Anda di halaman 1dari 9

Latar Belakang

Perusahaan bijih timah merupakan perusahaan yang tertua dan bahan eksport utama di
Tanah Melayu. Sebelum tahun 1820, perlombongan bijih timah diusahakan oleh orang
Melayu secara tradisional dengan menggunakan kaedah mendulang dan melampan. Seiring
dengan peredaran zaman dan perubahan teknologi, aktiviti perlombongan bijih timah telah
berkembang dengan pesat dan ini didorong pelbagai faktor dalaman dan luaran. Hasilnya,
pengeluaran bahan galian ini terus meningkat dari tahun ke tahun. Pada tahun 1820-an orang
Cina dibawa masuk bekerja di lombong bijih timah kepunyaan pembesar melayu di daerah
Lukut, Sungai Ujong, Larut dan Klang. Orang Cina dan Eropah dibenarkan membuka
lombong bijih timah dengan memajak tanah daripada pembesar-pembesar Melayu.
Setelah kedatangan British, perlombongan bijih timah semakin berkembang dengan
penglibatan orang Cina. Masalah kekurangan buruh diatasi oleh British dengan
menggalakkan dasar penghijrahan buruh dari China. Dasar British yang liberal terhadap
kemasukan imigran-imigran memberi impak yang besar terhadap perusahaan bijih timah.
British bukan sahaja tidak menyekat kemasukan imigran malah menggalakkan lagi
kedatangan mereka. Buktinya, British telah menandatangani perjanjian dengan pemilik kapal
dan saudagar-saudagar Cina di mana British akan memberi subsidi sebanyak $5 terhadap
tiap-tiap imigran Cina yang dibawa masuk ke Tanah Melayu. Kemasukan orang Cina
merupakan antara faktor yang mendorong perkembangan perusahaan bijih timah. Lombonglombong bijih timah telah dibuka dengan banyaknya di daerah Larut, Perak di bawah
pembesar Long Jaafar sejak tahun 1848. Pada peringkat awal, kemasukan orang Cina yang
digalakkan oleh Long Jaafar dari Negeri-negeri Selat adalah sebagai buruh dan pelabur dalam
perusahaan bijih timah. Mereka ini telah menggunakan modal sendiri untuk membuka
lombong seperti di Larut, Lembah Kinta, Lembah Klang, dan Sungai Ujong. Masalah
kekurangan buruh di 19 buah lombong bijih timah di Kemunting pula telah diatasi dengan
mengimport buruh dari China melalui Sistem Tiket Kredit. Untuk menggalakkan kedatangan
orang Cina, British menyediakan pelbagai kemudahan. Pada tahun 1877, Jabatan
Perlindungan Orang-orang Cina telah ditubuhkan bagi mengurus hal-ehwal orang Cina
terutamanya yang berkaitan dengan kemasukan, pekerjaan, perlindungan dan sebagainya.
Tenaga buruh didapati dengan mudah dan murah hasil daripada usaha-usaha mereka untuk
membawa imigran-imigran Cina dari Selatan Cina terutama dari Kwantung, Kwangsi,
Fukkien.

Terdapat di antara buruh-buruh ini yang sudah mempunyai pengalaman dalam


kegiatan perlombongan di negeri mereka. Merekalah yang kemudiannya menjadi tenaga
mahir dan separuh mahir dalam perlombongan bijih timah di Tanah Melayu. Orang-orang
Cina juga telah memperkenalkan teknik-teknik melombong yang lebih baik dari orang
Melayu. Antara teknik-teknik tersebut ialah lombong dedah, pam kelikir, enjin wap, dan
palung. Orang-orang Cina juga telah memperkenalkan teknik roda air yang dapat
mengelakkan banjir di kawasan perlombongan. Saudagar-saudagar Cina di Negeri-negeri
Selat pula telah memberi sumbangan modal bagi menjalankan perusahaan bijih timah di
Negeri-negeri Melayu. Selain itu, terdapat pengusaha-pengusaha yang berkebolehan dalam
menjalankan perlombongan bijih timah di Tanah Melayu.
Pengenalan kapal korek oleh British pula telah mengakibatkan pengeluaran bijih
timah secara besar-besaran.

Kehadiran buruh Cina ini juga membawa bersama kaedah-kaedah perlombongan yang
lebih baik, iaitu secara lombong dedah dan lombong pam. Kaedah lombong dedah misalnya,
telah meningkatan hasil pengeluaran bijih timah dan kaedah ini juga lebih selamat. Kaedah
roda air bagi mengatasi masalah banjir dan penggunaan enjin wap juga merupakan antara
teknologi baru yang diaplikasi oleh orang Cina untuk meningkatkan produktiviti
perlombongan bijih timah. Buktinya, pengeluaran bijih timah telah meningkat dari 6,500 tan
pada tahun 1850 kepada 19,600 tan pada tahun 1881 dan 50,000 tan pada 1904. Justeru,
kedatangan orang Cina dan penglibatan mereka dalam perlombongan bijih timah telah
memperkembangkan perusahaan ini hingga Tanah Melayu menjadi pengeluar dan
pengeksport bijih timah terbesar di dunia pada waktu itu.
Di samping itu, perkembangan perusahaan bijih timah di Tanah Melayu juga didorong oleh
dasar pemerintahan Inggeris terutamanya di Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Pada awalnya,
aktiviti perlombongan bijih timah agak terjejas akibat masalah anarki di negeri-negeri
Melayu seperti perebutan takhta kerajaan, persengkataan pembesar-pembesar Melayu,

pergaduhan kongsi gelap Ghee Hin dan Hai San, serta masalah perlanunan hingga merugikan
para saudagar di Negeri-negeri Selat. Namun perubahan dasar Inggeris kepada campur tangan
di negeri-negeri Melayu telah mengatasi masalah-masalah ini dan sekali gus memulihkan
semula perlombongan bijih timah. Pemerintahan Inggeris yang memperkenalkan Sistem
Residen telah memesatkan lagi kemajuan perusahaan bijih timah. Pembinaan jalan kereta api
dan jalan raya telah memudahkan kerja-kerja mengangkut bijih timah ke pelabuhan untuk
dieksport.
Kepesatan perkembangan perusahaan bijih timah di Tanah Melayu juga dikaitkan dengan
permintaan tinggi di pasaran dunia. Hal ini terjadi ekoran Revolusi Perindustrian yang
berlaku di Eropah khususnya di Britain. Bijih timah sangat diperlukan dalam perusahaan
mengetin makanan iaitu perusahaan ayan (tin-plate) sebagai penyadur tin bagi mengelakkan
tin daripada berkarat dan menjamin makanan selamat digunakan. Keadaan ini telah
menyebabkan harga bijih timah melambung naik iaitu mencapai 140 setan. Hal ini turut
menggalakkan pembukaan lebih banyak lombong baru di Tanah Melayu terutamanya di
Larut, Rasah, dan Kuala Lumpur. Tegasnya, permintaan yang tinggi terhadap bahan galian ini
telah menuntut lebih banyak pengeluaran daripada pelombong pengusaha sehingga
menyumbangkan kepada kemajuan perkembangan perusahaan bijih timah.
Lain daripada itu, pengenalan kapal korek turut menjadi penyumbang kepada perkembangan
perusahaan bijih timah di Tanah Melayu. Jentera ini deiperkenalkan pada tahun 1912 oleh
syarikat Malayan Tin Dredging di Batu Gajah, Perak. Penggunaan teknologi yang lebih
moden ini membolehkan penghasilan bijih timah dengan kuantiti yang lebih banyak dan
menguntungkan. Tambahan pula, kapal korek boleh digunakan dengan selamat di kawasan
berpaya atau tanah lembap serta mampu memisahkan bijih timah dari tanah dengan cepat.
Menjelang tahun 1929, dua per tiga daripada jumlah pengeluara bijih timah adalah dihasilkan
oleh

pengusaha

Eropah

yang

menggunakan

kapal

korek

dalam

perlombongan.

Pengeluarannya meningkat dari 51,000 tan pada tahun 1913 kepada 77,000 tan pada tahun
1937. Penggunaan kapal korek pula semakin meluas di Tanah Melayu apabila 105 buah kapal
korek beroperasi di lombong pada tahun 1929 berbanding hanya 20 buah pada 1920. Situasi
ini sejajar dengan permintaan tinggi di pasaran Eropah dan Amerika hingga menjadikan kapal
korek sebagai penyumbang kepada perkembangan perusahaan bijihi timah di Tanah Melayu.
Walau bagaimana pun, zaman kemelesetan ekonomi dunia pada tahun 1929 hingga 1932
menyaksikan kemerosotan teruk industri ini. Keadaan ini memberi kesan kepada harga bijih

timah yang jatuh dengan mendadak kerana kurangnya permintaan dari pasaran Eropah. Harga
bijih timah merudum dari $2414 setan pada 1926 kepada $1020 setan pada 1931.
Selain itu, situasi kemerosotan bijih timah menyebabkan penutupan banyak lombong. Hal ini
terjadi kerana pengusahaan lombong tidak lagi menggalakkan. Akibatnya, berlaku
pengangguran dalam kalangan pekerja lombong. Rentetan daripada ini, beribu-ribu pekerja
Cina telah dihantar pulang ke negara asal mereka bahkan ada yang pulang secara sukarela.
Pada tahun 1931 contohnya, kira-kira 10,000 orang pelombong di Perak telah dihantar balik
ke China.

Lombong Dedah

Lombong dedah merujuk kepada teknik perlombongan yang mengeluarkan semua


batuan dan galian dari Bumi. Kaedah lombong dedah merupakan salah satu kaedah yang
telah diperkenalkan oleh pelombong Cina di Tanah Melayu sekitar akhir kurun ke-18. Hasil
daripada pengenalan kaedah tersebut, pelombong Cina telah menguasai perlombongan bijih
timah di Tanah Melayu sekitar akhir kurun ke-18 sehingga 1912 berbanding pengusaha bijih
timah Eropah.
Kaedah ini lebih selamat dan murah serta menggunakan peralatan seperti pam kerikil,
kapal wap dan sebagainya. Bagaimanapun kaedah ini memerlukan tenaga buruh yang ramai
yang mendorong peningkatan dalam jumlah pendatang Cina yang dibawa masuk untuk
bekerja dilombong sebegini. Namun, penguasaan pelombong Cina terhadap industri bijih
timah di Tanah Melayu berakhir apabila pengusaha Eropah mula memperkenalkan
kaedah kapal korek yang ternyata lebih menguntungkan dengan pengeluaran yang boleh
dilakukan secara besar-besara.
Dalam menggunakan kaedah ini, tanah yang mengandungi timah dikorek dengan
menggunakan jentera dan dibawa dalam keadaan setelah Ia dikorek itu dengan cara-cara
mekanik ke loji atau kilang membilas dan barulah disebatikan dengan air untuk memudahkan
timah pekat yang Iebih berat itu dapat diasingkan dan sisa-sisa tanah yang lain.

Penyodok-penyodok mekanik, jengkaut-jengkaut pencedok beroda dan traktor-traktor


digunakan untuk mengorek tanah yang kemudian dibawa dengan Ion, lokomotif atau
pengangkut panggul ke loji membilas. Terdapat kesemuanya lima buah lombong seperti mi
yang menjalankan operasinya di Negeri-negeri Tanah Melayu dalam tahun 1965. Namun,
kaedah lombong dedah ini juga mempunyai kelemahannya yang tersendiri. Ianya
memerlukan banyak bekalan air yang jika tidak dikawal boleh menyebabkan banjir. Ketuaketua pelombong Cina atau kuli-kuli mereka seringkali bergaduh kerana berebut bekalan air.

Pam Kelikir

Dalam perlombongan pam kelikir, sumpitan-sumpitan air dengan tekanan kuat digunakan
untuk meruntuhkan tanah yang mengandungi bijih timah dan permukaan terdedah pinggir
bukit atau kuari. Pecahan-pecahan tanah akibat disumpit itu berkumpul dan disedut oleh alat
yang terletak di permukaan bawah sekali di kawasan yang lereng dan kemudian dipam oleh
pam kelikir ke kotak saluran yang panjang dan condong yang dikenali setempat sebagal
palung bagi memisahkan mineral-mineral yang berat dengan cara pemisahan graviti.

Melombong dengan cara pam kelikir diperkenalkan oleh orang - orang Cina ini
menduduki tempat kedua selepas kapal korek dan segi pengeluaran biji timah.

Palung
Palung digunakan dalam kaedah pam kelikir. Melalui kaedah ini, pam tekanan
digunakan kepada monitor yang akan mengeluarkan pancutan air yang kuat yang akan
menghancurkan tanah. Bahan-bahan yang hancur dalam tanah liat tersebut akan dibawa
melalui saluran dan air akan disalurkan oleh pam kelikir ke dalam palung yang terletak lebih
kurang 40 hingga 120 kaki ke atas. Bijih timah yang berat ini disekat dalam palung oleh
batang kayu yang diletakkan bersilang di bahagian bawah palung tersebut. Kebanyakan pasir

dan tanah liat yang ringan keluar bersama dengan air dari palung dan ditimbunkan di ruang
pembuangan.1
Kapal Korek
Penggunaan kapal korek dalam perlombongan bijih timah telah menambahkan
pengeluaran galian itu di Tanah Melayu. Kaedah tersebut berasal dari Australia. Kapal korek
yang pertama telah diperkenalkan di Malaya oleh Malayan Tin Dredging Ltd. di kawasan
timah Lembah Kinta dalam tahun 1913. Dalam tahun 1914 terdapat tiga buah kapal korek
dan dalam tahun 1915 sebanyak 11; menjelang tahun 1920 jumlahnya bertambah menjadi 20
dan menjelang tahun 1921 meningkat kepada 30. Jumlah terbesar kapal korek yang pernah
menjalankan operasinya serentak dalam satu masa ialah dalam tahun 1929 apabila terdapat
sebanyak 105 buah kapal korek dan tidak ada satupun yang tidak menjalankan operasinya.
Kaedah penggunaan kapal korek lebih efesien kerana mampu mengeluarkan bijih yang
banyak, selain dapat digunakan di kawasan yang berpaya. Penggunaan kapal korek
membolehkan orang Eropah menguasai perusahaan bijih timah di Tanah Melayu.
Sebuah kapal korek yang moden serta besar dan seberat 5,100 tan metrik bernilai kirakira $30 juta untuk membinanya. Bentuk kapal korek menyerupai sebuah kilang yang
terapung dengan lantai, dinding dan atapnya yang datar, dan Ia mempunyai satu talian
pencedok - pencedok yang berat. Kapal korek terapung di tasik buatan atau semula jadi dan
pencedokpencedok itu akan mengaut tanah yang mengandungi bijih dan mengangkutnya ke
satu tempat tinggi di dalam badan kapal korek.
Bahan-bahan yang telah dikorek itu dicairkan oleh sumpitan-sumpitan air ketika
bahan -bahan itu masuk ke dalam tabung silinder yang berputar itu sementara bahan-bahan
yang mengandungi timah disalurkan ke loji pemisah pertama di mana unsur-unsur mineral
yang berat itu terkumpul. Kapal-kapal korek terbesar yang menjalankan operasinya sekarang,
boleh mengorek dalam satu operasi yang berterusan sehingga sedalam 200 meter di bawah
permukaan air dan boleh mengendalikan sehingga lebih dan tiga suku juta meter padu bahan
setiap bulan.

1 Nik Hasnaa Nik Mahmood. 1997. Orang-orang Cina di Tanah Melayu. Johor
Bharu: UTM. Hlm. 258.

Kesimpulannya, perkembangan pesat perusahaan bijih timah di Tanah Melayu terbukti


didorong faktor kemasukan orang Cina, dasar pemerintahan British, permintaan tinggi di
pasaran dunia, dan penggunaan kapal korek dalam perlombongan. Malangnya, perusahaan ini
menemui kejatuhan yang amat teruk ketika zaman kemelesetan ekonomi dunia 1929-1932
hingga menjadikan industri tidak lagi diminati oleh sebilangan pengusaha dan syarikat.
Rentetan kejatuhan ini, kerajaan Inggeris di Tanah Melayu telah menjalankan pelbagai
langkah bagi memulihkan harga bijih timah seperti mengurangkan pengeluaran, tidak
meluluskan sebarang permohonan bagi membuka lombong-lombong baru, dan terlibat dalam
Perjanjian Bijih Timah Antarabangsa.

Anda mungkin juga menyukai