Anda di halaman 1dari 8

TEKS PENGACARA MAJLIS

KEMPEN CARI, HAPUSKAN AEDES DAN ELAKKAN DEMAM DENGGI 2014


MASA/
RUJUKA
N

CUE/
ARAHAN

Jika ada
1
8.00 pg
10.00
pg

pengumuman/
makluman
kepada
tetamu
berkaitan
aktiviti.

ANN/PENGUMUMAN

Dan Selamat sejahtera.


Berikut adalah akitiviti pada pagi ini. Tuan-tuan dan
puan-puan boleh melihat aturcara pada buku program
yang telah diedarkan. Pohon kerjasama kepada semua
tetamu dan peserta Kempen Cari, Hapuskan Aedes
Dan Elakkan Demam Denggi dapat berkumpul
semula di Perkarangan Klinik Kesihatan Sungai Sumun
Pada jam 10.00 pagi.
Hadirin boleh bergerak ke kawasan masing-masing
untuk acara gotong-royong.

Mengumumkan ketibaan
Yang Berkhidmat Dato Shahrul Zaman bin Dato Yahya
1.

Ketibaan YB

10.15

ADUN

pg

RUNGKUP

(Ahli Dewan Undangan Negeri Rungkup) ,


diringi oleh Panel Klinik Kesihatan Sungai Sumun, JKK
Sungai Sumun dan tetamu yang hadir masuk ke
khemah.
Hadirin yang dimuliakan,

Nyanyian
2

Lagu
Negaraku

Sebagai menunjukkan taat setia kepada Negara, Marilah


sama-sama kita menyanyikan lagu Negaraku.
Hadirin di pohon Berdiri.

Sidang Hadirin dipersilakan duduk.


Pembuka
Bicara



.

.
Assalamualaikum...WBT, Selamat Sejahtera, Selamat
Perak Aman Jaya

Protokol
*ikut VIP yg
hadir

Yang berusaha ____________________________________


(Doktor Klinik Kesihatan Sungai Sumun),
Yang Dihormati _____________________________________
(Pengerusi Panel Penasihat Klinik Kesihatan Sungai
Sumun),

Yang Dihormati _____________________________________


(Pengerusi JKK Sungai Sumun),
Yang Berkhidmat YB Dato Shahrul Zaman bin Dato
Yahya
(Ahli Dewan Undangan Negeri Rungkup) ,
Dif-dif jemputan, Agensi-agensi yang terlibat, barisan
Jawankuasa Penganjur, para tetamu dan hadirin yang
dihormati sekalian.
Majlis mengucapkan selamat datang ke Klinik Kesihatan
Sungai Sumun bagi bersama-sama menjayakan
Kempen Cari, Hapuskan Aedes Dan Elakkan
4

Bacaan doa

Demam Denggi.
Bagi memberkati majlis pada pagi ini, majlis dengan
sukacitanya mempersilakan
_____________________________, untuk memimpin bacaan
doa.

Majlis dengan segala hormatnya dipersilakan..


Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada
__________________________________________ atas pimpinan
bacaan doa sebentar tadi.
Menatang intan beralas rotan
Gemerlap sinar hiasan diri

Penghargaan

Selamat datang kami ucapkan

kepada DAto

Semoga diiringi restu Ilahi

Shahrul Sebab
Hadir

Terlebih dahulu, pihak majlis ingin mengalu-alukan


kehadiran Yang Berkhidmat YB Dato Shahrul Zaman bin
Dato Yahya (Ahli Dewan Undangan Negeri

Rungkup)

kerana sudi meluangkan masa untuk bersama-sama


kami dalam Kempen Cari, Hapuskan Aedes Dan
Elakkan Demam Denggi.
Hadirin yang dihormati,
Emas tempawan buatmu puteri,
Busana indah buat rupawan;
Sudilah tuan tampilkan diri,
Panggil

Bersama madah kata aluan.

Ucapan
6

Pengerusi
Panel
Penasihat

Majlis

diteruskan

dengan

mempersilakan

_________________
______________________________ Pengerusi Panel Penasihat
Klinik Kesihatan Sungai Sumun untuk menyampaikan
sepatah dua kata.
Dengan segala hormatnya dipersilakan

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada


____________________________________________ atas
ucapan beliau sebentar tadi.
Ucap terima
kasih dan
7

Hadirin yang dimuliakan,

jemput untuk

Majlis diteruskan lagi dengan Ceramah Denggi...

ceramah

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan

denggi

________________________________________ untuk
menyampaikan ceramah yang bertajuk
___________________________
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada
____________________________________________ atas
maklumat yang disampaikan sebentar tadi...
Hadirin yang dihomati sekalian,
Daun semulur di pekan sari,
Batang jerami rebah ke bumi;
Madah dihulur sembah diberi,

Ucapan

Kata perasmi hajatnya kami.

Perasmian
Sekarang tibalah masa yang ditunggu-tunggu. Majlis
dengan sukacitanya mempersilakan Yang Berkhidmat
Dato Shahrul Zaman bin Dato Yahya merangkap Ahli
Dewan Undangan Negeri Rungkup untuk
menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan
Penutupan Kempen Cari, Hapuskan Aedes Dan
Elakkan Demam Denggi.

Ucap terima
kasih dan

Dengan segala hormatnya dipersilakan Dato.


Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang
Berkhidmat Dato Shahrul Zaman bin Dato Yahya

merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Rungkup


kerana sudi merasmikan penutupan kempen ini.
Untuk pengetahuan Dato dan hadirin sekalian, antara
aktiviti yang telah berlangsung dan sedang berlangsung
adalah Acara Tarik Tali, Gusti Lengan dan Pertandingan
Mewarna Kanak-kanak. Terdapat pelbagai pameran dan
saringan kesihatan di sekitar Perkarangan Klinik
Kesihatan Sungai Sumun ini.

maklumkan
aktiviti.

Dipersilakan _________________________,
_______________________, _____________________ menjemput
dan mengiringi Yang Berkhidmat Dato Shahrul Zaman
bin Dato Yahya untuk melawat ke kawasan pameran.
Para tetamu yang hadir juga di jemput sama.
Dengan segala hormatnya di persilakan.
Pada masa yang sama, kita akan umumkan beberapa
pemenang untuk cabutan nombor bertuah...

10

Penyampaian

Para hadirin yang diimuliakan,

cenderahati
kepada vip

Seterusnya, majlis dengan segala hormatnya


mempersilakan
__________________________________________________ untuk
menyampaikan hadiah/ cenderahati kenang-kenangan
daripada pihak penganjur.
Dijemput kepada __________________________ untuk

menerima cenderahati.
Seterusnya dijemput kepada ___________________________
untuk menerima cenderahati.
Terima kasih diucapkan kepada _________________________
kerana sudi menyampaikan hadiah/ cenderamata.
11

PANTUN
DENGGI

Hadirin sekalian...
Sebagai halwa telinga pada pagi ini, izinkan kami
membaca pantun bertemakan denggi.
Pergi berakit ke Tanjung Gemuk,
Silau cahaya di tengah laut;
Denggi penyakit bawaan nyamuk,
Virusnya bahaya membawa maut.
Silau cahaya di tengah laut,
Ombak berdesiran memukul Dermaga;
Virusnya bahaya membawa maut,
Jika persekitaran tidak dijaga.
Ombak berdesiran memukul Dermaga,
Ke Sungai Kandis pergi berkayak;
Jikalau persekitaran tidak dijaga,
Pastinya Aedes akan membiak.
Ke Sungai Kandis pergi berkayak,
Terbang berkeliaran si burung camar;
Pastinya Aedes akan membiak,
Jikalau persekitaran kotor tercemar.

Indahnya warna mawar di kantor,


Di muka pintu duduk si manja;
Aedes betina pembawa vektor,
Menggigit diwaktu pagi dan senja.
Di muka pintu duduk si manja,
Melihat rusa tanduknya lurus;
Menggigit di waktu pagi dan senja,
Mencari mangsa menyebarkan virus.
Melihat rusa tanduknya lurus,
Terdengar dentum tepi muara;
Mencari mangsa menyebarkan virus,
Terkena simptom rawatlah segera.
Terdengar dentum tepi muara,
Perahu tua ditarik rakan;
Terkena simptom rawatlah segera,
Supaya nyawa dapat diselamatkan.
Perahu tua ditarik rakan,
Di dalam stor duduk di pangkin;
Supaya nyawa dapat diselamatkan,
Jumpalah Doktor secepat mungkin.
Di dalam stor duduk di pangkin
Sakit menahan kaki berdarah;
Jumpalah Doktor secepat mungkin,
Rawatan pencegahan sebelum parah.
Budak kecil tidak bergigi
Bersama kita membasmi denggi.

Hadirin yang budiman,


Saya mewakili jawatankuasa penganjur, merakamkan
ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat
menganjurkan Kempen Cari, Hapuskan Aedes Dan
Elakkan Demam Denggi di Klinik Kesihatan Sungai
Sumun pada hari ini. Saya ingin memohon maaf
Majlis Bersurai

sekiranya terdapat sebarang kesilapan sepanjang saya


mengendalikan majlis ini. Akhir kata,
Dari Kedah ke pekan sari,
Beli suasa di Kota Tinggi,
Selesai sudah tugas diberi,
Di lain masa bersua lagi.
Sekian terima kasih.

Jamuan...

Dijemput kepada Dato, Dif-dif Kehormat, VIP dan hadirin


untuk menikmati sedikit jamuan yang telah disediakan.

Anda mungkin juga menyukai