Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
PEMULIHAN]
3.0 PENGHASILAN AKTIVITI
Sejak kebelakangan ini pelbagai pihak mula sedar peranan dan keupayaan
matematik dalam menjayakan hasrat murni negara dalam mencapai status sebuah negara
perindustrian pada tahun 2020. Penekanan kepada bidang matematik mula dirasakan
apabila
Y.A.B
Mantan
Perdana
Menteri
Malaysia
Tun
Dr.
Mahathir
Mohamad
memperkenalkan Wawasan 2020 pada 28 Februari 1991. Y.A.B Tun Dr. Mahathir Mohamad
juga pernah menyatakan bahawa salah satu faktor yang menjejaskan kejayaan seseorang
ialah kelemahannya dalam menguasai bidang matematik.
Matematik dikatakan suatu subjek yang sangat kompleks dan memerlukan bahan
atau kaedah khas untuk mempelajarinya. matematik juga sering dikaitkan sebagai subjek
yang mempunyai taraf dan jenis matapelajaran yang tinggi. Isi kandungannya juga adalah
sangat berturutan dan berhiraki iaitu melibatkan proses mental yang tinggi dan perlu
memenuhi turutan kognitif iaitu berfikir secara analisis, rasional, logik, berupaya membuat
penaakulan dan mahir dalam menyelesaikan sebarang masalah.
Menurut Braten (1998), operasi tambah adalah konsep penting dalam Matematik
kerana ia merupakan algoritma pertama yang dipelajari oleh kanak-kanak yang juga akan
menjadi asas kepada pembelajaran mereka pada masa akan datang. Tanpa kefahaman
yang jelas terhadap konsep dan kemahiran asas yang telah dipelajari pada peringkat awal
ini akan mengakibatkan proses pembelajaran seterusnya menjadi lebih sukar.
Menurut Muhammad Asyraf & Tengku Zawawi (2010) pula, operasi tambah perlu
dipelajari lebih awal kerana penambahan mempunyai kaitan yang rapat dengan kemahiran
asas dalam matematik. Ini bertepatan dengan definisi penambahan yang diutarakan oleh
Cleave (2005) bahawa penambahan dan penolakan adalah saling songsang antara satu
sama lain.
Di samping itu, kemahiran mengajar dalam setiap topik adalah sangat penting
terutamanya dalam memberikan contoh-contoh yang konkrit dan mudah difahami murid
pemulihan serta berdasarkan prinsip-prinsip pengajaran pemulihan matematik seperti
kesediaan belajar. Isi pembelajaran perlu bijak disusun mengikut aras dari aras rendah ke
aras yang tinggi. Malah, latihan yang diberikan juga perlulah menimbulkan keseronokan
kepada murid pemulihan untuk diselesaikan. Namun, latihan yang diberikan tidak harus
terlalu mudah hingga murid cepat menyiapkannya dan terlalu susah sehingga menimbulkan
kebosanan kepada murid.
12
Papan magik
3 batang pen
2 batang pen
Melalui aktiviti ini, ia dapat membantu untuk merangsangkan minda murid dengan
lebih banyak lagi di samping mengelakkan murid untuk menghadapi kekeliruan dalam
penambahan bagi nombor dalam lingkungan 10. Ini adalah kerana BBM ini adalah bersifat
konkrit, menarik dan mesra pengguna. Selain itu, BBM ini lebih memberikan pengalaman
hands-on kepada murid-murid. Menurut Jean Piaget, kita hanya mengingat 10% daripada
apa yang kita dengar, 30% daripada apa yang kita lihat, dan 90% daripada apa yang kita
buat. Oleh itu, aktiviti pengajaran secara hands-on sangat membantu dalam meningkatkan
penguasaan murid dalam konsep atau kemahiran yang dipelajari.
Tujuannya pelaksanaan aktiviti ini adalah untuk memberi kefahaman yang mendalam
kepada murid-murid dalam memahami operasi tambah. Ini juga secara tidak langsungnya
boleh membantu dalam meningkatkan keyakinan diri pada murid terhadap subjek
Matematik. For some, it may be that their confidence has been severely dented by
someone who taught them maths [sic] in a forceful or unsympathetic manner, so that they
came to believe that they were no good at maths [sic] (Fewings, 2011). Oleh itu dengan
adanya BBM yang menarik dan merangsangkan minda serta peneguhan positif yang
diberikan oleh guru kepada murid-murid sememangnya dapat meningkatkan tahap
keyakinan diri murid dalam Matematik. Dengan adanya keyakinan diri, murid-murid tidak
akan berasa takut kepada subjek Matematik.
13
Aktiviti 2:
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat menyatakan konsep tambah
melalui proses penyatuan. Bahan bantu mengajar yang diperlukan ialah gambar doremon
dan kad nombor. Pertama, guru melekatkan 2 keping gambar doremon di atas papan hitam.
Seorang murid dipilih untuk melekatkan 3 keping gambar doremon lagi di atas papan hitam.
Guru meletakkan kad nombor yang betul di bawah setiap set. Seterusnya, murid diminta
membilang jumlah set yang terhasil itu. Guru juga merumuskan bahawa hasil tambah
kedua-dua nombor ini sama dengan bilangan unsur dalam set penyatuan, iaitu 5.
Kartun adalah sejenis lukisan yang berada di dalam kelasnya yang tersendiri. Kini,
animasi kartun banyak disampaikan dalam bentuk tiga dimensi. Kartun boleh merujuk
kepada unsur kemanusiaan, haiwan, objek dan sebagainya. Ia sesuai digunakan
terutamanya sekiranya kumpulan sasaran adalah kanak-kanak atau remaja. Kini, kartun
sering digunakan bagi menarik perhatian pengguna terutama dalam aplikasi multimedia.
Walau bagaimanapun, penggunaan kartun perlu sesuai dengan kawasan pengalaman dan
skop intelektual murid-murid.
Mengikut satu kajian Dwyer, sebanyak 83% keberkesanan tercapai apabila manusia
belajar melalui deria penglihatan. Beliau juga mendapati bahawa dengan menggunakan alat
bantuan visual contohnya gambar, ia dapat memberi kesan yang lebih efektif lagi kepada
audiens untuk mengingati sesuatu dalam jangka masa yang agak panjang. Dengan
penggunaan gambar, ia dapat meningkatkan keberkesanan dan kefahaman murid-murid
memandangkan ianya disampaikan dalam bentuk visual. Menurut teori realisme,
rangsangan yang terdapat dalam sesuatu visual memudahkan guru dalam menyampaikan
maklumat kepada murid-murid dengan lebih berkesan.
Penggunaan gambar dalam pembelajaran juga dapat meningkatkan pengekalan
maklumat dalam ingatan seseorang. Mengikut Paivio, kelebihan maklumat berbentuk imej
atau grafik, grafik dan teks berbanding hanya maklumat perkataan apabila dikod dalam
memori ialah: (a) maklumat grafik lebih mudah untuk dingat kembali daripada maklumat
perkataan, (b) kewujudan kedua-dua kod (iaitu grafik dan perkataan) meningkatkan
14
Aktiviti 3:
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat menulis ayat matematik bagi
operasi tambah. Bahan bantu mengajar yang diperlukan ialah batang kayu aiskrim dan kad
simbol. Pertama, guru menunjukkan ayat matematik dan membimbing murid membaca ayat
matematik tersebut. Contoh : 3 + 2 = 5 sebagai tiga tambah dua bersama dengan lima.
Guru menerangkan simbol tambah (+) dan sama dengan (=) dalam ayat matematik tersebut
kepada murid-murid. Selepas itu, guru akan menunjukkan kad ayat matematik yang
seterusnya dan murid diminta untuk menggunakan batang aiskrim tersebut untuk
menggambarkan hasil jawapannya. Murid harus menyebut ayat matematik tersebut setelah
mereka selesai membentuk kuantiti batang aiskrim.
tambah
3 + 2 =5
sama dengan
5 + 2 =7
Sesuatu kesilapan digolongkan sebagai kesilapan kefahaman jika murid tidak boleh
memahami kata kunci atau simbol dalam masalah bertulis dan ini menghindarkan daripada
melakukan langkah-langkah penyelesaian yang seterusnya atau seseorang murid telah
boleh membaca semua perkataan atau simbol dalam soalan tetapi tidak dapat menguasai
maksud sebenar ayat tersebut dan dengan itu tidak dapat menjalankan langkah-langkah
seterusnya dalam menyelesaikan masalah.
Dengan ini, melalui aktiviti ini, ia dapat mempertingkatkan kefahaman murid di dalam
matematik di samping mewujudkan persekitaran pengajaran yang berbeza. Ini juga
bermaksud, murid mengunakan pengalaman mereka sendiri untuk membina model
pemikiran mereka terhadap persekitaran mereka. Kesan daripada itu berbagai idea
disyorkan supaya suatu situasi pembelajaran yang berasaskan persekitaran dibina supaya
objektif sebenar pengajaran dan pembelajaran tercapai.
15
Kad penyelesaian
Papan magik
masalah matematik
Penyelesaian masalah
matematik
maksud
berayat
soalan,
telah
dikenalpasti dan
maklumat
mendapatkan
17
masyarakat dunia untuk mempelajari Matematik dengan sebaiknya supaya mereka tidak lagi
ketinggalan.
Salah satu peranan Matematik ialah untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi
dalam kehidupan seharian. Masalah-masalah yang timbul ini mungkin sukar untuk
diselesaikan sekiranya masyarakat mempunyai pengetahuan cetek dalam bidang
Matematik. Sebagai contoh, sekiranya peniaga dan pembeli tidak tahu untuk membuat
pengiraan semasa jual beli sedang berlangsung, maka ini akan menyukarkan kedua-dua
belah pihak iaitu pihak peniaga dan pihak pembeli untuk berurusan. Hal ini juga akan
menyebabkan masa yang begitu berharga dibuang begitu sahaja kerana mereka perlu
mengambil masa yang lama untuk membuat pengiraan. Pengiraan dalam urusan jual beli
melibatkan proses Matematik. Oleh itu, untuk menjadi seorang peniaga yang berkaliber,
mereka perlulah cekap dalam bidang Matematik. Bidang Matematik bukan sahaja dilihat
dalam urusan jual beli, malah ianya juga dapat dilihat semasa ingin memasak. Tanpa
pengetahuan Matematik, maka kita tidak akan tahu bagaimana ingin mengambil sukatan
yang betul untuk menjadikan masakan kita itu lazat ataupun tidak. Justeru itu, dapatlah kita
ketahui bahawa bidang Matematik ini tidak boleh dipandang enteng sekiranya kita belum
menguasai sepenuhnya bidang ini kerana ia akan mempengaruhi kehidupan seharian kita.
Di samping itu, bidang Matematik ini juga memainkan peranan dalam bidang-bidang
ilmu lain seperti bidang Sains, Muzik, Seni dan banyak lagi. Dalam bidang Sains, para
Saintis menggunakan ilmu Matematik sebagai tunjang utama dalam memahami sesuatu
kejadian dan juga untuk menerangkan kejadian tersebut. Contohnya kejadian siang dan
malam, pasang surut air, gerhana matahari, taufan, kelajuan cahaya dan sebagainya.
Manakala dalam bidang muzik, operasi Matematik dapat dilihat dalam not-not muzik yang
dihasilkan. Setiap not yang dihasilkan ini mewakili frekuensi yang berbeza. Maka setiap not
yang digunakan akan menghasilkan bunyi atau nada yang berbeza. Ada yang bernada
tinggi danjuga ada yang rendah. Pemuzik yang menghasilkan not-not untuk membentuk
18
20
5.0 RUMUSAN
Secara kesimpulannya, dengan sistem pembelajaran matematik yang menekankan
penghafalan dan dengan bebanan latihan yang tidak difahami oleh pelajar membuatkan
mereka tercicir dalam pembelajaran. Justeru, ianya membuatkan minat mereka untuk terus
belajar semakin kabur. Pelajar seringkali membuat berbagai andaian apabila mereka cuba
memahami sesuatu pelajaran yang cuba disampaikan oleh guru mereka dan adakalanya
andaian mereka salah. Ia bermaksud pembentukan konsep yang berlaku di dalam fikiran
mereka adalah berbeza dengan hasrat yang ingin dicapai oleh pendidik.
Menurut Mohd Salleh Abu (1991), seseorang pelajar yang tidak menunjukkan
penguasaan konsep dan kemahiran matematik akan menghadapi masalah pemahaman
dalam matematik. Menurut Wong Khoon Yoong (1987), kebolehan matematik yang lebih
tinggi adalah bergantung kepada kebolehan yang lebih rendah, iaitu dalam bentuk hiraki.
Ramai pelajar tidak dapat menyelesaikan masalah atas sebab-sebab tiada penguasaan
konsep yang sebenar atau berlakunya kesalahfahaman konsep. Laporan Cockroft (1982),
sesuatu pelajaran matematik yang baik lagi efektif harus mengandungi unsur-unsur seperti
eksposisi atau penyampaian isi pelajaran oleh guru, perbincangan antara pelajar dan guru
serta perbincangan antara pelajar itu sendiri.
Di samping itu, pelajaran itu juga seharusnya mempunyai kerja praktik yang sesuai,
latih tubi bagi kemahiran asas, aktiviti penyelesaian masalah dan aktiviti menyelidiki
pelbagai
School and Society (1899) dan The Child and The Curriculum (1902) telah menyatakan
bahawa asas pengajaran berbentuk pembentukan kefahaman yang banyak mempengaruhi
pendidikan masa kini baik dari segi teori mahupun dari segi praktiknya. Oleh yang demikian,
pedagogi yang betul ialah dengan menyedari pelbagai pemasalahan yang mungkin timbul
dan bagaimana menggunakan daya kreatif untuk menyediakan pelbagai peluang
pembelajaran untuk menangani cabaran yang mendatang. Pembelajaran adalah suatu
proses yang aktif. Pelajar perlu membina skim-skim matematik berasaskan penggunaan
kalkulator atau pengalaman sendiri. Selain itu pelajar juga perlu diberi peluang berbincang
dan bertukar-tukar fikiran semasa menyelesaikan masalah.
21
RUJUKAN
Sistem
Nombor
Asas
10.
(2013).
Didapatkan
dari
http://math-
primary.blogspot.com/2013/01/sistem-nombor-asas-10.html
Abreza, S. &. (2011). Penyelesaian Masalah. Didapatkan dari Abreza, S. &. (2011).
Penyelesaian
Masalah.
Didapatkan
dari
http://cikgujumrah.blogspot.com/2014/03/pendekatan-proses-dalam-pengajaran.html
Ali, I. (2012). Aku dan Bintang. Sarawak: Persatuan Astronomi Sarawak dan Planetarium
Sultan Iskandar.
Braten. (1998). 'Step-ladder Addition' Sebagai Kaedah Alternatif Penambahan Melibatkan
Pengumpulan Semula Nombor Empat Digit. Didapatkan dari http://www.sharepdf.com/2013/12/4/742a9ff5ae9a43319ab8a3c2980a2816/123103223-m.htm
Buku
Panduan
Pengajaran
dan
Pembelajaran
Matematik.
(t.t).
Didapatkan
dari
https://app.box.com/s/t237wv02zni4d03i0ggt
Cleave. (2005). Penggunaan Strategi 'Kenapa Tambah 1?' Bagi Meningkatkan Penguasaan
Murid Tahun 2 Dalam Penambahan Melibatkan Pengumpulan Semula. Didapatkan
dari http://www.scribd.com/doc/171585405/110928177-Penggunaan-Strategi
Sufean. (1992). Isu-isu dalam Pendidikan Matematik. Selangor: Siri Pengajian dan
Pendidikan Utusan.
Zawawi, M. A. (2010). Penggunaan Strategi Kenapa Tambah 1? Bagi Meningkatkan
Penguasaan Murid Tahun 2 Dalam Penambahan Melibatkan Pengumpulan Semula.
Didapatkan
dari
http://www.scribd.com/doc/171585405/110928177-Penggunaan-
Strategi
22