Anda di halaman 1dari 34

PENGHARGAAN

Assalammualaikum.
Alhamdulillah, bersyukur saya atas keizinan-Nya kerana akhirnya kerja kursus
pertama saya telah selamat disiapkan dalam tempoh yang diberikan setelah
beberapa hari mengalami kesulitan.
Berkat dorongan dan pertolongan pensyarah dalam subek ini, iaitu YM Raja Zaid
Bin Raja Bakri yang
telah banyak membantu saya, akhirnya saya dapat
menyiapkan kajian ini dengan baik. Beliau telah banyak menghabiskan masa untuk
unit PSV 2, jasa tuan mungkin tidak dapat kami lupakan.
Sekalung penghargaan juga kepada rakan-rakan yang memberikan kerjasama untuk
mendapatkan maklumat yang sahih mengenai tajuk yang diberikan. Diharap kajian
yang saya lakukan ini mudah difahami dan diterima dengan sebaiknya.
Sekian terima kasih.

PENGENALAN
Seni visual merupakan proses penghasilan karya seni dengan melibatkan aspek
pemahaman, penghayatan dan kritikan mengenai perasaan estetika dan daya
kreativiti melalui imaginasi dan konsepsi murid. Peranan pendidikan seni visual
dalam perkembangan kanak-kanak adalah untuk mengembangkan naluri ingin tahu
secara eksplorasi menerusi deria dan pemikiran kreatif dan kritis yang akan terus
dijana. Kanak-kanak dilahirkan dengan mempunyai sifat yang dinamik serta
berkembang mengikut fitrah semula jadi proses tumbesaran mereka. Hasil kerja seni
visual yang dihasilkan berfungsi sebagai alat komunikasi dan merupakan refleksi
pemikiran kanak-kanak.

OBJEKTIF KAJIAN

Memahami konsep dan pengertian seni visual.

Dapat membuat perbandingan beza antara pandangan tokoh pendidik seni


dan ahli falsafah tentang pendidikan seni visual
Membincangkan peranan seni visual dari sudut persekitaran, psikologi dan
sosiologi.

KAEDAH KAJIAN

Menjalankan kajian dengan menggunakan sumber rujukan dari buku yang


dipinjam dari perpustakaan.
Menggunakan
E-book di laman sesawang untuk mengukuhkan lagi
pernyataan
Segala maklumat yang diperoleh telah dianalisis untuk memastikan jawapan
menepati kehendak soalan.

BATASAN KAJIAN
Kajian ini terbatas dengan menggunakan dokumentasi dan pengurusan grafik
berdasarkan pengertian konsep seni visual, perbandingan beza pandangan tokoh
dan ahli falsafah serta peranan seni visual dari sudut persekitaran, psikologi dan
sosiologi. Kajian ini sebenarnya banyak menggunakan buku yang dipinjam di
perpustakaan dan dari sumber rujukan blogger yang kemudiannya telah diolah oleh
saya sehingga terlaksananya kerja kursus ini.

DAPATAN KAJIAN
Hasil yang saya dapat setelah berjaya melaksanakan kerja kursus ini adalah
memahami konsep dan definisi seni, dari segi maksud, penghayatan dalam sejarah
dan pengenalan-pengenalan dalam bidang seni yang telah ada sejak zaman
terdahulu lagi. Apa yang saya dapat rumuskan disini ialah, seni sememangnya
memainkan peranan penting dalam kehidupan sama ada kita sedar atau tidak. Seni
telah mempengaruhi hidup kita dari segala aspek seperti persekitaran, psikologi
mahupun sosiologi. Semuanya berkait rapat dengan seni. Seni adalah universal dan
boleh diterima umum.

1. Konsep dan pengertian Seni Visual.


Konsep Seni Visual
Seni Visual boleh difahami dalam konteks:

a.
b.
c.
d.
a.
6

Pernyataan diri(self-expression)
Pengalaman 2D dan 3D
Bahasa seni dan laras bahasa
Kandungan dan makna(content)

Pernyataan diri(self- expression)

Konsep pernyataan diri ini bermaksud menyatakan atau menyuarakan pandangan


secara bebas. Luahan ini hendaklah mempunyai isi untuk dicalitkan di atas kertas
atau kanvas. Apa jua karya seperti catan dan lukisan mempunyai luahan rasa
tersendiri. Kanak- kanak sebagai contohnya, suka bermain warna dan menconteng
bagi luahan mereka tersendiri. Kebiasaannya, corak yang dihasilkan oleh mereka
tidak terkawal kerana mereka meluahkan apa yang ada di minda mereka sahaja.
Para pelukis pula gemar menghasilkan karya mereka seperti catan dan arca
mengikut aliran masing- masing. Sebagai contohnya, impressionisme banyak
melibatkan penggunaan teknik cahaya dan penguasaan warna yang sesuai. Aliran
expressionisme pula banyak menggunakan emosi untuk membangkitkan mood atau
idea . Teknik ini menitik beratkan makna atau pengalaman emosi dan bukannya
realiti fizikal.
b.

Pengalaman 2D dan 3D

Karya seni visual terbahagi kepada dua iaitu 2D dan 3D. Karya 2D adalah jalinan
tampak seperti catan, kolaj, anyaman dan lain- lain lagi. Karya 3D pula adalah
jalinan sentuh iaitu karya yang mempunyai ruang yang nyata dan berbentuk konkrit.
Contohnya, arca dan ukiran kayu.

c.

Bahasa seni(laras bahasa)

Seni tampak mempunyai laras bahasanya seperti unsur- unsur seni, prinsip rekaan,
media dan alatan serta teknik. Unsur- unsur seni iaitu rupa, bentuk, warna, jalinan,
dan garisan. Prinsip rekaan pula adalah kepelbagaian, harmoni, keseimbangan,
penegasan, ekonomi, kadar bandingan dan kontra. Begitu juga media yang
digunakan. Terdapat banyak media atau bahan yang boleh digunakan dalam
penghasilan karya seperti cat air, cat minyak, akrilik, arang dan lain- lain lagi.
Selalunya alatan yang digunakan adalah berus, pallete dan sebagainya. Ada tiga
teknik basahan yang boleh digunakan bagi media cat air iaitu basah atas basah,
basah atas kering, kering atas kering.
d.

Kandungan dan makna(content)

Penghasilan sesebuah karya mestilah mempunyai makna atau isi. Sejarah


membuktikan pada zaman prasejarah terdahulu manusia menggunakan dinding
pada gua untuk berkomunikasi dan merakam sesebuah peristiwa dalam bentuk 2D.
7

Secara tidak langsung, seni visual juga merupakan rakaman sejarah atau sesuatu
peristiwa secara tampak.
Dalam penghasilan sesebuah karya biasanya hanya pelukis itu sendiri atau
seangkatan dengannya dapat memahami isi atau maksud sesebuah karya. Namun
terdapat sesebuah karya yang hanya dapat difahami oleh pelukis itu sahaja dan
isinya difahami dan dikritik secara berlainan oleh pihak kedua.

Pengertian Seni Visual


Menurut kamus dewan bahasa dan pustaka edisi ketiga(1997), seni membawa
maksud halus iaitu kecil, elok, tipis dan halus, enak didengar iaitu mengenai suara,
comel bentuk badan.
Manakala seni membawa maksud karya termasuklah sajak, lukisan, muzik dan
sebagainya yang dicipta dengan bakat atau kecekapan, dan hasil daripadd sesuatu
ciptaan. Selain daripada itu juga seni boleh ditafsirkn sebagai membawa maksud
atau pengertian kebolehan mencipta sesuatu lukisan, ukiran, khat & sebagainya
yang indah-indah belaka.
Visual pula bermaksud sesuatu yang nampak atau tampak. Sebagai
contohnya, kita menggunakan deria untuk melihat atau nampak akan sesuatu visual
merujuk kepada sesuatu yang boleh dinilai dan boleh dilihat dengan mata manusia.

Selain itu, seni visual juga bermaksud pengkaryaan yang berkaitan dengan
disiplin seni halus dan perekaan meliputi bidang- bidang komunikasi visual, reka
bentuk teknologi dan juga reka bentuk persekitaran.Secara ringkasnya, seni visual
mempunyai dua cabang iaitu seni lukis dan seni reka. Oleh sebab itu, Universiti
Teknologi Mara(UiTM) mewujudkan falkulti seni lukis dan seni reka yang merangkumi
9 cabang-cabang dalam bidang berasakan kesenian.Contohnya, seni halus, seni
logam dan sebagainya.

2.Perbezaan
antara
pandangan
pendidik seni dan ahli falsafah.

tokoh

Seni yang hebat ialah seni yang berhubung rapat dengan keperluan kerohanian
manusia. Seni selalunya terlibat dalam naluri seseorang dan keindahan sesebuah
kejadian.seni juga menggambarkan kebudayaan sesebuah tamadun. Sebagai
contohnya, pada zaman prasejarah dahulu apabila manusia- manusia terdahulu
menggunakan dinding gua untuk merakam pemandangan. Islam menggalakkan
penciptaan atau penghasilan karya- karya sebegini tetapi mestilah karya tersebut
tidak bercanggah dengan nilai dan hukum islam. Seni tidak lagi dilihat daripada
aspek fizikal semata- mata tetapi dilihat juga daripada aspek rohaniah dalam
penghasilan dan penghayatan mereka pada seni.
9

Al- Faruqi
Al- Faruqi dilahirkan Jaffa, Palestin pada tahun 1921, merupakan seorang
cendekiawan dan aktivis Islam yang amat fasih dalam tiga bahasa iaitu bahasa Arab,
Perancisd dan Inggeris. Menurut Al- Faruqi, konsep seni Islam menjurus kepada
konsep Rauhid dan pengabdian kepada Tuhan. Seni harus bermatlamat perkaraperkara kebaikan dan berakhlak. Beliau mengetengahkan bidang Tauhid sebagai
untuk inti pati pengalaman keagamaan, politik, sosial dan ekonomi. Manusia
memperoleh pengalaman menerusi kehalusan saraf pancainderanya dan proses
penilaian estetika dalam kehidupan. Seni adalah proses penemuan alam untuk
menghasilkan inti pati dalam bentuk tampak. Kesenian juga tidak terhada kepada
penghasilan atau pembangunan berunsur keagamaan semata- mata.
Herbert read
Berbanding dengan Herbert dilahirkan di Yorkshire, England mengatakan Pendidikan
Seni seharusnya berasaskan aspek psikologi yang melihat kepada perkembangan
kanak-kanak dalam melahirkan pernyataan dirinya. Dalam konteks ini, guru seni
perlu melihat potensi kedua-dua pihak, pelajar dan guru itu sendiri dari aspek
motivasi, personaliti dan sebagainya.

Al - Ghazali
Al- Ghazali atau nama sebenarnya ialah Abu Hamid Muhammad bin Muhammad bin
Ahmad al- Ghazali. Beliau telah dilahirkan dalam tahun 450- 550 Hijrah/1058-1111
Masihi, iaitu di sebuah kampung bernama Ghazalah yang merupakan sebuah
kampung di pinggir kota kecil bernama Tus di dalam wilayah Khurasan (di utara
negeri Iran). Kehebatan Al- Ghazali memberikan kesan dalam jiwa kaum Muslimin
dari segi pemikiran dan pekertinya. Ilmunya yang meluas dalam bidang khususnya
bidang falsafah, usul, fikah, ilmu kalam, tasawuf, kemasyarakatan, pendidikan,
politik, dan kesenian serta penulisan buku beliau sehingga digelar Hujjatul- Islam.
Menjawab persoalan yang telah diutarakan, al- Ghazali telah mengemukakan
teori estetika. Teori ini berkisar keindahan sesebuah karya seni. Keindahan setiap
sesuatu benda itu terletak kepada kesempurnaannya disedari melalui sifatnya. (Beg,
M.A.J., 1977)
Al- Ghazali tidak memandang sesebuah karya dari sudut fizikal sahaja. Manusia
yang taksub dengan kehendak kebendaan tidak akan berjaya menjejak kebahagiaan
10

hakiki tetapi akan terus menerus hanyut dalam kancah kehancuran. Seorang guru
seni seharusnya peka dengan kedua- dua aspek berkenaan. Segala keindahan akan
dikasihi kerana yang indah memberi atau mendatangkan kepuasan kepada
penghayatnya.
Ellis Paul Torrance
Berbanding dengan Ellis Paul Torrance atau dikenali sebagai Paul Torrance ialah
penyelidik dan ahli akedemik yang tersohor bagi bidang kreativiti. Beliau telah
berjaya mengembangkan bidang kreativiti dan telah diiktiraf sebagai Bapa Kreativiti.
Kerjaya perguruannya bermula pada tahun 1957 sehingga 1984, dari Universiti of
Mimnsota hingga ke Universiti Geor Gia,Amerika Syarikat, di mana beliau telah
dianugerahkan gelaran profesor dalam bidang psikologi pada tahun 1966.
Kemuncak kerjaya beliau apabila beliau telah berjaya mencipta kaedah penanda
aras dalam mengukur tapak kreativiti seseorang individu serta beliau mengusulkan
bahawa ujian IQ (Intelligent Quotion) bukanlah satu-satunya cara untuk mengukur
daya intelektual seseorang melalui instrumen ciptaannyaTourances Test Creativity
Thinking.
Sepanjang hidup beliau, Profesor Dr.Ellis Paul Torrance telah menyumbangkan
daripada 2000 penulisan ilmiah dalam bentuk buku monograf,artikal,ujian,manual
dan material pengajaran.Bagi menghargai beliau,pada tahun 1984 Universiti of Geo
Gia telah menubuhkan Tourances Center of Creativity and Talent Development.
Sumber:http://www.fakulti.de.qcsu.edu/~cbader/Torrance.html.

3.Peranan seni visual terhadap:


a. Persekitaran
Peranan seni Visual merupakan kesedaran mengenai nilai persekitaran, unsur
keselesaan dan keharmonian. Pembelajaran Seni Visual, aktiviti dan apreasiasinya
boleh menguatkan lagi kepekaan dan sesitiviti terhadap kepentingan sekeliling yang
memberi kesan kepada kehidupan.
Seorang guru boleh menggunakan faaktor persekitaran untuk mendidik muridmurid memahami erti seni. Sebagai contohnya, penggunaan alam semula jadi
sebagai motif bagi menghasilkan sesuatu karya. Antara contoh penggunaan
persekitaran dalam karya ialah, Rumah rakit - Kuala Lipis karya Peter Harris dan
Waktu Pagi Di Kampung, karya Lai Foog Mooi, reka bentuk lanskap dan hiasan
dalaman.

11

b. Psikologi
Psikologi berasal dari dua gabungan perkataan Yunani(Greek) iaitu psyche(psyiko)
yang membawa erti jiwa ataupun semangat dan perkataan logos(logi) bererti ilmu.
Bidang ilmu psikologi ini bertujuan untuk membantu menyelesaikan masalah,
menilai, menyelidik, dan membuat pemerhatian mengenai tingkah laku manusia
dalam masyarakat.
Peranan psikologi boleh dilihat dari segi perkembangan dan pembentukan diri
sendiri melalui sensitiviti, persepsi, imitasi, kepekaan pengamatan, motif dan
motivasi, pemikiran kritis, personaliti dan bakat, seni sejagat, kreativiti dan terapi
seni.

a. Sensitiviti
Sensitiviti ialah kepekaan dalam membuat pertimbangan dan persepsi serta berkait
rapat dengan pemikiran seseorang. Untuk menjadi seorang pendidik, sensitiviti amat
penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Ini untuk memudahkan kanak- kanak atau murid-murid menyatakan ekspresi diri
melalui kepekaan dan kebolehan membuat pertimbangan dari pelbagai sudut aspek.
Anggota badan mereka akan berfokus kepada otak supaya dapat menilai
pengalaman visual semasa di dalam kelas. Setiap individu dapat merasai sensasi
visual dan signifikan semantik iaitu perasan yang dapat mengubah warna dan bentuk
menjadi objek simulasi. Dengan cara
itu, mereka dapat memanipulasikan
pengalaman sensasi untuk membentuk data.
b. Persepsi
Tanpa paduan persepsi, maka wujud pengajaran yang bercelaru. Guru seni
berperanan mengajar disiplin berpandukan persepsi yang sudah diebntuk. Oskar
Kokoschka mengatakan mata sebagai tangan, ia menangkap beberapa perkara
penting dan membiarkan yang tidak penting. Pernyataan ini bercanggahan dengan
Berenson yang menyatakan semua yang dilihat adalah penting.
c. Imitasi
12

Bagi Plato, imitasi merupakan sesuatu yang penting. Proses imitasi tidak boleh
dipandang ringan kerana proses belajar menghasilkan seni bermula dari imitasi
terhadap alam sekeliling.
Kanak- kanak membina keyakinan diri apabila dia berupaya meniru sesuatu
seperti bunyi haiwan. Mereka akan berasa bangga dan seterusnya bertambah yakin
untuk melakukan sesuatu yang mencabar. Menurut Lowenfeld, perubahan dan
peningkatan imitasi ke atas simbol-simbol visual mempengaruhi kanak-kanak.
Mereka akan menjadi lebih kreatif dan berusaha menyempurnakan simbol-simbol
visual tersebut.
Imitasi terhadap alam sekeliling memberi pengaruh besar kepada kanak- kanak
sehingga mereka mampu untuk meniru gaya percakapan dan tingkah laku orang
yang ada di persekitaran mereka. Secara tidak langsung, tingkah laku seperti ini
akan akan mempengaruhi hasil seni mereka.

d. Kepekaan pengamatan
Pendidikan seni dapat mendorong pelajar untuk membentuk tabiat pengamatan yang
istimewa. Pengamatan adalah salah satu cara mendapatkan ilmu pengetahuan. Kita
dapat mengenali dan mengetahui sesuatu kerana pengamatan melibatkan sensori,
struktur imej visual, kerana berfikir adalah kesamaan mental membuat manipulasi
pada bentuk visual. Walaupun kelihatan mistik, namun pengamatan melibatkan
perubahan kepada unsur (subtance).
Kedua, cara menyelesaikan masalah atau persoalan yang timbul dalam fikiran
individu terbabit. Cara ini diguna pakai kepada pengamatan dalam penghasilan karya
seni, penjelasan pada karya seni yang sudah siap dan tanggungjawab menjawab
persoalan.Pengamatan perlu bagi menjana pemikiran dan tanggapan yang betul.
Seterusnya ialah, kita dapat menggambarkan proses, membuat hubung kait dan
membayangkan prinsip- prinsip teori. Pendidikan seni mempertingkatkan sejenis
pembelajaran metafora yang mempunyai potensi bagi transformasi makna dalam
bentuk.
Terakhir, produk kognitif juga akan terhasil melalui pengamatan. Berdasarkan
sudut pandangan pendidikan, ini merupakan tolak ansur pedagogi. Teknologi seni
memberi ruang kepada murid- murid berhadapan dengan prinsip pembelajaran yang
13

mempunyai prinsip bertaraf tinggi seperti abstraksi daripada maklumat deria,


pembinaan simbol dan konsep, pengamatan yang terpilih, pengherotan dengan
kesan (distortion by effect) dan memberi alasan dengan menggunakan analogi.
Prinsip- prinsip ini boleh dilihat pda kerja- kerja seni pelajar. Faktor- faktor ini
memperkukuhkan dakwaan pendidikan seni adalah suatu disiplin akademik yang
mempunyai mode nyata dalam penerokaan (distinctive modes of inquiry). Oleh itu,
murid perlu dibekalkan ilmu disiplin seni supaya membuat pertimbangan dengan
betul.
e. Motif dan motivasi
Guru seni boleh dianggap sebagai fasilator dan pembimbing murid- murid ketika
proses seni. Dalam sistem pengajaran, motivasi adalah kunci utama guru seni.
Kritikan dan pendapat guru seni amat penting bagi memotivasikan murid-murid
supaya menjadi lebih kreatif. Ini akan menimbulkan suasana yang ceria dan sekali
gus dapat mengeratkan hubungan antara murid- murid dengan guru- guru mereka.
Seni juga mementingkan disiplin yang tinggi dalam penghasilan sesebuah karya.
Disiplin yang tinggi dapat memperlihatkan hasil pengajaran dan pembelajaran yang
perlu diterapkan kepada murid-murid.

Salah satu dari motif dalam seni adalah motif institusi. Ini merangkumi tugas
guru sebagai pendisiplin, pengurus bilik darjah serta badan pentadbiran
sekolahSeorang guru perlu mengajar bagaimana untuk meningkatkan data estetika
murid- murid dalam aktiviti yang dijalankan. Penghasilan produk seni dapat
memperlihatkan hasil kreativiti mereka.
f. Pemikiran kritis
Pemikiran kritis bermaksud suatu proses pemikiran tinggi dari segi analisis situasi,
kenal pasti masalah, kumpul maklumat dan memberi kritikan. Dalam erti kata lain,
pemikiran kritis ini juga tergolong dalam bahagian kritikan seni. Ia boleh dikaitkan
dengan kritikan seni sebagai komposisi utama dalam seni. Sebagai contohnya,
seorang murid menggunakan kemahiran pemikiran bagi membuat maklumat yang
berkesan. Jika tidak mempunyai ilmu pengetahuan, pemikiran kritis tidak dapat
dilaksanakan.
Pemikiran kritis perlu dalam menghasilkan karya yang terbaik. Kritikan adalah
penting kerana , karya yang banyak dikritik akan membuka peluang pengkarya untuk
maju dan sekali gus hasil karyanya akan menjadi rebutan ramai. Ia boleh menjadi
medium pendidikan untuk mengkritik sesuatu karya seni agar mudah untuk
diperbaiki.
l. Seni aestetika kanak- kanak
14

Pengamatan kanak- kanak pada lukisan akan mewujudkan idea baru kepada
mereka. Brown (1980) berpendapat, pengalaman kanak- kanak memerhati ketika
berkarya seperti melakar, melukis dan bermain warna akan meningkatkan
keupayaan mereka dalam pengamatan dan mereka dapat membezakan bendabenda atau imej- imej 2D yang terdapat pada persekitaran.
Malangnya, pengamatan mereka tidak berterusan dan seterusnya
meninggalkan aktiviti- aktiviti ini apabila usia matang akan menyebabkan seni itu
akan menjadi pudar. Selalunya lukisan kanak- kanak menjurus kepada
kebebasan dalam kehidupan khayalan dan pemahamannya sendiri. Dengan cara
ini, mereka dapat mengenali diri mereka dan kaitannya dengan alam sekeliling.
j. Personaliti dan bakat
Bakat terbentuk dalam sahsiah kendiri sejak kanak- kanak lagi. Semasa kita kecil,
kita mudah terpengaruh dengan bentuk bentuk sekeliling. Personaliti yang ada
sekiranya diasah akan meningkatkan lagi mutu penghasilan dan
memperkembangkan idea mereka untuk berkarya. Menerusi latihan yang
berterusan, kemahiran akan berkembang dan seterusnya, karya yang dihasilkan
lebih menarik.

k. Seni sejagat
Selalunya, para pengkarya akan merujuk keindahan alam sekeliling untuk
dijadikan sebagai motif atau sumber rujukan. Seni itu adalah indah dan alam
semula jadi akan menjadi piawai untuk menghasilkan karya yang menarik.
Seorang pengkarya seni bertanggungjawab mendedahkan kebenaran, idea,
falsafah, dan ideologi berdasarkan karya yang dihasilkan.Bermula pada era
zaman lukisan gua zaman batu, Greek purba, Renaissance hingga ke dunia
kontemperari masa kini, karya yang dihasilkan mestilah mempunyai kebenaran
dan memaparkannya kepada khalayak ramai.
Sebab itu, seni bersifat universal dan diterima umum. Tema, emosi, pemilihan
rupa bentuk dan warna yang sesuai akan memberikan makna yang berbeza. Seni
abstrak juga tidak terkecuali untuk memaparkan kehidupan sebenar dalam
konteks yang berbeza. Ciri- ciri estetika boleh menjangkau ke arah pemikiran dan
perasaan seseorang melalui pemahaman.
l. Kreativiti
Menurut ahli psikologi, kreativiti boleh diaplikasikan kepada apa sahajakerja yang
prosuktif dan pandangan yang boleh dikongsikan oleh semua golongan.
Manakala, bagi seorang pendidik, kreativiti ialah suatu teknik yang boleh
menimbulkan perasaan pada sesuatu dan kualiti-kualiti kerja. Namun begitu,
tahap kreativiti seseorang individu adalah berbeza. Menurut Iberahim Hassan,
15

2000, dalam proses berkreasi, seseorang perlu berfikir, membuat andaian, dan
seterusnya membuat pemilihan yang tepat dan berani. Manakala menurut
Jerome Bruner(1960), kreativiti boleh dilatih menerusi kegiatan seni secara formal
setiap kali murid- murid berhadapan dengan pengalaman seni.
m. Terapi seni
Terapi seni adalah untuk membantu membentuk individu yang baik dan
sempurna. Masalah akan selesai apabila sesebuah karya itu dapat diselesaikan.
Kualiti estetika pada kerja seni kurang dititik beratkan di sini kerana pada
dasarnya aktiviti seni adalah sebagai mengisi masa lapang untuk menyelesaikan
masalah.
Pendidikan seni pula bertujuan untuk merangsang murid- murid dari
menghasilkan sesuatu yang kurang baik kepada yang lebih berfaedah dan
bernilai.

c. Sosiologi
Seni umpama jabatan yang menjadi penghubung antara individu dengan
masyarakat. Masyarakat perlu mengetahui apa yang sudah berlaku, sedang berlaku,
dan akan berlaku dalam seni.
a. Nasionalisme
Nasionalisme adalah falsafah, pemikiran, manifestasi, idea, individu atau sesebuah
kumpulan dalam menyebarkan dan membangkitkan nilai, semangat dan perasaan
melalui seni visual. Pembelajaran seni visual dapat membangkitkan semangat
kebangsaan dan cinta akan negara. Tugu negara merupakan arca dan seni 3D.
b. Propaganda
Seni Visual sebagai saluran untuk menyampaikan dan menyebar idea, hasrat atau
kepercayaan, pengaruh dan kuasa. Contohnya, ayahku dan angkasawan karya
Ibrahim Hussin.
c. Kumpulan keluarga
Pada zaman dahulu seisi keluarga menghasilkan barangan kraf untuk kegunaan
harian seperti tikar mengkuang, tudung saji dan lain- lain lagi. Namun akibat
kemajuan teknologi, aktiviti itu tidak dijalankan lagi. Kini, jenis seni yang digunakan
di rumah terdiri daripada imej- imej paparan televisyen, majalah dan pengiklanan.
16

Manakala barang seni yang digunakan seperti perabot, permaidani, ukiran kayu
berbingkai dan sebagainya.
Fokus keluarga kini telah beralih daripada pengeluaran ekonomi kepada
penggunaan kemudahan-kemudahan yang dihasilkan oleh mesin, estetika dan
pameran simbolik. Kesan reka bentuk barangan kegunaan harian diketepikan dalam
semua peringkat pendidikan kecuali dalam seni kraf. Seni kraf terus mendapat
tempat dalam kurikulum pendidikan seni kerana kraf memberi peluang kepada
murid- murid bagi mempelajari hubungan antara bentuk, fungsi dan media. Namun,
kita masih belum memperluas prinsip- prinsip pembelajaran kraf kepada kajian objek
hasil industri yang menyokong ekonomi kita.

d. Komuniti
Tempat tinggal memainkan peranan yang penting dalam dunia kanak- kanak. Ini
adalah untuk memastikan sistem pembesaran mereka akan membentuk cara dan
sikap mereka yang mempunyai nilai kemasyarakatan. Kanak- kanak akan
menghasilkan karya yang menampakkan imej dan menjadi ekspresi individu. Melalui
seni, kanak- kanak dapat meneroka kehidupan ini dengan tahap kreativiti tersendiri.
Kanak kanak yang normal sering belajar dari pengalaman. Kanak- kanak yang
tinggal di tempat yang tenang akan menghasilkan karya yang tenang, penuh kasih
sayang. Begitu juga sebaliknya, kanak- kanak yang tinggal di kawasan peperangan
akan menghasilkan karya mengenai kesengsaraan yang mereka lalui, kesedihan dan
lain- lain lagi.
e. Kumpulan umur
Menurut Feldman, aktiviti seni tidak seharusnya dihadkan mengikut peringkat umur.
Oleh kerana sistem pembelajaran adalah sepanjang hayat, maka pendidikan seni
juga boleh dijadikan pendidikan berterusan. Di Malaysia, masih banyak ibu bapa
yang bersikap prejudis dan tidak memahami kepentingan seni dalam kehidupan.
Ramai dalam kalangan rakyat Malaysia menganggap pendidikan seni itu tidak
mendatangkan faedah.
Tujuan pendidikan seni adalah untuk memperkembangkan mutu peribadi pelajar
dari segi estetika, kreativiti, dan persepsi mereka. Sebenarnya, matlamat pendidikan
17

seni di sekolah adalah untuk melahirkan pelajar- pelajar yang berkeperibadian,


seimbang dan harmoni dari segi intelek, rohani, jasmani dan sosial. Kemahiran yang
diperoleh akan membantu pertimbangan kesenian dan kesempurnaan dalam urusan
hidup mereka serta menghayati seni warisan budaya dan identiti bangsa.
Seseorang dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka dalam
bidang seni seterusnya dapat menjadikan bidang ini sebagai salah satu punca
pendapatan mereka. Mereka mestilah mempunyai nilai murni seperti berdisiplin,
bersabar, bertanggungjawab dan berhemah tinggi. Sebagai contohnya, pengkarya
perlu bersabar ketika menghasilkan karya kerana kadang- kadang masa yang
diperlukan untuk menyiapkan sesebuah karya yang menggunakan teknik impasto
mengambil masa dua atau 3 jam untuk satu lapisan.

Selain itu, sistem pembelajaran sepanjang hayat seharusnya diketengahkan


di dalam pendidikan seni. Sebagai contohnya, warga emas dapat mengisi masa
lapang mereka dengan aktiviti- aktiviti seni. Masa mereka yang terluang dapat diisi
dengan menghias taman, membuat lanskap dan lain- lain lagi.
Tambahan pula, seni boleh dianggap sebagai terapi jiwa bagi mereka yang
menghadapi masalah emosi dan penyakit. Masalah ini dapat diluahkan dengan
penggunaan warna yang sesuai untuk dipalitkan di atas kanvas. Sebagai contohnya,
karya Syed Ahmad Jamal iaitu Sirih Pinang(1986) dan Sulaiman Hj. Esa, Ke Arah
Tauhid(1983).
f. Fenomena kelas
Kelas disini bererti status sosial seperti status ekonomi, tujuan pekerjaan, dan
kepatuhan ibu bapa kepada ajaran agama. Status seorang murid mempengaruhi
kecenderungan mereka yang ingin menghasilkan karya seni. Dalam erti kata lain,
penghasilan karya seni banyak dipengaruhi latar belakang sosial mereka. Ini
mendorong pendidikan memilih satu daripada dua laluan, sama ada ikut kata ibu
bapa atau kehendak hati.
Laluan pertama adalah jalan yang mana guru menjadi penurut sahaja secara
automatik. Laluan yang kedua pula mempunyai asa yang kukuh mengenai dunia
seni dan diketengahkan secara giat dalam pendidikan guru. Pendidikan seni
terpaksa memberi ruang kepada peluahan perassan dan idea anti pembangunan.

18

g. Kaum dan etnik


Sistem pengajaran pendidikan seni banyak mempunyai kaitan dengan kaum dan
etnik dalam sesebuah negara. Sebagai contohnya, ukiran kayu di Malaysia banyak
bermotifkan flora berbanding di Indonesia, ukiran kayu yang dihasilkan banyak
bermotifkan flora dan fauna.
l. Ritual/upacara
Seni Visual dalam melaksanakan ritual atau upacara sesuatu budaya dan adat
resam dalam aktiviti kehidupan masyarakat. Kebanyakan hasil karya adalah
berbentuk 3D atau arca. Contohnya Patung Jah Hut dan Mah Meri, yang menjadi
patung penyembahan orang-orang asli di Pahang dan Selangor.
m. Spiritual
Spiritual bermaksud ketenangan, kepuasan dan keselesaan yang dialami oleh
seseorang pelukis . Hasil karya yang dihasilkan adalah untuk kepuasan pelukis dari
cetusan dalaman diri pelukis itu sendiri. Contohnya, Semangat Bumi, Air, dan Udara,
karya Patrick Ng Kah Onn.

n. Agama
Penerapan nilai- nilai murni merupakan bukti pertalian yang eujud. Keadaan yang
berbeza berlaku di Amerika Syarikat apabila doktrin pendidikannya memisahkan
agama daripada pendidikan. Di Malaysia, pengajaran kraf lebih ditumpukan kepada
masyarakat yang paling dominan yang terdapat dalam negara. Kebanyakan ahli
agama mendapati multikulturisme tidak dapat diterima kerana pendekatan kepada
kepercayaan agama adalh bersifat deskriptif daripada sudut etnologi dibandingkan
preskriptif daripada sudut moral.
o. Jantina dan baka
Jantina dan baka penting dan dipandang tinggi secara biologi dan bukannya secara
sosial. Terdapat tiga sebab mengapa pendidikan seni dikaitkan dengan kaum wanita.
Pertama, mengajar seni sering dikaitkan dengan suasana rumah. Kedua, seni itu
sendiri dikaitkan sebagai aktiviti wanita kerana tidak memerlukan kerja-kerja kasar.
Ketiga, hierarki nilai dalam teori kurikulum amat kecil dan dipelbagaikan kepada
pendidikan seni.
Selain itu, pengajaran sekolah dianggap sebagai profesion wanita walaupun sejak
dahulu lagi bidang perguruan dimonopoli oleh lelaki. Kaitan wanita dengan seni
memusnahkan status seni sebagai universal. Ini merupakan punca masalah
masyarakat dan intelektual mereka.
p. Perubahan sosial
19

Guru- guru adalah agen perubahan selagi kita memcampuri proses semula jadi
pertumbuhan dan perkembangan manusia bagi membentuk mereka(murid-murid).
Semua itu ditentukan oleh objektif kurikulum, kesempurnaan profesionalisme, dan
budaya peribadi kita. Pengajaran formal seni menghasilkan tentangan, lalu
membawa kepada perubahan di luar bilik darjah dan studio.
Pengajaran seni membawa kepada perubahan sosial secara disengajakan dan
dapat diramalkan. Keasyikan kita dengan kreativiti yang berkaitan dengan
kebebasan manusia, menyaran institusi dan persekitaran.
Transformasi sosial melibatkan perkembangan biologi , trasformasi teknologi dan
pembentukan budaya. Contohnya, penggunaan mesin cetak berkomputer yang
mneghasilkan batik . Trasformasi pembentukan budaya pula melalui pakaian yang
dipakai. Selain itu, budaya pemberian sampul wang beraneka warna dan corak pada
setiap kali perayaan.

q. Multikultural
Multikultural mengikut kamun Oxford membawa maksud kumpulan budaya. Mengikut
kamus Dewan dwibahasa pula, bermaksud pelbagai budaya. Secara kesimpulannya,
multikultural bermaksud peradaban ataupun budaya tertentu yang diamalkan dalam
sesuatu tempat.
Sejarah seni memperkenalkan topik kontroversi multikultirisme. Budaya ini agak
meluas mencakupi etnik, agama, dan semangat kebangsaan sesuatu budaya.
Kurikulum seni juga perlu mengalami perubahan yang disebut pari passu. Pari passu
merupakan gabungan kerja- kerja seni yang mempunyai nilai estika yang digubah
bagi memaparkan etnik sesuatu bangsa.
r. Guru sebagai pembudaya
Guru merupakan pekerja budaya yang bertanggungjawab memindahkan idea
masyarakat kepada generasi- generasi secara berterusan. Murid- murid patut
mengetahui kepuasan dalam hasil seni seseorang itu memerlukan penerimaan,
pemahaman, dan kemungkinan karya itu dinikmati orang lain.
Seni biasanya ciptaan individu. Guru berperanan sebagai pengkritik dan mentor
serta bertindak sebagai wakil kepada masyarakat pemerhati dan pembeli. Guru perlu
menjalankan tugas sehingga para murid dapat menjiwwai makna, dan memahami
kepentingan pengamatan peribadi, membuat dan menilai seni.
K. pengeluaran
20

Pengeluaran merupakan hasil seni Seni Visual berasaskan kepada faktor cita rasa,
gaya, fungsi dan kegunaan. Pembelajaran , aktiviti dan apresiasinya dapat
menghasilkan mutu pengkaryaan dan penhasilan karya yang berkualiti dengan nilai
keindahan yang tinggi. Kebanyakan hasil karya berunsur pengeluaran adalah
bertujuan dikomersialkan. Contohnya penghasilan batik , ukiran kayu dan songket.

21

KONSEP DAN PENGERTIAN SENI VISUAL

1)Seni didalam bahasa Inggeris


dikenali sebagai art yang diambil
daripada istilah latin iaitu bermaksud
penyusunan ataupun untuk menyusun.

Pengertian seni
visual

22

2)Dalam konteks ini seni merujuk


kepada sebarang bentuk objek
yang disusun mengikut aturan
tertentu. Seni juga merupakan
intipati kepada ekspresi kreativiti
seseorang

KONSEP SENI VISUAL

23

1)seni visual boleh difahami berdasarkan aspek seperti penyataan diri (self
expression) pengalaman dan sensasi visual 2D serta 3D, komunikasi visual bahasa,
seni visual, isi dan mesej, imej, form, content, benda-benda subjek, objek berfungsi,
kegunaan, nilai esetetik, ciri-ciri kreatif, pelukis dan karya seni, asas seni reka
sebagai aspek lain.

PERANAN SENI VISUAL DARI PERSEKITARAN,


PSIKOLOGI DAN SOSIOLOGI

PERSEKITARAN
Kesedaran nilai persekitaran, unsur keselesaan dan keharmonian
dalam Seni Visual. Pembelajaran Seni Visual, aktiviti dan
apreasiasinya dapat mengukuhkan kepekaan dan sesitiviti terhadap
kepentingan sekeliling yang memberi kesan kepada kehidupan.

PSIKOLOGI

Istilah psikologi berasal daripada dua gabungan perkataan yunani


(Greek) iaitu psyche (psiko) yang bermaksud jiwa ataupun
semangatdan perkataan logos (lagi) yang bermakna ilmu.

24

SOSIOLOGI

Sosiologi adalah kajian tentang manusia dan masyarakat dan


interaksi antara manusia dalam konteks masyarakat. Dalam erti
kata lain, ia merupakan kajian respons individu ataupun
sekumpulan manusia terhadap sesuatu perubahan atau
tindakan. Respons itu adalah mudah difahami sebagai subbudaya iaitu suatu tinfak balas setempat yang dipakai oleh
sekumpulan manusia yang memiliki pemikiran yang agak sama.
Tindakan dan perubahan merujuk kepada satu hasil idea
ataupun keluaran barang nyata ke dalam sesuatu masyarakat.

25

PANDANGAN TOKOH SENI ISLAM


Ibnu Khaldun merupakan tokoh pemikir Islam yang unggul, terutama dalam bidang
sosiologi dan falsafah. Karya beliau dikenali sebagai Muqaddimah atau
Prolegomena menjadi ibu kesusasteraan falsafah sejarah dan sosiologi. (Estidotmy
Utusan Malaysia, 2002)
Tokoh ini telah dilahirkan di Tunis, Tunisia pada tarikh 1 Ramadhan tahun 732
Hijrah bersamaan 27 Mei 1332. Nama penuhnya ialah Abdul Rahman Abu Zin
Waliuddin ibn Muhammad ibnu Khaldun al- Maliki al- Hadrami. Khaldun membawa
maksud intelek, ulama, pemimpin dan pemikir.
Menurut Ilbu Khaldun, seni itu suatu kebenaran, keindahan, dan kebaikan.Di
dalamnya terkandung estetika, etika, logika.( Pendidikan Seni Untuk Maktab &
Universiti, 2003)
SENI

Estetika

Etika

Mengandungi unsur- unsur kecantikan,


baik susunannya, menarik
komposisinya, indah apabila karya itu
dihasilkan.

Logika

Merujuk kepada suatu


kebenaran hakiki.

Merujuk kepada elemen- elemen


akhlak atau moral yang membina
hakiki.

26

LAMPIRAN.
Peranan Seni Dalam Kehidupan ManusiaOleh Agus Purwantoro
Selasa, 06 September 2005 12:53:52
Klik: 9893 Cetak: 66
SENI, adalah manifestasi keindahan manusia yang diungkapkan melalui penciptaan
suatu karya seni. Seni lahir bersama dengan kelahiran manusia. Keduanya erat
berhubungan dan tidak bisa dipisahkan. Dimana ada manusia disitu ada kesenian.
Bagaimanakah peranan seni sebagai kebutuhan seni dalam kehidupan manusia.
Apabila kita menyimak ke masa silam dalam kehidupan manusia, kebutuhan akan
seni mempunyai peranan yang amat penting untuk mencari kekuatan di luar dirinya
yang bersifat magis, sakral dan religius, pun demikian pada masa kini peranan seni
telah merasuk ke dalam berbagai segi kehidupan manusia.
Meskipun seni sudah setua kehidupan manusia, namun masih sangat sukar untuk
dapat memberikan pengertian hanya dalam beberapa kalimat. Sungguhpun demikian
peranan seni dalam kehidupan manusia dari zaman ke zaman mengalami
perubahan. Inilah letak dari subyektivitas seni, budi manusia tetap berdaya mencari
perkembangan baru. Kebudayaan manusia berganti dan selera perorangan serta
zaman selalu berubah.
Sepanjang kehidupan manusia dari zaman es sampai kini ternyata gejala seni
itu sudah ada, sehingga lahirlah pendapat yang mengatakan, art is a old as mankind
( seni berumur setua manusia).
Sudah barang tentu musti ada sebabnya, sehingga seni itu dapat diterima dan
bertahan sedemikian oleh dan dalam kehidupan bangsa-bangsa sepanjang zaman.
Disinilah seni mempunyai kegunaan dan peranan yang dirasa dan disadari oleh
bangsa-bangsa yang mengenalnya.
Pernah terdapat bangsa-bangsa yang belum dapat mengenal (menulis
sejarahnya), namun sudah sanggup menghasilkan karya-karya seni yang bernilai
tinggi. Ada bangsa yang waktu ilmu pengetahuannya masih berada di tingkat primitif,
sudah mempunyai seni yang bertaraf tinggi.
Kehidupan manusia tidak terlepas dari kesenian. Kesenian itu timbul karena
manusia selalu ingin yang indah, dengan jalan menciptakan benda-benda yang
indah. Karena keindahan selalu menimbulkan kebahagiaan dan sebagai kodratnya,
manusia ingin bahagia.
Sejak zaman pra sejarah manusia sudah mengenal kesenian mendahului lainlain bentuk kebudayaan. Kesenian sebagai lapisan hidup yang khusus
menampakkan diri lebih dahulu. Hal ini kelihatan pada lukisan, topeng dan patungpatung primitif, dongeng-dongen yang tak tertulis dalam lingkungan suku bangsa
yang hidupnya masih sederhana dan sebagainya.

27

Dengan demikian terhiaslah serta terbahagialah hidup manusia dengan seni


lukis, seni pahat, seni suara, seni sastra dan lain-lainnya.
Dalam faktanya, kesenian merupakan bagian dari kehidupan manusia yang tak
terpisahkan. Dimana ada kesenian di situ ada manusia
Kesenian Sebagai Pembentuk Peradaban Manusia
Kesenian dalam kehidupan manusia ikut mendidik manusia dan masyarakat menjadi
beradab, agar kehidupan manusia menjadi lebih harmonis. Seni menjadikan manusia
berbudi luhur.
Sejarah telah mencatat akan prestasi-prestasi kesenian dalam peranannya
membentuk sikap budi manusia.
Karya-karya seni pada zaman primitif merupakan alat-alat yamg mampu
menimbulkan suasana magis dan misterius dalam pemujaan serta kehidupan pada
waktu itu. Juga karya-karya kesenian klasik yang puitik heroik maupun karya-karya
modern, kesemuanya memberi pengaruh yang besar dalam peradaban manusia.
Kesenian Sebagai Kebutuhan hidup
Dalam istilah lainnya dapat diartikan sebagai seni terpakai atau applied art , seni
yang digunakan atau, dipakai atau yang lebih tepat sebagai seni terapan. Seni ini
diterapkan pada sesuatu maksud atau benda, menurut kegunaannya tanpa
melepaskan segi keindahannya.
Jadi disamping memiliki keindahan ujud, juga memiliki nilai kegunaan ujud.
Misalnya jambangan-jambangan atau guci dari tiongkok kuno, ujud serta
permukaannya dibentuk dan dihias demikian indah, tanpa menghilangkan fungsi
jambangan itu. Manusia ingin melepaskan dan mencurahkan keinginan keindahan ke
seluruh hidupnya.
Kesenian untuk Kebahagiaan Seni
Kesan untuk memberi inspirasi seni dan kebahagiaan seni, terutama kepada
seniman. Ia mengerjakan seni karena disitu ada kebahagiaan yang merupakan
kebutuhan, walaupun hasilnya nanti untuk dinikmati oleh para penonton.
Secara keseluruhan kesenian hanyalah ditujukan untuk kebahagiaan manusia,
baik kebahagiaan manusia secara materi maupun spirituil. Kesenian diciptakan oleh
manusia untuk melengkapi kebahagiaan manusia seluruhnya.
Ternyata seni mempunyai peranan dalam kehidupan manusia untuk memenuhi
kebutuhan-kebutuhan hasrat mengungkapkan atau menyatakan perasaan pribadi
mengenai aspek-aspek pokok kehidupan sehari-hari tentang kelahiran, cinta,
perkawinan, iri hati, kematian dan lain-lainnya.

28

Disamping memenuhi kebutuhan dalam hubungan kegiatan sosial kita mengenai


situasi politik, ekonomi, kepercayaan, menyatakan keinginan atau tujuan bersama,
menyusun komunikasi antar individu, mempengaruhi situasi masyarakat dan lainlainnya. Juga memenuhi kebutuhan fisik seperti gedung, alat pengangkutan, alat
penyimpanan, bahan pembungkus.Jadi peranan seni dalam kehidupan manusia
merupakan suatu cara atau usaha hasil budi manusia untuk mencapai tujuan,
kebahagiaan atau kesejahteraan. Inilah kenyataan tentang suatu gejala aktivitas
manusia yang dinamakan SENI.
http://smk4-padang.sch.id/mod.php?

29

Isma'il Raji al-Faruqi (January 1, 1921 May 27, 1986) was a Palestinian-American
philosopher, widely recognised by his peers as an authority on Islam and
comparative religion. He spent several years at Al-Azhar University in Cairo, then
taught at several universities in North America, including McGill University in
Montreal. He was Professor of Religion at Temple University, where he founded and
chaired the Islamic Studies program. Dr. al-Faruqi was also the founder of the
International Institute of Islamic Thought. He wrote over 100 articles for various
scholarly journals and magazines in addition to 25 books, of the most notable being
Christian Ethics: A Historical and Systematic Analysis of Its Dominant Ideas. He also
established the Islamic Studies Group of the American Academy of Religion and
chaired it for ten years. He served as the vice-president of the Inter-Religious Peace
Colloqium, The Muslim-Jewish-Christian Conference and as the president of the
American Islamic College in Chicago.
Al-Faruqi and his wife, Lois Lamya al-Faruqi, were stabbed to death in their home in
Wyncote, Pennsylvania on May 27, 1986.
http://en.wikipedia.org/wiki/Ismail_al-Faruqi

30

Ellis Paul Torrance (October 8, 1915 - July 12, 2003) was an American psychologist
from Milledgeville, Georgia.
After completing his undergraduate degree at Mercer University, he went on to
complete a Master's degree at the University of Minnesota, and then a doctorate from
the University of Michigan. His teaching career spanned from 1957 to 1984, first at
the University of Minnesota and then later the University of Georgia, where he
became professor of Educational Psychology in 1966.
In 1984, the University of Georgia established the Torrance Center for Creativity and
Talent Development.
Torrance is best known for his research in creativity. His major accomplishments
include 1,871 publications:88 books; 256 parts of books or cooperative volumes; 408
journal articles; 538 reports, manuals, tests, etc.; 162 articles in popular journals or
magazines; 355 conference papers; and 64 forewords or prefaces. He also created
the Future Problem Solving Program International, the Incubation Curriculum Model,
and the Torrance Tests of Creative Thinking.
http://en.wikipedia.org/wiki/Ellis_Paul_Torrance

31

REFLEKSI
Alhamdulillah, akhirnya saya berjaya menyelesaikan tugasan ini.
Apa yang saya dapat rumuskan disini ialah saya dapat mengetahui lebih lanjut
tentang konsep dan pengertian seni visual, perbandingan beza antara pandangan
tokoh pendidik seni dan ahli falsafah tentang Pendidikan Seni Visual, peranan seni
visual terhadap persekitaran, psikologi dan sosiologi dan membentuk nota dan
pengurusan grafik seperti yang dikehendaki oleh soalan.
Hasil daripada kajian yang saya telah laksanakan, saya dapat memahami
menambah ilmu pengetahuan saya mengenai pendidikan seni visual dan dunia seni
tampak negara.

32

BIBLIOGRAFI
SUMBER DARIPADA BUKU RUJUKAN
En.Hasni bin Mat Hassan,2006, Fakulti Pendidikan dan Bahasa, Open University
Malaysia(OUM)
Atan Long,(1982).Psikologi Pendidikan.Dewan Bahasa dan Pustakadan Kementerian
Pelajaran Malaysia,
Badrul Isa,(2006,Feb).Pendidikan Seni visual di muzium dan galeri seni.Dewan
Budaya.(m/s 28-31)
Mazlan Mohamad.(1996). Pendidikan Seni 1.Subang Jaya, Dewan Bahasa dan
Pustaka, Kumpulan Budiman.
Md.Nasir Ibrahim&Ibrahim Hassan (2003)Pendidikan seni untuk Maktab dan
Universiti
Md.Nasir Ibrahim,Prof.Madya Iberahim Hassan. Judul buku:Pendidikan Seni Untuk
Maktab dan Universiti (PTS,Al-Ghazali(Beg,M.A.J,1997) ,AlFaruqi(1991)Pengislaman Ilmu.k.l),Dewan Bahasa dan Pustaka, (m/s 91-123).
Croce B.(1978), Iberahim Hassan(2000)pendidikan seni(Matlamat dan
kepentinganya, kumpulan esei pilihan,pendidikan seni dan muzik.Tanjung
Malim:Fakulti Sains.,Ibnu khaldun(Estidotmy Utusan Malaysia,2002),Halimah
Hassan(1984),Bab 91 Nassir(Ghazali Darusalam,1998)
Mohd.Johari Abdul Hamid.Falsafah dan Kritikan Seni.

33

SUMBER INTERNET
http://en.wikipedia.org/wiki/Ismail_al-Faruqi
http://en.wikipedia.org/wiki/Ellis_Paul_Torrance
http://www.faculty.de.qcsu.edu/~cbader/Torrance .html
http://www.oum.edu.my.
http://seni-visual-stpm.blogspot.com
http://www.ship.edu/~cgboeree/rogers.html

34

Anda mungkin juga menyukai