Anda di halaman 1dari 13
ANALISIS UNDANG-UNDANG PERKAHWINAN DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM DR. NIK RAHIM NIK WAJIS ‘MUKADIMAH ‘esungguhnya sudah menjadi fitrah alam ciptaan Allah s.wt. bahawa setiap makhluk Gs iin ta dis a A dalam AL-Quran yang kira-kira bermaksud: Dan dari segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan, supaya kar ‘mengingati (kebesaran Allah). Di dalam ayat yang lain Allah berfirman yang bermaksud: Wahai manusia, sesungguhnya Kami ciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan berpuak-puak supaya kamu saling berkenalan, sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Alla ial yang paling bertakwa di antara kamu2 Bagi mendapatkan pasangan hidup, Islam telah meletakkan garis panduan tertent agar manusia dapat hidup bahagia dan harmoni bersama pasangan masing-masing, Islam mensyaratkan perkahwinan sebagai syarat asas bagi setiap muslim di dalam men- dapatkan pasangan mereka dan menolak segala bentuk pasangan yang tidak berlan- daskan kepada ikatan ini, Ikatan yang dihubungkan selain ikatan perkahwinan yang sah 1 Surahal-Deariyaat: 0. 2 Sorahal-Hujurae 13 SYAWAL 1423-RABULAKHIR 1424 3 RAL UNOKNG-UNDANG SARI BRUNE! DARUSSALIA ditolak oleh Islam dan ikatan seumpama ini akan membawa kepada kemusnahan hidup ‘manusia kerana tanpa pernikahan yang sah, hubungan yang terjalin hanya berdasarkan kepada nafsu semata-mata tanpa sebarang komitmen, Di dalam Islam, apabila seseorang itu telah diakad nikah_menepati segala rukun dan syaratnya maka pernikahan itu dianggap sah dan setiap pasangan berhak mendapatkan segala haknya sebagai suami ister. Selain itu mereka juga mempunyai tanggungjawab untuk ditunaikan, Hari ini kita dapati setiap negara Islam meletakkan berbagai-bagai syarat tambahan yang ternyata tidak terdapat di dalam syarat-syarat yang diamalkan oleh umat Islam pada zaman Rasulullah sa.w, para sahabat dan juga para tabiin, Persoalannya, adakah pertambahan syarat-syarat ini dibenarkan oleh syarak atau dianggap sebagai menokok tambah hukum yang sedia ada? Di dalam persoalan ini kita perlu melihat tentang beberapa perkara lain yang bersangkut paut dengan maslahah ‘umat Islam itu sendiri. Sememangnya Al-Quran dan hadis tidak menyatakan semua perkara dengan terperinci. Apa yang ada di dalam Al-Quran adalah prinsip-prinsip yang ‘menjadi panduan bagi para ulama untuk mengaplikasikannya di dalam kehidupan umat Islam. Islam menjadikan keadilan sebagai prinsip asas di dalam semua perkara sama ada di dalam pemerintahan, perkara yang berkaitan dengan sosial dan kemasyarakatan, uundang-undang dan lain-lain. Ini dijelaskan dalam firman Allah sw: di dalam ALQuran ‘yang bermaksud: Sesungguhnya Allah memerintabkan kamu supaya menunaian amanch terhadap mereka yang berhak menerinanya dan opabila menjalankan: hukuman maka hendaklah ‘monjalankennya dengan adil Ayat ini dengan jelas menggariskan prinsip keadilan yang menjadi asas di dalam semua urusan hidup umat Islam, Lantaran itu, apa sahaja perkara yang boleh menjamin keeadilan itu terlaksana perlu dijalankan meskipun pada zahimnya kelihatan bercanggah dengan sesetengah ketetapan syarak seperti mensyaratkan satu-saty perkahwvinan dan perceraian itu didaftarkan atau yang seumpamanya. ni kerana pendaftaran kedua-cua Perkara tersebut ternyata membawa facdah yang besar dan mengelakkan ketidakadilan terhadap pihak-pihak yang bertikai. Pendaftaran pernikahan, sebagai contoh akan memudahkan pihak berkuasa untuk ‘melakukan urusan yang berkaitan dengan pemikahan, perceraian, rujuk serta urusan menasabkan anak seria urusan yang berkaitan dengan Kekeluargaan. Pendaftaran juga ‘membolehkan suami isteri membuat permohonan cerai, mengelakkan perkahwinan yang tidak sah atau perkahwinan yang dirahsiakan, mengelakkan penyelewengan di kalangan suami isteri dan sebagainyat 3. Sarah an-Nisa: 58 4 Ma. Akir Haji Yanob, furl Undng-UndengSysrish Brune Darusslam, Bruns Dewan Bahasa dan ‘Pasta, Jil 1, 1, 200144 URAL UNDANG-UNDANG SYARAH BRUNE! OARUSSALAM Pernikahan Menurut Pandangan Istam Islam melihat pernikahan sebagai satu perkara fitrah yang tidak dapat dipisahkan Saripada kehidupan manusia. Sememangnya Allah menjadikan manusia cenderung Kepada golongan yang berlainan jantina, Bahkan Islam mengharuskan_pernikahan kerana menyedari tentang tuntutan dan kehendak naluri manusia itu. Islam tidak per- rah menghalang manusia daripada memenuhi segala kehendak nafsu dan syahwatnya dengan syarat ia mestilah dlakukan menurut peraturan dan undang-undang yang, dite- tapkan oleh Islam. Didalam Al-Quran Allah berfirman yang, bermaksud: Kalwinilah coanita-woanita yang baik daripada kalangan kamu sama ada dua orang, ign atau empat orang dan jika taku tidak dapat berlaku adil maka kalrvinilah hanya satu orang Nabi saw. juga menggalakkan golongan pemuda berkahwin apabila mereka telah bersedia dan mampu untuk melaksanakan tugas sebagai seorang suami sama ada dari sudut material, mental, fizikal atau lain-lain. Di dalam sebuah hadis Nabi s.a.w. ber- sabda yang bermaksud: Woahai pare pemuda, barang siapa di antara kamu telak berkemampuan untuk berka- ‘win, maka berkakwoinlah kamu. Barang siapa yang tidak mampu maka hendaklal kame ‘berpuasa kerana puasa itu adalah pelindung bagi kamu (daripada perkara maksiat). ‘SYARAT-SYARAT PERKAHWINAN DI NEGARA BRUNE! DARUSSALAM ‘Mukadiman Jika dilihat dari aspek sejarah, Negara Brunei Darussalam mula menerima Islam apabila Raja Brunei Darussalam yang pertama iaitu Awang Alak Betatar memeluk ugama Islam dengan menggunakan gelaran Sultan Muhammad Shah iaitu pada pertengahan abad yang ke-I4 Masihi.” Pengislaman Sultan Brunei Darussalam ini memberikan kesan ‘yang amat signifikan kepada perkembangan Islam di Brunei Darussalam kerana dengan, pengislaman ini maka ramai di kalangan kaum kerabat baginda serta rakyat jelata turut memeluk Islam dan dengan itu wujudlah sebuah lagi negara yang diperintah oleh se- orang pemerintah Islam yang bergelar sultan, Islam terus betkembang dengan begitit pesat di bawah Institusi Kesultanan Brunei bermula dari Sultan Muhammad sehinggalalt sekarang. Kesan daripada perkembangan Islam di dalam sistem pemerintahan yang ‘berasaskan kepada prinsip Melayu Islam Beraja (MIB) menyebabkan majoriti penduduk i Negara Brine! Darussalam adalah terdiri daripada mereka yang menganut agama 5 Sorahan-Nisa:3 {6 Ibn Kati, ifr on Kathir, vo. 1, him. 214, Maktabsh al-Aliyah Li al'Sunnah al Nabawivyah, Marka al Turath, Jordan, 1999 (CD Version. 7 Pg. Dr Haj Mohammad Pg. Haj ABA. Rahman, Islam di Brune Darul, Brunei Darussalam: Dewan Bahasa dant Pustaka, 200132 dan I SUAWAL 1428-RABJULAKHIR 1424 5 aA URNA UNDANG-UNDANG SYARAH BRUNE! OARUSSALAM Islam. Di samping itu juga, dapat dilihat dengan jelas cri-iri keislaman di dalam kehidu- ‘pan rakyat di Negara Brunei Darussalam selain pelaksanaan prinsip-prinsip Islam di dalam pentadbiran dan undang-undang. Meskipun Negara Brunei Darussalam masih ‘mempunyai dua jenis perundangan iaitu Undang-Undang Sivil dan Undang-Undang SSyariah, namun usaha-usaha yang serius dapat dilihat ke arah memartabatkan lagi Mahkamah Syariah. ‘Aplikasi Undang-tndang Secara umum dapatlah dinyatakan bahawa semua ketetapan yang ada di dalam peruntukan yang berkaitan dengan perkahwinan dan perceraian di dalam Undang- Undong Brunei, Penggn! 778 adalah untuk mereka yang menganut agama Islam sahaja atau, salah satu pihak beragama Islam. Ini jelas tercatat di dalam Undang-Undang Brunei, Penggal 77 yang berbunyi: Peruntukan dari bahagian ini hendallak digunakan kanya kepada pernikaan-perni- Iahan, kedua-dua pihak yang beragama Islam, dan yong diakadkar menurut haku Syarak.? Perintah Darurat (Undang-Undang Keluarga Islam), 1999, Bab 83 (3) juga menyatakan bahawa: erintah ini hendaklah dikenakan dalam sebarang hal di mana sekurang-kurangnya salah satu pikak mengarut agama Islam dan sekurang-kurangnya salah satu pihak, ‘sama ada atau tidak dia menganut agama Islam, bermakim di dalam negara ini atau bermastautin di dalam negara ini tetap bermukim di tuar negara.19 ‘Apa yang dimaksudkan dengan Islam ialah berkenaan dengan perkara-perkara ‘yang, menjadi asas keislaman dari sudut perundangan dan bukan dari sudut keimanan ‘dan ketakwaan seseorang, Menurut Periniah Darurat (Uindang-Undang Keluarga Islam), 1999, apa yang dimaksudkan dengan Islam ialah: Reputasi ane yang Fidak mempersoalkan keimanan, kepercayaan, kelakuan, peransgai, ‘watak atau kemungkiran orang itu.l Berdasarkan peruntukan ini, jika kedua-dua pasangan yang dinikahkan itu bukan terdiri daripada orang Islam, maka perkahwinan itu dianggap tidak sah dan dengan itu perkahwinan tersebut tidak boleh didaftarkan menurut peruntukan ini. Begitu juga bagi mereka yang menganut Islam, mereka tidak dibenarkan mendaftarkan perkahwinan Lndang-Lndong Brunei, Penggal 77, telah diganthan dengan Pena Davart (Unden-Undiong Kelorea alan 1999 yang mula dikuatkuasshan pada 25 Mac 200, Kea undang-undang perkahwinan di yatakan di dalam tlisa ii hag aja perbandingan 9 Undng-Undong Brus, Peng 77 Bab 134 410. Pevintah Drart(Ung- non Kelas la), 199, Bab 5 (D. 1 id, Babe. 6 in. 2003 re URAL UNDANG-UNDANG SYARUH BRUNE! DARUSSALAM ‘mereka di bawah Pendaftaran Sivil kerana Pendaftaran Sivil adalah untuk mereka yang bukan beragama Islam sahaja, Di Malaysia prinsip yang sama juga digunakan iaitu satu-satu perkahwinan tidak boleh didaftarkan di bawah Pendaftaran Sivil sekiranya salah seorang daripada pasangan itu beragama Islam. Di dalam Akta Membaharui Undang-Undang (Perkakwinan dan Perceraian) 1976 (Akta 164) ada menyebutkan bahawa: Akta ini tidak boleh dipakn bagi seseorang Islam atau bagi seseorang yang berkakwin «di hawak hukum Syarak dan: tida sesuatu perkalwinan boleh diipacarakan atau didaftarkn di bawah Ata in ik salak seorang daripada pikak-piak kepada perk vwinan itu mengarut Isla! Mereka yang boleh mengahwinkan Menurut Mazhab Syafii seseorang wanita yang hendak berkahwin mestilah terlebih dahulu mendapat persetujuan daripada walinya atau penjaganya. Pada kebiasaannya yang mewalikan pernikahan seseorang wanita ialah bapanya, datuk sebelah bapa, abang, atau bapa saudara sebelah bapanya. Jika bapa enggan mewalikan anak perempuannya ddan wali nasab juga tidak ada, maka pernikahan tersebut boleh dilaksanakan dengan berwalikan raja atau disebut juga sebagai Wali Hakim. Namun menurut Mazhab Hanafi pula, seseorang wanita yang telah baligh boleh berkahwin meskipun tanpa kebenaran wali atau penjaganya, ‘Menurut Undang-Uindang Brunei, Penggal 77, ‘Sesuatu perkalwinan adalah tidak sah dan tidak boteh didaftarkan di bawah syarat- syarat Akta ini kecuali kalau kedua-dua pihak kepada pernikahan tersebut mendapat Keizinan baginya, dan sama ada: 1) Wali pengantin perempuan telah mengizinkannya menurut hukum Syarak; atau 2) Kadi yang mempunyai bidang kuasa di tempat di mana pengantin perempuan itu tinge atau sesiapa sahaja yang amnya atau khasnya diberikuasa olehnya, setelah disiasat dengan patutmya di hadapan semua pihak yang berke- ‘naan, memberikan keizinannya sebagai wali raja."!3 Di dalam Perintah Derurat (Undang-Undang Keluarga Islam), 1999 juga ada menyebut- kkan bahawa: “Sesuatu perkaheoinan hendaklah tidak diakui dan hendaltlah tidak boleh didaftarkan di basoah Perintah ini melainkan jika kedua-dua pihak kepada perkahnoinan itu telah Dersetuju terhadapmya dan sama ada 1) Wali pihak perempuan telah bersetuju terhadap perkakwinan itu mengikut Jrukum Syarak; ata 12 Ate Menara Undog-Undang (Pekan dan Percrion, 1976, (Akta 16 13. Unog-Undang Bruni, Feng 77, Bab 139 SYAWAL 1425-RABILAKHIR 1424 7 .JURNAL UNDANG-UNOANG SYARIA BRUNE! DARUSSALAM 2) Hakim Syarie yang mempunyai bidang kuasa di fempat di mana pitak perempuan itu bermastautin atau seseorang yang diberi kuasa secara art ‘atau Khas bagi maksud itu olek Hakim Syarie telah, selepas penyiasatan ‘yang wajar di hadapan semua pihak yang berkenaan, memberi persetujuan er- ihadap perkakavinan itu oleh Wali Hakim mengikut hukum Syarak. Persetujuan tersebut boleh diberijka wali tidak dapat dikesan atau jika wali enggan memberi persetujuannya tanpa sebab yang munasaba.6 Di dalam Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Kelantan 1983 juga diperuntukkan bahawa sesuatu perkahwinan adalah tidak sah dan tidak boleh didaftarkan di bawah peruntukan-peruntukan enakmen itu melainkan kedua-dua pihak kepada perkahwinan itu telah bersetuju terhadapnya dan sama ada: 1) Wali pengantin perempuan telah Bersetujuterhadap perkahsinan itu mengiut Iku Syarak ata 2) Kadi yang mempuonyai bidang kuasa di tempat pengantin perempuan itu bermastautin atau seseorang yang diberi kuasa seara ami ata secara Khas oleh Kai itu ela selepas penyiasatan wajar di hadapan semua pia berkenaan, mem teri persetujuannya terhadap perkakwinan itu sebagai Wali Raja mengikut hhukurs Syarak. Persetujuan tersebut boleh ber jkawal tidak boleh dikesan atau jika wali engganmemberi persetujuannya dengan tiada sebab yong rmunasabe. "3 Di dalam Perintah Darurat (Undang-Undang Keluarga Islam), 1999, tidak banyak per- bezaan dengan Undang-Undang Brunei, Penggal 77 dan juga Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Kelantan 1983 iaitu: Jika seseorang wali bagi seorang perempuan yang akan dinikahkan itu enggar mewa- likan atau enggan memiberi Rebenaran tanpa sebab-sebab yang diluluska oles hukiort ‘Syarak, maka jurwikah berkenaan hendaklal merujukkan perkara itu kepada pendaf- tar di daerah di mana orang yang hendak dinikakkan itu bermasiautin bagi Keputus- an, Di dalam peruntukan yang sama seterusnya dinyatakan bahawa: Jka sesuatu perkalnoinan itu melibatkan seseorang perempuan yang tiada mempu- ‘yet wali dari pasa mengikut kukum Syarak perkalrvinan itu hendaklah diakad- rnikatkan oleh Wali Hakion 36 Taulian Menurut Undang-Undang Brunei, Penggal 77, satu-satu perkahwinan mestilah dilakukan oleh mereka yang mempunyai tauliah daripada Kebawah Duli Yang Maha 14 Pernt Dart (Undang-UnangKeluarge Isa), 199, Bab 12. 45 _Enakmen Uredang-Undang Keuarge lla Kelantan 1983, Seksyen 13. 46 Perintah Darara (Undang- Unda Keuarge Ila), 1983, Bab 6 dan 7. 8 -NUARLJUN 2003 JURHAL UNDANG-UNDANG SYARAH BRUNEI DARUSSALAM Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Ini dijelaskan di dalam Seksyen 137 iaitu: ‘Suatu pernikahan boleh diakadkan oleh sesiapa saja yang memegang suatu tauliah

Anda mungkin juga menyukai