Anda di halaman 1dari 17

KELEBIHAN SAIDINA ABU BAKR AL-SIDDIQ R.

A
Ustaz Dr Udah Mohsin
Masjid al-Istiqamah Sg Merab
Ayat-ayat al-Quran mengenai kelebihan Saidina Abu Bakr r.a.
Antaranya:
Firman Allah :

} )7( ) 6( ) 5(
]8 - 5 : [
Bermaksud: Adapun orang yang memberi dan bertakwa dan memperakui
kebenaran dengan perkara yang baik maka Kami memudahkannya untuk mendapat
kesenangan(syurga).
adalah diturunkan kepada Saidina Abu Bakr. Saidina Abu Bakr memerdekakan orangorang yang telah masuk Islam dari kalangan orang-orang yang lemah dan wanita. (Ibn
Kathir 1999, 8: 420-421.).
Firman Allah:

]04 : ) } [04(
Bermaksud : Jika kamu tidak menolongnya maka Allah telah menolongnya ketika dia
dikeluarkan oleh mereka yang kafir, keadaannya berdua, ketika kedua-duanya dalam
gua, ketika dia berkata kepada sahabatnya: Jangan engkau berduka cita kerana
bahawasanya Allah berserta kita, lalu Allah turunkan ketenangan-Nya ke atasnya, dan
Allah bantu dengan beberapa ramai tentera yang kamu tidak dapat melihatnya, Allah
jadikan seruan mereka yang kafir adalah rendah dan seruan Allah adalah yang tinggi,
Allah adalah Yang Maha mulia lagi Maha bijaksana.
adalah juga diturunkan kepada Saidina Abu Bakr. (Ibn Kathir 1999, 8: 421). Dalam
keadaan yang amat genting ini orang yang diajak menjadi teman oleh Rasulullah s.a.w.
1

ialah Saidina Abu Bakr. Ini menunjukkan bahawa Saidina Abu Bakr itu mempunyai
kedudukan yang amat tinggi di sisi Rasulullah s.a.w.yang tidak terdapat pada orang lain.
Firman Allah:


) 78( ) 77(
{

: ) } [04( ) 79(
]07 - 77
Bermaksud: Dan akan dijauhkan api neraka orang yang sungguh bertakwa. Yang
memberikan hartanya dengan tujuan untuk membersihkan dirinya. Sedangkan dia tidak
menanggung budi sesiapa pun yang patut dibalas. Kecuali hanya semata-mata untuk
mendapat keredhaan Tuhannya yang Maha tinggi. Dan sesungguhnya dia akan redha.
Kata Ibn Kathir: Ramai dari kalangan ahli tafsir menyebut ayat ini diturunkan kepada
Saidina Abu Bakr. Tidak syak lagi dia adalah termasuk padanya. (Ibn Kathir 1999, 8:
422).
Jika di atas tadi adalah ayat-ayat al-Quran mengenai kelebihan Saidina Abu Bakr yang
berbentuk khusus, maka di sana terdapat beberapa ayat al-Quran mengenai kelebihan
para sahabat Rasululah s.a.w. secara umum yang dengan sendirinya termasuk
kelebihan Saidina Abu Bakr. Dalam tulisan ini penulis hanya membawa satu contoh
sahaja dari beberapa nas al-Quran yang banyak.
Firman Allah:


]744: )} [744(
Bermaksud: Mereka yang terdahulu lagi awal, dari kalangan Muhajirin dan Ansar dan
orang yang mengikuti jejak langkah mereka dengan sebaik-baiknya Allah redha kepada
mereka dan mereka redha kepada Allah. Allah menyediakan untuk mereka syurgasyurga yang mengalir sungai-sungai dari bawahnya, mereka kekal didalamnya selamalama, yang demikian itu adalah kejayaaan yang amat besar.
Mereka yang terdahulu lagi awal ini, sudah jelas termasuk dari segi memeluk Islam.
Dalam ayat di atas jelas Allah memuji sahabat-sahabt Rasulullah s.a.w. yang
terdahulu lagi awal masuk islam dari kalangan muhajirin dan ansar, Allah redha kepada
2

mereka, dan mereka redha kepada Allah, dan Allah sediakan bagi mereka syurgasyurga, mereka kekal di dalamnya, selama-lama, itu adalah kejayaaan yang amat besar.
Sahabat-sahabat Rasulullah yang awal masuk Islam dari kalangan muhajirin dan ansar
adalah jelas termasuk Saidina Abu Bakr. Dengan sendirinya Saidina Abu Bakr adalah
orang yang diredhai oleh Allah, Allah masukkannya ke dalam syurga-Nya.
Hadith-hadith Rasulullah s.a.w. mengenai kelebihan Saidina Abu Bakr r.a.`.
Di antaranya:

Bermaksud: Daripada Anas bin Malik bahawasanya Abu Bakr al-Siddiq menyampaikan
kepadanya katanya: Aku melihat kaki-kaki orang musyrikin berada di atas kepala kami
ketika kami berada dalam gua, maka aku berkata, wahai Rasulullah! Kalaulah seorang
daripada mereka melihat ke arah kedua kakinya necaya dia akan melihat kami, jawab
Baginda: Wahai Abu Bakr! Apa yang engkau sangka berdua , Allah adalah yang
ketiganya.
Nas di atas menunjukkan bahawa di waktu yang amat genting ini yang diajak oleh
Rasulullah sebagai temannya ialah Saidina Abu Bakr.
Nas yang lain:

(

)
Bermaksud: Daripada Abu Sa`id al-Kudri katanya, Nabi s.a.w. berkhutbah, sabdanya:
Bahawasanya Allah memberi pilihan kepada seorang hamba di antara dunia dan di
antara apa yang ada di sisi Allah maka hamba itu memilih apa yang ada di sisi Allah, lalu
Abu Bakr al-Siddiq r.a. menangis maka aku berkata kepada diriku apakah yang
menjadikan orang tua ini menangis? Jika Allah memberi pilihan kepada seorang hamba
di antara dunia dan di antara apa yang ada di sisi Allah maka hamba itu memilih apa
yang ada di sisi Allah. Rasulullah s.a.w. adalah hamba itu. Abu Bakr adalah orang yang
paling mengetahuinya. Sabdanya: Wahai Abu Bakr! jangan engkau menangis.
Bahawasanya orang yang paling aman kepadaku pada persahabatan dan hartanya ialah
Abu Bakr. Sekiranya aku hendak mengambil orang yang paling aku cintai dari kalangan
umatku nescaya aku mengambil Abu Bakr, tetapi dia adalah saudara dan kasih
sayang Islam. Tidak ada tinggal di masjid satu pintu pun kecuali mesti di sumbat kecuali
pintu Abu Bakr.
Di antar kandungan hadith di atas ialah bahawa Rasulullah s.a.w. amat kasih kepada
Saidina Abu Bakr r.a.`. Rasulullah s.a.w merasa amat senang bersahabat dengannya,
dan Rasulullah s.a.w. amat senang dengan hartanya.
Nas yang lain:




(

)


Bermaksud: Daripada Abd Allah Daripada Nabi s.a.w. sabdanya: Jika aku mengambil
dari kalangan penduduk bumi sebagai kekasih necaya aku mengambil anak Abu
4

Qahafah (Saidina Abu Bakr) sebagai kekasih, tetapi sahabat kamu (Nabi s.a.w.) adalah
kekasih Allah.
Hadith di atas menunjukkan betapa sayangnya Rasulullah s.a.w. kepada Saidina Abu
Bakr.
Nas yang lain:




)
Bermaksud: Daripada Abu Uthman katanya, Umrw bin al-`As r.a. menyampaikan
kepadaku bahawa Nabi s.a.w. mengutusnya untuk memerangi tentera di Dhat al-Salasil
maka aku pun pergi mememui Baginda, maka aku berkata, siapakah orang yang paling
engkau kasihi? Jawab baginda: Aisah, maka kataku, dari kalangan lelaki? Jawab
baginda, bapanya. Kataku, kemudian siapa? Jawab Baginda, Umar bin alKhattab, kemudian Baginda menyebut beberapa orang.
Hadith di atas adalah jelas bahawa Saidina Abu Bakr adalah lelaki yang paling di
sayangi oleh Rasulullah s.a.w.
Nas yang lain:

(

)
Bermaksud: Daripada Qatadah, bahawa Anas bin Malik r.a. menyampaikan kepada
mereka, bahawa Nabi s.a.w., Abu Bakr, Umar dan Uthman memanjat gunung
5

Uhud, lalu gunung itu bergerak, maka Nabi bersabda: Tetaplah wahai gunung Uhud!
maka sesungguhnya di atas engkau adalah Nabi, Siddiq, dan dua orang shuhada.
Nas di atas menunjukkan bahawa Rasulullah s.a.w. menggelarkan Saidina Abu Bakr
sebagi siddiq iaitu orang yang sangat bersifat benar.
Nas yang lain:




)
Bermaksud: Daripada Ibn Abbas r.a. katanya, aku berdiri bersama-sama orang ramai di
tengah-tengah mereka, lalu mereka berdoa untuk Umar ketika itu dia sedang diletakkan
ke dalam keranda, tiba-tiba terdapat seorang lelaki dari belakangku dia
meletakkan sikunya di atas bahuku dengn berkata, Allah merahmati engkau, aku
berharap bahawa Allah menjadikan engkau bersama-sama dua orang sahabatmu (Abu
Bakr dan Umar) kerana banyak aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: Aku, Abu
Bakr dan Umar, aku, Abu Bakr dan Umar membuat, aku Abu Bakr dan Umar pergi, aku
berharap bahawa Allah menjadikan engkau berserta kedua-duanya maka aku pun
berpaling tiba-tiba dia adalah Ali bin Abu Talib.
Nas di atas menunjukkan betapa tingginya kedudukkan Saidina Abu Bakr dan Saidina
Umar di sisi Rasulullah s.a.w. sebagaimana yang dinyatakan oleh Saidina Ali r.a.
Nas yang lain:




}
{

(



)

Bermaksud: Daripada `Urwah bin al-Zubayr katanya, aku bertanya Abd Allah bin `Amrw
mengenai apa yang paling teruk dilakukan oleh orang musyrikin terhadap Rasulullah
s.a.w., maka jawabnya: Aku melihat `Uqbah bin Abu Mu`it datang kepada Nabi s.a.w.
ketika itu Baginda sedang sembahyang, lalu dia meletakkan selindangnya pada tengkok
Baginda, kemudian dia mencekik Baginda dengan sekuat-kuatnya, maka datang Abu
Bakr dan menolaknya seraya berkata: Adakah engkau hendak membunuh seorang
lelaki yang berkata: Tuhanku adalah Allah, sedangkan dia telah membawakan kepada
kamu bukti-bukti kebenaran yang jelas daripada Tuhan kamu.
Nas di atas menunjukkan betapa sayangnya Saidina Abu Bakr r.a. kepada Rasulullah
s.a.w.
Al-Hafiz Ibn Hajar dalam kitabnya, Fath al-Bari ada menyebut kisah Saidina Abu Bakr ini
daripada Muhammad bin Ali. (Saidina Ali r.a.). Beliau (Saidina Ali). berkata: Siapakah
orang yang paling berani? Orang ramai menjawab, engkau, kata Saidina Ali aku tidak
berlawan dengan seorang kecuali aku mengalahkannya. Tetapi yang paling
berani adalah Abu Bakr, aku telah melihat Rasulullah s.a.w. dikeromon oleh orang
Quraysh, ada yang menolaknya dan ada yang menariknya dengan keras. Mereka
berkata kepada Rasulullah: Engkau hendak menjadikan tuhan yang banyak itu hanya
kepada satu sahaja. Kata Saidina Ali: Demi Allah tidak ada orang yang hampir dari
kalangan kami kecuali Abu Bakr, dia memukul ini dan menolak ini, sambil berkata:
Celaka kamu, adakah kamu hendak membunuh seorang lelaki yang berkata, Tuhanku
adalah Allah. Kemudian Ali menangis, kemudian berkata Adakah orang yang beriman
di kalangan keluarga Fir`awn lebih afdhal atau Abu Bakr lebih afdhal, orang ramai diam,
maka kata Ali: Demi Allah satu saat daripada Abu Bakr adalah lebih baik daripadanya.
Keluarga Fir`awn menyembunyaikan imannya, sedangkan ini (Abu Bakr) menzahirkan
keimanannya.
Nas di atas menunjukkan betapa Saidina Abu Bakr amat sayang kepada Rasulullah dan
mempertahankan Rasulullah dari musuh-musuhnya.
Nas yang lain:
7




)
Bermaksud: Wahai Rasulullah ini adalah Abu Bakr meminta izin maka jawab Baginda
izinkan untuknya dan gembirakan kepadanya dengan syurga, maka aku datang dan aku
berkata kepada Abu Bakr, masuklah, Rasulullah memberi berita gembira kepada engkau
dengan syurga, maka Abu Bakr pun masuk lalu dia duduk di kanan Rasulullah s.a.w.

Bermaksud: Daripada Abu Hurayrah katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda: Siapakah


yang adalah dia pada hari ini berpuasa? Abu Bakr menjawab, saya. Rasulullah s.a.w.
bersabda: Siapkah yang pada hari ini mengiringi jenazah? Abu Bakr menjawab, saya.
Rasulullah bersabda: Siapakah dari kalangan kamu yang pada hari ini memberi makan
orang miskin? Jawab Abu Bakr, saya. Rasulullah s.a.w bersabda: Siapakah yang
menziarahi orang sakit pada hari ini? Jawab Abu Bakr, saya. Maka Rasulullah s.a.w.
bersabda: Tiada berhimpun perkara-perkara itu kepada seseorang kecuali dia masuk
syurga.
Hadith di atas menunjukkan bahawa Saidina Abu Bakr itu merupakan orang melakukan
segala bentuk kebaikan. Dengan ini balasannya adalah syurga.
Nas yang lain:

(

)
Bermaksud: Bahawasanya Abu Hurayrah berkata: Aku mendengar Rasulullah s.a.w.
bersabda: Sesiapa yang membelanjakan sesuatu pada jalan Allah kepada dua orang
suami isteri dia diseru dari pintu-pintu syurga: Wahai hamba Allah! Ini adalah baik.
Sesiapa yang adalah dia dari kalangan ahli sembahyang maka dia akan diseru dari pintu
sembahyang, dan sesiapa yang adalah dia dari ahli jihad dia akan diseru dari pintu jihad,
dan sesiapa yang adalah dia dari ahli sedakah dia akan diseru dari pintu sedekah, dan
sesiapa yang adalah dia dari ahli puasa dia akan diseru dari pintu rayyan. Saidina Abu
Bakr berkata orang yang diseru dari salah satu dari pintu-pintu ini tidak sukar baginya,
katanya: Adakah terdapat seseorang yang diseru dari semua pintu-pintu itu wahai
Rasulullah? Jawab Baginda: Ya, aku harap engkau adalah salah seorang dari mereka.
Harapan daripada Rasulullah adalah doa dari Baginda yang yakin diterima Allah.
Dengan itu para ulama mentafsirkannya dengan yakin. Di antara kandungan hadith di
atas menunjukkan bahawa Saidian Abu Bakr r.a. akan dipangil masuk syurga dari semu
pintu-pintu syurga.
Nas yang lain:


)045 / 5( -
Bermaksud: Bahawasanya Abu Hurayrah r.a. berkata: Apabila Rasulullah s.a.w. wafat,
dan adalah Abu Bakr r.a. menjadi khalifah dan kafirlah orang yang menjadi kafir dari
kalangan orang Arab, maka Umar pun berkata: Bagimana engkau hendak memrangi
manusia? Sedangkan Rasulullah s.a.w. telah bersabda: Aku diperintahkan untuk
memerangi manusia sehingga mereka mengucap:



Maka sesiapa yang mengucapkannya maka dia telah terselamat dariku harta dan
dirinya, kecuali dengan hak kalimah tersebut, perkiraannya pada (perkara yang
tersembunyi) adalah kepada Allah. Jawab Abu Bakr: Demi Allah aku akan perangi orang
yang memisahkan di antara sembahyang dengan zakat, maka bahawasanya zakat itu
hak harta. Demi Allah, jika mereka menegah dari memberikan kepada aku anak unta
yang mereka berikannya kepada Rasulullah s.a.w. nescaya aku akan memerangi
mereka, kerana mereka menegah dari memberikannya. Maka Umar pun berkata: Demi
Allah bahawa Allah telah melapangkan dada Abu Bakr r.a. dan aku mengetahui bahawa
dia adalah benar.
Nas di atas menunjukkan bahawa Saidina Abu Bakr itu adalah merupakan seorang yang
tegas dan benar-benar mengikut apa yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w.
Nas yang lain:


10



)78 / 3( -
Bermaksud: Daripada Abu Musa r.a. katanya, Nabi s.a.w. sakit, dan bersangatan sakit
Baginda, maka sabda Baginda: Kamu hendaklah menyuruh Abu Bakr supaya dia
sembahyang mengimami orang ramai, Aisah menjawab, bahawasanya Abu Bakr adalah
seorang yang lembut hati apabila dia mengganti tempatmu dia tidak dapat sembahyang
mengimami orang ramai, maka jawab Nabi s.a.w.: Hendaklah kamu menyuruh Abu Bakr
sembahyang mengimami orang ramai maka Aisah mengulangi apa yang dikatanya,
maka sabda Nabi s.a.w.: Hendaklah engkau wahai Aishah menyuruh Abu Bakr
sembahyang menjadi imam kepada orang ramai, sesungguhnya kamu ( kaum wanita)
adalah sayahaib Yusuf ( Bersungguh-sungguh pada yang dia kehendaki) maka
datanglah seorang utusan kepada Abu Bakr, lalu dia sembahyang menjadi imam kepada
orang ramai.
Hadith di atas adalah menjadi isyarat bahawa khalifah setelah Rasulullah s.a.w. wafat
ialah Saidina Abu Bakr, kerana Rasulullah s.a.w. menyuruhnya menjadi imam dalam
sembahyang, sedangkan imam sembahyang itu adalah jawatan Baginda. Apabila
Saidina Abu Bakr disuruh menggantikan Baginda dalam sembahyang maka dalam
urusan pemerintahan juga sama seperti itu, kerana kedua-duanya adalah jawatan
Baginda.
Nas yang lain:

)707 / 70( -

Bermaksud; Daripada Hudhayfah katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: Hendaklah kamu


mencontohi dua orang yang selepasku Abu Bakr dan Umar.
Hadith di atas juga adalah isyarat yang jelas bahwa Saidina Abu Bakr adalah khalifah
Rasulullah s.a.w.
Nas yang lain:
11

Bermaksud: Daripada Aishah, katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda kepadaku pada


masa sakitnya: Pangillah Abu Bakr, bapamu dan saudara lelakimu, untuk aku menulis
satu tulisan, kerana aku takut ada orang yang berangan-angan, dan ada orang berkata,
aku (dirinya) lebih utama, sedangkan Allah dan orang Mukmin enggan, kecuali Abu
Bakr.
Hadith di atas adalah memberi isyarat bahawa penganti Rasulullah s.a.w. adalah
Saidina Abu Bakr.

)3509 / 7( -
*









12




6743 703/3
Bermaksud: Daripada Abd Allah bin Zam`ah bin al-Aswad bin al-Muttalib bin
Asad, katanya, apabila Rasulullah s.a.w. sakit kuat, ketika itu aku ada bersama-sama
Baginda dan beberapa orang Islam yang lain, maka Bilal pun melaungkan azan untuk
sembahyang, Rasulullah s.a.w. bersabda: Suruhlah orang menjadi imam kepada orang
ramai, maka aku pun keluar, tiba-tiba Umar bersama-sama orang ramai, sedangkan
Abu Bakr tidak ada, maka aku pun berkata, wahai Umar! Bangun, dan sembahyanglah
menjadi imam kepada orang ramai, maka dia pun bangun, setelah dia melafazkan
takbir, Rasulullah s.a.w.mendengar suaranya, Umar adalah seorang yang kuat
suaranya, maka Rasulullah s.a.w. bersabda: Mana Abu Bakr? Allah dan orang-orang
Islam tidak mahu yang demikian, maka diutuslah orang kepada Abu Bakr, Abu Bakr pun
datang setelah Umar sembahyang mengimamkan orang ramai, maka dia sembahyang
menjadi imam. Abd Allah bin Zam`ah berkata, kata Umar, celaka engkau, Apa yang
engkau buat kepdaku, wahai Ibn Zam`ah? Aku tidak menyangka ketika engkau
menyuruh aku (sembahyang menjadi imam) kecuali bahawa Rasulullah menyuruh yang
demikian, kalau tidak kerana itu aku tidak akan sembahyang menjadi imam kepada
orang ramai. Aku menjawab, demi Allah, Rasulullah tidak menyuruh aku (supaya engkau
jadi imam), tetapi apabila aku tidak melihat Abu Bakr, maka aku lihat engkau yang paling
layak di kalangan orang yang hadir, untuk menjadi imam sembahyang.
Hadith di atas adalah amat jelas memberi isyarat bahawa pengganti Baginda
s.a.w.adalah Saidina Abu Bakr r.a.. Suruhan Rasulullah s.a.w. mengganti Baginda
menjadi imam sembahyang adalah isyarat yang kuat bahawa Saidina Abu Bakr adalah
khalifah setelah Baginda s.a.w.
Nas yang lain:

13




)
Bermaksud: Daripada Muhammad bin Jubayr bin Mut`im daripada bapanya katanya,
seorang wanita datang menemui Nabi s.a.w. maka Nabi menyuruh supaya wanita itu
datang balik kepada Baginda, kata Wanita itu, apa pandanganmu jika aku datang tetapi
aku tidak mendapati engkau.
Seolah-olahnya (apa yang dimaksudkan wanita itu ialah engkau) wafat, maka jawab
Nabi s.a.w: jika engkau tidak mendapati aku maka datanglah menemui Abu Bakr.
Hadith di atas juga mengisyaratkan bahawa penganti Rasulullah s.a.w. adalah Saidina
Abu bakr r.a.
Di atas tadi adalah isyarat-isyarat bahawa Saidina Abu Bakr adalah khalifah setelah
sahaja Rasulullah wafat. Maksud isyarat ialah tanda-tanda, sekalipun bukan dengan
secara yang yakin dan jelas. Jika sudah yakin dan jelas maka tidak perlu kepada
mesyuarat (syura).
Nas yang lain:

(



)


Bermaksud: Daripada Ibn Umar r.a. katanya, kami menilai orang yang paling baik pda
zaman Nabi s.a.w. maka pilihan kami ialah Abu Bakr kemudian Umar kemudian Uthman.
Nas di atas menunjukkan bahawa setelah Rasulullah s.a.w. maka pilihan pertama para
Sahabat adalah Saidina Abu Bakr.
Dari nas-nas di atas menunjukkan bahawa Saidina Abu Bakr adalah orang yang telah
dijamin syurga, dipuji oleh Allah dan Rasulullah-Nya dan dipuji oleh para
Sahabat termasuk Saidina Ali sendiri, Nabi s.a.w. sendiri mengakui bahaw Saidina Abu
Bakr itu adalah siddiq iaitu orang yang sangat bersifat benar, banyak ayat-ayat al-Quran
turun kerana memujinya, segala ruang kebaikan dilakukan olehnya sehingga dia akan
diseru masuk syurga oleh semua puntu-pintu syurga. Saidina Abu Bakr juga
14

telahdiisyaratkan oleh Rasulullah s.a.w. untuk menjadi pengganti kepada Baginda. Pada
masa hayat Rasulullah s.a.w., selain dari Baginda s.a.w. maka pilihan pertama para
Sahabat adalah Saidina Abu Bakr r.a. Dengan kelebihan-kebihan ini maka sudah
sepatutnyalah bahawa Saidina Abu Bakr itu menjadi khalifah pertama setelah wafat
Rasulullah s.a.w.

15

)Kelebihan Sahabat Nabi: ( Saidina Umar Al-Khattab

Hadis Abu Hurairah r.a: Diriwayatkan daripada Rasulullah s.a.w, baginda bersabda: Aku
bermimpi berada di dalam Syurga, tiba-tiba aku melihat seorang perempuan mengambil
wuduk di tepi sebuah istana, lalu aku bertanya: Untuk siapakah istana ini? Para Malaikat
menjawab: Kepunyaan Umar bin Al-Khattab. Aku teringat akan kecemburuan Umar lalu
aku pun berlalu dari situ. Abu Hurairah berkata: Umar menangis di dalam majlis itu dan
kami semua berada di situ bersama Rasulullah s.a.w. Kemudian Umar berkata: Demi
!ayahku! Apakah aku harus cemburu kepadamu wahai Rasulullah

16


Hadis Saad r.a katanya: Umar meminta kebenaran daripada Rasulullah s.a.w untuk
menemui baginda s.a.w. Pada ketika itu, beberapa orang wanita Quraisy sedang
berbincang dengan Rasulullah s.a.w dengan suara yang tinggi. Apabila mendengar
suara Umar meminta izin wanita-wanita itu berlari menuju ke balik tabir. Rasulullah s.a.w
mengizinkan Umar masuk. Rasulullah s.a.w tersenyum ketika melihat beliau. Umar
berkata: Semoga Allah memanjangkan usiamu wahai Rasulullah! Rasulullah s.a.w
berkata: Aku hairan dengan wanita-wanita yang berada di sampingku itu, apabila
terdengar suaramu mereka berlari menuju ke balik tabir. Lalu Umar berkata: Wahai
Rasulullah! Engkaulah orang yang paling berhak untuk di takuti. Umar berkata kepada
wanita-wanita yang bersembunyi itu: Wahai wanita-wanita yang menjadi musuh diri
sendiri, adakah kamu merasa takut kepadaku tetapi tidak takut kepada Rasulullah.
Mereka menjawab: Benar, kerana tingkah laku dan pertuturan kamu lebih kasar
daripada Rasulullah. Rasulullah s.a.w bersabda: Demi Zat aku yang berada di dalam
kekuasaan-Nya, tidak ada syaitan yang akan melalui jalan yang dilalui olehmu,
melainkan mereka berusaha melalui jalan yang tidak dilalui olehmu. -(HADIS RIWAYAT
MUSLIM) - Bab Sebahagian Dari Kelebihan Umar r.a. Copy and WIN :
http://bit.ly/copy_win

Copy and WIN : http://bit.ly/copy_win

17

Anda mungkin juga menyukai