Anda di halaman 1dari 1

SITI KAMILA SUANDI

NO.IC: 850507-01-5748
PTD 5818, JLN MAWAR
BDR BARU IBRAHIM MAJID
86200 SIMPANG RENGAM
KLUANG,JOHOR

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA,


BAHAGIAN SUMBER MANUSIA,
ARAS 1-5, BLOK E12,
KOMPLEKS KERAJAAN PARCEL E,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN,
62604 PUTRAJAYA.
(u.p : MOHD FAIRUZ BIN MOHAMAD ASROH) 15 Jan 2010

Tuan,
Pengambilan Jawatan Guru Sandaran Tidak Terlatih di Sekolah Agama Bantuan
Kerajaan, Kementerian Pelajaran Malaysia
Adalah dengan hormatnya dimaklumkan perkara di atas adalah merujuk.
2. Pada 17 Feb 2009 di Sekolah Menengah Kebangsaan Mohd Khalid, saya telah hadir
menjalani sesi temuduga jawatan tersebut. Saya mengucapkan terima kasih kepada pihak tuan
kerana saya terpilih menghadiri temuduga.Oleh yang demikian, saya amat berharap pihak
tuan dapat mempertimbangkan permohonan saya untuk dilantik sebagai guru sandaran.
3. Sehubungan dengan itu, saya amat menaruh harapan supaya pihak tuan dapat menawarkan
jawatan tersebut kepada saya kerana saya amat berminat untuk menjadi seorang pendidik.
Untuk pengetahuan pihak tuan, saya telah berkhidmat sebagai seorang guru Kumpulan Guru
Simpanan Kerajaan (KGSK) selama 6 bulan dan Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT)
selama 1 tahun.
4. Saya berminat dalam menceburi bidang ini kerana merasakan jiwa saya sangat serasi
dalam bidang ini. Pengalaman mengajar telah memberikan satu kelebihan buat diri saya. Saya
sanggup untuk belajar sesuatu yang baru dan sanggup untuk dihantar bertugas di mana-mana.
Saya amat berharap agar permohonan saya sebagai guru sandaran ini mendapat pertimbangan
yang sewajarnya dari pihak tuan.
5. Di sini juga saya sertakan bukti-bukti saya pernah berkhidmat sebagai Guru Sandaran
Tidak Terlatih serta salinan sijil-sijil yang diperlukan untuk semakan dan tindakan pihak
tuan. Sekali lagi saya amat berharap agar pihak tuan dapat membuat pertimbangan yang
sewajarnya terhadap permohonan saya ini. Jasa baik pihak tuan saya dahului dengan ucapan
ribuan terima kasih.
Sekian, terima kasih.
Yang benar,

(SITI KAMILA SUANDI)