Anda di halaman 1dari 31

SCE 3143 SAINS, TEKNOLOGI DAN MASYARAKAT

Penyiasatan Isu Sains, Teknologi dan Masyarakat


Kemampanan Sumber

Pengenalan

Apakah yang dimaksudkan dengan kemampanan sumber? Mengikut Kamus


Dewan Edisi Keempat (2007), perkataan "mapan" bermaksud tidak berubah-ubah,
sesuatu yang mantap atau sudah kukuh. "kemapanan" pula membawa maksud
keadaan yang mapan. Manakala perkataan "sumber" pula membawa maksud asal,
punca, permulaan. Jadi, dapat disimpulkan disini bahawa kemampanan sumber
adalah merujuk kepada usaha untuk memantapkan sumber supaya ianya dapat
dikekalkan dan dipelihara dengan sebaik-baiknya.
Bumi kita merupakan satu tempat tinggal bagi jutaan makhluk hidup,
termasuk manusia. Bumi kita diliputi dengan pelbagai sumber seperti tanah, air,
udara, hidupan, bahan api fosil dan mineral. Kepelbagaian sumber daya mineral
bumi dan produk-produk biosfer lainnya menjadi penyumbang terhadap penyediaan
sumber daya untuk mendukung populasi manusia global. Di muka bumi ini
terdapat

dua

jenis

sumber

tenaga

iaitu

sumber

tenaga

yang

boleh

diperbaharui dan sumber tenaga yang tidak boleh diperbaharui. Tenaga yang
boleh diperbaharui adalah tenaga yang boleh digantikan apabila telah habis
digunakan seperti air, matahari dan angin manakala sumber tenaga yang tidak
boleh diganti adalah sumber tenaga yang tidak boleh diganti apabila telah habis
digunakan. Antara contoh sumber tenaga yang tidak boleh diperbaharui adalah
petroleum, gas asli, arang batu dan tenaga nuklear.
Walaubagaimanapun,

semua

wujudnya

sumber-sumber

di

bumi

ini

merupakan hamba Allah di muka Bumi ini, dan kita bertanggungjawab untuk
menjaga dan memelihara alam ini dengan sebaik mungkin agar ianya dapat menberi
manfaat kepada kita dan seterusnya generasi akan datang supaya dapat menikmati
kehidupan yang selesa dan harmonis.

SCE 3143 SAINS, TEKNOLOGI DAN MASYARAKAT

Tenaga yang boleh diperbaharui

Tenaga yang boleh diperbaharui adalah tenaga yang berasal dari sumbersumber alam atau didefinisikan sebagai tenaga yang boleh digantikan atau
mengalami dicas semula apabila telah habis digunakan seperti cahaya matahari,
angin, hujan, pasang surut , dan suhu bumi.
Merujuk kepada sebuah jurnal akademik yang berjudul Renewable Energy
telah merumuskan satu analisi data tentang jumlah penggunaan tenaga dunia
mengikut sumber telah dibuat pada tahun 2010. Merujuk kepada data yang
diperolehi, sekitar 16.7% dari pengambilan tenaga global berasal dari tenaga yang
boleh diperbaharui, dengan 11.44% berasal dari tradisional Biojisim yang merupakan
sumber tenaga yang boleh diperbaharui yang paling biasa digunakan iaitu 53% yang
terutama digunakan untuk pemanasan, dan 3.34% adalah dari pembangkit elektrik
tenaga air diperbaharui. Penggunaan kuasa angin sebagai sumber tenaga turut
mempunyai 3.05% daripada jumlah keseluruhan tenaga yang boleh diperbaharui .

SCE 3143 SAINS, TEKNOLOGI DAN MASYARAKAT

Apabila kita merujuk laporan daripada U.S Energy Information Administration


yang merupakan analisis data khas untuk peninjauan penggunaan tenaga yang
boleh diperbaharui , didapati penggunaan tenaga biojisim telah luas digunakan sejak
2006 lagi dan meningkat sehingga 53% daripada jumlah peratusan penggunaan
tenaga yang boleh diperbaharui. Sumber tenaga

kuasa hidro juga salah satu

sumber kuasa tenaga yang biasa digunakan untuk menghasilkan sumber elektrik
untuk kehidupan seharian. Peningkatan peratusan penggunaan sumber tenaga
berasaskan kuasa angin telah membuktikan sumber kuasa angin semakin dititik
beratkan.

Kehidupan manusia pada masa kini tidak dapat dipisahkan daripada


penggunaan teknologi seperti peralatan elektrik dan elektronik. Kebanyakan aktiviti
dan kehidupan harian tidak dapat dilaksanakan dengan lancar sekiranya berlaku
gangguan bekalan elektrik. Fenomena ini membuktikan bahawa kewujudan tenaga
elektrik adalah penting dan memberikan impak terhadap kemudahan dan
keselesaan manusia dalam menjalankan kerja-kerja harian.

SCE 3143 SAINS, TEKNOLOGI DAN MASYARAKAT

Pada tahun 2012, penaburan teknologi sumber tenaga yang boleh


diperbaharui semakin banyak dan secara luas digunakan di Eropah, Asia, dan
Amerika Syarikat. Merujuk kepada U.S Energy Information Administration, Negara
China, Negara Amerika Syarikat , Negara Germany dan Negara Spain merupakan
negara terutama dalam penaburan teknologi menjana elektrik daripada sumber yang
boleh diperbaharui. Isu sumber tenaga adalah salah satu cabaran yang perlu dititik
beratkan dan sama sekali tidak perlu diabaikan kerana ia melibatkan kesejahteraan
hidup manusia dan kemakmuran negara. Di negara Malaysia sahaja, lebih daripada
90 peratus tenaga yang digunakan adalah daripada tenaga elektrik. Tenaga elektrik
ini dijana hampir setiap hari bagi memenuhi kehendak pengguna dalam menjalani
kehidupan seharian. Dua buah syarikat pembekal elektrik yang terbesar di Malaysia
menggunakan teknologi penjanaan elektrik daripada logi hidroelektrik untuk menjana
bekelan elektrik untuk dibekalkan ke seluruh Malaysia.

Sumber rujukan : U.S Energy Information Administration

SCE 3143 SAINS, TEKNOLOGI DAN MASYARAKAT

Jenis-jenis tenaga yang boleh diperbaharui

Tenaga
Suria
Geoter
ma

Hidro

Tenaga yang
boleh
diperbaharui
Biojisi
m

Angin

Ombak

Sumber- sumber tenaga yang boleh diperbaharui boleh diganti secara semula
jadi dalam jangka masa yang singkat. Sumber tenaga ini akan kekal selamanya
walaupun kita berterusan menggunakannya. Sumber sumber tenaga yang boleh
diperbaharui ialah tenaga suria atau solar, tenaga angin, tenaga air atau kuasa hidro
dan bahan bakar biojisim. Kebanyakan sumber sumber tenaga yang boleh
diperbaharui ini digunakan untuk menghasilkan arus elektrik.Tidak seperti bahan
bakar fosil, sumber tenaga yang boleh diperbaharui yang bukan berasaskan biojisim
(kuasa hidro, angin dan suria) tidak menghasilkan secara langsung gas gas rumah
hijau.

SCE 3143 SAINS, TEKNOLOGI DAN MASYARAKAT

1) TENAGA SURIA / SOLAR (Solar Energy)

Matahari telah membekalkan tenaga selama berbilion billion tahun. Tenaga


suria adalah sinaran sinaran Matahari (radiasi suria) yang sampai ke Bumi. Tenaga
ini boleh ditukarkan menjadi bentuk tenaga yang lain seperti tenaga haba dan
elektrik. Tenaga matahari dapat mengurangkan pencemaran udara dan kesan rumah
kaca serta boleh disimpan untuk penggunaan elektrik pada waktu malam. Ia juga
boleh dimanfaatkan untuk kegunaan lampu tiang yang banyak terdapat di Malaysia.

1.1 Tenaga suria boleh ditukarkan menjadi tenaga elektrik dalam 2 cara :
a) Alat Voltan Foto (PV) atau sel sel suria
b) Loji Kuasa Suria

SCE 3143 SAINS, TEKNOLOGI DAN MASYARAKAT

Alat Voltan Foto (PV) atau sel sel suria

Alat Voltan Foto (PV) atau sel sel suria ini menukarkan cahaya Matahari terus
kepada tenaga elektrik. Setiap sel suria dikumpulkan menjadi panel dan susunan
panel boleh digunakan secara meluas, dari sel sel kecil yang hanya mencas
kalkulator dan bateri jam, sehinggalah kepada loji janakuasa yang merangkumi
beberapa ekar.

Bagaimana Sel sel Suria Menghasilkan


Elektrik

Cahaya Matahari mengandungi foton, atau


zarah zarah tenaga suria. Foton foton ini
terdiri daripada pelbagai jumlah tenaga yang
bergantung

kepada

perbezaan

panjang

gelombang cahaya spektrum suria. Apabila foton


mengenai sel suria, ia mungkin dipantulkan semula, terus menembusi, atau diserap.
Hanya foton yang diserap membekalkan tenaga untuk menjana elektrik. Apabila
cukup cahaya Matahari (tenaga) yang diserap oleh bahan (semikonduktor), elektron

SCE 3143 SAINS, TEKNOLOGI DAN MASYARAKAT

akan terkeluar daripada atom bahan, oleh itu elektron secara semulajadi bergerak
menuju ke permukaan. Apabila elektron meninggalkan kedudukan mereka, ia
membentuk lubang. Apabila banyak elektron yang bercas negatif bergerak menuju
ke permukaan sel, hasilnya ialah berlaku ketidakseimbangan cas antara sel sel
pada permukaan hadapan dan belakang yang membentuk potensi voltan sama
seperti terminal negatif dan positif sesebuah bateri. Apabila dua permukaan tersebut
disambungkan dengan beban luaran, seperti alatan elektrik, arus elektrik akan
mengalir.

Loji Pengumpulan Kuasa Suria

Loji Pengumpulan Kuasa Suria menjana elektrik dengan menggunakan haba


daripada pengumpul terma suria untuk memanaskan cecair yang mana akan
menghasilkan stim memberi kuasa kepada generator.

Kegunaan Tenaga Suria


Apabila ia ditukarkan kepada tenaga haba, tenaga suria boleh digunakan untuk:

SCE 3143 SAINS, TEKNOLOGI DAN MASYARAKAT

Memanaskan air digunakan di rumah, bangunan atau kolam renang


Memanaskan ruang di dalam rumah, rumah hijau dan bangunan

bangunan lain.
Kegunaan lampu tiang pada waktu malam di tepi jalan atau taman-taman
rekreasi.

Kelebihan Penggunaan Tenaga Suria


1. Manfaat utama tenaga solar adalah membantu memperlahankan dan
mengurangkan pemanasan global (global warming). Isyarat kecemasan
pemanasan global telah membimbangkan seluruh dunia kerana ia telah
mengancam kehidupan masyarakat manusia, serta survival spesies yang tak
terhitung jumlahnya. Bersyukurnya, prihatinan dan perkembangan teknologi
negara maju membolehkan penyelidikan kepada sistem panel solar yang
cekap mewujudkan elektrik tanpa menghasilkan pencemaran pemanasan
global. Kuasa solar kini sangat jelas salah satu penyelesaian yang paling
penting kepada krisis pemanasan global.
2. Kuasa solar merupakan salah satu cara menjimatkan wang anda dalam
jangka masa yang panjang. Meletakkan panel PV solar di atas bumbung anda
mungkin menjimatkan beratus-ratus ringgit dalam setahun. Jikalau sebuah
keluarga di Malaysia mengantikan kuasa elektrik dengan tenaga solar akan
menjimat RM300 setahun maka sepuluh ribu keluarga akan menjimatkan RM

SCE 3143 SAINS, TEKNOLOGI DAN MASYARAKAT

30,000,000 kos perbelanjaan ke atas elektrik setahun. Ia bukan dilihat setakat


penjimatan ke atas beratus-ratus ringgit oleh sesebuah keluarga sahaja
malah memerangi pemanasan global dengan kuasa solar mungkin akan
mengurangkah kesan ancaman pemanasan global dan penjimatan ini bukan
setakat berbilion bahkan trillion dolar.
3. Kuasa solar menyediakan kebolehpercayaan

tenaga.

Yang

semakin

meningkat dan suasana matahari adalah sangat konsisten. Di seluruh dunia,


kita tahu bila ia akan naik dan set setiap hari, sepanjang tahun. Walaupun
awan mungkin sedikit kurang diramal, kami juga mempunyai unjuran yang
agak baik bermusim dan harian bagi jumlah cahaya matahari yang akan
diterima di lokasi yang berbeza. Semua dalam semua, ini menjadikan tenaga
solar merupakan sumber yang sangat dipercayai tenaga.
4. Kuasa solar memberikan kebebasan tenaga. Sama seperti rangsangan
keselamatan tenaga, kuasa solar menyediakan manfaat yang besar
kemerdekaan tenaga. Sekali lagi, "bahan api" untuk panel solar tidak boleh
dibeli atau dimonopoli. Ia adalah percuma untuk semua untuk digunakan.
Sebaik sahaja anda mempunyai panel solar di atas bumbung anda, anda
mempunyai sumber asasnya bebas elektrik yang semua anda. Ini adalah
penting untuk individu, tetapi juga untuk bandar-bandar, daerah, negeri,
negara, dan juga syarikat-syarikat.
5. Kuasa solar juga mewujudkan peluang pekerjaan. Sebagai sumber tenaga,
kuasa solar adalah kuasa penghasilan kerja. Wang yang dilaburkan dalam
kuasa solar mewujudkan dua hingga tiga kali lebih banyak peluang pekerjaan
daripada wang yang dilaburkan dalam arang batu atau gas asli.
6. Tenaga solar adalah percuma Infinite. Setelah pemasangan permulaan
dan penyelenggaraan, tenaga solar adalah seratus peratus percuma. Solar
tidak memerlukan bahan-bahan mentah yang mahal dan berterusan seperti
minyak atau arang batu, dan memerlukan operasi jauh lebih rendah buruh
daripada pengeluaran kuasa konvensional.

Kelemahan tenaga suria ialah :


Salah satu kelemahan tenaga suria adalah matahari tidak bersinar 24 jam
sehari dan jumlah cahaya Matahari yang tiba di permukaan Bumi adalah tidak tetap.
Ia bergantung kepada lokasi, hari, tahun dan keadaan cuaca. Disebabkan Matahari

SCE 3143 SAINS, TEKNOLOGI DAN MASYARAKAT

tidak memancarkan cukup tenaga pada satu tempat dalam satu masa, satu kawasan
yang luas diperlukan untuk mengumpulkan tenaga pada kadar yang mencukupi
untuk menghasilkan tenaga. Apabila matahari terbenam atau banyak teduh, panel
PV solar berhenti menghasilkan elektrik. Jika kita perlu elektrik pada masa itu, kita
perlu mendapatkannya daripada beberapa sumber lain. Dalam erti kata lain, kita
tidak dapat 100% dikuasakan oleh panel solar.
Pada masa ini, kami sudah tentu menggunakan elektrik lebih daripada di
tengah-tengah malam, jadi permintaan elektrik adalah lebih besar daripada waktu
pagi. Oleh itu kecekapan kuasa solar disimpan menjadi masalah yang harus
diujikajikan.

2) TENAGA ANGIN (Wind Energy)

Callagheen Komuniti
Dana Ladang Angin
Geran 2015-2016.

Angin boleh ditakrifkan sebagai tenaga kinetik udara yang bergerak.


Kewujudan angin adalah disebabkan oleh pemanasan tidak sekata oleh matahari ke
atas atmosfera, ketaksekataan permukaan bumi, dan putaran bumi. Corak aliran
angin adalah berubah-ubah berdasarkan oleh rupa bentuk bumi, komposisi air, dan
perlindungan kehijauan bumi. Aliran angin atau dikategorikan sebagai tenaga gerak,
apabila dikumpul dan mengerakan turbin angin moden, ia boleh digunakan untuk
menjana tenaga elektrik.
Bagaimana penjanaan tenaga angin?

Istilah "tenaga angin" atau "kuasa

angin" menggambarkan proses di mana angin yang digunakan untuk menjana

SCE 3143 SAINS, TEKNOLOGI DAN MASYARAKAT

tenaga mekanikal atau elektrik. Turbin angin menukarkan tenaga kinetik angin ke
dalam kuasa mekanikal. Ini kuasa mekanikal boleh digunakan untuk tugas-tugas
tertentu seperti pengisaran bijirin atau mengepam air dan juga penjana boleh
mengubah kuasa mekanikal ini menjadi tenaga elektrik ke rumah-rumah kuasa,
perniagaan, sekolah, dan sebagainya. Pada 2005, kapasitas generator tenaga-angin
adalah 58.982 MW, hasil tersebut kurang dari 1% penggunaan listrik dunia.
Meskipun masih berupa sumber energi listrik minor di kebanyakan negara,
penghasilan tenaga angin lebih dari empat kali lipat antara 1999 dan 2005.

Turbin Angin
Turbin angin adalah komponen penting dalam tenaga angin dan ia berupa
seperti bilah kipas pesawat, putar di udara yang bergerak dan membekalkan kuasa
penjana elektrik yang membekalkan arus elektrik.
Terdapat dua jenis turbin angin iaitu turbin angin
moden dan turbin angin tradisional. Turbin angin
moden jatuh ke dalam dua kumpulan asas;
pelbagai-paksi
digunakan untuk

mendatar, seperti kincir angin tradisional ladang


mengepam air, dan reka bentuk paksi tegak, seperti
model Darrieus gaya pengocok telur, dinamakan
selepas pencipta Perancisnya. Kebanyakan turbin
angin besar moden adalah turbin paksi melintang.

Kegunaan Tenaga Angin


1. Tenaga Angin menjana elektrik
Angin adalah tenaga yang boleh diperbaharui sama seperti tenaga suria kerana
ia sentiasa bertiup. Tenaga kinetik angin akan berupaya memutarkan turbin angin
dan membekalkan kuasa penjanaan bagi generator untuk menghasilkan tenaga
elektrik. Setelah elektrik dihasilkan oleh turbin, elektrik dari seluruh ladang angin
akan dikumpulkan dan dihantar ke transformer. Voltan akan ditambahkan untuk
dihantar melalui kabel berkemampuan tinggi.
2. Tenaga Angin membantu dalam bidang pertanian.

SCE 3143 SAINS, TEKNOLOGI DAN MASYARAKAT

Turbin angin menukarkan tenaga kinetik angin ke dalam kuasa mekanikal. Petani
telah menggunakan tenaga angin selama beberapa tahun untuk mengepam air
dari perigi menggunakan kincir angin. Angin juga digunakan untuk memusingkan
batu pengisar untuk mengisar gandum atau biji jagung.

Kelebihan Tenaga Angin


Tenaga angin merupakan tenaga yang boleh diperbaharui dan ia tidak menyebabkan
pencemaran, oleh itu ia merupakan tenaga alternatif kepada bahan bahan bakar
fosil. Tenaga angin adalah bersih; loji kuasa angin atau dipanggil ladang janakuasa
angin tidak menghasilkan sebarang pencemaran udara atau air kerana tiada bahan
bakar yang dibakar untuk menghasilkan elektrik.

Kelemahan Menggunakan Tenaga Angin


1. Perlu memilih kawasan yang sesuai untuk tenaga angin
Penjanaan tenaga angin memerlukan tiupan angin yang kuat yang mampu
menghasilkan daya tolakan yang dapat mengerakkan tubin angin. Faktor
lokasi memainkan peranan dalam kecekapan dalam penjanaan tenaga angin.
Secara asasnya, kelajuan angin bertambah apabila altitud (ketinggian)
kawasan bertambah dan di kawasan terbuka yang tidak berlaku gangguan
angin. Kawasan yang paling baik untuk kawasan memperoleh tenaga angin
ialah seperti kawasan tinggi yang gondol tiada pokok, dikelilingi bukit bukau,
kawasan lapang atau tepi laut yang terbuka dan juga ruang antara gunung
ganang yang membentuk terusan angin.
2. Memberi kesan besar kepada populasi burung liar dan lanskap
Kesan alam sekitar yang paling besar dalam penggunaan mesin angin ialah
ia

memberi

kesan

negatif

kepada

populasi

burung

liar

dan

juga

permandangan alam sekitar. Sesetengah orang permandangan bilah turbin


angin yang bergemerlapan adalah sesuatu yang menyakitkan; tapi bagi yang
lain, ia merupakan alternatif yang indah kepada stesen jana kuasa
konvensional.

SCE 3143 SAINS, TEKNOLOGI DAN MASYARAKAT

3)

TENAGA KUASA HIDRO (Hydropower Energy)

Hydropower Energy Sarawak

Kuasa hidro atau kuasa air (berasal dari bahasa Yunani: , "air") adalah
kuasa yang berpunca daripada tenaga kinetik jatuh air dan pengaliran air, yang
boleh dimanfaatkan dalam pelbagai tujuan. Dalam membincangkan tentang kuasa
hidro, ia sebenarnya termasuk kuasa hidroelektrik, kuasa air pasang surut, kuasa
ombak, dan tenaga haba laut. Tetapi, ia banyak berkisar tentang janakuasa
hidroelektrik kerana ia digunakan untuk menjana elektrik di kebanyakan negara di
dunia.
Sejak zaman purba lagi, kuasa hidro dari pelbagai jenis watermills telah
digunakan untuk pengairan dan operasi pelbagai peranti mekanikal, seperti
gristmills, kilang papan, kilang tekstil, tukul perjalanan, kren dermaga, lif domestik,
dan kilang-kilang bijih.
Sejak awal abad ke-20, istilah kuasa hidro telah hampir-hampir khas
digunakan untuk pembangunan moden kuasa hidroelektri. Kuasa hidro semakin
diperkembangkan pada zaman ini keran ia adalah sumber tenaga yang boleh
diperbaharui. Jenis kuasa hidro yang paling biasa adalah loji kuasa hidroelektrik
yang menggunakan empangan di sebuah sungai untuk menyimpan air di dalam
takungan. Air yang dikeluarkan dari takungan mengalir melalui turbin, berputar itu,

SCE 3143 SAINS, TEKNOLOGI DAN MASYARAKAT

yang seterusnya mengaktifkan generator untuk menghasilkan elektrik. Tetapi kuasa


hidroelektrik tidak semestinya memerlukan empangan yang besar. Beberapa loji
kuasa hidroelektrik hanya menggunakan terusan kecil untuk menyalurkan air sungai
melalui turbin.

Kelebihan Tenaga Hidro

1. Pencemaran yang minimum


Tenaga hidro merupakan pembekal sumber elektrik yang terbesar di Negara
Malaysia. Penjanaan kuasa elektrik dengan tenaga hidro melibatkan
pencemaran yang paling minimum dan mengurangkan pelepasan gas rumah
hijauan jika dibanding dengan sumber penjanaan yang tidak dapat
diperbaharui.
2. Sumber air adalah percuma
Air yang digunakan untuk menghasilkan kuasa hidro yang disimpang dalam
loji yang mempunyai berjuta-juta tan air adalah disediakan percuma oleh
alam

semula

jadi.

Negara

Malaysia

terletak

berhampiran

dengan

khatulistiwa amat jarang sekali mempunyai keadaan langit tidak berawan


langsung, meskipun pada musim kemarau teruk dan mempunyai kelembapan
yang tinggi dan hujan yang banyak. Kesesuaian kedudukan geogradi Negara
Malaysia mendorong perkembangan tenaga hidro di negara ini.
3. Sumber yang boleh diperbaharui
Sumber tenaga hidro adalah berasaskan air dan air merupakan hadiah
daripada Tuhan yang dibekalkan semula jadi yang tidak terhingga dan ia
boleh digantikan selepas habis digunakan sumber bekalan air dalam loji
kuasa hidro.
4. Tempat rekreasi
Disebabkan sumber kuasa hidroelektrik ialah air dan stesen janakuasa
hidroelektrik mesti berada dekat dengan sumber air, maka kawasan
empangan yang disimpan berjuta-jutan tan air jernih membolehkan ia menjadi
suatu pemandangan yang cantik dan sesuai untuk dijadikan tempat rekreasi
yang menawarkan aktiviti sukan air dan memancing.

SCE 3143 SAINS, TEKNOLOGI DAN MASYARAKAT

Kelemahan Tenaga Hidro

Terdapat banyak kelemahan kuasa hidroelektrik kerana yang ia tidak digunakan


pada skala yang sangat besar di seluruh dunia Sebelum menggunakan sesuatu di
peringkat industri, anda perlu mengambil kira kebaikan dan keburukan itu keburukan
adalah:
1. Pelepasan gas metana dan karbon dioksida
Takungan air untuk kuasa hidroelektrik mengeluarkan sejumlah besar karbon
dioksida dan metana. Kawasan di sekitar empangan telah penuh dengan air.
Tumbuh-tumbuhan dan pokok-pokok dalam mereka mula reput dan mengurai
dengan kaedah lain tanpa menggunakan oksigen. Jadi ini jenis penguraian
tempat pembuangan sampah sejumlah besar gas metana dan karbon dioksida
yang meningkatkan pencemaran.

2. Pemusnahan habitat
Untuk membina pusat penjana tenaga hidro memerlukan pembentukan
empangan yang besar dan hakikatnya telah mengorbankan tanah yang luas
serta memusnahkan makhluk-makhluk hidup di sekeliling mereka. Selain itu,
kehidupan penduduk tempatan seperti orang asli turut diganggu kerana manusia
tidak boleh hidup di kawasan yang sering dilanda banjir dan tumbuhan akan
dimusnahkan semasa pembebasan air daripada empangan. Penduduk yang
tinggal berhampiran dan juga haiwan-haiwan liar turut terpaksa berpindah.
3. Kos yang tinggi
Walaupun kos sumber air adalah percuma tetapi kos pengilangan dan membina
empangan serta pemasangan turbin adalah sangat mahal dibandingkan dengan
penjana kuasa elektrik dengan sumber lain. Banyak negara tidak menggunakan
sumber alternatif tenaga ini dan lebih terdorong menggunakan kuasa nuclear
yang melibatkan kos yang jauh mudah disbanding dengan kuasa hidro. Selain
itu , Penyelenggaraannya juga sangat mahal.
4. Kesan ke atas pertanian
Membuat empangan pada sungai memberi kesan kepada jumlah, kualiti dan
suhu air yang mengalir di sungai yang mempunyai kesan yang drastik pada
pertanian dan air minuman.

SCE 3143 SAINS, TEKNOLOGI DAN MASYARAKAT

5. Pembunuhan ikan
Air manakala mengalir melalui empangan mengumpul nitrogen yang boleh
merosakkan dan juga membunuh ikan. Mereka juga boleh merosakkan
pembiakan ikan itu menghapuskan seluruh spesies ikan.

4) TENAGA BIOJISIM (Biomass Energy)

Istilah "biomass" merujuk kepada bahan organik yang melibatkan proses


penyimpanan tenaga melalui proses fotosintesis. Tenaga terdapat pada tumbuhtumbuhan boleh dipindahkan melalui rangkaian makanan kepada haiwan dan bahan
buangan mereka, dan bertukar bentuk tenaga untuk kegunaan manusia setiap hari.

SCE 3143 SAINS, TEKNOLOGI DAN MASYARAKAT

Biomass adalah salah satu sumber yang paling banyak dan yang digunakan
dalam penjanaan tenaga dalam perkembangan sumber tenaga boleh diperbaharui di
dunia dalam penjanaan elektrik. Secara umum, ia adalah bahan organik yang
dihasilkan oleh fotosintesis cahaya. Bahan kimia (sebatian organik karbon) disimpan
dan boleh digunakan untuk menjana tenaga. Biojisim yang paling biasa digunakan
untuk tenaga adalah daripada pokok-pokok kayu. Kayu telah digunakan oleh
manusia untuk menghasilkan tenaga untuk pemanasan dan memasak sejak zaman
purba lagi.
Biojisim ialah tenaga yang boleh diperbaharui kerana kita boleh tanam semula
banyak pokok dan tanaman selepas ia dituai, dan bahan buangan akan sentiasa
dihasilkan. Beberapa contoh bahan bakar biojisim ialah kayu, tanaman, baja dan
bahan buangan pepejal - sampah. Apabila dibakar, tenaga kimia dalam biojisim
dibebaskan sebagai haba. Apabila membakar kayu, ia merupakan bahan bakar
biojisim. Sisa makanan atau sampah boleh dibakar untuk menghasilkan stim
menjana elektrik, atau membekalkan haba kepada industri dan rumah.

Kelebihan Tenaga Biomas


1) Biomass digunakan sebagai bahan api yang mengurangkan keperluan untuk
bahan api fosil untuk pengeluaran haba, wap dan elektrik untuk kegunaan
kediaman, perindustrian dan pertanian.
2) Biomass sentiasa ada dan boleh dihasilkan sebagai sumber yang boleh
diperbaharui.
3) bahan api Biomass dari sisa pertanian mungkin produk menengah yang
menambah nilai kepada tanaman pertanian.
4) Berkembang tanaman Biomass menghasilkan oksigen dan menggunakan
karbon dioksida.
5) Penggunaan bahan-bahan buangan mengurangkan pelupusan tapak pelupusan
dan membuat lebih banyak ruang untuk segala sesuatu yang lain.
6) Karbon Dioksida yang dibebaskan semasa bahan api biojisim dibakar, diambil
oleh tumbuh-tumbuhan.
7) Kurang wang dibelanjakan untuk minyak asing

Kelemahan Tenaga Biomas

SCE 3143 SAINS, TEKNOLOGI DAN MASYARAKAT

1) Ketidakcekapan dalam penghasilan tenaga berbanding dengan Bahan Api


Fosil. Selain itu, etanol adalah berbahaya kepada pembakaran ke atas enjin
dalam jangka masa panjang.
2) Tanah yang digunakan untuk tanaman mungkin diperlukan untuk tujuan lain,
seperti faming, pemuliharaan, perumahan, resort atau pertanian.
3) Beberapa projek penukaran Biomass adalah daripada sisa haiwan dan adalah
dalam bilangan yang kecil dan terhad.
4) Kos penyelidikan yang tinggi diperlukan untuk mengurangkan kos pengeluaran
bahan api Biomass .
5) Punca utama pencemaran beberapa kes.

Tenaga yang Tidak Boleh Diperbaharui

Tenaga wujud secara bebas dan semulajadi dalam alam semula jadi. Ada di
antara tenaga wujud tak terhingga ( tenaga yang boleh diperbaharui ) , manakala
ada tenaga mempunyai jumlah yang terhad atau mengambil berjuta-juta tahun untuk
membentuk semula, dan akan habis satu hari (tenaga yang tidak boleh
diperbaharui). Oleh itu, sumber tenaga yang tidak boleh diperbaharui boleh
ditakrifkan sebagai satu sumber yang tidak memperbaharui dirinya pada kadar yang
mencukupi untuk pengekstrakan ekonomi yang berterusan yang memanfaatkan
manusia dari semasa ke semasa. Antara contoh sumber tenaga yang tidak boleh
diperbaharui adalah petroleum, gas asli, arang batu dan tenaga nuklear.

SCE 3143 SAINS, TEKNOLOGI DAN MASYARAKAT

Tenaga yang tidak boleh diperbaharui


Gambar daripada : http://www.swiftutors.com/science/non-renewable-sources-of-energy.php

Kebanyakan sumber tenaga yang tidak boleh diperbaharui adalah terdiri


daripada bahan api fosil. Bahan api fosil terbentuk daripada tumbuhan dan haiwan
yang tertanam berjuta-juta tahun yang lalu. Sisa tinggalan tumbuh-tumbuhan dan
haiwan yang tersimpan di bawah timbunan batuan dalam kerak bumi mengalami
keadaan tekanan dan suhu yang tinggi dan akan berubah secara semula jadi dan
menghasilkan petroleum, gas asli dan arang batu. Terdapat satu takungan yang
besar di bawah tanah yang terdiri daripada sumber-sumber yang tidak boleh
diperbaharui di seluruh dunia. Karbon merupakan elemen utama dalam bahan api
fosil yang sesuai digunakan untuk menjana sumber tenaga.
Petroleum merupakan bahan api fosil dalam bentuk cecair. Ia juga dikenali
sebagai minyak atau minyak mentah. Ia terbentuk daripada pereputan haiwan dan
tumbuhan yang hidup berjuta-juta tahun yang lalu yang tinggal di dalam persekitaran
air. Lebih daripada berjuta-juta tahun, reputan haiwan dan tumbuh-tumbuhan ini
ditutupi dengan lapisan pasir dan kelodak. Haba dan tekanan daripada lapisanlapisan ini membantu ia berubah bentuk kepada minyak mentah. Minyak mentah
adalah berbau, berwarna kuning ke hitam yang akan dikorek daripada takungan di
dasar laut dan sesetengah di bawah tanah. Hasil daripada minyak mentah yang
telah digerudi, ia mesti ditapis.

SCE 3143 SAINS, TEKNOLOGI DAN MASYARAKAT

Petroleum menjadi salah satu aset sumber tenaga yang utama bagi negara
kita. Malaysia telah menubuhkan Petroleum Nasional Berhad (PETRONAS) yang
bertindak sebagai jentera kerajaan mengendalikan semua hal yang berkaitan
petroleum di negara kita. Hal ini demikian untuk memastikan sumber petroleum
negara diurus dengan terancang. Hasil daripada petroleum membantu kita dalam
banyak perkara. Minyak mentah hasil aktiviti cari gali dari dasar laut akan disalurkan
ke permukaan dan loji penapisan serta akan mengalami proses penapisan dan
pembakaran bagi menghasilkan produk-produk petroleum. Lebih separuh daripada
petroleum akan ditukarkan kepada petrol. Petrol digunakan di dalam kenderaan
untuk menggerakkan enjin. Selain petrol, produk petroleum yang lain adalah nafta,
kerosin, diesel, minyak pelincir, parafin, minyak bahan api dan bitumen.

Kewujudan petroleum
Gambar daripada : http://www.scs.sk.ca/vol-old/HTT/Renewable/oil.htm

SCE 3143 SAINS, TEKNOLOGI DAN MASYARAKAT

Perolehan Petroleum
Gambar daripada : http://www.foxoildrilling.com/contract-inquiries.html
Walau bagaimanapun, pembakaran petrol adalah berbahaya kepada alam
sekitar. Ia melepaskan gas berbahaya dan asap ke udara yang kita sedut. Antara
gas yang terhasil daripada pembakaran petroleum adalah karbon dioksida, karbon
monoksida, sulfur dioksida, dan nitrogen dioksida. Terdapat juga kemungkinan
tumpahan minyak. Jika ada masalah dengan jentera penggerudian, minyak yang
boleh meletup di luar telaga dan melimpah ke dalam tanah atau laut yang
mengelilingi. Tumpahan minyak adalah bencana alam sekitar, terutama tumpahan
luar pesisir. Minyak terapung di air, jadi ia boleh kelihatan seperti makanan untuk
ikan dan merosakkan bulu burung.
Gas asli juga merupakan bahan api fosil yang terperangkap di bawah tanah
dalam takungan. Gas ini terperangkap di dalam lapisan-lapisan bumi, biasanya
bersama-sama petroleum. Komposisi juga hampir sama, sebatian hidrokarbon yang
kebanyakannya terdiri daripada gas metana. Pencarian gas asli dimulakan dengan
ahli geologi, yang mengkaji struktur dan proses Bumi. Gas asli digunakan untuk
pemanasan dan memasak. Ia juga boleh dibakar untuk menghasilkan elektrik. Gas
asli juga boleh bertukar menjadi bentuk cecair, yang dikenali sebagai gas asli cecair
atau liquid natural gas (LNG). LNG lebih bersih dari mana-mana bahan api fosil yang
lain. Gas asli cecair mengambil ruang yang kurang berbanding dalam bentuk gas.
LNG mudah disimpan dan digunakan untuk tujuan yang berlainan. LNG juga boleh
menjadi gantian untuk petrol. Gas asli adalah agak murah untuk dikeluarkan, dan
adalah "bersih" bahan api fosil daripada petroleum atau arang batu. Apabila gas asli
dibakar, ia hanya mengeluarkan karbon dioksida dan wap air. Ini adalah lebih sihat
daripada pembakaran arang batu.

SCE 3143 SAINS, TEKNOLOGI DAN MASYARAKAT

Walau
mengekstrak

gas

bagaimanapun,
asli

boleh

menyebabkan masalah alam sekitar.


Keretakan batu boleh menyebabkan
mini gempa bumi. Air tekanan tinggi dan
bahan kimia yang mengalami tekanan di
bawah tanah juga boleh bocor kepada
lain-lain punca air. Sumber-sumber air,
digunakan untuk minum atau mandi, boleh menjadi tercemar dan tidak selamat. Gas
asli juga memberi kesan kepada alam sekitar apabila ia dihasilkan, disimpan dan
diangkut. Disebabkan gas asli terdiri daripada metana yang tinggi kandungannya
(gas rumah hijau yang lain), sedikit metana kadang kala boleh terlepas keluar ke
atmosfera dari perigi, tangki simpanan dan saluran paip.
Arang batu juga sumber tenaga daripada bahan api fosil yang berbentuk
pepejal. Arang batu ialah batuan mendapan berwarna hitam atau perang kehitaman
yang mudah terbakar yang terdiri daripada karbon dan hidrokarbon. Arang batu
digunakan untuk menjana elektrik. Loji kuasa membakar arang batu untuk
menghasilkan stim. Stim akan memusingkan turbin (mesin untuk menjana kuasa
mekanikal) yang menjana elektrik. Arang batu juga digunakan sebagai sumber
tenaga utama dalam kebanyakan industri seperti industri keluli, simen dan kertas.

SCE 3143 SAINS, TEKNOLOGI DAN MASYARAKAT

Arang Batu
Gambar daripada : http://www.malaysiaria.com.my/forum/topics/tenaga-nuklear-dan

Penggunaan arang batu boleh mendatangkan kesan buruk. Tanpa tindakan


yang betul, perlombongan arang batu boleh memberi kesan negatif terhadap
ekosistem dan kualiti air dan merubah landskap dan pemandangan. Pelombong
arang batu juga terdedah kepada debu toksik dan menghadapi bahaya di dalam gua
dan letupan di tempat kerja. Apabila arang batu dibakar, ia mengeluarkan banyak
gas toksik dan bahan cemar ke atmosfera. Perlombongan arang batu juga boleh
menyebabkan tanah untuk gua dalam dan mewujudkan api bawah tanah yang
terbakar selama beberapa dekad pada satu masa.
Di samping itu, pembakaran bahan api fosil iaitu petroleum, gas asli dan
arang batu dalam penjanaan tenaga elektrik di Malaysia membawa kesan yang
negatif seperti. Pembakaran bahan api fosil dalam penjanaan tenaga elektrik telah
membebaskan asap yang mengandungi berjuta-juta ton bahan-bahan terampai
seperti karbon dioksida, sulfur dioksida, hidrokarbon dan sebagainya ke udara.
Masalah ini menyebabkan udara menjadi semakin tercemar kerana ditambah pula
dengan pembebasan gas-gas pencemar oleh industri-industri perkilangan lain dan
kenderaan-kenderaan bermotor. Maka, hal ini telah memburukkan lagi keadaan
sehingga boleh menyebabkan berlakunya kejadian hujan asid, jerebu, dan
peningkatan suhu yang juga boleh mendatangkan kesan buruk kepada manusia.
Selain itu, tenaga nuklear juga merupakan sumber tenaga yang tidak boleh
diperbaharui. Walaupun tenaga nuklear itu sendiri merupakan sumber tenaga boleh
diperbaharui, bahan yang digunakan dalam loji kuasa nuklear tidak boleh
diperbaharui. Tenaga nuklear menghasilkan tenaga yang kuat dalam nukleus, atau
teras, daripada atom. Tenaga nuklear dibebaskan melalui pembelahan nuklear,
proses di mana nukleus sesuatu atom berpecah. Loji kuasa nuklear adalah mesin
kompleks yang boleh mengawal pembelahan nuklear untuk menghasilkan elektrik.
Bahan yang paling sering digunakan dalam loji kuasa nuklear adalah uranium

SCE 3143 SAINS, TEKNOLOGI DAN MASYARAKAT

elemen. Walaupun uranium ditemui dalam batuan di seluruh dunia, loji kuasa
nuklear biasanya menggunakan jenis yang sangat jarang berlaku uranium, U-235.
Uranium adalah sumber yang tidak boleh diperbaharui.
Di Malaysia, nuklear berkembang apabila Reaktor TRIGA PUSPATI (RTP)
model Triga MK 11 memulakan operasi pada 28 Jun 1982, setelah mencapai tahap
kegentingan pertama. Perkataan TRIGA adalah singkatan kepada Training,
Research, Isotope Production dan General Atomic. Pembinaan RTP yang dimulakan
dalam bulan November 1981 ini bertujuan untuk membangunkan bidang latihan,
penyelidikan dan pengeluaran radiosotop yang terdapat di Agensi Nuklear Malaysia.
RTP adalah reaktor jenis kolam yang direka bentuk bagi membolehkan eksprimen
dijalankan di teras reaktor. Reaktor ini di reka agar sesuai digunakan dalam pelbagai
bidang sains nuklear dan pendidikan. RTP juga menyediakan kemudahan untuk
penggunaan neutron termaju dan kajian sinaran gama termasuk analisis pengaktifan
neutron (NAA), analisis neutron tertunda (DNA), pengeluaran radiosotop untuk
kegunaan

perubatan,

perindustrian

dan

pertanian,

radiografi

neutron

dan

penyerakan neutron sudut kecil (SANS).

Loji Nukelar
Gambar daripada : http://www.malaysiaria.com.my/forum/topics/tenaga-nuklear-dan

SCE 3143 SAINS, TEKNOLOGI DAN MASYARAKAT

Proses penjanaan elektrik dengan kuasa nuklear


Gambar daripada : http://www.howitworksdaily.com/is-nuclear-power-safe/

Kepentingan teknologi nuklear di Malaysia juga semakin diakui oleh ramai


pihak.

Terdapat

beberapa

kelebihan

penggunaan

tenaga

nuklear

untuk

menghasilkan elektrik. Antaranya, tenaga nuklear dikatakan dapat menjana tenaga


dalam jumlah yang banyak dan pada satu jangka masa yang panjang berbanding
penjanaan tenaga elektrik menggunakan bahan api fosil seperti petroleum dan arang
batu. Ini kerana penggunaan bahan uranium (bahan utama loji tenaga nuklear) akan
menghasilkan lebih banyak tenaga untuk jangka masa yang panjang.
Di sebalik kelebihan tenaga nuklear ini, terdapat juga beberapa keburukan
penggunaan tenaga nuklear. Antara keburukan tersebut ialah, tenaga nuklear boleh
memberi kesan tidak baik kepada kesihatan manusia. Ini kerana, tenaga nuklear
menghasilkan radiasi. Radiasi ini sangat berbahaya kepada tubuh badan manusia
kerana radiasi itu boleh merosakkan sel badan. Selain itu, bahan radioaktif yang
terhasil daripada aktiviti penjanaan tenaga elektrik menggunakan tenaga nuklear
juga amat berbahaya dan kos menguruskannya juga amat tinggi.
Peranan kerajaan dan masyarakat adalah sangat penting bagi mengatasi
masalah dan kesan-kesan negatif yang timbul akibat daripada penggunaan sumber
tenaga yang tidak boleh diperbaharui. Penggunaan bahan api fosil seperti minyak,
arang batu dan gas asli sebagai bahan bakar dalam penjanaan elektrik oleh stesen
jana kuasa sememangnya mengundang kepada masalah pencemaran udara.
Beberapa langkah pencegahan perlu diambil bagi mengatasi masalah ini. Antara

SCE 3143 SAINS, TEKNOLOGI DAN MASYARAKAT

langkah-langkah yang akan diambil bagi meminimumkan pencemaran udara akibat


penggunaan arang batu sebagai bahan bakar adalah melalui pemasangan
Electrostatic Precipitator (ESP) iaitu sejenis perangkap habuk yang berupaya untuk
memerangkap 99.7% habuk produk pembakaran dari terlepas ke udara. Di samping
itu, penggunaan Flue Gas Desulphurization (FGD ) boleh diguna pakai dalam
operasi stesen jana kuasa bagi tujuan menyerap sulfur yang terhasil daripada
pembakaran arang batu, manakala penunu rendah NOx atau Low Nox Burner pula
dapat digunakan bagi mengawal kandungan Nitrogen Oksida (NOx). Sementara itu,
pemasangan stesen-stesen pengesan kualiti udara di kawasan yang berdekatan
penempatan penduduk juga perlu dilakukan supaya maklumat mengenai tahap
kualiti udara dapat disalurkan secara berterusan. Maklumat ini seterusnya perlulah
dipantau oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) bagi memastikan tahap pencemaran
udara berada pada paras yang telah ditetapkan.
Pada pandangan saya, bagi mengurangkan masalah pencemaran udara
yang berlaku daripada pembakaran petrol, rakyat Malaysia perlu menyahut seruan
kerajaan untuk sama-sama berusaha menjimatkan penggunaan petrol. Antaranya
adalah berkongsi kenderaan ke tempat kerja, menggunakan kenderaan awam yang
telah disediakan bagi mengurangkan jumlah kenderaan di atas jalan raya. Selain itu,
penggunaan sumber-sumber alternatif yang dihasilkan daripada tenaga boleh
diperbaharui juga boleh mengurangkan kesan negatif yang timbul daripada
penggunaan tenaga yang tidak boleh diperbaharui. Contoh sumber tenaga yang
tidak boleh diperbaharui adalah tenaga solar, tenaga hidro, biojisim, hidrogen dan
tenaga angin.
Secara kesimpulannya, satu sistem pengurusan sumber yang berkesan perlu
dilaksanakan bagi menjamin bekalan dan penggunaan sumber tenaga yang
berterusan bagi kegunaan manusia pada masa depan. Pihak stesen jana kuasa juga
perlulah sentiasa berusaha untuk meningkatkan kecekapan loji-loji penjanaan
supaya dapat menjimatkan kos operasi lalu memberi keselesaan dan kepuasan
kepada pelanggan-pelanggannya. Selain itu, pengguna-pengguna elektrik juga
digalakkan meminimumkan penggunaan elektrik.

SCE 3143 SAINS, TEKNOLOGI DAN MASYARAKAT

REFLEKSI :

Terlebih dahulu saya ingin menyampaikan ribuan terima kasih kepada


pensyarah kita Cikgu Loh Leh Chiong kerana telah banyak memberi bimbingan dan
dorongan membantu saya dalam penghasilan projek ini. Encik Loh juga telah
member penerangan dan membincangkan tajuk-tajuk semasa di dalam kuliah
SCE3143 agar kami tidak berlengah dan menangguhkan kerja kursus ini. Jika beliau
tidak melakukan perkara ini, nescaya kami tidak dapat menyiapkan tugasan itu dan
akan melakukannya pada masa-masa akhir. Hal ini akan menyebabkan tugasan
yang dihantar kurang berkualiti dan markah yang akan kami peroleh tidak
memuaskan. Oleh itu, kami telah menggunakan segala peluang yang di beri untuk
menyiapkan tugasan ini secepat mungkin.
Saya juga ingin menyampaikan terima kasih kepada rakan-rakan saya sama
ada dalam sesi perbincangan, pengumpulan data, memberi pandangan dan
penghasilan projek, yang telah banyak memberi bantuan kepada saya untuk
menyiapkan tugasan ini. Setelah menyiapkan tugasan projek ini, saya telah sedar
akan kepentingan sikap kerjasama dan toleransi semasa melakukan sesuatu tugas.
Tanpa sikap kerjasama dan toleransi, saya dan ahli kumpulan saya pasti tidak dapat
menyiapkan tugasan ini dalam masa yang telah ditetapkan.

SCE 3143 SAINS, TEKNOLOGI DAN MASYARAKAT

SCE3143 merupakan satu subjek yang menarik dan begitu dekat kepada
saya sebagai manusia di dunia ini dan juga pengajaran dan pembelajaran sains
saya di sekolah. Subjek ini juga mefokuskan kajian tentang kesan sains dan
teknologi kepada masyarakat. Skoh tajuk-tajuk sedemikian amat berguna dan
memperkembangkan pengetahuan dan kefahaman saya dalam perkembangan
sains dan teknologi dunia hari ini.
Melalui tugasan projek yang dilaksanakan pada kursus ini, sedikit sebanyak
saya mengetahui kemampanan sumber tenaga dan tenaga alternatif. Saya ingin
bersyukur kepada Tuhan atas rekaan dan ciptaan tuhan atas alam semula jadi ini
yang membekalkan sumber tenaga yang tidak terhingga untuk kegunaan manusia di
dunia ini. Melalui tugasan ini, saya juga lebih memahami jenis-jenis kemampanan
tenaga dengan lebih mendalam seperti tenaga solar, tenaga agin, tenaga hidro dan
sebagainya.

Melalui tugasan ini juga , saya faham Tenaga alternatif masih bukan menjadi
sumber tenaga utama. Sumber tenaga yang boleh diperbaharui adalah bergantung
kepada sumber itu sendiri. Di negara Malaysia, potensi perkembangan teknologi
tenaga yang diperbaharui masih pada bidang tenaga hidro. Pada pendapat saya,
sumber-sumber bahan fosil lain negara akan habis pada satu hari nanti, oleh itu
negara Malaysia perlu tingkatkan usaha dalam tenaga boleh diperbaharui dan
penyelidikan dititik beratkan untuk pembangunan teknologi tenaga alternatif demi
kepentingan dan kemajuan negara pada masa depan. Sekirannya bekalan tenaga
daripada sesuatu sumber terputus, kita masih mempunyai sumber lain untuk
menampungnya.
Kesimpulannya, sumber alternatif ini mempunyai banyak kebaikan daripada
keburukannya. Oleh itu, sumber alternatif ini perlu dijaga dan dipelopori oleh semua
pihak untuk memastikan sumber bahan fosil dapat dikekalkan daripada mengalami
kepupusan. Dengan itu, negara kita akan dipandang tinggi oleh masyarakat dunia
sekiranya Malaysia mempunyai pelbagai sumber tenaga alternatif yang diwujudkan.
Akhir kata, pada mulanya ia nampak seperti susah untuk di siapkan. Namun
berkat doa dan pertolongan pensyarah kami telah berjaya melakukannya. Tugasan

SCE 3143 SAINS, TEKNOLOGI DAN MASYARAKAT

yang telah diberikan telah berjaya kami siapkan tanpa berlengah. Akhirnya tugasan
projek kerja kursus SCE3143 yang diberikan telah berjaya saya siapkan.

KOH ING TAI


820818135897

Rujukan

Ambasht, R.S. & Ambast, P.K. (2005).Environment And Pollution. New Delhi: CBS
Publishers & Distributors.
Choong, C.H., Quek, Y.H., Chla, L.T., Choo, Y.T. & Sivajolthi a/p V.Kathirasou.
(1999). Biologi Fokus Jingga SPM. Selangor: Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
Gan, W.Y., Manoharan a/l Subramaniam & Azmah Bt. Rajion.(2011). Biologi
Tingkatan 4. Petaling Jaya: Bakaprep Sdn. Bhd.
Hamidi Abdul Aziz. (2008). PencemaranBunyi (Teori, Sumber, Perundangan dan
Kawalan). Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia.
Hamidi Ismail & Tuan Pah Rokiah Syed Hussain.(2006). Isu-isu Pengurusan Alam
Sekitar. Sintok: Penerbit Universiti Utara Malaysia.
Harris, F. (2004).Global Environment Issues. England: John Wiley & Sons, Ltd.

SCE 3143 SAINS, TEKNOLOGI DAN MASYARAKAT

Morgan, S.M. &Vesilind, P.A. (2004). Introduction to Environment Engineering.


United State: Thomsom Brooks Cole.
Pusat Perkembangan Kurikulum. (1986). Penghijauan Sekolah.Petaling Jaya: World
Wide Fund For Nature Malaysia.
Stidworthy, J. (1994). PencintaAlam. Shah Alam: Federal Publications Sdn .Bhd.
Sowry, J. (1982). Looking at Water. London: Batsford Academics and Educational
Ltd. London.
Zaini Ujang. (2000). . Kuala Lumpur: Dewan Bahasa danPustaka.
Laman Web
Jenis-jenis Pencemaran Di Malaysia Tarikh: 20 Ogos 2013
http://www.jomria.com/2012/03/jom-ketahui-5-jenis-jenis-pencemaran.html
Tajuk: PencemaranTarikh: 22 Ogos 2013 Masa: 1200
http://ingr97.wordpress.com/2011/09/10/pencemaran-alam-sekitar-bukuskrap/
Tajuk: Isu-isu Pencemaran Air Di Malaysia Tarikh: 23 Ogos 2013 Masa: 1000
http://guruselamanya.wordpress.com/2011/01/20/punca-punca-berlakunyapencemaran-air/
Tajuk: Bahan Kimia Dalam Air Yang TercemarTarikh: 11 Sept 2013 Masa: 1632
http://www.penapisrx-water.com/pencemaran-air-di-malaysia/
Tajuk: BeritaMengenaiPuncaPencemaran Air Tarikh: 15 Sept 2013 Masa: 1209
http://www.konsumerkini.net.my/v1/index.php/berita-terkini/alam-sekitar/570-puncapencemaran-air
Tajuk: BeritaMengenai Cara Merawat Air Tarikh: 17 Sept 2013 Masa: 1430
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?
y=2009&dt=0611&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sains_%26_Teknologi&pg=st_02.htm

Anda mungkin juga menyukai