Anda di halaman 1dari 7

BAHAGIAN A: [10%]

Pelaksanaan Elemen Sastera dalam Pengajaran dan Pembelajaran Seni Bahasa


Kurikulum Standard Sekolah Rendah oleh Shamsudin Othman dan Abdul Rasid Jamian,
Universiti Putra Malaysia.
Jawab soalan-soalan berikut:
a) Apakah tujuan dan rasional kajian ini? 1 halaman
Kajian Pelaksanaan Elemen Sastera dalam pengajaran dan pembelajaran Seni Bahasa
Kurikulum Standard Sekolah Rendah oleh Shamsudin Othman dan Abdul Rasid Jamian ini
telah dijalankan ke atas 30 orang guru terpilih daripada sepuluh buah sekolah rendah daripada
setiap zon negeri, iaitu Sabah, Perlis, Terengganu, Johor, Kuala Lumpur dan Kedah. Antara
tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti tahap keyakinan guru dalam pengajaran dan
pembelajaran seni bahasa sepanjang pelaksanaan dan mengukur sejauh mana guru dapat
menerapkan elemen dan teks sastera dalam meningkatkan keberkesanan kemahiran
pembacaan murid. Di samping itu, kajian ini juga bertujuan untuk melihat pengaruh
kemahiran seni bahasa dapat memberikan penekanan pada standard kandungan dan standard
pembelajaran.Seni

bahasa

ditakrifkan

sebagai

bentuk

pembelajaran

bahasa

yang

menjadi pendekatan PDP yang menyeronokkan murid-murid dalam konteks kajian ini.
Aspek seni bahasa merangkumi keupayaan murid memahami, mengungkap dan menghargai
bahasa melalui pembelajaran yang menyeronokkan dalam konteks pembelajaran yang
menyeronokkan. Rasionalnya kajian ini dijalankan adalah bagi mengetahui sejauhmana
impak seni bahasa yang diterapkan dalam sesi PdP ini kepada pencapaian murid-murid dalam
subjek bahasa Melayu dan apakah kesan yang didapati kepada guru khasnya dari segi mutu
pengajaran dan dalam mewujudkan suasana PdP yang menyeronokkan apabila, seni bahasa
ini diaplikasikan dalam subjek bahasa Melayu di sekolah.
Fokus sebenar kajian ini adalah untuk melihat bagaimana kemahiran seni bahasa dapat
memberikan penekanan pada standard kandungan dan standard pembelajaran yang perlu
diketahui dan dapat dilakukan oleh murid. Standard kandungan dan standard pembelajaran ini
berpaksikan sistem kemahiran bahasa dan sistem bahasa yang disokong oleh elemen
pengisian kurikulum. Jika dirujuk pada tajuk kajian, kajian turut membincangkan
kepentingan unsur seni bahasa yang terdapat dalam KSSR. Aspek seni bahasa ini merujuk
keupayaan murid memahami, mengungkap dan menghargai bahasa yang indah melalui
pembelajaran yang menyeronokkan dalam konteks pendekatan didik hibur (pembelajaran
yang menyeronokkan). Oleh itu, didik hibur ini dilihat dapat mengupayakan dan

membolehkan bahasa yang indah itu dapat diperoleh secara mudah daripada teknik nyanyian,
bercerita, berlakon, mendeklamasi atau berpuisi itu dilaksanakan secara lebih santai tetapi
bermakna. Seni bahasa juga menampakkan keindahan bahasa dari segi pembentukan gaya
bahasa khususnya ayat yang menggunakan unsur simile, peribahasa, bahasa kiasan dan
personifikasi yang terdapat dalam teks yang dibaca. Oleh itu, melalui idea yang kreatif,
pembelajaran seni bahasa ini diharapkan akan dapat melahirkan murid yang menguasai
kemahiran lisan dan penulisan dengan baik.

b) Huraikan kaedah pengumpulan data 1 halaman


Penganalisisan data telah dilaksanakan menggunakan perisian Statistical Package for Sosial
Science (SPSS) for window versi 16.0. Data yang diperoleh daripada responden telah
dikumpulkan dan dianalisis sebaik mungkin sebagai usaha untuk menjayakan kajian ini.
Kajian rintis juga telah dilakukan bagi menganalisis kebolehpercayaan instrumen kajian
soal selidik yang dijalankan. Kajian rintis ini dilaksanakan di Sekolah Kebangsaan Bandar
Tun Razak (1), Kuala Lumpur, yang melibatkan 30 orang responden.
Penggunaan perisian ini sebagai kaedah analisis data statistik deskriptif bermatlamat untuk
memperihalkan data dengan sejelas mungkin. Oleh itu, analisis statistik deskriptif cuba
membuat ringkasan dan klasifikasi terhadap data supaya pengguna dan penyelidik dapat
sama-sama memahami data dengan mudah. Sementara itu, statistik deskriptif digunakan
untuk menentukan peratusan, min dan sisihan piawai. Tujuan penganalisisan ini adalah untuk
membolehkan penyelidik membuat gambaran set data yang terkumpul serta mengkaji taburan
kekerapan. Dapatan analisis kajian telah dipaparkan dalam bentuk jadual serta dibincangkan
mengikut setiap item berpandukan objektif dan pemboleh ubah yang telah ditetapkan.
Statistik deskriptif digunakan untuk mengumpul data dan membuat rumusan serta
menyampaikan rumusan dalam bentuk yang lebih mudah difahami oleh semua golongan.

c) Jelaskan dapatan kajian ini 3 halaman.

Kajian yang dijalankan ini merupakan kajian berbentuk kuantitatif deskriptif yang
menggunakan borang kaji selidik yang dibina oleh pengkaji bagi mendapatkan maklum balas
daripada responden. Sekolah yang dipilih merupakan sekolah rintis yang dilantik oleh
Kementerian Pendidikan Malaysia sebagai uji kaji untuk setiap modul yang dilaksanakan.
Statistik deskriptif untuk melihat kekerapan dan min responden digunakan dalam kajian
dalam setiap item dalam soal selidik yang digunakan. Peratusan dan kekerapan digunakan
untuk menganalisis markah ujian yang didapati.Skor min keseluruhan pemboleh ubah telah
diringkaskan dalam jadual 2. Keputusan min tertinggi yang dicatatkan adalah guru
berpendapat bahawa penggunaan bahasa sastera dalam PdP banyak memberi manfaat kepada
murid dan guru dalam pelaksanaan elemen sastera dalam pengajaran dan pembelajaran seni
bahasa iaitu dengan catatan 3.12 (sp=.630). Di ikuti dengan kefahaman konsep guru terhadap
huraian Sukatan Pelajaran Seni Bahasa iaitu dengan catatan 3.11(sp=.387). Tahap pembacaan
Murid dalam elemen sastera juga berlaku peningkatan dengan catatan min sebanyak
3.07(sp=.307).Untuk pengajaran guru berdasarkan KSSR mencatatkan min sebanyak 2.98 (sp
=.257) serta penggunaan teks dan bahan mengajar dalam pembelajaran seni bahasa sebanyak
2.96 (sp=.243).catatan min terendah didapati dalam masalah pelaksanaan elemen sastera. Jika
dihat

pada

dapatan

dalam jadual 2 ini, dapatlah disimpulkan bahawa bentuk kurikulum

baharu yang diaplikasikan dan masih terdapat isu-isu yang timbul dalam mengaplikasikannya
di dalam PdP. Pun begitu, banyak manfaat yang didapati oleh guru dan murid menerusi pola
kurikulum baharu ini dengan penggunaan teks, kefahaman konsep sukatan pelajaran kepada
guru, serta tahap pembacaan murid yang berlaku peningkatan.
Tahap Pembacaan Murid
Penyelidik seterusnya, meringkaskan keputusan tahap pembacaan selepas penggunaan seni
bahasa dalam PdP di dalam jadual 4. Kaedah didik hibur yang diapliaksikan guru dalam sesi
PdP ternyata sangat membantu meningkatkan tahap pembacaan murid. Ini dibuktikan dengan
keputusan yang dicatatkan dalam jadual 4, dimana keputusan yang dicatatkan semua item
tidak banyak beza antara satu sama lain kecuali pada item melafaz dan memahami puisi
dengan intonasi yang betul menggunakan bahasa yang indah secara didik hibur iaitu dengan
catatan min 2.97 (sp=.440).Guru turut berpendapat bahawa, elemen sastera dapat
meningkatkan penguasaan bacaan mentalis (min =3.05, sp=.328), di samping murid dapat
menyebut dan memahami unsur seni dalam lagu melalui nyanyian secara didik hibur iaitu
dengan catatan min 3.06 dansp= .346 . Selain dapat meningkatkan penguasaan bacaan
mekanis (min = 3.10,sp=.353),elemen sastera ini juga dapat membantu murid memahami teks

lebih baik (min=3.10 ,sp=.314). Penyelidik menyatakan perbezaan antara bacaan mekanis
dan mentalis. Bacaan secara mekanis membawa maksud bacaan dalam hati yang bertujuan
untuk memahami sesuatu teks dengan mendalam.
Bacaan mentalis diertikan bahawa bacaan secara kuat dan tepat serta menggunakan tanda
bacaan yang betul. Item yang mencatatkan bacaan tertinggi dengan jumlah min 3.15 dan sp
=.360 ialah elemen sastera dikatakan pelengkap kepada PdP bahasa.Jelaslah di sini bahawa,
penggunaan elemen sastera dalam PdP bahasa banyak meningkatkan tahap pembacaan murid
dari beberapa aspek seperti, peningkatan dalam memahami teks dengan baik, penguasaan
bacaan mekanis, penguasaan bacaaan mentalis,serta membantu murid menyebut dan
memahami unsur seni selain membantu melafaz dan memahami puisi dengan intonasi yang
betul.
Manfaat Pelaksanaan Elemen Sastera dalam Pengajaran dan Pembelajaran SeniBahasa
Penyelidik turut meringkaskan beberapa item bagi menggambarkan tentang manfaat yang
didapati daripada pelaksanaan elemen sastera dalam PdP. Keputusan yang dicatatkan
menunjukkan bahawa peningkatan kemahiran murid adalah tinggi. Antara manfaat yang
diperoleh adalah murid memahami maklumat yang disampaikan oleh guru dengan catatan
min 2.97 dan sp=.382. Kemahiran menulis turut menunjukkan peningkatan (min = 3.02,
sp=.371), dan min sebanyak 3.08 sp = .365 dicatatkan bagi kemahiran lisan yang dilihat
semakin menunjukkan peningkatan dalam kalangan murid-murid. Kemahiran membaca turut
menunjukkan peningkatan dengan catatan min sebanyak 3.13 dan sp=.346. Turut
berkongsinilai min dan sisihan piawai yang sama adalah peningkatan murid dalam kemahiran
murid dalam 4M. Bukan hanya kepada murid, kecekapan pedagogi guru turut meningkat
dengan catatan min 3.13 dan sp=.384 selepas pelaksanaan seni bahasa seperti yang disasarkan
oleh sukatan KSSR. Catatan min tertinggi iaitu sebanyak 3.30 dan sp= .355 dapat dilihat pada
kemahiran murid yang boleh mengulang kembali apa-apa yang disampaikan oleh guru secara
tepat.
Pengajaran Seni Bahasa Guru Berdasarkan KSSR
Penyelidik turut melihat impak terhadap pengajaran seni bahasa guru berdasarkan KSSR
setelah

mengaplikasikan

Elemen

Sastera

dalam

PdP.

Guru

dilihat

lebih

menggunakan pendekatan yang tersendiri sewaktu mengajar seni bahasa dalam bilik darjah
(min = 3.18 dan sp =.451) dan cara pengajaran seni bahasa guru dikatakan berbeza dengan
guru lain (sp=3.01 dan sp=.489). Cara pengajaran guru dilihat berbeza kerana mereka

mempelbagaikan teknik pengajaran seni bahasa (min 3.23 dan sp=.478), dan adakalanya,
guru melakukan pengajarandi luar bilik darjah (sp = 3.01 dan sp= .539) disamping adanya
pengajaran berlaku di dalam bilik darjah semata (min=3.01, sp=.539).
Selain itu, sumber dan bahan yang digunakan oleh guru bagi pengajaran seni bahasa
mencukupi (min = 2.51, sp=.530),guru juga menggunakan pengajaran seni bahasa dalam
tempoh masa yang sesuai (min =3.02 dan sp=.374) di samping tugasan yang diberi kepada
murid adalah selaras dengan pengajaran guru (min=3.16,sp=.408) merupakan antara bukti
guru memahami tentang penggunaan seni bahasa dalam PdP (min= 3.01,sp=.496). Lebih dari
itu, guru juga tuut bersetuju dengan pelaksanaan elemen sastera dalam sukatan pelajaran
sekolah rendah (min= 3.17,sp=.481 dimana guru sedia mengaplikasi teknik didik hibur ketika
mengajar seni bahasa dalam bilik darjah dengan catatan min tertinggi 3.23 dan sp= .
514.Melihat kepada keputusan yang dicatatkan, elemen seni bahasa dalam PdP merupakan
kaedah yang dapat membantu sara PdP guru bahasa melayu. Kepelbagaian kaedah dan
cara pengajaran dilihat menjadi faktor dalam usaha mningkatkan kefahaman murid sekaligus
membantu meningkatkan keyakinan guru dalam mengajar bahasa Melayu.
Penyelidik meringkaskan penggunaan teks dan bahan mengajar dalam pembelajaran seni
bahasa di dalam jadual 6. Melihat kepada jadula tersebut, rata-rata guru yang
terlibat berpuas hati dengan bahan puisi dan prosa seni bahasa yang digunakan sebagai teks
semasa sesi PdP dijalankan apabila kedua item ini berkongsi jumlah catatan min dan sisihan
piawai yang sama iaitu min= 2.72 sp=.507. Guru turut menggunakan Bahan Bantu Belajar
(BBB) seperti perisian komputer dalam PdP bagi membantu tingkatkan kefahaman murid
(min=3.10dan sp=.426). Selain daripada BBB elektronik, guru turut menggunakan BBB
bukan elektronik contohnya, kad imbasan,gambar, carta dan buku dalam PdP atas tujuan
untuk meningkatkan tahap pembelajaran dan kefahaman murid sekaligus mencapai
objektif pembelajaran. Catatan tertinggi dicatatkan pada bahan bantu mengajar seni bahasa
bersikap kreatif iaitu min=3.13 dan sp= .384 dan perkara itu diakui sendiri oleh guru-guru
yang terlibat dan kebanyakan bahan bantu mengajar adalah hasil tangan sendiri oleh guru
(min=2.93 dan sp=.451).
Catatan keputusan yang direkodkan telah menjawab keempat-empat persoalan yang sering
dialami PdP guru bahasa Melayu , iaitu tentang kesan elemen seni bahasa .Empat persoalan
tersebut

adalah tentang

keyakinan

guru

dalan

pengajaran

dan pembelajaran

bahasa,keberkesanan teks sastera terhadap peningkatan tahap pembacaan murid, fungsi teks
sastera terhadap pemahaman pembacaan murid dan perkaitan tahap pembacaan murid
dengan pembelajaran mata pelajaran bahasa. Dapatan keseluruhan kajian mendapati bahawa,

30 peratus guru menyambut baik pelaksanaan seni bahasa dalam PdP bahasa melayu dan
mereka menjadikan pengajaran secara didik hibursebagai asas dalam PdP. Terbukti, elemen
ini dapat meningkatkan kemahiran murid dalam berbahasa Melayu, iaitu dengan
meningkatkan penguasaan 3M, selainkeyakinan diri, kemahiran lisan murid semakin
meningkat. Impak terpenting adalah penglibatan murid dalam aktiviti PdP juga semakin
membanggakan apabila mereka tidak lagi segan untuk menyertai aktiviti berbahasa seperti
menari, menyanyi, berpantun dan sebagainya. Pengaplikasian seni bahasa dalam PdP guru
juga turut ditingkatkan, selain suasana PdP berjalan dengan keadaan yang seronok, harmoni,
aktif dan lebih relaks berbanding sebelum ini.
d) Nyatakan implikasi dapatan kajian terhadap pengajaran Bahasa Melayu 1 halaman.
Berdasarkan dapatan kajian yang diperkatakan pada halaman sebelum ini, seni bahasa
ini banyak memberikan impak positif kepada kedua-dua pihak iaitu guru dan juga murid.
Kepelbagaian kaedah pengajaran hari ini, dapat membantu guru dalam merancang
teknik pengajaran bahasa Melayu dengan berkesan.Abdullah Hassan (1987) turut menyatakan
bahawa kegagalan dalam mencari teknik pengajaran bahasa Melayu menyebabkan isi
pelajaran gagal disampaikan secara berkesan dan kajian lampau juga telah membuktikan
bahawa kualiti pengajaran merupakan aspek penting dalam menarik minat dan tingkatkan
kemahiran berbahasa murid.
Majlis Peperiksaan Malaysia (1992) turut menambah bahawa antara faktor yang
memperngaruhi pencapaian akademik pelajar ialah kaedah pengajaran yang dipraktikkanguru
dalam bilik darjah kurang berkesan. Kajian ini dilihat dapat membantu guru mengaplikasikan
teknik didik hibur dalam konsep seni bahasa. Guru akan menjadi lebih kreatif, inovasi dan
relaks dalam merencana aktiviti pembelajaran bahasa Melayu yang lebih santai namun
bermakna.
Guru yang baik, tidak hanya berjaya memegang watak sebagai guru semata, jauh dari
itu, seorang guru yang berdedikasi harus bijak dan mampu menjadikan dirinya pelakon
yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Beban kerja guru yang bersifat
lebih kepada pengkeranian mungkin dapat dikurangkan apabila guru turut sama terlibat
secara aktif dalam sesi PDP seni bahasa yang seronok. Sebagai contoh, apabila aktiviti
tersebut melibatkan aktiviti nyanyian ataupun tarian, guru boleh turut sama menyanyi dan
menari dengan murid.secara tidak langsung, murid berasa dekat dengan guru sekaligus
meningkatkan hubungan pembelajaran dua hala dan mereka tidak akan segan untuk bertanya

sekiranya ada perkara yang tidak difahami semasa prose PDP berlangsung.Kepada murid
pula, selain dapat mewarisi kreativiti guru, seronok dalam sesi PDPyang disediakan
guru, murid juga dapat memahami dengan baik isi pelajaran bahasa Melayu. Menerusi
aktiviti-aktiviti seni bahasa yang dijalankan seperti pantun, nyanyian, sajak dan sebagainya,
keyakinan murid-murid secara tidak langsung akan dapat ditingkatkan dan kemahiran lisan
murid turut meningkat.Selain itu, penguasaan kemahiran membaca 3M turut dapat
ditingkatkan. Murid juga dilihat dapat menerima dengan baik pembelajaran seni bahasa
khususnya apabila suatu pembelajaran itu dikaitkan dengan teks sastera seperti pantun dan
puisi rakyat.
Kesimpulannya, guru dan murid sama-sama mendapat manfaat dari seni bahasa inikerana
kedua-dua

pihak

seronok

menikmati

isi

pelajaran

walaupun

pada

dasarnya

terdapat beberapa konsep yang sukar difahami namun dengan konsep belajar secara didik
hiburmembantu memudahkan proses pemahaman dan kelancaran PdP. pembelajaran masih
diteruskan namun dalam suasana yang lebih menyeronokkan, harmoni, kondusif serta
menggembirakan tanpa perlu mengenepikan isi kandungan serta objektif pembelajaran
yang perlu dicapai.

Anda mungkin juga menyukai