BAHAGIAN B
ESEI : Cabaran-cabaran dalam Pengajaran Kemahiran Membaca Bahasa Melayu
1.0 Pengenalan
Membaca merupakan satu kemahiran yang sangat penting dalam semua mata pelajaran khasnya
mata pelajaran Bahasa Melayu. Untuk membaca dengan baik, seseorang itu perlu menguasai kemahiran
membaca dengan baik kerana kemahiran ini merupakan perkara asas yang perlu dikuasai oleh setiap
orang murid bermula dari Tahun Satu lagi. Kegagalan menguasai kemahiran membaca menyebabkan
murid tidak dapat membaca dengan betul dan lancar malah mereka tidak akan dapat menjawab soalan
yang akan dikemukakan.
Masalah menguasai kemahiran membaca dalam kalangan murid-murid Sekolah Rendah telah
mendapat perhatian umum. Kerisauan tentang masalah ini bukan hanya pada ibu bapa dan guru-guru
sahaja malah sudah hingga ke peringkat pemimpin tertinggi Negara. Masalah ini amat menakutkan
apabila ramai pelajar yang gagal membaca walaupun sudah memasuki sekolah menengah.
Berbagai-bagai usaha telah dilaksanakan di peringkat sekolah, daerah, negeri, dan peringkat
nasional untuk mengatasi masalah bacaan, misalnya Pelaksanaan Program Pemulihan dan Pengayaan
dalam kelas KBSR, Program Kelas Intervensi Membaca dan Menulis atau KIA2M. KBSR merupakan
satu usaha terbesar yang dilaksanakan dengan bermatlamat kecemerlangan pendidikan sekolah, dan
diikuti dengan KBSM di sekolah menengah.
Kadang kala, terdapat murid-murid yang boleh membaca tetapi tidak faham apa yang dibacanya.
Masalah bacaan yang lazim saya hadapi adalah di mana murud-murid selalu membuang atau
meninggalkan bunyi huruf, perkataan dan imbuhan ketika membaca.
misalnya buah
disebutuah,kering disebutkerin. Perkataan dalam ayat juga kerap ditinggalkan semasa membaca,
seperti;Buku itu sangat tebal. dibaca sebagai Buku itu tebal. Manakala meninggalkan imbuhan
adalah sepertimengandungi disebutmengandung dan sebagainya.
Masalah ulangan juga wujud semasa murid-murid membaca. Murid-murid mengulang-ulang
perkataan atau suku kata semasa membaca dan perbuatan mengulang ini bukan disebabkan oleh masalah
gagap.
Cikgu Nabilah:
Masalah yang saya hadapi semasa mengajar kemahiran membaca adalah masalah gantian dan
masalah tambahan. Ketika membaca, terdapat segelintir murid menggantikan huruf atau perkataan
dalam ayat yang dibaca, misalnya ladang disebut lalang. Manakala terdapat perkataan yang
digantikan dengan perkataan lain sehingga boleh mengubah maksud ayat.
Ada juga murid menambah bunyi huruf atau perkataan semasa membaca, misalnya buah
disebut buwah. Manakala penambahan perkataan berlaku seperti berikut; Saya suka makan rojak.
dibaca sebagai Saya sangat suka makan rojak.
Diri sendiri:
Saya juga menghadapi masalah semasa mengajar kemahiran membaca, misalnya, murid-murid
tidak tahu membaca perkataan tersebut dan makna sesuatu perkataan dan tidak tahu membaca huruf a-z.
Ada juga murid membaca pembalikan di mana huruf, perkataan, atau frasa dibaca secara terbalik atau
songsang. Contoh ; Bala disebut laba, manakala pembalikan perkataan dalam ayat berlaku apabila
perkataan diubah kedudukannya, contoh: Dia makan nasi dibaca sebagai Dia nasi makan, dan begitu
juga dengan pembalikan frasa.
Walau bagaimanapun, tabiat dan kebolehan membaca serta pengalaman menentukan kejayaan
seseorang individu.
3.1 Cara Mengatasi Masalah Membaca
2 | Page
Cikgu Zakiah:
Sebagaimana yang kita sedia maklum, minat dan motivasi sangat berperanan dalam membina
tabiat dan keupayaan membaca. Minat yang mendalam terhadap bahan bacaan memudahkan seseorang
itu mengalami proses pembacaannya. Semasa PnP, terutamanya semasa pengajaran kemahiran
membaca,
saya sentiasa menjalankan aktiviti yang sangat menarik minat dan perhatian murid,
missalnya membaca buku cerita, memberi hadiah demi meningkatkan motivasi murid berkeinginan
untuk terus belajar.
Dari segi persekitaran, saya sentiasa menyediakan persekitaran yang kondusif supaya muridmurid belajar dengan selesa dan objektif pengajaran tercapai. Saya juga tidak akan terlalu terfokus
kepada murid untuk menghadapi peperiksaan sahaja, saya sentiasa menumpukan perhatian kepada r
murid-murid yang lemah dalam penguasaan kemahiran membaca, menulis dan kemahiran lisan.
Saya juga sentiasa menasihati ibu bapa memberi perhatian dan mendisplinkan atau menggalakan
anak-anak mentelaah buku-buku pelajarannya di rumah. Minat membaca amat penting ditanamkan
dalam diri anak itu sebelum dia bersedia untuk membaca.
Cikgu Nabilah:
Saya berpendapat bahawa kaedah pengajaran seseorang guru merupakan salah satu punca
berlakunya masalah membaca dalam kalangan murid sekolah. Guru yang kurang pengalaman mengajar
membaca, tidak menggunakan keadah membaca yang sepatutnya seperti kaedah suku kata atau apa-apa
kaedah yang sesuai dengan tahap membaca murid.
Keupayaan membaca di kalangan murid-murid adalah berbeza-beza, saya sentiasa menggunakan
kaedah membaca dan bahan bantu mengajar yang bersesuaian dengan tahap murid-murid saya. Saya
juga menggunakan kaedah seperti kaeadah abjad untuk mengajar murid mengeja dan membaca
perkataan, kaedah fonik untuk mengajar hubungan bunyi-bunyi dengan huruf-hurufnya, dan kaedah
gabungan bunyi-kata, di mana saya mengajar murid langkah demi langkah, dimulai dengan bunyi huruf
digabungkan dengan nama huruf dan bentuk huruf. Selepas itu membina suku kata dan seterusnya
perkataan. Latih tubi mengeja sentiasa saya berikan.
3 | Page
Begitu juga, murid-murid boleh mendapat manfaat daripada kaunseling dan bimbingan yang
diberikan oleh guru-guru yang berpengalaman. Membacakan buku-buku cerita atau menggunakan
teknik flash cards boleh mendatangkan minat membaca kepada murid-murid berkenaan. Melihat orang
lain membaca atau melawat ke kedai buku juga digalakkan.
Diri sendiri:
Pada pendapat saya, teks yang digunakan dan masa pengajaran adalah sangat penting dalam
penyelesaian masalah mengajar murid membaca. Secara tradisi, variasi dalam pembacaan murid
berpunca daripada jenis teks yang dibaca. Pengaruh teks terhadap pembaca adalah sangat kompleks.
Saya sentiasa menggunakan teks yang mudah dan menarik untuk memudahkan murid saya membaca
dan memahami isi kandungan teks tersebut. Sebaliknya, jika teks yang saya gunakan terlalu tinggi
bahasanya, banyak teks, tulisan yang kecil dan lain-lain boleh mengganggu pembacaan murid-murid
saya. Oleh sebab itu, teks yang tidak menarik, sukar difahami, teks yang mempunyai isi kandungan atau
bahan cerita yang sudah lama atau kurang sesuai dengan keadaan semasa murid, sentiasa akan saya
abaikan.
Dari segi masa pengajaran, iaitu masa pengajaran membaca yang diperuntukan terlalu singkat
dan tidak mencukupi tidak menyumbangkan murid menguasai kemahiran membaca. Peruntukan masa
pengajaran membaca yang terlalu singkat ini tidak banyak membantu murid tahap kecerdasan sederhana
dan lemah untuk menguasai kemahiran membaca.
Pada peringkat asas kemahiran membaca atau apa saja kemahiran perlu dikukuhkan terlebih
dahulu sebelum mereka ini pergi lebih jauh lagi dengan mempelajari banyak mata pelajaran dan
mempelajari bahasa Inggeris. Bila dilihat pada bebanan subjek darjah 1, 2 dan 3 terlampau banyak
sehingga lapan mata pelajaran. Jadi tumpuan kanak-kanak untuk mengukuhkan kemahiran membaca dan
lain-lain kemahiran itu terbatas disebabkan bebanan subjek yang banyak yang harus mereka kuasai.
3.2 Cadangan-cadangan
Cikgu Zakiah:
4 | Page
Memang tidak dapat dinafikan bahawa penggunaan Komputer dalam PnP dapat meningkatkan
keberkesanan pembelajaran murid-murid. Sekiranya pengajaran kemahiran membaca bahasa Melayu
berbantukan komputer, sistem pengajaran lebih berkesan dan persekitaran pembelajaran menjadi lebih
efisien, ini adalah disebabkan oleh komputer berpotensi dalam membantu murid memperbetulkan
kerangka alternatif dan meningkatkan pencapaian akademik murid dalam mata pelajaran bahasa Melayu.
Saya mencadangkan sebaik-baiknya pengajaran kemahiran membaca dijalankan dengan
menggunakan komputer. Pengajaran berbantukan komputer menjadikan murid lebih bersosial, lebih
berdikari, lebih aktif, lebih menumpukan perhatian dan saling bekerjasama dalam menyelesaikan
masalah serta sudi berkongsi informasi dan pengetahuan. Dengan itu, pengajaran berbantukan komputer
memanfaatkan murid.
Cikgu Nabilah:
Saya mencadangkan pendekatan pembelajaran kemahiran membaca menerusi lagu dan muzik
kerana murid yang lembam memerlukan bantuan untuk mencari bahan yang agak mudah dan
menyeronokkan supaya kemahiran membaca bertambah pada kadar yang biasa baginya. Di samping itu,
muzik memang dapat memberi kesan yang baik terhadap perkembangan mental kanak-kanak.
Muzik sebenarnya telah memberi peluang kepada murid yang menghadapi kesukaran membaca
dan menulis dengan sifatnya yang dapat dimain berulangan kali, merdu dan penuh menyentuh perasaan
kerana lagu mendatangkan fungsi emosi (keterbukaan dan kesenangan), dan juga memudahkan proses
pembelajaran bahasa atas sebab strukturnya yang mudah dan berulang. Sekiranya PnP kemahiran
membaca dengan menggunakan lagu dan muzik, pencapaian murid dalam penguasaan kemahiran
membaca dapat ditingkatkan. Sebagai contoh, saya mengajar murid membaca pantun mengikut irama
dan rentak lagu kanak-kanak yang menyeronokkan.
Diri sendiri:
Saya sangat bersetuju dengan cadangan-cadangan kedua-dua guru tersebut di atas. Penggunaan
komputer dalam proses PnP memang memanfaatkan murid-murid. Pencapaian murid adalah lebih baik
jika dibandingkan dengan pengajaran dengan teknik tradisi.
Begitu juga, tindakan memainkan muzik dan lagu memotivasikan murid untuk menghadiri dan
menumpu perhatian di dalam bilik darjah. Dengan itu, keberhasilan pembelajaran kemahiran membaca
bahasa Melayu sangat dipengaruhi oleh kemampuan seorang guru dalam melaksanakan proses PnP yang
menarik dan menyenangkan kanak-kanak.
5 | Page
Memandangkan seseorang kanak-kanak dikatakan suka menyanyi dan bergerak, justeru, lagu
dan aktiviti pergerakan merupakan satu pendekatan yang efektif dalam pembelajaran bahasa. Kanakkanak menjadi lebih senang dan mudah memahami melalui aktiviti nyanyian.
4.0 Kesimpulan
Keupayaan membaca di kalangan murid-murid adalah berbeza-beza dan guru hendaklah
memberi perhatian terhadap hakitat ini. Oleh itu guru hendaklah memperkemaskan diri dalam
kemahiran menyampaikan pengajaran bacaan. Pengetahuan tentang kaedah-kaedah mengajar bacaan
semata-mata tidak mencukupi, sebaliknya guru perlu mempunyai kreativiti dalam penyampaian
pengajarannya. Kaedah membaca yang digunakan akan lebih berkesan dengan penggunaan bahan bantu
mengajar yang sesuai dan menarik. Bagi murid-murid yang mengalami masalah bacaan yang teruk dan
juga untuk murid-murid berkeperluan khas, kaedah pengajaran pelbagai deria sangat sesuai
digunakan.bSekiranya guru memilih untuk menggunakan sesuatu kaedah,bmaka guru hendaklah tetap
dengan langkah-langkah yang telah ditetapkan atau mengikut sebahagian daripada langkah sahaja, maka
guru tidak boleh mengatakan yang dia menggunakan kaedah tersebut.
RUJUKAN
Allen, D. (2007). Improving Language Acquisition Skills for English Language Learners With Music
Instruction. An Action Research Project. Shawnee Mission Board of Education.
Azman Bin Kanil. (2000). Keberkesanan Kaedah Kuliah dalam Pengajaran dan Pembelajaran.
Sabah: Jabatan Ilmu Pendidikan, Maktab Perguruan Keningau.
Bernama.com (28 November 2006). 90 Peratus Murid Berjaya Kuasai Kemahiran 2M.
Blair, G. M., Jones, R. S. & Simpson, R.H. (1991). Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur : Dewan
Bahasa dan Pustaka.
6 | Page
Catts, H., Fey, M., Tomblin, J. B., & Zhang, X. (2002). A Longitudinal Investigation of Reading
Outcomes in Children with Language Impairments. Journal of Speech, Language and Hearing Research,
45 (6), 1142 - 1157.
Charlie Anak Ungang (2008). Penggunaan Bahan Bantu Mengajar dalam Kemahiran Asas Membaca di
Kelas Pemulihan: Kajian Kes di Lima Buah Sekolah Daerah Serian. Jabatan Kajian Sosial. Jurnal
Penyelidikan IPBL, Jilid 8, 2008.
Colwell, C. M. (1994). Therapeutic Applications of Music in the Whole Language Kindergarten. Journal
of Music Therapy, 31 (4), 238247.
Cracolice, M.S. & Abraham, M.R. (1996). Computer-Assisted, Semi-Programmed, and Teaching
Assistant-Led Instruction in General Chemistry. School Science & Mathematics. 96 (4). 215-231.
Dewey, J. (1966a) John Dewey Selected Educational Writings. Edited by Garforth, F.A.London.
Heinemann Educational Books Ltd.
Droscher, E. (2006). The Benefits of Music Education To Children.
http://creativekidonline.com/library/HowMusicEducationBenefitsChildren.pdf
7 | Page