Anda di halaman 1dari 1

REFLEKSI

Sepanjang melaksanakan kerja kursus Pentaksiran dalam Pembelajaran Sejarah (SJH


3093), saya telah didedahkan dengan bermacam-macam pengetahuan berkaitan pentaksiran
dalam pembelajaran Sejarah. Saya telah menulis sebuah esei berkaitan menjelaskan konsep
dan ciri-ciri pentaksiran, penilaian, pengukuran dan pengujian. Dengan membuat tugasan
tersebut, saya lebih memahami bahawa keempat-empat istilah ini mempunyai pengertian yang
berbeza dan bukan bermaksud penilaian. Kebaikan membuat tugasan tersebut ialah
membolehkan saya mendalami proses-proses pentaksiran supaya saya dapat menjalankan
proses-proses tertentu di sekolah kelak mengikut kehendak dan matlamat sendiri tanpa
mengelirukan. Tugasan kedua dan ketiga merupakan membina Jadual Spesifikasi Ujian (JSU)
dan menghasilkan satu set soalan Sejarah Tahun 4 berserta skema pemarkahan. Kemahiran ini
memang penting bagi seorang guru kerana guru mesti mengikut JSU untuk menghasilkan set
soalan. JSU membantu kita menjamin kesahan isi kandungan sesuatu ujian dan ia juga
menentukan perimbangan antara topik dengan aras kemahiran yang diuji serta kepentingan
lain. JSU ini merupakan panduan untuk membentuk soalan dan membantu saya menggubal
soalan Sejarah secara sistematik. Semasa saya menggubal set soalan, saya mementingkan
kemudahan murid semasa menjawab soalan dengan menyusun soalan-soalan dengan kemas
dan pilihan jawapan juga disusun dari pendek hingga panjang.
Tajuk ini penting kerana ia berkaitan dengan profesional guru. Pada pendapat saya,
sebagai seorang guru, kita akan dipertanggungjawabkan untuk menghasilkan set soalan, oleh
demikian kita mestilah memiliki pengetahuan tentang pentaksiran pembelajaran dengan
mendalam dan jelas. Kita tidak boleh menyampaikan pengajaran sahaja tanpa membuat apaapa, maka haruslah memastikan murid-murid dapat menguasai apa yang kita ajar dengan
proses-proses berkaitan pentaksiran tersebut. JSU yang sesuai dan baik dibina harus dibuat
pertimbangan daripada pelbagai aspek. Misalnya, masa pengajaran bagi satu topik, aras
kemahiran, bilangan soalan, topik-topik sejarah dan sebagainya. Dalam menggubal set soalan,
guru mestilah bersikap tanggungjawab dan adil. Guru tidak boleh semata-mata menyalin semua
soalan daripada buku latihan tetapi haruslah berfikir untuk mereka soalan baru supaya murid
tidak dapat mengambil kesempatan untuk memperoleh markah tinggi.
Pentaksiran amat penting bagi setiap orang. Ia dapat memotivasikan kita supaya
memajukan diri dalam sesuatu perkara seperti pembelajaran murid. Pengalaman melaksanakan
tugasan ini adalah amat berharga kepada saya dan akan saya ingati untuk dipraktikkan kepada
murid-murid saya apabila saya bergelar sebagai seorang guru Sejarah nanti.

Anda mungkin juga menyukai