Anda di halaman 1dari 13

WAJ3073 SENI DALAM PENDIDIKAN

1.0

Pengenalan

Pelbagai kaedah dan teknik digunakan untuk menghasilkan satu slot pengajaran
dan pembelajaran yang menarik untuk dihidangkan kepada pelajar-pelajar.Era
teknologi maklumat pada zaman ini menyebabkan pelajar-pelajar mudah bosan
sekiranya pengajaran dan pembelajaran yang tidak menarik dan hanya
menggunakan papan hitam dan kapur semata-mata.Sebagai seorang guru yang
berinovasi kita sepatutnya mencipta atau mereka bahan bantu mengajar yang
dapat menarik minat, merangsang kognitif, psikomotor serta afektif pelajarpelajar agar berada bersama guru ketika pembelajaran dan pengajaran
berlaku.Dengan

demikian,maka

dapatlah

pelajar-pelajar

membuat

penerokaan,memperoleh pengalaman dan membuat ekspresi hasil daripada


aktiviti pembelajaran dan pengajaran yang dijalankan.Dalam tugasan ini saya
fokuskan kepada penggunaan boneka dalam pembelajaran dan pembelajaran
seperti kehendak tugasan.Dalam tugasan ini saya perlu menjanakan idea melalui
pengalaman,pemerhatian dan pembacaan bagaimana aktiviti ini dapat membantu
murid-murid untuk membuat penerokaan,memperoleh pengalaman dan membuat
ekspresi hasil daripada aktiviti yang dijalankan dengan berkesan.
Menurut Piaget dan Vygotsky. Imaginasi terikat kepada cara bagaimana kanakkanak memahami dunia persekitarannya dan perkara-perkara yang berlaku
disekeliling mereka. Murid juga seharusnya diberikan peluang untuk memilih
bahan dan alatan yang boleh digunakan untuk pelbagai aktiviti bermain dan
aktiviti seni.

Apa yang penting, kanak-kanak seronok dan menurut kajian

daripada penggunaan boneka amat bermanfaat bagi meningkatkan keberkesanan


penyampaian penganjaran dan pembelajaran ataupun sebagai satu terapi untuk
kanak-kanak yang terganggu emosi.
Dalam teori Kecerdasan Manusia Gardner (1983) mengesyorkan bahawa terdapat
tujuh jenis kecerdasan pelbagai, ia amat menggalakkan murid mencapai objektif
kendiri dalam melancarkan lagi proses pembelajaran. Boneka amat membantu
guru

mencapai

objektif

pembelajaran

dengan

lebih

sempurna

kerana

WAJ3073 SENI DALAM PENDIDIKAN

pendekatannya yang menarik dan sememangnya mudah difahami oleh murid


sekaligus akan menjadikan suasana pembelajaran menyeronokkan dan bermakna.
2.0

Definisi Boneka

Boneka adalah sebarang benda objek yang digerak,lakonkan oleh pemain sama
ada secara sentuhan atau arahan yang bertujuan menyampaikan mesej. Apa-apa
sahaja benda atau objek ini dapat dijadikan boneka itu pemain akan mencuba
untuk menghidupkan watak sama ada menerusi dialog yang dipertuturkan oleh
pemain atau aksi boneka tanpa sebarang sebarang dialog.
Disamping itu,menurut kamus pelajar, boneka bermaksud barang permainan yang
menyerupai orang atau patung orang. Orang yang dianggap sebagai alat atau
barang permainan. Menurut kamus Dewan Bahasa Edisi Ke 4 pula, mentakrifkan
boneka adalah anak patung, anak-anakan. Patung yang boleh digerakkan dengan
tali atau dengan memasukkan tangan ke dalam dan menggerakkannya.
Menurut Wikipedia, Ensiklopedia Bebas pula, boneka berasal daripada
perkataan Portugis iaitu boneca yang bermaksud sejenis mainan yang dapat
berbentuk macam-macam terutamanya manusia atau haiwan serta tokoh-tokoh
fiksion.
2.1

Jenis-jenis Boneka

Terdapat lapan jenis boneka yang sesuai digunakan guru semasa proses
pengajaran.Walau bagaimanapun ,jenis boneka ini boleh dibahagikan berdasarkan
cara menyediakan dan menggunakannya.Antaranya ialah:
2.1.1

Boneka Sarung Tangan


Boneka ini boleh diubah menjadi badan atau anggota boneka. Semasa

menggunakan jenis ini, kesemua jari atau sebilangan jari dimasukkan ke dalam
sarung tangan itu dan pemain boleh gerakkan tangan bagi menggerakkan watak.
Manakala setiap jari mempunyai peranan masing-masing. Misalnya jika tema

WAJ3073 SENI DALAM PENDIDIKAN

keluarga, jari ibu mewakili boneka bapa, jari telunjuk boneka emak, jari hantu
boneka abang, jari manis boneka kakak dan jari kelingking ialah boneka adik.
Boneka jari ini juga dikenali sebagai finger puppets. Boneka ini boleh dihasilkan
daripada kertas, kain felt atau benang kait yang dilukiskan wataknya dan saiznya
sesuai dengan jari kanak-kanak.
2.1.2

Boneka Lidi

Boneka lidi diperbuat daripada bahan yang keras atau tebal. Kemudia lidi panjang
diletakkan pada badan boneka atau anggota tertentu bagi menggerakkannya. Rupa
bentuk boneka dilukis di atas kertas yang tebal,, diwarnakan dan bentuknya di
potong keluar. Boneka ini juga boleh dibuat daripada kulit,, kad manila, plastik
lutsinar atau kertas biasa kemudian dilaminatekan ia. Boneka ini sangat senang
dihasilkan dan kanak-kanak sendiri boleh lakukan di mana guru hanya memberi
template boneka, contohnya kaum-kaum di Malaysia. Setelah siap mereka
gamkan pada lidi dan boleh melakonkan aksi spontan menggunakan boneka itu
bersama-sama temannya.
2.1.3

Shadow Puppets

Boneka Shadow Puppets atau lebih dikenali dengan wayang kulit bagi masyarakat
kita amat popular di gunakan untuk persembahan cerita, diikuti dengan nyanyian
dan tarian. . Biasanya boneka ini nipis dan berbentuk dua dimensi. Lidi-lidi halus
diletakkan pada tempat-tempat tertentu di bahagian badan boneka itu. Semasa
memainkan boneka ini, ia ditempatkan dibahagian belakang satu skrin putih.
Lampu dinyalakan dan bayang-bayang boneka tersebut akan kelihatan di atas
skrin . lidi digoyangkan untuk menggerakkan anggota boneka. Wayang ini
biasanya dimainkan untuk menghiburkan orang ramai. Contohnya wayang kulit.
Watak-watak yang dibentukkan juga hendaklah menarik misalnya seperti bentuk
yang boleh digerak-gerakkan, mulut yang boleh dibuka dan ditutup dan sayap
yang boleh dikepakkan. Shadow Puppets memerlukan kemahiran yang tinggi
dalam pengawalan pergerakan watak-watak yang dibina dalam plot sesebuah
cerita

WAJ3073 SENI DALAM PENDIDIKAN

Shadow Puppets amat popular di gunakan untuk persembahan cerita, diikuti


dengan nyanyian dan tarian. . Biasanya boneka ini nipis dan berbentuk dua
dimensi. Lidi-lidi halus diletakkan pada tempat-tempat tertentu di bahagian badan
boneka itu. Semasa memainkan boneka ini, ia ditempatkan dibahagian belakang
satu skrin putih. Lampu dinyalakan dan bayang-bayang boneka tersebut akan
kelihatan di atas skrin . lidi digoyangkan untuk menggerakkan anggota boneka.
Wayang ini biasanya dimainkan untuk menghiburkan orang ramai. Contohnya
wayang kulit. Watak-watak yang dibentukkan juga hendaklah menarik misalnya
seperti bentuk yang boleh digerak-gerakkan, mulut yang boleh dibuka dan ditutup
dan sayap yang boleh dikepakkan. Shadow Puppets memerlukan kemahiran yang
tinggi dalam pengawalan pergerakan watak-watak yang dibina dalam plot
sesebuah cerita
2.1.4

Boneka Bertali

Boneka bertali diperbuat daripada bahan-bahan keras seperti paper macheplaster-of-Paris atau kayu. Ada juga boneka tali dihasilkan menggunakan belon.
Tali-tali halus disambungkan kepada bahagian-bahagian boneka yang boleh
bergerak. Tali yang digunakan adalah jenis tali biasa atau tali tangsi yang lebih
elastic supaya pergerakannya lebih nampak natural. Semasa digunakan tali akan
ditarik-tarik untuk menggerakkan anggota badan boneka. Boneka jenis ini sesuai
digunakan untuk watak seperti berlari, terbang, menggelongsor dan melompat.
2.1.5

Boneka Tangan
Boneka tangan merupakan alat yang paling mudah untuk dihasilkan dan

selalu juga digunakan oleh guru sebagai bahan bantu mengajar untuk kanak-kanak
prasekolah kerana ianya sangat menarik dan efektif. Antara bahan yang boleh
dijadikan boneka tangan adalah stokin, beg kertas, sarung tangan, sampul surat,
kotak dan sebagainya.

WAJ3073 SENI DALAM PENDIDIKAN

3.0

Kaedah Pelaksanaan Persembahan Boneka


Guru perlulah merancang

dengan teliti sebelum penggunaan teknik

boneka dilakukan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Perancangan yang


betul akan memastikan kaedah ini dapat digunakan dengan berkesan dan
mencapai objektif yang hendak dicapai.Antara pertimbangan yang perlu
dilakukan sebelum kaedah persembahan boneka digunakan adalah:
3.1

Pemilihan jenis cerita

Pemilihan jenis cerita yang sesuai dengan kemahiran yang hendak diajar adalah
penting. Terdapat pelbagai jenis cerita yang dijadikan bahan untuk kanak-kanak
antaranya mengenai cerita haiwan, kehidupan seharian, keadaan semasa dan lainlain lagi. Teknik bercerita dengan menggunakan boneka ini sesuai digunakan bagi
pengajaran bertema yang dihubungkaitkan dengan tajuk pengajaran lain seperti
mewarna, pengetahuan sains, dan pengajaran bahasa. Terdapat pelbagai jenis
boneka yang boleh disesuaikan untuk aktiviti bercerita. Pencerita mempunyai dua
pilihan untuk menggunakan teknik ini. Pertama, memilih cerita terlebih dahulu
untuk mencipta skrip, kemudian membina boneka berdasarkan watak-watak
dalam cerita tersebut. Kedua, pencerita menggunakan sebarang boneka yang akan
menjadi watak dalam cerita. Cara kedua ini lebih memberi kebebasan kepada
pencerita di samping menggalakkan daya kreativiti pendengar. Bagi bahan cerita
yang pendek dan terlalu panjang, pencerita perlu menulis dalam bentuk skrip
berdasarkan cerita itu, sama ada memanjangkan atau memendekkan skripnya.
Dialog skrip tidak perlu menggunakan ayat yang panjang dan haruslah
disesuaikan dengan pemahaman kanak-kanak.
3.2

Persekitaran

Persekitaran tempat pertunjukan boneka perlu lapang. Ruang yang hendak


digunakan

bolehlah

dihamparkan sebidang permaidani untuk membolehkan

murid-murid duduk dengan selesa sambil menghadap kepada pentas boneka.

WAJ3073 SENI DALAM PENDIDIKAN

3.3

Susun atur

Boneka hendaklah disusun di sudut perkenbangan bahasa atau di sudut komponen


kreativiti dan estetika. Tempat persembahan boneka perlulah lapang tanpa ada
sebarang gangguan yang boleh menghalang perjalanan persembahan itu. Susun
atur boneka hendaklah mengikut cerita yang hendak disampaikan. Manakala
pentas boneka dicadangkan menggunakan pentas kerusi, pentas tingkap, pentas
meja, pentas pintu, pentas papan lipat, OHP dan tanpa menggunakan pentas.
3.4

Teknik penyampaian

Terdapat beberapa teknik penyampaian dengan menggunakan boneka. Satu


daripada teknik yang boleh digunakan ialah pencerita menggerak lakonkan
boneka dengan berdialog secara selari duduk di depan pendengar tanpa
menggunakan pentas. Pencerita boleh juga mendapatkan khidmat pembantu
dalam menggeraklakonkan boneka. Cara kedua ini disesuaikan dengan pentas
boneka. Semasa bercerita, gerak lakon boneka disesuaikan dengan dialog seolaholah boneka berkomunikasi dengan pendengar. Kedudukan boneka di pentas perlu
diambil kira iaitu keluar masuk pentas , jarak serta pertukaran masa dan waktu.
Kesan muzik latar boleh digunakan untuk menjadikan cerita lebih menarik.
4.0

Keberkesanan Persembahan Boneka dalam Penerokaan,Memperoleh


Pengalaman dan Ekspresi Murid.

Boneka merupakan salah satu permainan tertua di dunia kerana permainan ini
telah menjadi salah satu alat hiburan dalam kalangan orang kebanyakan sejak
zaman ketamadunan Yunani, Romawi dan Mesir lagi. Perkataan boneka berasal
daripada bahasa Portugis Boneca yang membawa maksud hidup.
Konsep boneka amat mudah difahami kerana setiap objek boleh dijadikan sebagai
boneka selagi objek itu digerakkan oleh pemain. Pemain berperanan untuk
menghidupkan watak boneka itu untuk menyampaikan mesej secara lisan dan
pergerakan tubuh. Boneka boleh terdiri daripada haiwan, bunga, atau sebarang

WAJ3073 SENI DALAM PENDIDIKAN

objek untuk dianimasikan dan dimanipulasikan oleh pemain dalam persembahan


mereka.
Teori Konstruktivisme menyatakan bahawa kanak-kanak yang diajar melalui
pembelajaran secara meneroka, bereksperimen dan mengolah bahan atau objek
akan dapat mengekspresikan idea secara bebas dan kreatif, kerana adanya unsurunsur seni dalam pendidikan dalam pembelajaran mereka. Herman (1991), di
dalam Quadrant Concept menyatakan bahawa seni dapat membantu pemikiran
rasional dan intiutif seseorang individu.Penggunaan boneka dalam aktiviti
pengajaran dan pembelajaran juga adalah antara unsur seni pergerakan dalam
pendidikan yang melibatkan didik hibur.
Persembahan boneka berkumpulan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran
dapat meningkatkan daya imaginasi murid-murid. Jackman (1977) berpendapat
boneka adalah salah satu cara yang menghiburkan dan dapat menarik minat
kanak-kanak ke arah pemikiran kreatif dan imaginatif. Menurutnya lagi,
penggunaan boneka dapat membantu perkembangan kemahiran afektif, kognitif
dan fizikal. Dalam sesi pengajaran dan pembelajaran, boneka digunakan untiuk
menyampaikan cerita agar penyampaian menjadi lebih menarik dan berupaya
menarik perhatian kanak-kanak. Di samping itu permainan boneka dapat
meningkatkan daya imaginasi murid dapat ditingkatkan kerana teknik ini dapat
mencerna atau mencampah daya pemikiran murid ke tahap yang optimum.
Persembahan boneka ini dapat menggalakkan kemahiran berfikir murid dengan
lebih kreatif dan kritis. meningkatkan daya kreativiti mereka dan merangsang otak
mereka

untuk

lebih

berfikir.Murid-murid

sekolah

rendah

terutamanya,sememangnya gemar pada sesuatu yang boleh mereka rasa,pegang


dan alami sendiri.Membayangkan bagaimana watak dan perwatakan yang mereka
lakonkan meningkatkan

daya imaginasi murid. Bermain sambil belajar juga

merupakan salah satu aktiviti yang terdapat dalam tunjang Kurikulum standard
Sekolah Rendah iaitu Didik Hibur. Menurut Fauziah Md. Jaafar, aktiviti bermain
merupakan satu aktiviti yang menjadi fitrah bagi kanak-kanak. Mereka akan

WAJ3073 SENI DALAM PENDIDIKAN

meneroka, menjelajah, inkuiri penemuan dan pembinaan melalui pengalaman


langsung secara semula jadi.
Selain itu, dapat merangsang kemahiran berbahasa murid.Melalui
persembahan boneka

terbukti dapat merangsang kemahiran berbahasa murid

kerana teknik ini menuntut murid berdialog secara spontan.


Dengan ini, murid perlu menguasai kemahiran berbahasa terlebih dahulu
sebelum berupaya menuturkan dialog mereka. Murid berupaya menggunakan
bahasa secara pragmatik iaitu bahasa yang bermakna mengikut konteks. Murid
juga boleh menggunakan bahasa secara spontan dengan lebih bermakna
bersesuaian dengan situasi. Melalui situasi ini, maka watak dan perwatakan yang
telah diamanahkan kepada setiap murid ini akan dilakukan dengan baik.Mereka
akan menggunakan bahasa yang betul untuk berkomunikasi.Sewajarnya, mereka
juga akan menyampaikan dialog-dialog boneka ini dengan intonasi dan gaya
penyampaian yang tersendiri mengikut kreativiti masing-masing.Penerokaan
watak dan perwatakan akan berlaku apabila mereka cuba untuk melakonkan
watak dan perwatakan yang diberi dengan berkesan.Misalnya,lakonan boneka
tangan yang membawa watak seorang ibu memarahi anaknya yang tidak
menyiapkan kerja sekolah.Maka murid-murid ini akan menggunakan intonasi
seorang ibu dan seorang anak.Secara tidak langsung aktiviti persembahan boneka
berkumpulan ini mengguna dan memperkukuh kemahiran bahasa melalui
pengalaman sebenar serta aktiviti yang menggembirakan.Pembelajaran sebegini
akan lebih kekal dalam diri murid-murid. Di samping itu, murid-murid merasai
dan mengalami pengalaman yang cukup menarik melalui persembahan boneka
dalam bilik darjah.Melalui penerokaan jalan cerita memberi peluang untuk muridmurid menghafaz dan memahami jalan cerita yang akan disampaikan. Dalam
aktiviti ini, murid hendaklah berpura-pura menjadi seseorang yang lain dan
berlainan dengan dirinya. Mereka diberikan peranan tertentu dan meminta kanakkanak memikirkan cara (dia) untuk beraksi dan memberikan respons terhadap
sesuatu situasi.Untuk menghayati watak yang diberikan, murid perlu dilatih untuk
melakukan justifikasi terhadap watak dengan mengemukakan beberapa soalan

WAJ3073 SENI DALAM PENDIDIKAN

seperti nama penuh watak, umur ,latar belakang keluarga, pekerjaan, sikap dan
tingkah laku, hobi atau minat, dan pelbagai kemungkinan tentang peribadi watak
yang di lakonkan. Guru boleh memilih peranan berdasarkan watak daripada orang
persekitaran murid, cerita rakyat, cerita yang pernah dibaca di dalam kelas, drama
atau filem yang pernah ditonton serta berdasarkan gambar.
Komunikasi mempunyai kepentingan kepada kehidupan kita seharian.
Menurut Baran dan Davis (2000) komunikasi dapat menyebarkan informasi dan
amaran,

menjalinkan

hubungan

dengan

kelompok-kelompok

di

dalam

masyarakat, transmisi budaya masyarakat dan hiburan. Komunikasi dapat


menyebarkan informasi semasa dan terkini mengenai keadaan persekitaran
manusia. Ianya juga bertindak menyampaikan amaran yang berupa peringatan
kepada sesebuah masyarakat atau kelompok yang terbabit.Melalui pengalaman
pengajaran di sekolah ini, didapati bahawa terdapat murid-murid yang kurang
berkomunikasi dan tidak aktif semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran
dijalankan di dalam kelas dapat berkomunikasi dan memberikan

idea atau

pendapat apabila diminta oleh guru setelah terlibat dengan beberapa aktiviti
persembahan boneka dalam kelas.
Boneka

mempunyai

beberapa

kelebihan

kerana

boneka

boleh

menyampaikan mesej dengan efektif. Di sebalik teknik boneka yang


menggunakan kaedah penceritaan ini, pelbagai mesej positif dan nilai murni dapat
diselitkan dalam persembahan tersebut. Guru perlu kreatif dalam merangka
perjalanan cerita yang bukan sahaja menarik dan menghiburkan malah
mengandungi beraneka nilai murni.
juga,memberi

Persembahan boneka dalam bilik darjah

pendedahan dan penerokaan kemahiran berkomunikasi kepada

kanak-kanak. Kanak-kanak yang mempunyai masalah komunikasi seperti kanakkanak autisme sepatutnya diberi teknik mengajar dengan menggunakan boneka.
Mereka akan tertarik dengan penceritaan menggunakan boneka. Hal ini secara
tidak langsung dapat memulihkan masalah komunikasi mereka sedikit demi
sedikit. Kanak-kanak juga dapat menambah perbendaharaan kata mereka. Hal ini
membuktikan bahawa persembahan boneka secara berkumpulan oleh murid-

WAJ3073 SENI DALAM PENDIDIKAN

murid amat memberi impak yang besar dalam keberkesanan pembelajaran dan
pengajaran.

Penerokaan

juga

terus

berlaku

menambahkan

bilangan

perbendaharaan kata murid-murid.Kecekapan berbahasa akan membantu muridmurid berfikir memahami konsep,berimaginasi,melahirkan idea,berinteraksi dan
berkomunikasi dengan berkesan.
Pengalaman mereka dalam persembahan boneka ini akan memupuk keyakinan
dan keberanian dalam diri murid-murid ini untuk berkomunikasi.Berkomunikasi
dan berinteraksi merupakan kemahiran yang penting dalam bahasa kerana
mendengar dan bertutur merupakan asas kepada sesuatu bahasa.
Pengalaman adalah guru yang paling berkesan dalam mengajar dan
mendidik murid-murid.Persembahan boneka dalam aktiviti pembelajaran dan
pengajaran mendedahkan murid-murid untuk bekerjasama secara kumpulan.
Memupuk nilai-nilai murni seperti ini bukanlah satu perkara yang mudah dalam
diri murid-murid.Melalui aktiviti boneka ini akan menerapkan secara tidak
langsung nilai-nilai seperti baik hati,kerjasama dan bertolak ansur dalam diri
murid-murid.Melalui aktiviti yang mereka alami sendiri merupakan satu
pengalaman yang amat bermakna kepada murid-murid. ini boleh merangsang
pemikiran mereka Mereka suka meneroka perkara-perkara baru yang menarik
perhatian mereka. Perkara-perkara
Persembahan boneka dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran
memberi peluang kepada murid-murid untuk meneroka pelbagai sudut yang
mereka lihat, dengar, sentuh, bergerak dan berfikir dengan setiap aktiviti
pembelajaran. Ini dapat menyediakan cara tambahan untuk belajar membaca,
menulis dan mengira bahkan menggalakkan mereka dengan memberi pelbagai
pandangan dan bahasa untuk mereka berfikir secara kreatif, imaginative dan
kritis. Bukan itu sahaja, bahkan penggunaan boneka dalam pendidikan dapat
memberikan kanak-kanak keseronokkan dan kegirangan di dalam bilik darjah.
Pelajar digalakkan untuk meneroka dengan membuat ekperimen, menyelidik dan
mencipta menggunakan pelbagai idea dan bahan. Tujuannya adalah untuk
menjadikan pelajar menjadi seorang yang benar-benar lebih berimaginatif.

WAJ3073 SENI DALAM PENDIDIKAN

Pengalaman yang diperolehi dalam persembahan boneka boleh melibatkan


kesedaran kinestetik yang mendalam, kepintaran mengunakan tubuh badan dan
pengalaman ini akan memberi peluang kepada kanak-kanak untuk menyelesaikan
masalah, membuat eksperimentasi, meneroka, mengambil risiko, mencipta secara
kreatif, membuat penilaian dan bijak membuat pilihan. Aktiviti persembahan
boneka yang menarik memberi peluang kepada pelajar untuk menemui potensi
ekspresif diri melalui perkataan, bunyi, pergerakan dan visual mereka. Bahasabahasa simbol yang digunakan untuk membuat ekspresi dalam lakonan boneka
mereka. Ini akan membantu para pelajar untuk merasa, menyentuh, mendengar
dan melihat secara langsung dunia mereka dengan cara tersendiri. Pelajar akan
meluahkan pandangan mereka dengan cara yang seakan-akan sama dengan apa
yang dialami dan difahami oleh orang lain. Penerokaan, memperolehi pengalaman
dan luahah ekspresi merupakan satu aktiviti yang penting dalam pembelajaran. Ini
adalah disebabkan pada topik ini pelajar diberi peluang pendedahan mengenai
cara-cara untuk penerokaan dan cara-cara untuk pengolahan dan memanipulasi
sesuatu aktiviti. Di samping itu juga pelajar telah diberi pendedahan mengenai
dengan unsur-unsur perasaan dan emosi pelajar dan tahu bagaimana untuk
menguruskan emosi supaya boleh meluahkan perasaan terhadap ekspresi
diri.Melalui aktiviti persembahan boneka juga dapat memberi satu suntikan
motivasi untuk mereka terus beraksi dan ini akan membentuk pembinaan sahsiah
yang positif ketika berhadapan dengan khalayak penonton.
Dapatan analisis daripada teknik boneka menunjukkan bahawa perlaksanaan
teknik ini dalam pengajaran dan pembelajaran amat relevan. Teknik ini wajar
dipraktiskan oleh guru untuk memastikan pembelajaran kanak-kanak dapat
dijalankan selari dengan perkembangan mereka.Penglibatan murid dalam
persembahan
membuat

berkumpulan di dalam bilik darjah dapat membantu murid

ekspresi

hasil

daripada

aktiviti

yang

dijalankan

dengan

berkesan.Aktiviti pembelajaran menggunakan persembahan boneka dalam bentuk


berkumpulan dapat merangsang minda murid untuk memahami sesuatu pelajaran
itu dengan lebih berkesan terutama dalam kemahiran lisan,kefahaman dan
membina sebuah ayat.Dengan menggunakan boneka untuk sesi pembelajaran dan

WAJ3073 SENI DALAM PENDIDIKAN

pengajaran

didalam

bilik

darjah

dapat

meningkatkan

daya

kreativiti,perkembangan komunikasi dan bahasa,sosio emosi,menambah ilmu


pengelahuan dan pengalaman.Kepentingan boneka dengan hubungan kurikulum
serta pengalaman adalah untuk mempengaruhi kanak-kanak ,menghubungkait
dengan keseronokan meningkatkan perhatian murid-murid. Aktiviti ambil peranan
(main peranan) yang berlaku dalam main dramatik dapat menyumbang kepada
salah satu aspek perkembangan sosial iaitu keupayaan untuk melihat dunia dari
perspektif orang lain.
Kesimpulannya,aktiviti persembahan boneka dalam bilik darjah dapat
membantu murid-murid untuk membuat penerokaan,memperoleh pengalaman dan
membuat

ekspresi

imaginasi,merangsang

melalui

pelbagai

kemahiran

sudut

seperti

meningkatkan

berkomunikasi,merangsang

daya

kemahiran

berbahasa,meningkat keyakinan diri dan bijak mengurus emosi dan sanggup


berkolaborasi dalam menjayakan aktiviti yang diberi.Malah penggunaan boneka
dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran juga dapat memberi peluang kepada
murid-murid mempelajari bahasa dalam suasana yang menarik dan berkesan serta
meluaskan perbendaharaan kata.Mengguna dan memperkukuhkan kemahiran
mendengar

dan

bertutur

melalui

pengalaman

sebenar

yang

mengembirakan.Mempercepat dan mempermudahkan pemahaman murid-murid


terhadap sesuatu peristiwa ataupun cerita.Disamping,memupuk daya kreativiti
untuk menghasilkan ciptaan dan karya seni melahir rasa seronok dan
mengekalkan minat untuk belajar serta meredakan tekanan dalam diri kanakkanak.

WAJ3073 SENI DALAM PENDIDIKAN

Rujukan
Loy, C.L. (2004). Teater boneka sarung tangan di Perpustakaan Negara
Malaysia: Unsur-unsur pendidikan dan teknik persembahan. Kuala
Lumpur: Pusat Kebudayaan Universiti Malaya
Zaharatullaili Mohd Daud. (2006). Penggunaan boneka dalam pengajaran
dan pembelajaran prasekolah di Daerah Raub satu tinjauan KSPK.
Kuala Lumpur: Institut Bahasa Melayu Malaysia.
Jurnal
Fadhila Bt Mohd Alihan & Idrul Hisham Bin Ismail(2013),
Penggunaan Boneka Tangan Dalam Kaedah Bercerita dan Kesannya Terhadap
Kemahiran Komunikasi Kanak-Kanak Pendidikan Khas.Jabatan Ilmu Pendidikan,
IPG Kampus Dato Razali Ismail.
Internet
http://teachersyafa.blogspot.com/2013/09/konsep-boneka-dalam-pengajarandan.html
http://researchipbmm2008.blogspot.com/2012/07/contoh-kajian-tindakan-normal0-false.html
http://www.slideshare.net/VaruniSankaranNair/kajian-ringkas-boneka
http://bonekaimoets.blogspot.com/2012/11/jenis-jenis-boneka.html
http://jombelajarsenivisual.blogspot.com/2013/04/apa-itu-boneka.html
http://cikamal.com/penggunaan-boneka-dalam-membantu-perkembangan-bahasaawal-kanak-kanak.html

Anda mungkin juga menyukai