Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
menerangkan dengan jelas terhadap konsep untuk mendapatkan pic yang tepat.
Konsep ini perlu difahami oleh semua murid. Kematangan pendengaran perlu
dipertingkatkan dan diperkembangkan dari masa ke masa dan ia hanya dapat
dicapai melalui latihan yang berterusan serta komitmen yang tinggi. Kemahiran
pendengaran yang kurang baik sudah pasti akan membebankan pelajar untuk
memahami dan menguasai kemahiran nyanyian. Pelajar tidak akan dapat
mengetahui sama ada mereka telah menyanyi dengan betul atau salah. Jika ini
berlaku, sudah pasti mereka tidak dapat menikmati apatah lagi menghayati lagu
yang dinyanyikan. Kesilapan membuat anggaran kelajuan, tekanan dan jumlah
udara inilah merupakan antara punca yang menyebabkan pic berubah dan akan
memberi kesan yang ketara pada pic, harmoni, dan sebagainya. Kesimpulannya,
kesemua faktor ini diakibatkan oleh kelemahan pendengaran yang membawa
kepada kelemahan untuk melakukan perkiraan yang tepat untuk menghasilkan pic
yang tepat.
Masalah seterusnya adalah intonasi dan kualiti ton yang kurang baik. Ini
menyebabkan bunyi yang dihasilkan tidak tepat. Pic yang dihasilkan mungkin
berbunyi sedikit rendah atau tinggi. Jika ini berlaku maka bunyi yang dihasilkan akan
menyebabkan berlakunya masalah intonasi. Masalah ini juga boleh berlaku
sekiranya ton yang dihasilkan oleh alat vokal itu tidak mencerminkan ton yang
sewajarnya. Tambahan lagi kualiti ton yang dihasilkan oleh seseorang penyanyi
memberi kesan pada lagu yang dimainkan. Terdapat pelajar-pelajar yang tidak dapat
menghasilkan ton yang berkualiti seperti menyanyi terlalu kuat dalam ensembel atau
sering menyanyi di luar piawaian pic atau sumbang, ton yang kasar dan keras.
Selain daripada itu, masalah dinamik dimana ketepatan dinamik adalah sesuatu
yang subjektif dalam persembahan nyanyian. Aras dinamik tidak boleh dikurangkan
pada sesuatu ukuran desibel (kekuatan bunyi) kerana ianya berkaitan dengan
kebolehan menginterpretasi skor, kemahuan jurulatih dan mood sesuatu lagu.
Selalunya masalah yang timbul kerana penyanyi tidak dapat merasai kekuatan
sebenarnya sesuatu dinamik seperti piano (p) atau forte (f). Semuanya ditentukan
oleh berbagai aspek seperti, register, stail, pencipta, zaman, kawalan bunyi daripada
penyanyi, kehendak konduktor dan citarasa seseorang. Kegagalan penyanyi
mengamati tanda dinamik yang ditulis akan memberi kesan pada bunyi atau
kemerduan sesuatu lagu dan sudah pasti kekurangan warna atau kecantikan
kepada lagu yang dipersembahkan. Masalah ekspresi sering berlaku kepada pelajar
yang kurang pengalaman muzik dan kurang diberi pendedahan oleh jurulatih
mengenai kehendak atau karektor nyanyian yang ingin dihasilkan. Mereka gagal
menterjemahkan karektor-karektor yang ditulis dalam skor kepada bunyi yang
bermakna seperti mood lagu, kualiti ton, ketepatan irama, keseimbangan, intonasi,
dinamik, frasa lagu dan berbagai aspek estetika yang terkandung didalam lagu
tersebut. (Middleton, James, et. all,1998 )
Setiap masalah yang timbul pasti mempunyai jalan penyelesaian. Bagi mengatasi
masalah kekangan masa, guru ataupun pengarah muzik boleh menyediakan
prosedur latihan yang lebih jelas dengan menyediakan satu jadual terperinci
berkaitan dengan prosedur dalam latihan. Prosedur yang disediakan secara teliti
dapat membantu mereka dalam menyediakan rancangan mengajar dan melatih
dengan lebih baik dan berkesan. Perancangan yang baik ini akan membantu dalam
menyediakan segala keperluan termasuklah bahan-bahan dan peralatan yang
diperlukan dalam menyampaikan pengajaran. Ini dapat menjimatkan masa yang
banyak sekali gus mengelakkan daripada timbulnya pelbagai masalah kelak.
Seterusnya, masalah corak irama juga dapat dikurangkan jika guru menjadikan
latihan corak irama sebagai salah satu aktiviti wajib semasa warmup. Perkenalkan
beberapa corak irama pada setiap kali latihan yang dijalankan. Ia perlu
diperkenalkan mengikut urutan serta tahap pelajar iaitu daripada mudah kepada
tahap yang lebih mencabar. Terdapat pelbagai bahan seperti buku dan skor latihan
telah diterbitkan untuk tujuan tersebut. Ia juga boleh didapati menerusi laman web
yang boleh diterokai menerusi Internet. Latihan ini telah disediakan mengikut tahaptahap tertentu oleh golongan profesional. Guru juga boleh menganalisa nilai bagi
corak irama tersebut agar pelajar faham dari segi teorinya. Perkenalkan corak irama
bahagian demi bahagian. Misalnya bar demi bar dengan menggunakan tempo yang
lambat dan lajukan tempo apabila kemajuan telah dicapai. Proses ini perlu diulang
sehingga pelajar dapat menguasainya secara praktikal. Cara penyelesaiannya lain
ialah corak irama ditulis pada papan hitam dan dibahagikan kepada quarter note
kepada empat bahagian yang sama. Kemudian bilang dengan tempo yang lambat
setiap bahagian. Jurulatih perlu membimbing pelajar supaya menepuk irama dengan
betul.
Selain itu, penggunaan audio visual mampu membantu pelajar bermain dengan ton
yang baik. Kaedah ini memerlukan kepada beberapa arahan yang perlu dipatuhi
oleh setiap pelajar. Oleh itu, ia perlu dimulakan dengan member arahan atau
panduan kepada pelajar. Arahan dan panduan guru perlu jelas serta mudah
difahami. Ini penting agar pelajar tahu apa yang harus didengar dan diperhatikan.
Pelajar perlu diminta untuk membuat komen terhadap persembahan tersebut sebaik
sahaja persembahan tamat. Bagi mengatasi masalah berkaitan sinkopasi pula, satu
kaedah yang digunakan untuk mendapat ketepatan irama sinkopasi ialah melatih
pelajar menyanyi dan menepuk irama pada keratan-keratan irama yang terdapat
sinkopasi. Selain itu, pelajar perlu menanda downbeats dengan pensel pada skor.
Cara ini dapat membantu pelajar jika mereka menghadapi masalah percampuran not
dan tanda rehat. Menconteng skor dengan berbagai tanda adalah penting dan
berkesan untuk mengingatkan pelajar mengenai berbagai aspek yang terdapat
dalam skor seperti pertukaran dinamik, artikulasi dan tempat yang sesuai untuk
menarik nafas. Ianya membantu pelajar mencapai tahap ketepatan irama yang
diperlukan dalam skor.
Pic yang tidak tepat sememangnya suatu masalah yang agak rumit sekiranya tidak
diatasi dengan baik. Untuk mengatasinya, dicadangkan agar latihan pendengaran
dijadikan latihan wajib bagi setiap sesi latihan. Latihan ini akan memberi fokus
kepada ketepatan pic. Latihan ini juga boleh diperkukuhkan semasa melakukan
warm-up.
Memberi arahan semasa permainan ensembel bertujuan untuk memperbaiki
persembahan terutamanya dari segi keseimbangan bunyi, mula dan akhir, frasa,
dinamik, artikulasi dan sebagainya. Terdapat dua kaedah yang digunakan semasa
latihan nyanyian. Kaedah pertama memberi arahan dengan menggunakan suara.
Kaedah kedua ialah memberi arahan menerusi gerak badan dan tangan dengan
disertakan ekspresi wajah. Kaedah ini sememangnya berkesan jika pelajar telah
dilatih dengan betul. Ia memerlukan latihan yang berterusan sehingga ia menjadi
satu kebiasaan bagi semua murid.
Ekspresi juga merupakan salah satu elemen yang harus diberi perhatian di dalam
nyanyian. Konduktor perlu memainkan peranan yang penting untuk membantu
penyanyi menyanyi dengan ekspresi. Ia dapat dilakukan dengan menggunakan
gerakan badan dan melakonkan ekspresi wajah mengikut ekspresi yang diinginkan.