Anda di halaman 1dari 26

No.

Kad Pengenalan: 630430-03-5550

RINGKASAN EKSEKUTIF;

Penerangan ringkas berkaitan Perpaduan rakyat sebagai satu cabaran

utama Kerajaan Malaysia dan Pendidikan di Malaysia yang dijadikan wahana

untuk menyatupadukan masyarakat berbilang kaum semenjak sebelum

merdeka, sebagaimana dinyatakan dalam Penyata Razak 1956, dilakarkan

dalam pendahuluan kertas ini. Diikuti dengan masalah perpaduan dan hasrat

penubuhan Sekolah Kebangsaan (SK) dengan ciri-ciri sekolah perkasa.

Selepas penjelasan definisi perpaduan, pendidikan dan

memperkasakan, kertas ini mengariskan Sembilan Cabaran Wawasan 2020

dan menyentuh peranan pendidikan dalam proses pembinaan bangsa

Malaysia menuju Wawasan 2020. Disusuli pula dengan Imbasan

Perkembangan Pendidikan di Malaysia

Seterusnya dihuraikan bagaimana Penyata Razak 1956 sebagai batu

asas bagi perkembangan Sistem Pendidikan Kebangsaan dapat mewujudkan

penyatuan kaum. Huraian diteruskan dengan menghubungkaitkan bagaimana

Dasar dan Rangka Kerja dapat mewujudkan perpaduan dan pembangunan

Negara. Dasar Pendidikan Kebangsaan berkaitan kurikulum, kokurikulum,

peperiksan dan penggunaan bahasa pengantar yang sama. Kemudian

diteruskan dengan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) dengan teras

pertama dan ketiga yang berfokuskan perpaduan dan memperkasakan

sekolah.

Rancangan Malaysia Kesembilan dengan empat agenda utamanya

yang berkaitan dengan Pendidikan dinyatakan dalam helaian seterusnya, dan

diikuti pula dengan Isu dan cabaran perpaduan kaum di peringkat pelajar.

1
No. Kad Pengenalan: 630430-03-5550

Sebelum penutup kertas ini menjelaskan program-program yang

dijalankan di sekolah-sekolah sebagai strategi pelaksanaan dalam

mewujudkan perpaduan dan memperkasakan sekolah. Di antaranya ialah

Penubuhan Kelab Rukun Negara, Nyanyian Lagu Negaraku dan Lagu Negeri,

Sekolah Penyayang, Pemuafakatan Sekolah dan Masyarakat, Pelaksanaan

RIMUP, Penyertaan Dalam Kokurikulum, Sambutan Bulan Patriotisme dan

Kemerdekaan, Lawatan Sambil Belajar, Pengurusan Disiplin, Hari Keluarga

dan Sukaneka, Acara Kebudayaan dan Kesenian, Perkhemahan Bina Insan,

Majlis Sambutan Hari Raya dan Tahun Baru Cina, Sistem Rumah, Aktiviti

Riadah Luar Sekolah dan Tabung Kebajikan.

Bahagian akhir kertas ini merumuskan bahawa, pelajar hari ini adalah

bakal pemimpin dan pembina negara pada masa akan datang. Mereka berasal

dari wilayah yang berlainan dan menjadi ahli dalam komuniti sebuah sekolah

yang terdiri dari para guru, kakitangan sokongan yang berbilang kaum dan dari

daerah yang berlainan termasuk dari Sabah dan Sarawak. Alam persekolahan

dan mungkin kehidupan di asrama merupakan medan terbaik untuk melatih

komuniti kecil masyarakat Malaysia membina keyakinan para pelajar dan

warga sekolah peri pentingnya perpaduan ke arah pencapaian akademik,

kokurikulum dan pembinaan sahsiah yang cemerlang dan seterusnya

memperkasakan sekolah.

2
No. Kad Pengenalan: 630430-03-5550

SOALAN 2

Pendidikan di Malaysia bukan sahaja bertujuan untuk memenuhi

keperluan manusia tetapi juga untuk meningkatkan perpaduan antara

kaum. Pendidikan sebagai alat perpaduan kaum jelas dinyatakan dalam

Penyata Razak 1956 dan merupakan cabaran paling utama dalam usaha

negara mencapai matlamat Wawasan 2020.

Bagaimanakah anda sebagai seorang pendidik mentafsir hasrat tersebut

dalam mewujudkan perpaduan antara kaum dan memperkasakan

sekolah.

Pengenalan

Perpaduan rakyat menjadi satu cabaran utama yang dihadapi oleh

Kerajaan Malaysia. Isu perpaduan adalah utama dari sembilan cabaran untuk

mencapai matlamat Wawasan 2020 yang berbunyi ”Mewujudkan bangsa

Malaysia yang bersatu padu yang mempunyai matlamat yang serupa dan

boleh dikongsi bersama, berintegrasi di peringkat Wilayah dan antara kaum,

berasaskan persamaan hak dan keadilan”

Semenjak sebelum merdeka, Pendidikan telah dijadikan wahana untuk

menyatupadukan masyarakat berbilang kaum sebagaimana jelas dinyatakan

dalam Penyata Razak 1956 dan menjadi cabaran negara dalam usaha untuk

mencapai matlamat Wawasan 2020. Manakala hasrat penubuhan Sekolah

Kebangsaan (SK) telah diilhamkan oleh para pemimpin negara sebagai

wahana untuk perpaduan rakyat pelbagai kaum. SK diharap dapat dijadikan

3
No. Kad Pengenalan: 630430-03-5550

tempat untuk generasi muda hidup bermasyarakat, saling bekerjasama antara

satu sama lain serta melahirkan rakyat yang setia dan menyumbang kepada

kesejahteraan Negara.

SK merujuk kepada sekolah rendah kebangsaan dan sekolah

menengah harian yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa

pengantar. Sekolah-sekolah ini ditubuhkan sebagai sekolah aliran perdana bagi

memupuk perpaduan rakyat Malaysia. Walau bagaimanapun, terdapat

beberapa kelemahan yang perlu diatasi supaya SK menjadi sekolah pilihan

utama masyarakat. Sehingga kini, masih terdapat SK yang mempunyai

prasarana kurang memuaskan, terutama di kawasan pedalaman. Selain itu,

terdapat anggapan masyarakat bahawa pencapaian akademik di SK adalah

lebih rendah berbanding sekolah rendah aliran Cina. Masyarakat bukan

Bumiputera mempunyai tanggapan bahawa SK juga terlalu bercirikan Islam

manakala masyarakat Islam pula menyatakan sebaliknya.

Adalah menjadi hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia

melalui setiap pendidiknya untuk mewujudkan perpaduan antara

kaum dan memperkasakan sekolah dengan :

CIRI-CIRI SEKOLAH PERKASA

 INFRASTRUKTUR LENGKAP DAN BERKUALITI

 PEMIMPIN DAN GURU CEKAP, TERLATIH DAN BERKUALITI

 IKLIM DAN BUDAYA SEKOLAH SIHAT

 SEMUA PELAJAR MENGUASAI 3M

 PENAWARAN DAN PELAKSANAAN KURIKULUM BERASASKAN

PELANGGAN

4
No. Kad Pengenalan: 630430-03-5550

 PENAWARAN DAN PELAKSANAAN KOKURIKULUM YANG

BERKESAN

 MENAWARKAN BAHASA CINA DAN BAHASA TAMIL

 PENCAPAIAN AKADEMIK CEMERLANG

 PENCAPAIAN SAHSIAH PELAJAR CEMERLANG

 SISTEM SOKONGAN YANG KUAT DAN MENCUKUPI

 BERASPIRASI NASIONAL

Definisi

Perpaduan dapat diertikan sebagai hubungan erat bersifat toleransi

yang diwujudkan secara sengaja dalam kalangan kaum dan etnik yang

berbeza untuk mencapai matlamat bersama secara jujur dan ikhlas. Dalam

kata lain perpaduan adalah proses menyatupadukan seluruh masyarakat untuk

membentuk satu identiti dan nilai bersama serta perasaan cinta dan

banggakan Negara. Di samping itu juga, definisi perpaduan menurut Kamus

Bahasa Melayu terbitan Fajar Bakti Sdn Bhd mentakrifkan sebagai

penggabungan, peleburan, persesuaian, kecocokan dan perihal berpadu iaitu

bergabung menjadi satu, sepakat dan sebagainya. Menurut Kamus Dewan

1994, pendidikan bermaksud sesuatu proses belajar dan juga mengajar.

Manakala maksud bagi perkataan memperkasakan adalah memantapkan

atau mengukuhkan sesuatu.

5
No. Kad Pengenalan: 630430-03-5550

Wawasan 2020

Wawasan 2020 merupakan satu wawasan yang amat mencabar bagi rakyat

Malaysia, khasnya golongan pelajar. Wawasan 2020 ini dikemukakan oleh Tun

Dr Mahathir Mohamad pada 28 hb Februari 1991 (Mok Soon Sang, m/s 105).

Wawasan 2020 meletakkan matlamat menjelang tahun 2020, Malaysia sebagai

sebuah negara merdeka akan menjadi negara benar-benar maju, mampu

berdikari, progresif dan makmur. Objektif ini hanya dicapai jika rakyat

Malaysia dapat menghadapi dan mengatasi pelbagai halangan atau rintangan

yang dianggap sebagai cabaran.

Peranan pendidikan dalam proses pembinaan bangsa Malaysia perlu

diasaskan kepada Wawasan 2020, iaitu satu gagasan pembinaan masa depan

masyarakat Malaysia yang bertunjangkan kepada Sembilan Cabaran utama.

SEMBILAN CABARAN WAWASAN 2020

 Pembentukan Masyarakat yang Bersatu padu

 Pembentukan Masyarakat yang Bebas, Merdeka dan Cemerlang

 Pembentukan Masyarakat Demokratik yang Matang

 Pembinaan Masyarakat yang Berakhlak Mulia dan Utuh.

 Pembentukan Masyarakat yang Toleran

 Pembangunan Masyarakat Saintifik dan Maju

 Pembinaan Masyarakat Penyayang

 Pembentukan Masyarakat Keadilan Ekonomi-Sosial

 Pembentukan Masyarakat Daya Saing dan Makmur

6
No. Kad Pengenalan: 630430-03-5550

Imbasan Perkembangan Pendidikan di Malaysia

Penyata Razak 1956 dan Ordinan Pelajaran 1957 - Zaman Pengukuhan

 Pembentukan satu sistem pendidikan kebangsaan

 Pengakuan matlamat akhir Bahasa Malaysia menjadi bahasa pengantar utama

 Permulaan kurikulum yang berorientasikan alam sekeliling Malaysia

 Mewujudkan sistem peperiksaan yang sama bagi semua

Laporan Rahman Talib dan Akta Pelajaran 1961 - Zaman Kemaskini

 Penegasan kepada pendidikan asas 3M membaca, menulis dan mengira

 Penegasan kepada pendidikan kerohanian yang kukuh dan unsur-unsur

disiplin yang diingini

 Penegasan kepada kurikulum ala Malaysia

 Pendidikan menengah atas melalui dua jurusan, akademik dan vokasional

 Peluang melanjutkan persekolahan dari 9 tahun ke 11 tahun

 Melicinkan tatacara pengurusan pelajaran meningkatkan mutu pelajaran

keseluruhan

Ciri-ciri Laporan Kabinet 1979

 Penegasan kepada pendidikan asas 3M membaca, menulis dan mengira

 Penegasan kepada pendidikan kerohanian yang kukuh dan unsur-unsur

disiplin.

 Penegasan kepada kurikulum ala Malaysia

 Pendidikan menengah atas melalui dua jurusan, akademik dan vokasional

7
No. Kad Pengenalan: 630430-03-5550

 Peluang melanjutkan persekolahan dari 9 tahun ke 11 tahun

 Melicinkan tatacara pengurusan pelajaran meningkatkan mutu pelajaran

Rang Undang Undang Pendidikan 1995

 Sistem pendidikan kebangsaan dicorakkan untuk menghasilkan pendidikan

bertaraf dunia dari segi kualiti untuk mencapai aspirasi negara

 Falsafah Pendidikan Negara dijadikan landasan kepada dasar pendidikan

kebangsaan

 Tempoh pendidikan rendah adalah antara 5-7 tahun

 Pendidikan prasekolah sebagai sebahagian daripada sistem Pendidikan

kebangsaan

 Pendidikan teknik & politeknik dipertingkatkan

 Peruntukan diadakan bagi mengawal selia pendidikan swasta

Bagaimana Penyata Razak Dapat Mewujudkan Penyatuan Kaum


Penyata Razak 1956 boleh dianggap sebagai batu asas bagi

perkembangan sistem pendidikan kebangsaan menyatakan:

“Tujuan dasar pelajaran di dalam negeri ini ialah bermaksud

hendak menyatukan budak-budak daripada semua bangsa di

dalam negeri ini dengan memakai satu peraturan pelajaran yang

meliputi semua bangsa dengan menggunakan Bahasa

Kebangsaan sebagai bahasa pengantar yang besar, walaupun

perkara ini tiada dapat dilaksanakan dengan serta merta

melainkan hendaklah diperbuat dengan beransur-ansur.”

(Penyata Razak, perenggan 12, 1956)

8
No. Kad Pengenalan: 630430-03-5550

.Sistem persekolahan yang berbeza mempunyai haluan masing-masing

dan tidak dapat melahirkan satu identiti bangsa. Atas rasa kesedaran

kebangsaan menerusi pendidikan sebagai alat untuk mencapai perpaduan

bangsa, maka satu jawatankuasa ditubuhkan untuk mengkaji sistem

pendidikan yang sedia ada. Akta Pelajaran 1961 telah dirangka berasaskan

Penyata Razak 1956 dan Laporan Rahman Talib 1960 yang menekankan

penggunaan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa perpaduan. Walaupun

hasrat dan tujuan Akta Pendidikan 1961 ini untuk menyatukan kaum yang ada

di Malaysia ini, tetapi secara praktikalnya, sukar untuk mencapai matlamat itu

memandangkan pola tempat tinggal yang berlainan. Misalnya orang Melayu

tinggal di kampung-kampung dan pinggir pantai, kaum Cina tinggal di kawasan

perlombongan dan kaum India di kawasan ladang-ladang getah. Dengan ini

tentulah amat sukar untuk menyatukan mereka.

Selepas dari Laporan Rahman Talib 1960, muncul pula laporan-laporan

seperti Laporan Hussein Onn (1971) dan Laporan Mahathir 1976. Kedua-dua

Laporan ini adalah untuk mengkaji semula Dasar Pendidikan Negara yang

sebelumnya berdasarkan Laporan Razak dan Laporan Rahman Talib.

Bagaimana Dasar dan Rangka Kerja Dapat Mewujudkan Perpaduan dan

Pembangunan Negara.

Dasar Pendidikan Kebangsaan

Pendidikan menjadi tunjang kepada perpaduan negara. Tidak dapat

dinafikan bahawa sekolah dan pendidikan memainkan peranan yang sangat

penting dalam pembinaan dan pembentukan warga negara dan rakyat yang

9
No. Kad Pengenalan: 630430-03-5550

bersatu padu. Sememangnya Falsafah Pendidikan Kebangsaan menyatakan

bahawa:

”Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah

memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan

bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmonis dan

seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani

berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha

ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu

pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan

berkemampuan mencapai kesejahteraan diri serta memberi

sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat

dan negara”

Secara tidak langsung dasar ini dapat melahirkan satu masyarakat

Malaysia yang bersatu padu dan berintegrasi seperti yang dihasratkan dalam

Rukun Negara melalui penggunaan dan penghayatan kurikulum yang

bersepadu, penggunaan bahasa pengantar dan sistem peperiksaan yang sama

serta penglibatan aktif pelajar dalam aktiviti-aktiviti kokurikulum yang dirancang

dan dilaksanakan sepanjang persekolahan pelajar.

Kurikulum yang dibina bukan saja bertujuan untuk memberi ilmu

pengetahuan dan maklumat berbentuk akademik sahaja, bahkan ia juga dapat

membentuk sahsiah, keperibadian dan perwatakan murid yang diingini bagi

memupuk perpaduan. Kurikulum ini berorientasikan suasana Malaysia dan

dilaksanakan melalui Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan

Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) mulai tahun 1983. Mata

10
No. Kad Pengenalan: 630430-03-5550

pelajaran Pendidikan Islam, Pendidikan Syariah Islamiah, Pendidikan Al Quran

Dan Assunnah dan Pendidikan Moral yang diperkenalkan dapat mengukuhkan

pegangan agama, menanam sifat-sifat mulia serta membentuk tingkahlaku

yang bersopan santun dan saling menghormati sesama manusia.ega

ngamenanam sifat-sifat mulia serta membentuk tingkahlaku yang

Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP)

Perdana Menteri Y.A.B Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah pun

melancarkan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010. Pada

16 Januari 2007 PIPP ini bertujuan melonjakkan tahap kecemerlangan sekolah

dan mengangkat imej sistem pendidikan negara di mata dunia.

Pelan Induk Pembangunan Pendidikan menggariskan enam teras

strategik bagi melahirkan modal insan yang cemerlang, produktif dan kreatif ke

arah membentuk Misi Nasional menjadikan Malaysia sebuah negara maju.

TERAS STRATEGIK PIPP

 Membina Negara Bangsa

 Membangunkan Modal Insan

 Memperkasakan Sekolah Kebangsaan

 Merapatkan Jurang Pendidikan

 Memartabatkan Profesion Keguruan

 Melonjakkan Kecemerlangan Institusi Pendidikan

Membina Negara Bangsa

Teras pertama iaitu Membina Negara Bangsa menjadi fokus utama bagi

tujuan perpaduan kaum dan merealisasikan Malaysia ke arah negara maju

11
No. Kad Pengenalan: 630430-03-5550

menjelang tahun 2020. KPM berhasrat pembinaan Negara Bangsa melalui

pendidikan akan membangunkan warganegara dari awal persekolahan dengan

ciri-ciri glokal, patriotik dan cintakan negara serta menyanjung dan menjunjung

warisan budaya dan kesenian bangsa. Hasrat membina Negara Bangsa ini

akan dicapai dengan memperkasakan Bahasa Melayu, meningkatkan disiplin

pelajar, menggiatkan Rancangan Intergrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP)

serta menggiatkan aktiviti kokurikulum dan sukan bagi membina jati diri serta

menerapkan budi bahasa dan adab di kalangan pelajar.

Memperkasakan Sekolah Kebangsaan

Teras Ketiga iaitu Memperkasakan Sekolah Kebangsaan (rendah dan

menengah) supaya sekolah-sekolah tersebut menjadi sekolah pilihan utama

masyarakat. Sehubungan itu, sekolah kebangsaan akan dilengkapkan

kemudahan asas pendidikan yang mencukupi dan berkualiti, bekalan elektrik

dan air bersih serta kemudahan ICT. Sekolah juga akan dibekalkan guru

terlatih yang mencukupi mengikut opsyen serta bilangan staf sokongan

mengikut keperluan.

Misi Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ialah membangun sistem

pendidikan yang berkualiti dan bertaraf dunia di samping memperkembangkan

potensi individu sepenuhnya dan memenuhi aspirasi negara. Matlamat KPM

ialah

• Melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia dan bersatupadu.

• Melahirkan insan yang beriman, berakhlak mulia, berilmu,

berketerampilan dan sejahtera.

12
No. Kad Pengenalan: 630430-03-5550

• Menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluan kemajuan

negara.

• Memberi peluang-peluang pendidikan kepada semua warganegara

Malaysia

Hasrat murni kerajaan itu dapat dicapai sepenuhnya melalui:

Penubuhan Sekolah Wawasan

Sekolah Wawasan adalah sekolah rendah yang berkonsepkan belajar

bersama sama dalam satu kawasan yang sama tanpa mengira kaum atau

agama. Di bawah konsep ini, dua atau tiga buah sekolah rendah berlainan

bahasa pengantar dan pentadbiran akan ditempatkan dalam kawasan yang

sama dan berkongsi kemudahan asas seperti padang permainan, dewan dan

kantin. Setiap sekolah akan mempunyai bangunan sendiri yang boleh

disambung antara satu sama lain dengan menggunakan jambatan penghubung

(link-way). Perlaksanaan sekolah wawasan akan mewujudkan persekitaran

yang memberi peluang yang lebih luas kepada murid daripada pelbagai kaum

untuk bergaul dan berinteraksi secara langsung dalam pelbagai aktiviti.

Tujuan dan matlamat Sekolah Wawasan

 Untuk mewujudkan perpaduan di kalangan murid-murid yang berbagai-

bagai bangsa dan latar belakang

 Untuk memupuk semangat integrasi antara pelajar dari pelbagai aliran

 Untuk melahirkan generasi yang mempunyai sifat toleransi dan

persefahaman yang tinggi demi mewujudkan sebuah negara yang

bersatu padu

13
No. Kad Pengenalan: 630430-03-5550

 Untuk menggalakkan interaksi yang maksimum antara semua warga

sekolah melalui perkongsian kemudahan sekolah dan pelaksanaan

aktiviti-aktiviti lain di sekolah

 Untuk menjayakan dan merealisasikan Wawasan

Pada masa ini terdapat 5 buah Kompleks Sekolah Wawasan yang telah

beroperasi dengan jayanya iaitu :

• Kompleks Sekolah Wawasan Pekan Baru, Parit Buntar, Perak

• Kompleks Sekolah Wawasan Taman Aman, Alor Setar, Kedah

• Kompleks Sekolah Wawasan Tasik Permai, Pulau Pinang

• Kompleks Sekolah Wawasan USJ 15, Subang Jaya, Selangor

• Kompleks Sekolah Wawasan Pundut, Seri Manjung, Perak

RANCANGAN MALAYSIA KESEMBILAN, (RMK9) 2006-2010

Rancangan Malaysia Kesembilan, adalah rancangan lima tahun

pertama daripada tiga rancangan lima tahun yang akan memacu Misi

Nasional (2006-2010) ke arah mencapai Wawasan 2020. Rancangan ini

merupakan kesinambungan perancangan Kerajaan membentuk sebuah negara

yang maju ekonominya; seimbang pembangunan sosialnya; memiliki warga

yang bersatu padu, berbudaya, berpekerti mulia, berkemahiran, berfikiran maju

dan berpandangan jauh. Sesungguhnya, bagi melaksanakan Rancangan

Malaysia Kesembilan, kita perlu melipatgandakan usaha menggarap kejayaan

lebih unggul demi Membina Tamadun dan Menjulang Martabat Negara.

14
No. Kad Pengenalan: 630430-03-5550

Dalam usaha untuk meningkatkan akses, ekuiti dan kualiti sistem

pendidikan, sepanjang tempoh RMK9 empat agenda utama yang perlu diberi

tumpuan oleh semua pihak ialah pertama, memperkasakan Sekolah

Kebangsaan; agar ia menjadi pilihan rakyat. Kedua, membangunkan sistem

pendidikan yang bertaraf dunia; agar generasi yang dilahirkan nanti mampu

bersaing dalam persaingan sengit era globalisasi. Ketiga, merapatkan jurang

pendidikan, yang merangkumi jurang di antara bandar dengan luar bandar,

jurang di antara yang miskin dengan yang kaya; agar tidak ada sebarang

golongan yang tercicir dari arus pembangunan negara. Keempat,

mempertabatkan profesion keguruan.

Selain daripada empat agenda utama tersebut kita perlu sentiasa ingat

bahawa tidak sampai empat belas tahun lagi kita akan melangkah ke tahun

2020. Hasrat kita adalah untuk menjadi sebuah negara maju mengikut acuan

kita sendiri. Malaysia ketika itu harus menjadi sebuah negara yang bersatu

dengan masyarakat Bangsa Malaysia.

Isu dan Cabaran Perpaduan Kaum

Penyertaan pelajar dalam aktiviti kokurikulum dan sukan masih tidak

menyeluruh. Hanya 80 peratus pelajar di sekolah menengah dan sekolah

rendah yang menyertai aktiviti ini. Bagi menggalakkan penyertaan pelajar

dalam aktiviti kokurikulum, ianya telah dijadikan syarat kemasukan ke IPTA

mulai tahun 2006. Cabaran KPM adalah untuk memantapkan program

kokurikulum dan sukan supaya menarik penyertaan pelajar serta memperluas

pilihan aktiviti kokurikulum dan sukan pada semua peringkat pendidikan.

15
No. Kad Pengenalan: 630430-03-5550

Masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan majmuk telah

mewujudkan masalah polarisasi kaum terutamanya dalam kalangan pelajar.

Keteguhan sesebuah negara bergantung kepada perpaduan rakyatnya.

Pemisahan kaum antara pelajar-pelajar, boleh menimbulkan permusuhan dan

pergaduhan. Para pelajar tentu sukar bekerjasama untuk mencapai

kecemerlangan dalam pelajaran mereka seolah-olah mengutamakan bangsa

masing-masing sahaja. Hal ini akan menimbulkan pula prasangka dan salah

faham yang pasti merenggangkan hubungan pelajar. Antara faktor yang

menimbulkan situasi tersebut ialah perbezaan kebudayaan dan corak hidup

disamping mengamalkan dan menganuti kepercayaan yang berbeza dan

bertutur dalam bahasa ibunda yang berlainan.

Sesungguhnya, gejala ini perlu dihapuskan demi perpaduan dan masa

hadapan negara. Para pelajar perlu digalakkan untuk berinteraksi dengan

rakan-rakan yang berlainan bangsa. Benih-benih perpaduan perlu disemai di

dalam jiwa pelajar-pelajar semasa berada dibangku sekolah. Sebagai sebuah

negara bermasyarakat majmuk, perpaduan rakyat sangat penting. Para pelajar

perlu berinteraksi ketika berada di sekolah untuk mengukuhkan perpaduan.

Oleh yang demikian, tembok yang memisahkan pelajar-pelajar dapat

dirobohkan. Menyedari hakikat ini, langkah-langkah yang berkesan perlu

diketengahkan bagi memupuk semangat perpaduan kaum dalam kalangan

pelajar yang berbilang bangsa dan dalam pada masa yang sama untuk

memperkasakan sekolah.

Strategi Pelaksanaan Bagi Mewujudkan Perpaduan Kaum dan

Memperkasakan Sekolah

16
No. Kad Pengenalan: 630430-03-5550

Pelbagai program sebagai strategi pelaksanaan yang boleh dijalankan di

peringkat sekolah bagi mewujudkan perpaduan kaum dan seterusnya

memperkasakan sekolah.

Penubuhan Kelab Rukun Negara di sekolah

Semasa merasmikan sambutan Hari Perpaduan Peringkat Kebangsaan

2000 di Melaka, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Abdullah Bin Hají Ahmad

Badawi selaku Timbalan Perdana Menteri pada ketika itu, telah menyarankan

supaya Kelab Rukun Negara ditubuhkan di sekolah. Dengan tertubuhnya Kelab

Rukun Negara di sekolah-sekolah maka pengetahuan, pemahaman,

penghayatan warga sekolah terutamanya golongan pelajar terhadap prinsip-

prinsip Rukun Negara ke arah menjana semangat perpaduan yang lebih jitu

dapat dipertingkat dan diperkukuhkan.

Nyanyian Lagu Negaraku dan lagu Negeri -

Amalan ini dilaksanakan pada setiap perhimpunan resmi sekolah.

Semua warga sekolah bingkas bangun dengan sendirinya apabila

dimaklumkan oleh pengacara majlis dan menyanyikan lagu-lagu tersebut

dengan penuh semangat. Amalan ini dapat membina perasaan setia, cinta dan

bangga kepada negara dan raja yang menjadi lambang perpaduan seluruh

rakyat Malaysia.

Sekolah Penyayang –

Satu program yang dilaksanakan di sekolah dengan menekankan

konsep ”Sekolahku Syurgaku” dan ”Yang Tua Dihormati, Yang Muda

Disayangi” dengan penyertaan bersama ibubapa pelajar melalui Persatuan

Ibubapa dan Guru. Program ini dapat mewujudkan golongan pelajar yang cinta

kepada sekolah, membentuk peribadi pelajar yang suka menolong dan

17
No. Kad Pengenalan: 630430-03-5550

menghormati orang lain, berbudi pekerti mulia, serta menimbulkan perasaan

kasih sayang dan hubungan mesra antara warga sekolah dan sesama ibubapa

para pelajar.

Pemuafakatan Sekolah dan Masyarakat –

Sekolah juga mewujudkan program pemuwafakatan dengan masyarakat

setempat melalui program-program ilmiah seperti ceramah agama, solat hajat,

sambutan Maulidur Rasul, Ma’al Hijrah, gotong royong membersih tanah

perkuburan dan sebagainya. Sekolah juga memberi kerjasama kepada

penduduk dan masyarakat setempat apabila mereka memohon kerjasama dari

pihak sekolah untuk menggunakan kemudahan padang dan dewan untuk

melaksanakan aktiviti-aktiviti, majlis-majlis dan permainan tertentu.

Pelaksanaan Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) -

Biasanya sebagai sebuah sekolah berasrama penuh yang majoriti

pelajarnya terdiri dari pelajar Melayu, antaranya berasal dari daerah dan negeri

yang berlainan termasuk dari Sabah dan Sarawak. Program RIMUP secara

kelompok turut diadakan di mana pelajar-pelajar dari sekolah ini terlibat dengan

program yang dirancang bersama dengan sekolah–sekolah lain yang,

mempunyai pelajar berbilang kaum. Jawatankuasa RIMUP peringkat sekolah

dan kelompok dianggotai kaum yang pelbagai. Kesan penglibatan pelajar dan

warga sekolah dalam program ini adalah sangat baik. Ia membolehkan mereka

berinteraksi dan bergaul secara lebih erat dan mesra seterusnya menyumbang

kepada perpaduan.

Penyertaan Dalam Kokurikulum –

Semua pelajar diwajibkan mengambil bahagian dalam persatuan,

permainan dan pakaian seragam. Penyertaan aktif dalam kokurikulum dan

18
No. Kad Pengenalan: 630430-03-5550

pembabitan mereka dalam perkhemahan, persembahan dan pertandingan di

pelbagai peringkat akan mendedahkan mereka kepada situasi yang berlainan

dan beragam. Terdapat peraturan dan disiplin tertentu semasa mengikuti

program-program yang dijalankan. Pemilihan ahli jawatankuasa dilakukan

secara demokrasi dengan bimbingan guru penasihat dan jurulatih dari pelbagai

agensi. Mereka dapat berinteraksi secara sihat serta mematuhi peraturan dan

disiplin yang ditentukan. Hasil dari penglibatan pelajar secara aktif dalam

aktiviti yang dilaksanakan adalah sangat memuaskan terutama dalam usaha

untuk membentuk dan membina kehidupan masa depan pelajar dan sebuah

masyarakat yang berdisiplin, berharmoni dan bersatu padu.

Sambutan Bulan Patriotisme dan Kemerdekaan –

Setiap tahun sekolah mengadakan pelbagai program sempena

memperingati hari ulangtahun kemerdekaan negara. Jawatankuasa sambutan

peringkat sekolah ditubuhkan dengan kerjasama Kelab Rukun Negara, Unit

Bimbingan Dan Kaunseling, Kelab Guru dan Kakitangan, Persatuan Sejarah

dan Persatuan-persatuan pelajar. Sekolah juga turut melibatkan penyertaan

PIBG, tokoh-tokoh dan sejarawan, Agensi dan Badan Kerajaan dan Bukan

Kerajaan dalam aktiviti yang dilaksanakan. Acara yang dilaksanakan ialah

seperti ceramah kemerdekaan, tayangan gambar berbentuk patriotik,

pembacaan sajak, sketsa, pentomen, kibaran ”Jalur Gemilang”, hiasan bilik

darjah dan asrama, pidato, forum, penulisan esei, derma darah, pameran,

melukis potret tokoh negara, perbarisan dan perarakan serta sambutan detik

kemerdekaan. Pelajar juga terlibat dengan program sambutan yang dianjurkan

oleh pihak lain di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan. Penyertaan

pelbagai pihak dalam menjayakan program ini dapat membina keyakinan

19
No. Kad Pengenalan: 630430-03-5550

semua warga sekolah berkaitan pembinaan bangsa Malaysia yang merdeka

dan bertanggungjawab, bersifat patriotisme yang tinggi dan cintakan kehidupan

bersatupadu dan kestabilan negara.

Lawatan Sambil Belajar –

Sekolah menggalakan para pelajar membuat program lawatan ke

tempat-tempat bersejarah, Parlimen, Putrajaya, Bandaraya Melaka, Memorial,

Tugu Negara, Muzium Negara, Rumah-rumah kebajikan, asrama anak-anak

Yatim dan miskin, Penjara, Rumah perlindungan kanak-kanak, asrama orang

kurang upaya, sekolah, universiti dan sebagainya. Pelbagai acara diadakan

semasa Lawatan Sambil Belajar tersebut seperti perbincangan, gotong royong,

persembahan kesenian dan kebudayaan, pertukaran maklumat dan

sebagainya. Kesan dari program Lawatan Sambil Belajar ini sangat bermakna

dan memberi kesedaran kepada pelajar peri pentingnya berbudi bahasa,

mengamalkan toleransi dan perhubungan baik sesama rakyat berbilang kaum

dan keturunan.

Pengurusan Disiplin Secara Kolektif, Telus dan Adil –

Jawatankuasa Disiplin dan Lembaga Disiplin sekolah diwujudkan.

Pelajar didedahkan berkenaan pengurusan disiplin dan peraturan sekolah dan

asrama sejak hari pendaftaran atau hari pertama persekolahan bermula.

Peraturan sekolah dimaklumkan kepada semua pelajar dan dipamerkan di

setiap lokasi penting seperti bilik darjah, papan-papan kenyataan sekolah dan

asrama. Pelajar selalu diingatkan supaya mematuhi undang-undang dan

peraturan yang ditetapkan mengikut pekeliling yang dibenarkan. Pelajar diberi

peringatan, amaran dan nasihat supaya berkelakuan baik sepanjang

persekolahan. Setiap kes kesalahan diambil perhatian dan segala tindakan

20
No. Kad Pengenalan: 630430-03-5550

adalah mengikut prosedur yang dibenarkan. Tindakan dan hukuman yang

dikenakan ke atas pelajar yang bermasalah mestilah adil, menggunakan budi

bicara yang sepatutnya dan bertujuan untuk mendidik serta mengambil kira

situasi dan masa depan pelajar terbabit. Keadaan ini menjadikan suasana

sekolah berada dalam keadaan tenteram dan harmoni sesuai sebagai tempat

mulia untuk mereka menimba pengalaman dan ilmu pengetahuan seterusnya

menjadi pelajar yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Pelajar menikmati

suasana kondusif di sekolah dan di asrama di mana budaya ”Sekolahku

Syurgaku” dapat diwujudkan. Mereka dapat merasakan kepentingan undang-

undang, peraturan, etika, tata susila dan perlembagaan di sesebuah institusi

dan masyarakat serta menyedari tanggungjawab semua pihak agar sentiasa

menghormati dan mematuhinya.

Hari Keluarga dan Sukaneka –

Program yang melibatkan seluruh warga pendidik, kakitangan dan

beberapa orang pelajar boleh diadakan. Pelbagai acara dijalankan melibatkan

semua peserta. Selain dapat menghilangkan perasaan tertekan dengan

bebanan tugas, program ini dapat membina persefahaman, keteguhan

perpaduan dan perasaan kasih sayang dalam kalangan seluruh warga sekolah.

Acara kebudayaan dan kesenian-

Pelbagai acara berbentuk kebudayaan dan kesenian rakyat boleh

diadakan seperti permainan tradisi, dikir barat, nasyid, marhaban, berzanji dan

lain-lain lagi yang disertai oleh pelajar, kakitangan dan guru sekolah. Selain

dapat berhibur,semua yang terlibat dapat memahami dan mematuhi peraturan

yang digariskan. Penyertaan dari pelbagai kaum harus digalakkan.

Perkhemahan Bina Insan –

21
No. Kad Pengenalan: 630430-03-5550

Program ini melibatkan semua pelajar dan guru-guru serta sebahagian

kakitangan sokongan sekolah. Kerjasama diperolehi dari pelbagai pihak seperti

Kerajaan Negeri, Bomba, Polis dan sebagainya. Acara-acara yang dijalankan

ialah seperti ceramah motivasi, pembinaan jati diri, kerohanian, kembara,

ikhtiar hidup, kewarganegaraan dan riadah. Suasana perkhemahan yang

dijalankan di luar kawasan sekolah sangat menyeronokkan para pelajar. Selain

dari mendapat maklumat dan kemahiran baru, mereka dapat merasai

keindahan alam Malaysia, nikmat kehidupan dalam sebuah negara yang aman

dan damai.

Majlis Sambutan Hari Raya dan Tahun Baru Cina -

Setiap kali menjelang hari perayaan, sekolah mengatur program yang

melibatkan seluruh warga sekolah. Beraneka jenis makanan yang dihidang

dinikmati bersama. Sumbangan yang diperolehi dari pelbagai pihak

disampaikan kepada mereka yang kurang berkemampuan. Ucapan selamat

yang diberikan, disambut dengan penuh kemesraan dan dapat membentuk

perasaan kasih sayang dan perpaduan rakyat berbilang kaum dalam dunia

sekolah yang kecil.

Sistem Rumah –

Pelajar sekolah dari daerah yang berlainan termasuk dari Sabah dan

Sarawak ditempatkan dalam satu rumah supaya mereka dapat berinteraksi dan

berkongsi hidup dalam kehidupan sebagai pelajar sekolah berasrama penuh.

Setiap rumah dibimbing dan dipantau oleh para warden dan guru-guru dari

pelbagai kaum. Perlaksanaan sistem ini berjaya mewujudkan suasana

kediaman yang aman dan sihat yang memberi semangat kepada pelajar

mengikuti proses persekolahan mereka dalam situasi yang terbaik dan

22
No. Kad Pengenalan: 630430-03-5550

kondusif. Hasilnya kehidupan yang harmoni dan berdisiplin dalam kalangan

ahli rumah sebagai sebuah komuniti sekolah yang mempunyai semangat

bersatu padu.

Aktiviti Riadah di luar sekolah –

Sekolah menggalakkan pelajar mengambil bahagian dalam pelbagai

program yang dianjur pelbagai pihak seperti Majlis Daerah, Majlis Belia

Malaysia, Jabatan Kesihatan dan sebagainya. Antara aktiviti yang disertai

pelajar ialah senamrobik, mencari harta karun, Perarakan Sambutan Maulidur

Rasul dan Ma’al Hijrah, Larian Merdeka dan sebagainya. Pelajar dapat

berinteraksi dengan peserta dari pelbagai kaum dan lapisan masyarakat.

Mereka dapat memahami dengan lebih mendalam erti perpaduan dan

perasaan hormat menghormati sesama masyarakat.

Tabung kebajikan –

Sekolah mengadakan tabung kebajikan guru, kakitangan dan juga

pelajar. Selain dari kutipan yuran, derma kilat, sumbangan juga diperolehi dari

pihak luar seperti PIBG, Alumni, Institusi Kewangan, Pusat Zakat, Yayasan-

yayasan Negeri, Koperasi, para dermawan dan orang perseorangan.

Sumbangan ini diagihkan kepada pelajar yang terdiri dari keluarga yang kurang

berada untuk membayar yuran sekolah, peperiksaan, wang saku, perubatan,

zakat, pakaian, melanjutkan pelajaran, kematian atau kemalangan dan

sebagainya. Amalan sebegini dapat menyemai perasaan simpati, kasih

mengasihi, mengukuhkan ikatan muhibbah dan perpaduan seperti yang

dihasrat dan dicita-citakan dalam Wawasan 2020.

Kesimpulan

23
No. Kad Pengenalan: 630430-03-5550

Hasrat, perancangan dan strategi reformasi pendidikan yang terjelma

melalui Penyata Razak 1956 dulu telah menampakkan kejayaan. Walaupun

tidak sepenuhnya. Sebagai sebuah negara yang mempunyai pelbagai bahasa

dan kaum, adalah amat wajar bahasa Melayu telah dipilih untuk menjadikan

bahasa kebangsaan atau bahasa rasmi negara.

Kesan dari tinggalan penjajahan British dahulu amat payah untuk kita

selesaikan, kerana masyarakat Tanah Melayu pada waktu itu dibentuk dengan

sengaja oleh British untuk kepentingan politik mereka. Dasar pecah dan

perintah yang dijalankan itu, menyebabkan pemimpin-pemimpin negara sampai

sekarang terpaksa memikirkan jalan tebaik untuk mencapai perpaduan.

Dalam suasana masyarakat majmuk yang mempunyai "ethno-centristic"

yang masyarakatnya mempunyai pelbagai agama, budaya dan fahaman

"Cultural pluralism" tentunya perkara yang berkaitan dengan perpaduan

nasional perlu diambil perhatian dari semasa ke semasa. Untuk mewujudkan

proses pemasyarakatan ini, Pendidikan adalah merupakan satu kaedah

terpenting.

Menyedari betapa pentingnya tujuan untuk memastikan sistem

pendidikan negara menjadi wadah berkesan ke arah memenuhi aspirasi

negara, selaras dengan usaha untuk melahirkan generasi yang bersatu padu,

dapat menyesuaikan diri dalam masyarakat, membina kemajuan dan

kesejahteraan diri serta menyumbang kepada keharmonian dan kemakmuran

Negara, semua pendidik harus meletakkan kepentingan nasional dan negara

pada kedudukan paling utama daripada kepentingan masing-masing. Hal ini

dapat dilakukan dengan memberikan sokongan dan dorongan kepada usaha-

usaha murni dan program-program yang sistematik. Kesemua ini adalah

24
No. Kad Pengenalan: 630430-03-5550

bertujuan memupuk dan mengukuhkan hubungan antara kaum yang terdapat

di Malaysia tanpa melupakan matlamat dan aspirasi negara dalam menuju

Wawasan 2020 iaitu menjadi negara maju mengikut acuan sendiri.

Di pihak anak didik selaku pelajar hari ini, yang bakal mengganti

pemimpin dan pembina negara pada masa akan datang, biarpun berasal dari

wilayah yang berlainan, menjadi ahli dalam komuniti sebuah sekolah yang

terdiri dari para guru dan kakitangan sokongan yang berbilang kaum

sepatutnya menjadikan alam persekolahan dan mungkin kehidupan di asrama

medan terbaik untuk melatih komuniti kecil masyarakat Malaysia peri

pentingnya perpaduan ke arah pencapaian akademik, kokurikulum dan

pembinaan sahsiah yang cemerlang dan seterusnya memperkasakan sekolah.

SENARAI RUJUKAN

1. Kamus Bahasa Melayu, Fajar Bakti, 1994

2. Mok Soon Sang (2007), Kursus Penilaian Tahap Kecekapan (P.T.K),

Multimedia-Es Resources Sdn. Bhd.

3. Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (2006), Edisi Pelancaran PIPP,

Kementerian Pelajaran Malaysia.

4. Pembangunan Pendidikan 2001-2010, Perancangan Bersepadu

Penjana Kecemerlangan Pendidikan. Kementerian Pelajaran Malaysia.

5. Malaysia Kita (2007), Panduan Dan Rujukan Untuk Peperiksaan Am,

Petaling Jaya: International Law Book Services.

6. Ismail Daud, Bernama, 05 Jun 2005

25
No. Kad Pengenalan: 630430-03-5550

7. http://apps2.emoe.gov.my

8. http://bumiwaqafan.blogspot.com/2007/05/kerja-kursus-ptk.html/

9. http://www.pmo.gov.my

10. http://yik.itgo.com/text/Akta

11. unitar, SistemPendidikanKebangsaan.pdf

26