Anda di halaman 1dari 27

TUGASAN

SEPTEMBER 2014 SEMESTER


KOD KURSUS

EMB 412

NAMA KURSUS

PENGAJARAN KEMAHIRAN MENDENGAR


DAN BERTUTUR DALAM BAHASA MELAYU

PROGRAM

SARJANA MUDA PENDIDIKAN

NAMA PELAJAR

: AHMAD SHAHRUL AMIN B MAT YUSOF

NO. MATRIK

: E30209120620

FASILITATOR
AKADEMIK

PUSAT
PEMBELAJARAN

: TAJ INTERNATIONAL
COLLEGE
IPOH PERAK

Ahmad Shahrul Amin b Mat Yusof


BAHAGIAN A
1.0

Pengenalan
Artikel Tinjauan Interaksi Lisan bahasa Melayu dalam kalangan remaja
Malaysia dari sudut Etnografi Komunikasi ini ditulis oleh Ghazali Lateh dan
Shamsudin Othman dari Universiti Putra Malaysia. Kajian ini memberikan tumpuan
terhadap bentuk-bentuk bahasa yang digunakan oleh sampel kajian dalam interaksi
lisan, kemampuan berbahasa, dan pertimbangan-pertimbangan komunikatif dalam
perbualan formal. Di samping itu kajian ini juga membincangkan aspek kognitif yang
mempengaruhi interaksi lisan sampel kajian. Perbincangan kedua-dua aspek ini
dilaksanakan dalam kerangka teori etnografi komunikasi dan juga teori Relevan.

2.0

Tujuan kajian.
Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti bentuk bahasa yang digunakan
dalam kalangan remaja semasa berinteraksi. Sebagai satu perkara yang melibatkan
bahasa, interaksi tidak terbentuk daripada sepatah perkataan atau satu siri perkataan
semata-mata, tetapi juga melibatkan beberapa unsur seperti kelancaran pertuturan,
kejelasan makna, situasi perbualan, nada suara, dan jarak sosial peserta perbualan.
Dalam kata lain, aspek interaksi lisan mementingkan bukan sekadar aspek linguistik
bahasa, malahan juga aspek-aspek yang melibatkan pragmatik bahasa. Apabila
tujuan interaksi seseorang pengguna bahasa berubah, bentuk bahasa yang digunakan
juga akan turut berubah. Bentuk bahasa untuk meminta pertolongan berbeza
daripada bentuk bahasa yang digunakan untuk memberikan arahan. Oleh itu jelaslah
bahawa lakuan bahasa merupakan sejenis lakuan yang melibatkan pemilihan unsur.
Pengguna bahasa perlu memilih unsur-unsur bahasa yang sesuai dengan pelbagai
pilihan yang ada. Aktiviti lisan juga ada kaitannya dengan aktiviti penulisan.
Keterampilan berbahasa secara lisan dalam kalangan murid akan membantu mereka
memperbaiki kemahiran menulis. Penggunaan penanda wacana dalam aktiviti lisan
akan membantu murid menggunakannya dengan baik semasa menulis. Oleh yang
demikian kajian terhadap penggunaan penanda wacana adalah wajar. Sehubungan
dengan itu, masalah yang sering dihadapi oleh murid semasa bertutur ialah tidak
dapat menyampaikan fikiran dengan berkesan. Hal ini terbukti apabila bertutur
secara spontan, mereka akan menghadapi masalah untuk menyampaikan fikiran

EMB412

Ahmad Shahrul Amin b Mat Yusof


mereka secara jelas dalam konteks yang diharapkan. Tambahan pula latar
masyarakat di negara ini mempunyai etnik yang pelbagai memungkinkan wujud
masalah seperti kedwibahasaan, gangguan, penukaran kod, dan sebagainya (Nik
Safiah 1988).
3.0

Kaedah kajian
Kaedah yang digunakan dalam kajian ini ialah kaedah utama iaitu kaedah lapangan
dan kaedah kepustakaan.
3.1

Kaedah lapangan.
Kaedah lapangan melibatkan pemerhatian terhadap aktiviti-aktiviti ujian

lisan yang dilaksanakan di sekolah-sekolah yang dikenal pasti. Rakaman aktiviti


lisan yang melibatkan aktiviti forum, bercerita, dan wawancara. Kaedah lapangan
dipilih kerana selama ini kajian bahasa lebih bersifat kajian kepustakaan. Menurut
Nor Hashimah (2003:6-7), kajian yang bersifat kering dan serpihan gagal
memberikan teori pada data bahasa Melayu, khususnya semantik bahasa Melayu.
Beliau berpendapat satu cara yang paling berkesan ialah dengan mengemukakan
kajian empiris. Kajian empiris ialah kajian yang menitikberatkan pemerhatian,
penjelasan, dan penghuraian masalah bahasa yang dikaji. Data yang dipilih mestilah
data yang dikutip melalui kerja lapangan, sementara teori yang digunakan mestilah
teori yang mampu menjelaskan segala masalah yang timbul dalam kajian.
3.2

Kaedah Kepustakaan.
Kaedah kepustakaan pula digunakan untuk mencari teori-teori yang berkaitan

dan dapatan-dapatan kajian lampau bagi menyokong kajian ini. Rujukan utama kajian
ini ialah buku-buku tentang analisis wacana yang ditulis oleh pakar-pakar linguistik
tempatan dan mancanegara. Selain itu, bahan-bahan sokongan yang diakses melalui
internet juga akan digunakan sebagai bahan sokongan untuk memperteguh analisis
dalam kajian ini.
4.0

Strategi yang dikenalpasti.


Beberapa strategi dikenalpasti dalam interaksi lisan yang telah dijalankan terhadap
sampel kajian.

EMB412

Ahmad Shahrul Amin b Mat Yusof


4.1

Pengulangan
Sampel kajian menggunakan bentuk pengulangan sesuatu perkataan berdasarkan
beberapa tujuan. Antaranya adalah untuk menguatkan mesej yang cuba disampaikan.
Dengan mengulangi kata atau kalimat untuk beberapa kali, penutur yakin mesej yang
disampaikan dapat diterima dengan baik oleh pendengar. Bentuk pengulangan yang
digunakan dalam ujaran di atas ialah pengulangan urutan, iaitu frasa terakhir dalam
ujaran pertama menjadi pembuka ujaran yang berikutnya. Pengulangan kata dan frasa
akan mendedahkan maklumat dalam fikiran penutur dengan lebih jelas. Di samping itu
pengulangan menunjukkan penutur berada dalam keadaan serius untuk membolehkan
fikirannya difahami. Hal ini telah menepati kehendak ragam atau key dalam prinsip
etnografi komunikasi yang dijadikan kerangka perbincangan kajian ini
4.1.1

Pengulangan kata pembuka ayat.


Bentuk pengulangan kata atau beberapa patah kata ketika memulakan ayat,
terutamanya ayat pertama dalam setiap sesi soal jawab.

4.1.2

Pengulangan urutan dalam ayat.


Pengulangan urutan bertujuan untuk menunjukkan kesinambungan idea dalam
mesej yang dituturkan. Kata atau frasa terakhir dalam ujaran awal menjadi
kata atau frasa pertama dalam ujaran yang berikutnya.

4.1.3

Pengulangan Rawak.
Pengulangan jenis rawak merujuk kepada pengulangan perkataan atau frasa
yang sama dalam mana-mana bahagian dalam sesi interaksi. Pengulangan
jenis ini sifatnya tidak begitu sistematik tetapi sering digunakan oleh penutur
sebagai bentuk bahasa yang digunakan dalam proses interaksi mereka.

4.1.4

Pengulangan kata di tengah-tengah ujaran


Penutur gemar mengulang-ulang satu kata yang tertentu sebagai penekanan
terhadap maklumat berkaitan perkataan berkenaan. Dengan cara mengulangulang kata berkenaan di tengah-tengah ujaran, fokus pendengar dijuruskan
kepada perkataan yang diulang-ulang itu.

4.1.5

Pengulangan Suku kata


Jenis pengulangan ini agak ketara meliputi aktiviti individu seperti wawancara
dan syarahan, serta aktiviti berkumpulan iaitu forum. Ujaran menunjukkan
penutur mengulang-ulang imbuhan awalan me+N sebanyak dua kali sebelum
meneruskan ujarannya.

EMB412

Ahmad Shahrul Amin b Mat Yusof


4.2

Penyoalan Kembali.
Satu lagi bentuk bahasa yang sering digunakan oleh sampel kajian dalam pertuturan
mereka adalah dengan mengemukakan kembali soalan yang diajukan kepada mereka,
sebelum memberikan jawapan sebagai respons kepada soalan tersebut. Bentuk ini jika
dilihat sepintas lalu, perkara yang terserlah ialah ketiadaan perhatian terhadap isu yang
dibicarakan. Namun demikian, jika dilihat dari sudut strategi komunikasi, penyoalan
kembali menampakkan usaha penutur untuk membina satu rantaian maklumat yang
mantap sebelum menjawab sesuatu soalan yang diajukan.

4.3

Penukaran Kod.
Penukaran atau pencampuran kod merupakan satu fenomena berbahasa dalam sesuatu
proses interaksi. Penukaran kod berlaku mengikut situasi, topik, peserta interaksi, dan
juga masa sesuatu interaksi itu berlaku. Peralihan kod memerlukan keupayaan
melahirkan idea dalam ayat atau ujaran dengan mencampurkan dua bahasa.

4.4

Hentian
Tindakan berdiam seketika juga mungkin ada kaitan dengan perkataan yang dikodkan
fikiran merupakan sesuatu yang bersifat halus atau merupakan sesuatu yang penuh
dengan pantang larang. Bahkan berdiam juga berkemungkinan berlaku apabila penutur
kehilangan kata-kata disebabkan faktor psikologi atau emosi. Dalam interaksi lisan
remaja, tindakan mendiamkan diri sebenarnya mem-punyai tujuan yang tertentu.
Tujuan tersebut dalam dikesan setelah proses interaksi disambung dengan perkataanperkataan yang lahir selepas tempoh seseorang sampel kajian tersebut mendiamkan
diri.

4.5

Penggunaan Peribahasa.

Peribahasa merupakan satu wadah yang digunakan oleh masyarakat Melayu


dalam menyampaikan sesuatu maksud dengan cara yang halus, tersusun, dan
indah. Secara umum, peribahasa berfungsi sebagai satu media untuk
menyampaikan mesej tertentu yang melambangkan keupayaan berbahasa
Melayu seseorang penutur. Peribahasa itu sendiri sebenarnya turut
melambangkan adab sopan dan budi bahasa ketika berinteraksi.
4.6

Bunyi Bukan Verbal


Bunyi-bunyi yang dapat dikesan dalam kajian ini tidak menampakkan makna seperti
backchannel dalam bahasa Inggeris. Dalam interaksi lisan bahasa Melayu, wujud
unsur bunyi sedemikian terutama bagi penutur yang tidak begitu lancar. Malah ada

EMB412

Ahmad Shahrul Amin b Mat Yusof


juga penutur yang telah sebati dengan penghasilan bunyi-bunyi ini dan telah menjadi
satu gaya pengucapan mereka. Bagi sampel kajian, penggunaan bunyi bukan verbal ini
memungkinkan pelbagai implikasi terhadap keterampilan interaksi lisan mereka.

4.7

Pemilihan Kata Sapaan dan Nama Rujukan.


Dalam memilih kata sapaan, didapati sampel yang menjadi subjek kajian tidak
menghadapi sebarang masalah. Hal ini demikian kerana tidak terdapat sebarang
kejanggalan dalam penggunaan kata sapaan mahupun nama rujukan dalam kalangan
sampel . Dalam interaksi dengan guru, sampel menggunakan kata sapaan cikgu
secara spontan sebagai strategi kesopanan. Walaupun dalam budaya tempatan, amalan
menggunakan kata sapaan ini dianggap sebagai satu perkara yang lazim, namun
penggunaan ini turut membuktikan sampel menggunakan dengan baik dalam pelbagai
bentuk interaksi. Penggunaan kata sapaan dalam kalangan sampel yang menjadi subjek
kaji tidak menampakkan sebarang masalah. Rata-rata sampel dapat menggunakan kata
sapaan atau sistem panggilan yang betul dalam interaksi lisan mereka.

4.8

Penggunaan Ucap Selamat.


Berdasarkan kajian,interaksi lisan secara formal menggunakan ucap selamat yang
bersesuaian. Data menunjukkan sampel tidak meninggalkan ucapan selamat dalam
setiap model pengujian yang dilaksanakan. Dalam hubungan ini, jika dilihat dari sudut
etnografi komunikasi, penggunaan ucap selamat merupakan sebahagian daripada
komponen urutan lakuan dalam sesuai proses interaksi lisan.

4.9

Bahasa Melayu Tinggi.


Satu lagi komponen kesantunan yang dapat dikesan dalam kajian ini ialah wujudnya
unsur kehalusan bahasa. Kehalusan bahasa dalam interaksi bermaksud penutur
menggunakan istilah-istilah atau frasa-frasa yang tertentu untuk mewakili sesuatu
konsep yang lain. Dalam kajian etnografi, hal ini dianggap sebagai peraturan interaksi.
Sesuatu kelompok etnik memiliki garis panduan kehalusan bahasa yang tersendiri.

4.10

Dia orang sebagai Kata Ganti Diri Ketiga.

Penggunaan unsur tersebut bukanlah sesuatu yang gramatis kerana dalam


interaksi lisan yang formal, setiap kata yang digunakan mestilah baku. Frasa
dia orang merupakan bahasa harian atau bahasa basahan yang digunakan
dalam situasi tidak formal.

EMB412

Ahmad Shahrul Amin b Mat Yusof


BAHAGIAN B
Mendengar dan bertutur merupakan satu daripada unsur komunikasi yang tertua,
terpenting dan paling kerap digunakan. Namun sebagai kemahiran dalam pembelajaran
bahasa, mendengar dan bertutur merupakan bahagian yang paling kerap diabaikan. Mendengar
dan bertutur merupakan kemahiran yang utama dan pertama dikuasai oleh kanak-kanak.
Dalam proses pemerolehan bahasa kanak-kanak didapati bahawa sebelum perkataan atau
bunyi pertama keluar dari mulut bayi, bayi itu telah terdedah lebih dahulu kepada bunyi
bahasa dan bukan bahasa secara sengaja atau tidak sengaja.Hal ini bermakna bahawa
mendengar dan bertutur merupakan asas kemahiran berbahasa. Salah satu sebabnya ialah
mendengar merupakan suatu kemahiran yang paling awal muncul berbanding dengan
kemahiran-kemahiran yang lain. Dari segi urutannya dapat dikatakan bahawa kanak-kanak
akan mendengar lebih dahulu daripada bertutur, bertutur lebih dahulu daripada membaca dan
membaca lebih dahulu daripada menulis (Asmah Haji Omar, 2004).
Kemahiran berbahasa seperti mendengar, bertutur, membaca dan menulis dapat
dibahagikan kepada dua jenis kemahiran komunikasi. Kemahiran mendengar dan membaca
dianggap sebagai kemahiran menerima komunikasi, manakala kemahiran bertutur dan menulis
dikelompok sebagai kemahiran menyampaikan komunikasi. Kemahiran mendengar dan
bertutur menggunakan media lisan (audio-oral), sementara kemahiran menulis dan membaca
menggunakan media tulisan (visual grafik). Kemahiran mendengar secara berkesan dapat
mewujudkan suasana berkomunikasi yang baik dengan penyaluran mesej secara dua hala dan
menghasilkan persefahaman secara optimum. Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran
bahasa, pelajar perlu menguasai kemahiran mendengar supaya membolehkan mereka
menguasai kandungan mata pelajaran yang disampaikan oleh guru dalam pengajarannya.
Keupayaan mendengar yang baik juga satu kelebihan terutamanya bagi memastikan proses
pembelajaran dan pengajaran berlangsung dengan lancar.
Kemahiran bertutur pula merupakan kemahiran lisan yang amat penting, sama ada
dalam situasi formal atau tidak formal. Kemahiran ini penting bagi seseorang itu dalam
hubungannya dengan orang lain. Pertuturan yang diadakan lazimnya membawa maksud
tertentu. Menurut Roselan Baki (2006), manusia bercakap untuk tujuan-tujuan tertentu seperti
keseronokan, tujuan memaklumkan sesuatu, tujuan mempengaruhi dan tujuan menyelesaikan
masalah. Keupayaan menuturkan sesuatu bahasa itu dapat mempercepatkan pemahaman
EMB412

Ahmad Shahrul Amin b Mat Yusof


pelajar, terutama yang berkaitan dengan komunikasi interpersonal. Pengajaran dan
pembelajaran kemahiran ini memerlukan pendekatan yang sesuai terutama apabila berhadapan
dengan kumpulan pelajar yang berlainan, seperti keperluan bagi mempelajari bahasa pertama
ataupun bahasa kedua.
Penguasaan bahasa untuk berkomunikasi merupakan matlamat pengajaran bahasa di
sekolah. Untuk mencapai penguasaan bahasa pada tahap yang paling tinggi ini guru harus
memberi penekanan yang sama rata terhadap keempat-empat kemahiran berbahasa, iaitu
mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Dari segi amalannya, guru lebih menitikberatkan
pengajaran dan latihan pembacaan dan penulisan, pada hal aspek ini tidak begitu banyak
dilakukan oleh pelajar berbanding aspek mendengar dan bertutur. Amalan sedemian tidak
wajar kerana pengajaran dan latihan pendengaran diutamakan dan diberikan asas yang kukuh
sebelum pelajar-pelajar diajar bertutur, membaca dan menulis.Kemahiran mendengar dan
bertutur ini sangat penting dan kepentingan aspek ini tidak dapat dipertikaikan lagi kerana
apabila seseorang itu berkomunikasi, dia sebenarnya melakukan aktiviti mendengar dan
bertutur iaitu satu proses dua hala. Aspek ini memang diketahui oleh guru-guru, tetapi apabila
mereka mengajar aspek lisan di dalam kelas ternyata kebanyakan guru lebih memberikan
penekanan terhadap kemahiran bertutur sahaja.Kemahiran mendengar dan bertutur jarangjarang ditekankan di dalam pengajaran dan pembelajaran kerana guru lebih mementingkan
kemahiran menulis dan membaca. Jika kemahiran tersebut diajarkan pun, guru tidak
menggunakan kaedah dan teknik yang sesuai. Kebanyakan guru mengajarkan kemahiran
tersebut dengan cara menyuruh pelajar-pelajar mendengar penerangan guru atau bacaan rakan
di dalam kelas.
Pengajaran kemahiran mendengar dan bertutur ini amat penting dan tidak patut
diabaikan terutamanya kepada bukan penutur jati. Menurut Abdul Aziz Abdul Talib (2000)
dan Zulkifley Hamid (2005), sebagai penutur natif, pelajar-pelajar Melayu tidak menghadapi
banyak masalah dalam menguasai kemahiran itu sebab mereka sudah biasa menggunakannya
dalam pertuturan harian.Namun, mereka sering menghadapi kesukaran dalam menuturkan
wacana ataupun tajuk perbincangan yang memerlukan pengorganisasian idea supaya kelihatan
tersusun dan mudah difahami. Masalah utama yang dihadapi oleh bukan penutur jati pula
adalah faktor gangguan bahasa ibunda. Bagi Kamarudin Husin (1999), pelajar-pelajar bahasa
kedua yang sudah dewasa adalah sukar untuk membetulkan kesalahan sebutan bunyi bahasa,
EMB412

Ahmad Shahrul Amin b Mat Yusof


disebabkan oleh faktor sifat fizikal manusia dan gangguan dari kebiasaan bahasa ibunda
pelajar. Masalah ini semakin meruncing lebih-lebih lagi jika pelajar tersebut mendapat
pendidikan awal daripada sekolah rendah jenis kebangsaan.
Punca utama guru kurang menekankan dua kemahiran itu disebabkan pelajar tidak
suka memberi pendapat secara lisan akibat penguasaan kosa kata yang kurang dan tidak yakin
diri. Pelajar pula menganggap guru tidak memperuntukkan masa yang secukupnya untuk
mengajar dua kemahiran itu dan lebih memfokuskan kemahiran menulis dan membaca.
Sebenarnya punca-punca tersebut saling berkait, iaitu sikap guru yang mengabaikan
kemahiran mendengar dan bertutur dalam pengajaran dalam bilik darjah menyebabkan pelajar
tidak yakin untuk memberi pendapat secara lisan.
Dari perspektif guru, masalah utama pengabaian tersebut timbul berikutan kursuskursus tentang dua kemahiran itu jarang diadakan oleh KPM (Kementerian Pelajaran
Malaysia) selain mereka menghadapi hambatan peperiksaan. Di pihak pelajar, mereka
menghadapi masalah gangguan bahasa ibunda. Mereka sentiasa berfikir dalam bahasa ibunda
supaya memahami pengajaran guru. Keadaan ini berkait rapat dengan faktor ahli keluarga dan
rakan-rakan sebaya yang cenderung bertutur dalam bahasa ibunda dengan mereka. Oleh itu
mereka rasa lebih selesa untuk berfikir dan bertutur dalam bahasa mereka. Malahan mereka
hanya menjawab dalam Bahasa Melayu apabila disoal oleh guru Bahasa Melayu.
Akibat pengabaian pengajaran kemahiran mendengar dan bertutur, para pelajar tidak
mampu memberi pendapat secara lisan, tidak boleh berfikir secara kreatif dan tidak menguasai
kebolehan bertutur secara spontan. Mereka lebih suka menjadi pendengar pasif dalam bilik
darjah. Keadaan ini turut menjejaskan kemahiran berfikir dan interpersonal para pelajar
sehingga potensi, bakat dan kebolehan mereka tidak dapat dikembangkan kerana gagal
menguasai kemahiran bertutur yang berkesan.Badan Perancang Kurikulum di bawah
Kementerian Pelajaran Malaysia sebenarnya telah merangka pelbagai kemahiran serta kaedah
yang bertepatan dalam sukatan pelajaran untuk merealisasikan aspirasi negara. Oleh itu, guru
bahasa haruslah peka dan prihatin dengan peranan masing-masing. Mereka sepatutnya
bertindak sebagai fasilitator yang membimbing, mengasah dan menajamkan kemahiran
mendengar dan bertutur para pelajar. Rasionalnya, ia dapat membentuk serta membina
keterampilan para pelajar dalam berkomunikasi, malahan memupuk pemikiran kritis mereka
dalam membuat penilaian atau kesimpulan tentang sesuatu perkara yang didengar. Kemahiran
EMB412

Ahmad Shahrul Amin b Mat Yusof


ini amat penting bagi menyediakan para pelajar dalam hubungan sosial dengan individu dan
interaksinya dalam masyarakat. Pendek kata, melalui kemahiran ini guru bukan sahaja
memenuhi keperluan pendidikan di peringkat persekolahan tetapi sebagai persediaan kepada
pelajar apabila mereka menceburi bidang pekerjaan kelak.
Kepentingan kemahiran interpersonel ini diperkukuhkan lagi dengan pendapat J.
Hayers (2002) yang mendapati bahawa kemahiran interpesonal penting untuk memperoleh
pekerjaan yang stabil serta amat diperlukan oleh majikan. A.J. Dubrin (2004) pula
menyarankan supaya semua graduan universiti memiliki kemahiran komunikasi lanjutan.
Kajian beliau telah mempengaruhi sistem pendidikan di Amerika Syarikat dengan peningkatan
komponen kemahiran lisan yang berkesan. Dalam pada itu, S. Fritz (2005) pula mengenal
pasti bahawa kebolehan berkomunikasi yang baik adalah kemahiran yang bermanfaat dalam
menjalin hubungan antara manusia, selain membentuk gaya kepimpinan yang tinggi. Untuk
mengatasi masalah ini, pihak pentadbir selain guru haruslah memainkan peranannya. Usaha
pemantauan serta tindakan susulan haruslah dilakukan dari semasa ke semasa agar pengajaran
komponen ini tidak terus diabaikan. Pihak pentadbir juga boleh menyediakan modul-modul
yang lengkap tentang perkaedahan serta teknik pengaplikasian untuk menjanakan kemahiran
mendengar dan bertutur ini dalam bilik darjah. Kursus-kursus berupa inhouse training dengan
menjemput tenaga profesional dari luar boleh diadakan.
Dengan cara ini guru-guru akan mendapat motivasi dan pendedahan yang secukupnya,
seterusnya tiada alasan untuk mengabaikan komponen penting ini dalam pengajaran bahasa.
Kajian tindakan atau kajian kes boleh dilakukan oleh guru untuk membuat refleksi diri tentang
pengajaran kemahiran ini di dalam kelas. Selepas sesuatu kajian kes dilakukan, seseorang guru
itu lebih sedar tentang keperluan dan minat mereka untuk menguasai kemahiran ini. Guru juga
akan lebih prihatin akan kehendak pelajarnya dan sedar akan kelemahan dirinya dan
menggunakan strategi yang sesuai untuk pengajaran komponen kemahiran ini.
Strategi pengajaran yang berbeza dengan pelajar yang berbeza tahap pemikiran dan
latar belakang demografinya mempengaruhi cara pelajar belajar, terutamanya dalam kalangan
pelajar lemah ataupun pelajar bukan Melayu yang mempelajari Bahasa Melayu sebagai bahasa
kedua. Aspek pendidikan dan latihan guru Bahasa Melayu di universiti ataupun di institusi
pendidikan guru perlu dimantapkan. Ini boleh dilakukan dengan memberi pendedahan
secukupnya kepada guru tentang kaedah atau strategi pengajaran terkini seperti strategi
EMB412

Ahmad Shahrul Amin b Mat Yusof


koperatif, masteri, konstruktivisme, kontekstual, pengajaran berasaskan pengalaman,
pengajaran berpandukan teknologi dan lain-lainyang boleh membantu pengajaran komponen
kemahiran ini di dalam kelas.Pihak kementerian serta jabatan juga harus sedar dan
memberikan kerjasama dari sudut kewangan, sumbangan khidmat nasihat serta tenaga
profesional yang diperlukan. Seterusnya penyediaan bilik darjah yang lebih kondusif dengan
alatan multi media membantu meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran kemahiran
ini. Dengan kerjasama dari semua pihak,kemahiran tersebut akan terlaksana dan akan dapat
merealisasikan hasrat untuk melahirkan insan yang berketerampilan, seimbang jasmani dan
rohani.

BAHAGIAN C
1. Pengenalan.
Murid-murid sekolah rendah merupakan aset negara pada masa hadapan bagi
meneruskan kesinambungan bangsa dalam memajukan negara menjelang Wawasan 2020.
Walau bagaimanapun, wujudnya jurang pemisah dalam membangunkan generasi muda
dalam keseimbangan potensi individu. Kemahiran berbahasa merupakan isu yang penting
dalam bidang pengajaran dan pembelajaran di sekolah sejak dahulu lagi. Isu yang pernah
diperkatakan adalah tentang terdapatnya sebilangan murid sekolah rendah yang masih
tidak menguasai kemahiran berbahasa.Walaupun mereka telah menjalani sesi persekolah
selama enam tahun. Satu faktor yang menyebabkan kelemahan tersebut berlaku adalah
kerana pelajar tidak mendapat peluang mendirikan asas berbahasa yang kukuh.
Mendengar merupakan aktiviti rutin bagi semua manusia. Sama ada kita suka atau
tidak, kita akan terus mendengar kerana alat pendengaran manusia berfungsi tanpa had.
Justeru, keupayaan mendengar bagi pelajar sekolah perlu dieksplotasi sebaik mungkin agar
mereka akan menguasai kemahiran mendengar. Namun demikian, pengajaran kemahiran
mendengar bukanlah sesuatu yang mudah kerana terdapat banyak faktor yang
mempengaruhi penguasaan kemahiran mendengar. Antaranya adalah perubahan respon.
Dalam satu perbualan yang melibatkan beberapa orang penutur, perubahan respon yang
berbeza antara seseorang individu dengan individu yang lain boleh mengganggu

EMB412

10

Ahmad Shahrul Amin b Mat Yusof


pendengaran. Dengan kata lain, setiap penutur menegakkan idea masing masing tanpa
berfokus kepada topik yang diperkatakan.
Pemerhatian ringkas yang dijalankan di sekolah saya iaitu di Sekolah Kebangsaan
Raja Muda Musa,Kuala Kangsar, Perak ternyata dapat dilihat pengabaian pengajaran
kemahiran mendengar dan bertutur, walaupun tidak terlalu ketara dan tidak secara sedar,
namun memberi kesan terhadap pencapaian murid-murid dari segi kemahiran lisan
mereka.Dari segi amalannya, guru lebih menitikberatkan pengajaran dan latihan
pembacaan dan penulisan, pada hal aspek ini tidak begitu banyak dilakukan oleh pelajar
berbanding aspek mendengar dan bertutur. Amalan sedemikian tidak wajar kerana
pengajaran dan latihan pendengaran diutamakan dan diberikan asas yang kukuh sebelum
pelajar-pelajar diajar bertutur, membaca dan menulis.Kemahiran mendengar dan bertutur
ini sangat penting dan kepentingan aspek ini tidak dapat dipertikaikan lagi kerana apabila
seseorang itu berkomunikasi, dia sebenarnya melakukan aktiviti mendengar dan bertutur
iaitu satu proses dua hala. Aspek ini memang diketahui oleh guru-guru, tetapi apabila
mereka mengajar aspek lisan di dalam kelas ternyata kebanyakan guru lebih memberikan
penekanan terhadap kemahiran bertutur sahaja.Kemahiran mendengar dan bertutur jarangjarang ditekankan di dalam pengajaran dan pembelajaran kerana guru lebih mementingkan
kemahiran menulis dan membaca. Jika kemahiran tersebut diajarkan pun, guru tidak
menggunakan kaedah dan teknik yang sesuai. Kebanyakan guru mengajarkan kemahiran
tersebut dengan cara menyuruh pelajar-pelajar mendengar penerangan guru atau bacaan
rakan di dalam kelas.
2. Kepentingan pengajaran kemahiran mendengar dan bertutur
Kemahiran mendengar sangat penting dalam kehidupan kerana kemahiran
mendengar adalah asas kepada proses komunikasi. Interaksi dua hala akan terganggu
berlaku apabila salah seorang gagal mendengar dengan baik. Kemahiran mendengar
adalah kebolehan bahasa yang mula-mula sekali bagi kanak-kanak. Sebaik sahaja organ
pendengaran kanak-kanak sudah terbentuk di dalam kandungan ibu mereka sudah mula
mendengar. Bayi yang baru lahir akan bertindak balas terhadap bunyi-bunyi yang berbeza
di sekitarnya, dan mereka akan ditenteramkan oleh bunyi-bunyi yang biasa didengarnya
ketika dalam kandungan ibunya. Lebih dari itu, mendengar adalah asas kepada kemahiran
bahasa yang lain iaitu bertutur, membaca, dan menulis.Keduanya, mendengar adalah
EMB412

11

Ahmad Shahrul Amin b Mat Yusof


kemhairan bahasa yang paling kerap digunakan oleh manusia. Lundsteen (1979) membuat
persamaan berikut untuk menegaskan kepentingan mendengar, iaitu dalam sehari kita
mendengar sama banyak dengan sebuah buku, kita bertutur bersamaan sebuah buku
seminggu, kita membaca bersamaan sebuah buku sebulan kita menulis bersamaan sebuah
buku setahun.
Di sebalik kepentingannya, kemahiran mendengar adalah kemahiran yang
diabaikan. Proses pengajaran dan pembelajaran di kelas sangat kurang menitikberatkan
kemahiran ini dan guru lebih tertumpu kepada mengajar kemahiran membaca dan menulis.
Objektif pengajaran kemahiran bertutur dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu (KBSR)
adalah untuk membolehkan murid-murid bertutur dan mengeluarkan buah fikiran dengan
menggunakan bahasa yang sesuai dalam berbagai-bagai keadaan perhubungan seperti
perbualan dengan rakan-rakan, guru, ibu bapa dan sebagainya serta dalam aktiviti
perbahasan, syarahan dan lain-lain. Dalam menguasai kemahiran tersebut, guru haruslah
memastikan supaya murid boleh bertutur dalam Bahasa Melayu dengan betul dari segi
sebutan, intonasi serta menggunakan perkataan dan ayat dengan tepat.
Pengajaran dan pembelajaran bertutur haruslah membolehkan murid:
a)
b)
c)
d)
e)
f)
g)
h)
i)

menyebut dengan jelas


menyampaikan atau melahirkan pendapat peribadi
melaporkan peristiwa dan memberi sesuatu huraian dengan tepat
memberi penerangan dan member alasan
menunjukkan arah
membina soalan untuk mencari maklumat
bertemu ramah
bertukar-tukar pendapat dan maklumat
bertutur menggunakan bahasa yang tepat dan sesuai dengan pendengar dan
situasi bertutur secara bertatasusila
Sehubungan dengan itu, sukatan pelajaran telah mencadangkan beberapa
kemahiran kecil dalam kemahiran bertutur yang perlu dikuasai terlebih
dahulu seperti dalam rajah yang berikut:

EMB412

12

Ahmad Shahrul Amin b Mat Yusof

Rajah 1.2.1: Kemahiran Bertutur


a. Masa yang diperuntukkan
Faktor peruntukan waktu dalam kalangan guru yang mengendalikan
kemahiran mendengar dan bertutur juga turut perlu dikaji . Dapatan kajian yang
diperolehi menunjukkan bahawa tidak terdapat hubungan yang signifikan
antara jam mengajar guru dengan kemahiran mendengar dan bertutur . Kajian
mendapati kebanyakan guru hanya memperuntukkan 1 hingga 2 jam seminggu
bagi mengendalikan pengajaran untuk kemahiran mendengar dan bertutur.
Pengajaran juga dijalankan secara tidak langsung dan kurang diberi penekanan.
Guru lebih mementingkan aspek bacaan dan penulisan disebabkan lebih
berorientasikan peperiksaan di mana guru lebih menekankan cara menjawab
soalan kertas 2 penulisan dan pemahaman terutama bagi murid-murid Tahap 2
yang akan menghadapi peperiksaan UPSR.
Peruntukan masa yang begitu sedikit iaitu 1 hingga 2 jam seminggu
(18.0%) mendatangkan kesan kepada kemahiran lisan murid-murid. Dapatan
pemerhatian yang dijalankan memberi gambaran kepada kita bahawa faktor
peruntukan waktu dalam pengajaran dan pembelajaran kemahiran lisan di
dalam kelas adalah penting. Semakin lama masa guru diberikan kepada murid ,
maka semakin mudah mereka menguasai kemahiran mendengar, bertutur dan
memahami. Sebagai rumusannya dapatlah dikatakan bahawa masa pengajaran
bagi kemahiran lisan mendengar dan bertutur perlu ditambah oleh guru bahasa
Melayu supaya lebih seimbang dengan kemahiran membaca dan menulis dalam
bahasa Melayu.
b. Kaedah mengajar kemahiran mendengar dan bertutur yang digunakan di
kelas

EMB412

13

Ahmad Shahrul Amin b Mat Yusof


Pendekatan yang sesuai digunakan di kelas dalam kemahiran membaca
ini ialah pendekatan komunikatif. Pendekatan ini mengutamakan kecekapan
berkomunikasi .Pengajaran bahasa mestilah merangkumi kecekapan bahasa
yakni penguasaan sistem tatabahasa serta kecekapan berkomunikasi, kecekapan
yang pertama membolehkan seseorang murid menguasai struktur bahasa yang
tepat bagi menyampaikan mesej kepada khayalaknya. Dalam hal ini, proses
kemahiran mendengar juga pnting untuk menerima maklumat yang telah
dituturkan oleh penutur. Kecekapan yang kedua membolehkan murid tersebut
menggunakan bahasa yang sesuai dengan khalayak yang dihadapinya.
Pengajaran dimulakan dengan latihan menggunakan struktrur bahasa yang tepat
dan sesuai dengan sesuatu aktiviti komunikasi yang dipilih oleh guru .
Pendekatan induktif dan deduktif digunakan dalam latihan ini.Kemudian
murid- murid akan melibatkan diri dalam aktiviti berkomunikasi atau
berinteraksi bagi membolehkan mereka menggunakan struktur ayat yang
dilatih. Kaedah audio lingual merupakan kaedah pengajaran yang dicadangkan
berdasarkan pendekatan komunikatif. Kaedah audio-lingual ini menggunakan
alat-alat rakaman bagi tujuan memudahkan murid menjalankan latihan bahasa,
khasnya latihan mendengar dan bertutur secara intensif. Kaedah pengajarani ni
berlandaskan prinsip-prinsip berikut:
i.
ii.
iii.

Bahasa adalah alat pertuturan bukan penulisan


Bahasa merupakan satu kebiasaan atau kelaziman;
Murid mestilah diajar untuk menggunakan bahasa bukan diajar tentang

iv.
v.

pengetahuan bahasa
Bahasa ialah apa yang dituturkan oleh penutur natif
Bahasa berbeza antara satu sama lain.
Sebelum murid menguasai pertuturan, murid perlu menguasai

kemahiran mendengar terlebih dahulu. Hal ini kerana murid perlu mendengar
dengan teliti apa yang telah dituturkan oleh guru. Kaedah ini juga beranggapan
bahawa pengajaran kemahiran bertutur merupakan proses untuk membentuk
kelaziman pertuturan murid.
Oleh yang demikian, kaedah ini mengutamakan penggunaan bahasa,
justeru bahan sama ada yang digunakan atau diperdengarkan perlu mengambil
EMB412

14

Ahmad Shahrul Amin b Mat Yusof


contoh bahasa yang dipertuturkan oleh penutur natif bahasa berkenaan. Selain
itu juga,unsur-unsur bahasa asing yang berbeza dengan bahasa natif akan
dilatihtubikan secara intensif supaya murid dapat membiasakan dirinya dengan
kemahiran bahasa berkenaan dengan lebih mudah. Di samping itu, kaedah ini
juga membolehkan murid memahami kebudayaan asing melalui amalan bahasa,
iaitu melalui kemahiran bertutur. Untuk memastikan kaedah ini berjaya
dilaksanakan, guru boleh mengatur langkah-langkah pengajarannya seperti
berikut:
i.
ii.
iii.
iv.

Murid mendengar dialog dalam bahasa asing


Murid meniru dan menghafal dialog tersebut
Setelah menguasai sebutan, murid dilatih tubi untuk berdialog
Apabila murid telah dapat menghasilkan struktur ayat, guru memberi
rumus-rumus ataupun peraturan struktur ayat yang dipelajari itu.
Kaedah ini berjaya menghasilkan murid yang mahir dalam kemahiran
mendengar. Kaedah ini juga dianggap sesuai dengan kanak-kanak kerana
mereka suka meniru dan menghafaz. Sebelum meniru dan menghafaz, kanakkanak perlu menguasai kemahiran mendengar terlebih dahulu.
Pendekatan Pengajaran Kemahiran Bertutur ada dua jenis pendekatan
sahaja, pendekatan situasi dan pendekatan komunikatif. Ini kerana kedua-dua
jenis pendekatan ini amat berkaitan dengan proses pengajaran dan pembelajaran
kemahiran lisan (bertutur dan mendengar) dalam bilik darjah. Pendekatan situasi yang
mementingkan penyebutan unsur-unsur bunyi bahasa atau kecekapan bahasa
(tatabahasa); manakala pendekatan komunikatif mengutamakan

kecekapan

komunikatif, iaitu ketepatan penggunaan bahasa mengikut konteks penggunaannya


dalam interaksi pertuturan.

1.4.1

Pendekatan Situasi
Pendekatan situasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang

diperkenalkan oleh Mackey (1965), antara lain menegaskan bahawa pernyataan lisan
itu merangkumi semua unsur kefahaman mendengar dan penggunaan unsur-unsur
bunyi bahasa yang betul dalam pola, nada dan intonasi tertentu. Pernyataan lisan ini
juga meliputi aspek pemilihan kata-kata dan unsur-unsur infleksi yang disusun dengan betul
EMB412

15

Ahmad Shahrul Amin b Mat Yusof


supaya tergambar juga makna-makna yang betul mengenainya. Tegasnya, pendekatan
situasi yang berlandaskan teori struktural dan teori pembelajaran behaviouris yang
beranggapan bahawa untuk membolehkan seseorang itu menguasai kemahiran lisan
(khasnya bertutur), terlebih dahulu daripada beberapa kemahiran asas yang lain. Antara
lain, menguasai kemahiran membuat tanggapan, mengingat, membunyikan perkataan dan juga
aspek struktur bahasa berkenaan. Hal ini demikian kerana melaluinya aspek penggunaan dan
penguasaan bahasa secara lisan dapat diperbaik dari semasa ke semasa. Oleh yang
demikian, pendekatan situasi mestilah berlandaskan prinsip pengajaran contohnya guru
perlulah memberi peneguhan kepada setiap satu gerak balas murid yang betul supaya
gerak balas itu diulangi lagi.
1.4.2 Pendekatan Komunikatif
Pendekatan ini m elihat bahasa sebagai alat perhubungan yang menunjukkan
makna dan penggunaan bahasa memainkan peranan penting. (Drumfit & Johnson,
1985). Ciri-ciri penting dalam pendekatan komunikatif yang pertama ialah aspek
makna sangat diutamakan. Kedua, sekiranya dialog digunakan dalam pengajaran,
fungsi atau peranan komunikatif dialog itu hendaklah diutamakan dan bukan dilakukan
untuk dihafaz. Ketiga, konteks dan situasi penggunaan bahasa amat dipentingkan.
Keempat, pembelajaran bahasa merupakan pembelajaran untuk berhubung dan
kemahiran bahasa dianggap sebagai kemahiran sosial. Kelima, bahan-bahan
pembelajaran yang dipilih hendaklah bersesuaian dengan situasia atau simulasi dalam
aktiviti pengajaran. Keenam, stimulus atau aktiviti pembelajaran hendaklah
menggalakkan atau memberangsangkan murid-murid bercakap dan berkomunikasi,
ataupun menggunakan bahasa dalam pelbagai keperluan berkomunikasi. Ketujuh,
keupayaan berkomunikasi dengan menggunakan bahasa secara betul dan berkesan
ialah matlamat pendekatan komunikatif.
1.4.2

Kaedah Pengajaran Kemahiran Mendengar dan Bertutur


Setelah diteliti, didapati bahawa hanya lima daripada tujuh kaedah yang dikemukakan
untuk pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu yang sesuai digunakan untuk
kemahiran mendengar dan bertutur. Kelima-lima kaedah tersebut ialah seperti dalam
rajah yang berikut:

EMB412

16

Ahmad Shahrul Amin b Mat Yusof

Rajah 1.4.2: Kaedah Pengajaran Kemahiran Bertutur


Kaedah terus merujuk kepada pengajaran dan pembelajaran untuk menguasai bahasa
pertama secara natural. Kaedah ini juga bermaksud belajar secara terus, iaitu menggunakan
terus bahasa sasaran tanpa terjemahan ke dalam bahasa ibunda. Sehubungan itu, kemahairan
mendengar dan bertutur turut diutamakan kerana perkataan yang diajarkan adalah perkataan
yang diganakan sehari-hari.Kaedah Fonetik atau linguistik pula ialah kaedah yang juga
dikenali sebagai kaedah lisan atau reform dan berkait rapat dengan kaedah terus. Pengajaran
berdasarkan kaedah ini dimulakan dengan latihan pendengaran dan kemudian diikuti dengan
latihan penyebutan. Latihan penyebutan tersebut dimulakan dengan penyebutan bunyi,
perkataan, frasa dan ayat.
Kaedah Elektik pula didapati mengambil ciri-ciri yang baik daripada kaedah lain dan
menggabungkannya. Kaedah yang digabungkan misalnya, ialah kaedah nahu dan kaedah
terjemahan yang diubah suai mengikut situasi dalam pengajaran. kaedah ini turut dikenali
sebagai kaedah aktif kerana gabungan cirri-cri yang baik daripada pelbagai kaedah lain yang
dimilikinya.
Kaedah Audio Lingual pula ialah gabungan dua kemahiran iaitu kemahiran mendenggar
(audio) dan kemahiran bertutur (lingual). Oleh yang demikian kaedah ini amat sesuai untuk
menjalankan aktiviti kemhiran mendenar dan bertutur. Kaedah ini mementingkan penggunaan
bahan bantu belajar berupa alat-alat audio seperti radio, pita rakaman, compact disk (audio)
EMB412

17

Ahmad Shahrul Amin b Mat Yusof


dan piring hitam. Bahan-bahan yang diperdengengarkan kepada murid ialah petikan bunyi
haiwan, bunyi sesuatu suasana misalnya, suasana seram, senikata lagu, nyanyian, petikan
cerita, berita, sajak, pantun, syair dan sebagainya. Melalui pengalaman mendengar etrsebutlah
murid-murid dapat berlatih menyebut perkataan, frasa dan ayat yang didengar termasuk nada
dan intonasinya secara latih tubi.
Kaedah komunikatif pula terbentuk berlandaskan teori huraian bahasa fungsian dan teori
kecekapan komunikatif, manakala teori pembelajarannnya pula berlandaskan teori interaksi.
Kaedah ini mementingkan proses pemerolehan bahasa kanak-kanak yang melibatkan kognitif
dan interaksi bahasa. Oleh itu, kaedah ini amat menitikberatkan pengajaran kecekapan
berbahasa, iaitu tatabhasa dan kecekapan komunikatif khususnya kemahiran mendengar dan
bertutur. Ketika murid melalui proses pemerolehan bahasa, mereka akan menguasai makna
terlebih dahulu sebelumdapat menggambarkan makna tersebut dalam struktur ayat tertentu.
1.5

Penekanan kemahiran mendengar dan bertutur di SK Raja Muda Musa Kuala


Kangsar.
Hasil pemerhatian menunjukkan bahawa penekanan mendengar dan bertutur di SK Raja

Muda Musa,Kuala Kangsar terdapat banyak kekurangan dan kurang diberikan penekanan
dalam kemahiran mendengar dan bertutur dalam kalangan pelajar,terutamanya pelajar bukan
penutur jati. Perbezaan signifikan yang jelas antara penutur jati dan bukan penutur jati hasil
daripada keputusan ujian kemahiran mendengar dan bertutur yang dijalankan.Hambatan
peperiksaan juga merupakan faktor pengabaian pengajaran kemahiran mendengar dan bertutur
kurang diberi penekanan di sekolah ini. Kebanyakan daripada guru-guru Bahasa Melayu
terutamanya guru Tahap 2 lebih berfokuskan soalan-soalan peperiksaan UPSR sebagai
persediaan murid menghadapi peperiksaan tersebut. Kemahiran mendengar dan bertutur yang
langsung tidak diuji dalam peperiksaan awam telah mencetuskan pemikiran kepada guru-guru
untuk meminggirkan kemahiran tersebut dalam pengajaran dan pembelajaran . Selain itu
kesemua guru kurang menampakkan usaha untuk mengadakan sesi kemahiran mendengar dan
bertutur kerana menghadapi masalah kawalan kelas.Apabila dua kemahiran itu diajar,
biasanya keadaan dan suasana dalam bilik darjah akanmenjadi bising kerana komunikasi dan
interaksi guru-pelajar berlangsung. Untuk mengelakkan masalah tersebut, guru mengambil

EMB412

18

Ahmad Shahrul Amin b Mat Yusof


jalan mudah untuk tidak mengadakan aktiviti berkenaan.Sistem pendidikan negara kita yang
berorientasikan peperiksaan menyebabkan guru-guru mengabaikan kemahiran mendengar dan
bertutur. Dua kemahiran ini dianggap boleh dikuasai secara semula jadi dan telah dikuasai
sejak kecil lagi, oleh itu tidak perlu diberipenekanan langsung. Berikutan itu kemahiran
bahasa yang lain, seperti menulis dan membaca, dianggap lebih penting daripada kemahiran
mendengar dan bertutur di sekolah ini. Selain itu penglibatan pasif pelajar juga merupakan
antara masalah berkaitan dua kemahiran ini. guru bersetuju bahawa pelajar tidak suka
memberi pendapat secara lisan. Hal ini timbul kerana mereka tidak yakin dengan kemampuan
mereka menggunakan Bahasa Melayu dengan baik. Di samping itu kesemua guru juga
bersetuju bahawa para pelajar gemar menjadi pendengar pasif dalam pengajaran dan
pembelajaran.Mereka pasif disebabkan tiada keyakinan diri dan tidak mampu menggunakan
kemampuan berfikir. Masalah ini paling banyak dialami oleh penutur bukan jati kerana
pengaruh kuat bahasa ibunda mereka. Mereka lebih gemar dan lebih selesa bertutur dalam
bahasa ibunda, sama ada di rumah mahupun di sekolah. Keadaan itu menyebabkan mereka
menghadapi masalah untuk menyampaikan idea atau pendapat dalam bilik darjah. Namun
begitu,guru yang ditemui menafikan kenyataan bahawa pengabaian dua kemahiran ini
menjejaskan prestasi ujian lisan bagi penutur jati. Hal ini bermakna bahawa pelajar keturunan
Melayu mempunyai tahap penguasaan kemahiran tersebut dengan baik walaupun aspek
tersebut diabaikan.
Untuk mengatasi masalah ini,pada pendapat saya pihak pentadbir selain guru haruslah
memainkan peranannya. Usaha pemantauan serta tindakan susulan haruslah dilakukan dari
semasa ke semasa agar pengajaran komponen ini tidak terus diabaikan. Pihak pentadbir juga
boleh menyediakan modul-modul yang lengkap tentang perkaedahan serta teknik
pengaplikasian untuk menjanakan kemahiran mendengar dan bertutur ini dalam bilik darjah.
Kursus-kursus berupa inhouse training dengan menjemput tenaga profesional dari luar boleh
diadakan. Dengan cara ini guru-guru akan mendapat motivasi dan pendedahan yang
secukupnya, seterusnya tiada alasan untuk mengabaikan komponen penting ini dalam
pengajaran bahasa.
1.6 Pandangan dan amalan guru bahasa Melayu di SK Raja Muda Musa Kuala
Kangsar.
EMB412

19

Ahmad Shahrul Amin b Mat Yusof


Saya telah berkesempatan untuk menemubual dengan tiga orang guru Bahasa Melayu
tahap 2 iaitu Pn Maslina bt Misiran, Pn surana bt Abu Zarin dan Pn Norzalina bt
Zolkifly.Ketiga-tiga orang guru tersebut bersetuju dengan pendapat saya yang menyatakan
bahawa terdapat pengabaian dalam pengajaran kemahiran mendengar dan bertutur sewaktu
pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Kemahiran mendengar dan bertutur kurang
diberi penekanan berbanding dengan dua lagi kemahiran bahasa yang lain yang lebih
dititik beratkan iaitu kemahiran membaca dan menulis. Guru tersebut dapat berbincang
dengan saya dan member pendapat mereka tentang factor-faktor terjadinya masalah
sedemikian dan juga strategi pengajaran yang mereka cuba gunakan untuk meningkatkan
lagi kemahiran mendengar dan bertutur dalam kalangan murid-murid sekolah ini.
Menurut pendapat ketiga-tiga guru tersebut,kebanyakan guru menganggap mengajar
Bahasa Melayu merupakan tugas yang mudah sedangkan timbulnya masalah dalam
merancang dan melaksanakan aktiviti yang melibatkan kemahiran berbahasa dalam
kalangan murid sekolah rendah. Faktor pertama masalah ini ialah melalui faktor
komunikasi . Setiap guru hendaklah mahir dalam berkomunikasi. Guru yang tidak dapat
berkomunikasi dengan baik khususnya mengajar di dalam bilik darjah, sukar bagi
seseorang guru itu menjadikan pengajarannya berkesan terutamanya mengajar kemahiran
lisan. Melalui komunikasi yang baik, seseorang guru itu dapat menyampaikan isi
pelajarannya dengan berkesan, menyebarkan ilmu pengetahuan,maklumat serta tunjuk ajar
yang berkesan kepada murid-murid tanpa menimbulkan sebarang ketidakfahaman murid
mengenai sesuatu pembelajaran tersebut. Kegagalan guru berkomunikasi dengan berkesan
bukan sahaja akan menyebabkan murid-murid lambat menerima sesuatu pembelajaran
tetapi objektif yang dirancang bagi satu sesi pengajaran itu tidak akan tercapai sekaligus
akan menyebabkan timbulnya masalah dalam melaksanakan aktiviti yang melibatkan
kemahiran mendengar,bertutur,membaca dan menulis. Oleh itu, guru hendaklah menyusun
strategi serta teknik yang berkesan agar pembelajaran berinteraksi dalam kelas bersama
murid-murid tidak mendatangkan masalah dan suasana berinteraksi yang berkesan.Adanya
interaksi yang berkesan yang ditonjolkan oleh guru kepada murid-murid. serta terbitnya
perasaan hormat menghormati, saling bantu membantu sesama guru dan murid menjadikan
sesuatu sesi pengajaran menjadi lebih bermakna.

Komunikasi bukan sahaja melalui

percakapan malah, komunikasi juga dapat dizahirkan melalui aktiviti bertulis. Jika mesej
EMB412

20

Ahmad Shahrul Amin b Mat Yusof


yang disampaikan oleh guru dapat difahami oleh murid-murid maka komunikasi berkesan
telah pun berlaku.Ketika guru menulis sesuatu di papan hitam untuk kegunaan muridmurid,maka komunikasi bertulis telah diamalkan. Oleh itu, kemahiran komunikasi amat
penting bagi seorang guru untuk melaksanakan aktiviti yang melibatkan kemahiran
berbahasa dengan adanya suasana pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.Menurut
Pn Surana Abu Zarin, faktor kedua yang menyebabkan timbulnya masalah dalam
merancang dan melaksanakan aktiviti yang melibatkan kemahiran berbahasa ialah faktor
tahap kecerdasan murid. Tahap kecerdasan murid amat berperanan dalam menentukan
keberhasilan pembelajaran seseorang itu. Di dalam kelas mungkin terdapat satu atau dua
orang pelajar yang tergolong dalam kategori murid pintar atau cerdas dan ada juga
golongan murid yang tergolong dalam kategori lemah.Dalam keadaan ini, timbulnya
masalah kepada guru dalam melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran yang
melibatkan aktiviti kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis kerana
mempunyai perbezaaan tahap kecerdasan murid di dalam satu kelas. Bagi murid yang
mempunyai tahap kecerdasan tinggi akan berupaya memahami sesuatu pelajaran itu
dengan cepat manakala berbeza bagi murid yang mempunyai tahap kecerdasan dalam
kategori lemah.Guru perlu memainkan peranan yang penting dalam menentukan kaedah
dan strategi pengajaran yang efektif untuk memaksimakan pencapaian murid-murid.Setiap
guru memerlukan pengetahuan dan kemahiran dalam menyampaikan sesuatu isi pelajaran
kepada murid-murid melalui startegi yang berkesan.Menurut Pn Maslina pula terdapat
anggaran 80% murid sekolah ini yang tidak mampu mengeluarkan pendapat secara
spontan dan tidak suka menjawab soalan pemikiran kreatif dan kritis.Hal ini terjadi kerana
kurangnya penekanan guru terhadap aspek-aspek kemahiran mendengar dan bertutur.
Selain itu, Pn Norzalina bt Zolkifly juga berpendapat, semasa menyediakan strategi
pengajaran dan pembelajaran bagi kemahiran mendengar dan bertutur, guru perlu memberi
pertimbangan aktiviti yang sesuai sebelum, semasa dan selepas kemahiran mendengar dan
bertutur yang diajar. Pengajaran dan pembelajaran kemahiran ini boleh dilaksanakan melalui
pelbagai aktiviti secara terancang bagi mencapai objektif yang telah ditentukan. Guru boleh
merancang strategi pengajaran dan pembelajaran dengan pelbagai cara dan strategi inilah yang
akan menggambarkan perancangan dan perlaksanaan menyeluruh sesuatu agenda yang hendak
EMB412

21

Ahmad Shahrul Amin b Mat Yusof


dilaksanakan.Strategi pengajaran merupakan cara-cara yang digunakan oleh guru untuk mencapai hasil
segera yang maksimum ketika menyampaikan sesuatu pengajaran. Apabila seseorang guru memilih dan
menentukan langkah-langkah pengajaran, cara penyampaian isi kandungan pelajaran dan
bahan bantu mengajar yang sesuai, bermakna guru tersebut sedang memilih dan menentukan
teknik pengajaran yang paling sesuai. Meskipun setiap pendekatan dan kaedah mempunyai
teknik pengajaran yang tertentu, seseorang guru boleh menggabungkan beberapa teknik
pengajaran sesuai sebagai strategi pengajaran kemahiran bahasa yang dipercayainya paling
berkesan. Sebenarnya, terdapat banyak teknik pengajaran kemahiran bertutur yang boleh digunakan oleh
guru untuk mengajar murid bertutur dengan fasih, lancar dan tepat.
Pendekatan dan kaedah kemahiran mendengar dan bertutur juga perlu dijalankan
dengan sempurna oleh setiap guru. Mengikut pendapat ketiga-tiga orang guru yang
ditemubual, pendekatan yang paling sesuai digunakan dalam kemahiran membaca ini ialah
pendekatan

komunikatif.

Pendekatan

ini

mengutamakan

kecekapan

berkomunikasi

.Pengajaran bahasa mestilah merangkumi kecekapan bahasa yakni penguasaan sistem


tatabahasa serta kecekapan berkomunikasi, kecekapan yang pertama membolehkan seseorang
murid menguasai struktur bahasa yang tepat bagi menyampaikan mesej kepada khayalaknya.
Dalam hal ini, proses kemahiran mendengar juga penting untuk menerima maklumat yang
telah ditutrkan oleh penutur. Kecekapan yang kedua membolehkan murid tersebut
menggunakan bahasa yang sesuai dengan khalayak yang dihadapinya. Pengajaran dimulakan
dengan latihan menggunakan struktrur bahasa yang tepat dan sesuai dengan sesuatu aktiviti
komunikasi yang dipilih oleh guru . Pendekatan induktif dan deduktif digunakan dalam latihan
ini.Kemudian murid- murid akan melibatkan diri dalam aktiviti berkomunikasi atau
berinteraksi bagi membolehkan mereka menggunakan struktur ayat yang dilatih.
Oleh demikian, sebarang masalah yang menyebabkan timbulnya masalah dalam
melaksanakan aktiviti yang melibatkan kemahiran berbahasa hendaklah ditangani oleh guru
dengan baik dan teratur supaya tidak akan menganggu proses pengajaran dan pembelajaran di
dalam bilik darjah.Dengan ini,murid akan dapat menguasai kemahiran berbahasa iaitu
kemahiran membaca,menulis,mendengar dan bertutur dengan baik dan berkesan.

EMB412

22

Ahmad Shahrul Amin b Mat Yusof

Bibliografi:
Buku :
Abdul Aziz Talib et. al (1989). Pengajaran dan Pengujian Bahasa. Kuala Lumpur : Direct Art
Compony
Abdullah Hassan. (1986). Linguistik Am Untuk Guru bahasa Malaysia. Petaling
Jaya:Fajar Bakti.

EMB412

23

Ahmad Shahrul Amin b Mat Yusof


Abdullah Hassan. (1987). 30 Tahun Perancangan Bahasa Malaysia. Kuala
Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.
Abdullah Hassan (1997). Bahasa Melayu sebagai Bahasa Ilmu. Kuala
Lumpur:Fajar Bakti.
Arbak Othman (2006). Pelaksanaan Bahasa Kebangsaan :Antara Sedar dengan
Tidak. Dewan Bahasa Jilid 6 Bil 12.
Asmah Hj Omar.(1985). Perancangan Bahasa dan Rujukan Khusus kepada
Perancangan Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Asmah Hj Omar.(2010). Kajian & Perkembangan Bahasa Melayu Edisi
Kedua.Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.
Atan Long(1970). Aktiviti Permulaan Membaca KBSR Tahun Satu. Kuala Lumpur : Dewan
Bahasa dan Pustaka
Azman Wan Chik (ed) (1986). Mengajar Bahasa Malaysia, Jilid 1 : Perkaedahan.Kuala
Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka
Bloomfield, L (1942). Outline Guide For The Practical Study of Foreign LanguageBaltimore.
Linguistic Society of America.
Chall, J.S (1967). Learning to Read : The Grate Debate. New York : Mc Graw Hill Book Co.
Diane Lapp & James Loop (1986). Teaching Student To Read. New York : Collier Macmillan
Publishing.
Ee Ah Meng (1997). Pedagogi II Pelaksanaan Pengajaran. Shah Alam : Fajar Bakti.

EMB412

24

Ahmad Shahrul Amin b Mat Yusof


Kamarudin Hj. Husin (1986). Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa. KualaLumpur :
Kumpulan Budiman
Nik Safiah Karim (ed), (1980). Bahasa Melayu Teori Dan Aplikasi. Kuala Lumpur : Sarjana
Enterprise.
Raminah Hj. Sabran dan Rahim Syam (1987). Kaedah pengajaran Bahasa Malaysia. Petaling
Jaya : Fajar Bakti.
Sofiah Hamid (1983). Pendekatan Mengajar Bacaan Bahasa Malaysia Di Peringkat Sekolah
Rendah. Kuala Lumpur : Utusan Publication And Distrubutors.
Steinberg, D.D (1982). Language, Mind and World. London : Logman
Media Elektronik : Internet
Abdul Rahim b. Abdul Rashid (2002). Kesan Pendekatan Pengajaran Sistematik Terhadap
Peningkatan Penguasaan Perbendaharaan Kata Dan Pemahaman Murid-Murid Yang
Menghadapi

Masalah

Di

Sekolah

Rendah

Luar

Bandar.http://www2.moe.gov.my/~mpp/Rahim.htm
(12 Oktober 2002)
Sk. Mohd. Sawpi Lawi (2002). Faktor-faktor Psikolinguistik Dalam Penguasaan Kemahiran
Membaca. www.geocities.com/penyelidikanm4p/sawpi.htm
(12 October 2002)

EMB412

25

Ahmad Shahrul Amin b Mat Yusof

EMB412

26