Anda di halaman 1dari 12

PENGABAIAN WARGA TUA

Pendahuluan
Malaysia merupakan sebuah negara yang sedang mengalami kerancakan
pembangunan dengan kelahiran manusia yang semakin bijak. Namun fenomena yang
mendukacitakan iaitu isu pengabaian warga tua semakin menular ke seluruh pelusuk
dunia bagaikan virus yang semakin hari semakin membimbangkan dan semakin
mendapat perhatian semua pihak. Walaupun isu ini tidaklah segah isu keruntuhan
akhlak remaja, ia perlu juga diberi perhatian yang sewajarnya.
Ada segelintir golongan dalam masyarakat kita yang sering menganggap
bahawa warga tua ini banyak menimbulkan bebanan dan tanggapan sedemikian adalah
amat menyedihkan. Tidak ketinggalan juga para wartawan yang menginginkan topik
hangat memandangkan isu ini meniti dari bibir ke bibir dalam segenap lapisan
masyarakat. Saban hari, isu ini sering terpampang di dada akhbar, di corong radio atau
tevisyen serta internet. Pepatah melayu yang berbunyi `Bagai kacang lupakan kulit`
dilihat amat sesuai dibincangkan bagi isu golongan warga tua yang kian terabai
kebajikannya, kurang bernasib baik dan kebajikan golongan ini juga diabaikan oleh
semua pihak.
Dalam hal ini, kita sering tertanya-tanya tentang sebab-sebab golongan warga
emas ini diabaikan dan sentiasa dilupakan oleh semua lapisan masyarakat. Menjaga
warga tua atau ibu bapa yang sudah lanjut usia bukan masalah individu sahaja bahkan
ia melibatkan semua pihak terutamanya institusi keluarga, masyarakat dan kerajaan.
Pegorbanan ibu bapa tidak ternilai harganya jadi apa salahnya anak-anak dan
menatang bagai minyak yang penuh seperti mereka menjaga anak-anak semasa kecil
dahulu. Dalam tuntutan agama pun cukup jelas menuntut kita sebagai anak harus
menjaga ibu bapa lebih-lebih lagi yang berumur. Menjaga ibu bapa yang sakit ketika di
ambang maut dan juga menguruskan jenazah merupakan tanggungjawab yang dituntut

oleh agama. Namun, hari ini, ramai anak-anak yang menghantar ibu bapa mereka ke
rumah kebajikan atau membiarkan sahaja mereka sendirian.
Firman Allah SWT yang bermaksud: Dan Kami wasiatkan kepada manusia
terhadap ibu bapanya. Ibunya mengandungkan dengan (menderita) kelemahan di atas
kelemahan dan menceraikannya daripada susuan dalam dua tahun (iaitu):
Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada ibu bapamu. Kepada-Ku tempat kembali. (Surah
al-Lukman ayat 14).

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan Imam Muslim daripada Abu Hurairah r.a:
Bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Amat malanglah! Amat
malanglah! Dan amat malanglah. Maka Rasulullah ditanya: Siapakah orang yang amat
malang itu wahai Rasulullah? Baginda menjawab: Seseorang yang mendapati keduadua ibu bapanya atau seorang daripada mereka sudah tua, namun dia masih gagal
memasuki syurga (lantaran gagal berkhidmat kepada mereka).
Perintah berbakti kepada orang tua setelah perintah untuk beribadah kepada
Allah tanpa mempersekutukannya. Hal ini menggambarkan pentingnya berbakti kepada
orang tua. Dalam ayat lain Allah SWT menjelaskan bahwa bersyukur kepada orang tua
(dengan berbakti kepada keduanya) merupakan kesyukuran kepada Allah SWT, karena
Allah menciptakan semua manusia dari rahim orang tua.

: .

151

iaitu: janganlah kamu mempersekutukan sesuatu dengan Dia, berbuat baiklah terhadap
kedua orang ibu bapa, (Al-Anam 151).

Gambar 1: Warga Tua di Malaysia

Definisi
Mengikut Dasar Warga Tua Negara: Tua adalah mereka yang umur melebihi 60 tahun
dianggap sebagai tua. Di negara maju dan membangun, mereka yang melebihi 65
tahun (disebabkan oleh taraf ekonomi, pendidikan, taraf kesihatan yang lebih
tinggi, health services yang lebih mantap, jangka hayat yang lebih panjang dsb.
Berbanding dengan negara yang sedang membangun.) Takrifan ini mengikut kalendar
atau umur.
Takrifan tua adalah lebih rumit daripada tua mengikut kalendar. Tua boleh dilihat dari
segi

psikologikal, biology atau functional (atau

kebolehan

berfungsi).

Contoh

Dr

Mahathir, berumur 70-an tetapi berfikir dan bersifat seperti orang muda yang
berwawasan tinggi serta kreatif.
Ada satu konsep yang juga sering digunakan iaitu Konsep Tua Muda (65-74), Tuatua (75-84) dan Paling Tua-Tua (>85) satu cara mudah jika umur diambilkira.
Biasanya tidak banyak masalah dalam kumpulan Tua Muda.Masyarakat selalunya
mengaitkan masalah tua sebagai tidak sihat, tidak berguna, tidak bermaya, dsb.
konsep Ageism, Negative, myths, Stereotyping (bersamaan dengan konsep Sexism).

Contoh Pengabaian Warga Tua

Golongan warga emas yang terabai dan diletakkan di bawah penjagaan rumah
kebajikan merupakan satu perbuatan yang tidak bermoral oleh anak-anak. Dalam hal
ini, kita sering tertanya-tanya tentang sebab-sebab mengapa mereka diabaikan. Oleh
itu, tentu terdapatnya faktor tertentu yang menyumbang ke arah berlakunya masalah
ini. Kewujudan dan pertambahan rumah orang tua di negara kita jelas menggambarkan
kesan kehidupan masyarakat khususnya di alaf 21 ini apabila kita tua nanti. Dalam satu
kajian yang dibuat Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), warga emas Melayu paling
ramai menghuni di 11 rumah orang tua seluruh negara di bawah seliaan jabatan
berkenaan. Timbalan Penguasa Rumah Orang Tua Seri Kenangan Cheng Melaka,
Mohd Emran Abdul Salam, berkata majoriti daripada 236 penghuni rumah berkenaan
ialah Melayu. Orang tua yang dimasukkan di rumah itu mempunyai pelbagai latar
belakang dan kisah hidup mereka tersendiri.
Faktor- faktor pengabaian warga tua
Faktor yang utama ialah dan paling ketara ialah sikap manusia itu sendiri.
Segelintir manusia memandang hina terhadap golongan ini . Malah ada segelintir
golongan dalam masyarakat kita yang sering menganggap bahawa warga tua ini
banyak menimbulkan bebanan dan tanggapan sedemikian adalah amat
menyedihkan.Pengabaian warga tua ini disebabkan sikap masyarakat yang telah
dijajahi oleh aspek imperialisme individualistik dan materialisme yang cukup kuat.

Masyarakat moden kini lebih mengejar kebendaan dan kekayaan daripada nilai sebuah
kasih sayang. Kadangkala mereka meninggalkan warga tua ini bersendirian di rumah
seharian dari pagi hingga ke malam. Perbuatan ini secara tidak langsung telah
meninggalkan kesan yang mendalam terhadap jiwa golongan tua ini. Mereka akan
merasakan diri mereka tidak diperlukan lagi.Perasaan ini akan mengakibatkan warga
tua ini merajuk dan cuba melarikan diri daripada permasalahan itu dengan keluar
daripada rumah dan berjalan-jalan tanpa tujuan.Pada ketika inilah banyak kejadian
yang tidak diingini boleh berlaku. Kemungkinan besar warga tua ini akan dirompak,
diculik atau mengalami kemalangan.Sikap masyarakat sekarang ini terhadap warga tua
menunjukkan seolah-olah mereka tiada langsung mempunyai rasa bersyukur dalam
kamus hidup sendiri walaupun pada ibu bapa sendiri.Si ibu yang telah bersusah payah
mengandungkan mereka selama sembilan bulan, menyusu, berjaga malam menghalau
nyamuk dan menjaga serta mendidik daripada tapak kaki sekecil tangan ibu sehingga
dewasa.
Faktor kedua pula ialah pemiikiran masyarakat yang masih belum terbuka
sepenuhnya menyebabkan mereka tidak dapat menerima teguran dan pandangan yang
membina daripada warga tua dengan hati terbuka. Segalanya itu dianggap sebagai
satu leteran. Oleh itu untuk melarikan diri daripada menerima leteran itu mereka
menghantar warga tua ini ke rumah orang-orang tua. Mereka beranggapan di rumah
orang-orang tua ini, warga tua akan dapat bergaul sesama mereka tanpa sebarang
masalah. Dengan itu, dapatlah golongan muda ini menjalankan aktiviti harian mereka
tanpa diganggu konsentrasinya.

Faktor ketiga pula ialah sikap masyarakat yang menganggap bahawa warga tua tidak
produktif dan tidak berupaya membantu mereka. Oleh itu warga tua ini dianggap
sebagai beban. Ini disebabkan mereka terpaksa menjaga warga tua ini tanpa mendapat
apa-apa faedah daripadanya. Disebabkan keadaan ini terpaksa, golongan tua ini
dilayan antara mahu atau tidak mahu sahaja. Malah ada yang menggunakan warga tua
ini sebagai pembantu rumah. Pengeksploitasian tenaga warga tua ini, sememangnya

semakin berleluasa kini, tetapi tiada tindakan yang dapat diambil kerana hal ini
melibatkan kekeluargaan.
Faktor keempat ialah sikap hipokrit masyarakat sekarang yang tidak
mementingkan nilai-nilai kekeluargaan juga menyebabkan warga tua terabai. Mereka
sanggup membelakangi warga tua ini dalam segala urusan. Bagi mereka warga tua ini
dianggap tidak berguna lagi. Adakah kita dikatakan sebuah masyarakat yang maju
selaras dengan transformasi negara jika kita bersikap invidualistik? Namun begitu,
masyarakat maju Barat masih lagi menjaga warga tua mereka dan golongan inilah yang
mereka utamakan dalam segala hal. Warga tua di sana dihormati dan disanjungi tetapi
tidak di negara kita. Mengapa masyarakat kita tidak mahu mencontohi budaya positif
ini? Namun begitu tidak dinafikan ada di antara kita masih menyayangi warga tua
sebagaimana mereka menyayangi diri mereka sendiri. Golongan inilah yang dikatakan
masyarakat terpelajar sebenarnya.
Faktor kelima pula ialah sikap anak-anak yang sering memandang ringan
terhadap orang tua mereka. Mereka menganggap ibu bapa yang telah tua tidak
berguna dan berjasa lagi. Mereka tidak terfikir tentang jasa-jasa yang telah diberikan
oleh ibubapa mereka sehingga anak-anak dapat menikmati kesenangan seperti yang
dinikmati pada hari ini. Nyanyuk, sakit kronik dan kecacatan warga tua, tidak
bersefahaman dengan anak menantu, kesibukan anak dengan tugas harian dan
masalah kewangan menjadi pemangkin kepada isu pengabaian warga tua ini. Ada
kalanya anak-anak memberi alasan kewangan dalam menyatakan ketidakmampuan
mereka untuk selalu menjengah ibu bapa di kampung atau menjaga orang tua sehingga
mengambil keputusan menghantar orang tua mereka ke pusat-pusat kebajikan dan
rumah warga tua.
Faktor yang keenam pula pengaibaian warga tua atau ibu bapa disebabkan
pengalaman anak-anak itu sendiri di alam kanak-kanak. Mungkin semasa kecil kedua
ibu bapa mereka bersikap bengis, dan suka mendera fizikal dan mental ditambah pula
dengan kurangnya didikan agama. Maka anak-anak akan bertindak balas dan
menyimpan perasaan untuk membalas dendam terhadap kedua ibu bapa mereka yang

dianggap kejam itu. Oleh itu, salah satu cara untuk memuaskan hati mereka ialah
dengan mengabaikan kebajikan dan kesihatan ibu bapa mereka yang uzur dan tidak
berkeupayaan sebagaimana yang dialami oleh anak-anak mereka dahulu
Faktor ketujuh ialah proses urbanisasi dan modenisasi yang begitu pesat berlaku
di negara ini menjadikan anak-anak tinggal di taman perumahan yang terdiri daripada
rumah teres, apartmen, rumah pangsa dan kondominium yang terdapat pelbagai
lapisan masyarakat yang terdiri daripada pelbagai bangsa. Atas alasan malu dan tidak
mahu dipandang serong oleh komuniti dan masyarakat kediaman mereka, ada anakanak yang tidak sanggup untuk membawa ibu bapa mereka tinggal bersama-sama
kerana ibu bapa yang telah tua atau nyanyuk ini akan menimbulkan masalah dengan
komuniti dan masyarakat setempat.
Masalah pengabaian warga tua disebabkan oleh banyak faktor seperti di atas,
namun masalah ini masih boleh dibendung dan diatasi. Tamadun manusia walau
apapun agamanya, ia akan meletakkan kedudukan yang paling tinggi kepada orang
yang lebih tua terutama ibu bapanya

Langkah Mengatasi Masalah Pengabaian Warga Tua

Menjaga warga tua merupakan tanggungjawab semua pihak terutamanya


institusi keluarga, masyarakat dan kerajaan bak kata pepatah 'bersatu kita teguh,
bercerai kita roboh'.Terdapat juga pepatah melayu lama yang menyatakan,'tiada
gunung yang tidak dapat didaki dan tiada lurah yang tidak dapat dituruni.Hakikatnya,

setiap pemasalahan pasti ada jalan penyelesaiannya.Oleh yang demikian, pelbagai


langkah drastik dan dominan perlu direncanakan dan dilaksanakan secara berperingkat
dan dinamik untuk memerangi isu pengabaian warga tua.
Terdapat pelbagai langkah berkesan yang mungkin boleh dilakukan oleh
kerajaan untuk mengatasi masalah pengabaian warga tua. Kaedah yang paling
berkesan

adalah

melalui

kaedah

media

massa

seiring

dengan

kerancakan

pembangunan yang sedang berlaku di Malaysia. Kaedah tersebut boleh dilakukan


melalui penyebaran maklumat yang bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan
minat dalam pengurusan dan penjagaan ibu bapa.
Kerajaan seharusnya memainkan peranan dalam meningkatkan kempen
kesedaran kepada masyarakat di luar sana mengenai kesan daripada pengabaian
warga tua. Kempen ini akan dapat memberi kesedaran kepada generasi muda supaya
mengingati jasa keda-dua ibu bapa mereka sekaligus mampu membalas jasa ibu bapa.
Generasi muda sepatutnya sentiasa berusaha untuk menggembirakan hati warga tua
bagi membalas jasa dan pengorbanan mereka dalam membesarkan dan memastikan
anak-anak mendapat keperluan yang mencukupi.Kempen kesedaran tentang masalah
yang berkaitkan warga tua seperti mengadakan hari ibu dan hari bapa.Hari ibu dan hari
bapa harus disambut bagi menyanjung dan mengingati jasa dan pengorbanan mereka.
Melalui hari ibu dan bapa ini ia sikit sebanyak akan menyedarkan golongan anak-anak
yang tidak mempedulikan ibu bapa mereka.
Kerajaan juga sepatutnya perlu menambah program advokasi bagi membentuk
kesedaran masyarakat tentang penuaan yang positif dan meningkatkan kesedaran
berkaitan dengan warga tua dalam komuniti setempat.Ia boleh dijalankan melalui
publisiti dan kempen melalui media cetak dan media elektronik. Kerajaan perlulah lebih
aktif dalam menyampaikan maklumat dan pengetahuan kepada masyarakat. Maklumat
dan pengetahuan yang perlu disebarkan adalah mengenai pusat penjagaan yang
berkonsepkan pondok, pusat jagaan harian, pusat jagaan sementara (respite care),
kumpulan sokongan penjagaan (caregiver support group), perkhidmatan bantuan ke
rumah-rumah (home help services),bantuan kewangan dan peralatan untuk warga tua
serta penjaga mereka .

Memandangkan pelbagai masalah sosial yang timbul di negara barat,


masyarakat harus mengekalkan nilai moral yang sedia ada tanpa sesekali terikut
dengan budaya barat.Nilai moral seperti menghormati orang tua merupakan suatu nilai
luhur yang diamalkan oleh masyarakat Melayu dari zaman dahulu kala lagi.Jadi,
generasi muda mestilah berpegang kepada nilai moral yang menjadi asas dalam
menghuraikan permasalahan sosial seperti masalah warga tua yang terbiar dan lainlain.
Selain itu, kerajaan boleh mengadakan pusat jagaan harian untuk warga tua bagi
memudahkan anak-anak menghantar ibu bapa semasa mereka pergi bekerja.Hal ini
kerana ramai generasi muda yang bekerja demi meneruskan kelangsungan
hidup.Mereka terpaksa meninggalkan ibu bapa di rumah semasa keluar bekerja.Mereka
sebenarnya risau dengan keselamatan dan perasaan ibu bapa tetapi pekerjaan mereka
harus diteruskan jua untuk menyara mereka.Jadi, mereka bolehlah menghantar ibu
bapa

ke

pusat

jagaan

harian

untuk

warga

tua

sementara

mereka

keluar

bekerja.Selepas pulang dari tempat kerja.Mereka boleh membawa pulang ibu bapa
mereka semula.Hal ini dapat diselesaikan sekiranya pihak kerajaan bersetuju untuk
mewujudkan atau menambahkan pusat jagaaan warga tua.

Langkah seterusnya, anak-anak haruslah diberi didikan agama dan pendedahan


dari awal lagi tentang menghormati ibu bapa. Anak-anak yang diberi didikan agama dari
kecil lagi akan dapat mengelakkan masalah penyisihan ibu bapa. Anak-anak yang
mempunyai asas agama pasti akan mempunyai rasa tanggung jawab dalam
menjalankan tugas menjaga ibu bapa yang sudah berumur. Selain didikan agama yang
diterapkan kepada anak-anak sejak kecil lagi pendidikan moral juga perlu diterapkan
disekolah rendah dan sekolah menengah.Pendidikan agama yang dihubungkan dengan
memperbanyakkan konsep inter-generasi di mana agensi atau pusat penjagaan
haruslah menyediakan penjagaan kepada penjaga perlulah diwarwarkan agar mereka
lebih sedar tentang sumber yang boleh didapati terutamanya mereka yang tinggal di
kawasan luar bandar.

Selain itu, kerajaan perlu menyediakan satu sistem pendaftaran penjaga supaya
segala bentuk bantuan dan program boleh disalurkan dengan mudah.Maknanya,
persoalan siapa yang menjaga siapa dalam masyarakat dapat dikesan atau diketahui.
Sikap segelintir anak yang mengambil jalan mudah dengan menghantar ibu bapa
mereka ke rumah warga tua tetap tidak wajar walau apa jua alasannya. Alasan sibuk
bekerja atau masalah kewangan sekalipun tidak mampu dijadikan alasan sama sekali.
Jika diperhatikan pada hari ni, terdapat ramai anak yang beralasan terdesak
menghantar ibu bapa mereka ke rumah orang tua disebabkan tekanan dan desakan
ekonomi.
Memang ada anak-anak menjaga orang tua mereka dengan rela hati dan penuh kasih
sayang sehingga kadang-kadang mereka sendiri mengalami tekanan secara sedar atau
tidak.Tugas menjaga bukan sahaja memerlukan tenaga, tetapi masa, dan sumber
kewangan yang cukup di samping menjalankan tanggungjawab sosial yang lain.jadi
kerajaan perlu menyediakan pelbagai bantuan, program, dan insentif kepada penjaga
yang menjaga warga tua.
Pihak berkuasa tempatan pula seharusnya membentuk dasar dalam memberi
keutamaan perumahan kepada penjaga yang menjaga ibu bapa yang tua, di samping
mewujudkan struktur perumahan yang sesuai untuk ibu bapa yang tua di
bandar.Masyarakat di Malaysia mungkin boleh mengambil contoh negara maju seperti
Amerika Syarikat.Negara seperti Amerika Syarikat telah menyediakan perumahan atau
bangunan untuk warga tua yang lebih suka hidup sendiri. Hal ini tidak sesekali
mendorong genserasi muda menghantar warga tua ke rumah kebajikan sebaliknya
diharapkan langkah proaktif dapat diambil bagi meningkatkan kualiti dan kuantiti rumah
penjagaan harian untuk warga tua dan rumah penjagaan sementara, terutama untuk
melatih warga tua berdikari dan memberi peluang kepada penjaga berehat seketika
(Anon. 2010c).
Secara praktis, kerajaan telah mengaplikasikan bantuan dan sokongan untuk
warga tua dan penjaga mereka di Malaysia. Tetapi kekurangan rumah penjagaan harian
dan rumah penjagaan sementara amat serius dalam jangka masa sepuluh tahun akan
datang. Polisi ini secara signifikan dapat mengurangkan beban penjagaan oleh anak

dewasa dan kesejahteraan warga tua pula lebih terjamin dan berkualiti (Khadijah Alavi
et al. 2011).
Walau bagaimanapun, apa yang paling penting dalam usaha membanteras
masalah pengabaian warga tua adalah dengan memastikan terlebih dahulu niat dan
hati masing-masing bersih dan tulus. Generasi muda perlu mengikis sifat memandang
remeh kepada orang tua yang kurang bernasib baik .Anak-anak juga perlu membuang
sifat memandang hina kepada ibu bapa yang dianggap semain tua semakin tidak
berguna dan tidak diperlukan lagi.
Masyarakat haruslah mengubah sikap dengan mengamalkan sistem keluarga
luasan iaitu isi rumah yang merangkumi ibu bapa, anak-anak, datuk dan nenek atau
anggota keluarga yang lain. Hal ini secara tidak langsung dapat memupuk rasa
tanggungjawab dan perasaan berkasih sayang sesama isi rumah.Selain itu, sistem ini
juga dapat memberi sokongan serta ikatan kekeluargaan yang kuat oleh ahli keluarga
terhadap warga tua. Tambahan lagi, berbuat baik terhadap kedua-dua orang tua
hukumnya adalah wajib kerana ia merupakan perintah daripada Allah Subhanahu
Wataala(Anon. 2008).

Rumusan
Hakikatnya, warga tua adalah satu golongan yang istimewa dan unik kerana mereka
telah melalui proses perjalanan hidup yang panjang, berpengalaman luas dan
sewajarnya dihormati serta dijaga dengan penuh kasih sayang. Penjagaan dan
pengurusan warga tua harus dipandang berat oleh masyarakat. Pembinaan rumah
jagaan dengan lebih banyak bukanlah satu cara yang tepat untuk mengatasi masalah
pengabaian orang tua dan juga bukanlah satu cara yang mudah untuk anggota

keluarga melepaskan tanggungjawab mereka begitu sahaja. Keinsafan dan kesedaran


yang hakiki perlu ditanam dalam diri setiap individu supaya golongan tua tidak
disisihkan daripada kelompok masyarakat setempat dan arus pembangunan yang
melanda. Anggapan bahawa warga tua adalah golongan yang membebankan, tidak
produktif serta banyak kerenah haruslah dikikis.Terdapat segelintir anggota masyarakat
yang berfikiran bahawa masalah warga tua bukanlah masalah mereka dan pihak
kerajaan perlu mencari jalan menyelesaikannya.Perkara seperti ini tidak harus berlaku
dalam masyarakat kita sekiranya kita benar-benar ingin memastikan warga tua
mempunyai kehidupan yang sejahtera.
Masalah pengabaian warga tua masih lagi di tahap rendah, namun perbuatan
anak-anak tempatan seumpama itu tidak dapat diterima masyarakat di negara ini
bahkan sangat memalukan dan dikesali. Oleh itu, setiap anak-anak hendaklah sentiasa
menghormati dan menjaga kebajikan kedua ibu bapa dan warga tua dengan
memberikan kasih sayang dan memastikan kesempurnaan hidup mereka terjamin dan
janganlah sesekali mengabaikan dan mensia-siakan hidup mereka serta selalulah
mendoakan mereka agar sentiasa mendapat perlindungan daripada Allah S.W.T.

Anda mungkin juga menyukai