yang

pelbagai

budaya,agama dan bangsa.


3.3.2 Menghasilkan individu yang mampu berdaya saing dalam
arus pendidikan semasa.
2

4.0

Objektif Penubuhan
Penubuhan Prasekolah Dinamik dilihat sebagai bertepatan dengan hala
tuju 1 Malaysia atau gagasan 1 Malaysia yang telah dilaungkan oleh
Perdana Menteri Malaysia. Ianya juga adalah untuk memberi peluang
kepada kanak-kanak untuk

menyuburkan segala bakat dan potensi

dalam setiap kanak-kanak yang

berbilang

bangsa dalam aspek

pembangunan Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek dan sosial (JERIS).


Objektif-objektif yang hendak dicapai adalah:
4.1

Memperkembangkan potensi individu melalui tunjang dalam


Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK).

4.2

Membentuk tahap perkembangan individu yang menyeluruh iaitu


dari aspek intelektual, sosial, fizikal dan emosi.

4.3

Memfokuskan

kepada

tahap

penguasaan

kemahiran

iaitu

kemahiran membaca, menulis, menaakul dan mengira.


4.4

Memupuk perpaduan dalam kalangan kalangan murid pelbagai


kaum.

5.0

Lokasi Tapak dan Bangunan


Lokasi yang dipilih untuk dijadikan bangunan prasekolah ialah
bertempat di negeri Kedah.Tapak bangunan ini beralamat di No.
11, Jalan Permatang Pasir , 34950 Bandar Baharu, Kedah. Lokasi
yang dipilih ini terletak di kawasan luar bandar

6.0

Pelan Lantai Bahagian Dalam dan Luar Prasekolah


6.1

Pelan Lantai Bahagian Dalam (Rujuk lampiran 1)


Berdasarkan lampiran 1, pelan lantai bahagian dalam
prasekolah yang direka bentuk adalah menepati konsep

pengajaran dan pembelajaran yang difokuskan dalam


Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK).
Bangunan ini adalah seluas 20 x 40 kaki persegi di
atas sebidang tanah seluas 50 x 60 kaki persegi. Antara
sudut yang telah direka dalam bangunan prasekolah ini
ialah berteraskan komponen dalam KSPK iaitu sudut sains
dan teknologi, fizikal dan estetika, bahasa dan komunikasi,
pendidikan

Islam

dan

moral,

keterampilan

diri

dan

kemanusiaan. Selain itu, terdapat juga sudut ICT, sudut


santai, sudut ekspresi kreatif murid dan sudut 1Malaysia.
Dalam bangunan prasekolah ini juga mempunyai pusat
perpustakaan kelas iaitu mini library dan ruangan bagi
sesi perbualan pagi.
Sudut yang disediakan berteraskan enam komponen
adalah bagi membantu murid memperkembangkan dan
mengukuhkan
memberikan
secara

perkara
peluang

bebas.

memberikan

yang

dipelajari.

kepada

Manakala,
kemahiran

murid

sudut

ICT

kepada

Hal

untuk

ini

meneroka

diadakan
murid

bagi
bagi
dalam

menggunakan komputer. Di samping itu, sudut santai


memberikan kebebasan kepada murid untuk melepaskan
rasa tekanan. Sudut ekspresi kreatif membantu murid
untuk meluahkan dan memperkembangkan kemahiran dan
bakat murid dalam berkarya. Seterusnya, sudut 1Malaysia
diadakan bertujuan untuk memupuk rasa perpaduan dan
hormat antara murid. Pusat perpustakaan kelas merupakan
sumber bagi murid untuk mendapatkan maklumat dan
bahan bacaan.

Di

ruangan

pembelajaran

murid,

disertakan

kemudahan meja dan kerusi. Dalam pelan lantai bahagian


dalam prasekolah ini juga disediakan ruang bagi sesi
perbualan pagi.
6.2

Pelan Lantai Bahagian Luar (Rujuk lampiran 2)


Pelan lantai bahagian luar kawasan prasekolah dibina
dengan beberapa landskap, sudut dan taman. Antara sudut
dan taman yang dibina ialah kolam ikan, taman herba,
sudut pasir dan air, taman permainan, ruang makan,
bahagian dapur,stor dan tandas. Terdapat dua pintu utama
yang disediakan bagi laluan masuk dan keluar. Di setiap
sudut

dan

taman

yang

diadakan

disediakan

segala

kemudahan dan keperluan yang diperlukan.


7.0

Kurikulum dan Program Pembelajaran


7.1

Kurikulum Utama
Kurikulum utama yang menjadi rujukan ialah Kurikulum
Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK). Kurikulum ini
merangkumi enam komponen dalam KSPK iaitu bahasa
dan komunikasi, keterampilan diri, perkembangan fizikal
dan estetika, kerohanian dan moral, sains dan teknologi
dan kemanusiaan.

7.2

Kurikulum Tambahan
Kurikulum tambahan yang ditawarkan adalah pendidikan
sivik

dan

kewarganegaraan.

Hal

ini

bagi

memupuk

semangat perpaduan dan kerjasama antara murid di


samping menanam semangat cinta akan negara.

7.3

Jadual Pembelajaran
Sesi pembelajaran bermula dari jam 8.00 pagi hingga
12.00 tengah hari. Tambahan masa selama 10 minit bagi
setiap

hari

bagi

mengajarkan

pendidikan

sivik

dan

kewarganegaraan. Jadual pembelajaran boleh dirujuk pada


lampiran 3.
7.4

Buku
Buku yang digunakan sepanjang sesi pembelajaran ialah
adalah berdasarkan kepada KSPK. Oleh yang demikian,
murid dibekalkan dengan 5 buah buku iaitu bahasa Melayu,
bahasa Inggeris, sains, matematik dan pendidikan sivik
dan kenegaraan.

7.5

Program Tambahan
Program tambahan yang dirancangkan adalah program
yang

melibatkan

kerjasama

antara

ibu

bapa,

pihak

pengurusan prasekolah dan komuniti setempat.


8.0

Aspek Pemakanan
8.1

Prinsip Penyediaan Makanan


Penyediaan makanan disediakan sendiri oleh pembantu
prasekolah. Dalam sehari, murid diberi makan sebanyak 2
kali iaitu pada waktu sarapan dan rehat iaitu makan tengah
hari. Pemakanan seimbang disediakan bagi keperluan
murid mengikut panduan pemakanan pyramid makanan.

8.2

Menu Makanan
Terdapat 4 set menu makanan bagi sarapan dan tengah
hari bagi perancangan dalam sebulan. Menu akan ditukar
6

pada setiap minggu. Lampiran 4 menjelaskan set menu


bagi sarapan dan tengah hari.
9.0

Aspek kebersihan dan keselamatan


9.1

Aspek Kebersihan
Untuk memastikan murid-murid prasekolah dapat belajar dalam
keadaan yang selesa dan kondusif tahap kebersihan sentiasa
dipastikan berada pada tahap yang optimum. Oleh itu, pihak
prasekolah akan sentiasa memastikan para pekerja yang diupah
untuk membersihkan bangunan prasekolah menjalankan tugas
mereka dengan teliti. Rutin pembersihan akan dilakukan sebanyak
dua kali sehari iaitu pada awal pagi sebelum sesi bermula dan pada
waktu tengahari selepas sesi pengajaran dan pembelajaran
berakhir.

9.2

Aspek Keselamatan
9.2.1 Bahagian dalam bangunan prasekolah
Keselamatan di dalam bangunan prasekolah adalah seperti
pemilihan saiz kerusi, meja dan perabot yang sesuai dengan
peringkat

umur

kanak-kanak.

Meja

dan

kerusi

yang

digunakan tidak mempunyai bucu yang tajam. Selain itu,


bilangan kerusi dan meja yang disediakan juga mencukupi
dan disusun mengikut kumpulan. Susun aturnya juga kemas,
teratur dan selesa serta tidak menghalang pergerakan
semasa sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung.
Kotak suis juga dipasang pada ketinggian yang tidak boleh
dicapai

oleh

murid-murid.

Setiap

tingkap

dan

pintu

prasekolah dipasangkan grill mengikut spesifikasi Pihak


Jabatan Bomba.
9.2.2 Bahagian luar bangunan prasekolah
Setiap longkang yang ada disekeliling prasekolah diletakkan
dengan penutup khas longkang untuk mengelakkan murid
7

murid prasekolah terjatuh. Kawasan persekitaran bangunan


prasekolah

juga

dipagar

supaya

murid-murid

tidak

berkeliaran di luar kawasan prasekolah. Taman permainan


pula dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan seperti alat
permainan

sentiasa

diselenggarakan.

Hal

ini

untuk

memastikan setiap peralatan yang digunakan oleh muridmurid prasekolah berada dalam keadaan baik serta selamat
digunakan. Pintu pagar masuk dan keluar akan sentiasa
dikunci

ketika

berlangsung.

sesi
Tukang

pengajaran
kebun

dan

akan

pembelajaran
diupah

untuk

membersihkan kawasan luar prasekolah seperti memotong


rumput dan lain-lain yang berkaitan.
9.2.3 Ruang dapur
Ruang dapur pula akan diselenggara dengan baik seperti
dapur gas diletakkan lebih tinggi daripada ketinggian murid
prasekolah. Seterusnya, peralatan dapur yang tajam seperti
pisau pula diletakkan dalam bekas khas. Selain itu, tong gas
pula di letakkan di dalam kabinet bawah bahagian dapur gas.
Pinggan dan gelas yang digunakan ialah diperbuat daripada
plastik kerana ianya selamat digunakan oleh murid-murid
prasekolah. Disamping kedudukan kabinet dan dapur tidak
mengganggu pergerakan murid-murid prasekolah. Semua
peralatan dibersihkan dan disimpan supaya tidak berselerak
dan penyapu diletakkan di tempat khas.
9.2.4 Tandas
Disediakan dua buah tandas yang direka khas untuk
kegunaan

murid-murid

prasekolah.

Tandas

lelaki

dan

perempuan diasingkan. Jubin yang digunakan juga adalah


daripada jenis yang tidak licin apabila terkena air. Sinki
tandas juga dipasang sesuai dengan ketinggian murid-murid
prasekolah.
8

9.2.5 Bahan bantu mengajar


Bahan bantu mengajar yang digunakan dipilih dengan
saiznya

bersesuaian

dengan

murid-murid

prasekolah.

Semua alat mainan yang ada diletakkan di tempat khas dan


dilabelkan. Setiap kali habis digunakan ianya perlu terus
dikemas dan diletakkan di tempatnya semula.
9.2.6 Murid
Semua kanak-kanak yang berdaftar sebagai murid di
prasekolah kami akan dijaga dengan sebaik mungkin. Ibu
bapa perlu menghantar anak mereka sehingga masuk ke
dalam

bangunan

prasekolah.

Setelah

habis

waktu

persekolahan, ibu bapa perlu menjemput anak mereka di


dalam kawasan prasekolah.
9.2.7 Lain-lain
Prasekolah ini juga dilengkapi dengan peralatan bagi
mencegah dan memadam kebakaran seperti alat pemadam
api, pengesan asap dan haba serta pelan laluan kecemasan.
Alatan ini akan diselenggarakan oleh pihak bomba mengikut
jadual yang telah ditetapkan oleh pihak bomba. Pihak bomba
juga akan dijemput untuk memberikan ceramah kebakaran
untuk murid-murid prasekolah sebagai persediaan untuk
murid-murid apabila berlakunya kecemasan. Selain itu,
prasekolah ini juga dipasang CCTV di bahagian dalam dan
luar bangunan prasekolah untuk merakam pergerakan
semua murid-murid ketika melakukan aktiviti. Sekiranya
berlaku sebarang kemalangan CCTV ini akan menjadi bahan
bukti bagaimana kejadian itu berlaku.

9.2.8 Pelan kecemasan


Ketika berlaku kecemasan, semua yang berada di dalam
bangunan prasekolah akan keluar melalui mana-mana pintu
yang berhampiran dan kemudian berkumpul di kawasan
garaj dan anjung. Rujuk Pelan Kecemasan Prasekolah
Dinamik, Lampiran 5. Latihan kebakaran atau kecemasan
akan diadakan setiap enam bulan sekali.
10.0

Aspek Kesihatan
Setiap kanak-kanak yang berdaftar sebagai murid Prasekolah Dinamik
layak untuk menerima rawatan kesihatan pergigian dan kesihatan diri.
Sekiranya ada murid yang mengalami masalah kesihatan mereka akan
dibawa ke klinik kesihatan yang berdekatan. Sebelum murid yang sakit
dibawa untuk mendapatkan rawatan, pihak prasekolah akan menghubungi
ibu bapa terlebih dahulu bagi mendapatkan kebenaran.

11.0

Kos Penubuhan
Modal permulaan bagi penubuhan RM 25 000 penubuhan prasekolah ini
adalah hasil perkongsian 3 orang pemilik Prasekolah Dinamik iaitu:
1) Nur Syahirah Binti Anuar
2) Rohizan Binti Alli
3) Siti Aisyah Binti Abd Halim
Anggaran pendapatan dan perbelanjaan Prasekolah Dinamik yang
lengkap adalah seperti dalam lampiran 6.

12.0

Staf
Seramai 2 orang staf iaitu seorang guru dan seorang pembantu dipilih
untuk bekerja di prasekolah ini. Mereka di pilih berdasarkan kepada minat
dan juga pengalaman mengajar dan keputusan yang baik dalam mata
pelajaran Bahasa malaysia, Bahasa Inggeris dan Sains di peringkat
10

Diploma Pendidikan atau sekurang-kurangnya Sijil Tinggi Persekolahan


Malaysia. Butir-butir mengenai guru-guru adalah seperti berikut:
Bil

Nama

No. K/P

Kelulusan

Pengalaman
Berkaitan

Rohani Binti Ahmad

780203-066050

Ijazah

Menjadi guru tadika

Pendidikan

di

Parit

Buntar

Awal Kanak- selama 4 tahun.


2

Nurul

Atikah

Binti 751112-08-5949

Safwan

13.0

Kanak UKM
Diploma

Mengasuh

kanak-

Asuhan

kanak

sebuah

Kanak-Kanak

taman

UITM

selama 5 tahun.

di

asuhan

Penutup
Sambutan terhadap pendidikan prasekolah sekarang adalah sangat
menggalakkan kerana ibu bapa sudah mulai sedar akan kepentingan
pendidikan awal bagi anak-anak mereka. Melalui prasekolah juga, ibu
bapa dapat membantu anak-anak mereka membuat persediaan bagi
menjalani alam persekolahan.Oleh itu, seawal lima tahun, ibu bapa sudah
menghantar anak mereka ke prasekolah.
Diharapkan Kertas Kerja ini dipertimbangkan untuk diberi kelulusan.
Sokongan dan kerjasama dari pihak tuan dalam meluluskan permohonan
ini akan dapat membantu menyerlahkan kecemerlangan kanak-kanak
Malaysia melalui pendidikan Prasekolah yang berkualiti.

11