Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
Anti-Lock Braking System (ABS) adalah satu peralatan kelengkapan permotoran pada kereta
yang mana sistem keselamatan asas untuk memastikan keempat-empat tayar berhenti serentak
apabila menekan brek dalam situasi biasa atau kecemasan.
Ia bertujuan untuk mengelak daripada mana-mana tayar terkunci atau terhenti lebih awal yang
boleh mendorong kenderaan itu berpusing atau terbabas. Ia juga berfungsi menahan tayar
daripada terkunci ketika brek ditekan dengan kuat apabila berlaku kecemasan. Secara tidak
langsung keadaan ini dapat mengurangkan risiko berlakunya kemalangan atau kerosakan pada
kenderaan sekiranya terbabas.
Sistem brek dan bendalir brek perlu diselenggara setiap 20 ribu kilometer perjalanan atau
setahun sekali atau yang mana terdahulu atau mengikut buku panduan pengeluaran kenderaan.
Bendalir brek (minyak brek) adalah sejenis cecair yang terdapat dalam sistem saluran brek
bertujuan memberi tekanan pada sistem brek apabila pedal brek ditekan. Tekanan ini berfungsi
mengapit cakera brek dan gelendong brek dengan berkesan untuk memberhentikan kenderaan.
1- Penggunaan pelapik brek yang telah mencapai tahap haus (semakin nipis).
2- Pin sesentuh amaran telah menyentuh cakera brek ( brake disc) yang semakin
haus.
3- Besi pelapik brek menyentuh cakera brek (apabila pelapik brek sudah habis).
5- Penggunaan pelapik brek yang tidak menepati piawaian pengeluar kenderaan.
6- Cakera brek telah mencapai tahap kehausan (semakin nipis) atau kehausan tidak
sekata.
Kereta-kereta moden dilengkapi dgn pelbagai sistem brek yang canggih seperti Antilock Brake System
(ABS), Electronic Brakeforce Distribution (EBD), Electronic Stability Control (ESC), dan Cornering Brake
Control (CBC). Untuk meningkatkan tahap keselamatan, system brek dipisahkan kpd dua circuit. Setiap
circuit dihubungkan kpd dua tayar, dengan itu hanya dua tayar sahaja tidak berfungsi apabila berlaku
kegagalan pd satu circuit dan kereta masih boleh berhenti apabila kita menekan pedal brek. Mari kita
bincangkan tentang ABS iaitu suatu feature standard yang sepatutnya terdapat pada sesebuah
kenderaan. Terdapat 3 jenis ABS iaitu:-
ABS pada kenderaan ialah "anti-lock braking system" (sistem brek anti kunci). Ia berfungsi
untuk mengelakkan brek kenderaan anda terkunci semasa menggunakan brek pada keadaan
cemas.
Keadaan tayar yang terkunci semasa brek kecemasan dilakukan akan menyebabkan kenderaan
anda sukar dikawal lalu terbabas. Dengan dilengkapi sistem ABS ini, ia dapat mengelakkan tayar
terkunci dimana sensor ABS boleh mengepam brek anda sebanyak 20 kali sesaat. Ia konsep yang
serupa pada sistem brek tanpa ABS dimana kita diajar supaya menekan brek banyak kali secepat
mungkin semasa brek kecemasan bagi mengelakkan ia terkunci. Tetapi pada sistem ABS ini, kita
hanya perlu menekan terus brek dan sistem komputer ABS akan melakukan 'pam' dengan
sendirinya.