Anda di halaman 1dari 9

Contoh Surat Tukar Sekolah

Sifulan bin Sifulanah


Jalan Kilang Papan,
Kampung Melayu,
48100 Rawang
SELANGOR DARUL EHSAN.
Melalui;
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Lubang
Buaya,
Peti Surat 59,
89857, Sipitang,
SABAH.
Kepada,

Pegawai Pelajaran Daerah,


Pejabat Pelajaran Daerah
Sandakan,
Beg Berkunci 02,
90400, Sandakan,
SABAH.
(u.p: Tuan
___________________)
Tuan/ Puan,
PERMOHONAN PERTUKARAN
SEKOLAH KE NEGERI
SELANGOR
NAMA PELAJAR : SIFULAN BIN
SIFULANAH
NO. K/P : 860424-44-4444

JAWATAN : PEGAWAI
PERKHIDMATAN
PENDIDIKANSISWAZAH DG41
TEMPOH BERKHIDMAT :
2010-2011/ SETAHUN
OPSYEN : KPLI Pendidikan
Jasmani
2. Dengan segala homatnya
perkara di atas adalah
dirujuk. Berikutan itu, saya
ingin memohon pertukaran
sekolah dari pihak tuan.
3. Walau bagaimanapun,
tujuan permohonan ini
dibuat atas beberapa sebab.
Antara sebabnya adalah;

3.1 Faktor kesihatan bapa.


Untuk makluman pihak tuan,
saya sudah ketiadaan ibu
yang sudah meninggal dunia
sejak tahun 2002 dan kini
bapa saya menghidap
penyakit jantung dan
kencing manis yang serius.
Hal ini menyebabkan saya
perlu memberikan tumpuan
terhadap kebajikan bapa
saya memandangkan saya
adalah anak sulung dan
semua adik-beradik saya
masih belajar di Institut
Pengajian Tinggi (IPT)
tempatan dan luar negara.
Tambahan pula, saya perlu
memberi perbelanjaan

kepada adik-adik kerana


bapa saya juga tidak lagi
mampu untuk bekerja kerana
beliau telah uzur.
3.2 Isteri saya pula seorang
guru dan ditugaskan di SK
Seksyen 11, Kota
Damansara, Selangor. Kini
isteri saya sarat
mengandung 7 bulan, malah
kini dia dimasukkan ke
hospital atas sebab penyakit
tekanan darah rendah dan
saya perlu memberikan
kebajikan dan menjaganya
kerana ia adalah
tanggungjawab saya sebagai
suami. Lebih-lebih lagi
kandungan isteri saya kini

merupakan bakal anak kami


yang sulung. InsyaAllah.
3.3 Faktor keselamatan isteri
dan keluarga.
Memandangkan kami tinggal
berjauhan isteri saya tinggal
berjauhan di rumah
sewanya. Keadaan ini turut
merunsingkan saya dimana
keselamatan dan kebajikan
isteri adalah tanggungjawab
saya sebagai seorang suami.
Hal ini menyebabkan isteri
saya memikul tugas yang
lebih berat dalam
menguruskan kerja rumah.
Secara tidak langsung ini
mengganggu serta
menjejaskan prestasi kerja

dan mutu perkhidmatan


isteri saya.
3.4 Faktor tekanan emosi
dan bebanan
tanggungjawab. Sebagai
seorang suami yang
merupakan ketua dalam
keluarga saya sering
menghadapi tekanan dan
bebanan tersebut apabila
masalah ini berterusan. Ini
kerana saya perlu
memikirkan dan
menguruskan hal berkaitan
keluarga saya yang berada
jauh dari tempat saya
berkhidmat sekarang. Di
samping prestasi kerja saya
juga terjejas secara tidak

langsung. Hal ini juga,


merunsingkan saya serta
mengganggu mutu kerja
saya sebagai warga pendidik
dan secara tidak langsung
akan menjejaskan mutu
pengajaran saya.
4. Sehubungan dengan itu,
saya merayu kepada pihak
tuan agar dapat
mempertimbangkan serta
meluluskan permohonan
pertukaran sekolah saya ke
Negeri Selangor. Segala
kerjasama dan keprihatinan
daripada pihak tuan amatlah
saya hargai.
Sekian, terima kasih.

Yang benar,

( SIFULAN BIN SIFULANAH)


Guru PJ
Pegawai Perkhidmatan
Pendidikan Siswazah DG41

Anda mungkin juga menyukai